Kajian Kes Estee Lauder 2011

25
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN SEMESTER 9 / SEPT 2014 BBPS4103 PENGURUSAN STRATEGIK / STRATEGIC MANAGEMENT KAJIAN KES ESTEE LAUDER 2011 E-MEL : [email protected] [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BANGI

description

KAJIAN TERHADAP SYARIKAT ESTEE LAUDER BAGI TAHUN 2011

Transcript of Kajian Kes Estee Lauder 2011

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

SEMESTER 9 / SEPT 2014

BBPS4103

PENGURUSAN STRATEGIK / STRATEGIC MANAGEMENT

KAJIAN KES ESTEE LAUDER 2011

E-MEL: [email protected][email protected]

BBPS4103PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN BANGI

1

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN2 2.0 ANALISIS LUARAN 33.0 ANALISIS DALAMAN 74.0 ANALISIS SWOT95.0 CADANGAN126.0 RUJUKAN177.0 LAMPIRAN18

1.0PENGENALANABSTRAKKajian ini merupakan sebuah kajian terhadap industri kosmetik yang telah lama menembusi pasaran global iaitu Syarikat Estee Lauder [Estee Lauder Companies, Inc.(EL)] berkenaan perniagaan pada tahun 2011. EL diklasifikasikan sebagai sebuah syarikat dibawah inndustri barangan persendirian dan isi rumah dimana mereka merupakan peneraju dalam indutri kecantikan berprestijsebagai pengeluar alatan solek, produk penjagaan kulit, minyak wangi dan produk penjagaan rambut yang telah diiktiraf di serata dunia. Syarikat yeng beribu pejabat di Bandar New York, Amerika Syarikat ini telah beroperasi di Benua Amerika itu sendiri, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan di rantau Asia Pasifik. Syarikat Estee Lauder mula ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Puan Estee Lauder dan suaminya, Joseph Lauder dengan memasarkan barangan kecantikan yang dibangunkan oleh ahli kimia John Schotz yang merupakan pakciknya. Pada awal penubuhannya, EL gagal meyakinkan Madison Avenue untuk memasarkan produk mereka. Tetapi itu tidak menghalang mereka untuk memasarkan sendiri produk mereka terus kepada pelanggan dan seterusnya mensasarkan butik-butik eksklusif dan kedai-kedai jualan sehingga dua tahun kemudian berjaya membuka kedai jualan pertama mereka di Saks Fifth Avenue di New York. Kini, EL mempunyai lebih 26 jenama produk dan dijual di lebih 150 negara di seluruh dunia. Biarpun pada tahun 2004 syarikat ini kehilangan pengasas mereka iaitu Puan Estee Lauder,namun beliau patut berbangga dengan pencapaian yang dicapai oleh syarikat yang bermula dari sebuah perusahaan kecil kepada sebuah jenama yang dikenali di serata dunia.Biarpun mengalami sedikit kejatuhan pada tahun 2009, syarikat ini memperbaiki ekonominnya pada tahun kewangan 2010. Tahun kewangan bagi syarikat Estee Lauder berakhir pada 30 Jun setiap tahun. Kejayaan EL pada tahun 2010 ialah mereka berjaya menggandakan pendapatan bersih dari $218 juta pada tahun 2009 ke $478 juta pada tahun 2010. Jualan bersih pula mencatatkan peningkatan sebanyak 6.4 peratus berbanding tahun kewangan 2009. Pendapatan pada tahun 2010 pula sebanyak $7,811.5 juta berbanding $7331.9 juta pada tahun 2009.KENYATAAN VISIBringing the best to everyone we touch and being the best in everything we do. By the best we mean the best products, the best people and the best ideas.KENYATAAN MISIMisi kami adalah untuk memasarkan produk berkualiti tinggi dalam penjagaan kulit, minyak wangi,kosmetik dan produk penjagaan rambut (2) untuk lelaki dan wanita di semua peringkat umur tanpa mengira bangsa (1) di seluruh dunia (3). Dengan menggunakan teknologi yang terkini (4) dalam rekabentuk kosmetik, kami dapat memastikan permintaan tinggi pelanggan untuk produk yang unggul dan selamat mampu dipenuhi atau lebih dalam setiap produk yang dibeli (5). Menyediakan produk yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan membolehkan falsafah kami (6) iaitu meningkatkan minda,badan dan jiwa diteruskan dari satu generasi ke generasi (7). Dengan adanya ahli kimia yang berpengalaman (8) dalam mereka bentuk produk baru yang selamat dan berkesan, kami berusaha untuk terus mengembangkan rangkaian produk kami. Kami juga berusaha untuk menjalankan kesedaran sosial dengan menyediakan produk yang yang mesra alam dan bebas dari ujian haiwan (9).1. Pelanggan2. Produk atau perkhidmatan3. Pasaran4. Teknologi5. Konsep kendiri6. Falsafah7. Kebimbangan untuk terus bersaing, keuntungan dan pembangunan8. Keprihatinan terhadap pekerja9. Keprihatinan terhadap masyarakat dan tanggungjawab sosial.2.0ANALISIS LUARANCPM MATRIK PROFIL PESAING ( COMPETITIVE PROFILE MATRIX)Matrik profil pesaing menunjukkan pesaing utama syarikat dalam industri yang sama dan kekuatan serta kelemahan berhubung dengan kedudukan strategik syarikat. Tujuan matrik ini adalah untuk menilai kedudukan daya saing syarikat dalam industri. Syarikat Estee Lauder bersaing secara terus dalam industri ini dengan jenama lain seperti Avon Product, Inc., kumpulan Loreal dan syarikat Procter & Gamble (P&G).

Syarikat AvonSyarikat ini menjual produk kecantikan dan berkaitan yang terdiri daripada kosmetik, minyak wangi, penjagaan kulit dan kelengkapan peribadi. Pejabat utama terletak di New York dan merupakan sebuah syarikat jualan langsung produk peribadi yang terbesar. Pasaran Avon di lebih 100 negara menerusi lebih 5 juta wakil jualan bebas di seluruh dunia. Ini membuatkan Avon merupakan salah satu pesaing yang menggerunkan. Kumpulan LorealKumpulan Loreal merupakan salah satu peneraju di seluruh dunia dalam industri kosmetik dan mengedarkan produk di lebih 130 buah negara dengan 19 jenama global dan pejabat di 58 buah negara. Memiliki banyak jenama produk pengguna, produk profesional dan produk mewah. Syarikat Procter & Gamble (P&G)P&G secara konsisten dalam mengejar globalisasi dengan lebih 127,000 pekerja di lebih 80 buah negara dan pengedaran produk di 140 negara. Syarikat ini merupakan syarikat yang memiliki kepelbagaian dalam barisan produk, berterusan menunjukkan pertumbuhan dalam jualan dan keuntungan.

Estee LauderAvonLorealP&G

Faktor-faktor kejayaan kritikalWajaranKadar

Skor wajaranKadar

Skor wajaranKadar

Skor wajaranKadar

Skor wajaran

Kualiti Produk0.140.430.340.430.3

Kesetiaan pelanggan0.140.440.440.440.4

Nilai jenama0.140.440.440.440.4

Pengiklanan0.140.440.440.440.4

Harga0.130.330.340.440.4

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)0.140.430.340.440.4

Pasaran Global0.140.430.340.440.4

Rangkaian pengedaran0.120.240.430.340.4

Kedudukan Kewangan0.0520.130.1530.1540.2

Bahagian dalam pasaran0.120.230.330.330.3

Pengurusan0.0530.1530.1530.1540.2

1.003.353.43.73.8

Analisis matrik profil pesaing diatas menunjukkan bahawa syarikat Procter & Gamble (P&G) mendominasi dalam faktor-faktor kejayaan kritikan dengan nilai wajaran sebanyak 3.8. Syarikat Estee Lauder mencatatkan nilai wajaran yang paling rendah. Justeru itu, strategi yang perlu dirancang untuk kejayaan syarikat ini haruslah merangkumi faktor pengembangan rangkaian pengedaran, bahagian dalam pasaran, kedudukan kewangan dan pengurusan yang lebih sistematik.MATRIK PENILAIAN FAKTOR LUARANFaktor LuaranWajaranKadarSkor Wajaran

Peluang (opportunities)

Nilai mata wang Dollar Amerika Syarikat yang lemah berbanding mata wang Euro menjadikan barangan berasaskan Amerika Syarikat lebih berpatutan untuk pelanggan di Eropah0.0730.21

Kadar faedah yang kekal rendah di Amerika Syarikat0.0930.27

Semakin ramai orang membeli produk dalam talian untuk kemudahan, penjimatan kos dan kerahsiaan0.1230.36

Peningkatan golongan lelaki yang semakin prihatin dalam penjagaan kulit dan streotype lelaki menggunkan barangan penjagaan kulit semakin berkurangan0.0740.28

Peningkatan dalam penjualan kosmetik di rantau asia0.0530.15

Peningkatan populasi golongan hispanic di Amerika Syarikat (hispanic- keturunan amerika latin yang tinggal di Amerika Syarikat)0.0530.15

Permintaan pelanggan terhadap produk yang tidak diuji terhadap haiwan dan mesra alam0.0530.15

Pelanggan berminat terhadap produk herba yang berasaskan sumber semulajadi0.0540.2

Ancaman (Threats)

Pelanggan mengadu mengenai penghasilan produk baru yang diuji terhadap haiwan0.0330.09

FDA (Food and Drug Administration for US) merancang utk menguatkuasakan bahawa setiap syarikat kosmetik perlu menyatakan label keselamatan produk ini belum ditentukan0.0210.02

Banyak syarikat yang baru dengan kepakaran pelbagai barangan kosmetik ditubuhkan setiap tahun0.0520.1

Kebimbangan kegunaan bahan terlarang dalam produk0.0540.2

Pesaing dalam industri yang sama mempelbagaikan jenama produk dan mengembangkan pasaran0.1020.2

Produk boleh didapati dalam jualan atas talian dengan harga yang lebih rendah menghadkan keuntungan0.1010.1

Kecenderungan masyarakat untuk tampil tanpa solekan0.0530.15

Kesetiaan pelanggan terhadap jenama yang biasa digunakan dan sukar untuk mencuba jenama lain0.0530.15

JUMLAH1.002.78

Keputusan daripada Matrik Penilaian Faktor Luaran menunjukkan bahawa syarikat ini adalah di bawah purata (skor purata=3.00). Syarikat Estee Lauder mempunyai peluang besar kerana peningkatan golongan lelaki dalam penjagaan kulit selain golongan wanita yang telah sekian lama mengutamakan kecantikan. Selain itu, peningkatan minat pelanggan terhadap produk berasaskan sumber semulajadi. Walaubagaimanapun, ancaman adalah kebimbangan pengguna terhadap penggunaan bahan terlarang dalam produk dan pertambahan pelanggan yang mengadu tentang ujian terhadap haiwan. Hal ini boleh menjejaskan imej dan keyakinan pelanggan terhadap rangkaian produk keluaran syarikat ini.3.0ANALISIS DALAMANMATRIK PENILAIAN FAKTOR DALAMANFaktor DalamanWajaranKadarSkor Wajaran

Kekuatan (strenghts)

Mempunyai pejabat jualan di lebih 48 negara dan dijual di 130 negara seluruh dunia0.1350.65

Produk diuji terhadap haiwan bila dibenarkan oleh undang-undang0.0540.2

Mempunyai 26 jenama terkenal dan beroperasi dibawah pelbagai jenama tersebut seperti Clinique, Origins dan Bobbi Brown.0.1250.6

Rancangan Penggantian yang terperinci untuk kejayaan syarikat setelah perlantikan Fabrizio Freda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bermula Mac 20100.0530.15

Hak global syarikat terhadap produk yang dijual dibawah beberapa jenama seperti Tommy Hilfiger, Donna Kara dan Sean John0.1040.4

Kesinambungan syarikat dalam membeli kepentingan dalam syarikat yang diiktiraf seperti Bumble&Bumble Product LLC0.0540.2

Keuntungan naik sekali ganda bagi tahun kewangan 2010 ($478juta) berbanding tahun kewangan 2009 ($218juta)0.1540.6

Keupayaan syarikat dalam pengkhususan penghasilan peringkat atas dan pertengahan produk kosmetik; pasaran lebih 9000 produk0.0540.2

Kelemahan (Weaknesses)

Pengurangan kedai-kedai jualan diseluruh dunia0.1020.2

Harga saham terperangkap diantara USD25 dan USD50 julat dagangan sejak 1996.0.0510.05

Kuasa dalam syarikat banyak dimiliki oleh ahli keluarga0.0520.1

Penurunan pendapatan dari sektor minyak wangi iaitu $1150.9 juta (2009) kepada $1136.9 juta (2010)0.0510.05

Syarikat tidak menawarkan jenama yang mencukupi untuk disesuaikan dengan bajet pelanggan0.0510.05

JUMLAH1.003.45

Keputusan yang ditunjukkan oleh Matrik Penilaian faktor Dalaman diatas menunjukkan yang syarikat mempunyai kekuatan dalam memiliki 26 jenama dan beroperasi dengan pejabat di 48 buah negara serta lebih 130 buah negara di seluruh dunia. Ini menunjukkan Estee Lauder mempunyai bahagian pasaran yang besar. Walaubagaimanapun, dari segi kelemahan, syarikat perlu menambahkan bilangan kedai-kedai jualan di seluruh dunia bagi meningkatkan lagi jualan. Selain itu, dominasi kuasa di kalangan keluarga juga perlu ditangani bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa.ANALISIS NISBAH KEWANGANESTEE LAUDER

200820092010CATATAN

Nisbah keuntungan :(Profitable Ratios)

Margin keuntungan kasar74.7674.3176.53%

Margin keuntungan bersih5.992.986.14%

Pulangan terhadap aset10.374.299.10%

Pulangan terhadap ekuiti33.2213.2626.66%

Nisbah aktiviti:(Activity Ratios)

Pusingan inventori2.172.112.26kali

Pusingan aset1.731.441.48kali

Pusingan aset tetap8.227.087.60kali

Nisbah Kecairan:(Liquidity Ratios)

Nisbah semasa (current ratio)1.642.001.99

Nisbah cepat (quick ratio)0.851.181.19

Nisbah Leverage :(Leverage ratios)

Leverage Kewangan3.033.162.74

Nisbah hutang/ekuiti0.650.850.62

Nisbah Pertumbuhan:(Growth Ratios)

Pendapatan bersih47.3218.4478.3USD/ million

Pendapatan sesaham1.200.551.19USD

Dividen sesaham0.280.280.28USD

4.0ANALISIS SWOTKekuatan (Strenghts) Jenama Yang KukuhJenama di bawah Estee Lauder biasanya dikaitkan dengan kemewahan dan kualiti. Syarikat ini menghasil dan memasarkan produk yang diyakini terbaik dimata dunia seperti Clinique, M.A.C dan Origins. Selain itu, mereka juga mempunyai lesen global pada jenama ternama lain seperti Tommy Hilfiger, Donna Kara dan Sean John. Setiap dari jenama ini mensasarkan penguasaan di pasaran produk kecantikan. Ini dibuktikan dengan penguasaan M.A.C sebagai pendahulu di pasaran alatan solek di Amerika Syarikat. Kekuatan sesuatu jenama ini memberikan ruang kepada syarikat untuk menambah rangkaian produk dibawah jenama tersebut. Fokus Terhadap Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)Estee lauder adalah pendahulu dalam pembangunan produk baru. Dari sektor pemasaran sehingga ke kumpulan pembungkusan bekerjasama dengan pasukan R&D dalam mengkaji keinginan dan minat pengguna, pembangunan produk baru, rekabentuk dan kajian penghasilan semula produk sedia ada. Kesungguhan syarikat ini dibuktikan melalui tindakan memperuntukkan sejumlah 1.1% daripada jumlah pendapatan untuk tujuan R&D dalam tahun kewangan 2007. Rangkaian Pengedaran Yang LuasTidak dinafikan lagi, Estee Lauder menjual produk mereka melalui rangkaian yang besar dengan adanya pejabat milikan sendiri di 48 buah negara dan pasaran di lebih 130 buah negara di seluruh dunia. Dengan adanya rangkaian pengedaran yang meluas ini, Estee Lauder mampu mewujudkan kedekatan dengan pelanggan sasaran dan meningkatkan peluang penembusan pasaran.Kelemahan (Weaknesses) Prestasi Kurang MemberansangkanPendapatan operasi telah menunjukkan penurunan dalam segmen tertentu. Begitu juga dengan keuntungan dalam beberapa kawasan geografi. Pendapatan operasi dalam minyak wangi telah menurun dari $60.8 juta pada 2009 kepada $26.3 juta pada 2010. Selain itu, pendapatan operasi dari perkara lain juga menunjukkan penurunan. Keuntungan dari benua Eropah menunjukkan penurunan sebanyak $345.4 juta pada tahun 2009 berbanding 2008. Benua Amerika juga menunjukkan penurunan; $3711.5 juta (2008) dan $3421.2 juta (2009). Penurunan dalam pendapatan operasi di kategori produk dan kawasan geografi tertentu menunjukkan kelemahan dalam struktur kos syarikat.Peluang (Opportunities) Kemunculan Pasaran Kosmetik Di Beberapa NegaraKemunculan pasaran baru di beberapa buah negara seperti China dan India yang telah didorong oleh peningkatan populariti pertandingan kecantikan mendorong kepada kebangkitan syarikat kosmetik. Ini dibuktikan melalui peningkatan pendapatan syarikat Estee Lauder di rantau Asia Pasifik; $1,192.6 juta (2008), $1299.4 juta (2009) dan $1510.1 juta (2010). Syarikat ini telah bertapak dalam pasaran di rantau ini sekian lama, dengan kemunculan pasaran baru ini membantu memperbaiki kedudukan Estee Lauder disamping merupakan peluang yang baik untuk mendapat manfaat daripada permintaan yang dijangka meningkat bagi pasaran di negara-negara ini. Kesedaran Tentang KecantikanDewasa ini kesedaran mengenai kepentingan menjaga kecantikan semakin meningkat bukan sahaja di Amerika Syarikat malahan seluruh dunia. Kesedaran ini juga meliputi semua peringkat umur dengan tumpuan terhadap golongan yang berumur. Menurut Biro Perangkaan dan Banci Amerika Syarikat, penduduk di negara tersebut yang berumur 65 tahun ke atas sekurang-kurangnya ada 13 peratus daripada jumlah populasi pada tahun 2006 dan dijangka meningkat kepada 20 peratus menjelang 2030. Estee Lauder perlu meningkatkan pengeluaran terhadap segmen berkaitan dengan alatan kosmetik yang tertumpu terhadap golongan berumur ini khususnya dan semua penduduk di seluruh dunia amnya.Ancaman (Threats) Persaingan SengitIndustri kosmetik global merupakan medan persaingan yang sengit dengan penglibatan beberapa syarikat besar di samping sekumpulan besar syarikat kecil berlumba-lumba untuk mendapat tempat dalam pasaran. Antaranya ialah Syarikat Esteen Lauder itu sendiri, Kumpulan Loreal, Syarikat Procter&Gamble, Avon Product. Kesungguhan syarikat-syarikat ini untuk kekal beroperasi mendorong mereka untuk merencanakan strategi perniagaan yang berkesan antaranya melalui pembesaran rangkaian pengedaran, mempelbagaikan rangkaian produk dan memperkukuhkan kekuatan penawaran mengimbangi permintaan. Peningkatan persaingan ini memberikan implikasi terhadap penurunan harga produk, penurunan keuntungan dan kehilangan tempat dalam pasaran. Peningkatan Penguatkuasaan Undang-undangBeberapa kumpulan perlindungan pengguna secara terbuka menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan bahan yang terlarang dalam produk kosmetik. Sehubungan dengan peningkatan kebimbangan ini, FDA (US Food and Drug Administration) bercadang menguatkan undang-undang berkaitan produk kosmetik. Penguatkuasaan ini dijangka melengahkan masa untuk penghasilan dan pelancaran produk baru dan peningkatan perbenjaan program R&D. Sudah pasti juag mendatangkan keburukan kepada struktur kos syarikat Estee Lauder.5.0CADANGANGSM-MATRIK STRATEGI BESAR(GRAND STRATEGY MATRIX)Pertumbuhan Pasaran PesatKedudukan Persaingan LemahKuadran IIKuadran IEstee Lauder

Kuadran IIIKuadran IV

Kedudukan Persaingan KuatPertumbuhan Pasaran Perlahan

Berdasarkan Matrik Strategi Besar diatas, Syarikat Estee Lauder dicadangkan pada kuadran II. Berikut merupakan cadangan strategi yang perlu dilaksanakan: Pembangunan pasaran Penembusan pasaran Pembangunan produk Integrasi ke hadapan, mendatar dan ke belakang. Kepelbagaian berpusatQPSMAlternatif strategik

Faktor DalamanWajaranMemperkenalkan produk baru untuk pelanggan baruMeneruskan untuk mengembangkan pasaran ke kawasan geografi baru

KekuatanSDTJSDTSDTJSDT

Mempunyai pejabat jualan di lebih 48 negara dan dijual di 130 negara seluruh dunia0.1020.340.5

Produk diuji terhadap haiwan bila dibenarkan oleh undang-undang0.05----

Mempunyai 26 jenama terkenal dan beroperasi dibawah pelbagai jenama tersebut seperti Clinique, Origins dan Bobbi Brown.0.1030.320.25

Rancangan Penggantian yang terperinci untuk kejayaan syarikat setelah perlantikan Fabrizio Freda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bermula Mac 20100.05----

Hak global syarikat terhadap produk yang dijual dibawah beberapa jenama seperti Tommy Hilfiger, Donna Kara dan Sean John0.1540.3540.4

Kesinambungan syarikat dalam membeli kepentingan dalam syarikat yang diiktiraf seperti Bumble&Bumble Product LLC-----

Keuntungan naik sekali ganda bagi tahun kewangan 2010 ($478juta) berbanding tahun kewangan 2009 ($218juta)0.1530.4540.6

Keupayaan syarikat dalam pengkhususan penghasilan peringkat atas dan pertengahan produk kosmetik; pasaran lebih 9000 produk0.1040.2540.2

Kelemahan

Pengurangan kedai-kedai jualan diseluruh dunia0.05----

Harga saham terperangkap diantara USD25 dan USD50 julat dagangan sejak 1996.0.05----

Kuasa dalam syarikat banyak dimiliki oleh ahli keluarga0.05----

Penurunan pendapatan dari sektor minyak wangi iaitu $1150.9 juta (2009) kepada $1136.9 juta (2010)0.05----

Syarikat tidak menawarkan jenama yang mencukupi untuk disesuaikan dengan bajet pelanggan0.1040.2020.10

JUMLAH1.001.852.05

Faktor LuaranWajaranMemperkenalkan produk baru untuk pelanggan baruMeneruskan untuk mengembangkan pasaran ke kawasan geografi baru

PeluangSDTJSDTSDTJSDT

Nilai mata wang Dollar Amerika Syarikat yang lemah berbanding mata wang Euro menjadikan barangan berasaskan Amerika Syarikat lebih berpatutan untuk pelanggan di Eropah0.0710.0740.2

Kadar faedah yang kekal rendah di Amerika Syarikat0.0920.240.24

Semakin ramai orang membeli produk dalam talian untuk kemudahan, penjimatan kos dan kerahsiaan0.1230.410.16

Peningkatan golongan lelaki yang semakin prihatin dalam penjagaan kulit dan streotype lelaki menggunkan barangan penjagaan kulit semakin berkurangan0.0540.210.05

Peningkatan dalam penjualan kosmetik di rantau asia0.0520.140.2

Peningkatan populasi golongan hispanic di Amerika Syarikat (hispanic- keturunan amerika latin yang tinggal di Amerika Syarikat)0.0510.0540.2

Permintaan pelanggan terhadap produk yang tidak diuji terhadap haiwan dan mesra alam0.07----

Pelanggan berminat terhadap produk herba yang berasaskan sumber semulajadi0.0530.1010.05

Ancaman

Pelanggan mengadu mengenai penghasilan produk baru yang diuji terhadap haiwan0.03----

FDA (Food and Drug Administration for US) merancang utk menguatkuasakan bahawa setiap syarikat kosmetik perlu menyatakan label keselamatan produk ini belum ditentukan0.02----

Banyak syarikat yang baru dengan kepakaran pelbagai barangan kosmetik ditubuhkan setiap tahun0.05----

Kebimbangan kegunaan bahan terlarang dalam produk0.05----

Pesaing dalam industri yang sama mempelbagaikan jenama produk dan mengembangkan pasaran0.10----

Produk boleh didapati dalam jualan atas talian dengan harga yang lebih rendah menghadkan keuntungan0.10----

Kecenderungan masyarakat untuk tampil tanpa solekan0.0540.210.05

Kesetiaan pelanggan terhadap jenama yang biasa digunakan dan sukar untuk mencuba jenama lain0.05----

JUMLAH1.001.321.15

JUMLAH KESELURUHAN SKOR DAYA TARIKAN (SDT)3.173.2

Antara beberapa cadangan adalah: Syarikat perlu membangunkan imej jenama yang jelas dan menyediakan sesuatu yang unik kepada pelanggan. Kemungkinan untuk membentuk imej baru adalah melalui pelancaran sub-jenama. Syarikat perlu mengambil langkah untuk membendung pemalsuan produk kerana jelas pemalsuan ini mengancam perniagaan serta imej jenama Estee Lauder. Selain itu menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna seterusnya membawa kepada kemerosotan perniagaan. Estee lauder boleh memperkenalkan sub-jenama yang disesuaikan untuk situasi pasaran yang berbeza yang mana menyediakan fleksibiliti untuk menikmati pelbagai jenama tanpa memberi kesan negatif kepada satu sama lain. Oleh kerana Estee Lauder merupakan jenama yang global, ia seharusnya memberi tumpuan yang sama pada setiap pasaran untuk memberi kestabilan global dalam perniagaan syarikat secara menyeluruh. Sikap kesedaran mengenai persaingan. Meskipun Estee Lauder mempunyai pasaran yang luas dan kepelbagaian produk, ia harus sedar persaingan yang semakin sengit dan tidak sambil lewa bagi meneruskan kelancaran operasi syarikat.

6.0 RUJUKANhttp://en.wikipedia.org/wiki/Estee_Lauder_Companies capaian pada 18 Disember 2014http://www.esteelauder.my/ capaian pada 18 Disember 2014http://www.my.avon.com/ capaian pada 19 Disember 2014http://en.wikipedia.org/wiki/Avon_Product capaian pada 19 Disember 2014http://www.loreal.com/ capaian pada 19 Disember 2014http://www.pg.com/ capaian pada 19 Disember 2014http://financials.morningstar.com/ratios/r.html?t=EL&region=usa&culture=en-US capaian pada 19 Disember 2014Estee lauder 2011 Case Studi di http://www.academia.edu/ capaian 18 Disember 2014

7.0LAMPIRAN