KBAT
-
Upload
cahaya-cita-cita -
Category
Education
-
view
4.376 -
download
3
Transcript of KBAT
SME 3023TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
BIL.
NAMA NO. MATRIK
1. MOHAMMAD FAIZ BIN SAMURI D20101037396
2. NURUL AFIQAH BINTI MD NASARUDIN
D20101037371
3. SITI NOR NAQIAH BINTI JUSOH D20101037314
4. NURUL SYUHADA BINTI MOHAMAD RAZALI
D20101037330
Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT)
Apakah itu KBAT?
Onosko & Newmann (1994), mentakrifkan KBAT sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah, menganalisis dan memanipulasikan maklumat.
Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM,2013)
5
6 ciri utama setiap murid perlu ada untuk bersaing pada peringkat global
5
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Kemahiran memimpin
Identiti nasional
Kemahiran dwibahasa
Etika dan Kerohanian
Kemahiran berfikir
Pengetahuan
6 ciri utama setiap murid perlu ada untuk bersaing pada peringkat global
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran berfikir aras
tinggi biasanya merujuk
kepada empat tahap
kemahiran teratas dalam
Taksonomi Bloom edisi
semakan (Anderson & Krathwohl, 2001)
mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta.
TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
Soalan “aras tinggi” menggalakkan pembelajaran sebab jenis soalan ini memerlukan pelajar mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan semata-mata mengingat fakta.
RUTIN BUKAN RUTIN
“Masalah boleh diselesaikan dengan kaedah yang biasa digunakan oleh pelajar dengan mereplikasikan kaedah yang dipelajari sebelum secara langkah demi langkah.”
“Masalah yang memerlukan analisis dan penaakulan matematik; banyak masalah bukan rutin boleh diselesaikan dengan lebih daripada satu cara, dan mungkin mempunyai lebih daripada satu penyelesaian.”
Tidak semua tugasan sama, tugasan yang berbezamenggalakkan tahap dan jenis pemikiran yang berbeza.
Tahap pemikiran di manamurid melibatkan diri akanmenentukan tahappembelajaran mereka.
Soalan Bukan Rutin yangmemerlukan tahap kognitifyang lebih tinggi dapatmembentuk KBAT dalamkalangan murid.
ISU GURU DALAM KBAT
ISU GURU DALAM KBAT
Guru menggunakan
kaedah tradisional
dalam pengajaran
Pendidikan berpusatkan peperiksaan
Guru tidak bersedia
Aras soalan yang digunakan
GURU MENGGUNAKAN KAEDAH TRADISIONAL DALAM PENGAJARAN.
• Teacher-centered.• Murid tidak boleh berfikir.
• Ilmu berbentuk nota hafalan tiada perbincangan dalam kalangan murid
murid bergantung pada guru untuk memahami sesuatu topik.
• Rosli (1998): amalan biasa dibilik darjah masih bersifatkan tradisional iaitu guru masih menggunakan sebahagian besar masa PdP utk bercakap dan memberi
penerangan manakala penglibatan murid hanya didapati apabila menjawab soalan.
ARAS SOALA
N
Teknik penyoalan guru di dalam
kelas.
Respon guru kepada soalan
murid
•Aras soalan yang diberikan berada di aras rendah.•Soalan tak menggalakkan murid berfikir.•90 peratus soalan yang dikemukakan oleh guru adalah pada aras rendah.(Rajendran, 2001)
•Respons guru terhadap soalan yang diberikan oleh murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid
Robert Sternberg (American Cognitive Psychologist), 7 aras dalam memberi respons kepada persoalan murid.
1. Singkirkan soalan murid.2. Menyatakan semula persoalan murid sebagai
respon.3. Mengaku tidak tahu atau memberikan maklumat
pada persoalan murid.4. Berikan galakan kepada murid untuk
mendapatkan jawapan respon atau jawapan daripada pihak yang boleh memberi jawapan.
5. Galakkan sumbang saran atau menyuarakan pertimbangan untuk kemungkinan jawapan alternatif.
6. Galakkan murid untuk mempertimbangkan jawapan alternatif dan kaedah untuk menilai kemungkinan jawapan tersebut.
7. Menggalakkan murid untuk mempertimbangkan pelbagai kemungkinan jawapan alternatif, ditambah dengan kaedah pembuktian berserta mengambil tindakan susulan untuk menilai jawapan tersebut.
PENDIDIKAN BERLANDASKAN PEPERIKSAAN
• Guru ajar untuk peperiksaan.• Fokus kepada soalan peperiksaan.• Mengajar pelajar menguasai
maklumat untuk peperiksaan dan mengembang daya pemikiran
adalah dua matlamat yang berlainan (Pushpalatha,2006)
• Melahirkan murid yang struktural kuat ingatan menghafal dan
mengingat pelajaran berbanding memberikan pendidikan holistik
yang melahirkan murid inovatif dan kreatif (Berita Harian, 2010)
GURU TAK BERSEDIA• Aspek pengetahuan: guru lebih yakin dari segi ilmu pengetahuan
yang mereka miliki untuk mengajar berbanding ilmu
pengetahuan mengenai KBAT.• Kemahiran Padagogi: guru lebih
yakin dari segi kemahiran padagogi yang miliki untuk
mengajar subjek berbanding kemahiran padagogi mengajar
KBAT.• Faktor yg mempengaruhi persepsi guru tentang ilmu
kemahiran dan sikap: guru yg menghadiri kursus KBAT tidak
percaya mereka bersedia mengajar KBAT.
Rajendran(2001)
ISU SEMASA
1) KBAT-Memerlukan Pelajar Yang Aktif Berfikir
2) Pengenalan i-THINK Kepada Sistem Pendidikan Negara
KBAT- Memerlukan Pelajar Yang Aktif Berfikir
KONSEP BERFIKIR• Edward de Bono ( 1976 )- Kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah
• Dewey ( 1910 ) menegaskan :- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul.
• Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.
Menurut N.S. Rajendran, 2001 menyatakan KBAT memerlukan pelajar yang aktif.
Pelajar aktif- aktif berfikir, aktif ketika proses PdP
Pelajar pasif lebih kepada menghafal berbanding memahami.
Suasana kelas mempengaruhi keaktifan pelajar.
Kesediaan pelajar – kurang mampu untuk menjawab item KBAT.
KESAN PERLAKSANAAN
KBAT TERHADAP
PELAJAR
Pengenalan i-THINK Dalam Pendidikan
Diperkenalkan pada November 2012.
i-THINK membawa maksud innovative THINKing (pemikiran inovatif)
Bertujuan meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir.
Melahirkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.
Status Pelaksanaan i-THINK
Peluasan i-THINK
Sekolah Showcase i-THINK(10 buah sekolah)
27
SMK Tun Hussien Onn, Perai
SK Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu
SMK Kota Marudu
SMK Convent Muar
SK Paya Pulai, Termeloh
SK Kiaramas, Kuala Lumpur
SJKC Wen Hua, Melaka
SMK Gaal, Pasir Puteh
SJKT Port Dickson
SK Padawan
Empat buah sekolah menengah
Enam buah sekolah rendah
Harapan untuk program i-THINK
MENGAPAKAH KITA PERLU MEMBUAT
REFLEKSI DAN MELAKSANAKAN
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PEPERIKSAAN
PUSAT?
Pentaksiran sekolah di Malaysia menilai semua aspek kehidupan terutamanya:
Pengajaran dan pembelajaranKepimpinan sekolahPenumpuan kepada peningkatan
prestasi sekolah
Peningkatan kualiti soalan KBAT dalam penilaian akan menjadi kritikal dan bukan hanya bergantung dengan peratusan sahaja
Soalan KBAT hari ini
…sering berulang-ulang dan arahan sama setiap tahun
…dibuat secara terhad dan menggunakan rangsangan asas
…mengikut struktur yang ditetapkan dan biasa, membimbing pelajar ke arah jawapan
…kebanyakannya terhad kepada kata arah berimpak rendah
Selain daripada sistem kelas yang terbaik seperti PISA dan TIMSS, soalan KBAT dalam penilain di Malaysia perlu penambahbaikan dalam beberapa bidang….
Rangsangan
Pemikiran Berlapis
Kandungan Bukan Rutin
Situasi Sebenar
Tidak berulang Ciri utama
soalan KBAT
RANGSANGAN
Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis
Contoh: Petikan, gambar rajah, graf
KBAR / LOTS
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?
KBAT/HOTS
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda?
PEMIKIRAN BERLAPIS
Mentafsir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak yang lebih besar
Pemikiran aras tinggi memberi tumpuan kepada:
Mengaplikasi
Kebolehan menggunakan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu
Menganalisis
Mencerakinkan atau menstukturkan maklumat ke dalam bahagian yang kecil, menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau maklumat yang berkaitan antara satu sama lain
Menilai
Membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui pemeriksaan dan kritikan
Mencipta
Menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu, menyusun, menjana idea, merancang atau menghasilkan semula elemen ke dalam corak atau struktur yang baharu.
HASIL PROSES ANALISISSEGIEMPAT SEGITIGA BULATAN
HASIL PROSES SINTEKSIS
KONTEKS YANG BAHARU
~ Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada pelajar.
~ Bertujuan merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan semula apa yang telah dipelajari didalam bilik darjah
KBAR / LOTS
Satu sisiempat mempunyai sudut-sudut 100, 60, and 130 Apakah nilai sudut yang keempat?
KBAT/HOTS
- Bolehkah sisiempat mengandungi empat sudut cakah? Bagaimana anda tahu? - Bolehkah segitiga mengandungi lebih daripada satu sudut cakah? Terangkan. - Bolehkah sisiempat mengandungi dua sudut cakah? Sekiranya boleh, lukiskan rajah. Sekiranya tidak, terangkan. - Bolehkah sisiempat mengandungi tiga sudut cakah? Sekiranya boleh, lukiskan rajah. Sekiranya tidak, terangkan.
SITUASI SEBENAR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar
KBAR / LOTS
1.Cari perimeter segi empat tepat yang mempunyai panjang 8 meter dan lebar 17 meter. 2.Cari panjang sebuah segi empat tepat yang mempunyai luas 48 meter persegi dan lebar 6 meter.
KBAT/HOTS
Mamat ingin membina pagar bagi reban ayam yang berbentuk segi empat. Dia mempunyai 20 meter wayar pagar. 1.Apakah saiz segiempat yang boleh beliau hasilkan? 2.Bentuk manakah yang terbaik?
ITEM TIDAK BERULANG
• Item pelbagai/berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks bagi mewujudkan situasi yang baharu
KBAR / LOTS
Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat?
KBAT/HOTS
Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700?
Penyoalan yang berkesan adalah satu aset yang penting bagi setiap guru. Sama seperti seorang mekanik yang baik memilih alat yang tepat dan sesuai untuk kerja dan menggunakannya dengan betul. Seorang guru yang baik menggunakan soalan yang sesuai dengan tahap murid dan teknik penyoalan yang baik dan berkesan.
( Willian G Camp, Virginia Polytechnic Institute and State University)
RUMUSAN
KBAT perlu diselaraskan dengan kurikulum sedia ada.
Murid yang mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding, menganalisis dan membuat inferens berupaya meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran.
Jika aspek KBAT dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat yang berguna untuk membantu murid belajar. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan memperbaiki kelemahan diri.
Sangat diperlukan untuk hidup di dunia yang pesat berubah dan berorientasikan teknologi.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Sekian, terima kasih
44