KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA IBNI ALMARHUM kebawah duli yang maha mulia seri paduka baginda yang...
date post
28-Dec-2019Category
Documents
view
8download
0
Embed Size (px)
Transcript of KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA IBNI ALMARHUM kebawah duli yang maha mulia seri paduka baginda yang...
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
8
Perutusan YAB Perdana Menteri
Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW
Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M
A lhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia-Nya, sekali lagi kita dapat menjayakan
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1441H/2019M.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda.
Sepertimana kita sedia maklum, penganjuran majlis memperingati kelahiran Baginda SAW ini adalah penzahiran kasih sayang dan sanjungan tinggi kepada kekasih Allah.
Sirah Rasullullah SAW memperlihatkan aspek perpaduan dan akhlak mulia menjadi ciri utama dalam peristiwa hijrah ke kota Madinah. Perpaduan dalam erti kata mewujudkan persefahaman dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama agar mentaati pentadbiran yang diketuai oleh Baginda SAW.
Ketinggian akhlak Rasullullah SAW yang mulia dalam kehidupan seharian serta sifat kasih dan toleransi Baginda telah memperlihatkan kebaikan Islam secara meluas.
Hasilnya, kelompok Islam yang minoriti di Madinah bertukar menjadi kumpulan majoriti kerana Islam dianuti atas kekuatan dan kebaikan akhlak yang terpuji di kalangan penganutnya.
Mengikut dan menghayati sunah lambang kecintaan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW adalah sesuatu yang mulia. Sebagai umat yang benar-benar cinta dan kasih kepada Rasullullah SAW, kita perlu terus berusaha untuk menteladani serta menuruti sunah Baginda seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang
Sambutan MaulidurRasul SAW Peringkat Kebangsaan 2019
9
yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak- banyak (dalam masa susah dan senang)”.1
Bersempena tema sambutan pada kali ini “Negara Rahmah Ummah Sejahtera” saya mengharapkan usaha untuk meningkatkan kefahaman berkaitan ajaran Islam yang sebenar terus dilipat-ganda dan dipergiat dengan pendekatan-pendekatan yag sesuai. Ini penting bagi membuktikan bahawa rakyat dapat menjalani kehidupan yang sejahtera dinaungi oleh agama Islam yang membawa rahmat kepada semua. Kita sebut agama Islam yang sebenar kerana terdapat banyak tafsiran dan ajaran Islam yang disalah tafsir dipengaruhi oleh kepentingan lain. Inilah yang menyebabkan umat Islam berpecah dan berpuak-puak.
Kita wajar menghargai kemajmukan, melestarikan kehidupan dalam kedamaian
1 Surah al-Ahzab:21, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
serta memelihara hubungan antara kaum dan agama. Ciri-ciri ini boleh dicapai dengan menitikberatkan ajaran Islam dalam kehidupan yang berlandaskan al-Quran dan hadis yang sahih. Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai ikutan sepanjang hayat agar kita semua memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Saya ucap syabas dan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khususnya dan semua pihak yang telah memberi komitmen yang padu kepada penganjuran ini. Semoga segala usaha murni ini akan menjadi amal bakti yang diberkati Allah SWT dalam mengajak masyarakat untuk terus memartabatkan syiar Islam.
Sekian, wassalam.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
10
A lhamdulillah, segala puji-pujian kita panjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya sekali lagi kita dapat
menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1441H/ 2019M.
Setiap tahun, sambutan Maulidur Rasul SAW akan diadakan dan disambut oleh semua umat Islam seluruh pelosok negara. Majlis diadakan dengan membawa semangat memperingati kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW dan pengorbanan Baginda dalam menyebarluaskan agama Islam dengan penuh hikmah dan toleransi. Allah SWT berfirman dalam surah a-li ‘Imran ayat 159 bermaksud:
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau
2 Surah a-li 'Imran:159, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal- hal keduniaan). Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya”.2
Jelas di sini bahawa sifat rahmah dan berhikmah yang ada dalam dakwah Nabi Muhammad SAW berjaya melembutkan hati mad’u (orang yang didakwah). Elemen dakwah ini seharusnya menjadi tunjang asas kepada pendakwah di lapangan dakwah supaya agama Islam dapat diterjemah sebagai agama kasih sayang, ramah, lembut dan aman.
Kata Alu-Aluan YB Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW
Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M
Sambutan MaulidurRasul SAW Peringkat Kebangsaan 2019
11
Menyahut kepada Islam agama rahmat, di Malaysia; Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan di bawah Perkara 3(1); “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan” menjelaskan bahawa Islam agama yang rahmah dan tidak menindas hak serta keperluan bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi mana ianya tidak melanggar had yang ditetapkan. Justeru, Malaysia yang berlatarbelakangkan masyarakat majmuk; pelbagai agama, bangsa dan budaya seharusnya disantuni dengan baik dan hubungan sesama masyarakat perlu diperkukuh bagi menjamin kelestarian hidup harmoni yang dinikmati selama ini.
Selari dengan gagasan besar yang di bawa oleh Kerajaan dalam pembinaan negara Rahmah iaitu Rahmatan Lil Alamin, Pendekatan Maqasid Syariah dan Model Malaysia, tema Sambutan Maulidur Rasul SAW 1441H; “Negara Rahmah Ummah Sejahtera” dipilih bertepatan dengan Islam yang rahmah, mengajak manusia untuk saling
hormat menghormati, berkasih sayang, bertoleransi, saling memaafkan dan bersifat belas kasihan.
Saya yakin dengan penganjuran Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1441H/ 2019M akan memberi kesan yang amat positif dalam semua aspek kehidupan, sejajar dengan ajaran Islam dan Sunah Rasulnya. Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1441H/2019M. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang diberikan bagi menjayakan majlis ini diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah SWT.
Sekian, wassalam.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
12
Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan
Tahun 1441H/2019M
A lhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat kurniaan-Nya, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, ahli
keluarga dan para sahabat Baginda.
Firman Allah SWT dalam surah a-li ‘Imran ayat 144 yang bermaksud:
“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)?. Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)”. 3
3 Surah a-li 'Imran:144, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Ayat di atas diturunkan selepas berlakunya perang Uhud dan ia menjadi muqaddimah dan persiapan untuk menghadapi kewafatan Rasulullah SAW. Ayat ini mengingatkan kita bahawa risalah dakwah Islam tidak boleh berhenti dengan wafatnya Rasul dan usaha untuk menyebarluaskan agama perlu diteruskan dalam setiap hela nafas seorang yang bergelar Muslim.
Oleh kerana perasaan kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW inilah, maka pada setiap tahun JAKIM menggalas amanah mengurus acara sambutan ini dengan tujuan menyeru masyarakat untuk menghayati dan membudayakan akhlak dan budi Rasulullah SAW serta meneruskan agenda melebar risalah menyantuni ummah yang di bawa oleh Baginda SAW.
Bagi memperkukuh agenda dakwah ini, pihak kerajaan melalui YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memperkenalkan pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin yang
Sambutan MaulidurRasul SAW Peringkat Kebangsaan 2019
13
diterjemahkan melalui gagasan Negara Rahmah.
Di kesempatan ini, saya merafak sembah kesyukuran atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku berdua me