Kata Sendi Nama
-
Upload
mrs-mahadi -
Category
Travel
-
view
6.423 -
download
97
description
Transcript of Kata Sendi Nama
Mari Belajar Kata Sendi Nama bersama
SimpsonsDarjah 5- Penggal 3 Minggu 4
Pertama sekali, Kata Sendi Nama adalah perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.
Hari ini, kami akan belajar mengenai Kata Sendi Nama:
1. Kepada
2. Daripada
3. Ke
4. Dari
Kata sendi nama ‘kepada’ digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan haiwan atau manusia.
Contohnya:
Haziq memberikan bukunya kepada cikgunya.
Atau
Pak Atan memberi pisang itu kepada monyet yang di dalam sangkar itu.
Kata sendi nama ‘kepada’ juga boleh digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan perubahan
Contohnya:
Keadaan ekonomi negara berubah kepada tahap yang lebih baik.
Kata sendi nama ‘daripada’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan sumber atau asal kejadian sesuatu.
Contohnya:
Almari itu diperbuat daripada kayu jati.
Kata sendi nama ‘daripada’ juga boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan perbezaan atau perbandingan.
Contohnya:
Cara Rizwan berfikir lain daripada yang lain.
Kata sendi nama ‘di’ digunakan khusus untuk menunjukkan tempat atau arah.
Contohnya:
Saya tinggal di Jurong East.
Atau
Ada sebatang pokok manggis di belakang rumah saya.
Kata sendi nama ‘ke’ digunakan khusus untuk menunjukkan masa, tempat arah dan benda yang boleh dilihat tetapi tidak bernyawa seperti kerusi.
Contohnya:
Encik Mazlan berkereta ke pajabat.
Atau
Dia masih tidak boleh melupakan peristiwa itu hingga ke hari ini.
Baik, sekarang giliran awak mencuba.
Buat latihan yang terdapat di dalam Buku Teks halaman 15
Awak diberikan 10 minit sahaja.
Selamat Mencuba!