Kelantan - · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

44
Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria SMK Jelawat, 16370 Bachok, Kelantan

Transcript of Kelantan - · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Page 1: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Disediakan Oleh :En. Safaee b. Zakaria SMK Jelawat, 16370 Bachok, Kelantan

Page 2: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 1 

Bil  Perkara  Mukasurat

1. Pendahuluan 2

2. Keperluan Teknik Menjawab Berkesan 2

3. Matlamat 2

4. Tajuk Penting Tasawwur Islam Ting 4 & 5 3

5. Format Pentaksiran 10

6. Instrumen Pentaksiran 10

7. Perincian Instrumen Pentaksiran 11

7.1 Kertas 1 11

7.1.1 Bahagian A 11

7.1.2 Bahagian B 13

7.1.3 Analisa Soalan Bahagian B 18

7.1.4 Larangan dalam Kertas 1 18

7.1.5 Rumusan 19

7.2 Kertas 2

7.2.1 Kata Tugas Soalan 19

7.2.2 Bentuk Soalan 20

8. Strategi Menjawab Soalan 32

8.1 Jawapan Yang Boleh di Gunakan dalam banyak Soalan 32

8.2 Perkara yang Perlu diberi perhatian semasa menjawab 39

8.3 Kelemahan Yang Perlu Dihindari 40

9. Penutup 40

Page 3: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 2 

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN TASAWWUR ISLAM SPM 

1.  Pendahuluan 

Pelajaran  Tasawwur  dalam  Kurikulum    Bersepadu  Sekolah  Menengah 

(KBSM) adalah merupakan satu mata Pelajaran Elektif (Pilihan) Pelajaran ini 

ditawarkan  kepada  pelajar  sekolah  menengah  atas.Mata  pelajaran  ini 

memberi  peluang  kepada      pelajar  untuk  mendapatkan  pengetahuan  dan 

kefahaman  yang  lebih mendalam  tentang    Islam  sebagai  cara hidup  yang 

lengkap  dan  sempurna.  Bagi  merealisasikan  pelajar  dapat  mencapai 

kecemerlangan dalam mata pelajaran Tasawwur  Islam,  ianya memerlukan 

teknik  yang  berkesan  dalam  menjawab  soalan  peperiksaan  selaras 

kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

2.  Keperluan Teknik Menjawab Berkesan 

Teknik menjawab soalan  yang berkesan akan dapat membantu para pelajar 

untuk  mencapai  markah  yang  maksimum.  Ia  juga  merupakan  satu 

kemahiran  yang  membantu  para  guru  untuk  membimbing  pelajar­pelajar 

semasa  menjawab  kertas  soalan.  Pendekatan  teknik  menjawab  ini  perlu 

diberikan  lebih  awal  dan  pada  setiap  masa,  agar  para  pelajar  terbiasa 

dengan teknik menjawab yang betul dan berkesan. 

3.  Matlamat 

Matlamat yang ingin dicapai melalui teknik menjawab yang berkesan ialah 

3.1  Memberi  kemahiran  kepada  para  pelajar  tentang  teknik  menjawab 

yang betul 

3.2  Membantu  para  pelajar  teknik  menjawab  soalan  yang  betul 

sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan. 

3.3  Memastikan semua calon Tasawwur Islam menjawab dengan teknik 

yang betul, berfokus dan tepat seterusnya meningkatkan pencapaian 

dalam peperiksaan.

Page 4: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 3 

4. Tajuk­Tajuk Penting  Tasawwur Islam Ting 4 Dan Ting 5 

TINGKATAN 4

1. ASAS PEMIKIRAN ISLAM

TUHAN

1- Maksud Fitrah 2- Bukti beragama fitrah manusia 3- Jenis-jenis Tauhid 4- Tauhid Rububiyyah – prinsip 5- Tauhid Uluhiyyah – prinsip 6- Tauhid Asma Wa Sifat – nama/ sifat 7- Agama budaya dan agama samawi

INSAN

1- Maksud 2- Proses kejadian manusia 3- Bukti manusia sebaik-baik kejadian 4- Tanggungjawab – Allah – manusia- alam

ALAM

1- Maksud alam 2- Jenis alam – contoh – hikmah kerahsiaan-

cara mengetahui 3- Peringkat alam 4- Maksud : memelihara alam – memulihara alam 5- Sumbangan alam 6- Cara memelihara alam – memulihara alam 7- Pencemaran : Faktor – kesan – cara atasi

RASUL

1- Maksud rasul – nabi – perbezaan nabi dan rasul

2- Sifat – wajib – mustahil- harus 3- Peranan rasul 4- Rasul Ulul Azmi – maksud-sebab –MIN 5- Perkara luar biasa : MMMKIIS

Page 5: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 4 

WAHYU

1- Maksud wahyu 2- Ciri-ciri wahyu 3- Peringkat penurunan wahyu 4- Cara penurunan wahyu 5- Peranan wahyu 6- Cara wahyu membimbing akal 7- Cara wahyu membina tamadun 8- Isi Kandungan al Quran 9- Keistimewaan al Quran 10-Maksud al Hadis 11- Jenis hadis 12-Peranan hadis 13-Fahaman anti hadis : Maksud – Kesan

PENGARUH LUAR YANG

MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM

1- Maksud Pengaruh Lar/ Penjajahan pemikiran 2- Bentuk ancaman / pengaruh yang

merosakkan 3- Kesan pengaruh luar 4- Cara mengatasi 5- Fahaman mulhid : Maksud – prinsip- contoh -

kesan –cara atasi 6- Ajaran sesat : maksud – ciri- kesan –cara

atasi

2- CIRI PANDANGAN HIDUP ISLAM

ISLAM 1- Maksud Islam 2- Ciri keunggulan Islam

RABBANIYYAH

1- Maksud 2- Prinsip 3- Cara mencapai sifat Rabbaniyyah

SYUMULIYYAH 1- Maksud 2- Prinsip 3- Bukti dalam Kehidupan

Page 6: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 5 

a) Ilmu : Fardhu Ain – Fardhu Kifayah b) Sosial c) Perundangan

ALAMIYYAH

1- Maksud 2- Prinsip – Hak asasi manusia 3- Bukti dalam Kehidupan

a) Perundangan b) Sosial c) Ibadat

WAQI‛IYYAH

1- Maksud 2- Prinsip – Wasatiyyah 3- Bukti dalam Kehidupan

MURUNAH

1- Maksud 2- Prinsip 3- Kelebihan sifat Murunah

THABAT 1- Maksud 2- Perkara yang Thabat

3- INSTITUSI NEGARA ISLAM

SISTEM PEMERINTAHAN

1- Maksud Negara Islam 2- Prinsip - MMAH 3- Ciri –ciri 4- Elemen Pembentukan Negara Islam 5- Syura – majlis syura- hikmah – contoh – ahli

Majlis syura 6- Khalifah : maksud – sifat- kelayakan –

t/jawab – kesan pemngabaian 7- Rakyat : hak – t/jawab rakyat – kesan

pengabaian 8- Piagam madinah : Aspek – Kesan

Page 7: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 6 

SISTEM KEHAKIMAN

1- Maksud 2- Dasar/ prinsip 3- Ciri-ciri 4- Kepentingan Institusi Kehakiman 5- Sumber kehakiman : AHIQI 6- Prosedur kehakiman

i)Hakim : Kelayakan – t/jawab / Etika kehakiman – kesan

ii) Peraturan keterangan : BSP

SISTEM SOSIAL

1- Maksud 2- Nilai luhur 3- Tawakal – maksud- kepentingan 4- Tanggungjawab – kesan

TINGKATAN 5

1-EKONOMI ISLAM

ISLAM DAN HARTA

1- Maksud harta 2- Jenis harta 3- Konsep Harta – MUNAH BZ 4- Harta Amanah : Sebab harta amanah Allah 5- Harta Ujian Allah : Bentuk Ujian harta 6- Syarat harta sebagai ibadat 7- Harta halal dan haram: cara dan kelebihan 8- Cara pengurusan harta 

Allah 

Alam  Manusia

Page 8: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 7 

ISLAM DAN HAK MILIK

1- Maksud hak milik 2- Perturan pemilikan harta 3- Kepentingan pemilikan harta 4- Golongan yang dilarang : Gol – Cara

pengurusan harta 5- Larangan dalam pemilikan Harta : MMES RR 6- MMESRR : maksud- faktor berlaku- cara

atasi

ISLAM DAN PEKERJAAN

1- Maksud bekerja / bekerja kerana Allah 2- Matlamat bekerja 3- Syarat pekerjaan menjadi ibadat 4- Jenis pekerjaan : perbezaan 5- Etika pekerjaan 6- Budaya kerja 7- Cara meniingkatkan kualiti kerja

FALSAFAH MUAMALAH

ISLAM

1- Maksud muamalah 2- Ciri-ciri muamalah – TRAMT 3- Kebaikan / kelebihan / kepentingan 4- Syarat sah muamalah 5- Muamalah yang tidak sah 6- Perbezaan Muamalah Islam dan konvensional 7- Taawun : Konsep/ maksud – bukti taawun

dalam muamalah 8- Jenis- jenis muamalah : WD-MD-MS/ B-

MR/R-I-T , Hikmah 9- Cara menggalakkan muamalah Islam

2-FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

PERUNDANGAN ISLAM

1- Maksud perundangan / syariat 2- Matlamat perundangan Islam : ANKH2 3- Cara mencapai matlamat perundangan Islam 4- Ciri-ciri perundangan Islam 5- Sumber perundangan Islam : AHIQI

Page 9: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 8 

6- Kepentingan perundangan Islam 7- Cara menghayati perundangan Islam

ISTILAH PERUNDANGAN

ISLAM

1- Fikah – maksud-matlamat – kebaikan 2- Fatwa - maksud-matlamat – kebaikan –

contoh 3- Qadha - maksud-matlamat – kebaikan 4- Ijtihad - maksud-matlamat – kebaikan 5- Hukum – WSHMH : Maksud – contoh –

hikmah

FALSAFAH IBADAT

1- Maksud ibadat 2- Jenis ibadat – contoh- ciri / perbezaan 3- Perkaitan ibadat dengan perundangan 4- Tujuan ibadat 5- Ciri kesempurnaan ibadat 6- Cara meningkatkan kuliti ibadat 7- Perkara yang merosakkan ibadat :

SSKRRAHNUT 8- Ibadat tanpa syariat – maksud -kesan –

contoh 9- Syariat tanpa ibadat- maksud -kesan –

contoh

FALSAFAH MUNAKAHAT

1- Maksud munakahat 2- Hikmah perkahwinan 3- Hikmah pemiihan pasangan 4- Tanggungjawab : SIB – kesan pengabaian 5- Cara mencapai keharmonian rumahtangga 6- Penyelesaian masalah perkahwinan : TKF-

hikmah 7- Cara mengatasi perceraian 8- Hak penjagaan anak – hikmah

FALSAFAH JENAYAH

1- Maksud Jenayah – contoh perbuatan jenayah 2- Matlamat

Page 10: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 9 

3- Sumber Falsafah Jenayah : AHIQI 4- Hukuman Jenayah : HQTD – maksud – jenis

kesalahan – bentuk hukuman – hikmah - perbezaan

5- Perbezaan Hukuman Islam dan konvensional

3-PENYELESAIAN MASALAH ISLAM

ASAS PENYELESAIAN

MASALAH

1- Maksud penyelesaian masalah 2- Matlamat 3- Ciri- ciri PMDI 4- Sumber PMDI : AHIQI 5- Kelebihan / kebaikan 6- Sebab penyelesaian masalah secara Islam

CARA

1- Langkah penyelesaian Masalah : MPKUN 2- Perlakuan penyelesaian masalah : NKTTM 3- Maksud muhasabah 4- Tawakal – Maksud – hikmah 5- Amalah dalam memnyelesaiakan masalah 6- Doa : Maksud – adab berdoa- hikmah 7- Dakwah : Maksud – ciri pendakwah – cara

berdakwah yang berkesan – peranan dakwah

ISU DAN CARA PENYELESAIAN

Isu- isu : a) Perpaduan Ummah b) Kecemerlangan pendidikan c) Kekuatan Ekonomi d) Keadilan sosial e) Jati Diri f) Jaminan Keselamatan 1- Maksud isu 2- Cara mewujudkan / mencapai

Cara mengatasi Akidah Ibadah Akhlak

Isu semasa

Page 11: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 10 

5.  Format Pentaksiran 

Kertas 1 (5226/1) = Kertas satu berbentuk ujian objektif Berstruktur 

Kertas 2 (5226/2) = Kertas 2 berbentuk ujian subjektif 

6.  Instrumen Pentaksiran 

BIL  PERKARA  KERTAS  1  KERTAS 2 6.1  Jenis Instrumen  Ujian Objektif  Ujian Subjektif 

6.2  Jenis Instrumen  Item Objektif : 

i.  Aneka Pilihan mudah 

ii.  Aneka Pilihan 

Kompleks 

Item Subjektif : 

i.  Item Respon 

Terhad 

ii.  Item Berstrukrtur 

6.3  Bilangan Soalan  Jenis Soalan  (Jawab 

Semua) 

i.  Bahagaian A :  20 

soalan Objektif (Aneka 

Pilihan ) 

ii.  Bahagian B : 

Soalan­Soalan Objektif 

Berstruktur 

7 Soalan ( Jawab lima 

soalan sahaja, Soalan 

1 wajib dijawab dan 

pilih mana­mana 4 

soalan yang lain ) 

6.4  Jumlah Markah  40 Markah  100 Markah 

6.5  Tempoh Ujian  1 Jam 15 Minit  2 Jam 30 Minit 

6.6  Wajaran 

Konstruk 

Pengetahuan­50 % 

Pemahaman­50 % 

Pengetahuan – 20 % 

Pemahaman – 40 % 

Kemahiran 40 % 

6.7  Cakupan 

Konteks 

Mengcakupi semua 

bidang pembelajaran 

tingkatan 4 dan 5 

Mengcakupi semua 

bidang pembelajaran 

tingkatan 4 dan 5 

6.8  Aras kesukaran 

Rendah – R 

Sederhana – S 

Tinggi – T 

R : 50 % 

S : 30 % 

T : 20 % 

R : 50 % 

S : 30 % 

T : 20 %

Page 12: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 11 

7.  Perincian Instrumen Pentaksiran 7.1  KERTAS 1

• Nombor kod 5226/1

• Item Soalan : 

Bahagian A : Soalan Aneka Pilihan ( Objektif ) 

Bahagian B : Soalan Berstruktur ( Isi Tempat Kosong )

• 2 Bahagian: A & B

• Markah Penuh : 40

• Masa : 1 jam 15 minit = 75 minit.

• Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari di ting 4 dan 5 

7.1.1  Bahagian A (20 Markah)

• Jumlah Soalan 20  ( dari soalan no 1 – 20 ) 

Bentuk Soalan : 

1.  Soalan Aneka Pilihan Pilihan A, B, C & D Contoh Soalan:

Page 13: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 12 

2.  Pilihan berdasarkan cadangan yang telah diberikan 

Contoh Soalan : 

3.  Pilihan berdasarkan gabungan beberapa jawapan yang  sesuai Contoh Soalan:

Page 14: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 13 

7.1.2  Bahagian B (20 Markah)

• Jumlah Soalan 20  dari soalan no  21 – 40 

Bentuk Soalan : 

1.  Tulis  Istilah Yang Sesuai 

Contoh Soalan:

Page 15: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 14 

2.  Lengkapkan Pernyataan 

Contoh Soalan : 

3.  Lengkapkan Rajah / Carta / Jadual Contoh Soalan Rajah :

Page 16: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 15 

Contoh Soalan Jadual : 

Contoh Soalan Carta :

Page 17: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 16 

4.  Contoh SoalanTuliskan Hukum / Jenis Ibadat

Page 18: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 17 

5.  Contoh Soalan Betul atau salah 

6.  Contoh Soalan Padanan

Page 19: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 18 

7.1.3  Analisa Soalan  Kertas 1 Bahagian  B 

Tahun Bil  Kata Kerja  2004  2005  2006  2007 1  Tulis Istilah  ü ü ü üü 2  Lengkapkan Pernyataan  ü ü ü 

3  Lengkapkan Carta / Rajah / Jadual  ü ü ü 

4  Padanan  ü 5  Betul salah  ü ü ü ü 6.  Tulis Hukum/ Jenis Ibadat  ü ü 

7.1.4  Larangan Kertas 1 

Memberikan jawapan lebih daripada satu Contohnya 

a)  Menghitamkan  lebih daripada satu  jawapan pada soalan yang   sama 

pada Bahagian A  ( A, B dan  sebagainya ) 

b)  Memberikan  jawapan  lebih  pada  soalan    bahagian  B  (Objektif 

berstruktur) 

c)  Memberikan  jawapan yang berpola  contohnya 15  soalan ditanda   A 

atau 15 soalan ditanda  B 

Menghitam lebih daripada 1 jawapan 

Jawapan Berpola 

Cara betul menghitamkan jawapan

Page 20: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 19 

7.1.3  Rumusan 

Masa  Ceraian Soalan 

Jenis soalan 

Jum Soalan 

Soalan dijawab  Tajuk soalan 

Bahagian A 

Soalan aneka pilihan 

20  Semua  Sukatan pelajaran di tingkatan 4 dan 5 1 

Jam 15 Minit  Bahagian 

Soalan objektif 

berstruktur 20  Semua  Sukatan pelajaran di 

tingkatan 4 dan 5 

7.2  KERTAS 2

• Nombor kod 5226/2

• Masa :  2jam 30 minit

• Item Soalan :  Respon terhad

• Bilangan Soalan : 7 Soalan ditawarkan.

• Jawab 5 soalan sahaja. (Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana­mana 4 

soalan lain)

• Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari di ting 4 dan 5

• Markah : 100 

7.2.1  Kata Tugas Soalan 

Soalan SPM Kata Tugas 

2004  2005  2006  2007 

1  Terangkan  9  10  13  9 

2  Huraikan  3  3  4  7 

3  Jelaskan  9  6  1  10 

4  Berikan  ­  1  1  ­ 

5  Apakah  1  1  2  1

Page 21: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 20 

Soalan SPM Kata Tugas 

2004  2005  2006  2007 

6  Nyatakan  6  2  6  4 

7  Senaraikan  1  2  5  4 

8  Kemukakan  1  4  ­  ­ 

9  Bagaimanakah  ­  1  ­  ­ 

10  Cadangkan  ­  ­  1  ­ 

Jumlah  30  30  33  35 

7.2.2 Bentuk Soalan SPM Tasawwur Islam 

1. Pernyataan  Kata Kunci Soalan 

Jawapan bagi soalan jenis  pernyataan ini tidak  perlu 

terlalu panjang. Ia memerlukan fakta yang tepat dan 

huraian keatas fakta tersebut. 

1. Mengapakah 2. Kemukakan 3. Senaraikan 4. Nyatakan. 5. Apakah 

6. Berikan 

i.  Mengapakah 

. Contoh Soalan 

Mengapakah semangat daya juang penting dalam mencapai kecemerlangan 

dalam akademik   [ 4 markah ] 

Contoh Jawapan : Sebab semangat daya  juang penting dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Page 22: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 21 

1.  Akan menguatkan semangat dalam menghadapi pelajaran 

2.  Akan memberikan  keyakinan kepada diri sendiri untuk berjaya. 

3.  Akan menjadikan seseorang itu sentiasa gigih memperbaiki kelemahan 

diri dalam pelajaran. 

4.  Akan menjadikan seseorang itu sentiasa konsisten dalam mengikut 

jadual pembelajaran 

ii.  Kemukakan 

Contoh Soalan: 

Sumbang mahram merupakan perbuatan keji  yang masih berlaku 

dikalangan masyarakat hari ini 

Kemukakan  dua langkah  menangani perbuatan tersebut  [ 4 markah ] 

Contoh Jawapan Dua langkah  menangani perbuatan tersebut ialah 1.  Melaksanakan hukuman mengikut hukuman Islam / hukum hudud 

2.  Memberi didikan agama yang sempurna kepada anak­anak sejak kecil 

3.  Menjaga batasan aurat antara lelaki dan perempuan 

4.  Mengamalkan akhlak mulia dalam rumahtangga dan pergaulan 

5.  Menguatkuasakan undang­undang / tindakan tegas / membuat   laporan 

yang tegas keatas pesalah sumbang mahram 

6.  Memberi kesedaran melalui kempen / ceramah / dakwah kepada 

masyarakat 

7.  Memantapkan keimanan dengan sentiasa melaksanakan perintah Allah 

8.  Sentiasa melakukan amal soleh  dalam kehidupan seharian

Page 23: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 22 

iii.  Senaraikan 

Contoh Soalan: 

Senaraikan  empat  amalan  wajib  yang  mesti  dilaksanakan  oleh  setiap 

muslim. 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan : 

Empat amalan wajib yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim ialah : 

1.  Solat fardu 

2.  Puasa bulan ramadhan. 

3.  Menuntut ilmu. 

4.  Mentaati ibu bapa. 

5.  Menutup aurat. 

iv.  Nyatakan 

Contoh Soalan : 

Nyatakan dua sebab Islam diterima sebagai agama yang diredai di sisi Allah 

SWT. 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan : 

Dua sebab Islam diterima sebagai agama yang diredai di sisi Allah SWT 

1.  Islam  ialah agama yang diiktiraf  / diperakukan  / diciptakan oleh Allah 

SWT. (Rabbaniyyah) 

2.  Islam  agama  yang  lengkap  merangkumi  kehidupan  dunia  dan 

akhirat.(Syumuliyyah) 

3.  Islam agama yang menekankan hubungan sejagat. (Alamiyyah) 

4.  Islam  ialah  ajaran  wahyu  yang  terpelihara  /  kekal 

kesahihannya.(Rabbaniyyah) 

5.  Islam  ialah  agama  yang  bersifat  praktikal  dan  sesuai  pada  setiap 

zaman. Waqiyyah) 

6.  Islam ialah agama samawi/ agama langit.

Page 24: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 23 

v.  Apakah 

Contoh Soalan: 

Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai ad­Din ? 

[ 2 markah ] Contoh Jawapan : 

Maksud Islam sebagai ad­Din ialah : 

1.  Islam ialah kepatuhan,kesejahteraan dan penyerahan diri kepada Allah 

SWT. 

2.  Islam  ialah  agama  yang  mengatur  cara  hidup  yang  lengkap  dan 

sempurna. 

3.  Islam  tidak  hanya  tertempu  kepada  soal  ibadat  semata­mata  tetapi 

merangkumi urusan kehidupan manusia sehari­hari. 

4.  Islam agama yang diredai / diterima oleh Allah s.w.t 

5.  Islam agama yang benar. 

6.  Islam bersifat Syumuliyyah, Alamiyyah, Thabat, Waqiiyyah. 

vi.  Berikan 

Contoh Soalan : 

Fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama Islam 

Berikan dua hujjah anda 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan : Dua Hujjah fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama Islam 

1.  Fahaman tersebut boleh menyebabkan hilangnya rasa hormat 

terhadap Rasulullah s.a.w kerana tidak mempercayai hadis rasulullah 

2.  Fahaman tersebut boleh menyebabkan umat Islam akan berpecah 

kerana perbezaan pendapat

Page 25: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 24 

3.  Fahaman tersebut boleh menyebabkan umat Islam tidak dapat 

memahami ajaran  al­Quran dengan terperinci. 

4.  Penolakan hadis membawa kepada penolakan al­Quran. 

5.  Fahaman tersebut  boleh membawa kepada ajaran sesat / 

menyeleweng/rosak akidah / murtad 

2. Perbincangan  Kata Kunci Soalan 

Jawapan bagi soalan jenis ini memerlukan anda 

memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Anda 

mesti memberikan fakta serta hujah yang menyokong 

pendapat anda 

1. Bincangkan 2. Cadangkan 3. Bagaimanakah 

i.  Bincangkan 

Contoh Soalan : 

Salah satu daripada matlamat perundangan Islam ialah memelihara  nyawa 

manusia. Bincangkan 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan : 

Perundangan Islam memelihara nyawa manusia kerana 

1.  Nyawa merupakan anugerah Allah s.w.t kepada manusia yang sangat 

bernilai. Islam menjamin  hak seseorang untuk hidup dan menjaga 

anggota tubuh badan mereka. 

2.  Islam telah mensyariatkan hukum Qisas bagi kesalahan yang melibatkan 

nyawa dan anggota tubuh badan bagi menjaga nyawa manusia. 

3.  Islam telah mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri dan nyawa 

orang lain.

Page 26: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 25 

iii.  Cadangkan 

Jawapan  bagi  soalan    ini  memerlukan  anda  memberikan  pandangan  dan 

cadangan tentang sesuatu isu tetapi masih terikat dengan isi tajuk berkaitan. 

Contoh Soalan: 

Anda  sebagai  seorang  pelajar  sekolah.  Setiap  bulan  ibu  bapa  anda 

memberikan wang  untuk menampung  perbelanjaan  sekolah  sebanyak RM 

50.00. 

Cadangkan cara anda memanfaatkan wang tersebut. 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan: 

Cara memanfaatkan wang tersebut untuk menampung perbelanjaan sekolah 

1.  Membeli keperluan pembelajaran seperti pen, buku dan sebagainya 

2.  Membayar yuran kelas tambahan. 

3.  Membeli makanan dan minuman semasa di sekolah. 

4.  Menabung untuk kegunaan masa hadapan. 

iii.  Bagaimanakah 

Jawapan bagi soalan ini memerlukan anda memberikan pandangan tentang 

sesuatu isu. 

Contoh Soalan: 

Perpecahan  dan  persengketaan  di  kalangan  masyarakat    akan 

mengakibatkan  huru hara dan ekonomi  negara menjadi mundur. 

Bagaimanakah masalah diatas dapat dielakkan daripada berlaku? 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan: 

1.  Masalah  di  atas  dapat  dielakkan  daripada  berlaku  dengan  cara 

anggota masyarakat  mestilah : 

2.  Saling hormat menghormati antara satu sama lain 

3.  Sentiasa bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti masyarakat 

seperti gotong­royong / bantu membantu / tolong menolong

Page 27: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 26 

4.  Sentiasa mengamalkan  toleransi  di  kalangan masyarakat  yang  tidak 

menjejaskan akidah / bersikap terbuka 

5.  Sentiasa  mengamalkan  kebebasan  beragama  tanpa  menganggu 

ketenteraman orang lain 

6.  Mengadakan  aktiviti  berbentuk  kempen  /  ceramah  /  media  berkaitan 

perpaduan 

3. Huraian  Kata Kunci Soalan 

Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan 

huraian. Huraiannya mestilah tepat dan ringkas 

1.Buktikan 

2.Huraikan 

3.Penyelesaian Masalah 

i.  Buktikan 

Contoh Soalan: 

Islam merupakan satu­satunya agama yang diterima oleh Allah  s.w.t  yang 

mempunyai keunggulannya yang tersendiri. 

Buktikan  Islam adalah agama yang unggul. 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan: 

Bukti keunggulan Islam ialah : 

1.  Ajaran  Islam   meliputi setiap aspek   kehidupan manusia samada dari 

segi  politik,  ekonomi  dan  sosial/  Agama  Islam  adalah  lengkap  dan 

sempurna. 

2.  Agama  Islam  adalah  sesuai  dengan  fitrah  semulajadi  manusia  yang 

inginkan kebahagiaan dalam kehidupan. 

3.  Ajaran  Islam adalah adil dan saksama kepada semua manusia  tanpa 

mengira darjat dan keturunan. 

4.  Ajaran Islam sesuai pada semua zaman, tempat, masa dan keadaan. 

5.  Ajaran Islam kekal tanpa perubahan hingga ke hari kiamat.

Page 28: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 27 

ii.  Huraikan 

Contoh Soalan : 

Huraikan dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam. 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan : 

Dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam ialah  : 

1.  Masyarakat  tidak  akan  aman  dan  tenteram  (1m)  kerana  berlaku 

pergaduhan / tiada persefahaman (1m). 

2.  Memutuskan  hubungan  silaturrahim  dalam  masyarakat  (1m)  kerana 

berlainan fahaman (1m). 

3.  Berlaku pergaduhan / perbalahan (1m) dalam kehidupan (1m). 

4.  Berlaku kezaliman / keganasan (1m) seperti pembunuhan (1m). 

( Isi 1 markah , huraian 1 markah ) 

iii.  Penyelesaian Masalah 

Contoh Soalan : 

Ada remaja berfahaman bahawa mereka bebas memilih cara hidup sendiri 

tanpa menghiraukan kawalan ibu bapa. 

Apakah yang akan berlaku sekiranya remaja bertindak berdasarkan 

fahaman tersebut ? 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan : 

Perkara yang akan berlaku sekiranya remaja berfahaman sedemikian. 

1.  Remaja tidak lagi akan menghormati orang tua / guru mereka 

2.  Wujudnya sikap derhaka kepada ibu bapa. 

3.  Remaja akan terjebak  dengan kegiatan jenayah seperti mencuri 

4.  Remaja akan rosak akidah dan pegangan agama mereka menjadi 

longgar

Page 29: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 28 

4. Penerangan  Kata Kunci Soalan 

Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan huraian.  Ciri – 

ciri huraian antaranya seperti, kerana, iaitu, di dalam, yang, 

agar,  supaya  dan    untuk.  Huraiannya  mestilah  tepat  dan 

ringkas 

1. Terangkan 

2. Jelaskan 

i.  Terangkan. Contoh Soalan : 

Terangkan  dua  cara  media  massa  mempengaruhi  pemikiran  umat  Islam 

dengan budaya kuning. 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan : 

Dua  cara  media  massa  mempengaruhi  pemikiran  umat  Islam  dengan 

budaya kuning : 

1.  Menyebarkan  berita  palsu  /  negetif  (1m)  untuk  memesongkan  / 

menyesatkan (1m) 

2.  Memberi  gambaran  yang  salah  mengenai  umat  Islam  (1m)  untuk 

menjatuhkan maruah umat Islam (1m) 

3.  Menyajikan program hiburan (1m) yang keterlaluan (1m). 

4.  Menayangkan  filem­filem  lucah  dan  ganas  (1m)  yang  merosakkan 

akhlak umat Islam.(1m) 

( Isi 1 markah , huraian 1 markah ) 

ii.  Jelaskan 

Contoh Soalan : 

Jelaskan dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman 

budaya kuning. 

[ 4 markah ]

Page 30: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 29 

Contoh Jawapan : 

Dua  tindakan  yang  perlu  dilakukan  untuk  menangani  ancaman  budaya 

kuning ialah : 

6.  Mendalami  ilmu  pengetahuan  (1m)  dalam  pelbagai  bidang(1m) 

/supaya dapat membezakan antara yang baik dan buruk(1m). 

7.  Memperkukuhkan  keimanan  kepada  Allah  SWT  (1m)  dengan 

mendalami bidang keagamaan (1m). 

8.  Mengamalkan  akhlak  mulia  (1m)  supaya  kehidupan  terhindar 

daripada perbuatan keji (1m). 

9.  Menjadikan  Islam  sebagai  cara  hidup  (1m)  dengan  menjauhi 

perbuatan keji (1m). 

( Isi 1 markah , huraian 1 markah ) 

5. Pengertian  Kata Kunci Soalan 

Jawapan dalam bentuk ini memerlukan calon 

memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas 

tentang makna sesuatu perkataan khusus, istilah atau 

terminologi. Berikan contohnya sekali jika ada 

1.  Apakah Maksud 

2. Berikan Pengertian 

i.  Apakah Maksud 

Contoh Soalan : 

Ibadah  terbahagi  kepada  ibadah  khusus  dan  ibadah  umum.        Apakah 

maksud   ibadah­ibadah  tersebut 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan : 

Maksud  kedua­dua ibadah tersebut ialah : Maksud ibadat khusus 

1.  Ibadat yang telah ditetapkan oleh Allah cara pelaksanaan dan 

ganjarannya. 

2.  Ibadat yang menghubungkan manusia dengan Allah/Tuhan 

3.  Ibadat wajib contohnya solat fardu

Page 31: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 30 

Maksud ibadat umum 

1.  Perbuatan atau amalan manusia yang dilakukan kerana Allah s.w.t. 

2.  Ibadat yang menghubungkan manusia sesama manusia contohnya 

bersedekah 

3.  Ibadat sunat 

ii.  Berikan Pengertian 

Contoh Soalan : 

Akal sangat  penting kepada manusia. 

Berikan pengertian akal 

[ 2 markah ] Contoh Jawapan : 

Pengertian akal ialah : ­  Anugerah Allah s.w.t kepada manusia untuk berfikir/ alat untuk manusia 

berfikir 

6  Perbandingan  Kata Kunci Soalan 

Perbandingan  ialah  menyatakan  persamaan  atau 

perbezaan antara dua perkara atau lebih 

Jawapan  bagi  soalan  jenis  ini  sebaik­baiknya  dijawab 

dalam  bentuk  kotak.  Mesti    terdapat  perbezaan  antara 

kedua­dua  bahagian.  Jika  menjawab  dalam  satu  ayat  , 

mesti  mempunyai ayat  sendikata, contohnya manakala, 

adapun, sedangkan dan seumpamanya. 

1. Bandingkan 

2. Berikan Perbezaan

Page 32: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 31 

i.  Bandingkan 

Contoh Soalan : 

Jelaskan dua perbezaan antara sistem sosial Islam dengan sistem sosial 

barat. 

[ 4 markah ] Contoh Jawapan : 

Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Barat ialah: 

Sistem  sosial  Islam  Sistem  sosial  barat 

1.  Berasaskan  al­Quran  1.  Berasaskan pemikiran manusia 

2.  Berdasakan kepada ukhuwwah 

Islamiyah 

2.  Berdasarkan warna kulit dan 

kedudukan 

3.  Mementingkan urusan dunia dan 

akhirat 

3.  Mementingkan keduniaan dan 

kebendaan semata­mata 

ii.  Perbezaan 

Contoh Soalan: 

Jelaskan tiga perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Sistem barat. 

[ 6  markah ] 

Contoh Jawapan: 

Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Barat ialah: 

Sistem  sosial  Islam  Sistem  sosial  barat 

1.  Berasaskan  al­Quran  1.  Berasaskan pemikiran manusia 2.  Berdasakan  kepada  ukhuwwah 

Islamiyyah 2.  Berdasarkan  warna  kulit  dan 

kedudukan 3.  Mementingkan  urusan  dunia 

dan akhirat 3.  Mementingkan  keduniaan  dan 

kebendaan semata­mata

Page 33: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 32 

8.  Strategi Menjawab Soalan Dengan Berkesan. 

8.1 Jawapan yang boleh digunakan dalam banyak soalan. 8.1.1 Soalan mengenai faktor / punca berlaku sesuatu masalah. 

Contoh Soalan : 

•  Terangkan tiga faktor berlakunya   kejahilan (SPM 2005) 

•  Jelaskan dua punca kegagalan  mengamalkan kesaksamaan sosial ( SPM 

2007 ) 

•  Punca berlakunya perpecahan 

•  Punca berlakunya kemiskinan ummah 

•  Faktor hilangnya jati diri ummah 

3 faktor berlakunya kejahilan umat Islam 

1.  Kurang kesedaran tentang  kepentingan ilmu  pengetahuan / malas 

2.  Desakan hidup / taraf hidup rendah / kemiskinan /  pemakanan 

3.  Kehilangan tempat pergantungan 

4.  Kemampuan pemikiran yang lemah / rendah 

5.  Pengaruh luar yang negetif / merosakkan / hiburan yang keterlaluan 

6.  Kurang didikan agama 

2 punca kegagalan mengamalkan  kesaksamaan sosial 

1.  Sikap mementingkan diri sendiri /  tamak  (1 m ) dalam segala hal   (1 m ) 

2.  Bangga dengan kedudukan  yang dimiliki (1 m ) dalam masyarakat (1 m ) 

3.  Mengabaikan sikap prihatin terhadap orang lain (1 m ) huraian .. (1 m ) 

4.  Enggan membantu orang lain  (1 m ) seperti bersedekah / berzakat (1 m ) 

5.  Kurang peka terhadap penderitaan / kesusahan (1 m )  orang lain (1 m ) 

6.  Tiada semangat kerjasama  (1 m ) antara satu sama lain (1 m ) 

7.  Sifat hasad dengki / cemburu  (1 m ) antara sesama insan (1 m ) ( Pelajar boleh menggunakan jawapan diatas dan disesuaikan dengan soalan yang ditanya )

Page 34: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 33 

8.1.2  Soalan mengenai cara mengatasi sesuatu masalah 

Contoh Soalan 

•  Cara memantapkan keperibadian muslim ( 2007 ) 

•  Cara mengatasi perpecahan ummah 

•  Cara mengatasi kemiskinan ummah 

Contoh Jawapan 2 cara untuk memantapkan keperibadian muslim 

1.  Mengekalkan ibadah wajib / seperti sentiasa salat fardu  ( 1m ) huraian 

( 1m ) 

2.  Memperbanyakkan ibadat sunat ( 1m )  seperti bersedekah ( 1m ) 

3.  Melaksanakan amanah /janji  ( 1m )  apabila diberikan tanggungjawab ( 

1m ) 

4.  Sentiasa berdisiplin ( 1m )  dengan mengekalkan disiplin diri ( 1m ) 

5.  Mengeratkan silaturrahim  ( 1m )  kepada semua kaum ( 1m ) 

6.  Melaksanakan sifat mahmudah ( 1m ) dalam perlakuan harian / dalam 

kehidupan ( 1m ) 

7.  Sentiasa melakukan perintah Allah SWT / hayati ajaran  agama Islam / 

mendekatkan diri / meningkatkan keimanan   ( 1m )  dalam kehidupan 

seharian ( 1m ) 

8.  Sentiasa menjauhi larangan Allah / mazmumah  ( 1m )  huraian … ( 1m ) 

9.  Mencontohi keperibadian rasullah / sunnah  ( 1m )  huraian …. ( 1m ) 

10. Sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan / dampingi ulama  ( 1m ) 

huraian …. ( 1m ) ( Pelajar boleh menggunakan jawapan diatas dan disesuaikan dengan soalan yang ditanya )

Page 35: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 34 

8.1.3  Soalan mengenai cara mengatasi perbuatan buruk 

Contoh Soalan 

•  Cara mengatasi rasuah 

•  Cara mengatasi masalah pencemaran alam 

•  Tindakan yang perlu dilakukan untuk menangani budaya kuning 

•  cara untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan sistem 

perbankan Islam 

Contoh Jawapan 

1.  Menanamkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t 

2.  Menguatkuasakan undang­undang rasuah tanpa pilih kasih / pemantauan 

3.  Mengadakan kempen secara berterusan 

4.  Memberi kesedaran tentang bahaya perbuatan tersebut  / melalui media 

massa /ceramah 

5.  Mengingatkan azab Allah s.w.t bagi pengamal perbuatan tersebut  / 

dakwah 

6.  Penerapan nilai – nilai murni dalam pendidikan / didikan agama 

7.  Peranan masyarakat dalam membenteras perbuatan tersebut 

8.1.4 Soalan mengenai kesan apabila berlakunya  sesuatu masalah 

Contoh Soalan 

•  Kesan  kejahilan ummah 

•  Kesan perpecahan ummah 

•  Kesan ketiadaan jati diri 

•  Kesan ketiadaan jaminan keselamatan 

Contoh Jawapan 

1.  Umat Islam akan menjadi lemah 

2.  Umat Islam akan ketinggalan dalam semua bidang 

3.  Ekonomi umat Islam akan menjadi mundur

Page 36: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 35 

4.  Negara Umat Islam akan menjadi mundur 

5.  Umat Islam akan dijajah oleh kuasa lain 

8.1.5 Soalan mengenai punca / faktor / sebab berlakunya perbuatan 

melanggar perintah Allah 

Contoh Soalan 

•  Sebab berlakunya rasuah 

•  Jelaskan dua punca berlakunya perzinaan 

•  Punca berlakunya perbuatan mencuri 

•  Punca berlakunya manupulasi / monopoli / riba 

Contoh Jawapan 

1.  Kurang keimanan kepada Allah/ tiada iman/ terpengaruh dengan  nafsu 

amarah/ akhlak buruk 

2.  Membelakangi ajaran Islam / al­Quran 

3.  kurang didikan agama 

4.  Kurang pengatahuan agama/ jahil tentang  hukum Islam Islam 

5.  Tidak takut azab Allah/ iman lemah/ tiada penghayatan Islam 

6.  Terpengaruh dengan kebendaan/ kemewahan/ ingin cepat kaya 

7.  Pengaruh persekitaran/ budaya barat/ kawan­kawan/ media 

8.1.6 Soalan mengenai kesan  perbuatan melanggar perintah Allah Contoh Soalan

• Akibat perbuatan Riba / Monopoli / Manipulasi

• Akibat perbuatan Zina

• Akibat menganiaya Kanak­kanak

• Akibat mengamalkan Syihir 

Contoh Jawapan 

1.  Akan membatalkan iman seseorang yang melakukan perbuatan tersebut 

2.  Dibenci oleh Allah/ dilaknat/ masuk neraka/ dosa

Page 37: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 36 

3.  Diri ketinggalan/ umat Islam mundur/ malas/ menghalang kemajuan 

4.  Memecah belah masyarakat/ terputus silatulrahim 

5.  Menjadi sahabat iblis/ syaitan 

6.  Membazir masa/ tenaga/ wang 

7.  Jiwa tidak tenteram 

8.  Menjadi riak/ takabbur/ lalai menunaikan perintah Allah 

9.  Pemikiran terkongkong/ jumud 

10. Melahirkan manusia yang berakhlak buruk/ mazmumah 

11. Melahirkan manusia yang mementingkan diri sendiri 

12. Menzalimi orang­orang yang lemah 

8.1.7 Soalan mengenai kesan  melaksanakan perintah Allah Contoh Soalan

• Kesan doa terhadap individu

• Faedah melaksanakan Perundangan Islam

• Kelebihan menghayati sifat Rabaniyyah 

Contoh Jawapan : 

1.  Menjadikan seseorang itu ikhlas dalam menunaikan  perintah Allah s.w.t. / 

sukarela 

2.  Menjadikan seseorang itu sentiasa bertawakal dalam  setiap usaha / 

beriltizam 

3.  Menjadikan seseorang itu berfikiran berpandukan  syariat  / bukan 

mengikut hawa nafsu 

4.  Menjadikan seseorang itu memiliki kemantapan iman / tidak mudah 

dipengaruhi 

5.  Akan memupuk akhlak mulia yang mencerminkan keislaman 

6.  Mendapat keredaan Allah s.w.t / mendapat ketenangan hidup / jiwa / 

Aman damai 

7.  Dikasihi Allah/ diredhai/ diberkati 

8.  Meningkatkan keimanan kepada Allah/ patuh pada perintah Allah/ 

mengelak perbuatan maksiat

Page 38: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 37 

9.  Di kasihi masyarakat/ mudah mendapat bantuan/ dihormati 

10.Masyarakat menjadi maju 

11. Perpaduan dalam masyarakat menjadi kuat/ erat hubungan silaturrahim 

12. Jiwa menjadi tenang 

13. Berakhlak mulia/ sabar/ dapat mengawal nafsu 

14. Hidup teratur/ berdisplin/ akhlak mulia 

8.1.8 Soalan mengenai rahmat/ kebaikan/ keistimewaan/ keunggulan Islam 

Contoh Soalan

• Keistimewaan Perundangan Islam

• Keistimewaan Ajaran Islam

• Keunggulan Sistem Sosial Islam

• Keunggulan Sistem Muamalah Islam

• Keunggulan al­Quran 

Contoh Jawapan 

1.  Ciptaan Allah s.w.t. / wahyu Allah s.w.t. / bukan ciptaan manusia 

2.  Mengandungi peraturan / petunjuk / sumber perundangan utama / 

hidayah/rahmat/pahala 

3.  Tidak berubah / kekal / tetap sepanjang masa 

4.  Lengkap / sempurna / menyeluruh segala aspek kehidupan. 

5.  Kebenarannya bersifat mutlak 

6.  Sesuai diamalkan sepanjang masa 

7.  Melaksanakan tuntutan syarak 

8.  Memartabatkan  imej Islam

9. Eratkan hubungan silaturahim (1 m ) dalam masyarakat (1 m )

Page 39: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 38 

8.1.8 Soalan mengenai sumber sesuatu perkara dalam Islam 

Contoh Soalan

• Sumber perundangan Islam

• Sumber sistem kehakiman Islam

• Sumber sistem sosial Islam

• Sumber Penyelesaian masalah dalam Islam 

Contoh Jawapan 

1. Al­Quran  ­ Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w 

melalui perantaraan Malaikat Jibril. Dalam bahasa Arab, 

bermula dari surah al­Fatihah dan berakhir dengan surat an­ 

Nas. Membacanya merupakan Ibadat 

2.  As­Sunnah /al­Hadis – Segala pengakuan, perbuatan atau pengakuan 

Rasulullah s.a.w 

3.  Al­Ijmak  – Persepakatan / persetujuan daripada sebilangan besar 

daripada ulamak mengenai sesuatu hukum baru yang tidak 

dinyatakan dengan jelas dalam al­Quran atau Hadis delepas 

kewafatan Nabi Muhammad s.a.w 

4.  Al­Qias  – Menyandarkan hukum yang baru kepada hukum yang telah 

sedia ada, kerana mempunyai persamaan dari segi sebab /

illat

Page 40: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 39 

8.2  Perkara yang perlu diambil perhatian semasa menjawab

• Tulis  butiran diri  dengan  lengkap pada kertas  jawapan  seperti  nombor 

kad pengenalan dan angka giliran.

• Baca  keseluruhan  arahan  yang  terdapat  di  luar  dan  di  dalam  kertas 

soalan dengan teliti dan cermat

• Tandakan  soalan  yang  hendak  dijawab  dan  boleh  mendapat  markah 

yang banyak.

• Perhatikan jumlah markah untuk memastikan jawapan yang sepatutnya 

diberi.

• Teliti dan fahami kehendak soalan dengan baik.

• Buat rangka jawapan dengan ringkas.

• Mulakan menjawab soalan yang mudah dahulu kemudian diikuti dengan 

jawapan yang susah.

• Pastikan aspek  jawapan yang perlu diambil perhatian ketika menjawab 

seperti bukan, tidak benar, kecuali  dan sebagainya. ( dalam kertas 1 )

• Jawapan hendaklah ditulis di kertas jawapan yang diberikan  sama ada 

bahagian A atau B ( Untuk Kertas 1 ).

• Tulis nombor soalan dengan jelas dan teratur

• Jawapan  untuk  setiap  bahagian  perlu  dibuat  dalam  halaman  yang 

berlainan.

• Gunakan kertas helaian lain bagi setiap nombor soalan baru.

• Tinggalkan ruangan antara jawapan dengan jawapan seterusnya.

• Jawapan sebaik­baiknya dalam bentuk nombor, bukan dalam  bentuk 

ayat yang berjela­jela.

• Semak semula jawapan setelah selesai menjawab semua soalan.

• Jawapan hendaklah dalam bentuk point  bukannya esei atau recana.

• Sekiranya soalan perbezaan buatlah petak.

• Jenis huraian hendaklah menyatakan isi, huraian dan contohnya.

• Peruntukkan masa 10 minit untukmenyemak.

• Gunakan pen berdakwat  biru atau hitam  sahaja.

• Sila Jawab lebih dari soalan yang diminta.

Page 41: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 40

• Pastikan semua dijawab sekalipun tidak dapat menjawab dengan tepat.

• Menjawab  soalan  dengan  struktur  bahasa  penulisan  yang  boleh 

difahami. 

Kelemahan Yang Perlu Dihindari

• Jawapan tidak lengkap / terlalu ringkas.

• Jawapan berbelit­belit.

• Tidak cermat memilih dan memahami kehendak soalan.

• Lemah dalam memahami sesuatu istilah.

• Tidak dapat menulis istilah tertentu dengan betul.

• Tidak mengikut panduan markah yang diberikan.

• Isi jawapan yang berulang­ulang atau sama  maksud.

• Tertinggal ceraian jawapan.

• Jawapan diberi tidak mengikut kehendak soalan.

• Jawapan yang diconteng dengan liquid paper dan tidak ditulis semula.

• Tulisan yang tidak boleh dibaca  dengan jelas oleh pemeriksa.

• Tidak menyusun kertas jawapan mengikut urutan yang sepatutnya.

• Menggunakan bahasa pasar atau daerah.

• Jawapan terlalu ringkas / kurang daripada yang diminta.

• Tiada nombor soalan.

• Tiada perenggan / ruang antara satu soalan dengan soalan lain. 

9. Penutup. 

Teknik menjawab dengan berkesan sudah pasti akan dapat membantu para 

pelajar  untuk  mencapai  kejayaan.  Ulangkaji  tanpa  teknik  menjawab  yang 

berkesan  tidak  memadai.  Teknik  menjawab  yang  berkesan  tanpa  ulangkaji 

yang berterusan tidak berguna. Oleh itu, ulangkaji yang berterusan dan teknik 

menjawab yang berkesan insyaallah menjamin kejayaan yang cemerlang.

Page 42: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 41

Page 43: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 42

Page 44: Kelantan -   · PDF fileItem Berstrukrtur 6.3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua

Teknik Menjawab Soalan Tasawwur Islam SPM

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 43