Kata Adjektif
-
Upload
abdul-manaf-bin-mohd-yasir -
Category
Education
-
view
41.524 -
download
5
description
Transcript of Kata Adjektif
KATA ADJEKTIF
kata yang digunakan untuk menyatakan keadaan atau sifat bagi sesepatah kata nama atau sebaris frasa nama. Kata adjektif yang dikenali juga dengan nama kata sifat boleh didahului atau diikuti dengan kata penguat seperti sangat, amat, sungguh, terlalu, terlalu, banyak dan sebagainya.
KATA ADJEKTIF
1. Pokok di belakang rumah saya tinggi.
2. Air kopi yang dihidanginya sejuk.
3. Budak yang berusia tiga tahun itu bijak.
4. Malam Jumaat itu sungguh sunyi.
5. Buah limau yang dibeli oleh emak sangat masam.
6. Anak hartawan itu amat angkuh.
7. Buah cempedak di dusunnya banyak sekali.
8. Suara penyanyi veteran itu masih merdu.
9. Hidupnya bahagia, walaupun hartanya sedikit.
Berdasarkan makna,kata adjektif dapatdigolongkan pada
9 jenis.
Berdasarkan makna,kata adjektif dapatdigolongkan pada
9 jenis.
KATA ADJEKTIFKATA ADJEKTIF
KATA ADJEKTIF JARAKKATA ADJEKTIF JARAK
KATA ADJEKTIF SIFATKATA ADJEKTIF SIFAT
KATA ADJEKTIF CARAKATA ADJEKTIF CARA
KATA ADJEKTIF UKURANKATA ADJEKTIF UKURAN
KATA ADJEKTIF PANCAINDERAKATA ADJEKTIF PANCAINDERA
KATA ADJEKTIF WARNAKATA ADJEKTIF WARNA
KATA ADJEKTIF PERASAANKATA ADJEKTIF PERASAAN
KATA ADJEKTIF BENTUKKATA ADJEKTIF BENTUK
KATA ADJEKTIF WAKTUKATA ADJEKTIF WAKTU
KATA ADJEKTIF KEADAAN
10. Budak bijak itu menerima hadiah daripada pengetua sekolah.
11. Orang jahat itu telah diberkas oleh polis semalam.
12. Tubuh anak gadis Encik Karim sangat kurus.
13. Kehidupan penyanyi terkenal itu amat sederhana.
14. Pemuda itu selalu ditegur kerana kelakuannya kasar.
KATA ADJEKTIF WARNA
15. Wanita itu memakai selendang sutera biru.
16. Daun-daun pokok itu hijau dan buahnya lebat.
17. Bendera kebangsaan negara baru itu merah, biru, kuning dan putih.
KATA ADJEKTIF UKURAN
18. Pembaris panjang itu dipatahkan oleh adik.
19. Sekolah rendah itu akan ditutup tidak berapa lama lagi.
20. Dia sudah selesai membaca buku yang tebal itu.
KATA ADJEKTIF BENTUK
21. Lelaki yang berperut buncit itu bapa saudara saya.
22. Dua garisan yang lurus dan selari tidak mungkin bertemu.
23. Bola yang dipegangnya lonjong.
KATA ADJEKTIF PANCAINDERA
35. Masakan di restoran baru itu sangat lazat.
36. Dia makan pisang yang kelat itu.
37. Wajahnya masam ketika saya tiba ke rumahnya.
38. Suara penyanyi itu lunak dan lantang.
KATA ADJEKTIF WAKTU
24. Baju yang baharu itu berwarna-warni.
25. Usah dikenang kisah-kisah silam itu.
26. Makanan segera biasanya kurang berkhasiat.
KATA ADJEKTIF CARA
30. Penyanyi lincah itu akan berlakon filem.
31. Lelaki gemuk itu gopoh sewaktu bekerja.
32. Penerangannya tentang pelajaran itu sangat jelas.
KATA ADJEKTIF PERASAAN
32. Dia amat sayang akan kedua-dua orang tuanya.
33. Sultan gembira kerana dikurnia seorang putera.
34. Budak kecil itu rindu akan ibunya yang sudah meninggal dunia.
KATA ADJEKTIF JARAK
27. Dia nyaris ditabrak oleh sebuah teksi.
28. Peristiwa itu berlaku dekat dengan rumah saya.
29. Kolam renang itu hampir dengan sekolahnya.