Karangan bahasa melayu

15
Karangan: implikasi penggunaan telefon bimbit terhadap pelajar di sekolah.

Transcript of Karangan bahasa melayu

Page 1: Karangan bahasa melayu

Karangan: implikasi penggunaan telefon

bimbit terhadap pelajar di sekolah.

Page 2: Karangan bahasa melayu
Page 3: Karangan bahasa melayu

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains danteknologi ini, penggunaan telefon bimbit telahmenjadi satu keperluan kepada kebanyakan umatmanusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalamkehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistikmarcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remajadan pelajar serta murid sekolah rendah jugaberupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja danmurid sekolah rendah turut mengikut jejak orangdewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkahterlintas dalam benak kita tentang implikasipenggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan burukyang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikandengan terperinci demi kebaikan bersama.

Page 4: Karangan bahasa melayu

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawapenggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahimdan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masakerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar jugaboleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas(SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagaicontoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran diRusia dapat menghubungi keluarganya yang berada diMalaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranyamahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, diaterpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untukmenelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlumengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdaluntuk mengukuhkan hubungan.

Page 5: Karangan bahasa melayu

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak bolehdikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit jugamenimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlumengurangkan penggunakan telefon bimbit keranapenggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal inidikatakan demikian kerana golongan remaja seperti sayayang umur baru setahun jagung, darah baru setampukpinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaruapabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itusahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung biltelefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadarbayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukurbaju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantukbaru tengadah. Bak kata pepatah melayu,”ingat sebelumkena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar harusmengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapatmengelakkan pembaziran

Page 6: Karangan bahasa melayu

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajarsememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal iniberlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpakawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawanuntuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentakdengan masalah “pasangan” yang berlaku di bangkusekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalanganpelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefonbimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukanperhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainanvideo. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangantelefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkanpelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.

Page 7: Karangan bahasa melayu

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskankesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefonbimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal inimenyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perutdan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit. Merekatelah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibubapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akanmengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefondan akan mengganggu fungsi saraf otak sehinggamenyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajarsepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak katapepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiadagunanya”

Page 8: Karangan bahasa melayu

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalamkalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesanburuk daripada kesan baik. Pelajar seyogianyamemanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukanpenggunaan telefon bimbit kerana yang baikdijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampaijadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakanoleh semua pihak secara berterusan dan jangansekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untukmembasmi masalah yang timbul ekoran daripadapenggunaan telefon bimbit serta melahirkan remajayang berwawasan kerana pemuda harapanbangsa, pemudi tiang negara.

Page 9: Karangan bahasa melayu
Page 10: Karangan bahasa melayu

Era digital ini, penggunaan telefon bimbit dalamkalangan rakyat Malaysia semakin meningkat darisemasa ke semasa. Menurut KementerianPenerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, secarapurata, seorang rakyat Malaysia kini memiliki duabuah telefon bimbit. Statistik tersebut jelasmenunjukkan bahawa telefon bimbit sememangnyamenjadi satu keperluan dalam kehidupan kita. Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan kebenaran kepada pelajar sekolahuntuk membawa telefon bimbit ke sekolah mulaitahun hadapan. Pengumuman tersebut menimbulkanpelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa dan guru. Hal ini demikian kerana terdapat implikasi-implikasinegatif penggunaan telefon bimbit dalam kalanganmurid di sekolah.

Page 11: Karangan bahasa melayu

Pertama sekali, pembawaan telefon bimbit kesekolah akan meningkatkan kes kecurian disekolah. Pelajar-pelajar sekolah seringmenjadikan telefon bimbit sebagai lambangstatus diri mereka. Oleh itu, kebanyakan pelajarsuka membeli telefon bimbit yang berhargatinggi. Namun begitu, terdapat segelintir pelajaryang panjang tangan dan mengambil kesempatanini untuk menjalankan „operasi‟ mereka. Lebihmembimbangkan lagi apabila terdapat pelajaryang sanggup mengugut dan merompak pelajar-pelajar yang lebih muda daripada mereka. Keadaan ini akan meningkatkan kes buli danseterusnya membebankan guru-guru disiplin.

Page 12: Karangan bahasa melayu

Selain itu, pembelajaran di dalam kelas juga akanterganggu jika pelajar dibenarkan membawa telefonbimbit ke sekolah. Hal ini demikian kerana pelajarkni sering gemar menghantar pesanan melalui sistempesanan ringkas malah „berbual‟ dengan rakan-rakanmereka secara maya. Keadaan ini bertambah burukapabila telefon bimbit dijadikan sebagai alat untukmeniru semasa peperiksaan. Pelajar akan bertukarjawapan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sesamarakan-rakan mereka. Lebih-lebih lagi, nota-nota ringkas boleh disimpan dalam bentuk gambar dalamtelefon bimbit dan digunakan untuk meniru semasapeperiksaan. Maka, pembelajaran melalui sistempeperiksaan hanya sia-sia jika pelajar dibenarkanuntuk membawa telefon bimbit ke sekolah.

Page 13: Karangan bahasa melayu

Di samping itu, penggunaan telefon bimbit dalamkalangan murid di sekolah juga boleh menyebabkanmereka menyalahgunakannya untuk tujuan tidakberfaedah. Kepelbagaian teknologi telefon bimbitakan menyebabkan tunas-tunas yang baru sahajamengenali dunia ini mudah terpengaruh dengananasir negatif. Contohnya, pelajar-pelajar bolehmemuat turun gambar-gambar lucah danmenyebarkannya dalam kalangan rakan-rakan merekadengan hanya menekan beberapa butang. Bukan itusahaja, malah sistem pesanan ringkas berantai pula akan memudahkan kegiatan gangsterisme dalamkalangan murid-murid sekolah. Keadaan iniseterusnya akan membantutkan usaha pelbagai pihakuntuk melahirkan modal insan cemerlang untuknegara.

Page 14: Karangan bahasa melayu

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai

implikasi penggunaan telefon bimbit dalam

kalangan murid di sekolah. Oleh itu, pihak

kerajaan harus menitikberatkan langkah

membenarkan pembawaan telefon bimbit ke

sekolah kerana sesal dahulu pendapatan,

sesal kemudian tiada gunaya. Persepsi ibu

bapa dan guru perlu diutamakan supaya

kepputusan yang tepat dapat diambil dalam

jangka masa yang pendek.

Page 15: Karangan bahasa melayu

9A SPM 2014.