Karangan Penuh Kepentingan Pelaburan Kepada Masyarakat

download Karangan Penuh Kepentingan Pelaburan Kepada Masyarakat

of 2

description

2312

Transcript of Karangan Penuh Kepentingan Pelaburan Kepada Masyarakat

Karangan penuh :

Pelaburan ialah kaedah penanaman modal terhadap sesuatu syarikat dengan tujuan untuk mendapat keuntungan dalam tempoh tertentu. Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh disertai seperti pelaburan amanah saham dan pelaburan terbuka. Contohnya, Amanah Saham Nasional Berhad dan Amanah Saham Didik. Amalan melabur wajar diamalkan kerana banyak kepentingannya kepada masyarakat. Antara kepentingan melabur kepada masyarakat ialah simpanan untuk masa depan atau untuk usia tua. Hal ini kerana apabila usia kita telah meningkat, kemampuan untuk bekerja semakin berkurangan. Tambahan pula, orang yang berada di sekeliling kita sekarang belum tentu dapat menyara kita pada usia tua kelak. Penting untuk kita melabur sekarang sebagai persiapan kita menghadapi hari tua. Sejajar dengan peribahasa, sediakan payung sebelum hujan. Selain itu, pelaburan penting untuk pendidikan anak-anak. Kos untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah semakin mahal pada masa ini. Pinjaman atau biasiswa yang disediakan kerajaan mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos pengajian tersebut. Pelaburan yang dibuat ibu bapa pada masa ini mampu menyerap kenaikan kos pengajian yang semakin meningkat kelak. Seterusnya, pelaburan juga penting sebagai pengurangan inflasi. Kenaikan harga barang keperluan asas seperti gula, garam, beras dan sebagainya menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Pendapatan yang diperolehi tidak mampu menampung kenaikan harga barangan tersebut. Oleh itu, melabur dapat menghadapi masalah inflasi iaitu peningkatan harga barang di pasaran. Akhir sekali, pelaburan juga memberi keuntungan kepada negara dan juga kepada pelabur. Melabur seperti rumah, hartanah, saham dan sebagainya dapat memberi keuntungan lumayan. Bukan itu sahaja, pelabur asing secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur negara ini kerana teknologi dari luar negara di bawa masuk ke negara kita. Kesimpulannya, pelaburan amat penting bagi memenuhi tujuan kita. Pelaburan awal akan memberi keuntungan untuk masa depan kita. Oleh itu, amalan melabur wajar diterapkan dalam kalangan masyarakat agar masa depan terjamin. Jangan hendaknya, sudah terhantuk baru tergandah, kerana kesukaran hidup pada masa tua sukar dijangka.

(Nicholas Seling dan Gerry Betty)5C/2014