Kajian Fabrik 1

download Kajian Fabrik 1

of 7

description

Kajian Fabrik 1

Transcript of Kajian Fabrik 1

KAJIAN FABRIK

KAJIAN FABRIKYarn disusun dan dibina mengikut susunan yang tertentu untuk menghasilkan fabrik. Pembinaan fabrik diklasifikasikan seperti beikut : 1. Fabrik tenun 2. Fabrik kait 3. Fabrik tanpa tenunPEMBINAAN FABRIKTenunan dilakukan dengan menjalinkan dua set yarn iaitu yarn memanjang dan yarn melintang. Yarn memanjang dinamakan yarn lungsin , manakala yarn melintang dinamakan yarn pakan.

Jenis fabrik tenun adalah seperti berikut :Tenun biasaTenun kelaraiTenun satin

FABRIK TENUNMengait dilakukan dengan mencangkuk gelung benang antara satu sama lain secara berangkai. Proses mengait fabrik ini boleh dilakukan secara manual menggunakan dua batang jarum. Dalam indusri tekstil , proses ini dilakukan oleh mesin. Fabrik kait juga mempunyai benang memanjang yang dinamakan gelung tegak dan benang melintang dinamakan gelung lintang.

Dua kaedah untuk pembinaan fabrik kait ialah kait lungsin dan kait pakan.FABRIK KAITFabrik ini dibina terus daripada gentian. Gentian disusun rapat dan silekatkan antara satu dengan yang lain menggunakan haba , kelembapan , tekanan atau bahan perekat. Antara jenis fabrik yang dihasilkan malalui kaedah ini ialah :

1. fabrik terikat2. fabrik feltFabrik tanpa tenunKemasan fabrik ialah rawatan khas yang dilakukan ke atas gentian , yarn , dan fabrik sebelum , semasa atau selepas fabik dibina untuk meningkatkan kualiti fabrik.

Tujuan kemsan adalah untuk

1. memperbaiki rupa2. memperbaiki pengendalian3. memberi kemasan tak kecut4. memberi kemasan tak renyuk5. memberi kesan untuk perlindungan.KEMASAN FABRIK