Kajian Tulisan Pemulihan Khas

download Kajian Tulisan Pemulihan Khas

of 13

Transcript of Kajian Tulisan Pemulihan Khas

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    1/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    215

    KAJIAN KES KE ATAS KEKEMASAN TULISAN MURID TAHUN 2DALAM KELAS PEMULIHAN KHAS BAHASA MELAYU

    Oleh

    Noraini Binti Ombi

    ABSTRAK

    Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji punca masalah tulisantidak kemas seorang murid pemulihan yang bernama Nur. Beliaumerupakan seorang murid yang dimasukkan ke kelas PemulihanKhas disebabkan tulisan yang tidak kemas. Kajian ini dijalankanberdasarkan kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh Levine(1987) serta Pressey dan Pressey (1926). Saya telah mengambiltindakan untuk membantu Nur memperbaiki tulisannya sepanjangtempoh praktikum saya di SK SEM. Berdasarkan pemerhatianyang saya buat, didapati murid ini sebenarnya tidak memegangpensel dengan betul ketika menulis. Saya telah melaksanakanbeberapa tindakan iaitu mengajar cara memegang pensel denganbetul, menulis dengan postur badan yang betul, sertamenyediakan banyak latihan menulis. Setelah menjalankanbimbingan selama 11 minggu, saya mendapati Nur telah dapatmemperbaiki tulisannya. Berdasarkan hasil kajian ini, saya dapaticara memegang pensel akan mempengaruhi kekemasan tulisanmurid.

    1.0 PengenalanSekolah Kebangsaan SEM (SK SEM) terletak kira-kira 20 kilometer daribandaraya Kuching. Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah bandarini mempunyai kira-kira 1,009 orang murid. Terdapat seramai 65 orang gurudi sekolah ini. Sekolah ini mempunyai 24 kelas biasa, dua buah kelasprasekolah, sebuah kelas pendidikan khas dan sebuah kelas pemulihankhas. Saya telah berpeluang menjalani praktikum di sekolah ini selama 13minggu bermula daripada 22 Jun 2009 sehinggga 18 September 2009.Saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu

    untuk kelas pemulihan.

    Walaupun sekolah ini terletak tidak jauh dari bandaraya, masih terdapatmurid yang memerlukan pemulihan. Bagaimanapun untuk kelas pemulihanBahasa Melayu Tahun 2, masalah yang menjadi fokus saya adalah masalahtulisan murid yang tidak kemas walaupun kebanyakan murid telahmenguasai kemahiran membaca dengan baik. Jumlah murid yang ramaisehingga mencecah 45 orang dalam sekelas menyebabkan guru tidakdapat memberikan tumpuan kepada setiap murid. Murid-murid yang tidakmendapat tumpuan inilah yang kadang-kadang keciciran di dalam proses

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    2/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    216

    pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang kemudiannya dihantar ke kelasPemulihan Khas.

    1.2 Fokus kajian

    Kajian ini bermula apabila saya memulakan latihan mengajar di kelas Tahun2. Terdapat enam orang murid dari kelas Tahun 2 yang dihantar ke kelasPemulihan Khas untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya mendapatimurid-murid ini sebenarnya tidak bermasalah dalam bacaan, tetapibermasalah dengan tulisan. Murid-murid ini boleh dikategorikan sebagaimurid berpotensi kerana kesemua mereka boleh membaca dengan baik.Menurut guru pemulihan SK SEM, sebab utama murid-murid ini dihantar kekelas pemulihan ialah kerana mereka tidak menulis dengan kemas ataupundikatakan mempunyai tulisan cakar ayam. Tulisan yang tidak kemasmenyukarkan guru-guru kelas biasa untuk menyemak hasil kerja murid-

    murid ini.

    Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis.Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah.Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah keranaterpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yangsusah hendak dibaca. Dengan itu, saya merancang beberapa tindakan bagimembantu murid-murid ini untuk memperbaiki tulisan mereka. Sayamerangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini berdasarkanpembacaan saya mengenai cara memperbaiki tulisan melalui kajian-kajian

    terdahulu. Matlamat utama saya ialah, di akhir praktikum, murid-murid inidapat memperbaiki tulisan mereka.

    Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada Nur. Rajah 1 menunjukkanhasil tulisan Nur pada 13 Julai 2009 iaitu sebelum pelaksanaan tindakansaya.

    Rajah 1: Hasil tulisan Nur sebelum tindakan pada 13 Julai 2009

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    3/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    217

    Nur, seorang murid kelas Tahun 2, petah bercakap dan bijak. Dia amat aktifsemasa proses p&p berlangsung. Nur juga mempunyai keyakinan diri yangsangat tinggi. Semasa dalam kelas, dia suka bertanya dan menjawabsoalan. Di samping itu juga, saya dapati dia amat suka membaca.

    Kebanyakan masa di dalam kelas pemulihan, Nur amat suka membacabuku-buku cerita yang terdapat pada rak bacaan. Pada pendapat saya, Nuradalah murid yang sangat bijak dan amat rugi apabila beliau dihantar kekelas pemulihan kerana tulisannya yang tidak kemas. Oleh kerana itu, sayabertekad untuk membantunya memperbaiki tulisannya sepanjang praktikumini, agar dia dapat kembali belajar di dalam kelas biasa.

    Tinjauan awal saya mendapati cara Nur memegang pensel adalah salah.Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhibentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus

    menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel,memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yangmenghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalamkoordinasi motor.

    Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkamanpada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawalsaraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkancengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan

    lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis. Cengkamanyang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat denganmata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine(1987), semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukanhuruf yang kurang cantik.

    Pemerhatian saya mendapati Nur sering menggenggam keseluruhanpenselnya. Teknik memegang pensel secara menggenggam inimenyebabkan Nur merasa sakit pada jarinya. Selain itu, Nur jugamengalami kesukaran untuk mengerakkan jarinya untuk membentuk huruf

    yang dia kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara kanak-kanakmemegang pensel dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkanpergerakan pensel menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang mempunyaimasalah kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat denganmeletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan jari hantu ketika memegang alattulis. Kanak-kanak begini tidak gemar menulis kerana aktiviti ini menjadipengalaman yang menyakitkan bagi mereka.

    Di samping itu, saya mendapati Nur suka menggunakan pensel yang amatpendek menyebabkan dia selalu tunduk ketika menulis. Menurut NorhadiSarponen (2009), penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    4/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    218

    salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis.Postur badan begini menyebabkan dia merasa tidak selesa semasamenulis. Gambar 1 menunjukkan contoh Nur berbuat demikian.

    Gambar 1: Cara memegang pensel sertapostur badan Nur yang salah

    Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepadapengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis denganbetul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saizhuruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanaksepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkatawal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisanyang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan mudahdibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang.Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengancara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadangkurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikutpergerakan yang betul.

    1.3 Objektif KajianKajian ini dilakukan untuk memastikan Nur memegang pensel dengan betulsemasa menulis; dan memperbaiki tulisan Nur agar menjadi lebih kemasdan boleh dibaca melalui latihan menulis yang kerap.

    1.4 Persoalan kajianKajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut. Adakah wujud hubungan cara memegang pensel (dyspraxia) Nur

    dengan kekemasan tulisannya?

    Bagaimanakah latihan menulis yang kerap membantu murid memegangpensel dengan betul serta mempertingkatkan kekemasan tulisan Nur?

    2.0 Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan2.1 Perancangan tindakanBagi mencapai objektif kajian ini, saya telah merancang beberapa aktiviti

    bimbingan untuk Nur. Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    5/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    219

    sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dankukuh. Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkatpratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkatpertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan

    dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengankemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jariserta koordinasi tangan dan mata dilaksanakan dalam kalangan murid dariawal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiranmembentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yangdirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktivitipratulisan yang berbentuk bebas.

    Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara sepertimelakukan latihan-latihan pergerakan tangan terlebih dahulu seperti

    mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan pada kertas.Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yangbebas untuk menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan sepertimembentuk bulatan di udara, meja, lantai, dan di atas pasir atau rumputtanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil jugaboleh dilakukan. Di samping itu, murid-murid boleh melakukan latihanpergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkantangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir dalam aktiviti-aktiviti tersebut, murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakanmata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melibatkan koordinasi

    tangan dan mata. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihanmengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihanmembentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah darikiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corakgabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.

    Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diripenulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisandengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usahapengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun

    murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaranbahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masihkanak-kanak lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Latihanpermulaan untuk kanak-kanak ini haruslah menggunakan pensel, ataukrayon.

    Untuk kes Nur, saya menggunakan langkah-langkah ini bagi membantunyamenulis dengan betul. Oleh kerana Nur adalah murid yang cepat belajar,saya hanya perlu menerangkan cara-cara memegang pensel ini sekalisahaja dan dia dapat melakukannya dengan baik. Langkah-langkah yang

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    6/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    220

    saya praktikkan untuk mengajar Nur memegang pensil dengan betul adalahseperti berikut.

    1. Nur diminta memegang pensel dengan semua jari mengelilingi pensel

    tersebut. Kemudian, dia diberitahu supaya membayangkan bahawa diasedang mengacau kuih. Dia patut mengacau dari kanan ke kiri dalambesen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun, bukansetakat tapak tangan sahaja.

    2. Apabila Nur mahir membuat pergerakan bulat ini, dia ditunjukkanbagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensel. Penselharus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.

    3. Nur diminta menggerakkan pensel secara naik dan turun dengan

    menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yanglain berada dalam keadaan senang dan selesa.

    4. Kemudian, Nur diminta meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampirdengan mata pensel dan diminta melatih kawalan jari di kedudukan ini.

    5. Setelah itu,Nur diajar melonggarkan pegangan pensel oleh ibu jari serta jari telunjuk supaya pensel dapat bersandar ke atas jari tengah (jarihantu) di kedudukan yang betul.

    Selain itu, saya juga turut memastikan Nur duduk dengan postur badanyang betul ketika menulis. Postur badan yang betul adalah murid tidakterlalu tunduk ke meja serta memastikan lengannya berada di atas mejasemasa menulis. Saya turut memberikan pensel yang lebih panjang untukNur menulis. Apabila Nur dapat memegang pensel dengan cara yang betulserta duduk pada postur badan yang betul, saya memastikan akan adaaktiviti atau latihan yang melibatkan penulisan pada setiap hari. Sayamengambil masa selama 5 minit untuk menerangkan kepada Nur sertamemberikan teguran sekiranya tulisannya tidak kemas.

    2.2 Pelaksanaan tindakanPelaksanaan tindakan ini saya mulakan pada minggu ketiga saya menjalanipraktikum. Pada minggu pertama, saya membuat pemerhatian terhadaptulisan tangan yang dibuat oleh Nur pada buku-buku latihannya. Sayamendapati hasil tulisan Nur memang tidak kemas serta sukar untuk dibaca.

    Pada minggu kedua praktikum, saya membuat pemerhatian terhadap sikapNur apabila saya memberikan tugasan yang melibatkan kerja bertulis.Daripada pemerhatian inilah saya mendapati cara Nur memegang penseladalah salah, di samping postur badannya ketika menulis yang terlalu

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    7/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    221

    tunduk menyebabkan tulisannya tidak kemas. Saya juga mendapati penselyang digunakan untuk menulis terlalu pendek.

    Pada minggu ketiga, saya mula memberikan bimbingan kepada Nur tentang

    cara menghasilkan tulisan yang kemas. Saya menunjukkan kepadanya hasiltulisan tangannya sebelum ini dan memintanya membaca tulisan tersebut.Ternyata dia sendiri tidak dapat membaca tulisan tersebut. Sayakemudiannya mengajar Nur cara memegang pensel dan cara duduk denganpostur yang betul semasa menulis. Saya turut memberikan pensel barukepada Nur untuk menulis.

    Oleh kerana Nur adalah murid yang berpotensi, saya tidak hendak diamembuat latihan menulis ayat berulang-ulang. Saya hendak Nur mengikutipelajaran dan silibus yang sepatutnya. Oleh kerana itu, saya memastikan

    setiap latihan yang melibatkan aktiviti menulis pada akhir sesi pengajarandan pembelajaran (p&p) adalah berdasarkan sukatan pelajaran yangsepatutnya. Saya mula mengutip contoh tulisan Nur pada minggu keempatpraktikum iaitu pada 13 Julai 2009 sehingga minggu akhir praktikum iaitu 14September 2009.

    Seterusnya, saya meluangkan masa selama 5 minit untuk Nur selepasmenyemak hasil kerjanya. Saya turut menerangkan kesilapan-kesilapanyang dibuat oleh Nur dalam hasil tulisannya, contohnya, perkataan terlaludekat, tulisan terlalu condong atau penggunaan huruf besar dan kecil yang

    salah. Sasaran saya ialah pada minggu ke-11 saya berpraktikum di SKSEM, Nur dapat menulis dengan kemas dan menggunakan tanda bacaanyang betul.

    3.0 Metodologi3.1 Teknik Mengumpul DataTerdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untukmenghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentangproses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tigateknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan saya

    gunakan iaitu:

    3.1.1 PemerhatianUntuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah,pemerhatian merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data.Lazimnya, dalam pemerhatian, saya melihat-lihat, mendengar, memerhatidan bertanya untuk mendapatkan maklumat serta untuk memahami apayang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapatmerapatkan diri dengan murid di samping memerhati cara Nur menulis.

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    8/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    222

    3.1.2 Temu BualSaya juga menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bualmelibatkan perbualan antara saya dengan guru pemulihan serta Nur untukmendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam kajian ini, saya

    adalah guru (guru pelatih) dan juga penyelidik. Saya menemu bual Nurtentang pendapat atau pemahamannya tentang pengajaran penulisan yangdilaluinya.

    3.1.3 Bukti DokumenDi samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga memperolehi datadaripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen inimembolehkan saya menambah, membandingkan dan memperkukuh lagidata-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan teknik temu bual.Dokumen ini kemudiannya saya analisis untuk melihat bentuk, pola dan

    trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkankredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen yangsaya kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan.

    3.2 Teknik Menganalisis DataData yang saya perolehi terutamanya data dokumen iaitu hasil kerja muriddalam bentuk tulisan, saya analisis berdasarkan carta yang dinamakan ThePressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwritng. Carta ini bolehdisediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkanberbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.

    Antara bentuk-bentuk yang tidak dapat dibaca berdasarkan carta tersebutadalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1.

    Jadual 1: Carta berbagai jenis tulisan danbentuk tulisan yang tidak dapat dibaca

    Kesalahan tulisan Semak

    1. Perkataan terlalu rapat

    2. Terlalu condong3. Perkataan berpecah4. Huruf-huruf terlalu dekat5. Barisan terlalu dekat6. a seperti u

    7. e tertutup8. a seperti o9. a seperti oI10. b seperti Ii11. b seperti I

    12. b seperti k13. b seperti f14. n seperti u15. c seperti e16. c seperti i

    17. c seperti a

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    9/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    223

    18. d seperti cI19. d sepeti l20. d seperti a21. e seperti o22. e terlalu tinggi23. e seperti c24. f seperti b25. g seperti y26. h seperti li27. h seperti p28. h seperti b29. h seperti l30. i seperti c31. i tanpa titik32. k seperti h33. l tertutup

    34. m seperti w35. n seperti v36. n seperti s37. o seperti a38. o seperti r39. o tidak tertutup40. o seperti u41. r seperti s42. r seperti i43. r terlalu kecil44. r seperti n45. r seperti u

    46. r seperti e47. s tidak jelas48. s seperti r49. s sperti c

    50. t seperti l51. t tangkai jauh52. t tiada tangkai53. t tangkai di kanan54. t tangkai di kiri55. u seperti oi56. ur seperti w57. v seperti n

    58. v seperti r59. w seperti v60. w seperti m61. wr seperti ur62. d tidak ditutup63. I seperti cI64. T seperti I

    Daripada penyelidikan Pressey (1926), saya telah menyediakan carta untukmenganalisis tulisan Nur. Beberapa huruf didapati sering menimbulkankerumitan, sebagai contohnya, huruf kecil r, n, e, a, o, s dan t

    menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50 peratus (%). Huruf yang

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    10/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    224

    paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapanyang sering berlaku ialah menulis r seperti I; n seperti u; menutup e;membuat d seperti cl; o seperti a; dan a seperti u. Huruf besarbiasanya mudah dibaca, kecuali huruf L. Oleh kerana tujuh huruf kecil dan

    satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalahmunasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepadamenulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telahmenyebabkan Nur menghasilkan tulisan yang memuaskan.

    4.0 Dapatan dan Refleksi4.1 Dapatan KajianBerdasarkan analisis yang saya jalankan terhadap hasil tulisan Nurmenggunakan carta The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities inHandwriting, saya dapati wujud hubungan cara memegang pensel

    (dyspraxia) dengan kekemasan tulisan murid. Saya juga dapati latihanmenulis dengan kerap membantu Nur mempertingkatkan kekemasantulisannya. Banyak hasil tulisan Nur yang dikumpul sepanjang praktikumkerana banyak latihan menulis yang dibuat olehnya. Walau bagaimanapun,untuk tujuan kajian tindakan ini, saya hanya menganalisis tiga sampeltulisan Nur iaitu tulisan yang dihasilkan pada bulan Julai, Ogos danSeptember.

    Gambar 2 menunjukkan cara Nur memegang pensel selepas pelaksanaantindakan.

    Gambar 2: Cara Nur memegang pensel yang betul

    Rajah 2 menunjukkan hasil tulisan Nur pada 21 Julai 2009. Ini merupakanhasil daripada tindakan saya untuk minggu pertama Nur menulis dengancara memegang pensel yang saya ajar. Saya dapati Nur amat kekok untukmenulis dengan cara yang saya ajar kerana kerana Nur telah terbiasamenulis mengikut caranya sendiri. Terdapat beberapa kesalahan yangdibuat oleh Nur dalam tulisannya. Huruf F yang berada di tengah-tengahditulis dengan huruf besar, jarak antara huruf terlalu dekat, u seperti n,

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    11/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    225

    huruf y kecil ditulis di atas garisan, N seperi Z manakala jarak perkataanjuga terlalu rapat.

    Rajah 2: Hasil tulisan Nur selepas tindakan pada 21 Julai 2009

    Tulisan Nur pada 17 Ogos 2009 adalah seperti yang ditunjukkan padaRajah 3. Saya melihat terdapat peningkatan dari segi kekemasan tulisanNur. Namun, masih terdapat kesalahan yang Nur buat semasa menulis iaitu

    menulis huruf a seperti o, manakala r masih ditulis seperti I dan huruf useperti n. Walau bagaimanapun, Nur dapat menulis huruf e, t dan sdengan kemas. Nur juga mula menulis di atas garisan. Jarak di antarahuruf juga tidak terlalu dekat atau terlalu renggang.

    Rajah 3: Hasil tulisan Nur selepas tindakan pada 17 Ogos 2009

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    12/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    226

    Hasil tulisan Nur pada 14 September 2009 menunjukkan peningkatan yangketara. Rajah 4 menunjukkan hasil tulisan Nur.

    Rajah 4: Hasil tulisan Nur selepas tindakan pada 14 September 2009

    Saya telah meminta Nur menulis lirik lagu Lenggang Kangkung. Sayadapati tulisan Nur boleh dibaca. Nur juga telah dapat menjarakkan setiapperkataan. Nur juga telah mula menulis menggunakan tanda bacaan,contohnya, menggunakan huruf besar pada awal ayat. Walaubagaimanapun, saya dapati Nur masih menulis menggunakan tulisan yangsaiznya kecil serta kadang-kadang ada perkataan yang tidak dijarakkannya.

    Saya percaya tulisannya akan kelihatan lebih kemas sekiranya beliaudibiasakan menulis menggunakan saiz tulisan yang lebih besar.

    4.2 Pembelajaran sayaTiga minggu sebelum saya tamat praktikum, Nur turut mengambil ujianBahasa Melayu untuk kelas biasa. Saya telah dimaklumkan bahawa Nurtelah lulus dengan baik dengan mendapat markah 68%. Saya amat gembirakerana menurut guru pemulihan, Nur akan dikeluarkan dari kelas pemulihanmenjelang akhir tahun berikutan peningkatan mendadaknya dalam ujiankelas biasa.

    Kesimpulannya, p&p akan berjaya mencapai objektifnya apabila gurumemberikan bimbingan berterusan kepada murid. Tidak boleh wujudperkataan mustahil dalam kalangan guru dalam membimbing murid. Guruperlu sentiasa positif dalam usaha membantu murid ke arah perubahanyang lebih baik.

    Saya merasa amat gembira dan puas hati kerana berjaya menyumbangkansesuatu yang bermakna kepada murid bernama Nur iaitu melihat perubahanyang ketara dalam kualiti tulisan Nur sepanjang tempoh praktikum saya.

  • 8/3/2019 Kajian Tulisan Pemulihan Khas

    13/13

    Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-227.

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL

    227

    Saya percaya setiap murid ada potensi sendiri, maka guru perlu melihatmurid mengikut keupayaan dan potensi diri murid tersebut.

    BIbliografi

    Pressey & Pressey. (1926). Analyses of Three Thousand Illegibilities in theHandwriting of Children and Adults, Educational Research Bulletin, VI(13).

    Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders.Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.

    Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuatturun daripada http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-

    pemulihan-tulisan.html pada 19 Oktober 2009.

    Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turundaripada http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantu-mengajar/ html pada 20 Oktober 2009.

    Sassoon, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turundaripada http://books.google.com.my/books?id=7CZF2vcg7soC&pg=RA1-PA132&lpg=RA1-PA132&dq= sassoon+1993&source pada 20Oktober 2009.