Karangan fakta
-
Upload
alex-dudley -
Category
Education
-
view
24 -
download
4
Transcript of Karangan fakta
Cara-cara Membalas Jasa Guru.
Kita perlu menjadi seorang yang tahu membalas jasa. Di rumah kita perlu membalas
jasa ayah dan ibu.Di sekolah pula kita perlu membalas jasa guru.
Untuk membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar.Sebagai contoh, semasa di
dalam kelas, kita memberikan tumpuan semasa guru mengajar.Kesannya, kita akan
mendapat keputusan yang cemerlang dan sudah tentu guru kita akan merasa gembira.
Kita juga perlu mengamal segala nasihat guru.Sebagai contoh guru mahu kita
bersikap berbudi bahasa.Oleh itu, apabila kita bertemu dengan guru, kita perlu
menunjukkan sikap lemah lembut.
Seterusnya, kita tahu menghargai jasa guru.Sebagai contoh, kita mengucap
terima kasih atau member hadiah ketika Hari Guru.Kesannya, guru merasa murid-
muridnya insane yang tahu mengenang budi.
21
Selanjutnya, kita perlu menghargai guru walaupun kita sudah meninggalkan
alam persekolahan.Sebagai contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita di sekolah
rendah satu ketika dahulu.Cara ini dapat mengeratkan siraturrahim yang sudah lama
terjalin.
Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membalas
jasa guru. Oleh itu, kita berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.Orang
berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa – Tiap-tiap pemberian orang
hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus berterima kasih.
SOALAN : Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang
cara-cara menjaga kesihatan diri. Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka
sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak
cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara yang laing
mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain
pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan
langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Selain itu,
pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan
segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak
dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Malah, aktiviti bersenam juga
mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh
dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap
imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit. Seseorang itu juga
perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual
sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah
menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu. Kesimpulannya,
menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan
penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan
seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan
keluarga.
s