KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK … fileKau tidak pernah merasa jemu dalam...
Transcript of KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK … fileKau tidak pernah merasa jemu dalam...
KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK JOHOR
NUR DIYANA BINTI YUSOFF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK JOHOR
NUR DIYANA BINTI YUSOFF
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
iv
DEDIKASI
Buat Ma & Aboh yang tersayang …
Yusoff bin Omar & Zawiah binti Mamat,
Semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh,
Kau tidak pernah merasa jemu dalam melayan kerenahku,
Semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah,
Terima kasih Ma…. Terima kasih Aboh,
Terima kasih untuk segala pengorbanan dan penat jerihmu,
Sungguh besar pengorbanan yang telah kau berikan padaku,
Akan ku balas segala pengorbananmu kepada ku,
Akan ku bayar segala jerih perihmu,
Keringat lelahmu itu yang membuatkan aku berjaya,
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ma & Aboh atas segala-galanya,
Terima kasih juga krpada adik-beradikku,
Segala jasa dan pengorbanan kalian tidak akan aku lupakan hingga akhir hayat.
Buat Tunang Tercinta….
Kaulah pembakar semangatku,
Kaulah penyuluh kehidupanku,
Terima kasih kerana sentiasa ada disisiku.
Teman-teman seperjuangan….
Dikala susah dan senang kau sentiasa ada untukku,
Sentiasa memberikan sokongan buatku,
Menjalani kehidupan sebagai warga kampus,
Dulu, kini dan selamanya,
Kau tetap teman-teman dihatiku.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
kurniaNya member kekuatan dan keupayaan kepada saya untuk menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr.Mohad Anizu Bin Hj. Mohd Noor selaku
pensyarah penyelia dan pembimbing yang telah banyak meluangkan masa, memberikan
tunjuk ajar, panduan dan bimbingan dalam menghasilkan dan menyiapkan projek sarjana
muda yang baik dan berkualiti ini amatlah dihargai dan disanjungi. Tidak lupa juga
kepada Pemain Bola Sepak Negeri Johor yang telah memberikan kerjasama dalam
menjayakan kajian ini.
Jutaan terima kasih ditujukan buat kedua ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu
memberikan sokongan dan dorongan yang tidak terhingga kepada saya. Penghargaan
seterusnya ditujukan kepada tunang tercinta yang telah memberikan pendapat dan idea
dalam proses menyiapkan kajian ini. Tanpa pengorbanan dan bimbingan dari kalian,
amatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari perjuangan sebagai seorang pelajar.
Akhir sekali, tidak lupa juga kepada teman-teman seperjuangan yang banyak
menghabiskan masa bersama dalam menyiapkan kajian ini serta sentiasa ada disamping
saya dalam masa susah dan senang. Terima kasih sekali lagi kerana banyak membantu
serta saling berkongsi dan bertukar-tukar pendapat bagi melengkapkan kajian ini.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam melaksanakan kajian ini. Tanpa
sokongan dari semua pihak, kemungkinan kajian ini tidak akan sempurna.
Sekian, terima kasih.
vi
ABSTRAK
Emosi merupakan salah satu aspek penting dalam psikologi sukan yang perlu diberi
penekanan kerana ia melibatkan perubahan fisiologi dalam diri manusia. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis emosi yang didominasi oleh pemain bola
sepak sebelum dan selepas perlawanan. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif di mana ia
dijalankan dalam bentuk soalselidik yang telah diedarkan sebanyak dua kali pada 13
Oktober 2010 iaitu setengah jam sebelum dan selepas perlawanan Liga Super 2009/2010
yang telah berlangsung di Stadium Larkin, Johor Bahru.. Sampel kajian terdiri daripada
18 orang pemain Pasukan Bola Sepak Johor termasuk pemain simpanan dan juga
penjaga gol. Soalan kajiselidik yang diedarkan adalah diadaptasi berdasarkan soalan
kajiselidik The Brunel Mood Scale yang berkaitan dengan emosi seperti bertenaga,
marah, sedih, keliru, lesu dan tegang. Kepentingan kajian ini dijalankan adalah supaya
pemain dan juga jurulatih dapat memahami, memperbaiki dan mengawal emosi sebelum
dan selepas perlawanan dijalankan. Data dianalisis menggunakan Microsoft Office Excel
2007. Hasil kajian mendapati, jenis-jenis emosi yang berlaku sebelum dan selepas
perlawanan adalah sama tetapi berbeza dari segi peratusan dapatan data. Emosi
bersemangat merupakan emosi yang paling tinggi peratusannya bagi sebelum dan
selepas perlawanan. Manakala, bagi jenis-jenis emosi yang lain mendapati bahawa
kadar peratusannya adalah rendah. Dapatan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor
seperti faktor kecergasan fizikal, pengaruh persekitaran dan juga interpersonal pemain.
Untuk kajian akan datang, pengkaji mencadangkan responden menjalankan teknik
seperti teknik imagery, positive self talk dan relaxation sebelum menjawab soalan
kajiselidik untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat.
vii
ABSTRACT
Emotion is one of a crucial aspect in the sport psychology since it is involving the
changes in the human physiology. With regards of that, the objective of this descriptive
study is to discover the types of emotion among the football player at the pre and post of
a football game. In order to validate the study, data were collected through 18 sets of
questionnaire which were distributed 30 minutes before and after the game during the
Liga Super 2009/2010 at the Larkin Stadium, Johor Bahru. The respondents were the
players, reserve players and the goal-keeper of Johor State Football Team who
participate in the game. For this study, the questionnaires were adapted from “ The
Brunel Mood Scale” which relate to the emotion such as vigorous, angry, depression,
confuse, fatigue and tension and the data was analysed using the Microsoft Excel 2007.
This study is significantly carried out to enable the players and the coach to understand,
improve and control the emotion before and after the game. From the findings revealed
that, the emotion which occur before and after the game were similar but different in the
percentage range. Vigorous showed the highest percentage before and after the game,
however, the other types of emotion were in low percentage due to other factors such as
the physically energetic, environment and the player interpersonal. For future research,
it is recommended to work on techniques such as imagery, positive talk and relaxation
before answering the research question to get the accuracy of the findings
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
HALAMAN KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 5
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Limitasi Kajian 9
1.7 Definisi Operasional 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kajian Berkaitan 12
ix
2.3 Penutup 20
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Populasi dan Persampelan 22
3.4 Pembolehubah 23
3.5 Instrumen Kajian 23
3.6 Lokasi Kajian 24
3.7 Prosedur Kajian 25
3.8 Analisis Data 27
3.9 Penutup 27
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 28
4.2 Taburan Sampel 29
4.3 Maklumat Peribadi Responden 30
4.4 Jenis-jenis Emosi Sebelum dan Selepas 36
Perlawanan
4.5 Perbandingan Jenis-jenis Emosi Sebelum 49
Dan Selepas Perlawanan
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan 51
5.3 Rumusan 54
5.4 Cadangan Kajian 54
5.5 Penutup 55
x
RUJUKAN 56
LAMPIRAN A-C
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Data analisis mengikut bahagian dalam soal selidik 29
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model reaksi emosi (MOREM) 17
4.1 Taburan peratusan responden mengikut umur 30
4.2 Taburan peratusan responden mengikut status perkahwinan 31
4.3 Taburan peratusan responden mengikut jenis bangsa 32
4.4 Taburan peratusan responden mengikut berat (kg) 33
4.5 Taburan peratusan responden mengikut tinggi (cm) 34
4.6 Taburan peratusan responden berdasarkan pengalaman 35
4.7 Taburan peratusan emosi marah (sebelum perlawanan) 37
4.8 Taburan peratusan emosi bertenaga (sebelum perlawanan) 38
4.9 Taburan peratusan emosi keliru (sebelum perlawanan) 39
4.10 Taburan peratusan emosi sedih (sebelum perlawanan) 40
4.11 Taburan peratusan emosi lesu (sebelum perlawanan) 41
4.12 Taburan peratusan emosi tegang (sebelum perlawanan) 42
4.13 Taburan peratusan emosi marah (selepas perlawanan) 43
4.14 Taburan peratusan emosi bertenaga (selepas perlawanan) 44
4.15 Taburan peratusan emosi keliru (selepas perlawanan) 45
4.16 Taburan peratusan emosi sedih (selepas perlawanan) 46
xiii
4.17 Taburan peratusan emosi lesu (selepas perlawanan) 47
4.18 Taburan peratusan emosi tegang (selepas perlawanan) 48
4.19 Taburan peratusan perbandingan jenis-jenis emosi sebelum 49
dan selepas perlawanan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Lantikan 62
B Surat Perjanjian 63
C Borang Soal Selidik 64
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sukan bola sepak adalah suatu sukan yang telah berkembang sejak beberapa
zaman yang dulu. Seperti kebanyakan permainan yang terdapat pada hari ini, bola sepak
juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Menurut “Federation Internationale de
Football Assosiation” (FIFA), permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola
sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan
bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang
mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular.
Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan
bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-
pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan
pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-
undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian
berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
2
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan
Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini
ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil
persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan
Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola
sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan
penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat
professional di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak
untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat
perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak
pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan ole FIFA, badan pentadbir bola sepak, yang
diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain
bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang
mudah dan memerlukan peralatan yang minimum menolong penyebaran dan tumbesaran
dalam popularitinya (Wikipedia Bahasa Melayu). Banyak pihak dalam dunia bola sepak
membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia
merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar
sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.
3
1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia (FAM) dikenali
sebagai Pasukan Bola Sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan
terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an. Selepas pembentukan Malaysia
pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai Pasukan
Bola Sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan
Malaysia dan berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich.
Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali
lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea
Utara. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia
pada 1976 dan 1980. Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di
Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah
pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak
Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kegemilangan dan
kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar
yang melanda bola sepak Malaysia.
4
1.1.2 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Pada tahun 1926 asas penubuhan FAM dilakukan sebelum ia menjadi rasmi
sebagai badan induk pada 1933. FAM merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola
sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak
kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia.
Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau
FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954.
Nama Persatuan Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak
Malaysia pada 1960. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman
adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak
Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975.
FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian,
Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983 dan bermula tahun 1984,
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan badan induk itu dan
kekal sehingga kini. Malaysia merupakan salah satu sebab mengapa Malaysia gagal
kembali ke era kegemilangannya pada 1970-an sehinggalah penghujung 1980-an.
5
1.2 Latar Belakang Kajian
Dalam permainan bolasepak, terdapat pelbagai-bagai faktor yang boleh
mempengaruhi mutu permainan. Di antara faktor-faktor penting yang boleh memberi
pengaruh yang besar adalah merangkumi aspek taktikal dan teknikal. Oleh itu,
persediaan teknikal, taktikal, psikologikal dan fizikal adalah tunjang utama dalam
meningkatkan prestasi dalam sukan. Kecergasan fizikal memainkan peranan penting
bagi mencapai sesuatu prestasi dalam sukan kerana ia dapat meningkatkan kualiti
pergerakkan tubuh badan, penguasaan kemahiran dan dapat mengelakkan daripada
berlakunya kecederaan. Selain daripada faktor-faktor tesebut faktor psikologikal juga
sangat memainkan peranan salam sukan, sebagai contoh, faktor yang perlu diambil kira
adalah seperti faktor emosi (mood), persediaan mental, tekanan (stress), dan fokus,
konsentrasi dan perhatian.
Emosi adalah komponen penting yang hadir di dalam semua aspek kehidupan
manusia, tidak kira dalam melakukan apa jua perkara. Walaubagaimanapun, emosi juga
turut memberikan aspek yang penting bagi seseorang yang terlibat dalam sukan
(Vallerand,1983). Ia juga merupakan faktor yang kritikal yang boleh digunakan dalam
meningkatkan dan memperbaiki mutu prestasi individu dan juga kumpulan, tidak kira
samada dalam kehidupan harian mahupun aktiviti yang dilakukan seperti sukan
bolasepak.
Terdapat pelbagai situasi yang mungkin berlaku yang melibatkan emosi.
Contohnya dalam aktiviti sukan bolasepak, pemain mungkin merasa cemas untuk
menghadapi sesuatu perlawanan, jurulatih mungkin memberikan tekanan kepada pemain
dengan membuatkan pemain merasa meluat dengan tindakan yang diberikan, peminat
mungkin merasa sedih sekiranya pasukan kegemarannya kalah atau peserta dalam
sesuatu kelab sukan bolasepak mungkin merasa malu sekiranya tidak dapat menguasai
kemahiran dan tidak cekap dalam menjalankan rutin dalam kumpulan.
6
Emosi-emosi yang dinyatakan merupakan suatu fenomena emosi yang tidak
menarik yang sering berlaku dalam dunia sukan bolasepak, ia juga mempunyai akibat
yang kritikal sekiranya ia melebihi jangkauan pengalaman emosi yang pernah dilalui
oleh mangsa keadaan. Jika dilihat pada situasi yang digambarkan, pemain yang begitu
cemas tidak dapat memberikan mutu persembahan pada tahap yang optimal, jurulatih
yang memarahi pemain akan membuatkan pemain bermain dengan lebih teruk lagi, dan
peserta yang merasa malu semasa latihan akan mengambil keputusan untuk berhenti dari
menghadiri latihan bersama ahli kelab pasukan.
Dengan itu, fenomena emosi juga memainkan peranan yang penting di dalam
sukan bolasepak. Vallerand (1983) menyatakan bahawa kajian berkaitan emosi dalam
persekitaran sukan jarang di lakukan. Perkara ini telah membangkitkan ramai pengkaji
lain untuk menjalankan kajian berkaitan emosi dalam sukan. Sekarang telah terdapat
perkembangan aktiviti kajian berkaitan emosi yang telah dijalankan (Crocker dan
Graham, 1995). Melalui apa yang telah diperkatakan oleh pengkaji berkaitan emosi
dalam sukan, kini telah terdapat perkembangan yang meningkat dalam kajian yang
dijalankan dan terdapat ramai pakar-pakar psikologi sukan.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis emosi yang berlaku
di dalam diri pemain bola sepak sebelum dan selepas perlawanan. Sekaligus ianya
adalah untuk membantu pemain dalam mengawal emosi semasa perlawanan untuk
mendapatkan mutu permainan yang lebih mantap.
7
1.3 Objektif
1.3.1 Mengenalpasti jenis-jenis emosi (mood) yang didominasi oleh pemain sebelum
dan selepas perlawanan.
1.3.2 Membuat perbandingan emosi yang berlaku di dalam diri pemain sebelum dan
selepas perlawanan.
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Apakah emosi yang di dominasi oleh pemain sebelum dan selepas perlawanan
dijalankan ?
1.4.2 Apakah perbandingan emosi yang berlaku terhadap pemain sebelum dan selepas
menghadapi perlawanan?