Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui...

20
KAJIAN TINDAKAN PENINGKATAN KEYAKINAN DIRI AHLI KELAB PRS DALAM KEMAHIRAN KOMUNIKASI MELALUI PERLAKSANAAN PROGRAM AMAL DARI HATI KE HATI Muhammad Iswan bin Ismail Siti Norsiah binti Ahmad Azlina binti Johan ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran komunikasi dalam meningkatkan keyakinan diri di kalangan ahli kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Kolej Komuniti Temerloh melalui satu pelaksanaan program yang dinamakan Program Amal Dari Hati ke Hati melalui aktiviti seperti aktiviti pembentangan, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengurusan. Kajian berbentuk deskriptif tinjauan ini melibatkan sampel 30 orang ahli kelab PRS yang telah menyertai program tersebut. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 60 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan nilai Alfa Cronbach ialah 0.952 bagi item sebelum program dan nilai 0.908 bagi item selepas program manakala kesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan Ahli Jawatankuasa Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Temerloh (UpeN). Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version Versi 16.0. Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati bahawa kemahiran komunikasi penting dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar dan tahap komunikasi pelajar terbukti meningkat melalui pelaksanaan Program Amal dari Hati ke Hati ini. Dapatan kajian ini juga menunjukkan pelajar memberikan tanggapan yang baik terhadap program ini serta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Hasil kajian memperolehi keputusan yang agak menarik, apabila mendapati kesemua responden mempunyai tanggapan yang sama berkenaan dengan impak positif program dari sudut peningkatan komunikasi yang telah dianjurkan. Beberapa cadangan telah dibuat untuk mengukuhkan kemahiran komunikasi pelajar terutamanya dari aspek kemahiran komunikasi bagi program yang akan dirancang oleh pihak Kolej Komuniti Temerloh kelak. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan

description

Program 3 Hari Mencari Cinta dapat memberi kesan yang positif dalam meningkatkan penghayatan akhlak dan kecemerlangan dalam kehidupan di kalangan pelajar.

Transcript of Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui...

Page 1: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

KAJIAN TINDAKAN PENINGKATAN KEYAKINAN DIRI AHLI KELAB PRS DALAM

KEMAHIRAN KOMUNIKASI MELALUI PERLAKSANAAN PROGRAM AMAL DARI HATI

KE HATI

Muhammad Iswan bin Ismail

Siti Norsiah binti Ahmad

Azlina binti Johan

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran komunikasi dalam

meningkatkan keyakinan diri di kalangan ahli kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Kolej Komuniti Temerloh melalui satu pelaksanaan program yang dinamakan Program

Amal Dari Hati ke Hati melalui aktiviti seperti aktiviti pembentangan, aktiviti

berkumpulan dan aktiviti pengurusan. Kajian berbentuk deskriptif tinjauan ini melibatkan

sampel 30 orang ahli kelab PRS yang telah menyertai program tersebut. Instrumen kajian

yang digunakan mengandungi 60 item yang berdasarkan kepada skop kajian.

Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan nilai Alfa Cronbach ialah 0.952 bagi item

sebelum program dan nilai 0.908 bagi item selepas program manakala kesahan item-item

diperolehi menerusi perbincangan dengan Ahli Jawatankuasa Unit Penyelidikan dan

Inovasi Kolej Komuniti Temerloh (UpeN). Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis

dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows

Version Versi 16.0. Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati bahawa kemahiran

komunikasi penting dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar dan tahap komunikasi

pelajar terbukti meningkat melalui pelaksanaan Program Amal dari Hati ke Hati ini.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan pelajar memberikan tanggapan yang baik terhadap

program ini serta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Hasil kajian

memperolehi keputusan yang agak menarik, apabila mendapati kesemua responden

mempunyai tanggapan yang sama berkenaan dengan impak positif program dari sudut

peningkatan komunikasi yang telah dianjurkan. Beberapa cadangan telah dibuat untuk

mengukuhkan kemahiran komunikasi pelajar terutamanya dari aspek kemahiran

komunikasi bagi program yang akan dirancang oleh pihak Kolej Komuniti Temerloh kelak.

Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan

Page 2: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

bagi melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran komunikasi yang berkeyakinan

serta mampu bersaing di pasaran kerja kelak.

PENDAHULUAN

1.0 Komunikasi Umum

Kata atau istilah komunikasi (dari

bahasa Inggeris “communication”),

secara etimologis atau menurut asal

katanya adalah dari bahasa Latin

communicatus, dan perkataan ini

bersumber pada kata communis. Dalam

kata communis ini membawa maksud

‘berbagi’ atau ‘ menjadi milik bersama’

iaitu suatu usaha yang memiliki tujuan

untuk kebersamaan atau kesamaan

makna. Komunikasi secara terminologis

merujuk pada adanya proses

penyampaian suatu pernyataan oleh

seseorang kepada orang lain. Jadi dalam

maksud ini, yang terlibat dalam

komunikasi adalah manusia. Kerana itu

merujuk pada pengertian Ruben dan

Steward(1998), komunikasi manusia

ialah: Human communication is the

process through which individuals –in

relationships, group, organizations and

societies—respond to and create

messages to adapt to the environment

and one another. Komunikasi manusia

adalah proses yang melibatkan individu-

individu dalam suatu hubungan,

kelompok, organisasi dan masyarakat

yang bertindak balas dalam

menciptakan pesanan untuk beradaptasi

antara lingkungan satu sama lain.

Komunikasi merupakan agen utama

yang mengukuhkan hubungan dalam

sesuatu organisasi. Altman dan Taylor

(1973) dalam teori tembusan sosial:

komunikasi (social penetration theory),

menyatakan dalam proses menjalin

hubungan, komunikasi berubah

daripada tahap cetek, tidak intim kepada

tahap yang lebih mendalam dan

peribadi dalam jangka masa tertentu.

Komunikasi adalah satu proses. Seperti

yang kita tahu, sesuatu proses itu tiada

permulaan dan tiada pengakhiran

tertentu. Ia berjalan terus-menerus

tanpa henti (Mansor et. al 1998).

2.0 Komunikasi Lisan

Bahasa merupakan unsur penting dalam

komunikasi lisan atau komunikasi

verbal. Menurut Sulaiman (2002),

komunikasi jenis ini boleh berlaku

secara langsung apabila dua orang

berbual secara bersemuka. Komunikasi

lisan juga dilihat boleh mengeratkan

sillaturrahim antara manusia dan boleh

Page 3: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

menjalinkan hubungan peribadi antara

dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh

biasanya berlaku secara informal.

Komunikasi formal pula adalah seperti

mengajar, mesyuarat, taklimat,

temuduga dan pengucapan awam.

Misalnya untuk mengajar, seseorang

guru bukan sahaja perlu membuat

persediaan dari segi rancangan

pelajaran dan alat bantu mengajar,

malah ia perlu melakukan dengan baik

untuk menarik perhatian pelajar. Jika

tidak, sesi pengajarannya pasti

membosankan. Pearson (2000)

mengatakan bahawa bahasa adalah

merupakan kod simbol, huruf atau

perkataan dengan pelbagai makna yang

disusun mengikut peraturan susunan

ayat yang digunakan untuk

berkomunikasi. Aliza (2008)

mengatakan bahawa komunikasi lisan

berlaku apabila terdapat dua atau tiga

orang yang berkomunikasi secara

bersemuka atau dalam peristiwa bahasa

seperti perbualan dalam telefon atau

tele-sidang.

3.0 Komunikasi Bukan Lisan

Dalam usaha mencapai matlamat

menghasilkan pelajar yang mempunyai

kemahiran komunikasi yang baik,

komunikasi tanpa lisan adalah perlu.

Komunikasi tanpa lisan menurut

Burgoon (1978) mendefinisikannya

seperti berikut: “Those attributes or

action of humans, other than the use of

words themselves, which have socially

shared meaning are intentionally sent or

interpreted as intentional, are consciosly

sent or consciously received, and have the

potential for feed-back from the receiver.”

Berdasarkan keyataan tersebut, dapat

diperkatakan bahawa komunikasi tanpa

lisan selain daripada tidak

menggunakan sistem kod lisan

melibatkan juga sesuatu simbol atau

lambang yang diterima oleh penerima

melalui sumber yang mempunyai niat

(intent). Ia juga mengenepikan

‘intrapersonal communication’ dan

kelakuan-kelakuan yang tidak

mempunyai ‘socially shared meaning’

diantara penerima mahupun penyampai.

Sementara Harisson (1974, dalam Che

Su dan Mohd Fo’ad, 1993)

menghuraikan bahawa 93 peratus

daripada makna yang disampaikan

melalui komunikasi adalah bersifat

tanpa lisan.

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan latar belakang masalah

yang dihuraikan, didapati antara sebab

Page 4: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

yang berlakunya pengangguran

dikalangan mahasiswa adalah

disebabkan oleh kurangnya keyakinan

diri dalam aspek berkomunikasi.

Menurut Naib Canselor Universti Malaya

(UM) Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon,

Graduan universiti disaran

memantapkan kemahiran komunikasi

dan tidak bergantung kepada kelayakan

akademik semata-mata bagi mendapat

tempat di pasaran kerja yang semakin

mencabar. Beliau berkata, beliau pernah

bertemu dengan seorang graduan yang

berjaya mendapatkan pekerjaan dalam

masa lima minit temuramah bersama

bakal majikannya walaupun graduan

tersebut hanya mempunyai kelayakan

akademik kelas dua bawah. "Ini

membuktikan kelayakan akademik

semata-mata tidak menjamin sama ada

anda layak atau tidak untuk mendapat

pekerjaan yang dipohon.” katanya

(Bernama, 2009).

Lantaran itu, penyelidik ingin mengkaji

dan mengenalpasti keberkesanan

Program Amal Hati Ke Hari yang

dianjurkan oleh Kolej Komuniti

Temerloh dalam meningkatkan

kemahiran komunikasi dan dalam

meningkatkan keyakinan diri di

kalangan ahli-ahli Kelab Pembimbing

Rakan Sebaya (PRS) Kolej Komuniti

Temerloh yang mana program tersebut

meliputi aktiviti seperti pembentangan,

kemahiran aktiviti berkumpulan dan

aktiviti pengurusan aktiviti yang mana

aktiviti-aktiviti seperti ini secara

kajianya dapat meningkatkan keyakinan

pelajar dalam kemahiran komunikasi.

Menurut Hussey (dalam Haslinda,

Muhammad Nubli dan Zarina, 2005) soft

skills dianggap kemahiran yang sangat

diperlukan dalam bidang industri, maka

program-program latihan amat

dititikberatkan oleh pihak majikan atau

intitusi pendidikan. Oleh itu industri

amat mengharapkan agar peranan dan

tanggungjawab memberi pendedahan

asas ini diambil alih oleh institusi

pendidikan. Oleh itu menjadi

tanggungjawab kepada institusi

pendidikan bagi merangka satu kaedah

atau program yang terbukti berkesan

yang mana dapat meningkatkan

kemahiran komunikasi pelajar. Kajian

seperti ini adalah sangat perlu agar

program yang melibatkan kos, masa dan

tenaga yang banyak ini terbukti

berkesan dan memberi kesan yang

mendalam terhadap peningkatan

kemahiran pelajar. Jika tiada kajian

seperti ini pihak kolej tidak dapat

mengetahui sama ada program yang

dijalankan berkesan ataupun sebaliknya.

Page 5: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

Tambahan lagi, kajian ini perlu

dilaksanakan bagi mencari bukti dan

alasan yang kuat sama ada program ini

bermanfaat dan boleh diteruskan pada

masa akan datang ataupun tidak.

OBJEKTIF KAJIAN

Selesai sahaja kajian ini dijalankan, ahli

Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS)

diharap akan mencapai objektif berikut:

a) Mengenalpasti masalah berkaitan

penguasaan kemahiran

komunikasi lisan di kalangan ahli

Kelab PRS.

b) Mengenalpasti masalah berkaitan

penguasaan kemahiran

komunikasi bukan lisan di

kalangan ahli Kelab PRS.

c) Meningkatkan keyakinan diri ahli

Kelab PRS dalam kemahiran

komunikasi melalui Program Dari

Hati ke Hati.

PERSOALAN KAJIAN

Berikut merupakan persoalan kajian

yang bakal dilaksanakan :

a) Sejauh manakah penguasaan

kemahiran lisan di kalangan

ahli Kelab PRS?

b) Sejauh manakah penguasaan

kemahiran bukan lisan di

kalangan ahli Kelab PRS?

c) Sejauh manakah Program

Dari Hati ke Hati dapat

meningkatkan keyakinan diri

dalam kemahiran komunikasi

di kalangan ahli PRS?

METODOLOGI

i. Lokasi Kajian

Kolej Komuniti Temerloh dan

Rumah Amal Curahan Kasih

Sayang.

ii. Populasi Kajian

Ahli Kelab Pembimbing Rakan

Siswa (PRS) di Kolej Komuniti

Temerloh

iii. Pemilihan Sampel

Persampelan rawak seramai

30 orang ahli Kelab PRS Kolej

Komuniti Temerloh.

Page 6: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

iv. Pemboleh ubah

Pemboleh ubah bebas : terdiri

daripada komunikasi lisan dan

komunikasi bukan lisan

Pemboleh ubah bersandar :

keyakinan diri

v. Instrumen Kajian

Intrumen yang digunakan

dalam melaksanakan kajian

ialah menggunakan borang

soal selidik yang merupakan

untuk ujian personaliti ahli

Kelab PRS. [Penerangan akan

dihuraikan di dalam laporan

kajian].

- Bentuk soalan

- Penerangan bahagian

A,B,C,D

SOROTAN PROGRAM AMAL HATI KE

HATI DAN KAJIAN

i. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah

seterusnya diambil dalam

menjalankan kajian ini, tinjauan

terhadap masalah yang dikenal

pasti akan dibuat bertujuan untuk

memahami dengan lebih

mendalam masalah tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan

mengutip data seperti yang berikut

:

a) Ujian personaliti berasaskan

soalan berkenaan dengan

keyakinan diri dalam

kemahiran komunikasi secara

umum.

b) Latihan secara praktikal dalam

membincangkan dan

membentangkan sesuatu isu

yang diberikan.

ii. Pembahagian Kerja

Cara perlaksanaanya :

a) Penyelaras memberi khidmat

nasihat dan penerangan

berkenaan

PerlaksanaanProgram Dari

Hati ke Hati

b) Sesi perlantikan Ahli

Jawatankuasa dibuka

berdasarkan suara ramai dan

undian ahli. Antara Ahli

Jawatankuasa yang

ditubuhkan ialah :

- Pengarah Program

- Setiausaha

- Penolong Setiausaha

- Bendahari

- Ketua dan ahli Promosi &

Penerbitan

- Ketua dan ahli LDK &

Motivasi

Page 7: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

- Ketua dan ahli Persegaran

- Ketua dan ahli Tugas-

tugas Khas

c) Penerangan spesifikasi tugas

setiap ahli jawatankuasa yang

dilantik

iii. Persediaan Program

Cara perlaksanaan :

a) Pelajar melaksanakan

persediaan program

berdasarkan spesifikasi tugas

yang telah diagihkan. Setiap

tugas yang diberikan

memerlukan pelajar

menggunakan kemahiran

komunikasi yang matang

kerana mereka bakal

berurusan dengan pelbagai

peringkat masyarakat dari

atasan mahupun dikalangan

orang biasa.

b) Antara komunikasi kritikal

yang diperlukan ialah seperti :

- Proses kutipan derma yang

bakal dilaksanakan. Ahli

AJK ini akan diagihkan

kepada beberapa bahagian

sama ada akan mencari

sumber kewangan atau

kutipan ikhlas daripada

setiap individu melalui

program yang wujud di

kolej tidak kiralah sama

ada mereka yang terdiri

daripada rakan sebaya,

pensyarah ataupun staff

pentadbiran mahupun staff

sokongan. Mereka dilatih

untuk bijak berbicara

dalam mendapatkan

sumbangan ikhlas daripada

warga kolej. Antara

elemen-elemen yang perlu

mereka aplikasikan ialah

teknik kemesraan, pujukan,

menarik perhatian melalui

maklumat yang jelas dan

mudah difahami.

- AJK LDK & Motivasi pula

dilatih untuk bijak dalam

menyampaikan setiap

maklumat yang bakal

disampaikan melalui slot

bersama penghuni Rumah

Amal yang bakal

dilaksanakan pada

Program Dari Hati ke Hati.

Mereka didedahkan

pelbagai modul yang perlu

dilatih agar tidak kekok

dan kaku berhadapan

dengan audien yang bakal

mereka lalui. Persediaan

latihan berkomunikasi,

carian maklumat yang

Page 8: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

menarik dan olahan yang

kreatif perlu dilaksanakan

agar informasi yang

disampaikan berkesan dan

mendapat maklum balas

yang positif daripada

audien. Bukan itu sahaja,

malah mesej yang ingin

disampaikan atau ayat

yang tersirat yang mudah

difahami kerana Penghuni

Rumah Amal terdiri

daripada kanak-kanak

berumur 12-7 tahun.

Persediaan dari segi fizikal

(pemakaian, body

language) dan mental juga

perlu dilatih agar tidak

kelihatan janggal

berhadapan dengan kanak-

kanak Rumah Amal

sekaligus menjadi contoh

terbaik kepada mereka

pada masa akan datang.

- AJK Persegaran jugak

memainkan peranan

penting dalam

menyediakan setiap

keperluan masakan yang

bakal mereka laksanakan

semasa program tersebut.

Pembahagian kerja,

perancangan kerja,

pengumpulan idea,

persefahaman pendapat,

hubungan yang baik dan

komunikasi yang sihat

penting agak perlaksanaan

di lapangan mereka

berjalan lancar.

Penyenaraiaan lengkap

penting bagi memastikan

setiap barangan masakan

tidak ketinggalan semasa

program dilaksanakan.

Pengurusan maklumat dan

gaya kerja bersistematik

perlu diamalkan.

Perbincangan sesama ahli

dan persefahaman penting

bagi memastikan tiada

sebarang kesulitan pada

masa akan datang. Walau

bagaimanapun, sekiranya

berlaku kemungkinan pada

masa akan datang, mereka

ini perlu bijak

berkomunikasi secara

berkesan bagi memastikan

masalah yang dihadapi

dapat diselesaikan secara

bersama.

- AJK Promosi dan

Penerbitan

bertanggungjawab

menghebahkan aktiviti

Page 9: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

yang dianjurkan. Pada

tahap ini mereka akan

mengaplikasikan

komunikasi bukan lisan

dalam menghebahkan

program yang bakal

dianjurkan. Diantaranya,

mereka diberi

tanggungjawab untuk

menghasilkan sebuah

banner. Penghasilan ini

sudah tentunya, dihasilkan

secara bersama. Sudah

semestinya proses

persiapan ini mengambil

kira sikap kerjasama ahli

kumpulan, bersepakat

dalam membuat

perancangan dan secara

tidak langsung interaksi

antara mereka wujud

antara satu sama lain.

Sekaligus bukan hanya

dapat menghasilkan satu

banner yang gah kelihatan

cantik malah hubungan

silaturahim antara satu

sama lain dapat dijalinkan.

Sementelahan lagi,

kebanyakannya mereka

terdiri daripada pelbagai

program(kelas) dan tidak

mengenali antara satu

sama lain.

iv. Pengendalian Mesyuarat

Cara perlaksanaan :

- Penyelaras memberi khidmat

nasihat kepada tugas Pengarah,

Setiausaha dan Penolong

Setiausaha dalam memastikan

mesyuarat yang dikendalikan

berjalan seperti yang

dirancang.

- Antara pendedahan yang

diberikan, pelajar dikehendaki

melaksanakan sesi mesyuarat

yang dilakukan di Bilik

Persidangan Mesyuarat Kolej

Komuniti Temerloh.

Pendedahan ini diberi, bagi

melatih pelajar bersikap

profesionalisme dalam

melaksanakan kerja yang

diberikan.

- Pengarah Program adalah

individu yang

bertanggunggjawab dalam

mempengerusikan mesyuarat.

- Setiausaha dan Penolong

Setiausaha dikehendaki

menyediakan Agenda

Mesyuarat dan Mencatit Minit

Page 10: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

Mesyuarat berkenaan isu yang

bakal dibentangkan.

- Setiap AJK dan Bendahari

membentangkan setiap status

perancangan dan perlaksanaan

yang telah dilakukan.

Permasalahan yang timbul

daripada setiap AJK

diketengahkan dan

dibincangkan bersama-sama.

v. Perlaksanaan Program Dari Hati ke

Hati

Cara Perlaksanaan :

- AJK melaksanakan setiap apa

yang telah dirancangkan

berdasarkan jadual program.

- Setiap ketua AJK dikehendaki

menyediakan laporan hasil

daripada program yang

dilaksanakan.

- Melaksanakan Post Mortem

setelah selesai program

berdasarkan laporan daripada

setiap AJK yang terlibat.

- Aktiviti ini akan diubah suai

mengikut keperluan setelah

kami melaksanakan tinjauan

awal.

DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

DATA

Maklumat Demografi Responden

JANTINA

Jantina Bil. Peratus(%)

Lelaki 11 36.7

Perempuan 19 63.3

Jumlah 30 100.0

Jadual 1.0: Jantina

Berdasarkan Jadual 1.0 di atas, daripada

30 responden, 11 orang (36.7 %) adalah

terdiri daripada pelajar lelaki manakala

19 orang (63.3 %) terdiri daripada

pelajar perempuan. Tiada responden

yang tidak menyatakan jantina.

Penemuan ini menunjukkan jumlah

responden pelajar perempuan melebihi

responden pelajar lelaki sebanyak 8

orang. Ini kerana secara keseluruhannya

pelajar perempuan melebihi dari jumlah

pelajar lelaki dalam organisasi kelab

PRS.

Page 11: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

UMUR

Umur Bil. Peratus(%)

15-20 tahun 22 73.3

21-25 tahun 8 26.7

Jumlah 30 100.0

Jadual 2.0: Umur

Jadual 2.0 menunjukan terdapat 22

pelajar yang berumur diantara 15-20

tahun iaitu sebanyak 73.3 peratus bagi

keseluruhan reponden manakala hanya

8 pelajar (26.7%) yang berumur 21-25

tahun. Tiada responden yang tidak

menyatakan umur mereka.

AKADEMIK DAN PENGALAMAN

BEKERJA

Tahap Kekerapan Peratus(%)

SPM 11 36.7

Sijil 17 56.7

STPM 1 3.3

Diploma 1 3.3

Jumlah 30 100.0

Jadual 3.0 : Akademik

Pengalaman Kekerapan Peratus(%)

Pernah Bekerja 21 70.0

Tidak Pernah

Bekerja 9 30.0

Jumlah 30 100.0

Jadual 4.0 : Pengalaman Kerja

Jadual 3.0 menerangkan mengenai latar

belakang akademik para responden.

Sebanyak 17 orang pelajar mempunyai

kelayakan sijil dalam akademik mereka

mewakili kelompok yang tertinggi

dalam semua responden, diikuti dengan

kelayakan SPM iaitu seramai 11 orang.

Manakala terdapat seorang pelajar

mempunyai kelayakkan STPM dan

kelayakkan Diploma. Bagi pengalaman

kerja responden pula, terdapat 21

pelajar pernah bekerja manakala 9

pelajar tidak mempunyai apa-apa

pengalaman bekerja seperti yang

ditunjukkan di dalam Jadual 4.0.

Page 12: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

Analisis Tentang Peningkataan

Keyakinan Diri Ahli Kelab PRS Dalam

Kemahiran Komunikasi Melalui

Perlaksanaan Program Amal Dari

Hati Ke Hati Di Kolej Komuniti

Temerloh

Dapatan kajian ini dianalisis

mengikut kehendak dan persoalan

kajian. Setiap data yang diambil dan

yang diperolehi akan dianalisis dengan

menggunakan satu perisian yang

dinamakan Statistical Package for the

Sosial Sciences Versi 16 (SPSS). Setiap

nilai kekerapan, min dan sisishan piawai

diambil untuk tujuan analisis ini.

Nota skala Likert:

1 = amat tidak baik

2 = tidak baik

3 = memuaskan

4 = baik

5 = amat baik

Nota nilai min:

1.00 sehingga 2.99 = tahap tidak

baik

3.00 sehingga 3.99 = tahap

memuaskan

4.00 sehingga 4.49 = tahap baik

4.50 sehingga 5.00 = tahap amat

baik

Page 13: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

1 2 3 4 5

3.3% 10% 30% 36.7% 20%

1 3 9 11 6

0.0% 0.0% 10.0% 46.7% 43.3%

0 0 3 14 13

6.70% 10% 23.30% 50% 10%

2 3 7 15 3

3.3% 3.3% 20.0% 50.0% 23.3%

1 1 6 15 7

6.70% 20% 13.30% 50% 10%

2 6 4 15 3

3.30% 6.70% 16.70% 36.70% 36.70%

1 2 5 11 11

0 23.30% 13.3% 33.30% 30.0%

0 7 4 10 9

3.30% 10.00% 13.30% 23.30% 50.00%

1 3 4 7 15

3.30% 17% 33.30% 23% 23%

1 5 10 7 7

3.30% 10.00% 6.70% 46.70% 33.30%

1 3 2 14 10

0 3.30% 26.7% 26.70% 43%

0 1 8 8 13

0.00% 0.00% 0.00% 36.70% 63.30%

0 0 0 11 19

10.0% 23.3% 33.3% 26.7% 6.7%

3 7 10 8 2

3.30% 10.00% 13.30% 56.70% 16.70%

1 3 4 17 5

0.0% 23.3% 33.3% 30.0% 13.3%

0 7 10 9 4

0.00% 0.00% 13.30% 46.70% 40.00%

0 0 4 14 12

3.30% 10% 30.0% 33.3% 23.3%

1 3 9 10 7

0.00% 3.30% 10.00% 50.00% 36.70%

0 1 3 15 11

3.30% 10% 36.70% 36.7% 13.3%

1 3 11 11 4

0.00% 0.00% 6.70% 63.30% 30.00%

0 0 2 19 9

3.3% 20.0% 23.3% 36.7% 16.7%

1 6 7 11 5

0.00% 0.00% 16.70% 40.00% 43.30%

0 0 5 12 13

3.3% 13.3% 40.0% 33.3% 10.0%

1 4 12 10 3

0.00% 0.00% 23.30% 43.30% 33.30%

0 0 7 13 10

3.3% 6.7% 6.7% 63.3% 20.0%

1 2 2 19 6

0.00% 3.30% 10.00% 26.70% 60.00%

0 1 3 8 18

3.3% 0.0% 30.0% 50.0% 16.7%

1 0 9 15 5

0.00% 3.30% 6.70% 36.70% 53.30%

0 1 2 11 16

3.30% 3% 16.70% 46.7% 30.0%

1 1 5 14 9

0.00% 0.00% 3.30% 33.30% 63.30%

0 0 1 10 19

0.00% 0% 10.00% 20% 70%

0 0 3 6 21

0.00% 0.00% 0.00% 23.30% 76.70%

0 0 0 7 23

0.0% 2.0% 3.0% 12.0% 13.0%

0 2 3 12 13

0.00% 0.00% 6.70% 40.00% 53.30%

0 0 2 12 16

0.0% 3.3% 40.0% 36.7% 20.0%

0 1 12 11 6

0.00% 0.00% 13.30% 46.70% 40.00%

0 0 4 14 12

0 6.70% 33% 36.70% 23%

0 2 10 11 7

0.00% 0.00% 10.00% 46.70% 43.30%

0 0 3 14 13

3.30% 0% 13.30% 37% 47%

1 0 4 11 14

0.00% 0.00% 0.00% 36.70% 63.30%

0 0 0 11 19

3.70 4.28 0.98 0.93

Jadual 5.0: Mengenalpasti Masalah Berkaitan Penguasaan Kemahiran Komunikasi Lisan Di Kalangan Ahli Kelab PRS

JUMLAH

0.66

20 Saya akan cuba melakukan komunikasi

yang tidak menyinggung atau

menimbulkan ketidak puasan hati orang

lain.

Sebelum 4.23 0.94

Selepas 4.63 0.49

19 Saya menggunakan bahasa yang baik

semasa berkomunikasi dengan sesiapa

sahaja.

Sebelum 3.77 0.9

Selepas 4.33

0.63

18 Saya selalu memberi ‘salam’ atau

mengucapkan ‘selamat pagi’ apabila

bertembung dengan setiap pensyarah.

Sebelum 3.73 0.83

Selepas 4.27 0.69

17 Saya sentiasa membina hubungan yang

baik tanpa mengira latar belakang

seseorang.

Sebelum 4.20 0.89

Selepas 4.47

0.56

16 Saya sentiasa menghormati pensyarah.Sebelum 4.60 0.67

Selepas 4.77 0.43

15 Saya sentiasa memberikan kerjasama

kepada ahli kumpulan semasa aktiviti

perbincangan kumpulan.

Sebelum 3.97 0.96

Selepas 4.60

4.43

14 Saya sentiasa menggunakan perkataan

yang positif semasa berbicara.Sebelum 3.77 0.86

Selepas 4.40 0.77

13 Saya dapat mengawal emosi semasa

sesi perbincangan kumpulan.Sebelum 3.90 0.92

Selepas 4.43

0.74

12 Saya berkebolehan menyampaikan

maklumat dan idea dengan jelas.Sebelum 3.33 0.96

Selepas 4.10 0.76

11 Saya sentiasa menyusun idea sebelum

bercakap.Sebelum 3.43 1.1

Selepas 4.27

0.76

10 Saya mempunyai sifat kelakar semasa

mengendalikan kumpulan.Sebelum 3.47 0.97

Selepas 4.23 0.57

9 Saya mampu mendengar rungutan atau

pandangan dengan penuh perhatian.Sebelum 3.63 1.07

Selepas 4.20

0.98

8 Saya sentiasa memberi maklum balas

yang membina.Sebelum 3.33 0.99

Selepas 4.27 0.69

7 Saya mampu mempelbagaikan nada

suara.Sebelum 2.97 1.1

Selepas 3.73

1.07

6 Saya sering bertanya kepada mereka

yang lebih arif jika menghadapi

sebarang masalah dengan pelajaran.

Sebelum 4.10 0.92

Selepas 4.63 0.49

5 Saya suka menyelesaikan masalah

secara perbincangan dengan beberapa

orang rakan.

Sebelum 3.47 1.14

Selepas 3.97

1.07

4 Saya suka menyelesaikan sesuatu

masalah bersama teman karib sahaja.Sebelum 3.70 1.15

Selepas 4.07 1.17

3 Saya suka menyelesaikan masalah

dengan meluahkan pada seseorang.Sebelum 3.37 1.13

Selepas 3.97

0.66

2 Saya suka berkongsi masalah dengan

rakan-rakan.Sebelum 3.46 1.04

Selepas 3.87 0.94

1 Saya tidak menghadapi masalah

komunikasi dengan rakan-rakan dan

pensyarah.

Sebelum 3.6 1.04

Selepas 4.33

MENGENALPASTI MASALAH BERKAITAN PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI LISAN DI KALANGAN AHLI KELAB PRS

N=30

Bil Perkara Julat Kajian Min

Sebelum

Min

Selepas

S.P

Sebelum

S.P

Selepas

Page 14: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

1 2 3 4 5

3.3% 16.7% 33.3% 30.0% 16.7%

1 5 10 9 5

0.0% 3.3% 6.7% 43.3% 46.7%

0 1 2 13 14

3.3% 6.7% 20.0% 36.7% 33.3%

1 2 6 11 10

0.0% 0.0% 3.3% 40.0% 56.7%

0 0 1 12 17

6.7% 6.7% 43.3% 20.0% 23.3%

2 2 13 6 7

3.3% 10.0% 13.3% 40.0% 33.3%

1 3 4 12 10

10.0% 10.0% 20.0% 26.7% 33.3%

3 3 6 8 10

0.00% 3.30% 3.30% 30.00% 63.30%

0 1 1 9 19

20.0% 3.3% 33.3% 23.3% 20.0%

6 1 10 7 6

0.00% 6.70% 13.30% 43.30% 36.70%

0 2 4 13 11

0.0% 16.7% 36.7% 26.7% 20.0%

0 1 8 8 13

0.00% 3.30% 10.00% 46.70% 40.00%

0 1 3 14 12

13.3% 3.3% 20.0% 53.3% 10.0%

4 1 6 16 3

3.30% 0.00% 6.70% 46.70% 43.30%

1 0 2 14 13

6.7% 10.0% 43.3% 30.0% 10.0%

2 3 13 9 3

3.30% 3.30% 10.00% 46.70% 36.70%

1 1 3 14 11

10.0% 13.3% 33.3% 30.0% 13.3%

3 4 10 9 4

0.00% 6.70% 10.00% 53.30% 30.00%

0 2 3 16 9

0.0% 3.3% 30.0% 33.3% 33.3%

0 1 9 10 10

0.00% 3.30% 6.70% 40.00% 50.00%

0 1 2 12 15

0.0% 6.7% 30.0% 50.0% 13.3%

0 2 9 15 4

0.00% 0.00% 10.00% 50.00% 40.00%

0 0 3 15 12

0.0% 10.0% 23.3% 53.3% 13.3%

0 3 7 16 4

0.00% 3.30% 0.00% 56.70% 40.00%

0 1 0 17 12

3.3% 0.0% 26.7% 46.7% 23.3%

1 0 8 14 7

0.00% 0.00% 3.30% 33.30% 63.30%

0 0 1 10 19

3.3% 6.7% 36.7% 36.7% 16.7%

1 2 11 11 5

0.00% 6.70% 16.70% 36.70% 40.00%

0 2 5 11 12

0.0% 13.3% 23.3% 26.7% 36.7%

0 4 7 8 11

0.00% 6.70% 6.70% 30.00% 56.70%

0 2 2 9 17

0.0% 0.0% 33.3% 43.3% 23.3%

0 0 10 13 7

0.00% 0.00% 13.30% 33.30% 53.30%

0 0 4 10 16

0.0% 6.7% 30.0% 23.3% 40.0%

0 2 9 7 12

0.00% 0.00% 10.00% 40.00% 50.00%

0 0 3 12 15

10.0% 10.0% 43.3% 23.3% 13.3%

3 3 13 7 4

6.70% 13.30% 16.70% 23.30% 40.00%

2 4 5 7 12

3.3 3.3% 40.0% 33.3% 20.0%

1 1 12 10 6

0.00% 0.00% 13.30% 36.70% 50.00%

0 0 4 11 15

6.7% 3.3% 13.3% 26.7% 50.0%

2 1 4 8 15

0.00% 0.00% 6.70% 26.70% 66.70%

0 0 2 8 20

3.62 4.28 1.05 0.80

MENGENALPASTI MASALAH BERKAITAN PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN DI KALANGAN

AHLI KELAB PRS

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Sebelum

Selepas

Saya sentiasa memberi khidmat kepada

guru atau staf bila diperlukan.

2

Julat Kajian

Sebelum

Selepas

Saya memandang audience bila

bercakap.

1

PerkaraBil

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Bagi saya, Minit Mesyuarat,Memo dan

Laporan merupakan medium terpenting

dalam menyampaikan maklumat.Selepas

Saya tidak bergantung pada slide semata-

mata apabila melakukan pembentangan.

Saya tidak memasukkan tangan dalam

poket seluar semasa pembentangan.

Saya tidak bergoyang-goyang semasa

berucap dihadapan.

Saya tidak memandang bawah apabila

melakukan pembentangan.

Saya tidak berdiri statik sewaktu

menerangkan sesuatu perkara.

Saya menggunakan bahasa badan /

gerakgeri yang sesuai dalam

pembentangan.

Saya adalah seorang yang boleh

mengawal perasaan gemuruh apabila di

hadapan audien.

Saya boleh menjadi seorang pendengar

yang baik apabila seseorang

meceritakan sesuatu masalah.

Saya amat menitik beratkan kefahaman

audien apabila melakukan sesuatu

pembentangan

Saya menggunakan memek muka yang

sesuai apabila menyampaikan sesuatu

perkara.

Saya sentiasa memastikan slide yang

dihasilkan sentiasa menarik dan mudah

difahami apabila melakukan

pembentangan.

Saya suka berhubung atau mendapatkan

maklumat dari pensyarah melalui sms

atau facebook.

Saya amat mementingkan penampilan

dan pemakaian semasa pembentangan.

Selepas

Sebelum

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

3

5

7

9

11

Gambarajah atau lukisan amat penting

dalam pembentangan saya.

Pemakaian saya melambangkan watak

sebenar saya dalam kehidupan seharian.

Saya lebih selesa berkomunikasi melalui

telefon berbanding dengan bertemu

seseorang.

Saya sentiasa menyusun ayat apabila

memberi sms atau ayat menggunakan

facebook kepada pensyarah.

12

10

8

6

4

13

15

14

20

18

16

17

19

Jadual 6.0: Mengenalpasti Masalah Berkaitan Penguasaan Kemahiran Komunikasi Bukan Lisan Di Kalangan Ahli Kelab PRS

3.9

4.53

3.47

3.90

3.63

Min

Sebelum

Min

Selepas

3.4

4.33

3.43

4.27

3.27

4.10

3.23

4.53

3.2

3.97

3.33

4.23

3.70

4.33

3.87

4.60

3.57

4.07

3.97

4.37

3.70

4.30

4.10

4.60

JUMLAH

S.P

Sebelum

1.38

1.30

1.17

1.01

1.17

0.89

0.79

0.84

0.90

0.97

1.07

3.97

4.40

3.20

3.77

3.63

4.10

3.87

4.37

3.90

1.06

1.14

1.33

0.76

0.57

1.10

4.37

4.40

0.72

0.62

N=30

0.92

0.89

0.72

0.67

1.30

0.83

0.76

0.65

0.66

0.56

0.73

0.88

0.77

0.87

0.96

0.76

1.00

1.13

0.90

1.18

S.P

Selepas

1.07

Page 15: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

1 2 3 4 5

13.3% 16.7% 43.3% 16.7% 10.0%

4 5 13 5 3

0.0% 16.7% 30.0% 33.3% 20.0%

0 5 9 10 6

6.7% 10.0% 30.0% 40.0% 13.3%

2 3 9 12 4

0.0% 0.0% 10.0% 60.0% 30.0%

0 0 3 18 9

13.3% 13.3% 40.0% 23.3% 10.0%

4 4 12 7 3

0.0% 13.3% 33.3% 33.3% 20.0%

0 4 10 10 6

0.0% 13.3% 40.0% 33.3% 13.3%

0 4 12 10 4

0.00% 3.30% 20.0% 53.3% 23.3%

0 1 6 16 7

6.7% 20.0% 43.3% 16.7% 13.3%

2 6 13 5 4

0.00% 6.70% 36.70% 33.30% 23.30%

0 2 11 10 7

0.0% 6.7% 36.7% 36.7% 20.0%

0 2 11 11 6

0.0% 0.0% 10.0% 46.7% 43.3%

0 0 3 14 13

0.0% 20.0% 30.0% 36.7% 13.3%

0 6 9 11 4

0.0% 0.0% 20.0% 46.7% 33.3%

0 0 6 14 10

6.7% 3.3% 33.3% 43.3% 13.3%

2 1 10 13 4

3.30% 3.30% 10.00% 46.70% 36.70%

1 1 3 14 11

0.0% 16.7% 46.7% 26.7% 10.0%

0 5 14 8 3

3.3% 0.0% 23.3% 46.7% 26.7%

1 0 7 14 8

0.0% 3.3% 20.0% 33.3% 43.3%

0 1 6 10 13

0.0% 0.0% 6.7% 30.0% 63.3%

0 0 2 9 19

3.3% 10.0% 30.0% 36.7% 20.0%

1 3 9 11 6

0.0% 6.7% 10.0% 53.3% 30.0%

0 2 3 16 9

3.3% 3.3% 30.0% 46.7% 16.7%

1 1 9 14 5

0.0% 3.3% 6.7% 56.7% 33.3%

0 1 2 17 10

0.0% 0.0% 30.0% 50.0% 20.0%

0 0 9 15 6

0.0% 0.0% 10.0% 53.3% 36.7%

0 0 3 16 11

3.3% 6.7% 26.7% 43.3% 20.0%

1 2 8 13 6

3.3% 0.0% 20.0% 23.3% 53.3%

1 0 6 7 16

3.3% 10.0% 23.3% 46.7% 16.7%

1 3 7 14 5

0.0% 0.0% 10.0% 46.7% 43.3%

0 0 3 14 13

0.0% 16.7% 33.3% 43.3% 6.7%

0 5 10 13 2

0.0% 0.0% 20.0% 53.3% 26.7%

0 0 6 16 8

0.0% 10.0% 13.3% 20.0% 46.7%

0 3 7 6 14

0.0% 0.0% 3.3% 36.7% 60.0%

0 0 1 11 18

6.7% 3.3% 20.0% 26.7% 43.3%

2 1 6 8 13

0.0% 1.0% 2.0% 9.0% 18.0%

0 1 2 9 18

3.3 13.3% 16.7% 46.7% 20.0%

1 4 5 14 6

0.0% 0.0% 6.7% 43.3% 50.0%

0 0 2 13 15

6.7% 6.7% 16.7% 26.7% 43.3%

2 2 5 8 13

0.0% 3.3% 6.7% 30.0% 60.0%

0 1 2 9 18

3.58 4.16 1.00 0.77

Jadual 7.0: Meningkatkan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Program Dari Hati Ke Hati

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI AHLI KELAB PRS DALAM KEMAHIRAN KOMUNIKASI MELALUI PROGRAM DARI

HATI KE HATI

N=30

Bil Perkara Julat Kajian Min

Sebelum

Min

Selepas

S.P

Sebelum

S.P

Selepas

1.00

2 Saya sentiasa memberi khidmat kepada

guru atau staf bila diperlukan.Sebelum 3.43 1.07

Selepas 4.20 0.61

1 Saya memandang audience bila

bercakap.Sebelum 2.93 1.14

Selepas 3.57

0.97

4 Saya tidak memasukkan tangan dalam

poket seluar semasa pembentangan.Sebelum 3.47 0.90

Selepas 3.97 0.76

3 Saya tidak bergantung pada slide semata-

mata apabila melakukan pembentangan.Sebelum 3.03 1.16

Selepas 3.60

0.91

6 Saya tidak memandang bawah apabila

melakukan pembentangan.Sebelum 3.70 0.88

Selepas 4.33 0.66

5 Saya tidak bergoyang-goyang semasa

berucap dihadapan.Sebelum 3.1 1.09

Selepas 3.73

0.73

8 Saya menggunakan bahasa badan /

gerakgeri yang sesuai dalam

pembentangan.

Sebelum 3.53 1.01

Selepas 4.10 0.96

7 Saya tidak berdiri statik sewaktu

menerangkan sesuatu perkara.Sebelum 3.43 0.97

Selepas 4.13

0.91

10 Saya boleh menjadi seorang pendengar

yang baik apabila seseorang

meceritakan sesuatu masalah.

Sebelum 4.17 0.87

Selepas 4.57 0.63

9 Saya adalah seorang yang boleh

mengawal perasaan gemuruh apabila di

hadapan audien.

Sebelum 3.30 0.88

Selepas 3.93

0.83

12 Saya menggunakan memek muka yang

sesuai apabila menyampaikan sesuatu

perkara.

Sebelum 3.70 0.92

Selepas 4.20 0.71

11 Saya amat menitik beratkan kefahaman

audien apabila melakukan sesuatu

pembentangan

Sebelum 3.60 1.04

Selepas 4.07

0.64

14 Saya suka berhubung atau mendapatkan

maklumat dari pensyarah melalui sms

atau facebook.

Sebelum 3.70 0.99

Selepas 4.23 1.01

13 Saya sentiasa memastikan slide yang

dihasilkan sentiasa menarik dan mudah

difahami apabila melakukan

pembentangan.

Sebelum 3.90 0.71

Selepas 4.27

0.66

16 Gambarajah atau lukisan amat penting

dalam pembentangan saya.Sebelum 3.40 0.86

Selepas 4.07 0.70

15 Saya amat mementingkan penampilan

dan pemakaian semasa pembentangan. Sebelum 3.63 1.00

Selepas 4.33

0.57

18 Saya lebih selesa berkomunikasi melalui

telefon berbanding dengan bertemu

seseorang.

Sebelum 3.97 1.19

Selepas 4.47 0.78

17 Pemakaian saya melambangkan watak

sebenar saya dalam kehidupan seharian.Sebelum 4.03 1.07

Selepas 4.57

JUMLAH

0.63

20 Bagi saya, Minit Mesyuarat,Memo dan

Laporan merupakan medium terpenting

dalam menyampaikan maklumat.

Sebelum 3.93 1.23

Selepas 4.47 0.78

19 Saya sentiasa menyusun ayat apabila

memberi sms atau ayat menggunakan

facebook kepada pensyarah.

Sebelum 3.67 1.06

Selepas 4.43

Page 16: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

Mengenalpasti Masalah Berkaitan

Penguasaan Kemahiran Komunikasi

Lisan Di Kalangan Ahli Kelab PRS

Merujuk kepada Jadual 5.0, data

yang diperolehi daripada analisis yang

dijalankan mendapati bahawa terdapat

peningkatan kemahiran komunikasi lisan

di kalangan ahli kelab PRS Kolej Kolej

Komuniti Temerloh apabila menyertai

Program Amal Dari Hati Ke Hati. Terdapat

peningkatan nilai min keseluruhan

sebanyak 4.28 iaitu berada pada tahap

yang baik dan mengatasi keadaan

sebelum pelajar tersebut mengikuti

program ini dengan nilai min hanya

sebanyak 3.70 iaitu hanya berada pada

tahap memuaskan sahaja. Peningkatan

nilai min tersebut menunjukkan

terdapatnya peningkatan penguasaan

kemahiran komunikasi lisan di kalangan

ahli kelab PRS selepas mengikuti Program

Amal Dari Hati ke Hati. Data yang

diperolehi ini adalah selaras dengan

Somerser (2001) yang berpendapat

bahawa pelajar perlu diterapkan dengan

kemahiran komunikasi dan kepimpinan

kerana melalui kemahiran ini pelajar

akan lebih memahami apa yang

diperlukan oleh seseorang dan bagaimana

untuk mempengaruhi dan membimbing

orang lain bagi mencapai matlamat yang

dirancangkan.

Mengenalpasti Masalah Berkaitan

Penguasaan Kemahiran Komunikasi

Bukan Lisan Di Kalangan Ahli Kelab

PRS

Objektif kajian yang kedua pula

adalah untuk mengenalpasti masalah

berkaitan penguasaan kemahiran

komunikasi bukan lisan di kalangan ahli

kelab PRS melalui Program Amal Dari

Hati Ke Hati yang dilaksanakan. Dapatan

kajian ditunjukkan dalam Jadual 6.0,

menunjukkan bahawa nilai min

keseluruhan sebelum program dan

selepas program adalah meningkat. Nilai

min sebelum program adalah 3.62 iaitu

hanya pada kadar memuaskan

berbanding dengan nilai min yang

meningkat naik sebanyak 4.28 pada kadar

yang baik. Ini menunjukkan program

tersebut juga bukan sahaja dapat

meningkatkan penguasaan kemahiran

komunikasi lisan sahaja malahan turut

meningkatkan juga kemahiran bukan

lisan pelajar atau secara khususnya ahli

kelab PRS bertepatan dengan Kinnick dan

Parton, (2005) dalam kajian mereka

mendapati bahawa kemahiran

Page 17: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

komunikasi seperti kemahiran

interpersonal, lisan dan kebolehan

berbincang atau berinteraksi mempunyai

hubungan yang kuat atau dipengaruhi

oleh kemahiran kepimpinan.

Meningkatkan Keyakinan Diri Ahli

Kelab PRS Dalam Kemahiran

Komunikasi Melalui Program Dari Hati

Ke Hati

Akhir sekali kajian mendapati

bahawa terdapat peningkatan keyakinan

diri pada ahli kelab PRS dalam kemahiran

komunikasi selepas menyertai Program

dari Hati ke Hati yang telah dijalankan.

Merujuk Jadual 7.0 nilai min sebelum

program hanya dalam julat memuaskan

mewakili nilai min sebanyak 3.58 sahaja

manakala keyakinan pelajar terhadap

kemahiran komunikasi adalah meningkat

selepas menyertai program tersebut

dengan jumlah nilai min keseluruhan

adalah sebanyak 4.16. Peningkatan ketara

dapat dilihat pada kesedaran peserta

tentang kepentingan menyediakan minit

mesyurat, memo dan laporan. Dokumen

tersebut merupakan medium terpenting

dalam menyampaikan maklumat yang

mana nilai min pada sebelum program

hanya mencatatkan pada tahap

memuaskan sahaja iaitu 3.93 berbanding

selepas program yang mencatatkan

peningkatan sehingga tahap amat baik

iaitu 4.47.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, purata

min keseluruhan yang diperolehi dalam

analisa data bagi ketiga-tiga persoalan

kajian tiga yang menggunakan skor min

diringkaskan dalam Jadual 8.0 dibawah:

Bil Item Soalan Purata Min Sebelum Purata Min Selepas

1. Komunikasi Lisan 3.70 4.28

2. Komunikasi Bukan Lisan 3.62 4.28

3. Keyakinan Dalam Komunikasi 3.58 4.16

Jadual 8.0: Purata Nilai min Berdasarkan Item Soalan

Page 18: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

Berdasarkan kepada Jadual di atas ia

menunjukkan nilai purata bagi min bagi

setiap item soalan yang telah

dikemukakan adalah meningkat. Ini

menunjukkan bahawa Program Dari Hati

Ke Hati yang telah dihadiri oleh

responden memberi impak yang amat

positif dan baik dalam meningkatkan

kemahiran komunikasi setiap responden.

Kemahiran komunikasi amat penting bagi

setiap pelajar terutama apabila

melibatkan proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dan kemahiran ini

tidak datang dengan sendiri jika pihak-

pihak berwajib tidak menyediakan satu

mekanisma dan program yang khas yang

mana dapat meningkatkan kemahiran

para pelajar tersebut dan ini bertepatan

dengan pendapat yang telah dinyatakan

oleh Rodiah, Siti Rahayah, Noriah(2009)

bahawa perancangan yang rapi dan

sistematik perlu dilakukan oleh pihak

yang terlibat bagi memastikan

kemahiran-kemahiran generik diterapkan

dan diintegrasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran di sepanjang pengajian

pelajar di setiap institusi.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya,

keupayaan pelajar dalam kemahiran

komunikasi dalam kalangan lepasan Kolej

Komuniti khususnya lepasan Kolej

Komuniti Temerloh sendiri merupakan

satu isu utama yang sering diperkatakan.

Namun satu perkara yang sahih dan jelas

dalam konteks ini ialah perbincangan

kita, tidak semestinya tertumpu di dalam

proses pengajaran dan

pembelajaran(P&P) sahaja. Sehubungan

dengan itu, pendekatan tambahan

berstruktur dan yang tersendiri perlu

dilakukan oleh pihak institusi dalam

memastikan bahawa kemahiran

komunikasi dapat dikuasai sepenuhnya

sebelum pelajar melangkah keluar ke

alam pekerjaan. Dengan ini terbuktilah,

Program Amal Dari Hati Ke Hati yang

telah dilaksanakan di Kolej Komuniti

Temerloh melalui Kelab PRS. Program ini

juga telah berupaya meningkatkan

kemahiran komunikasi, kepimpinan,

kemahiran insaniah, kerja berpasukan

serta pemikiran kreatif. Berdasarkan

dengan pendapat Hanum, Razali, Azuddin

(2008) bahawa proram-program amal

seperti Bakti Siswa dan seumpamanya

Page 19: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

akan meningkatkan tahap komunikasi

dalam kalangan peserta yang terlibat

dengan keluarga angkat serta masyarakat

di sekitar. Akhir kata, program ini wajar

diteruskan serta perlu lebih kerap

dijalankan bukan sahaja melibatkan ahli

Kelab PRS sahaja malah melibatkan

kesemua pelajar Kolej Komuniti

Temerloh.

RUJUKAN

Hanum Hassan, Razali Ahmad, Lt. Kol (B)

Azuddin Bahari (2008) Kemahiran

Insaniah dan Kepentingan Penerapannya

Dalam Program Baktisiswa Perdana

UniMAP,UniMAP

Rodiah Idris, Siti Rahayah Ariffin, Noriah

Mohd Ishak (2009) Pengaruh Kemahiran

Generik dalam Kemahir Pemikiran

Kritikal, Penyelesaian Masalah dan

Komunikasi Pelajar Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), UKM

Somerser, F. (2001). The softer side of

leadership. CMA Management, 75 (7), 12-

23.

Kinnick, K. N., & Parton, S. R. (2005).

Workplace communication: What the

apprentice teaches about communication

skills. Business Communication Quarterly,

68, 429.

Ruben, Brent D,Stewart, Lea P, 2005,

Communication and Human

Behaviour,USA:Alyn and Bacon

Altman, I., & Taylor, D.A. (1973). Social

penetration: The development of

interpersonal relationship. Holt, Rinehart

& Winston: New York.

Mansor, Rahman dan Shawaluddin

(1998). “Penghantar Komunikasi”. Pulau

Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Sulaiman, Salleh dan Azlina (2002).

“Komunikasi Dalam Pengajaran dan

Kepimpinan Pendidikan”. Kuala Lumpur:

Karisma Publications Sdn Bhd.

Pearson. J.C dan Nelson P. E (2000). “An

Introduction to Human Communication

Understanding dan Sharing”. Amerika

Syarikat: McGraw-Hill Higher Education.

Eighth Edition.

Page 20: Kajian Tindakan Peningkatan Keyakinan Diri Ahli Kelab Prs Dalam Kemahiran Komunikasi Melalui Perlaksanaan Program Amal Dari Hati Ke Hati

Aliza Abu Hassim (2008), “ Komunikasi

Berkesan”. Universiti Teknologi MARA

(UiTM), Malaysia

Burgoon Michael dan Raffner Michael

(1978), “Human Communication A

Revision of Approaching

Speed/Communication.” Holt, Rinehart

and Winston.

Haslinda @ Robita Hashim, Muhammad

Nubli Abdul Wahab dan Zarina Mohd Ali

(2005). Pembangunan Sahsiah

Mahasiswa Bersepadu: Konsep

DanPelaksanaannya Di Kolej Universiti

Kejuruteraan . Kertas kerja yang

dibentang di Seminar Kebangsaan Kursus

Sokongan Kejuruteraan, Di Hotel Aseania,

Langkawi 17-18 Disember 2005