KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403...

12
KEMAHIRAN ABAD KE21 1.0 DEFINISI KEMAHIRAN ABAD KE21 Kemahiran abad ke21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilainilai murni bagi tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik. 2.0 CIRICIRI KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN Dalam menjalani abad ke21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke21 ini. Elemenelemen tersebut adalah seperti yang berikut; • Kreativiti dan Inovasi • Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah • Komunikasi dan Kolaborasi • Literasi Maklumat • Literasi Media • Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi • Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri • Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri • Kemahiran Sosial dan AntaraBudaya • Produktiviti dan Akauntabiliti • Kepimpinan dan Tanggungjawab

Transcript of KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403...

Page 1: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

KEMAHIRAN ABAD KE­21

1.0 DEFINISI KEMAHIRAN ABAD KE­21

Kemahiran abad ke­21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk

berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke­21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran

yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke­21 ialah kemahiran­kemahiran yang meliputi

kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis), kemahiran sains dan

teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara

untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad­21, seseorang guru perlu menguasai

pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi

(pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai­nilai murni bagi

tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

2.0 CIRI­CIRI KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN

Dalam menjalani abad ke­21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran

pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu

terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke­21 ini.

Elemen­elemen tersebut adalah seperti yang berikut;

• Kreativiti dan Inovasi

• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah

• Komunikasi dan Kolaborasi

• Literasi Maklumat

• Literasi Media

• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi

• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri

• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri

• Kemahiran Sosial dan Antara­Budaya

• Produktiviti dan Akauntabiliti

• Kepimpinan dan Tanggungjawab

Page 2: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui

ciri­ciri guru abad ke­21. Antara ciri­ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah

Pendidikan Negara adalah seperti berikut;

• Menguasai subjek (kandungan kurikulum)

• Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

• Memahami perkembangan murid­murid dan menyayangi mereka

• Memahami psikologi pembelajaran

• Memiliki kemahiran kaunseling

• Menggunakan teknologi terkini

Manakala ciri­ciri pelajar abad ke­21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;

• Berupaya membuat hubung­kait

• Bijak menyoal

• Yakin berkomunikasi

• Mengambil risiko

• Dahagakan ilmu

• Ingin tahu

• Menjana idea

• Fleksibel

• Tidak berputus asa

• Mendengar dan membuat refleksi

• Berkemahiran kritis

• Menguasai kemahiran literasi

• Berani mencuba

• Mampu berfikir sendiri

• Membuat inisiatif

• Mampu bekerja dengan orang lain

• Membuat perubahan

Page 3: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

• Berintegriti

Antara buku­buku serta keratan akhbar yang berkaitan dengan Kemahiran Abad ke­21 ialah

Gambar 1: Learing For Life In Our Times, Bernie Trilling & Charles Fadel

Page 4: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

Gambar 2: Creativity for 21st Century Skills, Jane Piirto

Gambar 3: Keratan Akhbar mengenai isu guru KPLI kurang kualiti

Page 5: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

Gambar 4: Keratan Akbar mengenai guru di Terengganu mengubah landskap pendidikan dari

sudut teknologi

3.0 CABARAN­CABARAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN

Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam

pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha

membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan

negara memerlukan usaha­usaha yang strategi yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan

amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran­cabaran abad

ke­21.

Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik.

Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir

dan tersingkir. Intelektual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang

atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan

Page 6: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

amalan hirarki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu

sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi

atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf

baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan

menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke­40 baru­baru ini, telah meminta rakyat supaya

mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri

dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk

semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing­masing. Jika rakyat tidak bersedia

menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara­negara maju lain.

Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar

keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani. Kerap

juga Perdana Menteri dalam ucapannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan

kita sendiri".

Antara cabarannya ialah cabaran Alaf Baru. Perubahan­perubahan yang hebat dan pantas

dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh

rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran­cabaran itu

sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan

teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik,

ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke­5, dalam tahun 1997 yang

lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk

global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani.

Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah

pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.

Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta

kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order

thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia

mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr.

Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana

Page 7: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan

kegiatan­kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di

tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu

pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan

asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga,

masyarakat, bangsa dan negara.

Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh

saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda

kita untuk menghadapi keungkinan­kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global,

kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan

urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir,

bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi

yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak

diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang

terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, menganjurkan satu

gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan mengambil

ciri­ciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani ialah "suatu sistem sosial yang subur yang

diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan

kestabilan masyarakat. Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi

pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan

pemerintahan mengikut undang­undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan

keterdugaan serta ketelusan sistem.

Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah,

ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya

menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai

merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan

masyarakat.

Page 8: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

4.0 DEFINISI PLAGIRISME

Plagiarisme adalah penciplakan atau pengambilan karangan, pendapat, dan sebagainya dari

orang lain dan menjadikannya seolah karangan dan pendapat sendiri. Plagiat dapat dianggap sebagai

satu jenayah karena mencuri hak cipta orang lain. Dalam konteks pendidikan pelaku plagiarisme

selayaknya menerima hukuman berat seperti dikeluarkan dari sekolah atau institut pengajian tinggi.

Pelaku plagiat juga digelar sebagai plagiator.

Antara golongan plagiator ialah mereka yang menggunakan artikel atau jurnal orang lain secara

terus, tanpa memberikan tanda jelas seperti merujuk kepada nama penulis artikel atau jurnal tersebut

bahawa teks tersebut diambil dari pendapat atau artikel mereka dan mengambil gagasan orang lain

tanpa memberikan maklumat yang cukup mengenai penulis tersebut. Dalam buku Bahasa Indonesia:

Sebuah Pengantar Penulisan Ilmiah, Felicia Utorodewo dkk. menggolongkan hal­hal berikut sebagai

tindakan plagiarisme:

Mengakui tulisan orang lain sebagai tulisan sendiri,

Mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri

Mengakui temuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri

Mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri,

Menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeda tanpa menyebutkan

asal­usulnya

Meringkas dan memparafrasekan (mengutip tak langsung) tanpa menyebutkan sumbernya, dan

Meringkas dan memparafrasekan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan

pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya.

Hal­hal yang tidak tergolong plagiarisme ialah mereka menggunakan informasi yang berupa

fakta umum. Menuliskan kembali (dengan mengubah kalimat atau parafrase) opini orang lain dengan

memberikan sumber jelas atau mengutip secukupnya tulisan orang lain dengan memberikan tanda batas

jelas bahagian kutipan dan menuliskan sumbernya.

Page 9: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

5.0 MASALAH PLAGIARISM DALAM KEMAHIRAN ABAD KE­21

Amat memalukan dan mengecewakan apabila ahli akademik serta warga institusi pengajian

tinggi yang diiktiraf intelektual, profesional serta terpelajar masih dibelenggu budaya plagiarisme hingga

menjatuhkan taraf kredibiliti golongan terbabit. Budaya yang tidak pernah surut membelenggu dunia

akademik ini bukan saja mencerminkan ketidakjujuran sesetengah ahli akademik dalam profesion kolar

putih malah mampu menggugat kualiti graduan dihasilkan. Biarpun segelintir pihak menganggap budaya

berkenaan sebagai terpencil, tanpa kekangan atau tindakan proaktif, bakal mencemarkan nama baik

sekolah hingga boleh dipersoalkan masyarakat. Adakah ia berlaku kerana golongan terbabit tidak yakin

pada kemampuan diri sendiri hingga mencari jalan mudah menciplak hasil orang lain? Atau kerana sikap

sambil lewa masyarakat menyebabkan budaya berkenaan terus berleluasa meskipun mencalarkan imej

warga terpelajar. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan

Idris, Profesor Dr Omar Abdull Kareem berkata, budaya plagiarisme yang tidak dibendung mampu

‘menghakis’ dan membunuh usaha melahirkan golongan akademik berwibawa.

Gambar 5: Plagiat ialah satu jenayah karena mencuri hak cipta orang lain

Budaya itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar membinasakan

kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa menghiraukan penat lelah orang

lain. Isunya bukan hanya membabitkan satu pihak malah mempengaruhi pihak lain yang terlebih dulu

Page 10: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

bersusah payah menghasilkan terbitan, karya dan idea asli. Lebih malang lagi apabila kegiatan itu

dilakukan mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘golongan intelektual’. Sudah tentu ia satu penipuan

dan merendahkan martabat malah masyarakat juga tertipu kerana mempercayai kemampuan golongan

ini dalam menghasilkan hasil bermutu dan bersifat akademik. Bukankah ini sungguh mencalarkan imej

padahal mereka mendapat sanjungan masyarakat? Sanggupkah menerima pengiktirafan itu jika tidak

jujur? Justeru, berfikirlah secara positif dan matang sebelum melakukan tindakan itu supaya ia tidak

memalukan diri sendiri dan institusi. Plagiat secara am ditakrif sebagai usaha menciplak tesis, kertas

kerja atau kajian membabitkan ayat dalam karya selain persoalan hak cipta. Sementara idea, data,

ciptaan dan penulisan pula adalah paling sinonim diplagiat.

Antara faktor yang memungkinkan berlakunya plagiarisme adalah masa, tiada komitmen dan

penyeliaan dilakukan secara sambil lewa serta tiada kesungguhan. Beliau berkata, mahasiswa dan

pensyarah perlu memainkan peranan penuh bertanggungjawab bagi memastikan penumpuan serta

integriti tidak lari daripada panduan menghasilkan karya bermutu. Malangnya, sebahagian besar hanya

melihat jalan mudah hingga sanggup membelakangkan profesionalisme dan harga diri semata­mata

memastikan kejayaan menghasilkan karya, tesis atau jurnal tercapai. Mereka tolak ke tepi nilai ilmu

yang ingin diterapkan hingga menjadikan budaya ini satu kebiasaan. Harus sedar, berada di institusi

pengajian tinggi bermakna perlu menggandakan usaha, bersusah payah dan berdepan rintangan sebelum

berjaya. Barulah hasil kejayaan dikecapi itu manis dan berbaloi. Namun jika asyik memplagiat hasil

orang lain, apakah makna perjuangan ilmu itu?” katanya mengakui penyeliaan dalam apa jua penghasilan

karya perlu dilakukan dengan penuh teliti. Menurutnya kajian atau penulisan bertujuan mencambah

pemikiran baru selain meningkatkan lagi nilai intelektual individu. Ia perlu dipantau dan diteliti sebelum

diiktiraf.

Longgarnya aspek itu akhirnya memungkinkan plagiarisme berlaku sekali gus menghakis sedikit

demi sedikit nilai asli yang ingin dihasilkan. Bayangkan jika semua hasil adalah plagiat, apakah kualiti

yang mampu dicapai. Budaya itu juga, katanya, sangat memalukan dan tidak adil kepada kelompok lain

yang berusaha keras menghasilkan karya asli namun tetap mendapat pengiktirafan sama. Meskipun

universiti mengamalkan dasar dan polisi tegas untuk membendung budaya itu, masih ada yang berani

melakukannya kerana beranggapan ‘tiada siapa tahu’ selain menjimatkan masa. Setiap institusi

mempunyai polisi ketat bagi memastikan budaya plagiarisme tidak menular, sekali gus menjatuhkan

Page 11: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

nama baik institusi. Bagaimanapun, masih ada yang berani menongkah arus semata­mata memastikan

misi tercapai. Lebih hebat, mereka turut memplagiat hasil penyelidikan. Ironinya, budaya ini tidak terhad

hanya pada golongan akademik, malah mahasiswa turut sama melakukannya. Cuma caranya berbeza

dengan penilaian atau tujuan berlainan. Apapun alasan, ia sama sekali tidak boleh diterima kerana

menjatuhkan nilai ilmuwan dan intelektual.

Antara cara boleh dilakukan bagi mengesan plagiarisme adalah penyeliaan teliti oleh penyelia

selain menerusi perisian pengesan Turnitin yang boleh membantu mengenalpasti bahagian diciplak

penulis tanpa menyatakan sumbernya. Sama ada budaya ini boleh dikekang, beliau berkata, semuanya

terpulang kepada kesedaran dan kejujuran individu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri

sendiri serta masa depan. Perkara ini amat subjektif, hanya diri sendiri saja yang boleh menentukan dan

merencanakan perjalanan kejayaan masing­masing. Plagiat sebenarnya tidak beretika dan wajar

dihentikan. Perlu yakin pada kemampuan diri sendiri, berusaha keras dan berdisiplin. Hanya itu kunci

yang ada untuk mencapai kejayaan. Selain itu, plagiat hanya merugikan, merendahkan taraf seseorang

yang mungkin dapat mengecapi kesenangan seketika. Namun berbaloikah kerana ia terhasil dari usaha

orang lain, bukan diri sendiri;” soalnya

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemahiran abad ke­21 amat penting dalam konteks pendidikan. Hal ini

demikian kerana, teknologi pada zaman ini diperlukan bagi setiap individu untuk melaksanakan

tugasan­tugasan yang diberikan. Sebagai contoh, setiap guru perlu mempunyai Sistem Maklumat Pelajar

untuk dihantar kepada Kementerian Pendidikan sebagai rujukan bagi prestasi setiap pelajar tersebut.

Walaubagaimanapun, teknologi juga mempunyai pengaruh yang negatif terhadap pendidikan iaitu

plagiarisme. Kebanyakannya plagiarisme ini terjadi kepada penunut di institusi pengajian tinggi. Hal ini

demikian kerana, maklumat­maklumat yang ingin diperolehi boleh didapati dengan mudah dalam

pencarian internet seperti Google, Yahoo, Mozilla dan sebagainya.

Kemahiran abad ke­21 ini mempunyai nilai positif dan negatif berdasarkan pendirian individu

tersebut terhadap teknologi. Oleh itu, amalan palgiarisme ini harus dibendung agar dapat melahirkan

mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti bagi menjana tenaga kerja negara. Jelaslah bahawa,

Page 12: KEMAHIRAN ABAD KE21 - GGGE3403 FOTOGRAFInorrizwanarahalim.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110651/kemahiran… · yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran

kemahiran abad ke 21 ini banyak memberi impak dalam pendidikan tidak kira pelajar, guru dan

masyarakat.