KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan...
Transcript of KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan...
KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
ZAIRINA BINTI ZULKIFLEE CHANDRA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya ZAIRINA BINTI ZULKIFLEE CHANDRA
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI (1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
82-22 JALAN BAKRI, BATU 1 1/4, PM DR SULAIMAN BIN KADIKON
84000 MUAR, Nama Penyelia
JOHOR DARUL TAKZIM.
Tarikh :______________________________________ Tarikh : ___________________________
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
Penyelidikan, atau Laporan Sarjana Muda(PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan :______________________________________
Nama Penyelia :__PM DR SULAIMAN BIN KADIKON_____
Tarikh :______________________________________
KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
ZAIRINA BINTI ZULKIFLEE CHANDRA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan ( Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : __________________________________
Nama Penulis : ZAIRINA BINTI ZULKIFLEE CHANDRA
Tarikh : __________________________________
iii
DEDIKASI
Buat Ayahanda Zulkiflee Chandra bin Abdullah dan Bonda Zaiton binti Haji Kabol
yang amat disayangi dan sentiasa disanjungi. Tiada kata mampu diucap
selain ucapan terima kasih tidak terhingga dari anakandamu ini.
Segala jasa, pengorbanan serta nasihatmu tidak pernah
anakanda lupa hingga ke akhir hayat.
Kepada keluarga khususnya adik-beradikku, Zuliana, Zarick dan Zetty Zarita
Semoga kasih sayang kita kekal abadi dan sentiasa bersama
susah dan senang sekeluarga.
Tidak dilupakan buat Pensyarah dan Guru
yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu dan mencurahkan ilmu.
Terima kasih diucapkan ikhlas dari hati dan diharapkan segala ilmu dihalalkan.
Sahabat dan rakan seperjuangan terutamanya Norhasniza,
Siti Faridah dan Fasya Nadya.
Pahit manis bersama tidak dapat kulupakan. Segala pengorbanan, jasa dan
keikhlasan kalian amatku sanjung dan kenang hingga akhir nanti.
Semua memori akan terpahat kuat di ingatan
iv
PENGHARGAAN
Setinggi–tinggi syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan segala
limpah dan rahmat dariNya, akhirnya dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini
dengan sempurna.
Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penyelia yang disanjung
dan dihormati, PM Dr. Sulaiman bin Kadikon di atas segala nasihat, dorongan, teguran
yang membina dan bimbingan sepanjang proses pembikinan laporan kajian ini. Hanya
Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik yang telah dicurahkan.
Di kesempatan ini juga, rakaman terima kasih turut diucapkan kepada Cik
Rahimah binti Abdullah, Penolong Pegawai Sains, Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar,
Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM di atas kerjasama memberi tunjuk ajar yang telah
diberikan.
Selain itu, penghargaan ini turut diucapkan kepada Encik Nur Firdaus bin Mohd.
Daud, Ketua Unit Kualiti, Jabatan Pengeluaran, SAJ dan PM Dr. Abdull Rahim bin
Mohd. Yusoff, Pengarah IPASA, UTM kerana memberi kerjasama yang sebaiknya
sepanjang proses temubual dijalankan. Terima kasih atas segala maklumat yang telah
diberikan.
Akhir sekali, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung sepanjang menyiapkan laporan ini. Budi dan jasa kalian tidak akan dilupakan.
Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala amalan dan dilimpahi rahmat di dunia dan
akhirat. Amin.
v
ABSTRAK
Sumber air bersih kini dilihat menjadi semakin terancam kualitinya akibat
gangguan dari aktiviti manusia. Pelbagai aktiviti yang dijalankan terhadap air sungai, laut
dan tasik di Malaysia seperti pembuangan sampah, pelepasan sisa efluen, pembuangan
sisa toksik dan kumbahan menunjukkan sikap manusia yang tidak sedar akan
kepentingan menjaga kesucian air mutlak. Satu eksperimen telah dijalankan untuk
mengukur bacaan parameter tertentu dari air sampel yang diambil dari Tasik UTM dan
Sungai Stulang. Ukuran parameter tersebut melibatkan jumlah koliform, E.Coli,
kekeruhan, pH, BOD, COD, ammonia, besi, klorida dan aluminium. Hasil ujikaji
mendapati terdapat beberapa bacaan yang tidak menepati ukuran parameter air mentah
dari yang telah ditetapkan oleh Syarikat Air Johor. Ukuran E.Coli, COD, aluminium dan
ammonia dari air sampel telah mencatatkan bacaan yang tidak menepati standard
parameter yang ditetapkan sebagai air mutlak. Ini bermakna kualiti air sampel yang
diambil adalah tidak baik dan memerlukan proses rawatan dengan sebaik-baiknya.
Perubahan drastik perlu dilakukan melalui kesedaran kepada masyarakat agar
menghargai sumber air mutlak yang kian tergugat kesuciannya. Penguatkuasaan yang
ketat dituntut dari pihak berwajib dan transformasi yang efektif adalah penting bagi
menjamin pelestarian air untuk masa depan kelak.
vi
ABSTRACT
The supply of clean water is now threatened by human interference. The activities
of dumping garbage, effluent and toxic waste as well as sewage on the river, seas and
lakes portrays the level of ignorance that the Malaysians have towards the importance of
‘mutlak’ water. An experiment has been conducted to measure the parameter reading of
water sample taken from the UTM Lake and Stulang River. From the experiment done,
the readings of total coliform, E.Coli, turbidity, pH, Biological Oxygen Demand,
Chemical Oxygen Demand, ammonia, iron and aluminium were recorded. The result
indicates that there were significant readings on the sample that does not comply with the
standard parameter set by the Syarikat Air Johor (SAJ) on raw water. The parameter of
E.Coli, Chemical Oxygen Demand, aluminium and ammonia did not fulfill the
requirement standard on ‘mutlak’ water. This indicates that the water quality of the
respective population is not compatible and treatment is much needed. Drastic move has
to be made by inculcating the Malaysian citizen to appreciate the source of ‘mutlak’
water. Effective law enforcement and transformation is highly essential in sustaining the
source for clean water consumption in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
TRANSLITERASI ARAB xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi / Istilah 11
1.8.1 Kajian 11
1.8.2 Kualiti 11
1.8.3 Air 12
1.8.4 Mutlak 12
1.8.5 Perspektif 12
1.8.6 Islam 12
1.9 Kesimpulan 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Air Dalam Perspektif Islam 15
2.2.1 Asal Kejadian Air 15
2.2.2 Pembahagian Air 16
2.2.2.1 Definisi Air Mutlak 18
2.2.2.2 Sumber Air Mutlak 19
2.3 Kedudukan dan Kualiti Air Mutlak 20
2.3.1 Air Mutlak Sebagai Agen Penyuci 21
2.3.1.1 Air Mutlak dan Hukumnya 22
2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24
2.3.2 Ciri Fizikal Air 25
2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26
2.4.1 Ukuran Air Mutlak Dan Perubahannya 26
2.4.2 Pencemaran Air Mutlak 29
2.4.3 Penyataan Dari Al-Quran Tentang Air 30
2.5 Kajian Lepas 33
ix
2.6 Kesimpulan 34
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Instrumen Kajian 36
3.3.1 Pengumpulan Data Sekunder 36
3.3.2 Data Primer 37
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 38
3.4.1 Kaedah Temubual 38
3.4.2 Kaedah Dokumentasi 38
3.4.3 Ujikaji Di Makmal 39
3.5 Kesimpulan 39
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 40
4.2 Kadar Penggunaan Air di Johor 2010 40
4.3 Sumber Air Bersih di Johor 41
4.4 Panduan Kualiti Air Terawat 42
4.5 Keputusan Parameter Ujikaji Air Sampel 45
4.6 Keputusan Parameter Dari Sampel Air Terlibat 48
4.6.1 Bacaan Parameter E.Coli 49
4.6.2 Bacaan Parameter COD 49
4.6.3 Bacaan Parameter Ammonia 51
4.6.4 Bacaan Parameter Aluminium 52
4.6.5 Keputusan Dari Empat Parameter Yang Didapati 52
4.7 Proses Rawatan Air 53
x
4.8 Kualiti Penggunaan Air Sampel Dalam Kehidupan 56
Seharian
4.8 Kesimpulan 57
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan 58
5.3 Rumusan 60
5.4 Cadangan 63
5.4.1 Kesedaran Dari Masyarakat 63
5.4.2 Menaikkan Kadar Tarif Air 64
5.4.3 Penguatkuasaan Yang Ketat 65
5.4.4 Saranan Prof Dato’ Ir Dr. Zaini B. Ujang 65
5.5 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 66
5.6 Kesimpulan 69
SENARAI RUJUKAN 70
LAMPIRAN 77
xi
TRANSLITERASI ARAB
Kajian ini memuatkan tulisan Transliterasi yang digunakan oleh
Ensiklopedia Islam dengan sedikit perbezaan dengan tulisan biasa.
Konsonan
d (dad) ض ‘ (hamza) ء
t (’ta) ط b (’ba) ب
z (’za) ظ t (’ta) ت
‘ (ayn‘) ع th (’tha) ث
gh (ghayn) غ j (jim) ج
f (’fa) ف h (’ha) ح
q (qaf) ق kh (’kha) خ
k (kaf) ك d (dal) د
l (lam) ل dh (dhal) ذ
m (mim) م r (’ra) ر
n (nun) ن z (zay) ز
w (waw) و s (sin) س
h (’ha) ه sh (shin) ش
y (’ya) ي s (sad) ص
Vowel
a fathah panjang a (fathah) َـ
i kasrah panjang i (kasrah) ِـ
u dammah panjang u (dammah) ُـ
xii
SENARAI SINGKATAN
BOD - Permintaan Oksigen Biokimia
COD - Permintaan Oksigen Kimia
Fe - ferum
H2 - dua hidrogen
H20 - hidrogen oksida
H2S - hidrogen sulfida
IPASA - Institut Pengurusan Alam Sekitar Dan Sumber Air
Mn - mangan
mg/L - milligram per liter
m3
- meterpadu
pH - Keasidan dan Kealkalian
RA - Radiallahu ‘anhu
SAJ - Syarikat Air Johor
SAW - Sallallahu ‘Alaihi Wassallam
SWT - Subhanahu Wa Ta’ala
TCU - True Colour Unit
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Butiran
A - Surat Kebenaran Fakulti
- Surat Kebenaran Temubual
B - Jadual 4.1 : Kadar Penggunaan Air Di Johor 2010
- Jadual 4.2 : Sumber Air Bersih Di Johor
- Jadual 4.3 : Panduan Kualiti Air Mentah
- Jadual 4.4 : Panduan Kualiti Air Terawat
- Interim National Water Quality Standards (INWQS) For
Malaysia
C - Set Soalan Temubual : SAJ
- Set Soalan Temubual : IPASA
D - Gambar Sampel Air
- Gambar Mesin Dan Alatan Yang Digunakan Untuk
Ujikaji Di Makmal
- Gambar Semasa Proses Ujikaji Sampel Air
- Gambar Lokasi Sampel Air Diambil
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seseorang Muslim.
Tanpa air, hidup seolah-olah hilang punca dan keperluan utama dalam perihal
pengurusan diri dan ibadat khasnya. Perihal solat, persiapan diri, makan, minum
dan juga pekerjaan seharian juga memerlukan air khususnya.
Air adalah antara bahan semula jadi paling penting di dunia dan ia
mewakili 70 peratus daripada isi bumi. Tumbuhan perlukan air untuk proses
pertumbuhan dan kitaran semula jadi fotosintesis, haiwan perlukan air juga untuk
proses pembiakan dan juga beberapa sektor juga perlukan seperti pertanian,
perindustrian, pemakanan dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT yang bermaksud;
2
“Tidakkah Engkau memerhatikan, Bahawa Allah menurunkan
hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di
bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-
tanaman Yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-
tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa Yang
tertentu), selepas itu Engkau melihatmu berupa kuning; kemudian
ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya Segala Yang
tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-
orang Yang berakal sempurna.”
(Surah az-Zumar 39 : 21)
Oleh kerana itulah Allah menurunkan ayat tersebut agar makhluknya
menghargai air mutlak. Segala ciptaan dan nikmat Allah SWT tidak wajar untuk
disalahgunakan dan dicemari. Allah SWT menciptakan manusia lengkap dengan
segala peraturan hidup. Apabila manusia dahaga mereka perlukan minuman,
maka Allah SWT sediakan air yang diturunkan dari langit dan juga air yang
mengalir dari tanah tinggi melalui sungai, laut dan perigi. Salji yang mencair
sesuci embun, air embun dan juga air mata air kesemuanya air mutlak ciptaan dan
kurniaan Allah.
Dengan air juga Allah SWT menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
Apabila lapar maka Allah SWT tumbuhkan pepohon yang menghasilkan buah-
buahan. Manusia perlu melihat dan menikmati keindahan alam maya, lalu Allah
SWT datangkan matahari yang memancarkan cahaya, tanpa cahaya sudah pasti
pancaindera tidak akan berfungsi.
Namun, semua kitaran hidup itu bagaikan tidak dihargai apabila hidup
manusia tidak menghargai setitik air yang ada hingga membiarkan pembaziran air
berlaku. Penggunaan air untuk membasuh baju, membasuh kenderaan, mengemop
3
lantai, membasuh sayuran dan juga mengambil wudhuk adalah aktiviti kerap
manusia dalam penggunaan air. Lebih menyedihkan lagi, apabila air tersebut
bercampur pelbagai bahan kimia seperti bahan organik, nutrien seperti fosforus,
nitrogen dan patogen.
Kesucian air itu kian dicemari oleh aktiviti seharian manusia.
Bermulalah episod kurang tanggungjawab manusia untuk menghargai air dan
kualiti air yang asalnya bersih pula semakin diragui.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kegiatan berunsurkan air dan kaedah pengendalian air di negara antara
punca sikap manusia menyumbang kepada pembaziran. Aktiviti seharian seperti
merendam pakaian menggunakan peluntur dan merendam sayur-sayuran adalah
rutin dalam kehidupan. Seterusnya, air yang digunakan tidak dikitar semula untuk
menjirus pokok bunga atau membasuh kenderaan walaupun membilas tayar
kenderaan yang terkena sedikit najis sekalipun. Sikap manusia yang suka
membazir boleh dilihat sendiri dari segi persiapan diri seperti mandi, membasuh
muka, mengambil wudhuk, memasak dan kegiatan seharian.
Sepatutnya, masyarakat perlu sedar akan krisis air yang berlaku di
dunia disebabkan oleh sikap pembaziran rakyatnya. Empangan-empangan yang
wujud seperti empangan Sungai Tinggi, Semenyih, Sungai Langat, Klang Gate,
Tasik Subang, Congok dan Empangan Bekok merupakan sumber air kepada
seluruh penduduk di Malaysia.
4
Menurut Prof. Ir. Dr Zaini Ujang, suatu pendekatan baru dalam
pengurusan air perlu dilakukan segera yang lebih kepada teknologi tahan lasak,
bertindakbalas dengan perubahan cuaca dan mesra alam. Hanya kerana khuatir
nila setitik, maka rosak susu sebelanga. Sesetengah masyarakat bersikap lebih
kepada menjurus ke arah was-was dan kurang pengetahuan menjadi punca
pembaziran tidak terkawal. Hanya kerana ingin menghilangkan dakwat pen yang
terkena jari, wudhuk mesti diulang dengan menggunakan air yang banyak.
(Rencana Berita Harian, 21 Mac 2007)
Apabila bekalan air terputus, baharulah timbul sikap ingin berjimat
dalam penggunaan air. Dari situlah manusia mula menadah air hujan dan mula
mencari bekalan air bersih dari sungai dan laut, menghargai setitik air embun dan
mata air.
Menurut Pakar Forensik Alam Sekitar, Pencemaran Marin, Universiti
Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Mohamad Pauzi Zakaria, sikap dan
tanggungjawab masyarakat yang tidak peka terhadap alam sekitar mengakibatkan
kebimbangan terhadap kualiti air sungai kini. Ini merujuk kepada air lebihan yang
dibiarkan dialirkan ke longkang dan seterusnya menuju ke sungai dan laut di
negara.
Ini sudah tentu akan mengakibatkan pencemaran serius terhadap
hidupan di laut dan sungai yang menjadi sumber makanan utama di negara. Air
yang dialirkan pula bercampur pelbagai jenis aktiviti perlakuan manusia seperti
air basuhan pakaian, air basuhan makanan, air minyak basuhan pinggan, air
basuhan kenderaan dan juga air sisa industri yang mengandungi pelbagai bahan
kimia yang sudah tentu akan mengakibatkan penyakit yang tidak diingini. (Berita
Minggu, Disember 2009)
5
Oleh kerana itulah, sikap masyarakat harus dipupuk untuk menghargai
air dan menggunakan air seminimum yang mungkin. Ini dapat mengubah cara
hidup seseorang dengan menghargai air, tidak membazir air dan tahu kesan dan
akibat daripada melepaskan air sisa basuhan itu ke longkang.
Namun, jika dilihat dari sudut lain pula, dunia turut dilimpahi air
kerana banjir yang juga merupakan bencana alam yang tidak dapat dielakkan.
Sudah tentu beberapa bahagian kawasan tadahan air dan empangan tidak mampu
menampung lalu menyebabkan empangan pecah dan berlakulah banjir lumpur.
Sama ada bahan toksik, sisa campuran makanan, tanah runtuh bercampur becak,
bahan kimia dan juga air yang dibazirkan begitu sahaja.
Kebanyakkan pembaziran air yang dapat dilihat kini tidak dihiraukan
oleh masyarakat di samping bencana alam itu mengundang penyakit. Kerapuhan
akar-akar pokok yang tidak dapat menampung beban pokok lalu terjadilah
hakisan tanah.
Maka dengan itulah, pengkaji yakin bahawa rawatan atau kaedah
tapisan semula yang efektif perlu kepada masyarakat kelak. Walaupun hal ini
disedari, lebih banyak air tetap dibazirkan kerana perkara yang remeh hingga
menjejaskan kualiti air sungai dan laut.
6
1.3 Penyataan Masalah
Allah SWT telah melimpahkan nikmat air kepada manusia sekelian
alam tetapi manusia itu sendiri tidak menghargai wahyu dari langit itu untuk roh
dan jiwa. Apa akan terjadi kepada ekosistem di bumi dan hidupan di sungai
apabila manusia semakin hari semakin leka dan lalai membazir air begitu sahaja
tanpa memikirkan kesannya kepada alam? Tambahan pula, air yang dibazirkan itu
mengandungi pelbagai bahan yang mencemarkan. Oleh kerana itulah, sikap dan
pengurusan air seharian harus dilihat dan dikaji bagi mengelak pembaziran air
tidak terkawal ini di samping mengawal kualiti air.
Pengurus Bahagian Alam Sekitar Gabungan Persatuan-Persatuan
Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), S. Piarapakaran menyatakan
bahawa manusia disyorkan untuk menggunakan air sekitar 165 liter dalam sehari.
Namun terdapat manusia membazir dalam kegunaan harian dengan menggunakan
air sebanyak 300 liter sehari. Ini dianggarkan secara purata, penggunaan air
melebihi 135 liter sehari seorang adalah sejumlah yang sangat besar dan
menyamai kira-kira 90 botol minuman ringan (botol 1.5 liter). (Konsumerkini,
2010)
Rasulullah SAW juga pernah menjelaskan akan muncul golongan yang
suka membazir dan berlebih-lebih. Ini merujuk kepada tabiat yang suka berlebih-
lebihan dalam bersuci dan berdoa. Jelaslah, Rasulullah SAW sendiri menegur dan
memperingatkan kaumnya akan wujud golongan yang suka membazir dalam
amalan bersuci. (Che Hasliza Che Roza, 2006)
Namun, pernahkah masyarakat terfikir apa akan terjadi jika dunia
kering kontang tanpa air? Adakah masyarakat mengambil berat kesan
pembuangan pelbagai air yang dialirkan ke sungai dan laut tanpa rawatan yang
7
betul? Bekalan air dan pencemaran sumber air, adalah kesan buruk sikap manusia
sendiri. Dunia ini telah diciptakan Allah SWT dengan sebaik-baiknya dan
manusialah yang banyak mencemarkannya.
Atas kesedaran itulah menjadi pemangkin kepada kajian ini untuk
mengambil berat akan nikmat air dan seterusnya memastikan tahap kualiti air
yang digunakan mendapat rawatan yang betul.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai oleh
pengkaji. Objektif tersebut ialah ;
1.4.1 Untuk mengkaji kualiti air mutlak yang digunakan dalam
kehidupan seharian.
1.4.2 Untuk mengenalpasti standard kualiti air mutlak dalam
kehidupan seharian.
1.4.3 Untuk mengemukakan cadangan yang berkesan tentang
penggunaan air mutlak .
8
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah disenaraikan, maka persoalan kajian
yang ingin dijawab ialah,
1.5.1 Adakah air mutlak yang digunakan dalam kehidupan
seharian berada dalam kualiti yang baik?
1.5.2 Apakah standard kualiti air mutlak dalam kehidupan
seharian?
1.5.3 Apakah cadangan yang berkesan tentang penggunaan air
mutlak?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang ingin dilakukan adalah berkait rapat dengan kesedaran
pengkaji tentang seriusnya untuk menghargai nikmat air di dunia agar tidak
berlaku pembaziran. Sikap sayangkan air dan menghargai air sepatutnya
diamalkan oleh semua pihak bukan diabaikan hanya kerana bekalan air cukup
tanpa melalui sebarang rasa kesempitan dan kepayahan dengan ketiadaan air.
Oleh itu, pengkaji ingin membangkitkan rasa kesedaran kepada pihak tertentu
bahawa setiap aktiviti menggunakan air boleh dijimatkan jika dihayati kesan akan
datangnya.
Selain itu juga, pihak perumahan, perindustrin dan perniagaan juga
akan turut memperolehi faedah dengan memastikan aliran air dari longkang di
9
sekitar premis perniagaan melalui saliran air yang tidak tercemar. Ini penting
kerana air yang dialirkan terus dari saliran longkang adalah campuran air yang
kebanyakkannya dihasilkan oleh kegiatan manusia itu sendiri.
Dengan itu, pihak berwajib akan memastikan langkah dan cara
pengurusan air sisa basuhan yang dilepaskan ke saliran-saliran agar tidak
mencemarkan hidupan di dalamnya. Ini dapat membangkitkan perasaan kasih dan
sayang kepada makhluk di dalam air untuk hidup dengan alam sekitarnya yang
bersih.
Di samping itu juga, kajian ini juga penting untuk memupuk sikap
pengguna dan dan penduduk setempat, pelajar, masyarakat dan individu untuk
tidak membazir dalam penggunaan air. Ini juga jelas bahawa penggunaan air yang
diulang pakai itu mampu menjimatkan air semaksimumnya.
Pengguna perlu sedar air mandian itu perlu ditadah agar dapat
memberi sinar baru kepada tumbuhan dan pengkomersialan pertanian. Selain itu
juga, dengan kaedah sistem rawatan air perlu sebelum ia dilepaskan ke sungai. Ini
seperti dilakukan di negara membangun di Eropah dan Australia.
Akhirnya kepada pihak-pihak bertanggungjawab seperti Syarikat
Bekalan Air juga turut penting untuk mengubah cara pengurusan air dan saliran
supaya mengkaji semula kepentingan penggunaan semula air sisa basuhan dan
dibazirkan sewenang-wenangnya.
Pembangunan tidak terkawal juga antara penyumbang kepada
kerapuhan spesis hidupan di hutan selain dari penggondolan hutan. Itulah yang
menjadi penyumbang kepada hakisan tanah dan berlakulah bencana alam dan
terhapusnya kesucian nikmat hidupan sungai yang telah dicemari dengan air
10
khususnya. Kesucian alam perlu dijaga dari sudut kualiti dan keadaan asalnya
setelah Allah SWT menciptanya khusus untuk makhluk di bumi. Maka, adalah
tidak wajar manusia merosakkannya dan mencemari kurniaan itu.
1.7 Batasan Kajian
Pengkaji memilih negeri Johor Darul Takzim sebagai lokasi kajian.
Pengkaji memilih tiga lokasi kajian iaitu Tasik UTM, Sungai Stulang yang terdiri
dari stesen 1 dan stesen 2. Selain itu, kajian ini juga melibatkan pihak-pihak yang
bertanggungjawab dalam pengurusan berkaitan air iaitu Syarikat Air Johor (SAJ)
dan Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA), Universiti Teknologi
Malaysia.
Bagi Syarikat Air Johor (SAJ), pengkaji ingin mendapatkan maklumat,
data dan statistik tentang cara pengurusan air di Johor. Bagi Institut Pengurusan
Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA), Universiti Teknologi Malaysia pula,
pengkaji ingin mendapatkan maklumat tentang tahap kualiti air yang dilepaskan
ke sungai dan laut, rujukan penemuan baru, cadangan serta inovasi yang
digunakan untuk standard kualiti air yang digunakan agar dapat merubah masa
depan pengguna.
11
1.8 Definisi / Istilah
Istilah yang digunakan yang telah pengkaji gunakan sepanjang
penulisan adalah berkaitan dengan kajian yang ingin dijalankan. ini juga dapat
membantu pengkaji dan juga pembaca agar memahami dengan lebih mendalam
setiap isu yang dibincangkan.
1.8.1 Kajian
Definisi kajian menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998 : 378)
ialah penyelidikan, penelitian, penyiasatan. Tesaurus Bahasa Melayu (2002:90)
pula mendefinisikan kajian iaitu penyelidikan dan studi.
1.8.2 Kualiti
Menurut Tesaurus Melayu Moden Utusan (1994 : 142) kualiti
bermaksud darjah, gred, harga, kedudukan, martabat, mutu, nilai, nisbah, status,
taraf, takat dan tingkat. Kualiti yang dimaksudkan dalam kajian penyelidikan ini
ialah kualiti air mutlak dari segi punca wujudnya, kejadiannya dan termasuk mutu
air tersebut.
12
1.8.3 Air
Mengikut Tesaurus Melayu Moden Utusan (1994 : 4) air ialah ekstrak,
inti, intisari, jus, konsentrat, kordial, pekatan, perahan, pati dan sari. Air yang
dimaksudkan di dalam kajian penyelidikan ini ialah menyeluruh bagi semua air
yang terdapat secara semulajadi seperti dari sumber sungai dan laut.
1.8.4 Mutlak
Definisi mutlak yang dimaksudkan dari Kamus Pengetahuan Islam
ialah air biasa yang tidak dikaitkan dengan suatu nama yang tertentu seperti air
susu, air kopi. Air ini juga mempunyai tujuh jenis iaitu air laut, air sungai, air
hujan, air telaga, air mata air, air salji dan air embun.
1.8.5 Perspektif
Menurut Tesaurus Bahasa Melayu (2002 : 201) perspektif ialah sudut,
sudut pandangan dan tinjauan.
1.8.6 Islam
Islam didefinisikan sebagai agama yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1970:501)
13
Kamus Bahasa Melayu Nusantara pula mendefinisikan Islam sebagai
agama Allah SWT yang diturunkan melalui wahyu kepada Nabi Muhammad
SAW untuk diajarkan kepada seluruh umat manusia dengan berpedomankan
kepada kitab suci al-Quran. (2003:1026)
1.9 Kesimpulan
Kesimpulannya, pengkaji memahami bahawa air memberi kepentingan
yang besar kepada manusia. Kegunaan air juga perlu mengikut cara dan tujuan
sebenar penciptaanya kerana manusia hendaklah bersyukur terhadap nikmat yang
diberikan Allah SWT. Dengan merujuk kepada bab ini, pengkaji akan dapat
mendalami penyataan masalah, latar belakang masalah dan seterusnya objektif
kajian penyelidikan ini dibuat.