Kajian Kes Program Keberkesanan Program Transisi Sekolah Ke Kerjaya Docx

download Kajian Kes Program Keberkesanan Program Transisi Sekolah Ke Kerjaya Docx

of 73

  • date post

    24-Oct-2015
  • Category

    Documents

  • view

    150
  • download

    14

Embed Size (px)

Transcript of Kajian Kes Program Keberkesanan Program Transisi Sekolah Ke Kerjaya Docx

Kajian Kes Program Keberkesanan Program Transisi Sekolah Ke Kerjaya1.1 PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu dan kemahiran untuk hidup sangat penting kepada individu. Ibu bapa sememangnya mengharapkan anak mereka menguasai kemahiran untuk hidup berdikari setelah dewasa kelak terutama kepada anak-anak istimewa. Jika dalam menguasai kemahiran ini kegagalan maka akan menyukarkan untuk anak-anak istimewa ini berhadapan dengan masa depannya terutama dalam kerjaya.Prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas adalah menjadi panduan dalam menyediakan individu agar berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan menguruskan diri mampu menyesuaikan diri dalam masyarakat. Kemahiran tersebut perlu dipelajari di sekolah terutama dalam program pendidikan khas intergrasi di mana ianya perlu disampaikan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran.Di peringkat sekolah menengah, pelajaran kemahiran hidup haruslah diajar kepada pelajar bermasalah pembelajaran bersama-sama dengan pelajaran latihan vokasional yang melibatkan latihan sambil bekerja (on job training) bagi melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran sebagai orang dewasa dan tanggungjawab (Cronin & Patton 1993).Cara yang dapat dilakukan agar program dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran tentang kemahiran serta menumpukan kepada peningkatan kebolehan berdikari di kalangan pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah pemembelajaran. Tumpuan kajian ini adalah khusus kepada tinjauan keberkesanan program transisi ke kerjaya bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dari perspektif guru-guru Pendidikan Khas. Diharapkan dengan kajian ini dapat memberikan penjelasan tentang keberkesanan program yang dijalankan.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah akademik seperti membaca, menulis, kefahaman, perkembangan bahasa, hubungan interpersonal, hubungan intrapersonal dan tingkahlaku. Maka adalah wajar mereka diberikan kemahiran dalam bidang vokasional kerana ianya bersesuaian dengan kemampuan dan perkembangan mereka. Program transisi ke kerja memberi peluang kepada mereka memperolehi kemahiran tersebut apabila tamat tempoh pembelajaran di sekolah. Ini adalah bertujuan membolehkan mereka berdikari, bersedia dalam alam pekerjaan bagi memenuhi keperluan diri dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga serta ahli komuniti di sekeliling mereka. (Molloy 1972).Hanya sebahagian kecil kecil sahaja pelajar-pelajar yang berkeperluan khas yang mendapat manfaat daripada program vokasional yang berkualiti. Sekolah-sekolah vokasional hanya berhasrat memilih pelajar-pelajar berkeperluan khas yang dirasakan sesuai serta senang didik dan sering mengabaikan sebahagian lagi pelajar berkeperluan khas ke arah latihan kerja yang realistik ( Matters 1974 ).Kajian White (1992) menunjukkan golongan bermasalah pembelajaran sukar untuk memperolehi pencapaian akademik yang baik. Walaupun memperolehi latihan vokasional, kebanyakan mereka masih sukar memperolehi pekerjaan. Mereka juga kurang berpuas hati dengan kehidupan mereka di tempat kerja. Secara keseluruhannya, golongan bermasalah pembelajaran tidak boleh mengadaptasikan kebolehan yang dipelajari untuk berkomunikasi dalam masyarakat.Menurut Meese (2001) setelah meneliti pelbagai kajian yang telah dijalankan untuk murid kurang upaya ringan didapati bahawa hanya 26.7% pelajar berkeperluan khas melanjutkan pelajaran selepas sekolah menengah (24 tahun di universiti atau sekolah teknik) berbanding dengan 70% pelajar biasa. Pelajar bermasalah pembelajaran juga mempunyai aspirasi pekerjaan yang lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya yang biasa.Keutamaan lebih diperlukan ke arah pendidikan latihan vokasional bagi persediaan transisi ke kerjaya daripada latihan akademik semata-mata. Jika pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ditawarkan dengan perancangan yang jitu tentang keperluan hidupnya, maka ianya akan meningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima semasa di sekolah (Goupil et al. 2002). Menurut McConkey (1998) penyataan yang tidak perlu diperjelaskan mengenai pendidikan di abad ke 21 iaitu pendidikan lebih dari persekolahan, pendidikan mendidik masyarakat dan pendidikan adalah untuk masa kini dan juga untuk masa depan.Kajian Abd Rahman (2003) mendapati di Malaysia, pelaksanaan program transisi tanpa perancangan jitu yang lebih sempurna kerana kebanyakkan aktiviti yang ditunjukkan oleh guru penyelaras dilaksanakan dalam keadaan yang tidak seragam. Ketidakseragaman ini menunjukkan pelaksanaan adalah lebih banyak bergantung kepada inisiatif guru penyelaras sendiri. Sememangnya tidak terdapat satu panduan khusus yang selaras di semua negeri untuk guru-guru penyelaras melaksanakan program transisi.OIeh itu pengkaji mengharapkan bahawa keperluan bagi mengkaji keberkesanan program transisi ke kerjaya yang terancang dan sistematik amat perlu untuk pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran peringkat sekolah menengah ke arah hidup berdikari dan diterima oleh masyarakat. Kajian ini juga diharapkan akan mendapatkan maklumat daripada guru-guru tentang sejauh manakah kurikulum program transisi kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilaksanakan di Program Khas Bermasalah Pembelajaran sekolah menengah. Ianya juga bertujuan untuk melihat apakah kekangan-kekangan yang ada dalam pelaksanaan kurikulum tersebut kepada pelajar khas.

1.3 RASIONAL KAJIAN

Program yang baik dan ideal adalah program yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Keberkesaan sesuatu program pula dapat diukur apabila ianya dapat memenuhi kehendak dan matlamat program itu sendiri. Kehendak serta matlamat tersebut hanya dapat dipenuhi apabila ianya mampu disesuaikan mengikut ciri-ciri tertentu seperti umur, minat, kemampuan fizikal dan fikiran pelajar. Sekiranya ciri-ciri ini tidak diambilkira maka program tersebut sukar untuk dilaksanakan denga berkesan.Bersesuaian dengan matlamat pendidikan bermasalah pembelajaran untuk melahirkan pelajar yang mampu berdikari setelah meninggalkan alam persekolahan, maka adalah wajar untuk memastikan mereka ini memperolehi serta menguasai kemahiran asas yang diperlukan. Pendidikan vokasional merupakan satu sistem pendidikan yang menyediakan tenaga separa mahir untuk industri, pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga. Manakala objektif yang terkandung dalam pendidikan vokasional adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian, pertanian dan perdagangan serta membina asas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional.Shamsuddin (2002) menyatakan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan peluang pekerjaan OKU amat terhad dan rendah berbanding dengan normal adalah berpunca daripada tahap kelayakan, kemampuan dan kemahiran yang tidak mencukupi. Setiap tahun di Amerika Utara dan United Kingdom, pelajar bermasalah pembelajaran meninggalkan alam persekolahan untuk memasuki dunia orang dewasa. Kebanyakan daripada mereka telah mendapat faedah dari pertambahan waktu persekolahan yang membolehkan mereka hadir ke sekolah sehingga berumur 21 tahun. Meskipun begitu, kebanyakan pelajar tidak mendapat pekerjaan dan peluang masa lapang yang terhad apabila mereka meninggalkan alam persekolahan (Goupil et al. 2002).Waterman et al. (2001) menyatakan fokus untuk mencari pekerjaan haruslah menekankan aspek kebolehupayaan perolehan kerja. Ia bermakna seseorang individu perlu mempunyai kemahiran bersaing terhadap pencarian kerja, menjadi pekerja berkepercayaan kendiri, dan sebagai tenaga kerja berdaya tahan berkerjaya. Pendidikan, kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran yang merangkumi kemahiran interpersonal, pengurusan diri, dan komunikasi perlu digabungkan untuk sesuatu rancangan kerjaya yang baik.Kekurangan latihan dan ketidakupayaan mendapat kerja menunjukkan pelajar bermasalah pembelajaran amat memerlukan satu program transisi untuk membolehkan mereka memperolehi pekerjaan. Clark dan Kolstoe (1995) menyatakan bahawa program transisi merupakan satu proses untuk menentukan pelajar-pelajar berjaya merentasi alam pekerjaan dan alam persekolahan mereka.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

1. Dapat menjelaskan bagaimana program transisi sekolah ke kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilaksanakan di sekolah menengah intergrasi pendidikan khas di daerah Muar, Johor.2. Mendapatkan maklumat lebih jelas daripada guru-guru tentang kesesuaian dan keberkesanan kurikulum tersebut dilaksanakan di semua sekolah di negeri Johor.3. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan kurikulum tersebut.

1.5 KERANGKA KONSEP

Sistem transisi ke kerjaya memerlukan penglibatan dari pelbaai pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan dan Tenaga Buruh. Tidak ketinggalan juga agensi badan bukan kerajaan seperti Persatuan Orang Kurang Upaya. Selain itu juga agensi yang terlibat secara langsung dari badan kerajaan adalah seperti Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Pendidikan Khas. Juga Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan, Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Jabatan Sekolah serta unit penilaian dan peperiksaan.Berpandukan kerangka konsep ini pendekatan yang menyeluruh adalah perlu dilaksanakan. Inisiatif dari pihak guru pendidikan khas khasnya adalah perkara asas kepada keberkesanan pelaksanaan program transisi ke kerjaya ini. Perkhidmatan dengan koordinasi ini akan membantu berjayanya program tersebut. Persiapan pelajar pendidikan khas memasuki alam kerjaya adalah bermula dari rumah. Namun ianya menjadi lebih penting apabila mereka berada di sekolah. Oleh itu guru pendidikan khas diperlukan untuk merancang program transisi ke kerjaya dengan menyediakan pelajar berkeperluan khas menghadapi situasi kerjaya selepas persekolahan.Pengalaman guru pendidikan khas menjadi aset penting dalam memainkan