Kawalan Dalam Pengurusan
-
Upload
zaini-bin-mat -
Category
Documents
-
view
8.715 -
download
11
Transcript of Kawalan Dalam Pengurusan
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 1
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 2
8.1 PENGENALAN FUNGSI KAWALAN
8.2 JENIS KAWALAN a. Kawalan Awalan b. Kawalan Semasa c. Kawalan Selepas
8.3 PROSES KAWALAN a. Langkah-langkah dalam proses kawalan
8.4 ALAT-ALAT KAWALAN a. Belanjawan
b. Carta Gantt c. Carta Pert/CPM d. Analisis Titik Pulang Modal (TPM) e. Pusat Tanggungjawab
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 3
OBJEKTIF
1. Memahami definisi dan kepentingan kawalan dalam organisasi
2. Memahami jenis-jenis kawalan3. Mengaplikasi langkah-langkah
dalam proses kawalan4. Memahami alat-alat kawalan
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 4
DEFINISI - Proses memantau prestasi dan pengambilan tindakan untuk memastikan hasil tercapai seperti yang dijangkakan.
(David A Holt, Management Principles & Practices)
DEFINISI - Proses untuk menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
8.1 PENGENALAN FUNGSI KAWALAN
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 5
KEPENTINGAN KAWALAN DALAM ORGANISASI
1. Pastikan objektif tercapai2. Mengukur prestasi pengurus dan pekerja3. Organisasi mempunyai kelebihan bersaing4. Mengukur prestasi perniagaan dengan melihat kepada
piawai/standard yang telah ditetapkan5. Jaminan kualiti produk dengan mengawasi, memeriksa
dan meningkatkan mutu kawalan.6. Mengenalpasti peluang dan ancaman terutamanya dalam
bidang persekitaran luaran seperti persaingan, perubahan teknologi, politik dan undang-undang, ekonomi, dan lain-lain.
7. Bersedia menghadapi perubahan. • Organisasi sentiasa berdepan dengan persekitaran
yang dinamik (sentiasa berubah) • Organisasi perlu bersedia dan peka dengan
perubahan yang akan berlaku terutamanya apabila ia melibatkan perubahan citarasa dan keperluan pengguna
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 6
8.2 - JENIS-JENIS KAWALAN
KAWALAN AWALAN
KAWALAN SEMASA
KAWALAN SELEPAS
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 7
DEFINISI - Merupakan kawalan yang dibuat terhadap input untuk memastikan input yang digunakan semasa proses transformasi telah memenuhi standard (piawaian) yang ditetapkan.
DEFINISI – Kawalan yang difokuskan kepada manusia, bahan (material) dan kewangan yang akan digunakan di dalam organisasi. ( Richard L. Daft, Management 6th. Edition )
• Input yang perlu dikawal mutu dan standardnya adalah seperti tenaga kerja, bahan mentah, mesin dan kewangan.
KAWALAN AWALAN
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 8
TUJUAN KAWALAN AWALAN
• Input perlu dipastikan mutunya untuk mengelakkan berlakunya kerosakan atau kecacatan yang serius kepada proses transformasi dan juga kepada output yang dihasilkan.
• Kawalan dilakukan untuk mengenalpasti dan mencegah daripada berlakunya kecacatan sebelum ianya terjadi.
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 9
ASPEK KAWALANINPUT
MANUSIA• kemahiran• kelayakan• ujian bebas dadah
BAHAN MENTAH• kualiti• masa penghantaran• penyelenggaraan
MESIN• keupayaan• penyelenggaraan
KEWANGAN• kenalpasti risiko• dokumen lengkap – mudah dapat pembiayaan
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 10
DEFINISI - Kawalan yang dilakukan untuk memantau aktiviti-aktiviti yang sedang dilakukan agar mematuhi/memenuhi standard yang telah ditetapkan (Richard L. Daft, Management 6th. Edition )
DEFINISI - Merupakan kawalan yang dilakukan semasa (serentak) proses tranformasi input kepada output berlaku.
KAWALAN SEMASA
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 11
Pengurus perlu kenalpasti masalah-masalah yang timbul semasa aktiviti transformasi yang boleh memberi kesan kepada aktiviti pengeluaran.
Melibatkan kawalan ke atas manusia dan proses kerja.
Peraturan dan undang-undang disediakan sebagai panduan kepada pekerja
Semua aktiviti kerja dimantau dan dikawal supaya menepati/menyamai piawaian yang disediakan
Pembetulan/pembaikan akan dilakukan jika terdapat mana-mana aktiviti yang tidak mencapai piawaian.
Teknologi digunakan bagi memudahkan proses kawalan – contoh : Syarikat pengangkut Schneider National and Covenant menggunakan komputer untuk mengesan kedudukan trak pengangkut dan status penghantaran.
KAWALAN SEMASA
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 12
TUJUAN KAWALAN SEMASA
1. Mempastikan semua proses kerja dilaksanakan menepati piawaian – meminimumkan kos kerosakan atau pengubahsuaian produk
2. Dapat mengenalpasti dengan tepat bahagian atau proses yang perlu dibaiki dan tindakan pembetulan dapat dilaksanakan dengan segera
3. Memantau prestasi pekerja dalam melaksanakan tugasnya.
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 13
CONTOH KAWALAN SEMASA
JABATAN/BAHAGIAN CONTOH KAWALAN
Juruwang di pasaraya
Penggunaan perisian pengurusan rekod tunai yang dapat mengelakkan penipuan oleh juruwang.
Bahagian Pengangkutan
Penggunaan komputer untuk mengesan kedudukan treler dan status penghantaran
Bahagian Pengeluaran
Pekerja meneliti mesin pengukur tahap keasidan air agar pH air menepati tahap yang dikehendaki
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 14
DEFINISI - Kawalan yang difokuskan kepada output organisasi. (Richard L. Daft, Management 6th. Edition )
• Dilakukan untuk memastikan bahawa output yang dihasilkan telah memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
• Sebarang kesilapan yang berlaku atau yang tidak memenuhi standard yang ditetapkan boleh dikenalpasti untuk dibuat pembetulan.
KAWALAN SELEPAS
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 15
TUJUAN KAWALAN SELEPAS
1. MENGUBAH POLISI JIKA TERDAPAT RUNGUTAN PELANGGAN TERHADAP PRODUK SYARIKAT
2. MELIHAT PRESTASI SYARIKAT SECARA KESELURUHAN
3. MEMPASTIKAN PRODUK MENCAPAI PIAWAIAN4. SEBAGAI MAKLUMBALAS – JIKA PERLU
PIAWAIAN (STANDARD) ATAU PENCAPAIAN (PERFORMANCE) PERLU DIUBAHSUAI
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 16
CONTOH KAWALAN SELEPAS
JABATAN/BAHAGIAN CONTOH KAWALAN
BAHAGIAN PENGELUARAN PEMERIKSAAN AKHIR PRODUK, PASTIKAN TIADA KECACATAN
BAHAGIAN KEWANGAN MENELITI BELANJAWAN UNTUK MENELITI ADAKAH SEMUA PERANCANGAN KEWANGAN TELAH DILAKSANAKAN MENGIKUT JADUAL
JABATAN PEMASARAN MEMBUAT SOAL SELIDIK PASARAN BAGI MENILAI TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PRODUK SYARIKAT
PENGETUA SEKOLAH MENELITI LAPORAN PRESTASI PELAJAR AKHIR TAHUN UNTUK MEMBENTUK STRATEGI BARU
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 17
Kaedah kawalan dalam proses pengeluaran
INPUT TRANSFORMASI OUTPUT
KAWALAN AWALANPastikan input
menepati piawaianyang ditetapkan
KAWALAN SEMASAPastikan hanya
tindakan yang betuldilaksanakan
KAWALAN SELEPASPastikan output
menepati piawaianyang ditetapkan dan menepati
kehendak pengguna
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 18
8.3 - PROSES KAWALAN
DEFINISI – Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal, melibatkan penetapan piawai, mengukur prestasi sebenar, membuat perbandingan antara prestasi dan piawai dan melakukan tindakan pembaikan supaya objektif yang dirancang tercapai.
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 19
PROSES KAWALAN
1. MENETAPKAN PIAWAI
2. MENILAI PRESTASI SEMASA
3. MEMBANDINGKAN PRESTASI DENGAN PIAWAIAN
YA
TERUSKAN
TIDAK 4. MEMBUAT TINDAKANPEMBETULAN
DAN PEMBAIKAN
YA
Sumber: Griffin, Business, International Edition
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 20
DEFINISI - Piawaian merujuk kepada kriteria yang ditetapkan untuk menilai ciri-ciri kualitatif dan kuantitatif bagi sesuatu yang hendak diukur. (Hellriegel, Jackson & Slocum – Management 8th. Edition)
Proses kawalan bermula dengan membentuk objektif dan piawaian (standard) yang ingin dicapai bagi semua aktiviti dan melibatkan keseluruhan pekerja di dalam organisasi.
Piawaian yang hendak dicapai ini perlulah: dinyatakan dengan jelas boleh diukur Realistik Mempunyai ciri-ciri dapat memotivasikan pekerja untuk
mencapainya
Contoh: Menetapkan setiap kotak mancis ada 50 batang anak mancis
LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAWALAN1. MENETAPKAN PIAWAI
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 21
• Pencapaian sebenar aktiviti-aktiviti kerja semasa akan dimantau dan diukur.
• Pengukuran boleh dilakukan secara kuantitatif dan juga kualitatif.
• Semasa mengukur, beberapa perkara perlu diambilkira:• Aktiviti yang ingin diukur• Bagaimana proses pengukuran akan dilakukan – secara
manual atau menggunakan mesin automatik• Kekerapan pengukuran dilakukan – melibatkan semua
aktiviti atau menggunakan sampel
Contoh – mengambil sampel sekotak mancis dan membilang kandungan batang mancis.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAWALAN2. MENGUKUR PRESTASI SEMASA
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 22
Pengurus perlu membuat perbandingan di antara piawaian yang ditetapkan dengan prestasi sebenar yang dicapai.
Tujuan perbandingan - mengenalpasti perbezaan di antara maklumat yang telah dikumpulkan daripada penilaian prestasi sebenar dengan piawaian yang telah ditetapkan
Untuk membuat perbandingan, lazimnya pengurus akan bergantung kepada laporan yang diserahkan kepadanya oleh staf bawahan yang merekodkan hasil keputusan kemajuan prestasi sebenar.
Dalam Proses Kawalan Statistikal (SPC) carta kawalan digunakan. Pencapaian dikira mencapai prestasi jika berada di dalam julat (range) yang ditetapkan
Contoh – membandingkan bilangan batang mancis adakah sama dengan piawaian. Ada 2 kemungkinan iaitu mengikut piawaian (50 batang mancis), menyimpang daripada piawaian – kurang atau lebih daripada 50 batang mancis
LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAWALAN3. MEMBANDINGKAN ANTARA PIAWAIAN DAN PRESTASI SEBENAR
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 23
Proses ini dilakukan sekiranya terdapat penyimpangan (prestasi sebenar lebih rendah daripada piawaian yang telah ditetapkan)
Tindakan pembetulan /pembaikan dilakukan ke atas tahap-tahap operasi tertentu yang dikenalpasti menyebabkan penyimpangan
Pengurus juga perlu mengumpul maklumat yang cukup dari berbagai sumber sebelum mengambil tindakan pembetulan supaya langkah yang tepat dapat diambil.
Jika didapati semua faktor yang dinilai tidak mencapai piawai, piawaian perlu diubahsuai – mungkin piawaian terlalu tinggi
Jika tiada penyimpangan, aktiviti akan diteruskan dan dikatakan mencapai piawaian dan tindakan susulan akan dilaksanakan
Contoh: Kotak mancis yang mengandungi kurang dan lebih daripada 50 batang mancis dikeluarkan dan diisi semula supaya menepati piawaian (50 batang mancis).
LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAWALAN4. TINDAKAN PEMBETULAN DAN PEMBAIKAN
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 24
8.4 - ALAT-ALAT KAWALAN
BELANJAWAN
CARTA GANTT
CARTA PERT/CPM
TITIK PULANG MODAL
PUSAT TANGGUNGJAWAB
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 25
DEFINISI BELANJAWAN – suatu penyata kuantitatif yang dinyatakan dalam nilai wang yang menghuraikan rancangan pihak pengurusan untuk mencapai objektif tertentu secara komprehensif dan terperinci untuk suatu siri tempoh yang ditetapkan di masa akan datang
KAWALAN BELANJAWAN – proses menetapkan sasaran perbelanjaan organisasi, memantau keputusan dan membandingkannya dengan belanjawan serta membuat perubahan jika perlu. (Richard L. Daft)
BELANJAWAN(ALAT KAWALAN)
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 26
TUJUAN BELANJAWAN
1. MEMBANTU MENYEDIAKAN PERANCANGAN AKTIVITI DENGAN LEBIH EFEKTIF
2. MEMBANTU MENGAGIHKAN SUMBER DENGAN BERKESAN
3. MEMBANTU DALAM MENGAWAL DAN MEMANTAU PENGGUNAAN SUMBER SEMASA DALAM TEMPOH BELANJAWAN
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 27
CONTOH ALAT BELANJAWANJENIS
BELANJAWAN
KEGUNAAN ASPEK KAWALAN
BELANJAWAN HASIL
Meramal perolehan jualan bulanan
Menentukan jualan dan hasil adalah seperti diramalkan
BELANJAWAN BAHAN
Jangkaan belian, berbeza bagi setiap tempoh bergantung kepada variasi
Supaya masa dan volum belian tepat, pengeluaran tidak tergendala
BELANJAWAN MODAL
Jangkaan peruntukan bagi belian aset seperti bangunan, kilang, peralatan
Pemilihan yang tepat, meminimumkan kos, memaksimumkan keuntungan, cepat pulang modal
BELANJAWAN TUNAI
Jangkaan penerimaan dan perbelanjaan tunai bagi siri tempoh tertentu
Mengawal aliran tunai keluar, menentukan keperluan tunai sentiasa dipenuhi
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 28
DEFINISI – Carta berbentuk bar yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut.
• satu kaedah perancangan dan kawalan grafikyang membolehkan pengurus menentukan tarikh-tarikh bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti atau projek.
• Jadual keseluruhan dibentuk dengan menetapkan masa permulaan dan masa siap setiap kegiatan yang perlu disempurnakan mengikut turutan sehingga tamatnya projek berkenaan.
• Carta Gantt digunakan untuk mengawal atau memastikan aktiviti perniagaan dilaksanakan seperti masa yang ditetapkan.
CARTA GANTT(ALAT KAWALAN)
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 29
AKTIVITI PROJEK MENGUBAHSUAI BILIK DARJAH
AKTIVITI MASAA – Dapatkan kelulusan kewangan 13 April – 20
April
B – Keluarkan kerusi meja dari bilik darjah 20 April – 24 April
C – Beli jubin baru 20 April – 11 Mei
D – Hantar kerusi meja ke bengkel perabot 24 April – 27 April
E – Tanggalkan jubin lama dari lantai bilik darjah
24 April – 8 Mei
F – Pasang jubin baru di lantai bilik darjah 11 Mei – 25 Mei
G – Baiki kerusi meja yang rosak 27 April – 8 Jun
H – Ambil kerusi meja dari bengkel perabot 8 Jun – 12 Jun
I – Susun semula kerusi meja di dalam bilik darjah
12 Jun – 19 Jun
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 30
15/6
22/68/6
1/6
25/5
18/5
11/5
4/5
27/4
20/4
13/4
AKTIVITI
MASA
I
H
G
F
E
D
C
B
A
CARTA GANTT – PROJEK MENGUBAHSUAI BILIK DARJAH
AKTIVITI SIAP AKTIVITI BELUM SIAP
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 31
CIRI-CIRI CARTA GANTT
1. DAPAT MENUNJUKKAN DENGAN JELAS AKTIVITI YANG SIAP DAN BELUM SIAP
2. KAWALAN MUDAH DILAKUKAN KERANA SEMUA AKTIVITI DISENARAIKAN SECARA TERSUSUN
3. MASA MULA DAN SIAP SESUATU AKTIVITI DITUNJUKKAN.
4. MUDAH DIGUNAKAN DAN MENARIK.5. CARTA INI BOLEH DIUBAHSUAI JIKA MASA
ASAL AKTIVITI PROJEK PERLU DIPINDA KERANA SESUATU SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 32
DEFINISI - Rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek di mana melaluinya masa terpanjang (laluan genting) projek dapat disiapkan boleh diketahui.
PERT/CPM menggunakan pendekatan grafik untuk menguruskan sesuatu projek.
Alat atau teknik yang digunakan oleh pengurus untuk mengenalpasti dan mengawal tindakan berasingan yang dilakukan untuk menyiapkan sesuatu projek.
Jaringan atau gambarajah menunjukkan hubungan serta turutan berlakunya setiap kegiatan-kegiatan dalam projek tersebut.
CARTA PERT/CPM(ALAT KAWALAN)
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 33
AKTIVITI PROJEK MENGUBAHSUAI BILIK DARJAH
AKTIVITI MASAA – Dapatkan kelulusan kewangan 13 April – 20
April
B – Keluarkan kerusi meja dari bilik darjah 20 April – 24 April
C – Beli jubin baru 20 April – 11 Mei
D – Hantar kerusi meja ke bengkel perabot 24 April – 27 April
E – Tanggalkan jubin lama dari lantai bilik darjah
24 April – 8 Mei
F – Pasang jubin baru di lantai bilik darjah 11 Mei – 25 Mei
G – Baiki kerusi meja yang rosak 27 April – 8 Jun
H – Ambil kerusi meja dari bengkel perabot 8 Jun – 12 Jun
I – Susun semula kerusi meja di dalam bilik darjah
12 Jun – 19 Jun
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 34
PROJEK PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH
Aktiviti Aktiviti Sebelum Masa(Hari)
A - 7
B A 4
C A 21
D B 3
E B 14
F C, E 14
G D 42
H F,G 4
I H 7
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 35
Mula 1
CARTA PERT/CPM
A7
B4
2
C
213
D4
4
5
E14
F
14
7G42
6 8 Tmt.H4
I7
Mula 1A7
B4
2
C
213
44
E14
F
14
42
5 6 Tmt.H4
I7
ATAU
D
G
LALUAN GENTING (CRITICAL PATH)Sumber: Griffin, Business, International Edition
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 36
LALUAN A,B,D,G,H,I = 7+4+4+42+4+7 = 66 HARILALUAN A,B,E,F,H,I = 7+4+14+14+4+7 = 50 HARILALUAN A,C,F,H,I = 7+21+14+4+7 = 53 HARI
LALUAN A,B,D,G,H,I DIKENALI SEBAGAI LALUAN GENTING (CRITICAL PATH)
MASA PROJEK DIJANGKA SIAP IALAH 66 HARI
LALUAN PROJEK
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 37
CIRI-CIRI CARTA PERT/CPM
• MENUNJUKKAN DENGAN JELAS AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK BOLEH DILEWATKAN (CRITICAL PATH)
• MENUNJUKKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DIPANJANGKAN (DELAY) TETAPI TIDAK MENJEJASKAN MASA SIAP PROJEK
• MENUNJUKKAN DENGAN JELAS HUBUNGAN ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI (SEPERTI AKTIVITI DIJALANKAN SERENTAK, AKTIVITI SEBELUM YANG PERLU DISIAPKAN SEBELUM MEMULAKAN AKTIVITI BARU)
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 38
DEFINISI – Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil) dengan kos untuk menentukan titik di mana jumlah hasil akan menyamai jumlah kos dan pada titik tersebut pulangan modal berlaku.
DEFINISI – Kuantiti produk yang perlu dijual sebelum penjual dapat melepasi kos berubah dan kos tetap dan membuat keuntungan
(Ricky W. Griffin, Business 4th. Edition)
Titik pulang modal tercapai bila Jumlah Hasil = Jumlah Kos
Jika harga jualan setiap unit meningkat, jumlah produk yang perlu dijual semakin rendah bagi mencapai pulangan modal
Jika bilangan produk yang dijual semakin meningkat, harga jualan seunit produk semakin rendah bagi mencapai pulangan modal
ANALISIS TITIK PULANG MODAL(ALAT KAWALAN)
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 39
TUJUAN ANALISIS TITIK PULANG MODAL
1. Syarikat dapat menentukan bilangan unit produk yang perlu dijual supaya semua kos tetap dan kos berubah dapat ditampung dan syarikat mula dapat keuntungan.
2. Dapat menentukan harga minimum yang perlu diletakkan bagi setiap produk bagi mencapai pulang modal.
3. Syarikat dapat menentukan masa untuk mendapat pulang modal dengan menentukan harga dan bilangan produk yang perlu dijual.
4. Menentukan sama ada syarikat mampu bersaing dan mendapat keuntungan dengan menawarkan produk pada tingkat harga tertentu
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 40
Kos/hasil(RM)
Kuantiti(Q)
Jumlah hasil (JH)25Q
Kos tetap150,000
Jumlah kos (JK)
10,000
150000+10Q
Katakan syarikat membeli CD dengan harga RM10 dan ingin menjual semula di pasaran dengan harga RM25 setiap satu. Berapakah kuantiti yang perlu dijual setahun supaya syarikat dapat menampung semua kos (kos tetap dan kos berubah) dan mencapai pulang modal. Kos tetap termasuk sewa bangunan, insurans dan gaji adalah berjumlah RM150,000 setahun.
TPM tercapai apabila: JH=HK
25Q=150,000+10QQ=10,000 unit
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 41
Titik Pulang Modal tercapai apabila: Jumlah Hasil =Jumlah Kos
pQ=F+vQpQ-vQ=FQ(p-v)=FQ=F/(p-v)
Di mana: p= harga Q= kuantiti TPM
v=kos berubah seunit F=kos tetap
RUMUS TITIK PULANG MODAL
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 42
DEFINISI - Kumpulan kerja, jabatan atau bahagian di dalam syarikat yang dibentuk dan bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang melibatkan kewangan masing-masing supaya selaras dengan belanjawan syarikat.(David H. Holt, Management – Principles & Practices)
• Untuk mengawal aktiviti pada setiap fungsi atau jabatan dalam organisasi, setiap fungsi dijadikan sebagai pusat tanggungjawab yang bertanggungjawab terhadap belanjawan syarikat.
PUSAT TANGGUNGJAWAB (RESPONSIBILITY CENTER)
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 43
PUSAT UNTUNG
PUSAT KOS
PUSAT HASIL
PUSAT TANGGUNGJAWAB
PUSAT PELABURAN
Sumber: David H. Holt, Management – Principles and Practices
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 44
Pusat ini bertanggungjawab untuk menilai kemampuan syarikat untuk menjana keuntungan menerusi hasil jualan dan operasi.
Semua jabatan jualan merupakan pusat hasil. Pusat ini memfokuskan tanggungjawab untuk meningkatkan
hasil jualan dan bukan mengawal kos jualan. Pusat hasil akan membandingkan pencapaian hasil jualan
dengan ramalan jualan yang disediakan di dalam belanjawan hasil.
Jika hasil jualan sebenar lebih rendah daripada belanjawan, siasatan akan dibuat untuk mengenalpasti punca dan langkah akan diambil untuk mengatasinya dengan segera.
PUSAT HASIL (REVENUE CENTERS)
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 45
PUSAT KOS (COST CENTERS)
Dikenali juga sebagai pusat perbelanjaan. Pusat ini hanya bertanggungjawab mengawal perbelanjaan
dan kos yang dijanakan melalui aktiviti-aktiviti kerja dan lazimnya pusat tidak bertanggungjawab secara langsung terhadap pendapatan.
Biasanya Jabatan Pengeluaran/Operasi, Jabatan Pentadbiran, Jabatan Pemasaran dan Unit Pembelian adalah pusat kos.
Pusat kos akan membuat penilaian terhadap segala perbelanjaan yang dapat di kawal dengan membuat perbandingan dengan belanjawan perbelanjaan (expense budget) termasuklah belanjawan tunai.
Belanjawan perbelanjaan akan menunjukkan semua perbelanjaan yang terlibat di dalam aktiviti utama syarikat.
Perbezaan antara perbelanjaan sebenar dan ramalan perbelanjaan dalan belanjawan akan memberi isyarat kepada pengurus untuk mengenalpasti punca dan cuba untuk mengatasinya dengan segera.
Terlebih atau terkurang belanja akan memberi kesan kepada pencapaian syarikat secara keseluruhan.
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 46
PUSAT UNTUNG (PROFIT CENTERS)
Pusat untung bertanggungjawab kepada kos dan juga hasil. Pencapaian dinilai dengan melihat perbezaan antara jumlah
hasil dan juga jumlah perbelanjaan bagi mengetahui kedudukan keuntungan.
Contoh - Jabatan Pemasaran mempunyai pusat hasil (pejabat jualan) dan pusat kos (meneliti kos dari aktiviti pengiklanan, kajian pasaran, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya). Dengan itu Pengurus Pemasaran bertanggungjawab untuk meneliti kedudukan keuntungan hasil daripada kombinasi operasi pusat hasil dan pusat kos tersebut.
Pusat untung akan melaporkan kedudukan sebenar sama ada untung atau rugi.
Maklumat akan dikongsi bersama dengan bahagian lain seperti Jabatan Pengeluaran bagi membolehkan tindakan pembetulan dijalankan jika terdapat mana-mana aktiviti yang bermasalah seterusnya dapat meningkatkan keuntungan di masa depan.
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 47
PUSAT PELABURAN (INVESTMENT CENTERS)
Merupakan unit di dalam organisasi di mana pengurus bertanggungjawab ke atas perbelanjaan modal dan struktur pelaburan.
Mengukur prestasi berdasarkan kepada pengurusan aset modal yang efektif. Ia termasuk kriteria hasil, perbelanjaan dan pelaburan yang akan mengukur keberkesanan penggunaan aset.
Pengurus akan menggunakan belanjawan modal sebagai panduan untuk membuat penilaian ke atas ketepatan perbelanjaan modal.
Kawalan bukan sahaja memantau perbelanjaan modal tetapi juga membuat penilaian ke atas keputusan yang diambil terhadap sesuatu pelaburan melalui analisis kewangan berkaitan seperti pulangan pelaburan, nilai bersih dan sebagainya.
04/12/23 Disediakan oleh En. Zaini B Mat 48