Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunseling
-
Upload
ismail-liasra -
Category
Education
-
view
251 -
download
4
Embed Size (px)
Transcript of Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunseling

KE ARAH ISLAMISASI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KE ARAH ISLAMISASI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Ahmad M.Raba
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Abdul Halim Othman
Universiti Malaysia Sabah
Tiada sesiapa yang boleh menyangkal bahawa umat Islam kini sedang
menghadapi pelbagai cabaran, samada secara luaran mahupun dalaman. Kedua-
dua cabaran tersebut berkait rapat antara satu sama lain pada sebab dan akibatnya.
Tujuan penulisan ini tidaklah untuk memberi perhatian kepada cabaran yang
datang dari luar tetapi ia adalah untuk membicarakan aspek-aspek yang berkaitan
dalam konteks cabaran dalaman itu sendiri, yang mengikut pandangan kami adalah
merupakan elemen yang lebih penting berbanding cabaran yang datang dari luar.
Dalam konteks ini, persoalan utama kepada para cendekiawan, pendidik,
kaunselor dan penyelidik Islam yang perlu dijawab ialah bagaimana untuk
mengislamkan sesuatu disiplin ilmu terutamanya dalam ilmu sains sosial.
Setiap orang perlu mengakui bahawa dalam sistem pendidikan, seperti juga
ulama’ Islam kontemporari, para intelektual, pendidik, kaunselor dan penyelidik dari

kalangan orang Islam adalah berbeza latar belakangnya. Sesetengahnya daripada
mereka mempunyai pengetahuan Islam yang agak lemah dan ada diantara mereka
yang langsung mengabaikan sama sekali aspek-aspek yang terdapat dalam
Islam. Selain daripada dikalangan mereka mempunyai pengetahuan agama yang
dalam, namun kurang pula penguasaan dan pengetahuan mereka mengenai cabaran-
cabaran di zaman moden.
Perkembangan dan kemajuan umat Islam hanya akan membuahkan hasil jika
kita di pelbagai peringkat memainkan peranan masing-masing. Ia juga akan
bergantung kepada proses islamisasi falsafah-falsafah yang berkaitan, matlamat yang
ingin dicapai, teknik-teknik yang digunakan dan aplikasinya termasuk dalam segenap
aspek dalaman diri seseorang.
KONSEP ISLAMISASI
Maksud yang mudah bagi istilah “Islamisasi” ialah penyesuaian kepada
Islam khususnya penyesuaian terhadap ilmu pengetahuan moden, sains sosial dan
teknologi mengikut pendekatan Islam. Ia adalah untuk memperkenalkan segala bentuk
pengetahuan tersebut dengan cara atau melalui pendekatan yang dibawa oleh agama
Islam.
“Sebelum masyarakat Islam menjadi mundur dan ketinggalan, mereka telah Berjaya
membina disiplin, membentuk dan menjelaskan kerelavanan Islam, nilai-nilai dan
pandangan mengenai dunia kepada setiap orang daripada mereka dan mereka

mengintergrasikan kesemuanya dengan jayanya aspek-aspek utama ke dalam ilmu
pengetahuan Islam. Mereka telah membuat sumbangan yang bermakna kepada
semua bidang dan menggunakan secara berkesan dan berjaya pula
mengembangkannya.”
(Islamization of knowledge, 1982 IIIT,p.14)
Islamisasi ilmu pengetahuan adalah satu usaha yang dilakukan untuk
membentuk disiplin sains sosial selaras dengan visi Islam supaya ketamadunan Islam
dapat dihidupkan semula. Antaranya ialah dengan menulis semula ilmu pengetahuan
dan menyesuaikan semula penemuan kajian yang berkaitan mengikut kaca mata
Islam. Dalam erti kata lain, ini adalah satu cara untuk menjadikan ilmu dalam sains
sosial sebagai sebahagian cabang ilmu Islam yang tersebar dari tangan ketangan dan
ia akan diperkenalkan dalam semua aspek ilmu pengetahuan yang ada.
Dalam Islam, sebenarnya tiada wujud percanggahan antara intelektual dan
ilmu wahyu. Malahan penemuan-penemuan saintifik adalah selalu parallel dengan apa
yang dinyatakan didalam al-Ouran dan Hadis. Ini adalah kerana ilmu wahyu
berperanan dalam memandu, membimbing dan mendorong manusia untuk berfikir dan
memahami setiap perkara dan kejadian berdasarkan akal dan perasaan, belajar dari
pengalaman dan pemerhatian dan melaluinya manusia boleh membangunkan
kecemerlangan diri dalam kehidupan.

ISLAM DALAM TEKNOLOGI
Islam dalam teknologi pula merujuk kepada penggunaan mekanikal dan sains
gunaan sebagai cara untuk memperbaiki cara melaksanakan pengajaran Islam,
menggunakan teknologi moden dan memperkenalkan teknologi baru pada masa akan
datang yang dipelopori oleh orang Islam dan akhirnya untuk mengukuhkan iman
seseorang.
Adalah penting kepada umat Islam agar dapat merangka kerja bagi
memudahkan pemindahan teknologi kerana ia dianggap sebagai satu langkah untuk
menuju ke arah pembangunan teknologi dalam Islam dalam semua lapangan
ilmu. Penguasaan teknologi perlu dianggap sebagai sangat penting sebagaimana
pentingnya mengkaji Al-Quran itu sendiri dan teknologi itu adalah penting untuk
menjamin kelangsungan dan juga ketamadunan ummah.
“Dan sediakan untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan…..”(8:60)
Kita semua sedar akan kepentingan peranan teknologi masa kini dalam
peperangan dan memelihara keamanan sejagat. Islamisasi ilmu pengetahuan tidaklah
sepatutnya ditumpukan hanya kepada penyesuaian ilmu sains sosial itu sahaja tetapi
juga perlu dilakukan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan yang selari dengan Islam
kerana ilmu sains itu sendiri adalah berdasarkan kepada pemerhatian, eksperimen,
induksi dan juga ke atas teknologi sebagai instrument yang dicipta oleh manusia yang
digunakan untuk manusia mengikut pengajaran Islam.

Menurut Mustafa al-Nefar (1990), terdapat beberapa halangan dalam mencapai
matlamat islamisasi ilmu pengetahuan ini. Salah satu halangan adalah kerana ilmu
pengetahuan itu sendiri yang tidak dimanfaatkan oleh manusia khasnya dalam
mengukuhkan dimensi kemanusiaan sebaliknya ia disalahgunakan untuk mencabar
Allah Taala dengan melakukan kemungkaran dan kerosakan di muka
bumi. Tambahan, kebijaksanaan manusia hendaklah diikuti dengan mengakui dan
menerima hakikat dan keagungan Pencipta iaitu Allah Taala dan bukan untuk
melakukan penyekutuan tuhan di atas muka bumi ini. Justeru itu, islamisasi ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi bermaksud; “manusia itu hendaklah berada dalam
kesederhanaan dan tidak bersikap ekstrim dan juga mengakui akan keesaan Tuhan
dan tidak mengagungkan teknologi sebagai kuasa yang boleh menentukan
kehidupannya di muka bumi ini.
Seseorang itu mestilah mempunyai kefahaman yang jelas dalam membezakan
antara ayat-ayat suci yang merupakan wahyu dengan penemuan saintifik. Dalam hal
ini, orang Islam mesti menyakini akan kebenaran bahawa wahyu itu datangnya dari
Allah SWT dan pengetahuan dalam eksperimen adalah sebagai asas terhadap
pemerhatian dan pengalaman yang dilakukan oleh manusia.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING : ANTARA PERSPEKTIF ISLAM DAN
PANDANGAN BARAT
Matlamat dalam proses Islamisasi harus dimulai dalam sektor pendidikan
terlebih dahulu khususnya di peringkat institusi pengajian tinggi kerana peranannya
yang akan melahirkan pemimpin-pemimpin masa hadapan. Bimbingan dan kaunseling
juga perlu dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang memainkan peranan yang penting dan
perlu dilakukan islamisasi keatasnya agar peranan dan faedahnya dapat dimanfaatkan
khususnya pada orang Islam dan umumnya kepada orang lain.
KONSEP LINGUISTIK
‘Bimbingan’ mengikut bahasa Arab adalah ‘menunjukkan jalan’. Perkataan
‘Rashid’ pula adalah merujuk kepada orang yang terbimbing ke arah jalan yang benar
(orang yang mendapat petunjuk). Ia juga member makna: ‘bimbingan
kerohanian’. Perkataan ‘Rashad’ bermakna ‘untuk menjadi orang yang berada di jalan
yang benar’, (iaitu orang yang benar-benar terbimbing dan bukanlah kea rah orang
yang ‘dilaknati’)
Istilah ‘Rashid’ pula bermaksud orang yang benar-benar terbimbing, mengikut cara
yang betul dan mempunyai keyakinan dan keimanan yang benar (Cowan 1967). Dari
sumber yang sama, ia membawa kepada ‘khulafa-rashidun’ (khalifah yang terbimbing
sepenuhnya).
Bimbingan atau panduan dalam Al-Quran bermaksud petunjuk ke jalan yang
benar. Bimbingan dalam bahasa Inggeris pula bermakna “perbuatan, proses atau hasil

daripada bimbingan” – sesuatu yang dipandu. Dalam dunia pendidikan, bimbingan
dilihat sebagai satu proses menasihati pelajar-pelajar dan keluarga mereka.
Sebagai kesimpulan, konsep bimbingan dalam bahasa Arab dan bahasa
Inggeris adalah menunjukkan ke jalan yang benar (pengertian khusus) dan sesuatu
yang dipandu atau yang dibimbing (pengertian umum).
KONSEP KAUNSELING
Dalam bahasa Arab, perkataan ‘nasih’ (kaunselor) bermaksud kaunselor yang
baik dan penasihat yang ikhlas. Perkataan ini berasal dari perkataan ‘nasaha’ yang
bermaksud untuk memberi dengan ikhlas. Dalam bahasa Inggeris, perkataan
kaunseling bermaksud memberi nasihat kepada klien, memberi nasihat untuk kebaikan
klien. Kaunselor adalah orang yang memberi kaunseling, dan juga orang yang digelar
sebagai penasihat.
Dalam bahasa Arab juga, kaunseling bermakna “nasihat dengan ikhlas”,
sementara dalam bahasa Inggeris bermaksud untuk “memberi nasihat kepada
orang”. Pengertian yang pertama adalah lebih spesifik manakala yang kedua pula agak
umum.
“Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku(dengan patuh pada perintah-perintah-
Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan
betul”. (2:186).
“Jika kamu Nampak dari keadaan mereka telah matang dan berkebolehan…”(4:5).

“Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan ku
ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?” (18:66).
“Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah
bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.(18:10)
“Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan
Tuhanku akan memberiku petunjul kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada
ini”. (18:24).
“Maka sesungguhnya, ia telah berpegang pada simpulan (tali agama) yang teguh, yang
tidak akan putus (2:256)
“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi
tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap
ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang
membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka
melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah
kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya”.
(7:146).
“Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran
sebelum (Musa dan Harun)”.(21:51).
“(yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya”.
(72:2)
“..tetapi Allah menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu
indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan

kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai
kurnia dan nikmat dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
(49:7-8).
Dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran, kaunselor akan dapat mengetahui
jenis bimbingan yang perlu diberikan kepada klien: bimbingan yang betul ke arah
tingkahlaku yang betul.
Perkataan ‘nasha’ dan perkataan terbitan, ia disebut sebanyak
tigabelas kali di dalam enam surah.
“Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan
aku telah member nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang
member nasihat”. (7:79)
“Hai kaumku, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat
Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepadamu. Maka bagaimana aku akan
bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir?” (7:93)
“Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku member nasihat kepada
mu dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui” (7:62).
“Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak member nasihat kepada
kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu, Dia adalah Tuhanmu, dan kepada-
Nya-lah kamu dikembalikan”. (11:34)

Mereka berkata: “Wahai ayah kami, apa sebabnya kamu tidak mempercayai kami
terhadap Yusuf, padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang mengingini
kebaikan baginya”. (12:11)
“…keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang member
nasihat kepadamu”. (28:20)
“…………bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuha (taubat yang semurni-
murninya).(66:8)
Daripada ayat-ayat yang telah dinyatakan di atas, kaunselor Islam perlu
memberi bimbingan yang betul dan ikhlas. Ini adalah untuk memastikan klien membuat
pilihan yang betul dan dia boleh hidup bahagia di atas pilihan yang dilakukannya itu.
Konsep yang terdapat di dalam Al- Quran berhubung dengan bimbingan dan
kaunseling adalah sangat jelas dan semua menunjukkan bahawa ia perlu dipandang
mengikut kaca mata Islam dalam usaha untuk memberi perkhidmatan secara benar dan
ikhlas.
Kaunselor Islam dalam pada melaksanakan tugas berdasarkan kaedah Islam
perlu menjawab beberapa persoalan yang berikut. Antaranya;
Apakah ciri-ciri realiti?
Adakah terdapat perancangan besar terhadap alam semesta ini atau adakah ia berlaku
secara berkebetulan atau secara semulajadi?
Apakah kedudukan manusia dalam alam semesta?

Adakah manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab/. Apakah pula batasan-
batasan manusia?. Apakah hubungannya dengan orang lain?. Untuk diri sendiri?.
Apakah ciri-ciri keperluan yang diperlukan oleh manusia?.
Apakah bukti jika benar kita mengetahuinya?.
Adakah ia melibatkan pengetahuan dan tugas?.
Setakat mana kebebasan manusia?. Adakah kebebasan itu ontologi atau
ilusi?. Adakah semua yang berlaku itu adalah fenomena yang mempunyai tujuan atau
fenomena yang dirancang?.
Adakah matlamat yang perlu bagi masyarakat?. Bagi individu?. Adakah
tanggungjawab itu sebagai istilah yang
bermakna?.
(Beck,1963,p.96)
Dengan menjawab persoalan di atas, seorang kaunselor Islam akan
mempunyai konsep kehidupan dan pandangan tersendiri dalam memahami Islam
menurut Al-Quran dan Hadith.
KONSEP KAUNSELING DI DALAM AL QURAN

Perkataan “Rashada”, “Rushd” dan perkaan “rashid” telah disebut dalam Al
Quran sebanyak 19 kali dalam 11 bab (surah-surah). Perkataan yang bermaksud
bimbingan dan menunjukkan cara yang telah disebut di dalam surah adalah seperti
berikut:
“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),
bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran.” (2:186)
Musa berkata kepada Khidhr: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan
kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?” (18:66)
“(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu
mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi Mu dan
sempurnakanlah bagi kamu petunjuk yang lurus dalam urusa kami (ini)”(18:10)
..Kecuali (dengan menyebut): “Insua Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu
lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada
yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.” (18:24)
(yang) member petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.
Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorangpun dengan Tuhan kami
(72:2)

Dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran kaunselor akan dapat mengetahui
jenis bimbingan yang diberikan kepada klien : bimbingan yang betul ke arah tingkahlaku
yang betul.
Kami tidak mengunakan ayat-ayat Al Quran untuk mendakwa bahawa Al
Quran ada mengandungi ilmu tentang. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami
ketika kami memilih ayat-ayat ini. Maksud kami memilih ayat-ayat ini adalah
menyatakan kepada mereka yang mengambil berat tentang kaunseling Islam ialah
sebagai kaunselor, kita mesti megikuti panduan yang terkandung dalam Al Quran ketika
kami melaksanakan kerja-kerja profesional kami. Didalam Al-Quran secara tidak
langsung telah menyarankan bahawa seorang kaunselor Islam perlu mengikut nilai-nilai
moral dan mengikuti kod etika sebagai sebagai seorang kaunselor yang profesional.
Apa yang kita belajar daripada ayat-ayat sebelumnya dan dari Al-Quran dan Hadis
adalah keikhlasan ketika melaksanakan sesi kaunseling kepada klien kita dan apa yang
kita boleh lakukan untuk membantu klien untuk berjaya dalam mencapai matlamat
mereka tanpa mengabaikan asas agama dan nilai-nilai moral Islam. Kita
perlu menekankan bahawa seorang kaunselor Islam itu dijangka berupaya menjadi
model dalam melaksanakan kaunseling untuk semua aspek kerjaya. Semua kaunselor,
samada orang Islam atau bukan Islam, dia perlu mempunyai pengetahuan lengkap
mengenai sifat manusia. Itu adalah sebahagian daripada penyediaan saintifik yang
diperlukan untuk mereka yang terlibat dalam memberi perkhidmatan kepada manusia.
SIFAT MANUSIA

Islam mengajar umat Islam tentang asal usul manusia serta tentang objektif
penciptaan. Pandangan Islam adalah menyeluruh dan mencakupi semua aspek dalam
mengajar manusia tentang penciptaan alam semesta, kehidupan di bumi, manusia,
alam semulajadi hidup dalam kehidupan ini dan tentang kehidupan akan datang dan
sebagainya.
Apa yang penting kepada kaunselor Islam adalah untuk mengetahui sifat
manusia agar dengannya dapat membantu klien yang memerlukan bantuan dalam
sebahagian daripada kehidupan mereka. Islam menyebut mengenai permulaan
kehidupan manusia dan mengingatkan manusia tentang akhir tempoh sesebuah
kehidupan yang singkat dan bukan bertujuan untuk hidup selama-lamanya di bumi
ini. Sesungguhnya anak-anak Adam telah dicipta secara berperingkat bermula
daripada saripati air mani yang diperlukan untuk persenyawaan.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang
kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal
darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang
belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan
dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling
Baik”. (23:12-14)
Dengan mengetahui sifat-sifat manusia akan memberi kesan yang besar dalam
pemikiran manusia mengenai kewujudannya didunia dan siapakah yang membuat
manusia untuk terus hidup dengan dilengkapi dengan semua pancaindera dan
kemahiran yang membolehkan manusia berjaya dalam lapangan kehidupan dan

kerjayanya. Tanpa wahyu bagaimana manusia boleh tahu tentang asal-usul dan
kemana destinasi yang perlu dituju?. Dengan segala nikmat yang Allah (SWT)
kurniakan, manusia masih jahil tentang dirinya dan bagaimana untuk mempunyai
kehidupan yang sihat dan bersyukur tentang apa yang Allah kurniakan dia
melaksanakan tugasnya dalam kehidupan ini!.
Manusia di dalam Al-Quran digambarkan sebagai makhluk yang dihormati dan
makhluk yang dimuliakan oleh Allah yang Maha Perkasa. Manusia seperti yang disebut
di dalam Al-Quran , mempunyai beberapa dimensi utama, iaitu : dimensi
kerohanian, fizikal, emosi, intelek dan sosial. Dimensi-dimensi personaliti manusia ini
tidak dapat dipisahkan dari suatu sama lain. Semua elemen adalah berkaitan dan
tidak mempunyai sempadan untuk memisahkan setiap satu dari yang lain.
Dimensi kerohanian walaupun tidak terlihat, tetapi ia merupakan sesuatu yang ada
dalam tubuh manusia. Dimensi fizikal yang nampak jelas dan boleh mempunyai kesan
pada orang lain juga akan menerima kesan. Dimensi emosi adalah amat penting
terutamanya pada peringkat awal kehidupan .Dimensi intelek ialah elemen yang
mengurus manusia membawa ke arah kejayaan atau kegagalan. Jika individu
tersebut menjaga dimensi ini, dia mempunyai seorang pengurus yang baik untuk
memimpin dia ke arah pencapaian yang terbaik dalam kehidupannya. Tetapi jika
dimensi ini diabaikan, tanpa adanyapendidikan, maka ia akan sia-sia dan tidak
memberi kesan yang positif ke atas kehidupan manusia. Akhir sekali, dimensi sosial
iaitu dimensi yang mengurus keperluan sosial seorang individu dan hubungan dengan
individu yang lain dalam persekitarannya. Apabila dimensi ini berada dalam keadaan
normal dan dapat berfungsi dengan betul, individu ini akan menunjukkan keperibadian
yang sihat dan dinamik dan dapat bertindak secara seimbang dengan dimensi yang
ianya akan dapat berkembang secara normal pada setiap peringkat kehidupan
seseorang individu itu. Individu yang mengabaikan mana-mana satu dimensi

personaliti manusia ini, boleh membawa kepada personaliti yang tidak
seimbang. Sebagai contoh, seseorang yang kebanyakan masanya mempunyai badan
yang kuat tetapi tanpa disertai dengan dimensi rohani dan emosi, maka ia tidak boleh
menjadi sihat melainkan semua dimensi itu diambil perhatian oleh individu ini.
Manusia sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah makhluk yang
dihormati dan merupakan ciptaan yang lebih mulia. Manusia adalah khalifah Allah di
atas muka bumi. Kedudukan ini menerangkan status manusia sebagai salah satu yang
dimuliakan Allah, mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah dan mempunyai
tanggungjawab kepada Maha Pencipta. Manusia sebagaimana yang dijelaskan dalam
Al-Quran mempunyai beberapa dimensi utama: kerohanian, fizikal, intelektual,
emosional dan dimensi sosial. Personaliti manusia atau diri manusia itu adalah sesuatu
yang asalnya dari semua dimensi tersebut.
Kaunselor Islam perku mengambilkira semua dimensi ini bila berdepan dengan
klien mereka. Bila seseorang individu menjadi tidak sihat atau yang berkaitan
dengannya, sistem psikologi individu akan menjadi tidak seimbang, dan individu itu pula
cenderung untuk mengalami gejala-gejala tertentu dan individu itu akan dikenal
pasti mempunyai masalah tertentu berdasarkan kepada gejala-gejala dihadapinya.
Manusia bertanggungjawab.
Satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia ialah manusia itu
bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Allah berfirman dalam Al Quran yang
bermaksud:
“ bagi siapa di antara kamu yang berkehendak akan maju dan mundur”. (74:37)

“Tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya”. (52:21)
Tanggungjawab, kewajipan, tugas, kawalan, kuasa, tugas, dan nilai moral adalah
istilah yang berkaitan dan ia bermaksud bahawa manusia adalah makhluk yang sangat
penting di kalangan makhluk ciptaan Allah (SWT). Manusia mempunyai kebebasan
membuat keputusan untuk dirinya sendiri dan bebas dalam memilih tindakan yang
diambil. Kebebasan yang dimiliki hendaklah diiringi dengan tanggungjawab dan
kebajikan-kebajikan. Pertama, manusia mempunyai tanggungjawab terhadap
Penciptanya, dirinya, keluarga dan masyarakat amnya. Tanpa tanggungjawab ini
manusia sudah tentu tidak mempunyai peranan di dalam kehidupan. Maka, hidupnya
menjadi kosong dan tidak mempunyai makna.
Manusia adalah makhluk yang dimuliakan Allah (SWT)
Manusia adalah makhluk yang dimuliakan. Tanggungjawab itu adalah satu
penghormatan kepada manusia itu sendiri. Kita tidak akan memberikan apa-apa
tanggungjawab kepada orang yang kita tidak hormat kepadanya. Tetapi penghormatan
manusia di dalam Al Quran bermaksud bahawa manusia ini telah diberi penghormatan
oleh Allah (SWT) yang diangkat mertabatnya berbanding makhluk-makhluk yang
lain. Ini adalah penghormatan ke atas manusia dan manusia hendaklah terus
bersyukur dan menghargai nikmat yang diterima dalam kehidupan tanpa henti dari
Allah(SWT).
“Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami telah beri pelbagai
kenderaan di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezeki kepada mereka dari

benda-benda yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang
selebih-lebihnya atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”. (17:70)
Manusia secara fitrahnya juga percaya kepada Tuhan
“Dan(ingatlah wahai Muhammad), ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak
Adam (turun-menurun) dati tulang belakang (sulbi) mereka dan Allah mengambil
lesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini
Tuhanmu?”. Mereka menjawab:”Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi
saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak
mengatakan: “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah
terhadap ini (keesaan Tuhan)” (7:172)
Setiap manusia asalnya beriman dan percaya kepada Allah.
“Maka hadapkanlah dirimu (kamu dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke
arah agama Allah dan jauh dari kesesatan; (tetaplah atas) ‘agama Allah’, Allah yang
telah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) menurut
fitrah itu untuk menerimanya. Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan
Allah itu. (Itulah) agama yang betul lurus: tetapi kebanyakkan manusia tidak
mengetahuinya”. (30:30).
Dimensi kerohanian manusia tidak boleh dibentuk dan berkembang jika
manusia itu mengabaikan keimanan dan keyakinan kepada tuhan dan agama dimana
aspek ini adalah aspek dalaman yang utama untuk seseorang individu itu.
Di negara Barat sekalipun, orang-orang telah pun mula bercakap mengenai
kepentingan agama dalam kehidupan seseorang.

“dengan mengabaikan kerohanian sebagai legitimasi sesebuah kehidupan, ahli -ahli
psikologi yang mengabaikan kepercayaan yang dipegang oleh 90% populasi
di US,….’agama’ menurut temubual dengan ketua APA (American Psychology
Association), “Adalah sangat penting masyarakat dalam sejarah manusia”. Dengan
ramainya orang terlibat dalam aktiviti keagamaan, kemungkinan klien yang mempunyai
pegangan nilai-nilai agama mempengaruhi tingkahlaku mereka. Sekiranya ahli terapi
tidak cuba menginterasikan nilai agama dalam penyelesaian sesuatu permasalahan,
keberkesanan penyelesaian adalah dijangka bersifat sementara”.
Kaunselor Islam tidak sewajarnya mengikut secara membuta pandangan ali-ahli
psikologi Barat mengenai manusia kerana ahli-ahli psikologi Barat tidak melihat
manusia itu sebagai unik dan diciptakan oleh Allah yang dimuliakan. Dengan mengikut
secara membuta idea-idea dari ahli-ahli psikologi Barat menjadikan kita lebih terkeliru
dan akan menghadapi masalah. Sedang Al Quran itu telah menjelaskan dengan
secara komprehensif mengenai manusia.
ISI-ISU ETIKA
Bagi kaunselor Islam, persoalan moral bukanlah sesuatu isu yang asing dan
baru. Menjadi tanggungjawab moral sebagai seorang Islam supaya menjadi contoh
seorang kaunselor yang ikhlas dengan Allah, pada dirinya dan juga dengan lain-lain
makhluk ciptaan Allah.

“Isu-isu etika bagi kaunselor Islam, bukan sahaja untuk melindungi kepentingan
kaunselor di mata umum, ia lebih daripada itu, ia meliputi aspek keyakinan dan
keimanan kepada Allah, agama, kerohanian, tingkahlaku sosial, membuat keputusan,
usaha-usaha intelektual, tabiat penggunaan, adab percakapan dan semua aspek
kehidupan manusia. Sebab moral adalah sebahagian daripada asas dalam Islam
sebagaimana yang dijelaskan dalam Al Quran malah ia sangat ditekankan hampir
keseluruhan dalam kitab suci itu”.
(Abdalati, p.43)
“Isu etika sepatutnya didasarkan kepada prinsip-prinsip keimanan bahawa Allah adalah
yang pentadbir sekelian alam termasuk manusia dan segala aspek dunia
kehidupannya. Bersama-sama dengan seluruh ciptaan Allah, setiap seorang daripada
kita adalah bergantung sepenuhnya kepada Allah dan akan kembali kepadaNya untuk
perhitungan”.
(Haneef,1979,p.65)
Sebagai seorang kaunselor Islam, hasil daripada keimanannya kepada Allah
akan terhias pada dirinya ciri-ciri keikhlasan, bertanggungjawab, integriti, benar,
komitmen, berlaku adil, berdisiplin dan mampu mengawal diri, berperikemanusiaan,
sabar, ketabahan, berani, berterima kasih, bermaruah, berkehormatan, rasa hormat diri,
kesopanan dan kesucian niat, baik sanggup membantu, bekerjasama, pemurah dan
mesra, bertimbang rasa dan kasih sayang yang mempunyai adab yang baik,
mempunyai perasaan persaudaraan, kemesraan dalam perhubungan dan kasih sayang
terhadap orang lain, rajin dan berilmu dan cinta akan ilmu pengetahuan.

Dengan andaian mempunyai semua cirri-ciri di atas, kaunselor Islam akan
kurang menghadapi masalah bila berdepan dengan klien, mampu melindungi
kerahsiaan klien, lebih bertanggungjawab dan lebih menyedari keperluan-keperluan
yang diperlukan. Sekiranya terdapat kaunselor bukan Islam yang mengikuti kod etika
ini sebagai usahanya untuk mengelakkan kehilangan kepentingannya seperti
kehilangan pekerjaan, namun sebaliknya pula kaunselor Islam perlu mengamalkan kod
etika ini berdasarkan prinsip-prinsip Islam yang wajar dipatuhi akan ember kesan yang
positif kepada tingkahlakunya.
APLIKASI KAUNSELING
Prinsip-prinsip Islam dalam bimbingan dan kaunseling boleh diaplikasikan
dalam banyak bentuk. Perbincangan berikut mencadangkan beberapa ‘setting’ yang
boleh diterokai oleh kaunselor.
KAUNSELING KANAK-KANAK
Cara yang terbaik untuk membantu kanak-kanak adalah melalui
bimbingan. Melalui bimbingan, kanak-kanak akan dapat mengenal diri dan
potensinya. Sebagaimana yang telah diperjelaskan sebelum ini, bimbingan yang
membawa makna adalah kaunselor yang mampu menyediakan model yang baik untuk
diikuti oleh mereka kerana kanak-kanak adalah insan yang perlu disayangi dan dikasihi.
Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda;

‘Bila anak-anak mencapai umur 7 tahun, ajar mereka untuk solat…. Dan kita tahu
bahawa anak-anak akan mengikuti ibu bapa mereka solat. Ibu bapa perlu
menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak”.
Sebuah hadis dari Aisyah r.a. menyebut; “ Orang Arab dusun datang kepada baginda
dan bertanya samada mereka perlu mencium anak-anak mereka”.
Baginda menjawab; “Ya”, mereka berkata: “ tetapi kami tidak pernah mencium mereka”,
baginda SAW pula menjawab: “ Apakah daya saya, seandainya Allah telah mencabut
rasa kasih sayang dari hati kalian”.
(Bukhari dan Muslim)
Kaunselor Islam bila berurusan dengan kanak-kanak yang menjadi kliennya,
wajar meletakkan diri mereka sebagai ibu bapa kanak-kanak tersebut, dan curahkan
kasih sayang dan menjadi model yang baik berbanding hanya mengaplikasikan teknik-
teknik kaunseling terhadap klien tersebut.
KAUNSELING REMAJA
Berhadapan dengan klien remaja, memerlukan teknik yang berbeza tanpa
mengira peringkat perkembangan remaja, kaunselor Islam mesti menyedari bahawa
yang dinamakan remaja itu, mereka akan terus mencari identiti diri, mengalami
kesukaran di mana remaja perlu menghadapi banyak konflik seperti meragui diri sendiri
dan juga masalah penyesuaian. Kaunselor juga perlu menyedari akan wujudnya

kecenderungan untuk perhubungan intim, cinta remaja, sikap dan tingkahlaku, gejala
penagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah.
Kaunseling yang mementingkan langkah-langkah yang tertentu (bukan setakat
bimbingan) adalah cara yang lebih sesuai dalam berurusan dengan golongan
remaja. Dengan membentuk hubungan antara kaunselor dan klien, dengan memulakan
proses kaunseling, menetapkan tahap kemajuan, dan penstrukturan di tahap awal,
seorang kaunselor Islam boleh menggunakan pelbagai ajaran Islam untuk membantu
remaja menyelesaikan masalah mereka.
Ia boleh jadi sangat berguna kepada kaunselor untuk memberikan kerja rumah
kepada klien sebagai usaha untuk menyediakan diri klien menjadi ‘kaunselor’ pada
dirinya sendiri. Sebagai contoh, sekiranya klien remaja mempunyai masalah dengan
ibu bapanya, remaja tersebut diberi kerja rumah dengan dikehendaki membaca
berhubung dengan hubungan anak-anak dan kedua ibu bapa menurut Islam seperti
mana yang dinyatakan dalam Surah Al Isra’.
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan
hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah
seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kami mengatakan kepada keduanya
perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada
mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua
dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka
keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. (17:23-24).
Ayat Al Quran di atas mampu untuk mencipta impak yang kuat di dalam hati
remaja bila mereka membaca dengan penuh kesedaran. Adalah diharapkan dengan

melakukan perkara seperti ini, hubungan remaja dan ibubapanya dapat
diperbaiki. Perlu diingat bahawa, remaja boleh menjadi sensitif terutamanya berhubung
dengan nilai-nilai agamanya. Dalam banyak situasi, ayat-ayat suci Al Quran dan juga
Hadis boleh diaplikasikan bagi mengubah perasaan dan tingkahlku golongan remaja.
Secara umumnya, banyak masalah yang boleh diuruskan dengan memberi kerja rumah
kepada klien-klien remaja yang terbabit dalam gejala ketagihan arak, penyalahgunaan
dadah, sikap, seksual dan masalah dalam kelakuan mereka.
Beberapa surah dalam Al Quran boleh dicadangkan untuk dibaca oleh klien
sebagai tugasan di rumah mereka seperti surah An Nur untuk klien
perempuan. Bahkan, bagi ulama’-ulama’, mereka boleh menggunakan ayat-ayat Al
Quran dalam sesi kaunseling untuk membantu meningkatkan diri dan membantu klien
dalam menyelesaikan masalah secara komprehensif dan berkesan.
KAUNSELING DEWASA
Tanpa mengira status sosial atau tahap pendidikan, orang dewasa juga
menghadapi banyak permasalahan dan konflik dalam kehidupan. Sebahagian daripada
permasalahan adalah berkaitan dengan masalah keluarga dan status perhubungan
perkahwinan. Kaunselor perlu menggunakan kaedah mendidik dan menggunakan
kaedah pengajaran yang lebih islamik isi kandungannya dan memelihara etika untuk
membantu klien dewasa untuk memahami permasalahan mereka dan mencadangkan
kaedah penyelesaian yang sesuai dengan permasalahan yang dihadapi. Klien yang

masih bujang sebenarnya juga turut mengalami permasalahan iaitu keseorangan dalam
hidup. Kaunselor boleh mencadangkan beberapa bahan bacaan yang boleh dibaca
dan juga menetapkan matlamat tertentu yang boleh dicuba semasa sesi
kaunseling. Bagi memastikan klien menyedari bimbingan atau pengajaran agama itu
berkait dengan permasalahan yang dihadapi, kaunselor boleh menanyakan soalan
yang spesifik supaya klien sedar apa yang dia perlukan. Untuk itu, memberi tugasan
kerja rumah boleh digunakan untuk membimbing klien membantu dirinya sendiri.
Menjelaskan ayat-ayat Al Quran dan Hadis yang berhubung dengan
perkahwinan dan manfaatnya boleh membantu klien yang hidup bersendirian itu
memikirkan semula agar dirinya membuat perubahan terhadap gaya hidupnya untuk
membina sebuah keluarga yang bahagia. Sebagai contoh, kaunselor boleh
menyatakan ayat-ayat Al Quran dan Hadis seperti berikut;
“Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan
isterinya, agar dia merasa senang kepadanya”. (7:189).
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri
dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (30:21).
Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda;
“ Keseluruhan tempat di dunia ini adalah benda-benda yang berfaedah dan yang paling
berfaedah didalam dunia ini ialah isteri kamu”.
(Muslim)

“ Orang Islam yang paling sempurna keimanan adalah mereka yang baik budi
pekertinya, dan antara yang baik di kalangan kamu ialah yang berbuat baik dengan
isterinya”.
(Termidzi)
“ Jika seseorang wanita meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya, wanita
itu akan memasuku syurga”.
(Termidzi)
“ Apa jua yang kamu belanjakan untuk mendapatkan redha Allah, akan dibalas dan
akan diganti walaupun jika ianya menyuapkan sesuap makanan kedalam mulut
isterimu”.
(Bukhari dan Muslim)
Untuk klien yang bukan beragama Islam, contoh seperti yang dinyatakan
mungkin tidak dapat manfaat dari membaca ayat Al Quran dan Hadis kerana berlainan
pegangan walaupun hakikatnya Islam itu adalah agama yang sempurna, jadi mereka
boleh dibantu dengan mengemukakan falsafah-falsafah kehidupan mereka dengan
syarat tidak menyalahi kod etika khususnya dan moral Islam secara umumnya.
KAUNSELING KELUARGA
Dalam masyarakat orang Islam, keluarga memainkan peranan yang sangat
penting. Adalah sukar untuk memisahkan kanak-kanak mahupun remaja dari keluarga

dalam masyarakat yang hubungan ibubapa dan anak-anak adalah sangat rapat. Jika
salah seorang ahli keluarga mempunyai masalah di sekolah atau dengan rakan
sedarjah atau sekolej, kaunselor Islam harus melibatkan keluarga mereka dalam
penyelesaian masalah tanpa mengabaikan kod dan etika kaunseling terutamanya
berhubung dengan kerahsiaan klien tersebut.
Kanak-kanak Islam perlu patuh dan berbuat baik dengan ibu bapa. Ibu bapa
hendaklah melayan anak-anak mereka mengikut sebagaimana yang disarankan oleh
Islam. Apabila kanak-kanak atau ibu bapa gagal melakukan apa yang seharusnya
dilakukan, maka akan wujud permasalahan di rumah, di sekolah atau dalam
masyarakat secara umumnya.
Bagi mereka yang menghadapi masalah rumahtangga, kaunselor perlu
membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah
mereka. Semua ahli keluarga perlu melibatkan diri dalam usaha untuk melihat akar
umbi sesuatu permasalahan dan bagaimana hendak mengatasi permasalahan yang
timbul. Oleh itu boleh dikatakan bahawa kaunselor mesti bekerjasama dengan
keluarga dan melalui keluarga, ia akan dapat membantu menyelesaikan permasalahan
yang dihadapi oleh klien.
Banyak kajian menunjukkan bahawa punca utama yang menyebabkan
timbulnya masalah dalam sesebuah keluarga adalah disebabkan oleh pengabaian
terhadap peranan yang patut ditunaikan oleh setiap ahli keluarga dan kerana kurangnya
ilmu pengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab dan memahami hak-hak setiap
ahli keluarga. Dalam situasi ini, kaunselor boleh memberi tugasan rumah untuk
membantu ibu bapa memahami tugas mereka terhadap pasangan mahupun anak-anak

mereka. Kaunselor juga boleh mengkehendaki anak-anak melakukan tugasan yang
sama bagi membolehkan mereka memahami tugas mereka terhadap ibu bapa.
Ayat berikut adalah ayat dari Al Quran yang boleh dimanfaatkan.
“Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia
akan memberi petunjuk kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang
soleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat
sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur bersedia) berusaha bersama-sama
Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa
aku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah kamu akan mendapatku
termasuk orang menyembelihmu. Maka fikirknlah apa pendapatmu!”. Ia menjawab:
“Hai bapaku, -orang yang sabar”. (3:99-102).
Nabi Ibrahim, bapa para anbia dan anaknya adalah dua contoh yang boleh dicontohi
oleh seorang ayah dengan anak lelakinya.
“Dijadikan indah pada (pandangan)manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini,
iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan,
binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di
sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)”. (3:14).
Ayat di atas pula menerangkan bahawa sifat manusia itu inginkan kehidupan
berkeluarga dan mempunyai anak-anak serta rezeki yang baik dari cara yang
betul. Contoh lain yang terdapat didalam Al Quran yang boleh diikuti oleh kedua
ibubapa dan juga anak-anak:

“Hai Yahya, terimalah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan kami
berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan rasa belas kasihan yang
mendalam dari sisi Kami dan kesucian (dan dosa). Dan ia adalah seorang yang
bertakwa, seorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang
yang sombong lagi derhaka. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan dan
pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali. Dan ceritakanlah
(kisah) Maryam di dalam Al Quran, iaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke
suatu tempat di sebelah timur, maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari
mereka; lalu Kami mengutus roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya
(dalam bentuk) manusia sempurna. Maryam berkata: “Sesungguhnya akau berlindung
dari padamu kepada Tuhan Yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang
bertakwa”.. Ia (Jibril) berkata:”Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan
Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci”.
(19:12-19)
Berkata Isa A.s.: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al Kitab (Injil)
dan Dia menjadikan aku seorang Nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati
di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan
(menunaikan) zakat selama aku hidup dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak
menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga
dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada
hari aku dibangkitkan hidup kembali”. (19:30-33)
Contoh lain yang menunjukkan Nabi Ibrahim A.S. sebagai anak yang baik melayani
ayahnya.

“Ceritakanlah (Hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Quran)
ini. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang
Nabi. Ingatlah ketika ia berkata kepada bapanya; “Wahai bapaku, mengapa kamu
menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong
kamu sedikitpun?. Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian
ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, nescaya aku akan
menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapaku, janganlah kamu menyembah
syaitan. Sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Tuhan Yang Maha
Pemurah. Wahai bapaku, sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan ditimpa azab
dari Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan”.
“Berkata bapanya: “Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, hai Ibrahim?. Jika kamu
tidak berhenti, maka nescaya kamu akan kurejam, dan tinggalkanlah aku buat waktu
yang lama”. Berkata Ibrahim: “Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan
memintakan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik
kepadaku. Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain
Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa
dengan berdoa kepada Tuhanku”. (19:41- 48)
Nabi Musa A.S. dan ibu, abang dan kakaknya, Luqman dan anaknya, Nabi Yusuf A.S.
dengan bapa dan abangnya, Nabi Noh A.S. dan anak, semua ini adalah contoh yang
perlu dikaji dan diikuti oleh orang-orang Islam.
Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda apabila Abdullah Bin Mas’ud bertanya;
“yang manakah tindakan yang paling Allah sukai : menunaikan solat pada waktunya
dan berbuat baik kepada ibubapanya”.

(Bukhari dan Muslim)
Baginda Nabi SAW bersabda;
“Tiada anak yang boleh membayar semula bapanya (pengorbanan dan kasih sayang)
kecuali mendapati beliau ubat penawar dan menetapkan yang bebas”. (Muslim)
Ayat Al Quran dan Hadis di atas akan memberi impak yang positif ke atas diri anak-
anak dan juga ibubapa sebagai cara untuk memperbaiki hubungan antara ibubapa dan
anak-anak.
Ahli keluarga, suami dan isteri yang berhadapan dengan isu-isu hubungan intim
suami isteri, berikut adalah contoh ayat Al Quran dan Hadis yang berkaitan yang boleh
dijadikan sebagai pedoman.
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri -
isteri kamu, isteri-isteri kamu itu adala pakaian bagi kamu dan kamu pula adalah
pakaian bagi mereka…”. (2:187)
Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda;
“Apabila memanggil suami akan isterinya ketempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga
marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke
pagi”.
(Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi ayat-ayat Al Quran mahupun Hadis yang boleh digunakan sebagai
pengajaran atau pendidikan terutamanya dalam soal hubungan suami dan isteri dan
untuk mengelakkan salah faham antara mereka.
KAUNSELING PERKAHWINAN
Salah satu pendekatan kaunseling keluarga yang patut diberikan perhatian ialah
kaunseling perkawinan. Hal ini merupakan salah satu cara di dalam Islam untuk
menghalang terjadinya masalah antara ahli keluarga dengan membuat pilihan yamg
tepat sebelum membina keluarga.
Dalam Al Quran ada menyebut:
“Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka
beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik,
walaupun dia menarik hati kamu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang
musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya
budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hati
kamu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Syurga dan ampunan
dengan izinNya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya (perintah-perintahNya) kepada
manusia supaya mereka mengambil pelajaran”. (2:221).

“Dan barang siapa diantara kamu (orang merdeka) yang tidak cukup perbelanjaannya
untuk mengahwini wanita merdeka lagi beriman, ia boleh mengahwini wanita beriman,
dari hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Allah mengetahui keimananmu;
sebahagian kamu adalah dari sebahagian yang lain, kerana itu kahwinlah mereka
dengan izin walinya, dan berilah mas kahwin mereka menurut yang patut, sedang
merekapun wanita-wanita yang memelihara diri, bukan penzina dan bukan (pula) wanita
yang mengambil laki-laki lain sebagai teman simpanannya”; (4:25)
Terdapat beberapa karektor bakal isteri yang perlu diberi keutamaan sebelum
mendirikan rumah tangga, taat kepada perintah Allah merupakan kriteria utama
pemilihan dalam menjamin hubungan yang sihat dan baik jika bersamanya sebagai
isteri dan ibu kepada anak-anak juga sahabat baik kepada ahli keluarga dan sanak
saudara.
Nabi Muhammad SAW bersabda;
“Wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana harta bendanya, kerana status
sosialnya, kerana keindahan wajahnya, kerana ketaatannya kepada agamanya, Pilihlah
wanita yang taat kepada agamanya, maka kamu akan bahagia”.
(Bukhari dan Muslim)
Banyak hasil pemerhatian seharian menunjukkan peningkatan masalah
dalam keluarga adalah disebabkan oleh kurangnya ketaatan kepada Allah. Kurangnya
pendekatan Islamik dalam mendidik ahli keluarga, atau mendidik dengan cara yang
salah akan menyebabkan timbulnya banyak masalah fizikal, sosial dan juga masalah
psikologi.

TAUBAT DAN KAUNSELING
Perkataan ‘tabba’ dalam bahasa Arab bermaksud ‘kembali’, berpaling daripada
berbuat dosa, kembali kepada Allah dengan bertaubat. Perkataan ‘bertaubat’ atau
seumpamanya diulang sebanyak 83 kali di dalam Al Quran. Satu surah yang khas
memperkatakan tentang bertaubat ialah Surah At Taubah.
Untuk memahami kepentingan bertaubat, kita harus ingat bahawa perkara
pertama yang dipelajari oleh Nabi Adam A.S. sebelum datang ke bumi ialah;
“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima
taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (2:37)
“Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika
Engkau tidak mengampuni kami dan membeir rahmat kepada kami, nescaya pastilah
kami termasuk orang-orang yang merugi.
Allah berfirman: “Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi
sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan
(tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan”.
(7:23 – 24).
Kaunselor muslim, sama seperti umat Islam yang lain, seharusnya ingat
kepentingan bertaubat sebagai salah satu cara meningkatkan diri ke arah menjadi
muslim sejati. Hal ini sewajarnya menjadi antara cara yang sebati dalam kehidupan
seharian manusia.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Wahai anak Adam, selagi kamu menaruh harap dan memohon daripadaKu, Aku akan
mengampunkan apa-apa yang telah kamu lakukan, dan tidak mengiranya. Wahai anak
Adam, tatkala dosa-dosamu setinggi awan dan kemudian kamu memohon
keampunanKu, Aku akan mengampunkanmu. Wahai anak Adam, jika kamu datang
kepadaKu dengan dosa-dosamu hampir menyamai bumi tatkala kamu datang
menemuiKu, mengakui bahawa tiada Tuhan selain Aku, Aku akan memberikan
keampunanKu menyamai banyaknya dosa-dosa yang telah kamu lakukan”.
(Iezzeddin Ibrahim, 1992).
Akan terdapat peluang untuk kehidupan yang lebih baik. Orang yang
mempunyai kepercayaan penuh kepada ketentuan takdir Allah tidak akan mudah
mengalah dalam mencari keredaan Allah.
“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”. (39:53)
Banyak contoh di dalam Al Quran dan Hadis yang boleh dijadikan pedoman
seperti kisah-kisah Nabi Adam A.S., Isa A.S. dan Nabi Yunus A.S..
Kaunselor muslim dianggap mengamalkan pendekatan yang sangat membantu
dan melakukan kerja yang sangat efektif jika mengunakan pendekatan Al Quran dan
Hadis dalam membantu klien dengan menjadikan para rasul dan nabi-nabi sebagai
model terbaik yang boleh diteladani oleh klien mereka.

KAUNSELING KERJAYA
Dalam hal ini, kaunselor muslim boleh membantu bukan sahaja membetulkan
salah tanggapan berkaitan bekerja dan kerjaya, tetapi juga boleh membantu klien
terutamanya para pelajar yang masih muda untuk membuat pemilihan kerjaya dan
bidang kepakaran.
Kaunseling kerjaya daripada perspektif Islam bukan sahaja merangkumi lebih
daripada sekadar kerja, tetapi juga merangkumi gaya hidup dan hiburan, pelakuan dan
keinginan, juga struktur personality seseorang dan keperluannya.
Banyak ayat di dalam Al Quran dan Hadis yang boleh ditunjukkan oleh
kaunselor kepada klien untuk memberikan jalan kepada klien tentang potensi kerjaya,
pilihan serta “skil”l yang mereka perlu tahu untuk menguasai sepenuhnya pilihan yang
bakal dibuat. Antaranya;
“kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh”. (103:3)
“Siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian
dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka”. (2:62).

“Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia
(Daud) di waktu petang dan pagi, dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam
keadaan terkumpul. Masing-masing amat taat kepada Allah”. (38:10 – 11).
Percaya tanpa berusaha tidak memberikan apa-apa makna. Ayat-ayat Quran
berkaitan Nabi Daud A.S. membuktikan perlunya hubungan kuat antara mengingati
Allah dengan bekerja.
Selain itu, mesej yang jelas di sini ialah konsep bekerja sangat komprehensif
meliputi daya usaha mencapai tujuan, tenaga yang digunakan dan perhatian yang
diberikan. Nabi Daud bekerja dengan besi bagi membentuk ‘kelengkapan
perang…’. Perkara ini sesuai digunakan untuk menyedarkan seseorang agar berusaha
keras untuk mencapat tujuan.
Al Quran mengajar kita bahawa kita dijadikn sebagai makhluk yang unik,
sehinggakan setiap apa yang kita perlakukan akan mendatangkan kebaikan ataupun
keburukkan yang merosakkan diri kita sendiri.
“Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah: “bagiku pekerjaanku dan bagimu
pekerjaanmu. Kamu berlepas diri terhadap apa yang aku kerjakan dan akupun
berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan”. (10:40).
“Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang
mukmin akan melihat pekerjaan itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang
Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu
apa yang telah kamu kerjakan”. (9:105).

Apa yang kita lakukan, bentuk tindakan yang kita ambil, bagaimana kita
bertindak akan membentuk nilai-nilai personality kita. Tujuan utama kita sebagai
hamba Allah ialah untuk melihat siapa dikalangan hambaNya yang lebih mendekati
Allah untuk mencari keredaanNya.
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang
lebih baik amalnya”. (67:2).
Islam ialah agama yang mementingkan kerjaya. Ini dapat dijelaskan seperti
sebagaimana perintah selepas bersolat, seseorang itu perlu melakukan sesuatu untuk
kehidupannya.
“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah
kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. (62:10).
Para Rasul adalah orang yang bekerja dan mempunyai pekerjaan. Sabda Nabi
Muhammad SAW:
“Nabi Daud(menyara kehidupannya dan) makan hasi titik peluhnya dan tidak ada yang
lain”. (Bukhari)
Menurut Hadis;
“……Nabi Zakaria merupakan seorang tukang (dia menyara kehidupannya dengan
bertukang)”. (Muslim)
“….Tiada sesiapa yang makan kecuali melalui usaha yang keras melaui tangannya
sendiri. Nabi Daud berusaha menyara kehidupnnya dengan hasil
kerjanya”. (Bukhari)

Nabi Muhammad SAW bekerja dengan Siti Khatijah sebelum menjadi Rasul.
Berdasarkan kesemua hadis ini, seseorang akan dapat belajar bagaimana
Islam itu sangat menghormati orang yang baik dan juga yang bekerja. Kaunselor Islam
sewajarnya mempertimbangkan semua prinsip ini bila membimbing pelajar untuk
membuat pilihan kerja yang tepat dan menghormati kerja yang baik sebagaimana
mereka menyayangi dan menghormati Islam itu sendiri. Tidak ada gunanya
mengatakan bahawa Islam telah dengan jelas mengatakan kepada semua umat Islam
jenis pekerjaan yang halal dan yang haram.
KAUNSELING ISLAM SEBAGAI BERSIFAT MULTI BUDAYA
Seseorang mungkin tertanya-tanya mengenai perkara di atas. Kami yakin dan
percaya bahawa seorang kaunselor Islam akan berdepan dengan klien tidak mengira
samada dia Islam atau bukan Islam akan berurusan dengan klien-kliennya dengan sifat
kemanusiaan. Daripada Al Quran seseorang akan mengetahui bukan hanya tentang
orang-orang Islam itu sendiri tetapi juga tentang orang-orang Yahudi dan lain-lain
manusia dalam masyarakat dunia. Orang Islam juga percaya mengenai utusan-utusan
Allah Taala yang bergelar rasul dan tahu mengenai kehidupan mereka dan
pengikutnya serta apa yang telah berlaku di masa lampau.
Idea mengenai kaunseling silang budaya kini telah terhasil kesan daripada
proses intervensi pelbagai isu dalam kesihatan mental. Kepelbagaian budaya dalam
beberapa masyarakat dilihat sebagai kepelbagaian dalam latarbelakang budaya dan
ianya boleh memberi kesan kepada beberapa kumpulan lain.

Kaunseling silang budaya telah didefinisikan sebagai “Mana-mana
perhubungan kaunseling antara dua orang atau lebih ahli yang mempunyai perbezaan
dari segi latarbelakang budaya, nilai dan gaya hidup” (Nugent, 1994:226).
Menurut Lee dan Richardson (1991)
“Apabila budaya dirujuk kepada sama ada bangsa atau etnik, pelbagai cara yang
sesuai mungkin perlu dipertimbangkan dalam mengendalikan kaunseling dengan klien
dari pelbagai latarbelakang budaya. Kepercayaan norma sosial, dan lain-lain ciri-ciri
budaya perlu diambil kira dalam kaunseling budaya responsif termasuk: tahap identiti
etnik dan pembudayaan, pengaruh keluarga, peranan sosialisasi seks, pengaruh
agama dan kerohanian dan pengalman imigresen” (p.13)
Ini berkait dengan isu silang budaya di Amerika Syarikat di mana
masyarakatnya adalah terdiri daripada pelbagai budaya dan latarbelakang. Pada masa
yang sama, isu yang sama juga timbul di mana-mana masyarakat yang mempunyai
pelbagai latarbelakang budaya. Kebanyakkan masyarakat di dunia, kalau tidak
kesemuanya, adalah masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang
budaya. Untuk kaunselor Islam yang mengetahui budayanya dengan baik, juga tidak
kurang yang menghadapi kesukaran bila berurusan dengan klien yang berbeza latar
belakang berbanding dengan budayanya sendiri.
Kaunselor perlu ingat bahawa “keyakinan perlu dibina dalam perhubungan
kaunseling dimana klien dari golongan minoriti dilihat sebagai individu yang unik dan

perlunya kaunselor menekankan kemesraan, keikhlasan dan empati”.
(Nugent,1994,228).
Ini adalah elemen yang penting dalam sesuatu kejayaan sesi kaunseling.
Lee dan Richardson (1991) telah menulis satu bab mengenai kaunseling orang
Arab Amerika dalam ‘kaunseling dan isu-isu pelbagai budaya’. Mereka mengatakan
mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh orang-orang Arab dalam masyarakat
Amerika. Antara cabaran adalah diskriminasi dan tindakbalas yang negatif terhadap
mereka. Mereka telah mencadangkan mengenai satu aspek utama yang perlu
dipertimbangkan oleh kaunselor ialah agama dan keluarga.
“Aspek yang signifikan mengenai budaya orang Arab Amerika yang perlu diambil
perhatian dalam kaunseling ialah amalan agama dan keluarga mereka. Kaunselor yang
hendak mengadakan intervensi yang berkesan kepada golongan ini mesti mengambil
perhatian ke atas pemahaman mengenai kepentingan dua aspek ini dalam kehidupan
orang Arab Amerika”.
(Lee dan Richardson, 1991,199)
Adalah jelas bahawa, apabila hendak berurusan dengan orang yang
mempunyai latar belakang budaya yang berlainan, kaunselor perlulah menghormati
budaya kliennya. Dalam kes orang-orang Islam, agama adalah satu isu yang utama
yang mempunyai kaitan dengan sikap nilai mereka dalam kehidupan. Beberapa prinsip
yang terdapat di kalangan orang Arab Amerika adalah seperti berikut:
1. Maruah seseorang, kehormatan dan reputasi adalah penting.
2. Kesetiaan kepada sesebuah keluarga didahulukan mengatasi kepentingan peribadi.

3. Setiap orang percaya akan keesaan Tuhan dan kuasa yang dimiliki.
4. Adalah penting untuk bertindak secara berhemah dan beradab.
5. Manusia tidak boleh mengawal semua kejadian yang berlaku, kerana segala kejadian
adalah dari kehendak dan takdir tuhan.
6. Ketaqwaan adalah satu sifat yang sangat diidamkan oleh semua orang.
(Lee and Richardson, 1991,199)
Memahami budaya klien akan membantu kaunselor mengetahui bagaimana
untuk membantu kliennya mencapai kejayaan yang diingini. Hasil daripada pendidikan
yang Islamik, sistem yang terbentuk dalam sesebuah keluarga adalah memainkan
peranan penting dalam masyaralkat orang Islam. Lelaki adalah di anggap sebagai
ketua dalam keluarga;
“Lelaki yang lebih tua dalam sesebuah keluarga yang besar lebih berkehendakkan dia
dihormati. Anak lelaki dianggap lebih mempunyai tanggungjawab semasa ketiadaan
bapa mereka dan mereka masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak perempuan
yang masih legi belum berumahtangga. Anak-anak yang membesar dalam suasana ini
akan menghormati ibubapa mereka, dan semua orang dewasa”.

(Lee and Richardson, 1991,200)
Untuk menghasilkan kaunseling yang berjaya dengan orang-orang Arab
Amerika, teknik-teknik dan strategi intervensi yang khusus perlu
dipertimbangkan. Membina ‘rapport’ adalah factor yang signifikan dalam membentuk
perhubungan teraputik antara kaunselor dan klien. Dalam kes orang Arab Amerika,
mempunyai pengetahuan tentang budaya kehidupan beragama mereka dan seterusnya
memahami adalah satu perkara yang penting. Kaunselor dalam usaha untuk
meningkatkan ‘rapport’ dan membina jambatan untuk menghilangkan halangan dalam
perhubungan, telah dicadangkan agar kaunselor menyatakan beberapa ucapan seperti
“Assalamu Alaikum”, “Marhaba” (Selamat Datang), “Kaifa haluk” (Apa khabar),”Insya
Allah (dengan izin Allah), “Ma Shaa Allah” (Itulah yang Allah inginkan).
Apabila seorang kaunselor menggunakan bahasa klien dalam cara yang menyelesakan
klien, klien akan merasa yakin terhadap kaunselor tersebut. Kaunselor Islam ataupun
mana-mana kaunselor seharusnya secara berhati-hati bila mereka berurusan dengan
klien silang budaya. Hormat dan ikhlas terhadap klien seharusnya selalu diambil berat
dalam setiap sesi yang dijalankan.
IMPIAN KAUNSELING ISLAM
Impian didalam bahasa Arab disebut “hulum”, “manam” dan “ruya”, visi.

Perkataan “hulum”(visi) selalunya merujuk kepada mimpi yang buruk. Dan perkataan
“manam” (mimpi) pula merujuk kepada mimpi-mimpi yang biasa, sedangkan perkataan
“ruya” pula digunakan untuk menggambarkan mengenai visi yang berat. (Hughes, 1985,
92).
Perkataan “ruya” pula boleh didapati dalam Al Quran pada Surah Yusuf,
Surah Al Isra’(perjalanan malam), Surah As Sad dan Surah Al Fath (kemenangan).
“Ayahnya berkata:”Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-
saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan satu rancangan jahat
terhadapmu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia”. Dan
demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkanNya
kepadamu dan kepada keluarga Ya’akub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan
nikmatNya kepada dua orang bapamu sebelum itu, (iaitu) Ibrahim dan
Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (12: 5 – 6).
Pada masa ini, dua orang yang bersama dengan Nabi Yusuf A.S. telah
bermimpi dan menceritakan mimpi mereka kepada Nabi Yusuf A.S.;
“Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. Berkata
salah seorang diantara keduanya : “Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku memerah
anggur”. Dan lainnya berkata: “Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku membawa roti
di atas kepalaku, sebahgiannya dimakan burung”. Berikanlah kepada kami takwilnya;
sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai
(mentakwilkan mimpi)”.
“Dan aku pengikut agama bapak-bapakku iaiatu Ibtahaim, Ishak dan Uaakub. Tiadalah
patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang

demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya);
tetapi kebanyakkan manusia tidak mensyukuri (Nya).
“Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-
macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?”.
“Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah)nama-nama
yang kamu dan nenek moyangmu mebuat-buatnya. Allah tidak menurunkan sesuatu
keterangan pun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia
telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.
“Hai kedua penghuni penjara: “ adapun salah seorang diantara kamu berdua, akan
member minuman tuannya dengan khamar; adapun yang seorang lagi maka ia akan
disalib, lalu burung memakan sebahagian kepalanya. Telah diputuskan perkara yang
kamu berdua menayakannya (kepadaku)”.
“Dan Yusuf berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamt diantara mereka
berdua;”Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu”. Maka Syaitan menjadikan dia lupa
menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Kerana itu tetaplah dia (Yusuf) dalam
penjara beberapa tahun lamanya”. (12:36 – 42).
Berikut adalah versi yang sama yang membawa kepada penafsiran terhadap mimpi
Nabi Yusuf A.S..
“maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf; Yusuf merangkul ibu bapanya dan dia
berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman”.

Dan ia menaikkan kedua-dua ibu bapanya ke atas singgahsana. Dan mereka
(semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf; “Wahai
ayahku inilah takwil mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah
menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik
kepada ku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa
kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan meruskkan (hubungan) antaraku dan
saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia
kehenaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(12: 99 –
100).
Mimpi-mimpi yang dinyatakan di atas adalah contoh yang perlu dikaji dalam memahami
maksud mimpi dan matlamat mereka.
Mimpi Raja dalam Surah Yusuf;
“Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): “Sesungguhnya aku
bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor
sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya
yang kering”. Hai orang-orang yang terkemuka : “Terangkanlah kepadaku tentang
mimpiku itu jika kamu dapat mentakwilkan mimpi”.
Mereka menjawab : “ (Itu) adalah mimpi-mimpi yang kosong dan kami sekali-kali tidak
tahu mentakwilkan mimpi itu”.

“Dan berkatalah orang yang selamat diantara merka berdua dan teringat (kepada
Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya: “Aku akan memberitakan kepadamu tentang
(orang yang pandai) mena’bir mimpi itu, maka utuslah aku (kepadanya)”.
(Setelah pelayan itu berjumpa dengan Yusuf dia berseru : “Yusuf, hai orang yang amat
dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-
gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir
(gandum yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-
orang itu, agar mereka mengetahuinya”.
Yusuf berkata: “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa;
maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk
kamu makan.
Kemudian sesudah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan
cukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur”.
Sebagaimana yang telah Nabi Yusuf A.S. katakana, mimpi tersebut menjadi
kenyataan. Dalam Surah AsSaffat, mimpi yang dialami oleh Nabi Ibrahim A.S.;
Allah berfirman;
“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama
Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi
bahawa aku akan menyembelihmu.

Maka fikirkanlah apa pendapatmu!?” Ia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang
diperintahkan kepadamu;
Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas
pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya).
“Dan kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan
mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami member balasan kepada orang-orang yang
berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kaangan orang-orang yang
datang kemudian, (yaitu), “Kesejahteraan dilimpah atas Ibrahim”. (37: 101 – 109).
Nabi Muhammad SAW mempunyai mimpi yang membuktikan kebenaran baginda
walaupun sebelum baginda dilantik sebagai rasul lagi.
Allah berfirman;
“Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasulnya, tentang kebenaran
mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan
memasuki Masjidil haram, In sya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut

kepala dan menguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui
apa yang tida kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat
(48:27)
Kesemua ini adalah mimpi yang benar yang telah berlaku dan dirakamkan dalam
Kitab suci Al Quran. Nabi Muhammad SAW dan beberapa hadis yang berkaitan
dengan mimpi;
Baginda SAW ada bersabda;
“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang beriman itu hamper-
hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang
paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yang sentiasa bercakap benar)
itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada tiga: Mimpi yang
baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan
dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yang terjadi pada
dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka
hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang
lain”.
(Sahih Muslim,VIVp.1224)
Seseorang mungkin akan hairan untuk menanyakan soalan. “Bagaimana anda
mengaitkan mimpi-mimpi dengan kaunseling Islam?. Ramai orang faham mimpi
hanyalah sebagai satu tindakbalas daripada kemahuan yang tidak tercapai. Menurut

Jung, mimpi adalah satu keadaan yang mencerminkan kecenderungan fundamental
personaliti seseorang. Pada tahun 1900, Frued telah menghasilkan sebuah buku yang
bertajuk ‘The Interpretation of Dreams’. Beliau mengatakan bahawa mimpi adalah
sejenis atau sebagai satu cara memenuhi keinginan seseorang terhadap sesuatu
perkara. Kaunselor Islam tidak dapat menerima idea ini tanpa membuat penilaian dan
pengadilan yang berhati-hati.
Mimpi dalam Islam bagi kaunselor Islam terutamanya adalah dianggap
sebahagian daripada nubuwah. Sebahagian daripada psikologis menganggap bahawa
mimpi adalah sebahagian khabar berita dari Allah dan juga sebahagian daripada
gangguan daripada Syaitan yang akan menimbulkan kebimbangan seseorang individu
itu.
Golongan yng menganggap manusia sebagai haiwan adalah orang yang gagal
untuk melihat manusia dari dimensi kerohanian manusia itu sendiri, oleh itu, mereka
cuba untuk mentafsir segal-galanya mengikut konsep manusia sebagai haiwan.
KESIMPULAN
Kaunseling itu sendiri adalah satu proses yang telah lama wujud dan juga
secara relatifnya dilihat sebagai satu konsep yang baru. Ahli-ahli keluarga, rakan-
rakan, dan orang yang telah berpengalaman telah membantu orang lain dengan
member nasihat dan cadangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam
kesusasteraan Arab, terdapat banyak bentuk nasihat yang diberikan oleh ibubapa,
datuk dan nenek kepada anak dan juga kaum keluarga yang lain.

Semasa zaman kegemilangan Islam, nasihat diberikan oleh ulamak kepada
pemimpin, gabenor dan menteri dalam usaha memandu mereka supaya lebih adil dan
benar dan menjadi insan yang soleh.
Di aspek yang lain, kaunseling adalah sebagai satu bidang pengkhususan,
atau kemunculan pakar yang terlatih secara profesional yang membantu orang untuk
menyelesaikan permasalahan kehidupan mereka, iaitu satu fenomena yang terkini yang
mulai muncul dalam abad ke 19.
Terdapat dari kalangan pengkaji Islam telah mendakwa bahawa sistem ‘al
hisbah’ merupakan sebahagian daripada kaunseling Islam, namun terdapat juga yang
mengatakan bahawa ia bukanlah sebahagian daripada kaunseling Islam. Isu ini timbul
adalah kerana sehingga sekarang, kaunseling Islam yang dilihat sebagai satu disiplin
tidak lagi wujud atau diperkenalkan. Kebanyakan daripada amalan kaunseling yang
dijalankan adalah berdasarkan kepada teori dan teknik-teknik daripada Barat (ia bukan
hanya dalam kaunseling tetapi juga dalam bidang professional dan perkhidmatan lain).
Keterbatasan atau kekurangan pengetahuan Islam dikalangan kaunselor
Islam disamping pengaruh dari budaya masyarakat Barat adalah antara beberapa
halangan dalam usaha untuk membangunkan kaunseling Islam berdasarkan prinsip-
prinsip ajaran agama Islam.
Sebagai langkah menuju ke arah pengislaman kaunseling dan bimbingan,
kaunselor Islam mesti ‘mengislamkan’ diri mereka dalam usaha memahami mengenai
akar dan asas kepada konsep bantuan dalam Islam itu sendiri. Pada masa yang sama,
mereka juga perlu lebih mendalami pengetahuan mengenai falsafah dan prinsip
kaunseling yang bukan berorientasikan Islam.

Sebarang kajian mengenai teori kaunseling dari Barat mesti berdasarkan Al
Quran dan Hadis. Justeru itu pelajar-pelajar kaunseling perlu sedar mengenai apakah
relevannya bidang ini mengikut Al Quran dan Hadis.
Seorang kaunselor Islam tidak akan menjadi kaunselor yang baik dengan
hanya bergantung kepada pendekatan yang diperkenalkan oleh Barat. Dia sewajarnya
mempunyai pengetahuan yang mendalam dan komprehensif mengenai manusia,
kehidupan dan psikologi dalam usaha memperkenalkan cara kaunseling berdasarkan
prinsip Islam dalam memenuhi keperluan seseorang Islam itu.
Al Quran adalah model yang agung untuk diikuti oleh manusia. Nabi
Muhammad SAW dan sahabat-sahabat telah berjaya memainkan peranan kaunseling
yang berkesan dan berguna dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan
tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
Kaunselor Islam mempunyai sumber yang hebat sekiranya dia mengetahui
bagaimana untuk menggunakannya dalam mengajar pelajar-pelajarnya dan juga para
klien.
Islam adalah sumber kepada keamanan, kehidupan yang lebih sihat, kestabilan
dan keseimbangan dalam semua aspek untuk perkembangan manusia. Seterusnya,
kaunselor Islam dalam berurusan dengan klien Islam perlu menilai latarbelakang klien
dan juga perlu melihat sejauh mana pengamalan ajaran dalam kehidupan klien.
Kaunselor Islam sepatutnya menjadi model yang baik dan berhati-hati ketika
berurusan dengan klien masa kini dimana pengaruh media, budaya sekular dan cara
bukan Islam adalah lebih kuat.

Asas dimensi personaliti manusia mengikut perspektif Al Quran mesti diambil
kira bila berhadapan dengan klien yang beragama Islam.