KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan...

16

Transcript of KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan...

Page 1: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi
Page 2: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka minum kopi. Namun tanpa disedari, mereka mungkin memberi anak mereka minuman yang mengandung kafein seperti minuman tenaga.

Makanan dan minuman yang mengandungi kafein memang banyak ditemui di pasaran. Justeru, pengambilan kafein untuk kanak-kanak perlu dikawal, seelok-eloknya pada tahap minimum.

Negara maju, seperti Amerika Syarikat, masih tidak mempunyai garis panduan mengenai pengambilan kafein untuk kanak-kanak. Namun, garis panduan yang dikeluarkan di Kanada menyarankan kanak-kanak prasekolah mengambil kafein kurang daripada 45 miligram (mg) sehari.

Menurut satu laporan kajian pakar-pakar penyelidik di Australia, mereka menyarankan supaya amaran kesihatan dinyatakan pada label dan iklan minuman bertenaga yang mengandungi kafein. Ini berikutan daripada peningkatan pengguna yang menghadapi masalah kesihatan selepas mengambil minuman tersebut secara berterusan. Menurut laporan tersebut, satu tin minuman bertenaga boleh mengandungi sehingga 300 mg kafein berbanding dengan kopi yang secara purata mengandungi antara 65mg sehingga 130mg kafein. Di Malaysia, kandungan kafein dalam makanan

PenasihatY.Bhg Datuk Marimuthu NadasonPresiden, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

Ketua Sidang PengarangMohd Yusof Abdul Rahman

Timbalan Ketua Sidang PengarangSiti Rahayu Zakaria

Sidang PengarangYu Kin Len, Pusat Penyelidikan dan Sumber PenggunaFoon Weng Lian, Forum Air Malaysia Mohana Priya, Persatuan Pengguna Standard MalaysiaBahagian Gerakan Kepenggunaan, KPDNKKBahagian Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

Sidang RedaksiGenerasi Pengguna merupakan terbitan usahasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan FOMCA. Ia diterbitkan setiap bulan khusus untuk Kelab Pengguna Sekolah. Edaran naskhah adalah percuma.

EditorGeNeRASi PeNGGuNANo 1D-1, Bangunan SKPPK, Jalan SS 9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 email : [email protected]

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanNo 13, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya. Laman web : www.kpdnkk.gov.my Hotline : 1-800-886-800 Tel : 03-8882 5500 Faks : 03-8882 5762

CetakanPercetakan Asas Jaya (M) Sdn BhdNo. 5B Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Jaya Selangor Darul ehsanBil. 7, Edisi Mac 2012

sebagai bahan perisa dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Peraturan 354 membenarkan penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi 200mg/liter. Selain itu, Peraturan 360 mengkehendaki sirap berperisa atau minuman berperisa yang telah ditambah kafein, hendaklah ditulis pada label produk tersebut suatu pernyataan tentang adanya kafein dalam produk tersebut.

Kesan kafein kepada kanak-kanakKafein adalah bahan semula jadi yang dikeluarkan daripada bahagian daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan untuk ditambah dalam makanan tertentu.

Semasa

Kanak-Kanak Dan Minuman Berkafein

2 •

Page 3: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Kafein bertindak serupa kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa, iaitu merangsang sistem saraf utama. Pada tahap yang lebih rendah, ia membuatkan seseorang yang mengambil minuman berkafein itu berasa lebih peka dan cergas.

Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang berasa gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Bagi kanak-kanak pula, pengambilan yang sedikit boleh menimbulkan kesan seperti berikut: -• Pengambilankafeindalamkalangankanak-kanak

juga harus dihadkan kerana ia boleh meningkatkan risiko kegemukan melampau sebanyak 60 peratus, misalnya dengan mengambil 355 mililiter minuman ringan sehari.

• Kanak-kanak yang terlalu banyakmengambilminuman ringan mungkin kurang mendapat khasiat seperti kalsium yang diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat.

• Kafeinbersifatdiuretikyangmenyebabkan tubuhmenyingkirkan air (menerusi pembuangan air kencing). Sungguhpun jumlah pengambilan kafein boleh menyebabkan kehilangan air dalam tubuh masih belum dapat dipastikan, namun sebagai langkah berjaga-jaga, elak pengambilan kafein berlebihan dalam cuaca panas.

• Antaramakananyangmengandungikafeintermasukkopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan yang melegakan kesakitan.

• Teh ais bukan sajamengandungi banyak gula,

Semasa

malah terdapat kafein, sama seperti minuman ringan. Pilihan minuman yang lebih baik untuk kanak-kanak seperti air kosong, susu atau 100 peratus jus buah-buahan.

Ketagihan KafienKetagihan kafein merujuk kepada jumlah kafein yang diambil dan memberi kesan yang berbeza kepada setiap individu. Secara purata, orang yang mengambil kafienyangsedikit,kurangmendapatkesanketagihanberbandingorangyangkerapmengambilkafien.

Orangyangseringmengambilminumanberkafienperlumengurangkan pengambilannya agar tidak menjadi ketagihanyangmelampau.Ketagihanterhadapkafiensemakin bertambah dan meningkat, sekiranya kanak-kanakmengambilkafiensecarakerapdanberlebihan.Oleh kerana kafien tidak disimpandalambadandankeluar melalui air kencing dalam tempoh sehingga 6 jam, berkemungkinan kanak-kanak akan merasai kesan akibat daripadapengambilanminumankafientersebut.

Mengurangkan KafeinAdakah anda boleh memastikan bahawa anak-anak anda bebas daripada minuman berkafein? Sudah tentu boleh! Cara terbaik untuk mengurangkan kafein (dan gula tambahan) adalah menggantikan dengan air kosong, susu atau minuman yang mengandungi 100% peratus jus buah-buahan. Sekali sekala anda boleh menyediakan teh. Namun begitu, pastikan anda membaca label dan ramuan untuk memastikan ia “noncaffeinated” atau kurangmengandungikafien.

Sekiranya anak atau remaja telah biasa mengambil kopi, terutama bertujuan untuk kekal cergas sehingga lewat malam bagi mengulang kaji pelajaran, ia boleh menyebabkan anak remaja ini akan cepat ketagih kepada kafien.Langkah terbaikbagimenghindarimasalah iniialah, dengan mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Ini kerana akibat daripada pengambilan minumanberkafienini,kanak-kanakdanremajamudahmendapat sakit kepala dan merasa tertekan. Oleh itu, cuba kenal pasti berapa banyakminuman berkafienyang anak anda perlukan dan gantikan kepada minuman alternatif yang bebas kafein di bawah paras 100 mg.

Pada peringkat permulaan, individu yang cuba mengurangkan pengambilan kafein mungkin akan berasa letih. Jangan bimbang kerana tahap tenaga akan kembali normal dalam masa beberapa hari.

Sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak dan remaja, anda bertanggungjawab untuk memastikan tahap kesihatan dan keselamatan makanan di rumah. Sentiasa pastikan andadananak-anakanakmengambilminumanberkafiensecara terkawal.

Adakah anda boleh memastikan bahawa anak-anak anda bebas daripada minuman berkafein?

• 3

Page 4: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Kepenggunaan

Menurut Wayne Ellwordlagi, “Kelahiran pergerakan pengguna adalah hasil daripada kepercayaan bahawa orang ramai perlu bersatu dalam sebuah kumpulan yang mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Mereka bukannya hendak berkongsi perbezaan yang ada pada diri mereka, tetapi mengeratkan kebersamaan mereka. Pengguna perlu membetulkan tanggapan sempit tentang istilah `pengguna’ dalam sistem pasaran dan berusaha untuk mewujudkan `pengguna’ dalam masyarakat biasa.”

3. Pengguna perlu berhemat dalam tindakan dan membuat keputusan. Mereka perlu bekerjasama dan menyumbang dalam perjuangan pergerakan pengguna.

Anwar Fazal, mantan presiden Consumers International, mengungkapkan kata-kata berikut: “Tindakanpenggunadalammembuat pembelianadalah untuk menyokong sesuatu model sistem ekonomi dan sosial, yang merujuk kepada kaedah pengeluaran sesuatu barangan. Kita perlu bersikap prihatin terhadap kualiti barangan dan mendapat keputusan daripada barangan tersebut. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh mengabaikan kaedah sesuatu barangan dikeluarkan – kesannya kepada alam sekitar dan keadaan tempat kerja. Kita perlu mempunyai perkaitan yang rapat dan bersikap bertanggungjawab terhadapnya.”

Pengguna merupakan komponen penting dalam masyarakat. Oleh itu, pengguna tidak boleh mengasingkan diri daripada masyarakat. Sebarang tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengguna akan memberi kesan kepada masyarakat keseluruhannya.

Apakah kesan tindakan pengguna terhadap masyarakat?

1. Pengguna perlu menyedari bahawa tindakan yang dilakukan olehnya yang boleh memberi kesan kepada orang lain dan masyarakat secara umumnya. Kesedaran seperti ini hendaklah dijadikan sebagai prinsip utama dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.

Wayne Ellword, penulis buku “Generating Power: A Guide to Consumer Organizing”, menyebutkan, “Pengguna diibaratkan sebagai mesin tanpa identiti, manusia satu dimensi yang akan menyerap butir-butir kecil yang dikeluarkan tanpa henti oleh mesin dalam kilang.”

2. Pengguna perlu bersedia untuk mengubah tanggapan daripada negatif kepada tanggapan yang posit i f . Oleh i tu , pengguna per lu bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan berdasarkan pilihan yang sedia ada. Peranan pergerakan pengguna adalah untuk membantu pengguna mengubah perspektif mereka.

Falsafah Tindakan Pengguna

4 •

Page 5: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Kepenggunaan

4. Pengguna per lu memast ikan bahawa pembeliannya terhadap suatu barangan akan memberi sumbangan ke arah keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan model ekonomi dan sosial yang berpusat dan mampan.

Penggunaan tenaga buruh dengan kos yang rendah dan keadaan tempat kerja yang tidak mengambil kira kebajikan pekerjaan kian berleluasa. Pengguna perlu menolak pengeluaran sesuatu barangan yang mengamalkan kaedah pengeluaran seperti ini. Begitu juga, pengguna perlu menyedari kesan penggunaan bahan kimia atau racun serangga yang boleh memberi kesan buruk kepada rangkaian makanan dan sumber air.

Nilai yang perlu dipupuk oleh pengguna

• Nilaiuntukwang Tanpamengiraapajuabentukpekerjaanseseorang,

sama ada profesional, peniaga, pekebun dan sebagainya, akan memperoleh pendapatan hasil daripada kerja kerasnya. Oleh itu, pendapatan tersebut memberikan mereka kuasa pengguna yang mencukupi. Dengan perkataan lain, pendapatan itu perlu mempunyai nilai wang.

• Nilaiuntukmanusia Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, anda

hendaklah memastikan bahawa corak penggunaan anda tidak menyumbang kepada eksploitasi terhadap nilai-nilai kemanusiaan. Contohnya, sekiranya pengeluar menggunakan tenaga buruh di bawah umur, atau menggambarkan wanita sebagai simbol seks dalam pengiklanan mereka, maka pengguna perlu memboikot barangan itu dan tidak menggunakannya. Dengan bertindak sedemikian, anda menunjukkan bahawa sesuatu barangan perlu mempunyai nilai untuk manusia dalam pengeluaran, penjualan dan penggunaan sesuatu barangan dan perkhidmatan.

• Nilaiuntukpersekitaran Nilai untuk persekitaran merupakan sebagai

prasyarat dalam sistem putaran hidup ini untuk berfungsi secara berterusan. Manusia boleh menyumbang kepada pembangunan mampan sekiranya mereka semakin sedar bahawa mereka adalah punca kepada masalah degradasi alam sekitar. Sekiranya anda sedar dan dapat mengubah diri untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada penyelesaian, maka anda boleh memastikan nilai untuk persekitaran itu.

• Nilaiuntukdemokrasi Semua pengguna adalah ahli dalam masyarakat

sivil. Masyarakat sivil adalah masyarakat primer yang pada asalnya mewujudkan konsep `kedaulatan’. Sebagai ahli masyarakat juga, pengguna memberi mandat kepada ahli dalam masyarakat sivil melalui proses pengundian untuk memilih pemerintah. Kerajaan dalam negara demokrasi merupakan hamba kepada rakyatnya. Warganegara sebagai pengguna mempunyai hak terhadap perkhidmatan kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan boleh dipertanggungjawabkan. Peranan pengguna adalah untuk memastikan demokrasi adalah tanggungjawab bersepadu warganegara. Nilai demokrasi akan berlaku jika pengguna sebagai warganegara memainkan peranannya dengan penuh tanggungjawab.

• Nilaiuntukkeadilan Nilai peradaban manusia pada realitinya bergantung

pada kewujudan peraturan, undang-undang, keadilan dan keamanan. Pengguna melalui peranannya sebagai pengguna dan warganegara, mempunyai tanggungjawab bagi memastikan keadilan, bukan sahaja untuk pengguna, tetapi juga untuk peniaga, pelabur dan pihak lain yang terlibat dalam sistem sosial dan ekonomi.

“Pengguna perlu berhemat dalam tindakan dan membuat keputusan.”

• 5

Page 6: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Standard

KesatuanTelekomunikasiAntarabangsa (International Telecommunication Union,ITU)merupakanorganisasiantarabangsa yang di tubuhkan untuk tu juan pembangunan standard serta mengawal radio dan telekomunikasi antarabangsa.

FungsiutamaITUadalahuntukstandardisasi,peruntukanspektrum radio, menguruskan aturan saling-berhubungan di antara negara untuk membolehkan panggilan telefon antarabangsadibuat.ITUjugaadalahsalahsatuagensiyang khusus di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).ITUberpusatdiGeneva,Switzerland.

Standard antarabangsa yang diasaskan oleh ITUdipanggil “Recommendations” bermaksud standard antarabangsa. Ia ditulis dengan huruf besar `R’ untuk membezakannya daripada perkataan “recommendation” yang memberi maksud cadangan.

Standard yang dibangunkan oleh ITU lebih diberikeutamaan dan dipercayai di arena antarabangsa berbandingorganisasilainyangmenerbitkanspesifikasiteknikal dalam bidang yang sama.

Tiga Sektor ITU dan Aktiviti Pembangunan Standard

ITUterdiridaripadatigasektor:-• Radiokomunikasi (Radiocommunication)(ITU-R)• StandardisasiTelekomunikasi (Telecommunication

Standardization)(ITU-T)• PembangunanTelekomunikasi(Telecommunication

Development)(ITU-D)

Aktiviti mereka merangkumi semua aspek telekomunikasi, bermula daripada menetapkan standard sehingga menerima-guna prosedur operasi, bagi perkhidmatan “tanpa wayar” (wireless) dan mereka cipta program bagi meningkatkan infrastruktur telekomunikasi untuk dunia yang pesat membangun.

Setiap sektor ITU bekerjamelalui persidangan danmesyuarat, yang ahli-ahli akan berunding untuk mencapai persetujuan. Persetujuan ini akan menjadi asas bagi operasi perkhidmatan telekomunikasi secara global.

ITU-R akan menggariskan ciri-cir i sistem danperkhidmatan tanpa wayar (wireless) darat dan yang berasaskan ruang (space-based) serta membangunkan prosedur operasi. ITU-R jugamenjalankan kajianteknikal penting, Kajian ini digunakan sebagai asas bagi keputusan yang diambil tentang pengawalan, di persidangan-persidangan radio komunikasi.

DiITU-T,pakar-pakarmenyediakanspesifikasiteknikalbagi sistem telekomunikasi, rangkaian dan perkhidmatan, termasukoperasi,prestasidanpenyelenggaraan.ITU-Rjuga menentukan prinsip-prinsip bagi tarif dan kaedah-kaedah akaun yang boleh digunakan untuk memberikan perkhidmatan antarabangsa.

Pakar-pakar ITU-D bertumpu pada penyediaancadangan, pendapat, garis panduan, buku panduan, manual dan laporan. Semua ini akan memberi maklumat tentang “amalan baik” (best practices) bagi banyak isu dan pembangunan strategi dan dasar hingga ke pengurusan rangkaian kepada pihak-pihak yang membuat keputusan di negara-negara membangun.

Keahlian ITU

KeahlianITUterbukakepadakerajaan-kerajaanyangbolehmenyertai ITU sebagai negaraahli(member state). Keahlian juga terbuka kepada pihak swasta seperti pembekal, pengeluar peralatan, badan pemberi dana, organisasi yang menjalankan kajian dan pembangunan dan organisasi komunikasi antarabangsa dan serantau. Mereka boleh menjadi ahli sektor di dalamITU.

Malays ia ada lah negara ahli melalui p e n y e r t a a n S u r u h a n j a y a K o m u n i k a s i d a n Multimedia (MCMC) yang t e r l e tak d i bawah Kementerian P e n e r a n g a n , Komunikasi dan Kebudayaan.

Rakan Kerja ISO –Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)

6 •

Page 7: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Amalan 3R iaitu pengurangan (reduce), kitar semula (recycle) dan penggunaan semula (reuse) adalah istilah yang sinonim dan sering dibincangkan oleh para pendidik, ketua komuniti, media massa dan pihak berkuasa tempatan. Namun, bagaimanakah pendekatan istilah diguna pakai oleh pengguna, terutama para pelajar disekolahmahupunInstitutPengajianTinggi?Konsep3R perlu difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian agar ia sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pengurangan kesan pemanasan global.

PENGURANGAN (REDUCE)

Langkahinidapatmengurangkanjumlahsampahyangdibuang oleh sesebuah kediaman dan membantu untuk mengenal pasti bahan-bahan yang boleh diguna semula atau dikitar semula.

Bagaimana untuk membeli dan mengguna?• Belibaranganyangperlusahaja.Janganmembeli

barangan yang jarang digunakan.• Beliprodukyangbolehdigunasemulasepertibotol

(kaca) dan bateri yang boleh dicas semula.• Bel i pencuci yang serba guna. In i akan

mengurangkan pelbagai jenis pencuci untuk setiap satu kegunaan.

• Jualdandermakanbaranganyangtidakdigunakan.Ini dapat mengelakkan pelupusan barangan itu selepas satu jangka masa yang panjang.

• Beliproduktidakmengandungitoksik.Kebanyakanproduk toksik seperti minyak enjin dan racun serangga tidak boleh diguna semula.Gunakansehingga habis apabila menggunakan produk yang bertoksik sebelum membuang bekasnya.

• Gunakan bahan alternatif untukmenggantikanbahan berbahaya. Cuci menggunakan soda dan cuka atau minyak zaitun bersama-sama lemon adalah pengilap perabot yang baik.

GUNA SEMULA (REUSE)

Setelah mengurangkan pembelian barangan yang menghasilkan sampah, pengguna boleh mengurangkan sampah dengan mengguna semula bekas-bekas dan bahan-bahan lain.• Gunakan beg kain untukmembeli belah atau

melapik barangan di rumah.• Gunakansemulasampulsuratyanglamadengan

melekatkan alamat di atas alamat lama. • Bekassepertitindanbotolbolehdigunakanuntuk

menyimpan barangan.

Amalan 3R: Pengurangan, Guna Semula Dan Kitar Semula

Penggunaan Berhemat

• 7

Page 8: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Penggunaan Berhemat

• Kertasdankadbodbolehdigunakanuntukmelapikbarangan.

• Baju-baju dan langsir lama boleh dijadikan alaskusyen, alas meja dan kain perca.

• Foildanbekastelurbolehdiberikankepadasekolahuntuk kelas seni.

• Tayarlamabolehdiberikankepadakedaitayaruntukdikitar semula.

• Kayulamabolehdijadikanbahankraftangan.

Tip-tip• Baranganelektrik,bajudanbuku-bukulamayang

masih boleh digunakan boleh didermakan kepada sekolah atau pusat komuniti.

• Menjualbaranganyangmasihdalamkeadaanbaikdengan harga murah

• Tongkomposbolehdigunakanuntukmenukarkanbahan-bahan seperti sayur yang dibuang kulit telur. Hasilnya boleh menjadi baja untuk tanaman.

• Rumputyangdipotongbolehdibiarkanmereputdanmenjadi baja tanaman.

KITAR SEMULA (RECYCLE)

Kitar semula di rumah• Sentiasamemikirkan danmelihat bahan-bahan

yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, logam, kaca, perabot, barangan elektronik, bahan binaan dan kenderaan

• Beliprodukyangmenggunakanlabelkitarsemulaseperti ekolabel yang terdapat pada barangan tersebut.

• Janganmembeli barangan yangmengandungibahan berbahaya kerana ia sukar dikitar semula.

• Gunakansebaik-baiknya tongkitarsemulauntukmembuang bahan-bahan kitar semula.

Kitar semula di laman rumah• Mengitar semula sampah-sampah kebun dan

menanam pokok, boleh memelihara alam di laman.

• Mengkompos adalah cara terbaik untukmengurangkan sisa dapur.

• Mengitarsemularumputmerupakancararingkasuntuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan reput.

Kitar semula di sesebuah komuniti• Pusatkitarsemula:memberiruangdankemudahan

kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.

• Sekolahdanpusatperniagaan:bolehmemainkanperanan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.

• Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktivitiuntuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti kitar semula.

• Pemberianinsentifolehpeniagajikamemberikanbahan-bahan untuk dikitar semula.

“Mengitar semula sampah-sampah kebun dan menanam

pokok, boleh memelihara alam di laman.”

8 •

Page 9: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Pengurusan kewangan peribadi adalah aktiviti yang perlu diamalkan oleh setiap individu, sama ada sebagai seorang pelajar, mahasiswa, pekerja swasta, kakitangan awam, bujang mahupun yang telah mempunyai keluarga.

Pengurusan kewangan ini bertujuan untuk mengurus kedudukan ekonomi seseorang individu bagi menentukan perkara-perkara yang ingin dilakukan, seperti keputusan untuk melanjutkan pelajaran, membeli aset seperti rumah/kereta, berkahwin, membuat pelaburan dan merancang pelan persaraan.

Bagaimana untuk merancang kewangan?

Anda perlu merancang perbelanjaan harian dan catatkan perbelanjaan wang anda. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh membantu anda membuat pengurusan kewangan:-

• Menetapkan Matlamat Kewangan Anda

Tentukan apakah perkara yang andaakan buat dengan wang tersebut. Contoh: ingin membeli set alat tulis, komputer riba dan sebagainya.

• RancangPerbelanjaanAnda Kira berapakah jumlah wang yang perlu

anda simpan daripada wang saku/wang tajaan/wang pemberian ibubapa.

• CatatPerbelanjaanHarianAnda Anda catatkan jumlah perbelanjaan

harian dan perkara yang anda lakukan dengan wang dalam buku kecil.

• BelanjadenganBijak Anda perlu menentukan untuk berbelanja

kepada barangan keperluan atau kehendak.

• MenyimpanWangdiBank Simpan wang anda di bank setiap bulan

dan sentiasa mengemaskini maklumat simpanan anda.

Untukmencapaiperancangankewanganini,andaperluberdisiplindansentiasaberfikiranpositifterhadapsetiapperkara yang anda lakukan. Namun begitu, anda tidak dapat lari daripada dipengaruhi oleh rakan, persekitaran dan gaya hidup masa kini yang menginginkan anda melebihi daripada rakan sebaya yang lain.Untuk itu,

Kewangan

Pengurusan Kewangan

Peribadi“Pengurusan kewangan

ini bertujuan untuk mengurus kedudukan

ekonomi seseorang individu bagi

menentukan perkara-perkara yang ingin

dilakukan...”

• 9

Page 10: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Kewangan

anda perlu memastikan perbelanjaan anda haruslah berdasarkan keperluan.

Hidup mengikut keperluan dan kehendak

Perlu diingatkan bahawa keperluan bagi setiap diri seseorang itu adalah berbeza berdasarkan pendapatan. Maka untuk menentukan keperluan diri, anda perlu mengukur di baju sendiri.

Keperluan adalah sesuatu yang anda perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Sementara kehendak pula adalah sesuatu yang anda inginkan, tetapi tidak semestinya perlu.

Berikut adalah beberapa contoh barangan keperluan dan kehendak:

Keperluan KehendakMakan di gerai Makan di restoran mewahTelefonbimbit TelefonbimbityangcanggihKomputer riba Komputer riba yang terkini

Pakaian Pakaian berjenama

Perubahan masa turut membuatkan kehendak seseorang pada hari ini mungkin akan menjadi keperluan baginya pada masa hadapan. Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah suatu keperluan pada 25 tahun yang lalu. Kini, telefon bimbit adalah merupakan suatu keperluan dan bukannya kehendak.Apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dan canggih, anda sebenarnya menjadikan keperluan kepada kehendak.

Keputusan yang dibuat antara keperluan dan kehendak akan memberi kesan yang ketara terhadap perbelanjaan anda.

Bagaimana anda menangguhkan kehendak?

Menangguhkan kehendak bermaksud anda menangguhkan keinginan anda kepada suatu masa yang lain. Anda perlu sentiasa memikirkan matlamat kewangan anda sebelum membuat keputusan membeli sesuatu. Hidup mengikut kemampuan memerlukan anda belajarmengatakan “Tidak!” kepada sesuatuperbelanjaan yang tidak diperlukan. Cari pengganti lain bagi keperluan dan kehendak anda, terutamanya jika ia di luar bajet anda.

Fikirkan soalan-soalan berikut sebelum anda berbelanja?• Perlukah sayamembeli kereta baharu?Atau

mempertimbangkan untuk membeli kereta terpakai?

• Jikasayainginmembelitelefonbimbitatausetteaterrumah? Adalah memadai jika saya membeli jenis yang biasa?

• Sekiranya saya inginkan pakaian berjenama,adakah saya melihat kepada pakaian berkualiti yang harganya lebih berpatutan?

Pengurusan kewangan merupakan satu proses yang dinamik yang memerlukan semakan dan penilaian berterusan, agar anda dapat mengawal kedudukan kewangan anda. Pengurusan kewangan yang persis dan tepat mampu memastikan anda mengecapi matlamat kewangan yang diingini.

Apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dan canggih, anda sebenarnya menjadikan keperluan kepada kehendak.

10 •

Page 11: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Alam Sekitar

Terdapat7bilionorangyangmemerlukanmakanandiatas bumi pada hari ini. Dijangkakan pada tahun 2050, penduduk dunia akan bertambah kepada 2 bilion lagi. Statistik ini menunjukkan bahawa setiap orang minum sebanyak 2 liter hingga 4 liter air setiap hari. Namun, air juga digunakan dalam makanan yang dimakan pada setiap hari. Contohnya, bagi setiap satu kilogram daging, ia memerlukan 15,000 liter air, manakala satu kilogram gandum pula menggunakan 1,500 liter air.

Apabila penduduk dunia kian bertambah, masalah penduduk yang mengalami kebuluran dan sumber air bersih semakin meruncing. Oleh itu, tindakan segera perlu dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian. Dalam menghadapi pertambahan penduduk, perlu juga jaminan kepada makanan yang berkhasiat kepada semua orang. Contohnya seperti berikut:• Makanmakananyangmemerlukanjumlahairyang

lebih sedikit dalam proses penyediaan makanan.• Mengurangkan pembaziran makanan – ini

disebabkan 30% daripada jumlah makanan yang dihasilkan di dunia ini tidak dimakan. Ini menyebabkan jumlah air yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut juga telah dibazirkan.

• Menghasilkan lebih banyakmakanan berkualitidengan menggunakan air yang sedikit.

• Mengamalkandietmakananyangsihat.• Dalam rantaian pengeluaranmakanan, daripada

pengeluar hingga pengguna, terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan air dan memastikan makanan dapat

dinikmati oleh semua orang.

Tahukah anda….?Roti (1 Keping) = 40 L Bijirin (40g) = 130 L

Susu (1 Gelas) = 200 L Jus Oren (1 Gelas) = 170 L

Teh (1 Cawan) = 30 L Kopi (1 Cawan ) = 140 L

Gula (1 Ketul) = 10.5 L Tebu (1 Kg) = 1500 L

Daun Salad (1 Kg) = 130 L Keju (1 Keping) = 250 L

Epal (1 Biji) = 70 L Oren (1 Biji) = 50 L

Tomato (1 Biji) = 8 L Jus Epal (1 Gelas) = 190 L

Telur (1) = 135 L Pisang (1) = 80 L

Keju (1 Kg) = 5000 L Nasi (100g) = 140 L

Hampir 30% daripada makanan yang dihasilkan di dunia, iaitu hampir 1.3 bilion tan setiap tahun, telah dibazirkan atau hilang. Dalam kebanyakan negara membangun, sebahagian besar pengeluaran telah hilang di antara tanah peladang dan pasaran yang disebabkan oleh sistem penyimpanan dan kemudahan pengangkutan yang lemah. Di negara-negara maju pula, makanan yang telah dibazirkan oleh pengguna tanpa disedari ataupun tiada keprihatinan terhadap sumber yang diperlukan untuk menghasilkan makanan. Cara pengambilan pemakanan yang berlebihan juga menyebabkan pembaziran dan boleh menyebabkan penyakit, ia seterusnya boleh meningkatkan kos kesihatan.

Perubahan terhadap sikap pengguna berkenaan isu ini mesti dilakukan kerana pembaziran yang dapat dikurangkan bermaksud pengurangan keperluan air untuk menghasilkan makanan.

Hari Air Sedunia 2012: Air Dan Jaminan Makanan

• 11

Page 12: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Kesihatan

Kebersihan individu dan tempat tinggal adalah penting dalam amalan kesihatan seseorang. Seseorang yang sihat hendaklah menjaga kebersihan diri sendiri dan tempat tinggal. Ini bertujuan untuk menghindari daripada kuman-kuman yang menjadi punca pembawa penyakit.

Membersihkan badan seperti mencuci rambut adalah amalan asas bagi menjaga kebersihan diri. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh amalan tidak mementingkan penjagaan diri adalah seperti berikut:• Keracunanmakanan• Jangkitancacing• Jangkitankutu• Kudisbuta• Penyakit-penyakitkulitsepertikurapdanpanau.

Untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakittersebut, anda perlulah melakukan amalan penjagaan kesihatan diri:

• Kerap membasuh tangan Mencuci tangan adalah satu amalan yang mudah,

tetapi sangat penting untuk kebersihan dan kesihatan diri. Amalan ini boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. Ini disebabkan tangan yang kotor turut membawa kuman-kuman pada kulit, celah-celah jari dan di bawah kuku.

Penyakit-penyakit bawaan makanan dan air berpunca daripada tangan yang kotor. Tanganyang kotor boleh memindahkan kuman-kuman serta telur cacing kepada makanan dan minuman. Akibatnya, seseorang itu boleh menghidap penyakit seperti keracunan makanan, taun dan demam

kepialu(Tifoid).Selainitu,tangankotorjugabolehmenyebabkan penyakit seperti penyakit kulit dan kudis buta.

Basuh tangan anda:• Sebelumdanselepasmakan.• Sebelum menyedia dan menghidang

makanan.• Selepasketandas.• Selepasmenyentuhsampahataukotoran.

• Menjaga kebersihan kuku Kuku tangan dan kuku kaki yang panjang boleh

mengumpul kotoran dan menjadi tempat pembiakan kuman.Penyakit yang berkaitan dengan kuku yang kotor:• Jangkitancacing.• Jangkitankuku.• Penyakitkulit.• Keracunanmakanan.

• Mandi Mandi pada setiap hari adalah penting untuk

membersihkan badan daripada peluh, kotoran dan kuman. Mandilah dengan menggunakan air bersih dan sabun.Gosok setiap bahagianbadanuntukmenanggalkan kotoran dan daki. Selepas mandi, keringkan badan dengan tuala yang bersih dan pakailah pakaian yang bersih.

• Membasuh rambut Rambut perlu dijaga supaya kelihatan bersih dan

kemas. Rambut yang kotor boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan kutu. Rambut perlu dicuci dengan syampu semasa mandi dan dibilas dengan air yang bersih.

Kebersihan Individu Dan Tempat Kediaman Yang Bersih Dan Selamat

12 •

Page 13: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Kesihatan

Sudut aktiviti

Aktiviti 1: XPLO-School

Cara Pelaksanaan1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa

kumpulan kecil. 2. Guru bertanggungjawabuntukmenentukan

tempat-tempat untuk pemeriksaan tahap kebersihan oleh murid-murid.

3. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat pemeriksaan kebersihan di tempat-tempat yang telah ditentukan oleh guru. Contohnya, tandas, kantin, padang dan kelas.

4. Setelah pemeriksaan, setiap kumpulan perlu membuat laporan kepada guru.

5. Gurubersama-samakumpulanakanmembuatpemeriksaan semula di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh kumpulan.

6. Gurumembuatsemakanjawapankumpulandan memberi ulasan kepada jawapan yang diberikan.

Sumber• Senarai semak (bolehmuat turun daripada

ht tp : / /www.drmuda.gov.my/GP/BBM_lembaranKerja.html)

• Pencil• Pemadam

Masa• 1jam

Penilaian• Semakanjawapanaktiviti• Soaljawab

Rujukan: Kelab Doktor Muda

• Menukar pakaian Pakaian perlu ditukar setiap hari demi kebersihan

dan imej diri. Pakaian yang kotor dan berbau busuk menggalakkan pembiakan pelbagai jenis kuman yangbolehmenyebabkanpenyakitkulit.Tukarlahpakaian selepas mandi.

Selain daripada badan yang bersih, anda juga perlu menjaga kebersihan rumah dan sekolah. Adalah penting untuk menjaga kebersihan di persekitaran sekolah dan rumah bagi mencegah penyakit-penyakit yang terjadi akibat daripada persekitaran yang kurang bersih.Kebersihan persekitaran adalah penting untuk: • Mencegahpenyakit.• Mengelakkandaripadabaubusukdankeadaan

yang tidak selesa. • Menjadikan persekitaran sentiasa ceria dan

selesa.• Merangsangmurid untukmemberi tumpuan

terhadap pelajaran.

Antara penyakit-penyakit utama yang terjadi akibat daripada persekitaran yang tidak dijaga:• DemamDenggi–akibatpembiakannyamuk

Aedes.• Taun dan HepatitisA – akibat daripada

pembiakan lalat, lipas dan tikus.• DemamKepialu (Tifoid) – akibat daripada

pembiakan lalat, lipas dan tikus.

Amalan penjagaan kebersihan persekitaran di sekolah dan di rumah• Sediakantongsampah.• Buangsampahkedalamtongsampah.• Tidakmembuangsampahmerata-rata.• Menanam pokok-pokok bagi mewujudkan

suasana hijau.

Cara-cara Pelupusan Sampah Yang Sesuai• Menanam• Kitarsemula–membuangsampahkedalamtong

sampah kitar semula secara berasingan mengikut bahan yang ditetapkan.

• 13

Page 14: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

LATAR BELAKANG

• GerakanPenggunaSiswa(GPS),yangdahulunyadikenali sebagai Kelab Pengguna Institusi Pengajian Tinggi,merupakan suatu entiti kumpulan yangberstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yangmempunyaiminat dan kecenderunganyang sama. Ia bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan.

• GPS ditubuhkan bersesuaian dengan misiKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu memacu negara ke arah mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai pengguna serta masyarakat pengguna yang perkasa.

• Majlis Pelancaran GPS telah disempurnakandengan jayanya oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 16 November 2011bertempatdiDewanTunkuCanselor,UniversitiMalaya. Penjenamaan semula berkenaan turut melibatkanpemantapanGPSmelalui:a) PelancaranlogodanUniformGPSb) Bantuan kewangan sebanyak RM3,000 kepada

setiapGPS(GeranPenubuhan-RM1,000danGeranMelaksanakanAktiviti–RM2,000)

c) Po r ta l GPS yang bo leh d i l aya r i d iwww.1pengguna.com/gps

• Sehinggakini,sebanyak125GPStelahditubuhkandi Institusi PengajianTinggiAwamdanSwastaseluruh negara.

Gerakan Pengguna Siswa (GPS)

OBJEKTIF

• Membentuk kumpulan pengguna generasi baruyang bijak, rasional dan bertanggungjawab supaya mahir dalam membuat keputusan pembelian barangan dan perkhidmatan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti harga, kualiti, keselamatan, penggunaan sumber, pertimbangan ekologi dan keadaan ekonomi semasa.

• Mewujudkan gerakan kepenggunaan yangberinformasi, rasional, peka dan mempunyai semangat sukare lawan bag i membantu melindungi pengguna daripada segala bentuk penyelewengan.

• Membangunkan rangkaian kerjasama yangbesar, bersatu padu, komited dan proaktif dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepenggunaan yang menyumbang kepada peningkatan kesedaran serta pengetahuan kepenggunaan dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

KEAHLIAN

• KeahlianGPSadalahterbukakepadasemuapelajarInstitusiPengajianTinggiAwamdanSwastayangberminat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang bidang pengajian yang diceburi.

FAEDAH SEBAGAI AHLI

• Memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dankemahiran berkaitan isu-isu kepenggunaan semasa yang memberi manfaat yang besar kepada diri, rakan, ahli keluarga dan masyarakat.

Sudut Pengguna

Logo Gerakan Pengguna Siswa

14 •

Page 15: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Sudut Pengguna

• Berpeluangmenyertaidanmengendalikanpelbagaiprogram / aktiviti kepenggunaan yang menarik seperti lawatan sambil belajar, kembara pengguna, explorace pengguna, cabaran interaktif pengguna, latihan jurulatih kepenggunaan, seminar, forum, dialog dan banyak lagi.

• Memberisumbangankepadamasyarakatmelaluiperkongsian maklumat dan penglibatan dalam program/aktiviti kepenggunaan yang memberi impak kepada masyarakat.

STATISTIK PENUBUHAN GPS

• Bagi tahun2012,Kementerianmemberi sasaranuntukmenubuhkan sebanyak 140GPS di IPTseluruh Negara.

• Sehinggakinitelahterdapat125GPSdiIPTAdanIPTSseluruhNegara.BerikutmerupakanstatistikpenubuhanGPSseluruhMalaysiasehinggaMac2012.

Bil. Negeri/Wilayah

Persekutuan

Bilangan GPSIPTA IPTS

Dan Lain-Lain

Jumlah

1 Perlis 1 2 32 Kedah 2 6 83 Kelantan 4 7 114 Terengganu 4 14 185 Pulau Pinang 4 21 256 Perak 2 9 117 Pahang 2 2 48 Selangor 3 8 119 WP Kuala

Lumpur3 3 6

10 W.P. Putrajaya - - -11 Negeri

Sembilan2 6 8

12 Melaka 0 2 213 Johor 3 2 514 Sabah 2 2 415 Sarawak 2 4 616 W.P.Labuan 1 2 3

Jumlah 35 90 125

LOGO DAN UNIFORM GPS

KARYA KEPENGGUNAANKemukakan karya-karya menarik berkaitan kepenggunaan (dalam bentuk cerpen, pantun, sajak, gambar, berita, pandangan, komen, risalah, poster dan lain-lain) ke alamat berikut:

Bahagian Gerakan KepenggunaanKementerianPerdaganganDalamNegeri,Koperasi dan Kepenggunaan,Aras4,Lot2G3,Presint2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 PutrajayaTel :03-88825979Faks : 03-8882 5983E-mel : [email protected]

Pastikan setiap sumbangan karya disertakan nama, nombor kad pengenalan dan alamat penuh. Karya-karya bertuah yang tersiar dalam Buletin Generasi Pengguna akan memenangi hadiah misteri yang menarik!!

Uniform Gerakan Pengguna Siswa

• Tigawarnayangdipilih iaitubiru tua,merahdankuning adalah berteraskan kepada warna bendera Malaysia yang melambangkan maksud seperti berikut:

> Kuning melambangkan kedaulatan Raja Berpelembagaan, menghormati Demokrasi Berparlimen dan falsafah Rukun Negara.

> Biru tua melambangkan perpaduan dan keharmonian yang wujud antara pelajar berbilang kaum, agama dan budaya.

> Merah melambangkan keberanian, bersedia menghadapi cabaran, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan sentiasa mencari peluang untuk menambah ilmu pengetahuan.

• 15

Page 16: KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anakinfopengguna.com/1pengguna/uploads/files/buletin/GP7Mac2012.pdf · penggunaan kafein dalam minuman berperisa dalam kadar tidak melebihi

Sudut Pengguna

Gambar-Gambar Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Kebangsaan 2012

Ucaptama YB Menteri PDNKK dalam Persidangan GPS

Sesi Dialog YB Menteri PDNKKPelajar mengutarakan isu

Peserta Perwakilan GPS

Penyampaian Resolusi oleh Wakil GPS

YB Menteri beramah mesra dengan Perwakilan GPS

Menikmati Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) bersama warga kampus