kejadian di plaza low yat
-
Upload
dyrene-ngu -
Category
Documents
-
view
37 -
download
0
description
Transcript of kejadian di plaza low yat
7/17/2019 kejadian di plaza low yat
http://slidepdf.com/reader/full/kejadian-di-plaza-low-yat 1/2
Kuala Lumpur – Polis menahan seorang remaja lelaki warga tempatan berusia 22 tahun yang dipercayai
terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Lowyat, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata kejadian pada 7.38
malam itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza
Lowyat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
“Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan remaja itu kepada pihak polis, lanjutan daripada itu,
remaja terbabit menghubungi rakan-rakannya lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah
barang-barang di dalam kedai terbabit yang menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM70,000,”
katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan rakan suspek yang terlibat dan meminta
orang ramai tidak mengaitkan kejadian itu dengan isu perkauman yang menjadi viral di laman sosial.
“Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran berita palsu yang boleh
mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam mengikut undang-undang yang ada,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan(KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muez Abd Aziz berkata pihaknya turut menjalankan
siasatan mengenai dakwaan terdapat penjualan barang tiruan di Plaza Lowyat.
“Kami menghantar petugas untuk membuat risikan sama ada wujud penipuan oleh penjual atau
sebaliknya, sekiranya ada penipuan, maka KPDNKK akan mengambil tindakan lanjut,” katanya.
Muez berkata sehingga kini pihaknya belum menerima aduan rasmi daripada pengguna berhubungpenjualan barang-barang tiruan di plaza itu, namun pemantauan sentiasa dijalankan bagi menjaga hak
pengguna agar tidak ditipu.
Tinjauan Bernama di Plaza Lowyat hari ini mendapati kedai menjual telefon bimbit tersebut ditutup buat
sementara waktu dan suasana persekitaran kembali seperti biasa.
Seorang penjual telefon bimbit di kedai berhampiran dengan lokasi kejadian, Ivan Lau, 20, menolak
dakwaan di laman sosial bahawa peniaga di Plaza Lowyat menjual barang tiruan atau ‘klon’ kerana ia
dibeli terus daripada pembekal yang sah.
“Kalau saya menipu, sudah pasti tiada pembeli datang ke sini…lagipun pengurusan Plaza Lowyat akan
ambil tindakan mengenakan denda atau menutup serta-merta kedai yang didapati menjual barang ‘klon’di sini,” katanya, lapor Bernama.
Read morehttp://www.kualalumpurpost.net/remaja-ditahan-kes-pergaduhan-di-low-yat/
http://www.kualalumpurpost.net/remaja-ditahan-kes-pergaduhan-di-low-yat/
7/17/2019 kejadian di plaza low yat
http://slidepdf.com/reader/full/kejadian-di-plaza-low-yat 2/2
Keadaan kedai telefon bimbit yang diserang dan suasana di luar Plaza
Low Yat. !"! ihsan pemba#a - $ee more at:
http://www.hmetro.#om.my/node/%&'()*sthash.ay+e,".dpuf