Keindahan Surah Yaasin 2
-
Upload
azhani-najib -
Category
Education
-
view
70 -
download
5
Transcript of Keindahan Surah Yaasin 2
Keindahan
Surah Yaasin Oleh : Ustaz Mohamad bin Mohshin
The Wahyu Project
The Wahyu Project
• TWP adalah satu usaha untuk mendekatkan masyarakat kepada Al-Quran
• TWP juga adalah usaha untuk memberi inspirasi kepada masyarakat melakukan perubahan berasaskan Al-Quran
• TWP telah bermula dengan Seminar Oh Mudahnya Faham Al-Quran (Siri PERCUMA) yang dijalankan pada 25 Januari 2015 di Dewan ALAF Training, Senawang. Seminar ini disampaikan oleh Ustaz Shahrul Ifwat Ishak
• Untuk makluman tuan/puan, TWP ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu R&D dan Event Management
• Setakat ini R&D banyak dibangunkan oleh Ustaz Shahrul Ifwat, manakala Event Management dijalankan oleh ALAF Event.
• Projek ini akan menjalankan kajian (asas atau terperinci) kemudian terus menyebarkan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk ceramah, seminar, bengkel, penulisan, ebook, dan sebagainya
• Perkongsian yang diberikan tertakluk kepada dua cara. Sama ada dikenakan yuran minima atau dijalankan secara PERCUMA.
Antara perancangan projek :
1. Oh Mudahnya Faham Al-Quran!
2. Keindahan Surah Yaasin
3. Parenting berasaskan Surah Luqman
4. Karekter Remaja berasaskan Surah Kahfi
5. Pembentukkan Karekter berasaskan Surah Yusuf
6. Pembentukkan Muslimah berasaskan Surah Maryam
7. Kekeluargaan berasaskan Surah Al-Baqarah
8. Pembangunan Daie dan Naqib berasaskan kisah-kisah Al-Quran
9. Kem Remaja Al-Quran
Lima Topik Yaasin Sekilas
Pandang
Makkiyah vs
Madaniah
Enam Kelebihan
Surah Yaasin
11 Tema Dalam Surah Yaasin
6 Perkara Membaca
Yaasin Dengan
Berkesan
1. Surah Yaasin Sekilas Pandang
Jumlah Ayat : 83
Juzuk : 22 & 23
Surah Makkiyah
1 Ayat Sahaja Madaniah (47)
Turun selepas Surah Al-Jinn
Ketebalan 6 muka surat = Surah Fathir
Ayat 47
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada
orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki
tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".
2. Makkiyah vs Madaniah
Masa
Sasaran Tempat
Madaniyah 1456 Ayat 10 tahun
1/3 Al-Quran
Makkiyah 4780 Ayat 13 tahun
2/3 Al-Quran
2.1 : Ciri-ciri Ayat Makkiyah
Keimanan
Harapan, pahala, syurga
Ancaman, dosa, neraka
Kisah umat yang terdahulu yang mengandungi pengajaran
2.2 : Ciri-ciri Ayat Madaniyah
Hukum – hakam
Ayat Yang Panjang
Perihal ibadat, muamalah, kekeluargaan, sosial, jihad
Hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum internasional
3. Enam Kelebihan Yaasin
1. Jantung Al-Quran “Setiap perkara mempunyai jantung. Dan jantung Al-Quran adalah surah Yaasin.” (Riwayat Tarmizi)
2. Seperti membaca Al-Quran Sepuluh Kali “Sesiapa yang membaca surah Yaasin, Allah akan menulis sebagai orang yang membaca Al-Quran sebanyak 10 kali” (Riwayat Tarmizi)
3. Dosanya diampunkan Allah Abu Ya’la melaporkan daripada Abu Hurairah “Sesiapa yang membaca Yaasin pada waktu malam, maka pagi esoknya dia berada dalam keadaan yang telah diampuni”
4. Sunnah dibacakan pada orang mati Imam Ahmad melaporkan daripada Ma’qil bin Yasar, Rasulullah bersabda “Bacalah Yaasin untuk orang akan mati”
5. Dipermudahkan Urusan (Pendapat Ulama)
“Antara keistimewaan surah ini sekiranya dibaca dalam keadaan susah, maka Allah akan memudahkannya”
6. Memudahkan kematian (Imam Ahmad)
“Sekiranya Yaasin dibacakan ketika saat kematian, Allah akan memudahkan proses kematian itu”
4. 11 Tema dalam Yaasin
• Yaasin, Al-Quran, Kenabian Muhammad
• Keadaan manusia yang sombong, perihat manusia yang menerima ajaran, semua amalan dicatat oleh Allah
1 - 12
• Kisah Tiga Rasul & Habib An-Najjar, panduan dakwah, seni berdialog 13 – 27
• Amaran, balasan, ancaman jika menentang seruan kebenaran 28 - 32
• Tanda-tanda kebesaran Allah, Tumbuh-tumbuhan, Siang, Malam, Matahari, Bulan
33 – 40
• Nabi Nuh dan kapal 41 – 44
• Sikap orang tidak beriman 45 – 48
• Keadaan kiamat dan hari kebangkitan 49 – 54
• Ganjaran syurga 55 – 58
• Balasan bagi orang ingkar, neraka, dan sesi perbicaraan 59 - 68
• Nabi, Quran, nikmat pemberian Allah di atas muka bumi, syukur & sembahlah Allah 69 - 76
• Keagungan Penciptaan Allah, manusia, pokok, langit dan bumi, dan akuilah 77 – 83
5. Enam Perkara Bagaimana
Yaasin Boleh Mengubah Manusia
1. Menjaga adab seperti berwudhuk, pakaian yang baik,dan di tempat yang baik
2. Membaca dengan tenang bukan untuk cepat habis 3. Membaca dengan penghayatan bukan semata-mata
kerana majlis 4. Merenung dan menghayati semua pesanan-pesanan
Tuhan berkaitan penciptaanNya, kebesaranNya, hari kiamat, syurga, neraka dan seumpamanya
5. Melihat semua sindiran dan amaran Allah kena atas batang hidung sendiri, bukan orang lain
6. Mulakan diri membaca terjemahan Yaasin sedikit demi sedikit