Kecenderungan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris %28UPSI%29 Memilih Minor Geografi

22
17 Kecenderungan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Memilih Minor Geografi Mohmadisa bin Hashim Abstrak Pendidikan geografi pada peringkat sekolah menengah terutamanya pada peringkat menengah atas semakin dipinggirkan dalam arus pendidikan negara pada masa kini. Pendidikan geografi dianggap tidak relevan dan tidak memberi sebarang manfaat terhadap pembangunan peribadi dan sahsiah seorang pelajar. Namun, usaha-usaha untuk memartabatkan pendidikan geografi telah banyak dilakukan oleh institusi pengajian tinggi tempatan melalui diskusi, bengkel, seminar dan sebagainya. UPSI sebagai sebuah universiti pendidikan cuba meletakkan pendidikan geografi seiring dengan bidang-bidang ilmu yang lain dan masih mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Dalam kajian ini, borang soal selidik digunakan untuk mengenai pasti latar belakang pendidikan dan minat pelajar UPSI memilih minor geografi sama ada dalam kalangan mereka yang telah ditentukan dan tidak ditentukan pemilihan program minornya. Hasil kajian menunjukkan pelajar yang minor pendidikan geografi bukan sahaja daripada pelajar yang telah ditentukan boleh minor pendidikan geografi tetapi terdapat juga pelajar yang telah ditentukan tidak boleh minor geografi. Ini menunjukkan minat mereka untuk mempelajari disiplin geografi. Selain itu, kajian juga mendapati pelajar yang tidak minor pendidikan geografi juga beranggapan bidang geografi merupakan satu bidang yang penting dan masih diperlukan dalam arus pendidikan negara masa kini. Diharapkan mereka yang membuat pilihan minor dalam pendidikan geografi dapat membantu meningkatkan lagi pendidikan geografi di sekolah dan mampu meletakkan mata pelajaran geografi sebagai mata pelajaran pilihan utama pelajar di sekolah kelak.

description

upsi

Transcript of Kecenderungan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris %28UPSI%29 Memilih Minor Geografi

  • 17Kecenderungan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Memilih Minor Geografi

    Mohmadisa bin Hashim

    Abstrak

    Pendidikan geografi pada peringkat sekolah menengah terutamanya pada peringkat menengah atas semakin dipinggirkan dalam arus pendidikan negara pada masa kini. Pendidikan geografi dianggap tidak relevan dan tidak memberi sebarang manfaat terhadap pembangunan peribadi dan sahsiah seorang pelajar. Namun, usaha-usaha untuk memartabatkan pendidikan geografi telah banyak dilakukan oleh institusi pengajian tinggi tempatan melalui diskusi, bengkel, seminar dan sebagainya. UPSI sebagai sebuah universiti pendidikan cuba meletakkan pendidikan geografi seiring dengan bidang-bidang ilmu yang lain dan masih mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Dalam kajian ini, borang soal selidik digunakan untuk mengenai pasti latar belakang pendidikan dan minat pelajar UPSI memilih minor geografi sama ada dalam kalangan mereka yang telah ditentukan dan tidak ditentukan pemilihan program minornya. Hasil kajian menunjukkan pelajar yang minor pendidikan geografi bukan sahaja daripada pelajar yang telah ditentukan boleh minor pendidikan geografi tetapi terdapat juga pelajar yang telah ditentukan tidak boleh minor geografi. Ini menunjukkan minat mereka untuk mempelajari disiplin geografi. Selain itu, kajian juga mendapati pelajar yang tidak minor pendidikan geografi juga beranggapan bidang geografi merupakan satu bidang yang penting dan masih diperlukan dalam arus pendidikan negara masa kini. Diharapkan mereka yang membuat pilihan minor dalam pendidikan geografi dapat membantu meningkatkan lagi pendidikan geografi di sekolah dan mampu meletakkan mata pelajaran geografi sebagai mata pelajaran pilihan utama pelajar di sekolah kelak.

  • Kecenderungan Pelajar UPSI Memilih Minor Geografi / 253

    Pengenalan

    Pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah hasil daripada laporan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 terutamanya berkaitan dengan kurikulum pada kedua-dua peringkat sekolah tersebut. Secara tidak langsung sukatan pelajaran Geografi iuga turut berubah dan selaras dengan kehendak KBSM yang mahukan setiap pelajar memperolehi kemahiran asas serta nilai-nilai kemanusiaan. Kandungan mata pelajaran Geografi yang dibentuk melibatkan pemahaman pelajar terhadap bumi atau alam sekitamya sebagai ruang di samping kajian tentang interaksi manusia terhadap ruang tersebut.

    Dengan pelaksanaan KBSM ini didapati mata pelajaran yang ditawarkan pada peringkat menengah rendah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam kumpulan teras dan kumpulan tambahan. Untuk itu mata pelajaran Geografi merupakan salah satu mata pelajaran teras yang perlu diambil oleh pelajar di samping mata pelajaran yang lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya. Mata pelajaran tambahan seperti Bahasa Cina, Tamil dan Arab Komunikasi.

    Pada peringkat menengah atas pula, selain daripada mata pelajaran teras dan tambahan terdapat juga mata pelajaran elektif yang pelbagai, iaitu dapat memenuhi bakat dan kecenderungan serta minat pelajar untuk memilih mata pelajaran tertentu. Mata pelajaran elektif ini pula dikelompokkan kepada empat kumpulan, iaitu Kemanusiaan, Vokasional dan Teknologi, Sains dan Pengajian Islam. Untuk itu didapati mata pelajaran Geografi diletakkan dalam mata pelajaran elektif Kemanusiaan bersama-sama dengan mata pelajaran seperti Kesusasteraan Melayu, Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni dan Bahasa Arab Tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992 : 18).

    Keadaan ini secara tidak langsung telah mempengaruhi pelajar untuk memilih mata pelajaran Geografi. Menurut Ibrahim Sakimin (2003), bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Geografi semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Pada tahun 1996, jumlah pelajar yang mengambilnya ialah 78,805 orang berbanding pada tahun 2002, iaitu 60,251 orang. Ini disebabkan KBSM telah menentukan para pelajar adalah bertanggungjawab memilih mata pelajaran yang diminati oleh mereka dan dirasakan sesuai untuk mereka meneruskan pengajian kelak.

    Dalam usaha pelbagai pihak yang cuba memberi penekanan terhadap mata pelajaran Geografi ini agar dikembalikan semula menjadi satu pelajaran yang sepatutnya diambil oleh para pelajar pada peringkat menengah atas atau diberi sedikit keutamaan untuk dijadikan sebagai elektif pilihan utama, didapati perkembangan disiplin Geografi pada peringkat institusi pengajian tinggi terus kukuh dan mampu bersaing dengan pelbagai disiplin ilmu yang lain. Didapati

  • 254 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

    disiplin ilmu Geografi ini masih terus kekal di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan disiplin tersebut. Bahkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang boleh dianggap sebagai universiti yang baru telah diberi peranan dan tanggungjawab yang amat besar dalam mengembalikan serta mengembangkan disiplin ilmu Geografi ini. Sehubungan dengan itu, buat pertama kali pendidikan Geografi diperkenalkan d UPSI pada semester 1 sesi 1999/2000 sebagai program minor dan kini pula ditawarkan sebagai program major bermula pada semester 2 sesi 2002/2003.

    Penyataan Masalah

    Disiplin Geografi dikatakan tidak mempunyai daya saing sehingga menyebabkan mata pelajaran ni tidak menarik minat pelajar sekolah untuk mengambilnya sebagai satu mata pelajaran pilihan pada peringkat menengah atas. Bahkan sesetengah pihak menganggap status sebagai mata pelajaran pilihan ini menyebabkan kemerosotan terhadap jumlah pelajar yang mengambilnya dan prestasi mata pelajaran tersebut (Utusan Malaysia, 29 Mac 1996). Persoalannya ialah, adakah disiplin Geografi ini tidak lagi penting dan apakah ia tidak mampu untuk menyumbang ke arah pembangunan negara. Oleh kerana itu, kajian in diketengahkan untuk menunjukkan bahawa pendidikan Geografi ini masih menjadi pilihan pelajar di UPSI serta mengenai pasti apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kecenderungan pelajar UPSI memilih mata pelajaran Geografi ini.

    Untuk menentukan kecenderungan pelajar itu memilih minor Geografi, dikemukakan satu kerangka model kecenderungan pelajar yang terdiri daripada dua perkara asas berkenaan dengan penilaian pelajar terhadap mata pelajaran Geografi dan penilaian terhadap tenaga pengajar bagi mata pelajaran tersebut. Menurut Snider (1990) yang dipetik daripada Omar Ibrahim, et al. (tanpa tahun) menyatakan kecenderungan pelajar untuk belajar adalah dalam keadaan yang sempurna dan baik adalah berdasarkan kepada suasana yang mereka pilih sendiri. Dalam keadaan ini, kecenderungan pelajar UPSI memilih minor Geografi adalah jelas menunjukkan mereka berbuat demikian berdasarkan kepada mata pelajaran Geografi dan dengan siapa mereka belajar iaitu merujuk kepada para pensyarah yang mengajar di Jabatan Geografi.

    Objektif Kajian

    Berdasarkan pada penyataan permasalahan yang dikemukakan, objektif kajian ini adalah untuk:

    1. Mengenai pasti apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar UPSI memilih minor pendidikan Geografi;

  • Kecenderungan Pelajar UPSI Memilih Minor Geografi / 255

    2. Mengenai pasti pelajar UPSI yang telah ditentukan program minornya, iaitu selain daripada Geografi turut memilih minor pendidikan Geografi;

    3. Mengenai pasti persepsi pelajar yang tidak membuat minor pendidikan Geografi terhadap mata pelajaran Geografi.

    Kepentingan Kajian

    Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa peranan UPSI dalam memartabatkan pendidikan Geografi pada peringkat institusi pengajian tinggi dan juga di sekolah. Kesedaran daripada pelajar UPSI memilih minor pendidikan Geografi menunjukkan mereka bersedia untuk menjadi guru siswazah dalam bidang Geografi dan mampu untuk meletakkan mata pelajaran Geografi di sekolah ke tahap yang lebih baik.

    Secara tidak langsung dapatan kajian ini dapat disalurkan kepada pihak yang berwajib khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi senatio bahawa pendidikan Geografi masih lagi penting dalam pendidikan negara masa kini. Dapatan kajian ini juga akan dijadikan syor kepada pihak sekolah untuk meletakkan mata pelajaran Geografi sebagai mata pelajaran elektif yang diberi pilihan utama khususnya pada peringkat menengah atas.

    Kajian Lampau

    Didapati kajian terhadap kecenderungan atau tendency pelajar memilih sesuatu mata pelajaran geografi secara perse adalah agak terbatas. Walau bagaimanapun, kajian mengenai tanggapan terhadap status pendidikan Geografi ini pernah dilakukan oleh Katiman Rostam (1997). Kajian tersebut telah melihat tanggapan guru dan pelajar sekolah terhadap mata pelajaran Geografi di sekolah. Guru didapati lebih bersikap positif dalam meletakkan mata pelajaran Geografi pada peringkat menengah atas ke tahap yang lebih baik. Sebaliknya didapati sikap pelajar seolah-olah tidak mempedulikan mata pelajaran tersebut walaupun diberi peluang yang luas di peringkat SPM.

    Sementara itu, kajian terhadap tanggapan pelajar dan siswazah terhadap mata pelajaran geografi ini turut dilakukan oleh Abd. Rahim Md. Nor (1997). Melalui tanggapan pelajar di IP I dan siswazah Jabatan Geografi UKM mendapati disiplin Geografi adalah menarik dan relevan dengan keadaan semasa tetapi sukar diminati dan membebankan pelajar. Selain itu, pandangan yang berbeza turut diperolehi di kalangan siswazah guru dan bukan guru terutamanya dari segi keberkaitan kursus-kursus jabatan ini dengan alam pekerjaan.

  • 256 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

    Metodologi Kajian

    Kajian bagi melihat kecenderungan pelajar UPSI memilih minor pendidikan Geografi adalah berbentuk tinjauan dan deskriptif. Data-data diperolehi secara langsung daripada para pelajar UPSI yang memilih minor pendidikan Geografi dengan mengisi borang soal selidik. Di samping itu juga, soal selidik juga dikemukakan kepada para pelajar yang tidak memiiih minor pendidikan Geografi sebagai melihat perbandingan kenapa mereka tidak memilih minor pendidikan Geografi serta pandangan mereka terhadap mata pelajaran Geografi. Selain data primer, pengumpulan data sekunder juga turut dilakukan Data sekunder ini didapati melalui pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan kajian melalui penyelidikan di perpustakaan melalui buku-buku, prosiding, tesis, jurnal dan rujukan akhbar.

    Sampel kajian ini terdiri daripada para pelajar semester tiga hingga enam seramai 148 orang yang diambil secara rawak. Pemilihan pelajar daripada semester tiga ke atas dilakukan berdasarkan pada peraturan akademik UPSI yang telah menetapkan untuk seseorang pelajar itu memilih pendidikan minor semasa mereka berada pada tahun dua pengajian, iaitu pada semester ketiga. Berkuatkuasa pada semester 1 sesi 2001/2002, pemilihan untuk mengikuti program minor telah ditentukan oleh Bahagian Akademik dan para pelajar dibenarkan untuk mengikuti program minor seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Maklumat yang diperolehi daripada soal selidik tersebut telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan sahaja.

    Dapatan Kajian

    Latar Belakang Responden

    Latar belakang responden yang dilihat dalam kajian ini berkaitan dengan jantina, umur, etnik, fakulti dan semester pengajian. Seramai 148 orang pelajar telah menjadi responden dalam kajian ini. Daripada 148 orang responden seramai 98 orang adalah wanita (66.2%) dan selebihnya adalah lelaki, iaitu .50 orang (33.8%). Dilihat dari segi etnik pula, 109 orang (73.6 %) adalah Melayu, 11 orang (7.4%) Cina, 11 orang (7.4%) India dan 17 orang (11.5%) adalah bangsa-bangsa lain yang terdiri daripada Bumiputera Sabah dan Sarawak. Bilangan pelajar mengikut fakulti dan semester ditunjukkan dalam Jadual 2 dan Jadual 3.

    Berdasarkan jumlah responden seramai 148 orang, didapati seramai 125 orang responden (84.5%) memilih minor Geografi dan 23 orang responden (15.5%) tidak memilih minor Geografi. Didapati responden yang tidak minor pendidikan Geografi adalah daripada program Pendidikan Sains. Keadaan ini jelas menunjukkan para pelajar daripada program pendidikan Sains tidak minor

  • Kecenderungan Pelajar UPSI Memilih Minor Geografi / 257

    Jadual 1: Minor bagi Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan UPSI yang Berkuatkuasa pada Semester 1 Sesi 2001/2002

    Program Minor

    Pendidikan Kesusasteraan Melayu Pendidikan Bahasa Melayu

    Seni atau Sejarah atau Geografi atau TESL atau Sains Sukan atau Teknologi Maklumat

    Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

    Sains Sukan atau Sejarah atau Geografi atau Teknologi Maklumat atau Pendidikan Islam

    Pendidikan Muzik Kesusasteraan Melayu atau Seni atau Bahasa Melayu atau Geografi atau Sains Sukan

    Pendidikan Seni Kesusasteraan Melayu atau Muzik atau Sejarah atau Geografi atau Sains Sukan

    Pendidikan Sains Sukan Pendidikan Kesihatan atau Sains

    Pendidikan Bimbingan & Kaunseling Sains Sukan atau Teknologi Maklumat atau * Sejarah atau Pendidikan Islam atau TESL atau Geografi

    Pendidikan Perakaunan Pengurusan Perniagaan

    Pengurusan Perniagaan Ekonomi

    Pendidikan Teknologi Maklumat Sains atau Matematik atau Sains Sukan atau Pengurusan Perniagaan atau Ekonomi atau Pendidikan Islam

    Pendidikan Sains Pengkhususan - Biologi

    - Kimia- Fizik- Sains Bersepadu

    Kursus Asas Fizik atau Biologi atau Kimia atau Matematik

    Pendidikan Matematik Sains Sukan atau Ekonomi atau Pengurusan Perniagaan atau Teknologi Maklumat atau Sains

    pendidikan Geografi berdasarkan pada peraturan akademik yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, terdapat responden daripada pendidikan Matematik dan Teknologi Maklumat memilih minor Geografi walaupun minor Geografi tidak terdapat dalam bidang-bidang yang telah ditentukan bagi kedua-dua program tersebut. Bilangan responden mengikut program pendidikan major ditunjukkan dalam Jadual 4.

    Selain daripada melihat latar belakang responden, kajian juga meninjau apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu memilih minor pendidikan Geografi dan sebaliknya. Bagi responden yang tidak minor pendidikan Geografi, iaitu seramai 23 orang kesemuanya mengatakan pihak fakulti telah menentukan program minor yang perlu diambil oleh setiap pelajar.

  • 25
  • Kecenderungan Pelajar UPSI Memilih Minor Geografi / 259

    Jadual 5: Faktor-Faktor Memilih Minor Pendidikan Geografi

    Faktor Bil. Responden Peratus (%.)

    Bidang yang menarik 52 41.6

    Minat 39 31.2

    Galakan daripada senior 18 14.4

    Ikut kawan-kawan yang ambil minor geografi

    8 6.4

    Terpaksa dan tiada pilihan lain 5 4.0

    Lain-lain 3 2.4

    Jumlah 125 100.0

    Sumber: Soal selidik Januari 2003

    Persepsi Pelajar Minor Geografi Terhadap Penawaran Kursus-Kursus di Jabatan Geografi

    Persepsi pelajar yang minor pendidikan geografi terhadap kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Geografi ditunjukkan dalam Jadual 6. Secara keseluruhannya responden menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi dalam kesemua faktor tersebut.

    Secara keseluruhannya didapati responden menunjukkan sikap yang positif dalam memberi penilaian dan pesetujuan yang tinggi terhadap penawaran kursus- kursus yang ada di Jabatan Geografi. Penawaran kursus-kursus bagi pendidikan minor Geografi ditunjukkan dalam Jadual 7. Majoriti responden (90%) bersetuju dan sangat bersetuju mengatakan disiplin ilmu Geografi yang ditawarkan merupakan satu bidang ilmu yang dinamik, menarik serta mempunyai pertalian yang rapat dengan kehidupan seharian mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan ilmu Geografi yang dapat memberi banyak manfaat kepada para pelajar terutamanya dalam hubungan manusia dan alam sekitarnya.

    Didapati, lebih daripada 70 peratus responden bersetuju dan sangat bersetuju apabila mengatakan kursus-kursus yang ditawarkan memberi pengalaman yang relevan, pemupukan pemikiran yang kreatif dan inovatif serta pemupukan nilai- nilai murni dan sikap yang positif. Keadaan ini jelas menunjukkan kursus-kursus yang ditawarkan masih berlandaskan pada keperluan serta hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Faktor kerja lapangan serta makmal komputer menyumbang kepada minat para pelajar UPSI ini memilih minor pendidikan Geografi. Selain itu, faktor-faktor ini juga bertepatan dengan kehendak kurikulum Geografi di sekolah itu sendiri yang bermatlamatkan agar pelajar dapat memahami fenomena Geografi, dapat melahirkan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mencintai negara. Sudah tentu untuk

  • 260 / Meminggapi Keberkesanan dan Perubahan

    Jadual 6: Persepsi Pelajar Terhadap Penawaran Kursus di Jabatan Geografi(dalam peratus)

    1-aklor STS TS SS B SB Jumlah (N=125)

    Merupakan satu bidang Hum yaiig tpnamik dan menarik

    0.8 7.2 60.0 32 100.0

    Mempunyai pertalian yang rapat dengan kehidupan seharian

    0.8 5.6 45.6 48.0 100.0

    Memberi pengalaman yang relevan 15.2 58.4 26.4 100.0

    Memberi dan menjurus ke arah pemupukan pemikiran yang kreatif fa n iiunatil

    1.6 24.8 55.2 18.4 100.0

    Mengandungi kamponen- komponen pemupukan tjitai- nilai mr.ini dan sikap yang positif

    0.8 23.2 54.4 21.6 100.0

    Teidapat- buku teks dan rujukan yang banyak

    m m 19.2 43.2 to OO GO 4.8 100.0

    Merupakan satu mata pelajaran ysog aifcar difahanri

    7,2> 38.4 38.4- 12.0 0.8 100.0

    ! A aggnnaoa M eroet ituk (jlpdapatkan muklanitt.lamqghan

    ^ 3 , 3 , 21.6 3:5.2 20.0 100.0

    Sinlar untuk skor gred >.-ajk, baik M 13.6 44.0 24.0 8.8 100.0

    ]$j|Nt@tiukan pelajar mengMtiakan ICT dalam proses f e A A jH a n

    1.6 5.6 29.6 52,8 10.4 100.0

    MmMnctun.gkan isu-isu berkaitan gloM lisasi

    1.6 n j y _51,2 36,0 100.0.

    S om ber: Sort selidik. januari 2003

    S H * Sangal Tidak Bersetuju SS - Sederhana Setuju SB' - Sangat Bersetuju'I S - TittSt '1 te e ta jt i B - Bersetuju

    melahirkan pelajar tit sekolah yang sedemikiah rupa memerluksm seorang, guru yang mampu mempunyai sikap dan pemikiran yang positif, kreatif dan inovatif.

    Kebanyakan respond juga tidak. niengajiggap m ala fSeiaja'an Geografi merupakan satu mafa pelajaran yang, sukar diMiaiiiL Hampir s^panih responden (45 ,6%) mengatakan tidak fc m iiip dan saftgal tidal. tierselqu yang liengatakan mata pelajaran Geografi sttkar

  • Kecenderungan Pelajar UPSI Memilih Minor Geografi /261

    Jadual 7: Kursus-Kursus yang Ditawarkan untuk Program Pendidikan Minor Geografi UPSI

    K od Kursus Nama Kursus Jumlah Kredit

    LGF1013 Pengantar Persekitaran Fizikal 3

    LGM1013 Pengantar Persekitaran Manusia 3

    LGP1013 Teknik-Teknik Kartografi & Kuantitatif 3

    LGP1023 Pengenalan Sistem Maklumat Geografi 3

    LGF2033 Kajian Alam Sekitar 3

    LGM2013 Kajian Geografi Malaysia 3

    LGP3013 Isu dan Kurikulum Pendidikan Geografi 3

    LGP3033 Kaedah Pengajaran Geografi 3

    Jumlah 24

    Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kim. Mereka yang tidak menggunakan ICT boleh dikatakan ketinggalan zaman. Pelajar bukan lagi mendapatkan maklumat-maklumat daripada pcmbacaan buku scmata-mata tetapi kini sumber maklumat daripada internet jUga membantu mereka memperolehi pelbagai maklumat yang diperlukan. Majoriti responden (75.2%) mengatakan kursus- kursus yang ditawarkan memerlukan mereka untuk menggunakan kemudahan mi bukan sahaja mendapatkan maklumat tetapi beberapa kursus yang memerlukan mereka menggunakan ICT seperti kursus Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi.

    Secara keseluruhannya, didapati disiplin Geografi masih lagi relevan dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Disiplin Geografi memberikan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan proses pembangunan negara serta hubungan negara Malaysia dengan negara-negara lain. Perkara ini juga terkandung dalam kurikulum pendidikan Geografi di sekolah. Secara tidak langsung dalam keadaan dunia masa kini yang membincangkan isu-isu berkaitan dengan globalisasi ada kaitannya dengan keadaan saling memerlukan dalam kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain. Majoriti responden (87.2%) bersetuju kursus-kursus yang ditawarkan dalam pendidikan Geografi ada membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan globalisasi terutamanya dalam disiplin Geografi Manusia.

  • 262 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

    Pandangan Umum Pelajar Minor Geografi Terhadap Pensyarah di Jabatan Geografi

    Menurut Abd. Rahim (1997), kebolehan pensyarah dalam sesuatu bidang kepakarannya boleh diukur daripada pengetahuannya yang luas, kecekapan dan kelancaran menyampaikan kuliah, kecenderungan menggunakan bahan bantu mengajar serta keberhasilan dalam penyelidikan dan penerbitan akademik. Dalam kajian ini diperlihatkan bagaimana faktor-faktor yang berkaitan dengan tenaga pengajar juga turut menyumbang kepada para pelajar ini untuk memilih minor pendidikan Geografi. Faktor-faktor ini ditunjukkan dalam Jadual 8.

    Berdasarkan pada jadual tersebut, didapati pandangan pelajar terhadap tenaga pengajar di Jabatan Geografi UPSI adalah positif dan memberangsangkan. Didapati kesemua faktor yang menyentuh tentang sikap dan pengajaran pensyarah di Jabatan Geografi UPSI adalah amat memuaskan. Kajian mendapati lebih daripada 70 peratus menyatakan bersetuju dan sangat bersetuju dalam kesemua faktor-faktor tersebut.

    Persepsi Pelajar yang Tidak Mengambil Minor Geografi Terhadap Mata Pelajaran Geografi

    Kajian juga meninjau persepsi pelajar yang tidak memilih minor pendidikan Geografi terhadap pandangan mereka terhadap mata pelajaran Geografi. Secara tidak langsung, ia dapat mengambarkan senario pendidikan geografi di UPSI khususnya dan di Malaysia umumnya. Jadual 9 menunjukkan pandangan umum daripada pelajar yang tidak minor pendidikan Geografi terhadap mata pelajaran Geografi.

    Pandangan daripada responden yang tidak minor pendidikan Geografi juga perlu dilihat sebagai asas bagi menunjukkan bidang atau disiplin Geografi masih lagi diperlukan dalam arus pendidikan negara masa kini. Pendidikan Geografi tidak seharusnya dibiarkan tanpa hala tuju dan akhirnya tidak menarik minat pelajar untuk mempelajarinya. Majoriti pelajar iaitu, lebih daripada 90 peratus bersetuju dan sangat bersetuju mengatakan disiplin Geografi merupakan satu bidang ilmu yang dinamik, mempunyai pertalian yang rapat dengan kehidupan seharian dan memberi pengalaman yang relevan. Ini jelas menunjukkan mereka yang tidak minor pendidikan Geografi juga melihat mata pelajaran ini adalah penting untuk diajar kepada generasi muda masa kini.

    Pendidikan Geografi juga bukan merupakan satu mata pelajaran yang sukar untuk difahami dan pelbagai sumber bahan rujukan boleh didapati sekiranya seseorang pelajar mempelbagaikan cara untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Sejumlah 78.2 peratus responden bersetuju dan sangat bersetuju dengan mengatakan mata pelajaran Geografi adalah bukan satu mata pelajaran yang sukar berbanding mata pelajaran lain di samping 95.7 peratus bersetuju bahawa penggunaan internet akan membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam memperkukuhkan ilmu yang sedia ada.

  • Kecenderungan Pelajar UPSI Memilih Minor Geografi / 263

    Jadual 8: Pandangan Umum Pelajar Minor Geografi Terhadap Pensyarah di JabatanGeografi (dalam peratus)

    Faktor STS TS SS B SB Jumlah (N=125)

    Menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam pengajarannya

    1.6 0.8 27.2 56.0 14.4 100.0

    Mengedarkan rangka kursus pada awal semester

    5.6 44.8 49.6 100.0

    Bersikap positif, terbuka dan peka akan peribadi dan personaliti pelajarnya

    0.8 3.2 19.2 48.8 28.0 100.0

    Sentiasa memberi tumpuan kepada pelajar

    0.8 2.4 19.2 55,2 22.4 100.0

    Sentiasa bersedia untuk tugas-tugas pengajaran di dalam dewan kuliah

    0.8 0.8 8.0 62.4 28.0 100.0

    Adil dan saksama 0.8 1.6 20.8 48,8 28.0 100.0

    Menguasai cara-cara berkomunikasi yang jelas dan berkesan

    0.8 2.4 18.4 54.4 24.0 100.0

    Pengajaran berpusatkan pelajar dan ada hubungan interaktif di antara pensyarah dan pelajar

    0.8 2.4 19.2 56.0 21.0 100.0

    Tegas, fleksibel dan boleh diajak berunding

    6.4 16.0 48.8 28.8 100.0

    Bersifat demokratik dan menunjukkan ia mengamalkan asas ini dalam segala tingkah lakunya

    0.8 4.0 20.0 51.2 24.0 100.0

    Bersemangat dan peka pada keadaan sekeliling

    0.8 1.6 13.6 56.0 28.0 100.0

    Sumber: Soal selidik, Januari 2003.

    Perbincangan

    Perbincangan kajian bertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan kecenderungan pelajar UPSI memilih minor pendidikan Geografi seperti faktor- faktor yang menyebabkan mereka memilih minor Geografi, persepsi pelajar terhadap penawaran kursus-kursus dan pensyarah di Jabatan Geografi. Senario yang amat menggalakkan apabila terdapat para pelajar yang telah ditentukan untuk tidak membuat minor pendidikan Geografi seperti pelajar yang major pendidikan Teknologi Maklumat dan Matematik seramai 11 orang telah memilih

  • 264 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

    Jadual 9: Pandangan Terhadap Mata Pelajaran Geografi oleh Pelajar yang Tidak Minor Pendidikan Geografi (dalam peratus)

    F aktor STS TS B SB TP Jum lah (N=23)

    Merupakan satu bidang ilmu yang dinamik dan menarik

    56.5 39.1 4.3 100.0

    Mempunyai pertalian yang rapat dengan kehidupan seharian

    47.8 47.8 4.3 100.0

    Memberi pengalaman yang relevan 56.5 39.1 4.3 100.0

    Memberi dan menjurus ke arah pemupukan pemikiran yang kreatif dan inovatif

    17.4 47.8 13.0 21.7 100.0

    Mengandungi komponen- komponen pemupukan nilai-nilai murni dan sikap yang positif

    65.2 26.1 8.7 100.0

    Terdapat buku teks dan rujukan yang banyak

    4.3 34.8 30.4 17.4 13.0 100.0

    Merupakan satu mata pelajaran yang sukar difahami

    13.0 65.2 17.4 4.3 100.0

    Penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

    60.9 34.8 4.3 100.0

    Sukar untuk skor gred yang baik 30.4 30.4 4.3 34.8 100.0

    Tidak membantu untuk melanjutkan pelajaran

    8.7 65.2 4.3 4.3 17.4 100.0

    Tidak membantu untuk mendapatkan peluang pekerjaan

    8.7 39.1 13.0 8.7 30.4 100.0

    Sum ber: Soal selidik Januari 2003

    PetunjukSTS - Sangat Tidak Bersetuju T P - Tidak Pasti SB - Sangat BersetujuTS - Tidak Bersetuju B - Bersetuju

    minor Geografi. Kesemua pelajar adalah pelajar semester keempat dan mereka tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan untuk tidak memilih minor pendidikan Geografi. Walau bagaimanapun, mereka telah dibenarkan untuk memilih minor pendidikan Geografi setelah mendapat kelulusan daripada dekan fakulti kedua-dua program.

    Kajian mendapati 74.8 peratus responden menyatakan bersetuju dan sangat bersetuju bidang Geografi merupakan satu bidang yang menarik dan mereka berminat untuk menjadikannya sebagai pendidikan minor mereka (Rajah 1).

  • Kecenderungan Pelajar UPSI Memilih Minor Geografi / 265

    Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa pendidikan Geografi amat signifikan dan memberi sumbangan yang bermanfaat kerana kerelevanannya dalam kehidupan seharian. Satu penemuan yang positif juga ditunjukkan apabila terdapat II orang responden (100 peratus) daripada program pendidikan Teknologi Maklumat dan Matematik mengatakan faktor yang mendorong mereka memilih minor pendidikan Geografi adalah atas dasar minat terhadap mata pelajaran tersebut. Maklumat ini penting untuk menunjukkan bahawa pendidikan Geografi juga menjadi pilihan kepada pelajar-pelajar berkenaan.

    Rajah 1: Bidang Geografi Merupakan Bidang yang Dinamik dan Menarik(dalam peratus)

    Sejumlah 125 orang responden adalah pelajar yang membuat minor pendidikan Geografi yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Maklumat yang diperolehi memberi gambaran yang positif terhadap penilaian pelajar terhadap kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang pendidikan Geografi ini. Ini terbukti apabila lebih daripada 90 peratus responden mengatakan Geografi merupakan satu bidang ilmu yang dinamik, menarik dan mempunyai pertalian yang rapat dengan kehidupan seharian. Ini disebabkan disiplin Geografi itu sendiri yang mengaitkan hubungan manusia dengan alam sekitar dan bagaimana manusia berinteraksi dengan alam sekitar fizikalnya. Sebagai contoh, dalam satu-satu lokasi atau ruang, manusia dengan menggunakan pelbagai teknologi yang ada mampu untuk mengubah keadaan permukaan bumi untuk dibangunkan dan dijadikan kawasan penempatan, pertanian, perindustrian dan sebagainya.

  • HSsijiitiiHcmMlfijiffr

    BBUIfflHgmi

    >m~..

    i.-;

    SSJsiiitaer iSSoiit- sfclltf ikld o lrtt-iW03

    S S m rw o iir ii L im sS# fc& 11 i^ ^ {T a ff ln liim a t i C ik ijg is f f i im m ik lt iiii

    tC M a iiw jj'm 4- p a li||y e n B ^ k a t 4 s S W iB i t a w w jg a ii .^ kH d tiddd id id asii GukiggnfflN Si

    rrewtitia.teqlm itiiipei'liK iiipadiiSlfcsShusa^^iaztitidl& ^lse^^iFiiLFittiHBmkhaMaraaann ittlffim n^ iiitiltian ik$S$a|.-^.^&iMn pjMM^jaseiiis^toit SHSNM iS S e ia if c i \ y |g f e f i m m ld (M a m iilln Li^psriilJiii g f s f e r a s i m a a lii E teM ik t i l f lA dSfpdt

    'iiteiw iiaam i if t t f i if e fp ilf tn 'ia p^istgKCi^ itaani raBragasy l if e g a t f i it4 l ansflifc i m im gaM gg fflj l^ tf a g r rro i W d iM rlke t o s r a im i / im s a t i s e e t e s f e a a i i aim i w e n g g ftin ssam

    W'felasaJvia-:! en mr-cx's^ . '.-. .-*:. p:1: dim n^aii kr.i: v. . ;.:; .;. .:- i^i-: . ia '! :. i i ..V q : i.v .w .':, '. .;r ..1 !.'. : \ . . ' :. i . .: . c v . ' T . \ . . . v * :-

    Ifc itlh

    w n a w g * & o s s fp o t t fc n t d | .liU a m H je s se ty jm n iarn

    ^ e iig g w a a m iiM e m fe U f liM i nm uStpappu i w c r t o a n K B k ifp e w y ^ A fc a n raaifoliim sii

    iia m fe ita m j f f i l M i i r i ddesgasn U m iia sg U S a a g iia ii i p f & a p p i l S a ia t n :iM s liiiIa a i

    i t u s g a s a i f 8 8 iW s i f f i i^ ^ S 6 ^ ^ 8 B e n m it t t i i s M o i^ S ie h p t ia ia i> W i$ g : i itiik

    iin ram Q X i)4 ^ a a f< M I& m .^ ^ i^ T i.i;# a ia t^ 5 7 ^ ^ M fe jp ^ p fe v e liu fad aw s a sg a tfe i;e 4 # }U

    # i^ U ik iito ,tp a iia ;^ e :fe ja ii^ e 3 S g a M ^ n t1d ah T iiiip m g 8 s ;^ riirb^ a|a i:aLiiiW ie!-fek iatjy il'

    Ilf t^ lffe n ^ e K g a u is e H g lO T o a a ii'i^ te ^ e g iim a lb lm m tL m t ij- S e c a ra -a ^ a K r iy a iT H e p fe i

  • ;Rt IMti&w t ifS t MmmSih Mwm- //$/

    cuba M i l a n sfe g a Q r.^ggj&a&k;s sv ik ifc* r.aitftis* 15^^1*09 y^diperolehi t i 4d j d sp ri^ aiix ih k a". *fektn **mtuk *.v.sak %' su rd s. &\ a':-.- s.-;v.\ >v:?. Mfclfcdilakukan dstif&s. ntencc'.r.'.::-k.vr. pspis'us-- :cra r.s v.ftv. I? -.vneailxni sajM yang lebih menarik.

    Matlamat penawaran program pendidikan Geografi tji IJPSl -|4fttiifa wtak melahirkan guru Geografi yang, betpengetahu&n site. MtelraiBipifef!,, inovatif, berfikiran futuristik dalam melaMtlakafi peii.g.ajaif8il dp pmtelajaifafi Geografi di sekolah. Uniuk itu, seseorang fpfcal gura Ck^ agraf! 'fstitl teMSSlil. dengan asas yang kukuh daiii meiaputiyail.j^i^tahuan yang seewkupftyPia la i disiplin ilmu ini. Dalam kajian ini telah metn^rtjppibaraii yang agak sigiMpiiil dengan merajuk kepada kesukaran kuimis-kumis yang iiipeiMhri til. Jafeatai Geografi. Hanya sebilangan kecil responden salmja, iaitu. .12,8 peia'tus yaftg bersetuju dan sangat bersetuju mengatakan CeogniE meroptkan satu mata pelajaran yang sukar difahami. Keadaan ini juga dinafikan oleh pelajar yang tidak minor pendidikan Geografi, iaitu 78.2 pecatusb yang mengataksil sangat tidal, setuju dan tidak setuju Geografi merupakan satu mata psiajaran yang, sukar UfiUik difahami.

    Kerelevanan disiplin Geografi di UPSI bukan sahaja dinilai ttlih fPgl&r W ig membuat program minor tetapi juga melihat ppBtpsi ptjlfijar yang tidak memilih minor pendidikan Geografi. Persepsi dalam kofitcfcs ini ialah cuba mendapaikan. tanggapan dan pandangan pelajar terhadap pfndidikafl G eo |rsdf Me am Dalam kajian ini hanya sebilangan kecil responden yang dapat 9iesftfei:ti bWfiflg soal selidik, iaitu 23 orang. Walaupun jumlahnya kecil, ia telah mgfnWriku'ft gambaran yang agak signifikan berkaitan dengan kepontingaft disipPh Geogteit ini. Sejumlah 95.6 peratus mengatakan mata pelajaran Geogl'ali mefltgikan afttU bidang ilmu yang dinamik dan menarik. Faktor ini pi-iiiin;1 apabila Geografi dilihat masih terus berkembang dan boleh d i^ u a ik a P dgjlgan tefWMM semasa tetapi masih berfokuskan kepada faktor ruang dan masa serta In lep list manusia dengan alam sekitar dalam ruang lersebul. Ini bwii-paian .leut-an minjnh peratusan yang sama mengatakan bidang Geograli ini im iii|imyai peiialian yjtrij-t amat rapat dengan kehidupan eharian.

    Sementara itu. jika dilihat dalam konteks peimwaian |>t-rn11 1 : 1 n. I befttdujy dan sangat: bersetuju) bagi responden yang tidak minor y ndid-hni GgcWHfl VHHg

  • 268:/ Menanggapi Kcbcrfesanan tlan RenibaJiaM

    mengatakan.disipliuilmu Geagph'kini jneinberi dan menjurus ke;arah.pemupiikaH: pemikiran'. yang; kreatif; dan', inavalif: Sementara: itu. KajaJr 3; pula menurrjukkair. peratusan. responden. yang: minor, pendidikan; Gmgntfi; dan. sebaiiknya terhadap: disipl in .Geografi yan i^nengandimgi komponen .pBmupnkan;niiai.-nilai:inurni daii: positif;

    !&j,ali'l::I&bancdngaii.IKaiar Minor/fencliditan (jeagraix;dan.TfdakMuior:ReEdidiKafli (Teo^afr Terhadap:Uisipl in. CifigrjiiTMferLgaiidungi:Korapi)nen:Femupukan.

    N ilai-ISJiiai .Murni.(dalam. I^itasf

    Sum ber: Soal selidik Januarr'2003.-

    Mata;pelajaran Qgagrafi sering; dilihat sebagai satu mata.-peiajaran:ymg;siiiat! berbanding dengan mata. pelajaran dalam bidang: sains sosial dan kemanitsiaan; yang; lain, Kajian berkaitan' dengan perkara ini telah dilakukan oleh Katimair Riostam-f 199-7) dan Wan Rozahjjgifi Wan ffussin Dalam''kajian-ini .pelajaryang minor pendidikan Geograli mengakui untuk mendapat-skor. grad yang: bilk, iaitu -3218? peratus. yang; bersetuju dan sangat bersetuju berbanding: hanya Z3.i2i peratus-yangtidak bersetuju dan sangat iidak bersetuju. Sementara itu, responden lebih mudah mengambil jalan mudah dengan memberikan jawapan sederhana: bersetuju, iaitu.44 peratus- (Rajah 4k pelajar yang: tidak minor, pendidikan. Geografi: pula, jumlah''yang; tidak bersetuju, bersetuju dan tidak .pasti adaialr.leMir. kurangsama; iaitu 10 peratus. Keadaan-ini adalah bertepatan dengan faktor pelajar: itu sendiri: yang: datang; daripada pelbagai program seperti program pendidikm. Bahasa Melayu, TESL, Muzik, Senn teknologi Maklumat dan. Matematik. Walau. bagaimanapun, persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Geograli ini adalah: bergantung:. kepada ciri-ciri pelajar itu seperti sikap. minat, kemampuan, daya. inisiatif dan kreativiti pelajar itu sendiri (Wan Rozali Haji Wan Htissin, 20033,

  • iKiitiiimi&eimmigim f dkijfaipililPSl M M M Miitwi- / id 1)

    Kelnirang*! boku iMiiak iiiemiisMafi ragukan juga mtewijMisMt satu

    Rajah 4: Sukar IMmfc Skor Gred yang Baik iaJann Mala WajiWM Geogralifdallain peratus;))'

    i.iiiji' 1 sia?. - . . r-r-v'.- ; *'*>Se:- ii-.; *. '* - ' * "

    Sumber: Soal selidik Januari 2003

    Dalam hal ini pandangan daripada pelajar yang minor pendidikan O eojpfi adalah penting untuk mendapat maklum balas daripada- mereka Icuiauc kemudahan rujukan di perpustakaan UPSI khususnya. Dalam kajian ini jumlah meftekit yang bersetuju dan sangat bersetuju terhadap faktor terdapat buku teks dun rujukan ping banyak adalah lebih tinggi berbanding sangat tidak setuju dan tidak bersetuju* iaitu 33.6 peratus berbanding 23.2 peratus. Responden lebih bersikap .sederhana bersetuju, iaitu 43.2 peratus. Di sini boleh dibuat kesimpulan bahawa bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan UPSI adalah mencukupi dan jumlah baluui rujukan ini boleh ditambah dari semasa ke semasa selaras dengan pertamhahan jumluh pelajar daripada pelajar program major pendidikan Geograli sendiri.

    Dua persoalan yang cuba dikemukakan untuk mendapat pandangan daripada pelajar yang tidak minor pendidikan Geografi terhadap kepentingan disiplin Geografi ini. Persoalan tersebut ialah berkaitan dengan pandangan mereka terhadap pendidikan Geografi itu dikatakan tidak mimbantu untuk melafijulka! pelajaran dan mendapatkan peluang pekerjaan. Dalam kotiteks ini. j ik l dilihal pendapat responden terhadap disiplin Geograli untuk mendapatkan peltffflig pekerjaan adalah dilihat daripada lepasan pelujar UPSI akan menjadi seorang pendidik dan akan mengajar di sekolah berdasarkan kepada bidang pengkhusnsan masing-masing.

  • 270 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

    Faktor tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Geografi di UPSI turut mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk memilih minor pendidikan Geografi. Faktor pensyarah yang melibatkan sikap dan perilaku, gaya penyampaian dan kaedah pengajaran serta interaksi mereka dengan pelajar turut mempengaruhi minat pelajar terhadap pendidikan Geografi. Sementara itu, kebanyakan bilik dan dewan kuliah telah dilengkapi dengan peralatan moden bagi menyokong proses pengajaran pensyarah seperti electronic white board serta projektor/LCD.

    Secara tidak langsung ini telah membantu pensyarah mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka dalam dewan kuliah. Lebih daripada 70 peratus responden mengatakan para pensyarah telah menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran.

    Secara keseluruhannya, kelebihan pada sikap, tingkah laku, keperibadian yang tinggi serta memberi contoh teladan yang baik oleh para pensyarah akan memberi impak yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Penilaian pelajar terhadap pensyarah adalah positif, iaitu lebih daripada 75 peratus bersetuju dan sangat bersetuju mengatakan tenaga pengajar adalah bersikap positif, peka, bersifat demokratik, adil dan saksama. Faktor-faktor peribadi seseorang tenaga pengajar amatlah penting dalam menggalakkan serta mempengaruhi minat pelajar untuk mempelajari bidang Geografi ini. Namun yang lebih penting ialah hubungan dua hala antara pensyarah dan pelajar, pengajaran berpusatkan pelajar serta komunikasi yang berkesan adalah perlu bagi menarik minat pelajar mempelajari bidang Geografi ini yang melibatkan aspek kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam sekitar.

    Cadangan

    Dalam konteks pendidikan Geografi di UPSI, ini adalah satu usaha yang amat membanggakan, iaitu cuba mengembalikan disiplin ini sebagai satu disiplin yang perlu dipelajari dan dapat menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara. Bidang Geografi perlu dilihat sebagai satu disiplin yang penting dan tidak sepatutnya ditinggalkan serta dilupakan. Beberapa cadangan dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pengajaran pendidikan Geografi di UPSI dan secara tidak langsung untuk mendidik bakal guru yang mahir dalam bidang ini untuk dilaksanakan di sekolah.

    Kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang pendidikan Geografi di UPSI ini telah dibentuk dan disusun mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah. Untuk itu, penawaran kursus-kursus baru yang perlu ditawarkan kelak perlu juga mengikut sukatan pelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun, kurikulum yang dibentuk perlu lebih baik, terkehadapan dan mempunyai nilai yang tinggi supaya apa yang akan dipelajari adalah lebih bermanafaat dan guru yang mengajar pendidikan Geografi ilmu pengetahuannya.

  • Kecenderungan Pelajar UPSI Memilih Minor Geografi / 271

    Bagi meningkatkan inutu pengajaran pensyarah, perlu diadakan bengkel peningkatan pengajaran dan pembelajaran terutamanya kepada pensyarah muda. Pensyarah muda perlu didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran agar ia dapat memberi contoh terbaik kepada bakal pendidik yang dilahirkan daripada UPSI, Latihan yang menyeluruh perlu didedahkan kepada pensyarah untuk menggunakan pelbagai teknologi yang sedia ada agar para pensyarah dapat menggunakan segala kemudahan pengajaran yang disediakan oleh pihak universiti.

    Penilaian pelajar terhadap kandungan kursus dan pengajaran pensyarah pada setiap akhir semester perlu dilihat secara positif. Hasil daripada penilaian tersebut, satu pertemuan dan perbincangan sesama pensyarah boleh dilakukan untuk mengenai pasti segala kekurangan dan kelemahan yang boleh diperbaiki sama ada daripada kandungan kursus dan pengajaran pensyarah. Perbincangan ini juga perlu dilihat secara positif untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pendidikan Geografi di UPSI khususnya. Peranan guru amat penting dalam menjadi penggerak untuk menarik minat pelajar mempelajari Geografi. Untuk'itu, sebelum guru ini ke sekolah, mereka perlu didedahkan dengan ilmu dan maklumat yang secukupnya di samping mempunyai sikap peribadi dan sahsiah yang tinggi agar menjadi contoh kepada pelajarnya.

    Saranan Kajian Lanjutan

    Kajian kecenderungan pelajar hanya melibatkan sebahagian kecil sahaja daripada pelajar yang minor pendidikan Geografi dan bukan minor pendidikan Geografi. Secara tidak langsung dapatan kajian tidak merangkumi keseluruhan pelajar yang minor pendidikan Geografi di UPSI. Untuk itu dicadangkan beberapa saranan seperti berikut:

    a. Satu kajian lanjutan perlu dilakukan untuk melihat kecenderungan pelajar memilih minor pendidikan Geografi dan sasarannya adalah kepada semua pelajar yang membuat minor pendidikan Geografi daripada semester tiga hingga enam. Secara tidak langsung, kajian ini dapat mengenai pasti jumlah pelajar mengikut program major masing-masing.

    b. Kajian terhadap latar belakang akademik responden terutamanya yang mengambil mata pelajaran Geografi di peringkat sekolah perlu juga dilakukan. Ini bertujuan untuk menilai sama ada kecenderungan mereka untuk memilih minor pendidikan Geografi adalah juga didorong oleh keputusan peperiksaan mereka yang baik dalam mata pelajaran Geografi di sekolah atau sebaliknya.

    c. Membuat analisis terhadap pencapaian keputusan peperiksaan pelajar bagi mereka yang minor pendidikan Geografi. Secara tidak langsung, senario ini memberi gambaran sejauh mana pelajar mampu menguasai disiplin ilmu dan mampu diaplikasi di sekolah kelak.

    d. Pendapat daripada pelajar yang tidak minor pendidikan Geografi juga perlu menyeluruh, iaitu daripada mereka yang datang daripada pelbagai

  • 272 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

    program seperti Fizik, Kimia, Biologi, Sains Sukan, Bimbingan dan Kauseling dan sebagainya. Secara tidak langsung, faktor ini penting untuk menilai tentang kepentingan disiplin Geografi ini menurut pandangan mereka.

    e. Satu analisis perbandingan boleh dilakukan untuk melihat kecenderungan pelajar ini yang minor pendidikan Geografi dengan pelajar yang major pendidikan Geografi.

    Rumusan dan Penutup

    Penyelidikan ini hanya membuat tinjauan sepintas lalu berkaitan dengan kecenderungan pelajar UPSI memilih minor pendidikan Geografi dengan berdasarkan pada faktor-faktor penawaran kursus-kursus minor Geografi di samping peranan tenaga pengajar di Jabatan Geografi UPSI. Hasil kajian boleh disim- pulkan dengan beberapa perkara berikut:

    a. Pelajar yang memilih minor pendidikan Geografi bukan sahaja daripada pelajar yang telah ditentukan program minornya dan mereka memilih minor Geografi disebabkan oleh faktor minat dan bidang Geografi merupakan satu bidang yang menarik.

    b. Pelajar yang tidak minor pendidikan Geografi menyatakan pihak fakulti atau pun jabatan yang telah menentukan mereka tidak boleh memilih minor Geografi.

    c. Geografi masih lagi merupakan satu bidang ilmu yang masih lagi diperlukan kerana ia merupakan satu bidang ilmu yang dinamik, mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan seharian serta memberi pengalaman yang relevan terutamanya berkaitan dengan permasalahan dan isu-isu yang berlaku pada masa kini.

    d. Kecenderungan pelajar UPSI untuk memilih minor Geografi disebabkan oleh dua faktor yang menarik, iaitu dari segi penawaran kursus-kursus serta tenaga pengajar yang terlibat.

    e. Pelajar yang tidak minor pendidikan Geografi juga beranggapan bidang Geografi merupakan satu bidang yang masih lagi diperlukan dalam arus pendidikan negara masa kini dan perlu digalakkan setiap orang mempelajarinya.

    Kepentingan bidang geografi dalam memberikan pengetahuan tentang manusia dan hubungannya dengan alam sekitar tidak boleh dipertikaikan. Bahkan untuk tujuan pembangunan sesebuah negara akan bermula dengan bidang Geografi yang merangkumi bidang fizikal dan kemanusiaan. Amat mendukacitakan sekiranya bidang geografi ini dianggap tidak lagi penting dalam arus pendidikan negara masa kini. Bidang Geografi ini perlu dipelajari oleh generasi muda pada masa kini bukan tujuannya semata-mata untuk lulus

  • Kecenderungan Pelajar UPSI Memilih Minor Geografi /2 7 3

    peperiksaan tetapi apa yang lebih penting apa yang dipelajari dalam disiplin ilmu ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

    Bidang geografi bukan hanya terbatas kepada alam sekitar fizikal dan manusia sahaja. la merangkumi bidang yang amat luas dalam konteks ruang dan masa serta berkembang mengikut peredaran zaman. Pelbagai aspek disentuh seperti pembangunan wilayah, perancangan bandar, pengangkutan, penempatan, perumahan dan sebagainya yang begitu penting bagi tujuan pembangunan sesebuah negara. Keadaan ini ditambah dengan kepentingan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang dapat merekod, menyimpan, mengurus dan menganalisis data serta maklumat yang berkaitan dengan disiplin geografi. Bidang geografi ini akan terus kekal selagi manusia mahukan kemajuan dan pembangunan untuk kesejahteraan hidup mereka.

    Rujukan

    Abd. Rahim Md. Nor, 1997. Geografi di IPT: Tanggapan pelajar dan siswazah terhadap mata pelajaran Geografi. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Geografi Di M alaysia, anjuran Jabatan Geografi UKM dan Persatuan Kebangsaan Geografi Malaysia, 30-31 Oktober 1995.

    Ibrahim Sakimin, 2003. Kurikulum geografi KBSM (Semakan): Perubahan dan status masa kini. Prosiding Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan, anjuran Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM dan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 18 Januari 2003.

    Katiman Rostam, 1997. Tanggapan guru dan pelajar terhadap status pendidikan geografi di sekolah-sekolah menengah: Satu tinjauan awal. Pm sidm g Seminar Kebangsaan Pendidikan Geografi D i M alaysia, anjuran Jabatan Geografi UKM dan Persatuan Kebangsaan Geografi Malaysia, 30-31 Oktober 1995.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992. Buku penerangan kurikulum bersepadu sekolah menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Huraian sukatan pelajaran geografi sekolah menengah atas (tingkatan empat). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Omar Ibrahim, Rohaty Mohd Majzub dan Ruslin Amir, M odul PJJ GB5122 Proses pembelajaran dan kepelbagaian pelajar. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

    Utusan Malaysia, 29 Mac 1996.

    Wan Rozali Haji Wan Hussin, 2003. Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Geografi Di Peringkat Menengah Atas Masa Kini. Prosiding Persidangan Pendidikan Geografi K ebangsaan, anjuran Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM & Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 18 Januari 2003.