KATA TANYA
Click here to load reader
Transcript of KATA TANYA
TATABAHASA
??????
????+*###???
????@###^&?
TAJUK: KATA TUGAS (PRAKLAUSA)
KATA TANYA
Definisi: merupakan perkataan yang digunakan untuk menanyakan @ menyoal sesuatu.
Kata tanya terdiri daripada: mengapa, berapa, bila, apa, siapa, mana, bagaimana, dan kenapa.
Kata tanya Penggunaan kata tanya
Apa Untuk menanyakan nama benda atau binatang
Siapa Untuk menanyakan orang atau nama orang
Mana Untuk menanyakan manusia, benda dan tempat
Bagaimana Untuk menanyakan cara/kaedah dan keadaan
Bila Untuk menanyakan masa (hari, minggu, tempoh, zaman)
Mengapa Untuk menanyakan sebab
Berapa Untuk menanyakan bilangan atau jumlah
kenapa Untuk menanyakan sebab
Kata tanya Penggunaan dalam ayat
Mengapa
Berapa
bila
Dia merajuk mengapa?
Harga seluar ini berapa?
Dia pergi ke sana bila?
Bagaimana Keadaan ibu awak sekarangbagaimana?
Apa
Siapa
mana
Yang di atas meja itu apa?
Lelaki yang bertali leher itu siapa?
Buku latihan dia mana?
Sekiranya kata tanya berada dikedepankan, ianya mesti disertai dengan partikel-kah
Contoh:
1. Mengapakah dia merajuk?
2. Berapakah harga sehelai baju itu?
3. Siapakah lelaki yang bertali leher itu?
4. Bagaimanakah keadaan ibu awak sekarang?
1. ________ jumlah murid sekolah ini?
2. Budak yang pintar itu dari negeri ?
3. keadaan negara yang sedang
berperang itu?
4. Dia tidak hadir ?
1. berapakah
2. mana
3. bagaimana
4. mengapa