Kata Adverba Slide Shows Bm

16
KATA ADVERBA

description

Bahasa Melayu STPM Penggal 2

Transcript of Kata Adverba Slide Shows Bm

Page 1: Kata Adverba Slide Shows Bm

KATA ADVERBA

Page 2: Kata Adverba Slide Shows Bm

Kata adverba dikenali sebagai kata keterangan menerangkan kata kerja, kata adjektif,

dan frasa sendi nama. boleh hadir sebelum atau selepas frasa. tidak boleh menjadi unsur inti dalam

binaan frasa Oleh itu, kata adverba ini tidak tergolong

dalam golongan kata utama. kata adverba tergolong sebagai kata

tugas.

Page 3: Kata Adverba Slide Shows Bm

contohnya, Idris akan pulang nanti ( nanti ialah kata adverba yg menerangkan kata kerja pulang dan hadir selepas frasa)

Lelaki itu pura-pura baik untuk menarik perhatian gadis itu. ( pura-pura ialah kata edverba yang menerangkan kata adjektif dan hadir sebelum frasa)

Orang tua itu kadang-kadang ke hospital. ( kadang-kadang ialah kata adverba yang menerangkan frasa sendi nama ke hospital dan hadir sebelum frasa)

Page 4: Kata Adverba Slide Shows Bm

perkataan daripada golongan kata yang lain dapat menjadi kata adverba kerana mempunyai fungsi “ menerangkan”.

contohnya, 1) Dia berjalan cepat ( perkataaan cepat

tiadk tergolong dalam kata adjektif kerana perkataan tersebut telah berfungsi menerangkan perbuatan)

2) perjalanan ke ipoh cepat. ( perkataan cepat ialah kata adjektif kerana menjadi inti bagi frasa predikat)

Page 5: Kata Adverba Slide Shows Bm

adik tidur berdengkur. baju perempuan cina itu merah menyala.

mereka ke bandar berdua. kata yang dicondongkan di atas

menerangkan kata kerja,kata adjektif dan frasa sendi nama.

Page 6: Kata Adverba Slide Shows Bm

kata adverba terdiri daripada 4 bentuk iaitu: kata adverba jati Kata adverba yang asalnya kata adjektif Kata adverba yang asalnya kata kerja

dan Kata adverba bentuk gandaan.

1. kata adverba jati sekumpulan kata yang berfungsi

menerangkan kata kerja atau frasa kerja,kata adjektif atau frasa adjektif dan frasa sendi nama.

contohnya, tadi, esok, begitu, saling, sekaligus, agaknya kadang-kadang.

Page 7: Kata Adverba Slide Shows Bm

dia kadang-kala ke kedai itu. saya akan membuat pembayaran sekali

gus.2) kata adverba yang asalnya kata adjektif kata adjektif yang menerangkan kata

kerja atau frasa kerja,kata adjektif atau frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contohnya, bergerak perlahan, berjalan lancar, segera tegas.

Program kami berjalan lancar. Air sungai itu bergalir deras. Kami ke hospital segera.

Page 8: Kata Adverba Slide Shows Bm

3) Kata adverba yang asalnya kata kerja terdiri daripada kaat kerja yang

menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contohnya, tidur bersandar, makan bersila bersendirian.

Mereka itu duduk bersila. Encik Lim duduk menyendiri sejalk

kematian isterinya.4) Kata adverba bentuk gandaan

I. penggandaan penuhII. Penggandaan separaIII. Penggandaan berentak

Page 9: Kata Adverba Slide Shows Bm

I. kata adverba penggandaan penuh jarang-jarang, besar-besar sama-sama

dan senyap-senyap kami bertindak senyap-senyap. pasangan pengantin itu sama-sama

cantik.II. Kata adverba penggandaan separa. tersekat-sekat, terburu-buru dan

bersungguh-sungguh. adik menangis teresak-esak. kita janganlah bertindak terburu-buru.

Page 10: Kata Adverba Slide Shows Bm

kata adverba berbentuk gandaan separa dengan akhiran –an, : habis-habisan, kecil-kecilan, dan besar-besaran.

Mereka mengadakan kenduri besar-besaran.

Dia bertindak terang-terangan. kata adverba berbentuk gandaan separa

dengan imbuhan se- dan pascakata –nya.: sebaik-baiknya, semahu-mahunya, seindah-indahnya.

Saya akan bekerja sebaik-baiknya. Adik menangis semahu-mahunya.

Page 11: Kata Adverba Slide Shows Bm

III. Kata adverba penggandaan berentak. lintang-pukang, bolak-balik dan

simpang-siur. Mereka lari lintang-pukang. Dia bercakap bolak-balik.

Page 12: Kata Adverba Slide Shows Bm

makna kata adverba1. waktu Amir hendak pulang sekarang.Bas ekspres itu tiba lewatAbang baru pulang dari pejabat.2. Cara Menerangkan sesuatu perbuatan

dilakukan.Hamid suka duduk menyendiriKamu perlu berbuat begini.Buruh itu kerja bermati-matian.

Page 13: Kata Adverba Slide Shows Bm

3. Ragam menrangkan ragam atau keadaan

kepastian berlakunya sesuatu perbuatan.Saya tentu sampai di sana petang ini.Pelajar itu betul-betul gembira dengan

keputusan peperiksaannya.4. Jarak menerangkan jarak yang berkaitan

dengan kata kerja yang diterangkan.Zaini duduk dekat dengan saya.Datuk pergi jauh meninggalkan kita.

Page 14: Kata Adverba Slide Shows Bm

5. Keadaan menerangkan keadaan atau sifat kata

kerja dan kata adjektif.Askar itu berambut pendek.Buku-buku itu disusun rapi.Cili itu dipotong nipis.6. Sifat perasaan menerangkan perasaan berkaitan

dengan sesuatu kata kerja.Ibu berasa rindu akan adik sejak adik di

universiti. Dia bercakap benar setiap kali berbicara.

Page 15: Kata Adverba Slide Shows Bm

Kata pascakata merupakan unsur kata yang tidak dapat

berdiri sendiri ,sebaliknya hadir selepas sesuatu kata. Contohnya partikel –nya yang berfungsi sebagi penekan dan pembenda dan tidak berfungsi sebagai kata ganti nama diri.

kata pembenda. digabungkan dengan perkataan yang tidak

hadir daripada kata nama atau frasa nama. Menjadi kata nama selepas menerima partikel –nya.

1) Lajunya tidak terkejar olehku. 2) Datangnya macam kilat.

Page 16: Kata Adverba Slide Shows Bm

kata penekan partikel –nya berfungsi sebagai penekan

dan memberikan pengesan kepada kata yang bergabung dengannya. Contohnya:

1) Yang sakitnya itu sebenarnya adik saya.

2) Sesungguhnya saya amat kagum akan kebolehannya.

3) Cuaca nampaknya semakin gelap.