Keberkesanan Akta OKU 2008 Dalam Sistem Pendidikan
-
Upload
asrullida-abdul-samat -
Category
Documents
-
view
62 -
download
7
description
Transcript of Keberkesanan Akta OKU 2008 Dalam Sistem Pendidikan
Keberkesanan Akta OKU 2008 dalam sistem pendidikan
Disediakan oleh :Asrullida bt Abdul SamatPPG SCE 8Q
Takrifan OKU
OKU – “Orang Kurang Upaya termasuklah
mereka yang kekurangan jangka panjang
fizikal, mental, intelektual atau deria yang
apabila berinteraksi dengan pelbagai
halangan boleh menyekat penyertaan
penuh dan berkesan mereka dalam
masyarakat” AKTA 685
PENGENALAN
Takrifan Pendidikan Khas
Pendidikan Khas – pendidikan bagi
murid bekeperluan khas di suatu sekolah
khas, atau di sekolah yang melaksanakan
Program Pendidikan Khas integrasi atau
Program Pendidikan Inklusif pada
beberapa peringkat pembelajaran
PENGENALAN
Ringkasan ArtikelMenggunakan Animasi di dalam Instruksi
Khas untuk Kanak-kanak Disleksia
BAHAGIAN 1
Penulis artikel
Artikel ini ditulis oleh Ronaldi Saleh bin Umar, fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Malaysia
BAHAGIAN 1
Ringkasan artikel
Artikel berkaitan dengan kajian
merekabentuk instruksi khas untuk
pelajar disleksia di dalam mempelajari
topik pendaraban.
Pendekatan merekabentuk animasi di
dalam pembangunan instruksi sebuah
Objek Pembelajaran yang berteraskan
multimedia interaksi.
BAHAGIAN 1
Samb. Pelajar disleksia mempunyai masalah
memori jangka masa singkat.
Masalah kemahiran menulis dan membaca.
Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah berfikir secara menyeluruh dan gaya pembelajaran yang merujuk kepada satu gaya pembelajaran sahaja.
Samb. Pengkaji juga menyatakan bahawa
pendekatan intervensi disleksia adalah dengan menggunakan pendekatan pendidikan melalui perisian multimedia.
Pendekatan pendidikan multimedia dihasilkan dalam bentuk Objek Pembelajaran (LO).
LO membolehkan pelajar mempelajari isi pelajaran sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan dalam aktiviti kemahiran berfikir.
BAHAGIAN 1
Samb. Kajian ini mencuba untuk mengenalpasti
animasi yang sesuai untuk menyampaikan teknik pengajaran pendaraban mengikut kehendaak dan ciri-ciri pelajar disleksia.
Pembangunan dan penilaian LO untuk disleksia dibuat untuk membantu kanak-kanak ini belajar matematik serta menyediakan maklumat yang berguna mengenai bagaimana kanak-kanak disleksia berinteraksi dengan LO yang boleh disediakan dalam bentuk animasi.
BAHAGIAN 1
Samb. Berdasarkan kajian ini juga, didapati bahawa
penggunaan aplikasi pembelajaran mobile komik
interaktif berpotensi untuk menggalakkan
pembelajaran kanak-kanak disleksia.
Animasi mempunyai keupayaan untuk menarik
perhatian kepada dimensi kritikal pelajar secara
berkesan dan boleh memberikan respon yang
benar ke atas sesuatu visual dengan cepat.
BAHAGIAN 1
Dapatan kajian Penggunaan LO, menunjukkan pelajar
disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti yang disampaikan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas.
Penggunaan imej dan animasi yang direka khas ini dapat diterima dan pelajar menunjukkan pemahaman ke atas isi kandungan.
BAHAGIAN 1
Kesimpulan Adalah penting bgi pelajar disleksia untuk mendapatkan
galakan pembelajaran mengikut cara yang mereka mahukan.
Mereka dapat membuat kawalan diri dengan belajar dalam satu unit kecil.
Pelajar disleksia boleh memahami dan membuat aktiviti yang disuruh disetiap pecahan tajuk dalam jangka masa yang singkat.
Pelajar- pelajar ini juga menjadi lebih tertarik konsep aktiviti penceritaan yang dianimasikan.
Grafik dan animasi memudahkan mereka untuk mengekalkan fokus terhadap pembelajaran .
BAHAGIAN 1
Akta OKU 2008Bahagian IV Seksyen 28 Akses kepada pendidikan
BAHAGIAN 2
Bahagian IV Seksyen 28 (1)Akses kepada pendidikan
Menurut AKTA OKU 2008, Bahagian IV, Seksyen 28 (1) :
Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada
sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan,
dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan
pendidikan pra sekolah, rendah, menengah dan tinggi,
atas asas keserataan dengan orang atau kanak-kanak
upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran
sepanjang hayat.
BAHAGIAN 2
Kerajaan dan penyelia pendidikan swasta hendaklah,
bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang
upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan
penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan
orang kurang upaya dari segi antara lain, prasarana,
kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah
pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang
memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya.
BAHAGIAN 2
Bahagian IV Seksyen 28 (2)Akses kepada pendidikan
Rumusan
Berdasarkan Akta OKU 2008, Kementerian
Pendidikan di bawah Bahagian Pendidikan
Khas telah menyediakan kelas khas kepada
kanak-kanak kurang upaya penglihatan,
pendengaran dan masalah pembelajaran
serta menyediakan pelbagai akses kepada
pendidikan yang lebih berkualiti
BAHAGIAN 3
Samb.
Berdasarkan amalan terbaik
antarabangsa dan dasar semasa
negara, Kementerian telah menetapkan
bagi tahun 2013, sasaran 10% daripada
lebih 50 ribu murid berkeperluan khas
mendaftarkan diri dalam program
pendidikan inklusif ( Muhyiddin bin Hj
Mohd Yassin, 2014 )
BAHAGIAN 3
Kesimpulan Daripada artikel dan Akta OKU di atas,
saya berpendapat bahawa masalah
pembelajaran adalah sesuatu masalah
yang memerlukan kerjasama dari
banyak pihak untuk memastikan pelajar
mendapat peluang belajar sebagaimana
pelajar normal yang lain.
Samb. Jesteru itu, sistem pendidikan negara kita
telah menyediakan akses pendidikan yang
terbaik dan berkualiti kepada golongan OKU
bertepatan Undang-undang Malaysia, Akta
685, Akta Orang Kurang Upaya, Seksyen 28
(1) dan (2) agar mereka juga tidak terlepas
untuk mendapatkan hak yang sama untuk
membangunkan kualiti hidup mereka.
Undang- undang Malaysia Akta 685 Akta Orang Kurang Upaya 2008. (n.d) Diperoleh pada Februari 28, 2015. Daripada http://www.jkm.gov.my/
Muhyiddin b Hj Mohd Yassin (2014), Draf teks ucapan majlis perutusan tahunan 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia : Putrajaya
Ronaldi Saleh b Umar et al.(2011), Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia , Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak-kanak Disleksia, UiTM : Selangor
RUJUKAN