KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi...
Transcript of KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi...
164
KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP
TERHADAP FIZIK DAN HUBUNGANNYA
DENGAN PENCAPAIAN FIZIK PELAJAR
Ema Farina Hasme, Saemah Rahman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Subjek Fizik sangat kurang diminati dan menimbulkan kebosanan khususnya dalam kalangan pelajar di
luar bandar. Hal ini boleh membentuk sikap dan tanggapan yang negatif dalam mempelajari mata pelajaran
Fizik dan seterusnya boleh mempengaruhi pencapaian Fizik mereka. Kajian ini bertujuan meninjau faktor-
faktor yang boleh dikaitkan dengan pencapaian fizik pelajar. Antara faktor yang dikaji ialah sikap pelajar
terhadap fizik, kebimbangan Matematik terhadap pencapaian fizik serta mengkaji hubungan antara
pencapaian Matematik dan pencapaian Fizik. Kajian ini penting bagi membantu guru mengenal pasti cara-
cara yang sesuai untuk membantu pelajar. Soal selidik telah diedarkan kepada responden di dua buah
daerah Jempol dan Jelebu (N=205). Statistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik
dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan antara kesan sikap dan kebimbangan
Matematik terhadap pencapaian Fizik dan juga pencapaian Matematik dengan pencapaian Fizik. Hasil
kajian menunjukkan keempat-empat pemboleh ubah sikap mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
pencapaian Fizik. Sikap merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar. Dapatan kajian
juga telah menunjukkan kebimbangan matematik tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian Fizik.
Manakala pencapaian matematik menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana kuat dengan pencapaian
Fizik. Walaupun sikap bukanlah faktor penting yang meramal kejayaan dalam fizik, namun pembinaan
sikap yang positif terhadap fizik masih perlu diberi perhatian.
Kata kunci: Sikap pelajar, kebimbangan Matematik, pencapaian Fizik.
ABSTRACT
Physics is less desirable and lead to boredom, especially among students in rural areas. This could form a
negative attitude and response in studying Physics and can affect their achievement. This study aims to
explore factors that may be associated with a physics student achievement. Among the factors studied are
attitudes towards physics, mathematics anxiety and the relationship between mathematics achievement and
the achievement of Physics. This study is important to help teachers identify appropriate ways to help
students. Questionnaires were distributed to the respondents in Jempol and Jelebu area (N= 205).
Descriptive statistics were used to determine the attitude of the physics and Pearson correlation test was
used to determine the relationship between the effect of attitudes towards the achievement of physics,
mathematics anxiety towards the achievement of Physics and Mathematics with Physics achievement. The
results showed that the four attitude variables significantly related to the achievement of Physics. Attitude
is an important factor in determining the success of students. The findings also showed that mathematics
anxiety no significant relationship with achievement of Physics. While mathematics achievement shows
that there is a strong medium to the achievement of Physics. Although attitude is not an important factor in
predicting success in physics, but the construction of a positive attitude toward physics is still noteworthy.
Keywords: Students' attitudes, Mathematics anxiety, Physics achievement
165
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (pengajian tinggi) telah menetapkan setiap murid perlu
mempunyai pengetahuan dan ada mempunyai kemahiran berfikir. Setiap murid perlu menguasai bidang
pilihan, mampu memanfaatkan ilmu yang dipelajari, menghubungkaitkan ilmu pengetahuan yang dipelajari
untuk diaplikasikan dalam sains, teknologi kejuruteraan dan matematik (STEM) di samping menghargai
kesenian dan juga kebudayaan. Murid perlu berfikir secara kritikal dan inovatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, menghayati pendapat yang pelbagai, serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
Selain itu, sentiasa mengamalkan sikap inkuiri dalam diri dan inovatif, boleh mengaplikasikan ilmu
pengetahuan dalam penyelesaian masalah harian (PPPM, 2015). Oleh yang demikian subjek Fizik
merupakan subjek elektif yang ditawarkan bagi murid aliran sains tulen yang mengaplikasikan ke semua
elemen STEM ini. Namun begitu, pencapaian SPM 2015 bagi murid aliran sains tulen ini kurang
memuaskan daripada dapatan GPS daerah Jempol dan Jelebu iaitu hanya 5.13 berbanding 4.97 pada tahun
2014. Hal ini disebabkan oleh sikap murid itu sendiri terhadap subjek dan kebimbangan matematik
menyebabkan pencapaian yang diperoleh kurang memuaskan.
Pelajar di luar bandar semakin kurang mengikuti aliran sains tulen bagi mengelakkan subjek Fizik. Ini
disebabkan oleh sikap dan persepsi negatif terhadap Fizik. (Business Coalition for Education Reform,
2002). Kegagalan pelajar disebabkan oleh sikap pelajar dan menunjukkan minat yang rendah terhadap
subjek Fizik, maka turut mempengaruhi pencapaian akademik. (Visser, 2007). Keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) di Daerah Jempol dan Jelebu menunjukkan kemerosotan pelajar yang mendapat Gred
Purata Mata Pelajaran Fizik bagi tahun 2015 iaitu 5.13 berbanding 4.97 pada tahun 2014 manakala
peratusan lulus juga menunjukkan penurunan iaitu 97.7% bagi tahun 2015 berbanding 99.4% bagi tahun
2014. Bilangan calon yang telah mengambil peperiksaan SPM 2015 adalah seramai 747 orang namun
begitu, bilangan calon yang mengambil subjek Fizik bagi tingkatan empat 2016 hanya seramai 439 orang.
Perbezaan ketara dari segi jumlah pelajar yang mengikuti sains tulen.
Penguasaan subjek Fizik memerlukan konsep atau teori dan diiringi dengan kemahiran asas matematik
yang baik. Ini kerana matematik adalah alat bantu kepada subjek fizik. (M. Stone dan P. M. Goldbart,
2002). Subjek fizik adalah sangat kaya dengan ilmu pengetahuan dan menyatakan fenomena yang berlaku
secara jelas dengan menghubungkaitkan subjek matematik dalam pengiraan. Hal ini juga kerana subjek
Matematik merupakan bahasa dan alat yang diperlukan untuk menganalisis lebih mendalam tentang
konsep-konsep fizik dan aplikasinya. (Basista & Mathews, 2002). Oleh yang demikian, dalam bidang fizik
dan matematik, matematik digunakan untuk menunjukkan pembuktian jawapan melalui langkah pengiraan,
manakala subjek yang diterapkan di dalam subjek Matematik menjadikannya lebih konkrit (Taşdemir &
Taşdemir, 2008). Hubungan antara kedua - dua subjek fizik dan matematik memang tidak dapat dipisahkan
dalam kurikulum sekolah. Kursus berasaskan sains terutama sains tulen yang ditawarkan oleh kebanyakan
sekolah bergantung kepada kemahiran matematik (Basson, 2002). Sebaliknya, subjek matematik itu
disokong oleh subjek fizik dalam mengintegrasikan pengetahuan dengan pengalaman sehari-hari dan
menjadikannya saling berkaitan di antara satu sama lain.
Pelajar yang mengikuti kurikulum Fizik di Malaysia boleh menyelesaikan masalah dalam membuat
keputusan berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni yang telah dipupuk ketika menguasai ilmu
pengetahuan yang betul dan berkemahiran dalam bidang Fizik dan teknologi (KBSM, 2004). Berdasarkan
kenyataan di atas, kurikulum fizik mempunyai matlamat sama dengan kurikulum matematik sejak dahulu
lagi kerana kedua-dua subjek menekankan kemahiran dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Kenyataan ini menunjukkan bahawa hubungan yang tersembunyi antara bidang matematik dan
fizik. Matematik merupakan komponen intrinsik sains dan berfungsi sebagai bahasa universal dan
merupakan alat intelek yang sangat diperlukan (Chorin dan Wright, 1999).
Sikap dan kebimbangan matematik memberikan kesan terhadap pencapaian fizik. Hal ini disebabkan oleh
individu yang mempunyai tahap kebimbangan matematik yang tinggi menyebabkan tidak menjawab soalan
Fizik yang melibatkan pengiraan kerana perlu menggunakan formula atau rumus dengan memanipulasikan
idea atau maklumat yang diperoleh daripada soalan untuk menyelesaikan jawapan. Kajian mengenai
hubungan antara sains dan matematik sangat sedikit kerana kebanyakan kajian adalah mengikut subjek itu
sendiri. Kebanyakan kajian-kajian lepas membincangkan isu kebimbangan matematik dan juga pencapaian
matematik tambahan tetapi kebimbangan matematik jarang dibincangkan di dalam subjek Fizik biarpun
166
subjek Matematik ini adalah sangat penting di dalam penguasaan ilmu bagi menunjukkan pembuktian teori
atau hukum yang dipelajari.
Kebanyakan ahli fizik menyatakan bahawa subjek fizik adalah sukar adalah disebabkan oleh kelemahan
murid untuk menyelesaikan masalah dalam topik algebra, trigonometri dan kalkulus. Selain itu, kesukaran
fizik juga disebabkan oleh kekurangan penguasaan matematik dan juga kelemahan mengekstrak elemen
yang terdapat dalam fizik menukar kepada plethora daripada maklumat yang diberikan. (S. Tobias and R.R.
Hake, 1988). Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap
pelajar terhadap fizik dengan pencapaian fizik, mengenal pasti hubungan antara kebimbangan terhadap
matematik dengan pencapaian fizik dan mengenal pasti hubungan antara pencapaian matematik dengan
pencapaian fizik.
KAJIAN KEPUSTAKAAN
Kepercayaan dan sikap sangat berkait antara satu sama lain melalui hubungan sebab dan akibat (Tavsancil,
2006). Setiap sikap merangkumi kepercayaan tetapi kepercayaan ini tidak akan membentuk sikap
(Inceogle, 2004). Sikap adalah kecenderungan seseorang untuk bertindak balas terhadap setiap rangsangan
yang diberikan berdasarkan pengalaman yang telah tersimpan di minda (Allport, 1935).
Perasaan ketegangan, kebimbangan, atau ketakutan yang mengganggu prestasi matematik
"(Ashcraft, 2002, p. 181). Perasaan yang tidak selesa apabila berhadapan dengan soalan matematik dan
cemas ketika menyelesaikan masalah. Marzita (2002) menyatakan bahawa kebimbangan ini disebabkan
oleh andaian atau penerimaan seseorang individu terhadap kesukaran subjek Matematik. Hal ini kerana,
pelajar berpendapat subjek ini adalah sukar untuk difahami dan bersifat abstrak. Kemuncak kebimbangan
mereka apabila mendapati isi kandungan di peringkat sekolah menengah lebih mencabar kerana
memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu menaakul.
Carter (1973), mentakrifkan pencapaian ialah kecekapan yang diperoleh dalam penyelesaian
masalah. Secara teori ia berbeza dengan kecerdasan tetapi secara tersirat ada perkaitannya. Manakala
Azman Idris (1994) pula menyatakan bahawa ia adalah hasil daripada pembelajaran. Dalam kajian ini,
gred keputusan yang diambil daripada peperiksaan pertengahan tingkatan 4 tahun 2016 mengikut format
SPM sebenar diambil sebagai pengukuran pencapaian akademik.
Fizik merupakan disiplin ilmu yang melibatkan kajian berkaitan jirim, ruang dan masa serta konsep-konsep
yang berkaitan dengan tenaga dan daya. Disiplin ilmu ini membolehkan pelajar mengaplikasikan konsep
fizik dalam kehidupan harian sebagai contoh teknologi pengangkutan, telekomunikasi. Selain itu, program
Fizik ditawarkan kepada pelajar selama dua tahun pada peringkat menengah atas. (Pusat Perkembangan
Kurikulum 2002). Kesimpulannya, fizik merupakan suatu bidang yang melibatkan penyelesaian masalah
untuk di aplikasi dalam kehidupan harian.
Sikap pelajar dan persepsi negatif menimbulkan rasa suka atau tidak terhadap sesuatu. Pelajar menyatakan
bahawa subjek Fizik adalah subjek yang sukar untuk dipelajari (Subhan 1997; Phang et al. 2010; Ramsden
1998) dan tidak ada keperluan dalam kehidupan seharian (Osborne & Collin 2001; William et al. 2003).
Wigfield dan Meece (1988) menekankan keperluan kepada penyelidik untuk mengkaji
kebimbangan matematik dan kesan negatif terhadap pencapaian pelajar dalam matematik. Mereka
mendapati bahawa individu yang mempunyai kebimbangan matematik tinggi menunjukkan hasil kerja
yang lebih kecil. Kebimbangan matematik memberi kesan yang berkaitan matematik dan biasanya berlaku
semasa pengajaran bilik darjah sama ada menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas, di rumah, atau dalam
perbincangan kumpulan yang melibatkan mencari penyelesaian kepada masalah matematik. Memahami
subjek matematik di dalam kelas adalah penting, tetapi mengambil ujian matematik boleh mencetuskan
tahap kebimbangan yang tinggi sehingga menyebabkan pelajar lupa akan topik yang telah dipelajari.
Kajian Nur Asyiqin (2004) menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap terhadap
pengajaran dan pembelajaran Matematik antara jantina, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan bagi
sikap dan tingkah laku bagi pelajar Kolej Matrikulasi. Kessels, Rau dan Hannover (2006) mendapati pelajar
167
perempuan kurang berminat terhadap Fizik berbanding dengan pelajar lelaki. Pelajar perempuan
mempunyai sikap negatif yang lebih tinggi terhadap Fizik menyatakan mata pelajaran Fizik adalah sukar
dan memihak kepada maskulin.
Menurut Marsh dan Tapia (2002), sikap pelajar yang berbeza antara jantina akan membentuk perbezaan
dalam pencapaian dan kesediaan untuk mencapai matlamat dalam pembelajaran. Berdasarkan penyelidikan
yang dijalankan oleh Johnson (1987), mata pelajaran Fizik dan Matematik dinyatakan bercanggah dengan
sifat keperempuanan. Secara signifikannya, pelajar lelaki menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap
mata pelajaran yang dianggap maskulin berbanding dengan pelajar perempuan yang lebih positif terhadap
mata pelajaran yang berbentuk feminin seperti Biologi. Pelajar lelaki secara umumnya memiliki sikap
positif yang lebih tinggi terhadap Fizik berbanding pelajar perempuan. Mereka juga mempunyai
kecenderungan untuk memilih bidang Sains dan Teknikal sebagai kerjaya (Krogh & Thomsen, 2005).
Kajian oleh Sgoutas, Nagel dan Scott (2005) mendapati pelajar perempuan mempunyai sikap negatif yang
lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki ke atas 148 pelajar Sains di San Diego. Pelajar lelaki lebih
cenderung untuk menggunakan lebih banyak peralatan Sains dan sering melibatkan diri dalam aktiviti
berkaitan dengan Sains (Guzzetti & Williams, 1996). Hasil kajian Kahle dan Lakes (1983) menunjukkan
lebih ramai pelajar perempuan memberikan gambaran negatif terhadap Sains dan kerjaya berkaitan dengan
Sains. Kebanyakan pelajar perempuan berpendapat kelas Sains begitu membosankan dan dianggap sebagai
tempat untuk menghafal fakta. Manakala kerjaya berkaitan Sains pula dianggap mempunyai terlalu banyak
kerja untuk dilakukan.
Kebanyakan kajian adalah menjurus terhadap sikap dan juga pencapaian Fizik. Tetapi sukar dan masih
tiada lagi kajian mengenai sikap, kebimbangan matematik terhadap pencapaian Fizik. Di sini kajian adalah
bertujuan melihat hubungan antara kebolehan afektif iaitu sikap dan kebimbangan terhadap pencapaian
Fizik. Isu keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi pendidikan diukur daripada pencapaian akademik
di dalam peperiksaan awam (Noraini, 2002). Selain itu, fokus kajian ini lebih kepada kawasan luar bandar
dan jumlah murid yang mengambil subjek Fizik adalah sedikit.
Kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa terhadap hubungan antara sikap terhadap Fizik dan
pencapaian Fizik dan juga kebimbangan terhadap matematik dan pencapaian Fizik. Kajian ini memilih dua
buah daerah di Negeri Sembilan iaitu Jempol dan Jelebu dikategorikan sekolah luar bandar kerana dapatan
daripada keputusan pencapaian Fizik di kedua-dua daerah ini mengalami penurunan sebanyak 0.16%.
(Pejabat Daerah Jempol Jelebu, 2016).
METODOLOGI
Populasi dan Pensampelan
Populasi kajian terdiri daripada 439 orang murid tingkatan empat yang mengambil subjek Fizik di dalam
aliran sains tulen di daerah Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan. Penyelidik mendapatkan responden
seramai 205 orang mengikut saiz sampel yang ditetapkan (Krejie & Morgan, 1970) yang dipilih secara
rawak mudah untuk menjawab soal selidik.
Jadual 1 menunjukkan demografi responden yang terlibat dalam kajian.
N %
Jantina
Lelaki 101 49.3
Perempuan 104 50.7
Jumlah 205 100
Bangsa
Melayu 126 61.5
Cina 68 33.2
India 10 4.9
Lain-lain 1 0.5
Jumlah 205 100
168
Kajian ini adalah untuk mengukur tingkah laku murid dalam aspek pencapaian Fizik. Dalam kajian ini dua
pemboleh ubah sahaja digunakan iaitu sikap dalam mempelajari Fizik dan kebimbangan mempelajari
matematik terhadap pencapaian Fizik. Instrumen kajian ini adalah berdasarkan soalan selidik yang diambil
daripada kajian Rahimah binti Nor (2012) sebanyak 20 soalan. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 30
orang murid di Daerah Jempol. Bagi soal selidik mengenai sikap sebanyak 20 soalan, nilai Cronbach- alpha
yang diperoleh ialah 0.914. Manakala soal selidik kebimbangan matematik diadaptasi daripada William
Matthew Siebers (2015) sebanyak 11 soalan dengan nilai Cronbach -alpha sebanyak 0.815. Jumlah soalan
yang digunakan adalah sebanyak 31 soalan.
Kaedah pengumpulan data
Data diperoleh daripada murid-murid tingkatan empat di enam buah sekolah di daerah Jempol dan Jelebu
daripada 19 buah sekolah dengan kaedah pensampelan kluster iaitu sekolah yang mempunyai pelajar yang
ramai mengambil aliran sains tulen. Murid diberi penerangan mengenai soal selidik. Gred tahun Fizik 2016
di dalam peperiksaan pertengahan tahun diambil sebagai alat pengukuran pencapaian disertakan di dalam
borang soal selidik. Statistik deskriptif dan korelasi Pearson dipilih sebagai kaedah menganalisis data ini
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.
ANALISIS DATA
Populasi responden yang terlibat dalam soal selidik ini ialah 101 orang lelaki sebanyak 49.3%. Manakala
responden perempuan seramai 105 orang sebanyak 50.7%. Bangsa majoriti yang terlibat dalam kajian ini
ialah Melayu seramai 126 orang iaitu 61.5%, diikuti 68 orang Cina sebanyak 33.2%, 10 orang India
sebanyak 4.9% dan juga 1 orang lain-lain sebanyak 0.5%. Soal selidik yang digunakan bagi menguji sikap
terhadap Fizik adalah sebanyak 20 item. Pengujian sikap ini dibahagikan kepada lima sub skala iaitu minat
terhadap Fizik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.707, kerjaya di dalam bidang
Fizik sebanyak 0.933, kepentingan Fizik sebanyak 0.840, kesukaran Fizik sebanyak 0.730 dan akhir sekali
ialah peralatan 0.753. Manakala bagi pemboleh ubah kebimbangan Matematik (11 item) ialah sebanyak
0.815.
DAPATAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mencari korelasi antara sikap terhadap pencapaian Fizik.
Sub skala sikap yang dibincangkan ialah seperti faktor-faktor seperti minat terhadap fizik, kerjaya dalam
bidang Fizik, kepentingan fizik, kesukaran Fizik, dan penggunaan alatan Fizik. Tujuan kedua pula adalah
untuk mencari korelasi antara Kebimbangan Matematik terhadap pencapaian Fizik bagi murid tingkatan
empat di daerah Jempol dan Jelebu dan seterusnya ialah mencari hubungan antara pencapaian Matematik
dan juga pencapaian Fizik.
169
Analisis Korelasi pemboleh ubah sikap dengan pencapaian Fizik
Jadual 2: Ujian Korelasi Pearson yang menentukan Hubungan Pemboleh Ubah Sikap dengan Pencapaian
Fizik, Kebimbangan Matematik dengan Pencapaian Fizik dan Pencapaian Matematik dengan Pencapaian
Keputusan korelasi menujukkan hubungan positif yang sederhana kuat antara pencapaian Matematik
dengan pencapaian Fizik (r= .621, p>.05). Dapatan ini jelas menujukkan bahawa pelajar yang mencapai
kecemerlangan di dalam subjek Matematik menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pencapaian
Fizik dan sebaliknya pelajar yang mencapai markah yang rendah dalam subjek Matematik akan
memberikan keputusan yang tidak cemerlang dalam pencapaian Fizik. Seterusnya keputusan korelasi
menunjukkan pemboleh ubah sikap minat terhadap Fizik menunjukkan korelasi yang lemah terhadap
pencapaian Fizik (r= - .272, p>.01). Dapatan ini menunjukkan pelajar yang minat yang rendah terhadap
Fizik juga menunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian Fizik. Keputusan kajian menujukkan terhadap
juga korelasi negatif dan lemah antara sikap pelajar terhadap kerjaya Fizik dengan pencapaian Fizik (r= -
.235, p>.05). Dapatan ini menunjukkan sikap pelajar yang tidak mementingkan kerjaya Fizik juga
menunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian Fizik. Keputusan juga menunjukkan korelasi negatif dan
lemah sikap pelajar terhadap kepentingan Fizik (r= -.276, p>.05). Dapatan ini menujukkan bahawa sikap
pelajar terhadap kepentingan Fizik yang rendah mampu memberikan keputusan yang cemerlang kepada
pencapaian Fizik. Keputusan korelasi menunjukkan sikap pelajar terhadap kesukaran Fizik juga
mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaian Fizik (r=-.247, p>.05). Seterusnya, Keputusan
korelasi sikap terhadap penggunaan alatan Fizik menunjukkan hubungan lemah dengan pencapaian Fizik
iaitu (r= .108, p>.05) menujukkan penggunaan peralatan Fizik tidak mempengaruhi pencapaian Fizik.
Keputusan ujian korelasi menujukkan hubungan yang tidak signifikan antara kebimbangan matematik
dengan pencapaian Fizik (r= -.0.073, p>.05).
PERBINCANGAN
Hasil kajian menunjukkan kesemua pemboleh ubah sikap mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
pencapaian Fizik. Sikap merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar. (Nur Asyikin,
2004). Kajian ini selari dengan dapatan Mohd Noor Badlishah, Mohd Mustamam & Nuruhuda (2016)
menunjukkan sikap hanya memberi pengaruh yang kecil terhadap pencapaian fizik. Dapatan kajian juga
telah menunjukkan kebimbangan matematik tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian Fizik. Ini
selari dengan kajian Ngwoke et al. (2013) yang menyatakan bahawa pencapaian yang rendah di dalam
Pemboleh ubah Min Sisihan
Piawai r Sig
Minat 3.448 0.8307 -0.272** 0.000
Kerjaya 3.454 0.7662 -0.235** 0.001
Kepentingan fizik 3.522 0.7315 -0.276** 0.000
Kesukaran fizik 3.233 0.4991 -0.247** 0.000
Peralatan fizik 3.288 0.7797 0.108 0.122
Kebimbangan
matematik
2.329 0.6277 -0.0073 0.300
Markah Matematik 4.78 2.359 0.621** 0.000
170
Fizik bukanlah disebabkan oleh kebimbangan Matematik. Manakala pencapaian matematik menujukkan
terdapat hubungan yang sederhana kuat dengan pencapaian Fizik. Dapatan ini selari dengan kajian oleh
Seth et al., (2007) mendapati hubungan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap Matematik dan
pencapaian mereka dalam Fizik. Semakin tinggi sikap terhadap Matematik semakin tinggi pencapaian
pelajar dalam Fizik dan semakin tinggi gred Matematik pelajar semakin tinggi kemahiran penyelesaian
masalah Fiziknya.
IMPLIKASI KAJIAN
Secara keseluruhannya kajian yang telah dijalankan telah memberi gambaran terhadap pencapaian Fizik
daripada pelbagai faktor. Sungguh pun sikap bukanlah faktor penting yang meramal kejayaan dalam sains,
namun pembinaan sikap yang positif terhadap sains masih perlu diberi perhatian kerana aspek itu adalah
sebahagian dari objektif pendidikan sains. Dapatan kajian ini perlu diperhalusi dan difikirkan bersama
kerana ia boleh memberi impak dan berkait rapat dengan pencapaian pelajar bagi subjek Fizik. Kebanyakan
kajian menyatakan terdapat hubungan yang sederhana kuat dan lemah antara sikap dan pencapaian
(Schibeci 1984; Ramsden 1998; Osborne et al. 2003). Dapatan ini juga selari dengan kajian Olasehinde &
Olatoye (2014) dan Nasr (2011). Sikap hanyalah faktor kecil yang mempengaruhi kejayaan dalam bidang
akademik. (Osborne et al. 2003).
Limitasi & Penambahbaikan
Limitasi kajian ini adalah bilangan sampel adalah kecil kerana mengikut bilangan minimum yang perlu
dijalankan mengikut Kerjie & Morgan dan hanya dijalankan di kawasan luar bandar dan sekolah harian
biasa. Oleh yang demikian saiz sampel yang besar diperlukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik.
Cadangan penambahbaikan bagi pengkaji yang ingin menjalankan kajian yang serupa, maka kajian ini
dicadangkan supaya dijalankan selepas pelajar tingkatan empat mendapat keputusan akhir tahun kerana
ketika itu pelajar telah dibimbing untuk menguasai format peperiksaan Fizik sebenar SPM dan menguasai
isi kandungan dan telah berjaya mengadaptasi format baru setelah hampir setahun mempelajari subjek
Fizik. Selain itu, faktor kebimbangan ujian, isi kandungan yang dipelajari diambil kira sebagai faktor
pencapaian Fizik. Hal ini kerana isi kandungan Fizik bagi tingkatan empat hanyalah lima bab maka, ketika
peperiksaan pertengahan tahun yang dijalankan hanya dua bab yang diuji. Oleh yang demikian, apabila
peperiksaan akhir tahun dijalankan pengkaji boleh mengkaji bab yang menjadi pilihan dan pelajar
menguasai bab yang diuji.
RUJUKAN
[1] Ashcraft, M. H. “Math anxiety: Personal, educational, and cognitive consequences,”
Current Directions in Psychological Science vol 11, no 5, ms 181-185, 2002.
[2] Ashcraft, M. H., & Kirk, E. P. The relationships among working memory, math anxiety, and
performance. Journal of Experimental Psychology. General, vol 130 no 2, ms 224-237. 2001.
[3] Ashcraft, M. H. & Moore, A. M. Mathematics anxiety and the affective drop in performance. Journal
of Psycho educational Assessment, vol 27, no3, ms197-205.2009
[4] Arsaythamby Veloo & Shamsuddin Muhammad.Hubungan sikap, kebimbangan dan tabiat
pembelajaran dengan pencapaian matematik tambahan. Asia Pacific Journal of Educators and Education,
vol 26, no 1, ms 15–32. 2012
[5] Arsaythamby Veloo & Rahimah Nor. Hubungan antara Sikap terhadap Fizik dan Pencapaian
Matematik Tambahan dengan Pencapaian Fizik. Journal of MDEC, vol 11, no 1, ms 1-15. 2012
171
[6] Arsaythamby, V., & Rosna Awang Hashim. Kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur Orientasi
Pembelajaran Matematik (OPM), International Journal of Management Studies, vol 16, no 1, ms 57–
73.2009.
[7] Azman B Idris .Satu tinjauan Mengenai Masalah Pencapaian Akademik Bekas Pelajar- Pelajar SPMV
Yang Sedang Mengikuti Kursus Diploma Di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Skudai, Johor.
Universiti Teknologi Malaysia.1994.
[8] Bekdemir, M.. The pre-service teachers' mathematics anxiety related to depth of negative experiences
in mathematics classroom while they were students. Educational Studies in Mathematics, vol 75, no 3, ms
311-328.2010.
[9] Cobern, W. W.College students' conceptualization of nature: An interplay of worldview analysis.
International Journal in Science Teaching, vol 30, no 8, ms 935- 951.1993.
[10] Furner, J. M., & Gonzalez-DeHass, A How do students’ mastery and performance goals relate to math
anxiety?. EURASIA Journal of Mathematics, Science & Technology Education, vol 7, no 4, ms 227-
242.2011.
[11] Guzzetti, B. J., & Williams, W. O. 1996. Gender, Text And Discussion: Examining Intellectual Safety
In The Science Classroom. Journal of Research in Science Teaching, vol 33,no 2, ms 5-20.1996.
[12] Kahle, J. B. & Lakes, M. K. 1983. The Myth Of Equality In Science Classrooms. Journal of Research
in Science Teaching, vol 20, no 2, ms131-140.1983.
[13] Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025.2013
[14]Krogh, L. B. & Thomsen, P. V. Studying Students’ Attitudes Towards Science From A Cultural
Perspective But With A Quantitative Methodology: Border Crossing Into The Physics Classroom.
International Journal Science Education, vol 27, no 3,ms 281–302.2005.
[15]Marzita Puteh,, Factor Associated with Mathematics Anxiety and Its impact on Teacher Trainees.
Paper presented in the 3rd Mathematics Education Society Conference (MES3), 2-7 April, 2002, Helsingor,
Denmark.2002.
[16]Md. Said, Aishah & Bidin, Noriah. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Mata pelajaran
Fizik Pelajar Melayu Ting.4 Di 2 Buah Sek. Men. Di Daerah Gombak, Selangor. Bachelor's thesis,
Universiti Teknologi Malaysia.1999.
[17] Meece, J. L., & Wigfield A., & Eccles, J. Predictors of math anxiety and its influence on young
adolescents' course enrollment intentions and performance in mathematics. Journal of Educational
Psychology, vol 82, no 1, ms 60-70. 1990.
[18] Mohd Noor Badlilshah, Mohd Mustamam & Nurulhuda . 2016. Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran
Fizik dan Hubungannya Dengan Pencapaian Dalam Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Personalia Pelajar, vol
19, ms 31- 51. 2016.
[19]Morgan, C.T., King, R.A., Weisz, J.R. dan Schopler, J. Introduction to psychology (7th edition). New
York: McGraw-Hill Book Compony.1986.
[20] Ngwoke, Dominic Ugwoke, et al. Attitude of Secondary School Physics Students to Mathematics: a
Case Study of Nsukka Education Zone in Nigeria and Adamawa Region in Cameroon. Indian Journal Of
Applied Research, vol 3, no 9, ms 163-166. 2013.
[21]Nur Ashiqin, N. Sikap Pelajar Matrikulasi Terhadap Pengajaran dan PembelajaranMatematik dalam
Bahasa Inggeris. Kolej Matrikulasi Melaka.2004;
[22] Osborne, J. & Collin, S. 2001. Pupil's view of the role and value of science curriculum. International
Journal of Science Education, vol 23, no 5, ms 441-467. 2001.
172
[23] Pejabat Daerah Jempol & Jelebu. Analisa Keputusan SPM 2015. Mesyuarat Panitia Fizik Jempol dan
Jelebu.2016.
[24] Phang, F. A., Abu, M.S., Ali, M.B. & Salleh, S. Faktor Penyumbang kepada Kemerosotan Penyertaan
Pelajar Dalam Aliran Sains: Satu sorotan Tesis. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.2010.
[25] Reif, F. Instructional design, cognition and technology: Application to the teaching of scientific
concept. Journal of Research in Science Teaching, vol 24, no 4, ms 309-324. 1987.
[26] Ramsden, J. M. Mission Impossible: Can anything be done about attitude to science? International
Journal of Science Education, vol 20, no 2, ms 125-137. 1998.
[27] Robbins, Stephen P. Gelagat Organisasi, Abdul Razak Ibrahim & Ainin Sulaiman. (terj.). T.T.P: San
Diego State University.2002.
[28] Salleh, K.M. & Deraman, M. Perception of Malaysian secondary school science towards physics.
Journal of Instructional Psychology, vol 22, no 3, ms 238. 1995.
[29] Scarpello, G. Helping students get past math anxiety. Techniques: Connecting Education & Careers
82(6), 34-35.2007.
[30] Schreiber, J. B. Institutional and student factors and their influence on advanced mathematics
achievement. The Journal of Educational Research, vol 95, no 5, ms 274–286.2002.
[31]Seth, S., Fatin, A. P., & Marlina, A. Kemahiran Metakognitif Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah di Negeri Johor Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. 2007.
[32] Sgoutas, S. A., Erik, N. E., & Scott, F. Correlates of Performance in Biological Psychology: How Can
We Help? University of San Diego. Journal of Instnjctionai Psychoiogy, vol 34, no 1,ms 46-52.2005.
[33] Subhan, T. Strategi pengajaran untuk meningkatkan prestasi sains dan matematik. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (pp. 1-12). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.1997.
[34]Tapia, M. & Marsh G. E. 2004. The relationship of math anxiety and gender. Academic Exchange
Quarterly, vol 8,no 2, ms 130–134.2004.
[35] Thomson, S., Lokan, J., Lamb, S., & Ainley, J. Lessons from the Third International Mathematics and
Science Study. A study commissioned by the Australian Government.2006.
[36] Tobias, S. Test anxiety: Inference, defective skills, and cognitive capacity. Educational Psychologist,
vol 20, ms 135–142.1985.
[37] Tobias, S. Anxiety and mathematics. Harvard Education Review, vol 50, ms 63–
70.1998.[38]Wigfield, A., & Eccles, J. S. Expectancy-value theory of motivation. Contemporary.
Educational Psychology , vol 25,ms 68–81. 2000.
[38]Wigfield, A., Tonks, S., & Eccles, J. S.. Expectancy-value theory in cross-cultural perspective. In D.
McInerney & S. van Etten (Eds.), Research on sociocultural influences on motivation and learning (pp.
165–198). Greenwich, CT: Information Age.2004.