Kandang sdn bhd

download Kandang sdn bhd

of 29

  • date post

    25-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    165
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Kandang sdn bhd

KANDANGKU SDN BHD

PROJEK Penternakan & PEMASARAN kambing

RINGKASAN EKSEKUTIFPada tahun 2005 permintaan terhadap daging kambing adalah sebanyak 14,000 tan, berbanding pengeluaran hanya 983 tan. Berdasarkan penggunaan perkapita sebanyak 0.65 kilogram setahun manakala permintaan dijangka meningkat kepada 16,800 tan sedangkan pengeluaran yang di jangka hanyalah 1,200 tan. Pada masa sekarang penternakan kambing dalam negara hanya mampu menampung 8% daripada jumlah permintaan. Selebihnya daging kambing diimport daripada luar negara terutamanya dari Australia. Ini menunjukkan negara sangat memerlukan penternak-penternak intensif untuk menampung jumlah permintaan yang sangat tinggi ini.Projek penternakan kambing secara komersial adalah projek yang kurang mendapat perhatian khususnya golongan belia pada masa ini. Oleh yang demikian, saya bertekad untuk menjadi perintis dan pemangkin bagi golongan ini dalam melaksanakan industri ternakan kambing secara komersial bertepatan dengan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RM8) untuk memajukan sektor pertanian dan penternakan. Sasaran saya adalah pasaran tempatan di sekitar kawasan utara.Dengan bantuan dan sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan, saya yakin mampu melakukan yang terbaik dengan bantuan yang diberikan.

OBJEKTIF PROJEKProjek penternakan kambing ini berperanan sebagai :

1. Pemangkin kepada aktiviti penternakan yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber ekonomi bagi diri dan masyarakat setempat.

2. Menjadi contoh kepada golongan belia terutamanya mahasiswa, bahawa sektor pertanian dan penternakan bukanlah suatu sektor picisan. Ini kerana, ia menjanjikan pendapatan yang lumayan.

3. Penggerak kepada budaya kerja sektor ternakan kepada aktiviti yang boleh menyemarakkan semangat kerjasama dan penjelmaan semangat jati diri yang tinggi di kalangan masyarakat.

4. Mewujudkan masyarakat yang berdaya maju dalam bidang ternakan khasnya dan pertanian amnya. Ini bertepatan dan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8).

5. Menghasilkan peluang pekerjaan baru yang berdaya ekonomi intensif dan efisyen kepada masyarakat kampung. Ini kerana, penternakan kambing ini dilakukan secara sistematik dan intensif.

OBJEKTIF SYARIKATSyarikat saya diberi nama Kandangku Sdn.bhd. Jenis syarikat saya ialah syarikat jenis perkongsian. Syarikat kami menjalankan perniagaan penghasilan produk agro iaitu menternak kambing dan menjual daging kambing. Perniagaan kami dijalankan di suatu kawasan berhampiran di suatu kawasan berhampiran kawasan ladang getah Jitra, Kedah.Tarikh syarikat kami ditubuhkan pada 31 Januari 2011.Kami memilih perniagaan menternak kambing ini kerana permintaan daging kambing yang semakin meningkat terutamanya apabila tiba musim hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha. Jangkaan syarikat kami pada masa hadapan ialah kami dapat menjadi salah satu pembekal daging kambing yang popular di kalangan perniaga kambing sekitar negeri Kedah serta merupakan pembekal daging kambing yang terbesar di negeri Kedah. Syarikat Kandangku Sdn.Bhd. menjalankan kegiatan membekalkan daging kambing, ternakan kambing, menjual kambing. Selain itu, kami mengeluarkan produk halal yang baru berasaskan kambing contohnya sabun, minuman kasihatan, produk tenusu dan lain-lain. Sasaran pelangan syarikat kami ialah bumiputera. Permintaan daging kambing pada hari raya Aidilfitri, hari raya Aidiladha dan hari-hari keramaian seperti kenduri adalah amat tinggi. Tambahan pula, produk-produk halal seperti di atas, syarikat mensasarkan kepada pelangan yang mementingkan kecantikan dan

kebersihan diri.

Pelangan juga tidak akan berasa ragu-ragu untuk menggunakan

produk yang halal dari syarikat kami. Tambahan pula, kami membuat baja daripada najis kambing dan ini dapat menambah pendapatan kami. Selain itu,syariakat kami juga memasarkan di produk-produk di pasaraya yang terkemuka. Tambahan

pula,syariakat kami mensasarkan untuk mengeksport daging kambing halal ke seluruh Negara. Dengan menggunakan strategi pemasaran ini, syarikat kami yakin akan

dikenali oleh ramai pelanggan serta dapat meningkatkan produktiviti syarikat kami.

VISIMenjadikan syarikat kami salah satu syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang paling berjaya di Malaysia seterrusnya syarikat kami pembekal daging kambing halal lagi suci terkemuka di rantau Asia Tenggara.

MISIMenjadikan syarikat kami setaraf dengan syarikat terkemuka lain yang menjalankan perniagaan dalam bidang ternakan serta wujudkan daya persaingan perniagaan yang sihat dengan syarikat lain.

TUJUANTujuan permohonan ini dibuat ialah untuk memohon pinjaman, geran atau dana daripada pihak institusi kewangan (bank), pembiaya atau penaja bagi memajukan lagi projek penternakan kambing yang sedang saya jayakan ini. Diharap pihak tuan dapat menimbang seterusnya menerima permohonan yang saya ajukan ini. Oleh itu, saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat mempertimbang sebaik-baiknya proposal saya ini.

TUJUAN PINJAMANSecara spesifiknya tujuan pinjaman ini dipohon adalah untuk mengembangkan lagi projek penternakan kambing yang telah saya jalankan. Ini kerana, saya sangat-sangat memerlukan bantuan pinjaman, geran atau dana bagi menjadikan projek ini lebih ekonomik dan intensif dalam pengeluaran hasil.Pinjaman, geran atau dana yang diberikan adalah untuk membiayai kos yang meliputi pembelian kambing,

pembangunan tanah, pembaikan bangunan ladang, peralatan ladang, sumber elektrik, saluran air paip & utiliti. Jumlah keseluruhan kos bagi mengembangkan projek ini ialah sebanyak RM 50,000.00.

CAGARANUntuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Pertanian, saya telah mendapat kebenaran ibu saya untuk mencagar tanah hak miliknya iaitu HSM 210 Mukim Tebengau yang beralamat di Kampung Kuala Sungai Papan,Mukim Tebengau.Bersama ini telah saya sertakan surat kebenaran daripada ibu saya untuk menbuat cagaran tersebut.

Kandangku Sdn.Bhd, Kampung Sungai Papan Mukim Tebengau 06600 Kuala Kedah Kedah Darul Aman Pengarah Pertanian Negeri Jabatan Pertanian Negeri Kompleks Pertanian Telok Chengai Kedah Darul Aman 6 Februari 2011

Tuan, MEMOHON MEMBUKA PERNIAGAAN TERNAKAN KAMBING Kami dari syariakat yang beralamat tertera di atas ingin menyerahkan rancangan perniagaan yang telah kami sediakan kepada pihak tuan. 2. Syarikat kami menjalankan perniagaan berasaskan haiwan ternakan kambing. Kami ingin menjadikan syarikat kami salah satu pembekal daging terbesar di negeri Kedah. 3. Kami telah membuat kos pengiraan untuk membuka perniagaan berserta pengiraan anggaran keuntungan yang bakal kami perolehi apabila menjalankan perniagaan ini. Kami menjangkakan bakal memperolehi keuntungan dalam lingkungan RM10,000 sebulan menjelang lima bulan selepas beroperasi dan dijangka terus meningkat. Bersama surat ini, turut disertakan bersama rancangan perniagaan tersebut. 4. Diharapkan pihak tuan dapat meluluskan rancagan perniagaan yang telah kami sediakan agar kami dapat menjalankan perniagaan secepat mungkin tanpa ada sebarang masalah. Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat kami hargai. Sekian, Terima kasih ... ( MOHD FAUZI BIN ASARI )

FAKTOR PEMILIHAN PERNIAGAANMenyediakan peluang pekerjaan kepada bumiputera Produk baru Mengurangkan daging lembu eksport Meningkatkan pengeluaran daging lembu bumiputera Mendapat daging dan produk yang halal

JANGKA MASA DEPAN SYARIKATMeningkatkan ekonomi orang melayu Meneroka pasaran baru Mempunyai cawangan setiap negeri Eksport daging ke luar Negara Najis di gunakan untuk baja Mengeluarkan produk yang baru berasaskan kambing contohnya : Sabun, losyen, minuman kesihatan, produk tenusu dan lain-lain.

LATAR BELAKANG SYARIKATNama syarikat Alamat : Syarikat Kandangku Sdn.Bhd : Syarikat Kandangku Sdn.Bhd, Kampung Sungai Papan, Mukin Tebengau, 06600 Kuala Kedah.Kedah No. Telefon Jenis Perniagaan Aktiviti Utama : 019-5720434 : Jualan Produk : Menternak, membekal daging kambing dan menjual kambing Tarikh ditubuhkan Nama Bank No.Akaun : 31 Januari 2011 : CIMB : 02170004773523

LATAR BELAKANG PEMILIKNama Pemilik/Rakan Kongsi No Kad Pengenalan Alamat tetap : Mohd Fauzi Bin Asari : 810723-02-5143 : Kampung Sungai Papan,Mukim Tebengau,06600 Alor Setar,Kedah. No telefon Tarikh Lahir Umur Taraf Perkhawinan Kelayakan Akademik Kursus yang dihadiri Kemahiran Pekerjaan sekarang : 019-5720434 : 23 Julai 1981 : 30 Tahun :Berkahwin :Diploma Perguruan : Kursus Perternakan Kambing Boer : Berniaga : Guru

Pengalaman lalu dalam perniagaan:Peniaga Ikan di pasar tani

RANCANGAN PENTADBIRANCARTA ORGANISASI PENTADBIRANPENGURUS BESAR MOHD FAUZI BIN ASARI

PENGURUS KEWANGAN MAZNEE BT OTHMAN

EKSEKUTIF PEMASARAN AHMAD FAIZAL AHMAD ZUBIR

PENGURUS OPERASI YUSNITA BINTI YATIM

PEKERJA AM

PEKERJA AM

BIDANG TUGAS KAKITANGAN

JAWATAN PENGURUS BESAR -

TUGAS Memantau bahagian kewwangan dan Bahagian operasi. Menguruskan bahagian pemasaran Menguruskan bahagian kewangan syarikat. Menyediakan penyata kewangan syarikat Menyediakan penyata gaji pekerja Menjalankan tugastugas promosi Menguruskan bahagian operasi Memastikan kebajikan -

TANGGUNGJAWAB Memastikan semua tugas berjalan lancer tanpa timbul masalah

-

PENGURUS KEWANGAN

-

-

-

Memastikan penyata disediakan mengikut masa yang telah ditetapkan Memastikan tiada penyelewengan kewangan berlaku Memastikan sasaran jualan tercapai Memastikan semua pekerja am menjalankan tugas dengan baik tanpa sebarang masalah Memastikan semua kambing ternakan berada dalam keadaan sihat tanpa sbarang masalah.

EKSEKUTIF PEMASARAN

-

-

PENGURUS OPERASI

-

-

PEKERJA AM

-

Menjaga dan menguruskan kambing ternakan mengikut garis panduan kerja yang telah ditetapkan

-