Kecerdasan Spiritual: Kupasan Menurut Perspektif Hadis
Transcript of Kecerdasan Spiritual: Kupasan Menurut Perspektif Hadis
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
1
KECERDASAN SPIRITUAL: KUPASAN MENURUT PERSPEKTIF HADIS
SURIANI BINTI SUDI
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bangi, Selangor.
ROSNI WAZIR
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bangi, Selangor.
ABSTRAK
Spiritual bukan sesuatu yang asing bagi manusia kerana ia merupakan inti bagi manusia itu
sendiri. Manusia terdiri dari unsur material dan spiritual atau unsur jasmani dan rohani.
Kecerdasan Spiritual pula merupakan konstruk psikologi yang semakin diperbincangkan saat
ini. Malangnya, teori dan kerangka konsep berkaitan kecerdasan spiritual telah dipelopori oleh
sarjana Barat. Walau bagaimana pun, teori dan kerangka konsep yang dikemukakan oleh
mereka adalah tidak sesuai untuk dijadikan kayu ukur dalam hidup seorang muslim. Maka
kertas kerja ini akan menyingkap kecerdasan spiritual menurut perspektif hadis berkaitan dalam
usaha untuk memahami asasnya, maksud serta elemen-elemennya. Kertas kerja ini
menyimpulkan bahawa hadis nabi s.a.w tidak pernah meninggalkan walau sedikit pun ruang
dalam kehidupan tanpa panduan. Memahami perspektif hadis dalam hal ini membantu untuk
menyingkap teori–teori asas dan nilai-nilai berkaitan kecerdasan spiritual dalam kerangka
Sunnah sebagai asas untuk dimanfaatkan dalam bidang sains sosial yang lain seperti bidang
kepimpinan, pengurusan sumber manusia dan lain-lain lagi.
Kata Kunci: Kecerdasan Spiritual, Hadis, Psikologi
PENGENALAN
Psikologi Islam adalah ilmu yang semakin berkembang pesat. Semakin ramai cendekiawan
dan sarjana dalam bidang agama dan bidang sains sosial menjalankan kajian untuk
memperkayakan lagi khazanah keilmuan psikologi Islam yang pada sememangnya telah
pun disebut dalam al-Quran dan hadis dan dipelopori oleh ulama dan cendekiawan di
zaman silam. Penulisan ini merupakan satu usaha penyelidik untuk mengenengahkan
konsep kecerdasan spiritual berkaitan asas, maksud serta elemen-elemennya menurut hadis
yang merupakan sumber rujukan yang kedua untuk umat Islam seterusnya menjadikan ia
sebagai konsep untuk digunakan dalam bidang keagamaan dan sains sosial.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
2
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif secara analisa kandungan. Pengkaji akan mengenalpasti
hadis-hadis mengumpulkan hadis-hadis berkaitan kecerdasan spiritual seterusnya meletakkan
tema yang bersesuaian untuk hadis tersebut berdasarkan kepada objektif kajian ini.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Kecerdasan Spiritual Menurut Barat
Dalam psikologi modern, teori kecerdasan telah bermula di akhir abad ke 19. Bidang psikologi
moden amat dipengaruhi oleh konsep kecerdasan manusia. Di antara teori awal kecerdasan
manusia telah dipelopori oleh Francis Galton (Cohen & Swerdlik, 2010). Setelah itu muncullah
teori kecerdasan emosi yang dipopularkan oleh Goleman (1995). Goleman (1995) menunjukkan
bukti empirikal dari kajiannya bahawa bahawa orang-orang yang IQ tinggi tidak menjamin
untuk berjaya. Sebaliknya orang yang memiliki Kecerdasan Emosi (EQ) banyak mendapat posisi
di dunia eksekutif. Namun, teori tersebut masih belum cukup untuk menyelesaikan masalah
kehidupan manusia yang semakin kompleks dan yang semakin hilang nilai pertimbangannya.
Tidak lama selepas itu muncul pula Model Kecerdasan Spiritual yang dipelopori oleh
Zohar dan Marshal yang berasaskan kepada humanisme iaitu sesuatu makna dan nilai adalah
datang dari dalaman hati nurani manusia dan sebagai potrnsi khas yang ada dalam jasad.
Menurut Zohar dan Marshall (2000), Kecerdasan Spiritual(SQ) tidak semestinya berhubungan
dengan agama dan ia merupakan sebahagian dari alam. Menurut Zohar dan Marshall,
Kecerdasan Spiritual adalah kecerdasan jiwa. Ia terhasil dari kemelut jiwa masyarakat Barat
yang ingin mencari makna sebenar kehidupan mereka.
Semenjak dari itu, pelbagai teori, konsepsi dan saranan telah dikemukakan oleh sarjana
Barat dan juga Timur untuk menggabungkan konsep kerohanian (spirituality) dengan kecerdasan
(intelligence) bagi mengesahkan konstruk ini sebagai kecerdasan manusia antaranya Amram,
2007. Amram didapati telah mengenal pasti tujuh tema utama berkaitan kecerdasan ruhaniah
iaitu “meaning, consciousness, grace, transcendence,truth, peaceful surrender to Self, and inner-
directed freedom (King & DeCicco 2009:69).
Kesimpulannya Kecerdasan Spiritual dari barat lebih menekankan pada makna spiritual
sebagai potensi khas di dalam jasad tanpa mengaitkannya secara jelas dengan kekuasaan dan
kekuatan Tuhan. Kecerdasan spiritual sebagaimana kecerdasan yang lainnya hanya merupakan
sebahagian dari alam. Kecerdasan spiritual pada mereka hanya kekuatan otak manusia dan ia
bukan dari agama. Mereka telah mengemukakan pendekatan humanis yang tidak mengambil kira
tauhid dan agama sebagai paksi atau asas model. Manakala Islam adalah agama universal yang
meletakkan tauhid sebagai asas kepada semua perkara dalam kehidupan. Islam tidak sama sekali
memisahkan amalan duniawi dan keyakinan terhadap ketuhanan (Al-Qaradawi, 2010)
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
3
Kecerdasan Spirtiual Menurut Islam
“Kecerdasan” dalam bahasa Inggeris disebut sebagai intelligence dan kamus al-Mawrid (1994:
472-473) menterjemahkan intelligence sebagai Zaka’, Fahm dan Idrak. Menurut Kamus
Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi (1988: 485), Zaka’ dalam ilmu kejiwaan bermaksud kemampuan
untuk menyelesaikan, menyusun, membezakan dan memilih dalam berhadapan keadaan yang
pelbagai.
Perkataan spirit didefinisikan dalam Kamus Dewan (1996) sebagai bersifat kerohanian
serta lawan kepada jasmani. Spirit juga disebut sebagai rohani dalam Kamus Webster (1963).
Begitu juga kamus al-Mawrid (1994: 889) yang menyebut spirit itu sebagai roh. Maka menurut
Nor Saleha (2015: 93) Perkataan roh dalam epistemologi Islam adalah menggambarkan kepada
maksud spiritual yang biasa disebut pada hari ini oleh para sarjana moden.
Menurut pandangan sarjana Islam Al-Ghazali (1994: 31-35) dalam menghuraikan
maksud spiritual menjelaskan bahawa di sana ada empat eleman yang membentuk spiritual
seseorang iaitu al-qalb (hati), al-ruh (roh), al-nafs (jiwa) dan al-‘aql (akal). Imam al-Ghazali
telah mengkelaskan al-nafs kepada beberapa peringkat bermula dari yang bersifat egoistik
hinggalah kepada peringkat hati yang tenang lagi suci bersih yang dinamakan sebagai al-nafs al-
safiyah. Pada tahap ini rasa cintanya kepada Allah mendorongnya sentiasa melakukan kebaikan
dan mengajak orang lain ke arah kebaikan. Keinginannya untuk menyelamatkan manusia lain
dari dosa dan kemurkaan Allah begitu tinggi sehingga mendorongnya menjadi seorang
pendakwah yang sentiasa berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Pada tahap inilah yang
dikatakan spiritual yang cerdas.
Toto Tasmara (2001: 47) mendefinisikan kecerdasan ruhani sebagai kemampuan
seseorang untuk mendengarkan hati nuraninya atau bisikan kebenaran yang mengilahi dalam
cara dirinya mengambil keputusan atau melakukan pilihan-pilihan, berempati dan beradaptasi.
Begitu juga pandangan al-Dzaki (2005: 613) yang menjelaskan tentang kecerdasan ruhaniah
sebagai seseorang mengenali Tuhan, merasakan kehadiran dan pengawasan Tuhan, siddiq,
amanah, tabligh, istiqamah, ikhlas, fatanah, selalu bersyukur kepada Allah (s.w.t.), malu
melakukan perbuatan dosa dan tercela yang melambangkan domain tauhid, domain ibadah dan
domain akhlak dalam kecerdasan ruhaniah.
Menurut pandangan Bensaid et al. (2014: 183), kecerdasan spiritual terhasil dari
manifestasi iman yang mendalam serta kepercayaan terhadap keesaan Allah (s.a.w) yang
melahirkan emosi, pemikiran dan tindakan yang positif.
Iskandar (2012: 55) pula mengatakan kecerdasan spiritual adalah satu ke fungsian hati atau jiwa
manusia yang digunakan secara maksimum. Ia melibatkan deria penglihatan, pendengaran serta
kapasiti pemahaman manusia dalam ruang lingkup kefahaman wahyu Ilahi.
Menurut Elmi (2013: 24), kecerdasan rohaniah dalam Islam adalah merujuk kepada
seseorang yang mendapat darjat berupa ketenangan jiwa, berakal cerdas, mempunyai roh yang
sejahtera, al-nafs yang muthmainnah dan hati yang bahagia dengan iman dan taqwa kepada Allah
SWT Maka ciri dan sifat tersebut akan membentuk peribadi, akhlak dan cara hidup yang
sempurna dalam kehidupan mereka.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
4
Spirit (Ruh) di Dalam al-Quran dan Hadis
Perkataan ruh dan al-nafs dalam epistemologi Islam adalah menggambarkan kepada maksud
spiritual yang dibincangkan. Namun begitu al-Quran al-Karim dengan jelas menegaskan tentang
roh sebagai salah satu urusan Tuhan yang tidak didedahkan kepada pengetahuan manusia
melainkan hanya sedikit sahaja.
Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara
urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (al-Isra’:
85)
Hadis Rasulullah s.a.w juga menyebut berkaitan ruh dalam hadisnya dengan penggunaan
perkataan al-qalb:
Dan ketahuilah bahawa dalam setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik maka
baiklah tubuh tersebut dan apabila rosak maka rosaklah tubuh tersebut. Ketahuilah bahawa ia
adalah hati.1
Kecerdasan Spiritual Menurut Hadis
Baginda Rasulullah s.a.w sangat menekankan kepada kecerdasan. Di dalam sebuah hadis ,
perkataan (al-Kayyis) digunakan yang bermaksud cerdik dan pintar.
Maksudnya: Orang yang cerdas adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk
hari setelah kematian sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang jiwanya mengikut hawa
nafsunya dan berangan-angan kepada Allah.2
Yang dimaksudkan dengan al-Kayyis di dalam hadis ini adalah seorang yang cerdik,
berakal, yang pandai menyusun urusan dan yang mudah memahami. Hadis menjelaskan bahawa
orang yang cerdik dan cerdas ialah orang yang sentiasa ingat dan sedar bahawa dunia hanya
sementara dan akhirat adalah yang kekal dan abadi. Inilah orang yang cerdas hatinya dan
jiwanya. Sentiasa berfikiran jauh, jelas matlamat iaitu akhirat, sentiasa bersedia dan bekerja
untuk mendapat hasil yang lebih berharga.
1 Bukhari. Kitab al-Iman. Bab Fadlu Man Istabra’a Dinihi. No hadis 52 2 Tirmizi, bab Sittah Majalis min amali al-Gharra’, no hadith 63
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
5
Di dalam hadis yang lain pula, perkataan digunakan untuk maksud cerdas. Hadis di
bawah menggandingkan cerdas dengan sifat berwawasan tinggi seperti mana di dalam hadis di
bawah yang menceritakan tentang kecerdasan dan kecerdikan Abdullah bin Abu Bakr dalam
mencari maklumat untuk diberikan kepada bapanya dan Nabi Muhammad s.a.w yang ketika itu
sedang bersembunyi di gua Hira.
Maksudnya: Sementara Abdullah bin Abu Bakr juga ikut menginap bersama keduanya, dia
adalah seorang pemuda yang cerdas dan berwawasan tinggi, ketika menjelang waktu sahur dia
keluar (dari gua) dan berbaur dengan orang-orang Quraisy Makkah di pagi harinya untuk
mencari informasi, dan tidaklah seseorang mendengar perkara tersebut melainkan ia akan
menyimpan rahsia tersebut dan datang kepada keduanya untuk menyampaikan berita ketika
malam telah gelap3
Dalam pentarbiyahan terhadap manusia, nabi s.a.w juga sangat memberatkan aspek
spiritual dan ruhani iaitu dengan menyemai iman ke dalam hati mereka. Hati yang dipenuhi
dengan iman, akan kuatlah hubungan dengan Tuhannya lantas menolak kekuatan spiritualnya
dan menghasilkan kekuatan luar biasa yang akan memberi kesan yang sangat besar terhadap
dirinya. Maka akan bangkitlah kekuatan dan kecergasan dan sekaligus menyembuhkannya dari
penyakit dan kelemahan. Perkara ni jelas dalam hadis baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh
Nu’man bin Basyir di bawah:
Maksudnya: Dan ketahuilah bahawa dalam setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik
maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rosak maka rosaklah tubuh tersebut. Ketahuilah
bahawa ia adalah hati.4
Menurut al-Nawawi (1989 150-151), hati berfungsi sebagai pembentuk kehidupan
seseorang. Ia berperanan dalam usaha menggerak , memberhenti atau memperelokkan
perbuatannya. Beliau menjelaskan lagi bahawa hati yang baik adalah hati yang sentiasa ingat
akan kebesaran Allah SWT, mematuhi perintahnya, menjaguhi larangannya serta menjaguhi
perkara syubhat kerana takut terjatuh kepada yang haram. Jelas dari hadis ini bahawa nabi
menegaskan bahawa baiknya seseorang itu bermula dengan baiknya al-nafs yang berada di
dalam diri manusia iaitu al-qalb. Nabi s.a.w juga menekankan betapa perlunya seseorang itu
menjaga serta memelihara hatinya atau spiritualnya untuk mendapatkan perbadi yang baik dan
cemerlang.
3 Bukhari, Sahih Bukhari. Kitab Pakaian Bab Cadar no hadith. 5360
4 Bukhari. Sahih Bukhari Kitab al-Iman. Bab Fadlu Man Istabra’a Dinihi. No hadis 52
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
6
Dari tafsiran al-Quran dan huraian hadis-hadis berkaitan kecerdasan dan spiritual di atas,
jelaslah juga bahawa al-Quran dan Rasulullah s.a.w sangat mengambil berat akan kedua-dua
perkara ini iaitu kecerdasan dan spiritual.
Maka berdasarkan kepada hadis dan ayat al-Quran di atas, kecerdasan spiritual yang
dimaksudkan adalah kekuatan dalaman, jiwa, akal, ruh dan akal manusia yang sihat, cepat
memahami, yang mampu untuk berfikir dan yang mampu untuk menanggung dan berdepan
dengan permasalahan kehidupan.
Kecerdasan Spiritual Mesti Berasaskan Tauhid dan Iman
Perkara pertama yang mahu diubah oleh al-Quran terhadap jiwa-jiwa orang arab adalah
akidah mereka. Kerana itulah ayat-ayat al-Quran yang turun ketika dakwah Rasul s.a.w di
Mekah adalah bermatlamatkan pengukuhan akidah dan tauhid. Beriman dengan akidah tauhid
merupakan lungkah pertama untuk melakukan perubahan pada diri manusia. Yang akhirnya akan
melahirkan kekuatan ruhiah yang hebat yang bukan setakat mengubah dirinya sendiri malah
mampu mengubah manusia, kehidupan dan alam seluruhnya. Hatinya juga akan dipenuhi rasa
cinta, kasih dan saying kepada Allah, Rasul dan manusia di sekelilingnya malah manusia
seluruhnya. Seterusnya membangkitkan rasa tenang dana man tenteram.
Kerana itulah hadis nabi s.a.w juga ada menekankan kepada kepentingan spiritual atau kekuatan
dalaman seseorang. Dalam sebuah hadis riwayat Muslim:
Wahai Hanzalah, perbaharuilah iman secara berkala (dari waktu ke waktu dan secara
bertahap). Kiranya keadaan kalian adalah sebagaimana keadaan kalian ketika bersamaku,
nescaya para malaikat akan menyalami kalian hingga saat perjalanan kalian.5
Imam Nawawi telah membabkan hadis ini di bawah tajuk keutamaan zikir dan merenung hari
akhirat. Hadis ini menerangkan bahawa kita perlu sentiasa menguatkan aspek ruhani dan
spiritual iaitu dengan membangkitkan iman di dalam diri. Ibadah dan zikir akan menghasilkan
kesucian, ketelusan, membebaskan ruhi dari ikatan duniawi dan material, maka pada ketika itu
manusia mampu untuk mencapai perkara tidak mampu ia capai kiranya ia sibuk dengan perkara-
perkara duniawi. (Najati 1988:38)
Dalam pentarbiyahan terhadap manusia, nabi s.a.w sangat memberatkan aspek spiritual dan
ruhani iaitu dengan menyemai iman ke dalam hati mereka mereka. Perkara ini jelas dalam hadis
baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir di bawah:
Maksudnya: Dan ketahuilah bahawa dalam setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik
maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rosak maka rosaklah tubuh tersebut. Ketahuilah
bahawa ia adalah hati.6
5 Muslim. Sahih Muslim. Kitab Taubah. Bab Fadhlu Dawam al-Zikr wa al-Fikr fi Umur al-Akhirah. No hadis. 4938 6 Bukhari. Sahih Bukhari. Kitab al-Iman. Bab Fadlu Man Istabra’a Dinihi. No hadis 52
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
7
Jelas dari hadis ini bahawa nabi menegaskan bahawa baiknya seseorang itu bermula dengan
baiknya al-nafs yang berada di dalam iaitu al-qalb. Maka kunci untuk mendapatkan kecerdasan
ruhani itu bermula dari hati. Kiranya iman yang bertempat di dalam hatinya itu kuat maka
kuatlah hubungannya dengan Tuhan lantas menolak kekuatan spiritualnya dan menghasilkan
kekuatan luar biasa yang akan memberi kesan yang sangat besar terhadap dirinya. Maka akan
bangkitlah kekuatan dan kecergasan dan sekaligus melahirkan rasa tanggungjawab dengan
berterusan melakukan amal.
Di dalam hal ini baginda Rasul s.a.w menyeru kepada para sahabat agar memegang teguh iman
dan taqarrub kepada Allah SWT, bergantung harap kepada Nya dan memohon hanya kepada
Nya. Di dalam sebuah bimbingan baginda s.a.w terhadap Ibn ‘Abbas r.a:
Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika minta pertolongan mintalah pertolongan
kepada Allah. Ketahuilah seandainya seluruh manusia berkumpul untuk memberi manfaat
kepadamu mereka tidak akan dapat memberi manfaat kecuali sesuai dengan yangh telah ditulis
Allah bagimu. Dan seandainya mereka berkumpul untuk memberi sesuatu mudarat, mereka tidak
akan dapat memberi mudarat kecuali sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu.7
Baginda Rasul s.a.w juga sentiasa memotivasikan agar spiritual sentiasa dihalakan agar sentiasa
kepada mengingati Allah. Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik berbunyi:
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang keinginannya hanya kehidupan
akhirat maka Allah akan memberi rasa cukup dalam hatinya, menyatukan urusannya yang
berserakan dan dunia datang kepadanya tanpa dia cari, dan barangsiapa yang keinginannya
hanya kehidupan dunia maka Allah akan jadikan kemiskinan selalu membayang-bayangi di
antara kedua matanya, mencerai beraikan urusannya dan dunia tidak akan datang kepadanya
kecuali sekadar apa yang telah ditentukan baginya .8
Kerana itulah baginda Rasul s.a.w seterusnya menegaskan bahawa kekayaan hati adalah
kekayaan yang sebenar. Kekayaan yang membuatkan hati lebih tenang adalah hati yang kaya
dengan sifat-sifat mahmudah, hati yang sentiasa memikirkan Allah dan akhirat. Hati yang kaya
ini lebih baik dari kekayaan harta. Kekayaan harta tanpa kekayaan hati adalah kekayaan yang
kosong. Kekayaan yang hanya bersifat sementara. Kekayaan hati adalah kekayaan yang sebenar
dan yang memberikan kebahagiaan abadi.
a Tirmizi. Sunan Tirmizi. Bab sifat al-Qiyamah wa al-Raqaiq wa al-wara’. No hadith 2440
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
8
Maksudnya: Bukanlah kekayaan itu karena banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah
kaya hati .9
Hati Yang Dipenuhi Iman Melahirkan Taqwa
Iman yang benar kepada Allah akan menghasilkan taqwa. Taqwa ialah insan memelihara dirinya
dari kemarahan Allah serta azabnya, menjauhkan diri dari perbuatan maksiat, iltizam dengan
manhaj Allah, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. (Najati: 282).
Takwa merupakan bentuk tanggungjawab yang dilaksanakan dengan penuh rasa cinta dan
menunjukkan amal prestasi. (Toto: 2001). Takwa merupakan hasil dari pencerahan kalbu dan
membuat seseorang itu memahami lalu bertindak di atas kebenaran. Kerana itulah baginda s.a.w
menunjukkan jarinya ke dada dengan sabdanya;
Takwa itu di sini
10
Maka untuk memelihara nilai atau prinsip tanggungjawab tersebut, kita diperintahkan untuk
mendidik dan membersihkan hati. Hadis itu sekaligus menunjukkan bahawa kunci kecerdasan
ruhani berada pada hati nurani. Seorang yang cerdas secara ruhani itu, akan menunjukkan rasa
tanggungjawab dengan terus menerus berorientasi kepada kebajikan atau amal prestasi
sebagaimana yang disebut dalam firman Allah;
Maksud: Apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian
mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan;
kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(al Maidah: 93).
Dari ayat di atas jelas menggambarkan kaitan antara takwa, iman dan amal saleh. Kecerdasan
spiritual sangat erat kaitannya dengan cara dirinya mempertahankan prinsipnya iaitu imannya
lalu bertanggungjawab untuk mempertahankan prinsipnya meneerusi sifat takwanya. Kedua-dua
prinsip dan sifat tanggungjawab ini akhirnya menolaknya untuk melakukan amal-amal soleh.
Sangat jelas juga dari ayat ini bahawa prinsip (iman) merupakan fitrah yang paling dasar bagi
harga diri manusia. Dialah yang menentukan arah perjalan seorang manusia. Jelas juga bahawa
takwa bukan hanya sekadar pengetahuan akan tetapi ia merupan sebuah dorongan untuk
menunjukkan bukti meneerusi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Elemen Spiritual Yang Cerdas
9 Muslim. Sahih Muslim. Kitab al-Zakah. Bab Laysa al-Ghina ‘an Katrah al-‘Aradh. No hadith 1051
10 Ahmad. Musnad Ahmad. Musnad al-‘Asyarah al-Mubasyirin bi al-Jannah.. Musnad al-Makiyyin. Hadith Wathilah
bin al-Asqa’. No hadis 15691
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
9
Hasil dari keimanan dan takwa yang dipasakkan dalam hati, akhirnya akan membuahkan
beberapa sifat atau elemen yang menggambarkan kecerdasan spiritual seseorang . penulis
bawakan disini beberapa elemen yang menunjukkan kepada wujudnya kecerdasan spiritual ini
dalam diri seseorang.
i Rasa Cinta Yang Mendalam Terhadap Allah Dan Rasul
Spiritual yang tinggi akan meletakkan cinta Allah dan Rasul mengatasi segala cinta yang lain. ia
adalah asas pada kebahagiaan dan keseronokan roh. Dan juga asas kepada perbuatan mukmin.
Apabila jiwa insan dipenuhi dengan cinta kepada Allah dan Rasul maka seluruh perbuatannya,
pergerakan dan tindakan akan diarahkan kepada ketaatan kepada Allah, melakukan apa yang
Allah reda dan menjauhi apa yang Allah murka.
Maksudnya: Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan
manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika
ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Dan dia benci kembali
kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke nerakai11
ii Yakin Dengan Diri
Hati yang dipenuhi dengan iman tidak pernah merasa kurang, lemah dan takut. Ia sentiasa
terdorong untuk merasa ‘izzah’ dengan dirinya, berani mengemukakan pandangan dan
mengutarakan buah fikiran tanpa rasa takut kepada manusia. Sebuah hadis dari terkenal
berkaitan pertanyaan Rasulullah s.a.w kepada Muaz yang akan menjadi gabenor Yaman,
terhadap apa yang dijadikan rujukan oleh beliau saat beliau mahu menetapkan hukum. Dengan
tegas dan jelas Muaz menyatakan;
“Aku akan menetapkannya dengan Kitab Allah (al-Quran). Rasulullah bertanya lagi: Kalau
kamu tidak menemuinya dalam al-Quran? Muadz berkata: “Aku akan menetapkannya dengan
Sunnah Rasulullah. Rasulullah bertanya lagi: Kalau kamu juga tidak menemuinya dalam
Sunnah? Muadz menjawab: Aku akan menetapkannya dengan berijtihad (menetapkan hukum
sesuai dengan pendapat dan pandangan) sendiri.”12
Jawapan Muaz terhadap pertanyaan Rasulullah s.a.w dalam menyatakan rujukannya dalam
mentadbir menggambarkan keyakinannya terhadap apa yang perlu dilakukan. Keyakinan yang
ditunjukkan itu mendapat pujian dan perakuan dari baginda s.a.w.
11
Bukhari. Sahih Bukhari. Kitab al-Iman. Bab Halawah al-Iman. No hadis 15 12
Abu Dawud. Sunan Abi Dawud. Kitab al-Aqdiyah. Bab Ijtihad al-Ra’yi fi al-Qadha’. no
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
10
iii Mempunyai Kesabaran Yang Tinggi
Antara tanda aras kecedasan spiritual yang paling tinggi adalah kemampuan untuk menanggung
kepayahan hidup, teguh dalam menghadapi halangan dan dugaan, tidak lemah di hadapan
musibah dan tidak lemah dan tidak juga ada perasaan putus asa. Itulah sifat sabar yang bererti
memiliki ketabahan dan daya yang sangat kuat untuk menerima beban dan ujian atau tentangan
Allah banyak berpesan berkaitan sabar dalam banyak ayat nya. Disebut dalam surah al-Ahqaf
Allah berfirman;
Maksudnya: Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang
mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu
daripadamu) (al-Ahqaf: 25)
Baginda Rasul s.a.w mengajar para sahabat baginda bahawa apa sahaja musibah yang menimpa
maka ia adalah ujian dari Allah SWT untuk meningkat derjat dan menghapuskan dosa-dosa dan
kesalahan dan untuk ditetapkan baginya kebaikan. Inilah bentuk pengajaran nabawi yang
menguatkan sifat sabar dalam menghadapi kesukaran hidup dan menanggung musibah dengan
hati yang reda dengan ketentuan Allah.
Tidak ada satupun musibah (cobaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang
semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat derajatnya atau menghapus
kesalahannya13
Sifat sabar adalah sifat istimewa orang mukmin. Kerana itu baginda s.a.w memuji orang mukmin
yang sabar dengan sabdanya;
13
Muslim. Sahih Muslim. Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab. Bab Thawab al-Mukmin fima Yusibuhu al-Maradh.
No hadith 4671
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
11
Urusan orang mu`min mengagumkan, sesungguhnya semua perihalnya baik dan itu tidak
dimiliki seorang pun selain orang mu`min. Bila tertimpa kesenangan, ia bersyukur dan syukur itu
baik baginya dan bila tertimpa musibah, ia bersabar dan sabar itu juga baik baginya14
DAPATAN KAJIAN
Hasil dari pembentangan hadis-hadis di atas jelas menjawab objektif yang diutarakan di
awal kajian iaitu untuk mengenengahkan konsep kecerdasan spiritual berdasarkan hadis. Dari
situ penulis dapat merumuskan tiga perkara. Pertama; kecerdasan spiritual adalah satu bentuk
psikologi yang ada dibincangkan di dalam sumber rujukan kita iaitu al-Quran dan Hadis. Di
dalam Islam, kecerdasan spiritual adalah kecerdasan yang berasaskan kepada tauhid dan iman
yang mendalam kepada Allah SWT. Seterusnya ini membezakan kecerdasan spiritual dari barat
yang hanya berasaskan kepada potensi otak semata-mata. Ini sekaligus membuktikan bahawa
kecerdasan spiritual bukanlah perkara baharu dalam Islam. Islam telah lebih dahulu
membincangkan perkara ini lebih 1400 tahun dahulu. Kedua; kecerdasan spiritual di dalam Islam
dimaksudkan sebagai kekuatan dalaman, jiwa, akal, ruh dan akal manusia yang sihat, cepat
memahami, yang mampu untuk berfikir dan yang mampu untuk menanggung dan berdepan
dengan permasalahan kehidupan. Ketiga; antara elemen kecerdasan spiritual adalah rasa cinta
yang mendalam terhadap Allah dan Rasul, yakin dengan diri dan punya kesabaran yang tinggi.
PENUTUP
Berdasarkan dapatan kajian ini, penulis mendapati psikologi Islam adalah sangat luas dan ianya
mempunyai asas dalam al-Quran dan hadis. Huraian berkaitan kecerdasan spiritual yang
tersangat banyak terdapat di dalam al-Quran dan hadis serta menerusi pandangan sarjana muslim
yang seharusnya di jadikan panduan asas apabila membicarakan topik ini. Sebagai seorang
muslim seharusnya menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan dalam apa sahaja lapangan
yang diceburinya.
RUJUKAN
Ahmad al-‘Aiyid et.al. 1988. Al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasi.
Amram, Y. (2007). The Seven Dimensions Of Spiritual Intelligence: An Ecumenical Grounded
Theory. Paper presented at the 115th Annual (August 2007) Conference of the American
Psychological Association, San Francisco, CA. Retrieved December 15, 2007, from
http://www.yosiamram.net/papers
Cohen, R.J. & Swerdlik, R.J. (2010). Psychological Testing And Assessment: An Introduction To
Tests And Measurement (7th Ed). New York: McGraw-Hill.
Elmi Baharuddin & Zainab Ismail. 2013. Hubungan Kecerdasan Rohaniah Warga Tua dengan
Amalan Agama di Rumah Kebajikan. ISLAMIYYAT 35(1) 2013: 19 - 28
14
Muslim. Sahih Muslim. Kitab al-Zuhd wa Raqaiq. Bab al-Mukmin Amruhu Kulluhu Khayr. No .hadis 5322
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
12
Emmons, R. (2000). Is Spirituality An Intelligence? Motivation, Cognition, And The Psychology
Of Ultimate Concern. International Journal for the Psychology of Religion, 10(1), 3–26.
Al-Ghazali Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 1994. Majmu’ah Rasa’ilal-Imam al-
Ghazali. Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence. New York, NY: Bantam Books.
Hamdan Bakran Adz-Dzakiey. 2007. Psikologi Kenabian. Yogyakarta: al-Manar.
Hamka, Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. 1999. Tafsir al-Azhar.Cet. ke 3. Jil 1, 2,5,6,8 dan
10. Singapura: Pustaka Nasional Pte.Ltd
Ibn Manzur, Abu Fadil Jamal Al-Din. 1968/1388H. Lisan al-Arab. Jil 1, 11 dan 14. Beirut.
Lubnan: Dar Sadr Dar Bairut.
Ibn Sina. 2009 . Ahwal an-Nafs: Risalah fi Nafs wa Baqa’iha wa Ma’adiha (terj.) Psikologi Ibn
Sina, Bandung, Pustaka Hidayah.
Kamus Dewan. (1996). Ed. ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
King, D. B. (2008). Rethinking Claims Of Spiritual Intelligence: A Definition, Model, &
Measure. Unpublished Masters Thesis, , Canada: Trent University, Peterborough.
Mujib, A. & Mudzakir, J. (2002). Nuansa-nuansa psikologi Islam. Jakarta: PT RajaGrafindo
Persada.
Munir Ba’albaki. 1994. Al-Mawrid. Beirut: Dar al-‘Ilm lil Malayin.
Al-Nawawi. Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya Sharif. 1989. Hadis empat Puluh. Terj. Mustafa
Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.
Salasiah Hanin Hamjah, Rosmawati Mohd. Rasit & Fariza Md Sham. 2012. Role of Spiritual
Aspect In The Learning Process of Islamic Studies Student, Medwells Journals.
Tajulashikin Jumahat & Nor Faizah Abdullah, 2014, Perbandingan Konsep Kecerdasan
Spiritual Dari Perspektif Islam Dan Barat: Satu Penilaian Semula. Proceeding of the
International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014. (e-
ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Toto Tasmara. 2001. Kecerdasan Ruhaniah. Jakarta: Gema Insani
Al-Qaradawi, Y. (2010). Islam: An introduction. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.
Webster’s World Ensyclopedia. 1999. New York: Webster Publishing Pty Ltd. Ed. Millennium.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
13
Zohar, D. & Marshall, I. (2000). SQ-Spiritual Intelligence, The Ultimate Intelligence. New York:
Bloomsbury.
www.hadith.al-islam.com
http://library.islamweb.net/hadith/