Kem Remaja Cantik de Hati
description
Transcript of Kem Remaja Cantik de Hati
Di sediakan Oleh : Zawawi Bin Zakaria
KANDUNGAN
1. MUQADDIMAH
2. OVER VIEW & OBJEKTIF MODUL PROGRAM BINA INSAN
3. MODUL PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH
4. PELAKSANAAN KURSUS
“ Bisikan suara , saranan serta lintasan hati akan membentuk akal bawah sedar
lalu membentuk tindakan di dalam kehidupan ..”
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Segala puji dan puja hanya buat Allah Tuhan seru sekelian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,
Keluarga serta seluruh Para Sahabat R.A
MUQADDIMAH
Apabila kita cenderung memilih untuk menekankan aspek motivasi dan bina insan terhadap masalah masyarakat, bererti kita telah memilih penyelesaian secara paradigma mencegah.Ia adalah penyelesaian pintar terhadap sesuatu masalah berbanding paradigma merawat yang meliputi penyelesaian berbentuk menyediakan kan set hukuman,denda atau pun balasan setimpal.Sesungguhnya terlalu tinggi harga yang perlu di bayar untuk membiarkan sesuatu masalah itu meledak di tengah –tengah masyarakat kemudian baru kita berusaha menyelesaikan nya.Justeru itu , jalan yang terbaik dan berkesan adalah membina sahsiah ahli sesebuah masyarakat dengan ramuan yang terbaik !
PENGENALAN
Membina kecemerlangan bermaksud membina kualiti. Di dalam kehidupan bermasyarakat ia menjadi teras kepada seluruh gerak kerjanya. Ia penentu sesebuah masyarakat itu menjadi masyarakat yang berjaya atau sebaliknya.Kita dapati bahawa faktor yang paling teras adalah faktor manusia yang merupakan nukleus ( pusat kuasa) keberkesanan di dalam masyarakat.
Faktor dalaman manusia bergantung kepada empat elemen: Daya intelek ( Ilmu ), Kemahiran ( skill ), Maklumat dan Sikap .
Menurut kajian yang di keluarkan oleh Havard Business School faktor dominan kepada kejayaan individu adalah terletak pada elemen sikap. Sikap menyumbang 93% berbanding 7% di sumbang oleh Ilmu,Kemahiran serta Maklumat.Berpandu kepada kajian oleh Dr. Thomas Barry ( Pakar Kualiti IBM ) ,kejayaan individu di pengaruhi oleh 90% sikap dan hanya 10% ilmu pengetahuan.
Ini diperkukuhkan lagi dengan kajian terkini yang mendapati faktor E.Q ( Emotional Quotient ) dan S.Q ( Spiritual Quotient ) menjadi faktor dominan di dalam mencapai kecemerlangan berbanding hanya pada I.Q (Tahap kecerdasan akal )
Jadi sekiranya timbul pelbagai gejala negatif di tengah masyarakat ia sebenar menyerlahkan betapa kekosongan berlaku di dasar diri anggota masyarakat tersebut. Teori iceberg adalah istilah popular yang menjelaskan fenomena ini.
JUSTIFIKASI
Gejala negatif yang tercetus di tengah masyarakat hari ini memberi cabaran agar kita mempersiapkan program-program bagi menyediakan ahli masyarakat yang mempunyai sahsiah mantap. Dengan cara ini individu akan mempunyai ketahanan diri untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bakal mendatang.
OVER VIEW PROGRAM
Merubah masyarakat ke arah kebaikan bukanlah suatu tugas yang mudah. Program Bina Insan adalah antara program yang dirangka secara khusus untuk membantu menggerakkan pelbagai lapisan masyarakat ke arah perubahan positif.
ISU DAN FOKUS
Kajian mendapati di dalam sesebuah masyarakat ia terdiri daripada tiga kelompok teras.Berdasar kepada apa yang di perjelas kan oleh Allah swt. di dalam Al quran mengenai kaedah berhadapan dengan ketiga kelompok ini secara umum:
Kelompok satu ( 5-25 %) ~ Dengan hikmahKelompok dua ( 60 –85 %) ~Dengan pengajaran yang baikKelompok tiga ( 5 – 20 %) ~ Berhujah dengan cara yang baik
Setiap kelompok ini perlu kepada pendekatan berbeza dan pelbagai untuk mencapai kesan positif yang maksimum.
Kesimpulan nya adalah, bagaimana kita berupaya menggerakkan manusia berpotensi di dalam kelompok satu mempengaruhi iklim perubahan kepada kelompok dua ( golongan majoriti ) sehingga kelompok bermasalah akan benar – benar terpinggir pengaruh negatifnya di tengah masyarakat.
TAHAP PROGRAM BINA INSANIa nya mengandungi tiga tahap berpandu kepada model tiga proses didikan yang telah di lagang dan dilalui oleh Rasulullah S.A.W.
MODEL NAMA KURSUS PENGISIAN
1. MAKKAH “Peningkatan Sahsiah” 1.Mengutamakan prinsip di dalam kehidupan
2.Mencari asas kekuatan Diri
3.Melatih empat asas kekuatan
4.Komunikasi dan interaksi berkesan
SASARAN: SEMUA PERINGKAT MASYRAKAT
2. HIJRAH “Berubah Demi Kecemerlangan” 1.Memupuk kekuatan diri
2.Memahami halangan3.Pendekatan dan perhatian individu
4.Khidmat masyarakat
SASARAN 1: LANJUTAN UNTUK KURSUS SASARAN 2: INDIVIDU BERMASALAH
3. MADINAH “Kepimpinan Untuk Kecemerlangan”
1.Sifat kepimpinan2..Team building3.Komunikasi 4.Khidmat masyarakat
SASARAN 1: LANJUTAN UNTUK KURSUS UMUM SASARAN 2: KEPIMPINAN REMAJA
KESINAMBUNGAN KURSUS
PENINGKATAN SAHSIAH
KEPIMPINAN UNTUK KECEMERLANGAN(TAHAP 1 - 2 - 3)
BERUBAH DEMI KECEMERLANGAN(TAHAP 1 - 2 - 3)
MODUL 1 PENINGKATAN SAHSIAH
PENGENALAN
Kecemerlangan dikaitkan dengan piawai tertinggi bagi nilai hidup insan.Ironi nya,langkah pertama kecemerlangan itu bermula daripada satu titik kesedaran ! Justeru itu adalah sangat penting untuk membangkitkan ‘kuasa kesedaran’ yang tidur di dalam diri setiap individu demi mencapai kecemerlangan yang di inginkan.
Ianya adalah proses yang terhasil oleh perubahan yang bersifat ‘dari dalam ke luar’ (inside out). Ia merangkumi apa yang di istilahkan sebagai self empowerment, self discipline, self mastering, self effeciency di mana ia lah yang sebenar nya penentu kepada sistem nilai, keyakinan diri,pembentukan paradigma,persepsi,visi seterusnya kepada perubahan sikap, karektor dan personaliti seseorang.
FOKUS DAN ISU
Membentang rahsia kekuatan diri Merancang misi & visi hidup Menghilang jurang komunikasi Penekanan terhadap tanggung jawab dan
peranan : Diri - Keluarga – Masyarakat
OBJEKTIF
Menghayati kebesaran dan keagungan Ilahi Menyedari ibadah dan akhlak sebagai prinsip asas di dalam kehidupan Mempunyai keyakinan berganda terhadap keupayaan dan kemampuan diri Punyai visi & misi yang jelas di dalam hidup serta berupaya menyusunnya Menghargai orang lain serta berupaya berinteraksi dengan baik Bersedia memikul tanggung jawab serta boleh berperanan secara berkesan
PENDEKATAN PROGRAM
Untuk mendapat keberkesanan pada objektif,pendekatan berikut akan di laksanakan sepanjang program :
Kuliah interaktif
Bengkel
Penghayatan Ibadah
Penghayatan sejarah
Berhibur melalui lagu dan nasyid motivasi serta nazam dan zikir
PELAKSANAAN PROGRAM
Pihak Juru Perunding mengendalikan keseluruhan program termasuk menyediakan laporan prestasi serta pencapaian setelah sesuatu program selesai termasuk kesinambungan untuk program berikut nya.
TENTATIF
Lampiran 1
PENUTUP
Diharap dengan modul ini dapat membantu menyediakan program yang berkesan untuk meningkatkan potensi sumber yang paling kritikal yakni sumber manusia di dalam sesebuah masyarakat.Semoga lahir masyarakat yang Cemerlang ,Gemilang dan Terbilang.
Lampiran 1
CONTOH TENTATIF PROGRAM UNTUK 2 HARI Objektif Hari Pertama:
Menghayati objektif keseluruhan kursus Menjalin kemesraan di kalangan peserta Mengenal diri, watak dan kekuatan diri Solat sebagai teras program
MASA PROGRAM HURAIAN PROGRAM MORAL8:30 am Pendaftaran9:00 Perasmian Kursus10:00 Minum10:30 Kuliah 1 Tajuk: Pemikiran Positif Anak kunci motivasi
dan perubahan sikap bergantung pada persepsi dan imaginasi positif
12:00 pm Makan T..Hari1:00 Aktiviti di Musolla Penghayatan Ibadah,
Perkemas Solat ,tazkirah serta nazam dan zikir selepas solat
Menghening rasa, menekankan aspek solat sebagai perkara paling penting di dalam hidup, Sirah Rasulullah S.A.W sebagai Role model ,mengisi jiwa dengan nazam dan zikir
2:30 Bengkel Tajuk: Potensi Vs Masalah Bagaimana menggunakan potensi diri serta
setiap peluang untuk mengatasi gejala dan masalah yang ada di tengah masyarakat
4:00 Aktiviti di Musolla Penghayatan Ibadah, Perkemas Solat ,tazkirah serta nazam dan zikir selepas solat Bertafakur & berdoa dalam bentuk nazam
Menghening rasa, menekankan aspek solat sebagai perkara paling penting di dalam hidup,Sirah Para sahabat R.A sebagai Role model mengisi jiwa dengan nazam dan zikir
5:30 Program di tangguh
Objektif hari Kedua: Memahami tanggungjawab Mengenal kekuatan dalaman diri Mencetus rasa persaudaraan Mencetus kesedaran diri
MASA PROGRAM HURAIAN PROGRAM MORAL8:30 am Kuliah 2 Tajuk : Rahsia Alam Diri Kecemerlangan
terletak pada individu berjaya kenal diri serta meningkat potensi
10:00 Minum10:30 Kuliah 3 Tajuk : Keluarga Cemerlang Memberi panduan
untuk membina kecemerlangan , institusi keluarga sebagai wadah.
12:00 pm Makan T..Hari1:00 Aktiviti di Musolla Penghayatan Ibadah,
Perkemas Solat ,tazkirah serta nazam dan zikir selepas solat
Menghening rasa, menekankan aspek solat sebagai perkara paling penting di dalam hidup, Sirah Rasulullah S.A.W sebagai Role model ,mengisi jiwa dengan nazam dan zikir
2:30 Forum Tajuk : Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur
Menjalin dan menyimpul seluruh segmen tajuk sebagai kesimpulan program
4:00 Aktiviti di Musolla Penghayatan Ibadah, Perkemas Solat ,tazkirah serta nazam dan zikir selepas solat Bertafakur ,bermuhasabah & berdoa dalam bentuk nazam
Menghening rasa, menekankan aspek solat sebagai perkara paling penting di dalam hidup, Sirah Rasulullah S.A.W sebagai Role model ,mengisi jiwa dengan nazam dan zikir .
6:00 Program Tamat
TENTATIF PROGRAM UNTUK 10- 12 HB DIS 2010 DAN 24-26 DIS 2010
MASA HARI 1 HARI 2 HARI 3
6:00 Solat Solat
7:00 RiadhahSimfoni Alam
‘ Nilai Diri’
8:00 Sarapan pagi Sarapan pagi
9:00 Kuliah 1Rahsia Alam Diri
Kuliah 3Ruang & Peluang
!0:00 Kudapan Kudapan
10:30Kuliah 2
Misi,Visi & Nilai
Pelan Tindak
12:30 pm Makan tengah hari Makan tengah hari1:30 Solat Solat
2:00 Bengkel‘Isu & solusi’
Majlis Penutup
4:00 Pendaftaran Minum petang Tamat5:00 Solat Solat
6:00 Taklimat Kursus Permainan Minda7:00 Makan Malam Makan Malam8:00 Solat Solat 9:30 Ice Breaking Persembahan
Kumpulan
10:30 Minum Minum11:00 Rehat