kajian

download kajian

of 67

Transcript of kajian

  • 5/21/2018 kajian

    1/67

    KEKURANGAN PENGETAHUAN DAN MISKONSEPSI

    DALAM MEKANISME FOTOSINTESIS

    DI KALANGAN PELAJAR SAINS

    (BIOLOGI)TAHUN 2, UNIVERSITI

    PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

    NICKLOS ANAK GIRIM

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2006

  • 5/21/2018 kajian

    2/67

    KEKURANGAN PENGETAHUAN DAN MISKONSEPSI DALAM MEKANISME

    FOTOSINTESIS DI KALANGAN PELAJAR SAINS (BIOLOGI) TAHUN 2,

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

    NICKLOS ANAK GIRIM

    LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHISEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH

    SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS)

    FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2006

  • 5/21/2018 kajian

    3/67

  • 5/21/2018 kajian

    4/67

    iii

    PENGHARGAAN

    Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dirakamkan kepada pensyarah penyelia saya, Dr.Norhayati bt. Daud yang banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, dorongan dan

    sokongan yang amat bernilai dalam menyempurnakan kajian ini.

    Jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pelajar sains UPSI yang

    telah menjadi sampel dalam kajian saya. Dengan bantuan yang diberi, barulah kajian saya

    dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat pelbagai halangan dan rintangan dalam

    menyempurnakan kajian ini dengan jayanya.

    Ucapan penghargaan ini juga istimewa dirakamkan kepada keluarga saya yang

    sentiasa memberi sokongan moral di sepanjang kajian ini dijalankan. Kesabaran kalianmendengar rungutan dan sungutan telah membantu menenangkan hati saya dan

    meredakan setiap masalah yang timbul.

    Akhir sekali, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sekuliah dan

    teman serumah yang sentiasa bersama saya berkongsi idea dan masalah di sepanjang

    kajian ini dijalankan.

    Semoga segala yang saya lakukan dapat memberi manfaat dan panduan kepadapihak yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

    NICKLOS ANAK GIRIMFAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGIUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2006

  • 5/21/2018 kajian

    5/67

    iv

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan dan mengesan miskonsepsi

    pelajar-pelajar sains (Biologi) Tahun 2 UPSI dalam tajuk Mekanisme Fotosintesis.Kajian ini telah dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah Certainty of

    Response Index (CRI).Sampel kajian terdiri daripada 80 orang pelajar Sains Tahun 2.

    Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian diagnostik yang mengandungi 30 soalanobjektif. Nilai alpha bagi kebolepercayaan instrumen adalah 0.753 dan telah dianalisis

    menggunakan perisian SPSS. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dengan

    menggunakan perisian Microsoft Office Excel XP 2003 untuk mendapatkan min bagi

    menjawab persoalan kajian. Konsep-konsep asas yang ditanya adalah mengenai tindakbalas cahaya dan tindak balas gelap. Hasil kajian didapati segelintir para pelajar telah

    mengalami miskonsepsi dan juga kekurangan pengetahuan terhadap konsep tindak balas

    cahaya dan tindak balas gelap. Antara miskonsepsi yang dikesan adalah tindak balas

    cahaya berlaku di dalam stroma, metabolit perantara yang terbentuk semasa tindak balasgelap adalah piruvat

    dan ATP derma ion fosfat ke Ribulosa Difosfat (RuBP). Cadangan

    untuk kajian selanjutnya adalah penglibatan sampel yang lebih ramai untuk mendapatkeputusan kajian yang lebih tepat dan dapat mewakili populasi yang sebenarnya.

  • 5/21/2018 kajian

    6/67

    v

    ABSTRACT

    The aim of the research was to identify Year 2 UPSI Sciences (Biology) studentsmisconception and knowledge about the topic of Mechanism of Photosynthesis. The

    research design was carry out quantitatively using the method of Certainty of response

    Index (CRI). 80 respondents were involved. Diagnostic test was used as an instrument inthis research which consists of 30 multiple- choice questions. The value of reliability of

    instruments was alpha 0.753 and analyzed by SPSS software. The data were analyzed

    descriptively using Microsoft Office Excel XP 2003 to find out min values for theresearch question. The basic concepts that being asked more to light reaction and dark

    reaction. The result showed that a few of students had experienced the misconception and

    some of them also lack of knowledge. The misconception that being identified were light-

    dependent reactions proceed at the stroma, intermediate metabolite is formed during thedark reaction of photosynthesis was pyruvate and ATP donates phosphate to RuBp. For

    the other researcher that interested to carry out the same research, there was suggested to

    involve more sample for the data taking to get more accurate analyze result and can usedto represent the real population.

  • 5/21/2018 kajian

    7/67

    vi

    KANDUNGAN

    Muka surat

    PENGAKUAN ii

    PENGHARGAAN iii

    ABSTRAK iv

    ABSTRACT v

    SENARAI JADUAL viii

    SENARAI RAJAH ix

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Latar Belakang Kajian 1

    1.2 Penyataan Masalah 3

    1.3 Objektif Kajian 5

    1.4 Persoalan Kajian 6

    1.5 Kepentingan Kajian 6

    1.6 Batasan Kajian 6

    1.7 Definisi Operasional 7

    1.7.1 Miskonsepsi 7

    1.7.2 Fotosintesis 7

    1.7.3 Mekanisme 8

    1.7.4 Kekurangan 8

    1.7.5 Pengetahuan 8

    BAB 2 KAJIAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan 9

    2.2 Kajian Terhadap Miskonsepsi Sains 9

  • 5/21/2018 kajian

    8/67

    vii

    BAB 3 METODOLOGI

    3.1 Pengenalan 15

    3.2 Reka Bentuk Kajian 15

    3.3 Sampel Kajian 16

    3.4 Instrumen Kajian 16

    3.4.1 Ujian Diagnostik 16

    3.5 Prosedur kajian 18

    3.6 Analisis Data 19

    BAB 4 DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan 21

    4.2 Analisis Setiap Komponen 24

    4.2.1 Tindak Balas Cahaya 24

    4.2.2 Tindak Balas Gelap 30

    BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    5.1 Pengenalan 37

    5.2 Miskonsepsi yang dikesan oleh pengkaji 38

    5.2.1 Tindak Balas Cahaya 38

    5.2.2 Tindak Balas Gelap 41

    5.3 Kekurangan Pengetahuan 44

    5.4 Cadangan 45

    5.5 Kesimpulan 45

    RUJUKAN 47

    LAMPIRAN

  • 5/21/2018 kajian

    9/67

    viii

    SENARAI JADUAL

    Jadual muka surat

    3.1 Tahap kefahaman sampel menjawab soalan berdasarkan CRI 17

    3.2 Item soalan dan konsep yang diuji 17

    3.3 Sistem pemarkahan bagi setiap soalan 18

    3.4 Analisis skor pelajar terhadap purata CRI 20

    4.1 Analsis skor pelajar terhadap purata CRI 24

  • 5/21/2018 kajian

    10/67

    ix

    SENARAI RAJAH

    Rajah muka surat

    4.1 Analisis data berdasarkan kaedah CRI 22

    4.1 Analisis data berdasarkan kaedah CRI (sambungan) 23

  • 5/21/2018 kajian

    11/67

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Latar Belakang Kajian

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah merupakan institusi yang melahirkan

    golongan insan yang bernama Guru. Profession keguruan merupakan satu bidang yang

    mencabar dan besar tanggungjawabnya di mana seseorang yang bergelar pendidik

    haruslah mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai aspek. Oleh yang

    sedemikian, sebagai bakal guru yang akan mendidik dan mengasuh anak-anak jati masa

    kini, guru-guru haruslah mempunyai pengetahuan, pemahaman dan konsep yang betul

    dan tepat pada setiap masa. Ini kerana para pelajar cenderung mempercayai dan

    menggunakan konsep dan pemahaman yang diajar oleh guru-guru mereka di dalam kelas

    untuk menjawab soalan berbentuk konsep sains walaupun kekadang pendekatan yang

    digunakan adalah bercanggah dengan konsep sebenar (Barbara, 2000).

    Menurut Hammer (1996), miskonsepsi merupakan suatu pegangan struktur

    kognitif yang kuat dalam diri individu yang bercanggah dengan pemahaman yang betul

    dan dianggap sebagai penganggu kepada penerimaan idea atau pengetahuan baru.

    Kekurangan pengetahuan pula dapat dipulihkan melalui pembelajaran berterusan tetapi

  • 5/21/2018 kajian

    12/67

    2

    miskonsepsi merupakan penyekat kepada penerimaan idea yang betul dan juga

    penghalang kepada integrasi pengetahuan baru. Sebelum konsep yang betul boleh diajar,

    adalah lebih baik bagi sesorang pelajar itu tidak mempelajari konsep yang salah.

    Mekanisme fotosintesis merupakan proses yang merangkumi dua peringkat tindak

    balas iaitu tindak balas cahaya dan tindak balas gelap. Justeru itu, pengkaji menggunakan

    ujian diagnostik untuk mengesan miskonsepsi dan pengetahuan para pelajar sains

    (Biologi) Tahun 2 berkaitan dengan konsep asas mekanisme fotosintesis. Pemahaman

    sesuatu konsep sains mungkin sesuatu yang sukar jika pelajar mempunyai miskonsepsi

    yang tersendiri.

    Salah satu daripada punca prestasi pelajar merosot adalah disebabkan oleh

    miskonsepsi terhadap konsep sains. Pelajar yang mempunyai salah tanggapan terhadap

    konsep sains mungkin ada kaitan rapat dengan pencapaian pelajar dalam satu

    matapelajaran (Subahan, 1997). Dalam pendidikan sains, guru-guru sains perlu

    mementingkan pengembangan konsepsi pelajar dan bukan hanya menekankan

    penghafalan semata-mata. Pembelajaran konsep melibatkan proses pembinaan

    pengetahuan dan maklumat dalam bentuk yang lengkap serta struktur kognitif yang lebih

    kompleks (Smith et al.,1993).

    Bagi mewujudkan pembelajaran bermakna seseorang guru harus memastikan

    pengetahuan baru pelajar mesti dikaitkan dengan konsep sebelumnya yang relevan di

    dalam struktur kognitif mereka. Pembelajaran adalah hasil interaksi di antara apa yang

    pelajar pelajari dengan pengetahuan sedia ada mereka (Posner et al.,1982). Manakala

    pembelajaran secara hafalan pula merupakan ingatan terhadap bahagian item tertentu

    berbanding penerokaan hubungan di antara maklumat tersebut. Teori perubahan konsep

    merupakan asas kepada seseorang guru untuk menilai pencapaian seseorang pelajar itu

    belajar (Wandersee et al., 1994). Konsep para pelajar akan berkembang dan berubah

    selaras dengan pengajaran jika penglibatan para pelajar adalah aktif semasa proses

    pembelajaran (Cech, 1999).

  • 5/21/2018 kajian

    13/67

    3

    1.2 Penyataan Masalah

    Pembelajaran subjek Sains di sekolah-sekolah ditentukan oleh kepakaran guru.

    Penguasaan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang yang diajar adalah amat

    penting (Mohd. Najib Ab. Ghafar, 1996). Menurut Atan Long (1978), penguasaan dalam

    sesuatu konsep dapat mempelengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran

    yang seterusnya akan dapat menguasai ilmu pengetahuan asas sains dan teknologi.

    Miskonsepsi merupakan prakonsepsi pelajar yang bercanggah dengan konsep

    sebenar sains. Menurut Subahan (1997), miskonsepsi bermaksud salah tanggapan konsep-

    konsep sains. Miskonsepsi terjadi kerana latar belakang pelajar dalam mempelajari

    fenomena sains seharian. Ketidakfahaman dan penguasaan konsep yang lemahmenyebabkan pelajar tidak mendapat pencapaian yang baik dalam matapelajaran sains.

    Ini kerana, pelajar yang tidak memahami sesuatu konsep berkecenderungan untuk gagal

    menjawab soalan berbentuk aplikasi.

    Mekanisme fotosintesis dalam tindak balas cahaya dan tindak balas gelap

    merupakan konsep-konsep asas yang perlu dikuasai oleh pelajar sains untuk mengelakkan

    berlakunya salah tanggapan ketika menjawab soalan berbentuk aplikasi konsep

    fotosintesis. Menurut Hestenes et.al (1992), jika seseorang tenaga pengajar itu gagal

    untuk mengesan pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar tentang topik yang

    hendak diajar, para pelajar tersebut berkemungkinan berhadapan dengan situasi di mana

    mereka akan terpaksa menggunakan ingatan dan hafalan teori yang bercanggah dengan

    konsep sebenar ketika menjalankan sesuatu eksperimen.

    Kebanyakkan kajian menunjukkan adalah suatu yang sukar untuk

    memperbetulkan miskonsepsi di kalangan para pelajar dalam memberi penjelasan

    saintifik yang tepat (Eaton et al., 1983). Para pelajar hanya akan amat membenarkan

    konsep yang betul mengantikan konsep yang salah jika konsep baru tersebut amat sahih,

    amat berpengaruh, amat berguna ataupun mempunyai kaitan yang kuat dengan

    pengetahuan sedia ada mereka (Good & Brophy, 1997).

  • 5/21/2018 kajian

    14/67

    4

    Corak pendidikan di negara kita kini lebih kepada berpusatkan pelajar berbanding

    dahulunya. Guru merupakan fasilitator dan pembimbing cara serta penyampai kepada

    pelajar-pelajarnya. Sekiranya seseorang guru itu mengalami miskonsepsi terhadap sesuatu

    konsep sains secara tidak langsung juga akan menyebabkan pelajar-pelajarnya turut juga

    mengalami masalah pemahaman terhadap konsep tersebut. Menurut Brouner (1984), guru

    memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan sains terutamanya dalam

    membina konsep sains yang tepat di kalangan pelajar. Justeru itu, untuk mewujudkan

    pemahaman konsep sains yang tepat dan saintifik kepada para pelajar, maka seseorang

    guru itu perlu terlebih dahulu teguh dan mantap tentang konsep-konsep sains yang akan

    diajar.

    Kebanyakkan miskonsepsi sering timbul mengenai tindak balas gelap yang

    berlaku di dalam mekanisme fotosintesis. Menurut Buchanan (1980), miskonsepsi utama

    yang masih lagi membelenggu pelajar-pelajar sama ada di peringkat institusi tinggi atau

    kolej ialah mengenai salahtanggapan terhadap tindak balas gelap yang berlaku di dalam

    Kitar Calvin yang dikatakan berlaku dalam keadaan gelap. Oleh yang sedemikian, kajian

    yang akan dijalankan ini bertujuan untuk melihat dan mengesan miskonsepsi dikalangan

    bakal-bakal guru Tahun 2 UPSI di dalam konsep asas sains dalam subtopik mekanisme

    fotosintesis.

    Pada dasarnya, tindak balas gelap fotosintesis berlaku dalam keadaan tanpa

    cahaya tetapi sejenis enzim pengikat carbon dalam Kitar Calvin sebenarnya secara tidak

    langsung bergantung kepada kehadiran cahaya untuk melakukan aktiviti. Walaupun

    kajian dan pembetulan konsep telah dilakukan oleh pihak Kolej Botanidan Teks Fisiologi

    Tumbuhanmengenai miskonsepsi terhadap mekanisme fotosintesis, tetapi masih terdapat

    juga segelintir para guru, profesor dan juga buku teks biologi asas berpegang kepada

    konsep bahawa enzim pengikat karbon boleh beroperasi dalam keadaan gelap (Salisbury

    & Ross 1992; Taiz & Zeiger 1991).

    Selain itu, sebahagian pelajar juga percaya bahawa fotosintesis merupakan satu

    mekanisme yang membekalkan tenaga kepada tumbuhan semasa pengambilan nutrien

  • 5/21/2018 kajian

    15/67

    5

    dan karbon melalui akar tumbuhan dan seterusnya membina biojisim. Mereka juga

    menyatakan bahawa biojisim tidak dibina secara sendiri semasa proses fotosintesis

    (Anderson et al.,1990, Songer & Mintzes 1994). Oleh sedemikian, pendidik seharusnya

    peka dan mengesan pengetahuan sedia ada pelajar di dalam sesuatu topik supaya teori

    yang tepat dapat diaplikasikan di dalam pengamalan seharian (Fosnot, 1996; Novak,

    1998; Svinicki, 1999; Ausubel, 2000; Novak et al., 2000).

    Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengesan tahap miskonsepsi dan pengetahuan

    mekanisme fotosintesis di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 UPSI. Para pelajar tahun 2

    UPSI pada dasarnya telah mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai tajuk fotosintesis.

    Semua pelajar jurusan Biologi Tahun 2 telah mengambil Biologi Asas I pada Tahun 1pengajian mereka. Pengkaji memilih sampel di awal tahun pengajian bertujuan untuk

    melihat tahap pola pemahaman miskonsepsi di kalangan para pelajar tersebut dan juga

    merangka satu jalan penyelesaian untuk memperbetulkan salahtanggapan konsep

    mekanisme fotosintesis di kalangan pelajar-pelajar sains UPSI. Bak kata pepatah melayu

    Melentur buluh biarlah dari rebungnyadan begitu jugalah apa yang harus dilakukan

    kepada bakal-bakal guru sains UPSI supaya salah tanggapan terhadap konsep sains di

    peringkat awal dapat dikesan agar masalah ini tidak akan menular setelah mereka keluar

    mengajar di sekolah kelak.

    1.3 Objektif Kajian

    Objektif kajian ini adalah :

    i. Mengenal pasti pengetahuan konsep mekanisme fotosintesis di kalangan pelajar-

    pelajar sains Tahun 2 UPSI dengan kaedah certainty Of Responds Index (CRI).

    ii. Mengesan miskonsepsi di kalangan pelajar-pelajar sains Tahun 2 UPSI berkenaan

    tajuk mekanisme fotosintesis dengan kaedah certainty Of Responds Index (CRI).

  • 5/21/2018 kajian

    16/67

    6

    1.4 Persoalan Kajian

    Persoalan kajian ini adalah :

    i. Apakah pengetahuan konsep mekanisme fotosintesis di kalangan pelajar sains

    (Biologi) Tahun 2 UPSI setelah dikesan dengan kaedah CRI?

    ii. Apakah miskonsepsi pelajar sains (Biologi) Tahun 2 UPSI tentang tajuk

    mekanisme fotosintesis setelah dikesan dengan menggunakan kaedah CRI?

    1.5 Kepentingan Kajian

    Kajian ini bertujuan untuk mengesan tahap miskonsepsi dan kekurangan pengetahuan di

    kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 Program Sains major Biologi pada peringkatpertengahan awal pengajian agar para pelajar dapat memperlengkapkan diri dengan

    pemahaman yang kukuh dan mantap dalam konsep-konsep asas sains. Selain itu, maklum

    balas daripada sampel akan dapat memberi gambaran yang jelas kepada pensyarah dan

    tenaga pengajar subjek Biologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim untuk

    mengkaji kelemahan pelajar dalam memahami sesuatu konsep dan merangka kaedah serta

    pendekatan pengajaran yang lebih sesuai agar dapat meningkatkan lagi pencapaian pelajar

    dalam subjek ini. Disamping itu juga, kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada

    pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan dalam merangka satu kaedah efektif

    dalam mengurangkan dan mengatasi masalah miskonsepsi konsep-konsep asas sains

    Biologi.

    1.6 Batasan Kajian

    Kajian yang dijalankan adalah terbatas kepada pelajar-pelajar sains UPSI Tahun 2 major

    Biologi kerana terdapat kekangan dari segi masa dan kewangan pengkaji. Selain itu,

    kajian ini dijalankan dengan melibatkan seramai 80 orang pelajar. Ia meliputi pelajar-

    pelajar sains (Biologi) semester 3 dan semester 4 sahaja yang telah mengikuti subjek

    Biologi Asas I pada Tahun 1. Topik yang diuji adalah berkaitan dengan tajuk fotosintesis

    dan mekanismenya yang merupakan salah satu daripada subtopik dalam silibus Biologi

    Asas I.

  • 5/21/2018 kajian

    17/67

    7

    1.7 Definisi Operasional

    Kajian ini dijalankan dengan berlandaskan pada tajuk Kekurangan Pengetahuan Dan

    Miskonsepsi Dalam Mekanisme Fotosintesis Di Kalangan Palajar Sains (Biologi) Tahun

    2, Universiti pendidikan Sultan Idris (UPSI). Daripada tajuk kajian terdapat istilah-istilah

    yang perlu ditekankan dan diterangkan maknanya dengan lebih jelas. Bagi menjelaskan

    makna-makana istilah ini, rujukan telah dibuat daripada sumber yang boleh dipercayai

    dan hasil tafsiran adalah seperti berikut.

    1.7.1 Miskonsepsi

    Salah tanggapan atau miskonsepsi didefinisikan sebagai pengetahuan yang

    diturunkan daripada pengalaman individu yang luas. Pengalaman tersebut bertentangandengan teori saintifik. Pengajaran berlawanan menghalang pencapaian konsep-konsep

    saintifik yang bermakna (Halloun dan Hestenes, 1985). Menurut Griffith dan Preston

    (1992), sebahagian daripada salahtanggapan yang dikenalpasti adalah seiring dengan

    perkembangan konsep-konsep saintifik yang lain. Semakin banyak konsep saintifik yang

    dipelajari semakin banyak miskonsepsi yang akan timbul.

    Smith et al.,(1993) berpendapat miskonsepsi adalah suatu proses pembinaan idea-

    idea yang digambarkan atau ditafsirkan secara tidak bertepatan akibat kekeliruan terhadap

    sesuatu ilmu yang diterima oleh pelajar. Ilmu ini sama ada dari pengalaman seharian,

    perbualan formal atau tidak formal.

    1.7.2 Fotosintesis

    Fotosintesis adalah proses membina makanan tumbuhan dengan pertolongan

    matahari dan klorofil (Kamus Dewan 1993). Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga

    (1998) pula, fotosintesis adalah sintesis sebatian organik daripada karbon dioksida dan air

    dengan menggunakan tenaga suria yang diserap oleh klorofil.

    Fotosintesis adalah pembinaan karbohidrat ringkas daripada karbon yang

    dibekalkan oleh air dengan menggunakan tenaga suria yang diserap oleh klorofil. Proses

    ini dimangkinkan oleh pelbagai enzim yang terdapat di dalam kloroplas tumbuhan

  • 5/21/2018 kajian

    18/67

    8

    eukariot atau pigmen fotosintesis sel prokariot. Fotosintesis biasanya menghasilkan

    glukosa dan fruktosa dan membebaskan oksigen.Proses fotosintesis dapat diringkaskan

    dengan persamaan empirik yang berikut (Kamus Biologi, KBSM, 1990) :

    klorofil

    CO2+ 2H2 [ CH2 O ] + H2O + O2Cahaya

    Fotosintesis merupakan proses pembinaan yang berlaku di dalam sel hijau sesuatu

    tumbuhan iaitu pembinaan karbohidrat daripada karbon dioksida dan air, dengan oksigenyang mencukupi. Proses ini hanya berlaku apabila tumbuhan mendapat cahaya yang

    cukup; klorofil bertindak sebagai penukar tenaga, yang membolehkan tumbuhan

    menggunakan cahaya sebagai sumber tenaga. Protein terbentuk sebagai hasil perantaraan

    fotosintesis (Kamus Ekologi, 1993).

    1.7.3 Mekanisme

    Mekanisme merupakan satu cara (sistem, saluran) untuk memungkinkan atau

    membuka jalan kepada pelaksanaan (Kamus Dewan, 1998). Mekanisme merupakan suatu

    susunan atau jalinan bahagian yang bekerjasama seperti bahagian-bahagian dalam jentera

    (Kamus Perdana, 2000).

    1.7.4 Kekurangan

    Tidak mempunyai atau mendapat sesuatu yang doperlukan (Kamus Dewan, 2002).

    1.7.5

    Pengetahuan

    Perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui (Kamus Dewan, 2002).

  • 5/21/2018 kajian

    19/67

    BAB 2

    KAJIAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan

    Mekanisme fotosintesis merupakan topik yang telah diperkenalkan sejak sekolah rendah

    lagi. Kajian-kajian lepas mendapati pelajar menghadapi masalah dalam memahami bukan

    sahaja topik fotosintesis malah beberapa konsep asas sains yang lain. Berikut adalah

    beberapa kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik tempatan dan juga luar negara

    berkaitan miskonsepsi dalam konsep sains.

    2.2 Kajian Terhadap Miskonsepsi Sains

    Mohd Najib Ab. Ghafar (1996) menyatakan bahawa kepentingan proses sains ialah

    mendidik pelajar berfikir seperti seorang saintis. Walau bagaimanapun, pengajaran yang

    menekankan kepada kolerasi fakta dan data dalam proses pengajaran dan pembelajaranguru dan pelajar telah menyebabkan salah konsep berkenaan ciri-ciri sains dinamik di

    kalangan pelajar dan menjurus kepada pemikiran bukan sains yang bercangah dengan

    pemikiran sains. Muhamad Nazim Seman (2002) telah menjalankan kajian untuk

    mengenalpasti kebolehan dan masalah pelajar dalam menguasai istilah-istilah Biologi.

    Beliau mendapati peristilahan merupakan ilmu sains yang mendukung konsep khusus

  • 5/21/2018 kajian

    20/67

    10

    dalam bidang ilmu tertentu. Menurut beliau, penggunaan istilah sains yang baik

    mampu mengelakkan berlakunya miskonsepsi di kalangan para pelajar.

    Kebanyakkan pelajar tahu bahawa cahaya terlibat dalam proses fotosintesis,

    didapati ada juga pelajar yang tidak dapat memahami perpindahan tenaga, fungsi dan

    tenaga kimia yang dihasilkan, fungsi air atau idea tentang simpanan tenaga dalam

    proses tersebut (Wandersee et al, 1994).

    Chow (1997) pula telah menjalankan kajian terhadap pemahaman konsep

    dalam sains di kalangan pelajar sekolah rendah di mana responden kajian terdiri

    daripada 76 orang pelajar darjah 5. Dapatan kajian beliau menunjukkan hanya 10.5 %

    mampu memberikan takrifan berkenaan konsep rantai makanan. Kebanyakkan pelajar

    menjawab berdasarkan pengalamannya dengan persekitaran dan bukannya

    berdasarkan pemahaman konsep.

    Dalam kajian Saniza (1998) pula, mendapati kesemua bakal guru Tahun 3

    Program Sains dengan Pendidikan sesi 1997/1998, Universiti Kebangsaan Malaysia

    (UKM), mengalami salahtanggapan terhadap konsep-konsep yang paling berkaitan

    dalam tajuk fotosintesis. Beliau telah mendapati bahawa tidak terdapat perbezaanyang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan di kalangan pelajar-pelajar Tahun

    4 program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan sesi 1997/1998, Universiti

    Kebangsaan Malaysia dalam pemahaman konsep saling tindakan antara benda hidup

    dan alam sekitar.

    Kajian daripada penyelidik luar telah menunjukkan betapa pentingnya satu

    jalan penyelesaian yang efektif dilakukan untuk mencari faktor dan punca

    miskonsepsi dikalangan pelajar sains. Novak dan Gavin (1984) mempercayai

    simpanan konsep khas yang berkaitan adalah amat penting. Pelajar memperolehi

    konsep tertentu melalui kerangka tersusun secara berhirarki. Setiap satu atau

    gabungan beberapa kerangka membolehkan mereka memperolehi pemahaman

    daripada pengalaman baru.

  • 5/21/2018 kajian

    21/67

    11

    Barbara (2000) dalam kajiannya telah membina satu siri penggunaan lapan

    modul pengajaran untuk diterapkan ke sekolah-sekolah menengah sains fizikal di

    Amerika Syarikat. Kajian ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar

    supaya cenderung dan meminati subjek sains. Selain itu juga, tujuan kajian ini

    dijalankan adalah untuk mencapai perubahan yang menyeluruh dalam perkonsepsian

    dalaman para pelajar terhadap struktur dan fungsi dunia fizik di samping untuk

    membentuk pemahaman yang mendalam dikalangan para guru dan pelajar mengenai

    proses dan budaya aktiviti saintifik.

    Windschitl dan Andre (1998) telah menjalankan kajian terhadap pemahaman

    konsep pelajar-pelajar kolej tentang topik sistem peredaran darah manusia dan

    fungsinya. Dapatan kajian menunjukkan hanya 46 peratus daripada para pelajar

    memahami laluan yang diambil oleh darah di dalam badan manakala separuh lagi

    daripada para pelajar mempunyai pemahaman konsep yang benar tentang kesan

    aktiviti aktif terhadap peredaran darah di bahagian-bahagian tertentu dalam badan

    manusia. Walaupun topik struktur dan fungsi sistem peredarah darah manusia

    merupakan topik sains yang amat penting untuk dipelajari tetapi kebanyakkan para

    pelajar masih gagal untuk memahami konsep asas topik ini dengan baik.

    Pelaez et al. (2005) telah menjalankan satu kajian terhadap miskonsepsi

    sistem peredaran darah di kalangan guru-guru pra sekolah. Kajian ini bertujuan untuk

    melihat tahap miskonsepsi di kalangan guru-guru pra sekolah terhadap tajuk

    peredaran darah dan juga menilai sejauh manakah keberkesanan aktiviti pembelajaran

    untuk mengeksplorasi pemahaman para pelajar dalam menjelaskan fungsi peparu dan

    sistem peredaran darah. Mereka mendapati 70% daripada guru-guru pra sekolah tidak

    memahami kitar peredaran darah, 33 % keliru tentang kapilari darah, 55 %

    mempunyai salahtanggapan terhadap konsep pertukaran gas, 19 % mengalami

    masalah tentang pengangkutan gas dan 20% tidak memahami fungsi asas peparu.

    Ceren (2003) telah melakukan kajian tentang pemulihan miskonsepsi di

    kalangan pelajar sekolah menengah mengenai tajuk resapan dan osmosis melalui

  • 5/21/2018 kajian

    22/67

    12

    kaedah pemetaan konsep dan teks perubahan konsep. Pemahaman konsep para

    pelajar mengenai topik resapan dan osmosis telah diukur menggunakan Ujian

    Diagnostik Resapan dan Resapan yang dibina oleh Odom dan Barrow (1995). Ujian

    ini telah dijalankan dalam keadaan pra-ujian dan juga pasca-ujian dengan jumlah 44

    orang pelajar dari dua kelas yang sama pengkhususan dijadikan sampel kajian. 24

    orang pelajar dijadikan kumpulan eksperimen yang mana akan menerima pengajaran

    pemetaan konsep dan teks perubahan konsep. Manakala, 20 orang para pelajar lagi

    akan dijadikan sebagai kumpulan kawalan yang mana menerima corak pengajaran

    secara tradisional.

    Ceren (2003) mendapati bahawa purata peratusan para pelajar bagi kumpulan

    eksperimen yang mempunyai pegangan konsep saintifik yang betul meningkat dari

    22.5 % ke 54.1 % manakala bagi para pelajar yang terdiri daripada kumpulan

    kawalan pula, dapatan kajian menunjukkan purata peratusan meningkat dari 19.6 %

    ke 38.7 % selepas diberikan pasca ujian. Kesimpulannya, kaedah pemetaan konsep

    dan teks perubahan konsep banyak membantu para pelajar untuk memberi penjelasan

    konsep saintif dengan betul mengenai tajuk resapan dan osmosis berbanding kaedah

    pengajaran secara tradisional.

    Kajian oleh Friedler et.al. (1987) mendapati kebanyakkan para pelajar

    menengah atas mengalami masalah di dalam memahami subtopik berkaitan

    keseimbangan dinamik, proses osmosis di dalam tumbuhan, larut dan pelarut dan

    kepekatan sesuatu bahan. Mikkila (2001) pula telah menjalankan kajian ke atas para

    pelajar menengah atas mengenai konsep-konsep asas dalam biologi. Kajian

    dijalankan untuk menguji keberkesanan pengajaran menggunakan teks perubahan

    konsep terhadap pemahaman para pelajar tentang topik fotosintesis.

    Menurut Wali (2006), seorang guru sains tersebut haruslah membuat

    hubungkait di antara pengetahuan sedia ada pelajar dan pengetahuan konsep sains

    yang baru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau telah menjalankan

    kajian mengenai bagaimana seseorang guru boleh membetulkan dan berhadapan

  • 5/21/2018 kajian

    23/67

    13

    dengan miskonsepsi yang berlaku di kalangan para pelajar. Antara langkah-langkah

    yang dicadangkan oleh beliau ialah guru harus menentukan terlebih dahulu konsep

    alternatif pelajar dengan mengajukan soalan berbentuk ingin tahu. Misalnya, Apakah

    punca kejadian itu ? dan Apakah penjelasan anda terhadap kejadian tersebut ?.

    Selain itu, seseorang guru juga harus menggalakkan para pelajar berfikir secara aktif

    menggunakan idea mereka dan kemudian suruh mereka menghuraikan jawapan

    tersebut dengan terperinci. Melalui kaedah ini seseorang guru akan dapat mempelajari

    lebih lanjut mengenai tanggapan para pelajar terhadap fenomena semulajadi.

    Keogh dan Naylor (1997) pula menyatakan bahawa guru harus memberi

    respons terhadap idea yang diberi oleh setiap pelajar selagi tidak terpesong dari

    konsep sebenar dan juga harus mewujudkan pembelajaran bercorak ingin tahu di

    kalangan para pelajar di dalam kelas agar guru tersebut dapat mengesan miskonsepsi

    yang timbul dan kemudian membimbing mereka ke konsep sains yang sebenar.

    Simpson dan Marek (1998) melakukan kajian ke atas lima puluh pelajar dari

    sekolah menengah atas dan lima puluh pelajar dari sekolah menengah rendah dalam

    gred 10. Kajian bertujuan untuk menilai perbezaan pemahaman dan miskonsepsi

    pelajar dari kedua-dua kumpulan terhadap empat konsep asas biologi iaitu resapan,homeostasis, penghasilan makanan oleh tumbuhan dan mengklasifikasikan tumbuhan

    dan haiwan. Pengetahuan konsep pelajar dan miskonsepsi diukur dengan pernyataan

    konsep evolusi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara

    kedua-dua kumpulan pelajar ke atas miskonsepsi dalam konsep resapan dan

    homeostasis. Pelajar-pelajar daripada sekolah menengah atas mengalami kurang

    miskonsepsi dan lebih memahai konsep resapan dan homeostasis berbanding pelajar-

    pelajar sekolah menengah rendah.

    Lonergan (2000) menyatakan bahawa tindak balas gelap dalam mekanisme

    fotosintesis sebenarnya berlaku dalam keadaan gelap tetapi sejenis enzim pengikat

    karbon dalam Kitar Calvin bergantung kepada kehadiran cahaya untuk mensintesis

    fotosintesis. Kajian Novak dan Musonda (1991) pula bertujuan untuk melihat tahap

  • 5/21/2018 kajian

    24/67

    14

    pemahaman konsep sains dikalangan para pelajar yang berumur 12 tahun. Dapatan

    kajian yang mereka dapati menunjukkan pelajar-pelajar yang diajar berpandukan

    pembelajaran sains tutorial berbentuk audio dan peta konsep mempunyai tahap

    miskonsepsi yang sederhana dan sedikit berbanding para pelajar yang tidak

    berpandukan bahan pengajaran.

    Anderson et.al. (1990) telah menyenaraikan miskonsepsi yang sering dimiliki

    oleh pelajar sekolah menengah. Salah satu daripadanya ialah fotosintesis merupakan

    pertukaran cahaya matahari kepada makanan dan tumbuhan menyedut gas karbon

    dioksida dan membebaskan gas oksigen. Selain itu, terdapat juga para pelajar yang

    menyatakan bahawa tindak balas gelap hanya berlaku ketika tumbuhan di dalam

    keadaan malam.

    Diane et al., (2003) telah menjalankan kajian bagi pihak fakulti sains untuk

    membuktikan bahawa kaedah pengajaran yang berkesan perlu dilaksanakan bagi

    seseorang pendidik untuk menentukan pendekatan pengajaran yang sesuai digunakan

    di dalam bilik darjah. Pengkaji telah menggunakan strategi yang sistematik untuk

    menilai pemahaman para pelajar jurusan major sains mengenai topik kitar karbon

    dalam kursus pengenalan biologi. Antara miskonsepsi yang tipikal mengenai topik iniialah para pelajar menyatakan bahawa karbon dioksida tidak digunakan oleh

    organisma di dalam tanah semasa proses penguraian. Selain itu, para pelajar

    berpendapat bahawa tumbuhan hijau menerima karbon daripada tanah dan bukannya

    dari daun tumbuhan semasa proses fotosintesis.

    Dalam kajian ini, pengkaji telah menyediakan masalah-masalah diagnostik

    berkaitan pemahaman dan miskonsepsi pelajar. Penilaian formatif telah dijalankan

    selepas suatu teknik pengajaran diberikan kepada para pelajar. Selepas dua minggu

    pembelajaran, dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan para pelajar dapat memberi

    respon dengan tepat. Walau bagaimanapun, 20 peratus hingga 40 peratus para pelajar

    masih lagi mengalami miskonsepsi mengenai topik kitar karbon walaupun selepas

    sesi pengajaran.

  • 5/21/2018 kajian

    25/67

    BAB 3

    METODOLOGI

    3.1 Pengenalan

    Bab ini menjelaskan kaedahkaedah yang digunakan dalam kajian iaitu merangkumi reka

    bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan penganalisaan data.

    3.2 Reka Bentuk Kajian

    Reka bentuk kajian merupakan suatu perancangan untuk melakukan penyelidikan. Dalam

    perancangan itu akan dimasukkan spesifikasi elemen untuk dikaji dan kaedah yang akan

    digunakan. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey).

    Reka bentuk kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan penyelidikan berbentuk

    kuantitatif. Kajian ini menguji pemahaman dan pengetahuan sedia ada pelajar. Tujuansebenar penyelidikan ini diadakan adalah untuk mengesan miskonsepsi dan kekurangan

    pengetahuan mekanisme fotosintesis di kalangan pelajar sains Tahun 2 UPSI.

    Berdasarkan kaedah tinjauan, pengkaji menggunakan soal selidik berbentuk ujian yang

    dikenali sebagai ujian diagnostik. Ujian diagnostik ini bertujuan untuk mengesan masalah

    yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam konsep mekanisme fotosintesis.

  • 5/21/2018 kajian

    26/67

    16

    3.3 Sampel Kajian

    Pemilihan sampel dilakukan secara rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 80

    pelajar sains Tahun 2 pengkhususan yang sama (Biologi) iaitu pelajar semester 3 dan

    semester 4. Populasi sampel terletak di Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung

    Malim, Perak.

    3.4 Instrumen Kajian

    Pengkaji menggunakan ujian diagnostik sebagai instrumen kajian (Lampiran A). Ujian ini

    mengandungi 30 soalan objektif yang merangkumi konsep-konsep berkaitan mekanisme

    fotosintesis seperti tindak balas cahaya dan tindak balas gelap. 30 soalan objektif ini telahdiambil dari beberapa buah buku rujukan dan juga sumber dari internet.

    3.4.1 Ujian Diagnostik

    Tujuan ujian diagnostik adalah untuk mengenalpasti kelemahan yang spesifik dalam satu

    mata pelajaran. Item ujian diagnostik mewakili kemahiran yang sepatutnya semua pelajar

    telah menguasai pada satu-satu peringkat pengajaran atau pembelajaran (Bhasah Abu

    Bakar, 2003). Instrumen kajian ini mengandungi 30 soalan objektif aneka pilihan jawapan

    yang mempunyai empat pilihan jawapan (A, B, C, D). Kesemua soalan ini adalah dalam

    Bahasa Inggeris. Langkah ini bertujuan untuk membiasakan pelajar-pelajar dengan

    penggunaan istilah-istilah sains terutamanya Biologi dalam Bahasa Inggeris. Selain

    daripada pilihan jawapan untuk setiap soalan, terdapat satu kotak kosong disediakan

    untuk setiap soalan. Kotak ini adalah untuk diisi oleh para pelajar dengan satu nilai

    nombor antara 0 hingga 5 berdasarkan jawapan mereka. Setiap nombor yang yang diisi di

    dalam kotak mewakili tahap kefahaman pelajar di dalam menjwab setiap soalan tersebut

    dan skala yang digunakan seperti Jadual 3.1.

  • 5/21/2018 kajian

    27/67

    17

    Jadual 3.1

    Tahap kefahaman responden menjawab soalan berdasarkan kaedah CRI.

    Nilai Tahap Kefahaman (CRI)

    0 Tidak Tahu Langsung (Tekaan)

    1 Agak-agak (Hampir Tekaan)

    2 Tidak Pasti

    3 Agak Pasti

    4 Yakin

    5 Sangat yakin

    Pengkaji telah menggunakan kaedah Certainty Of Response Index (CRI) untuk mengesan

    miskonsepsi dan kekurangan pengetahuan di kalangan para pelajar. CRI bertujuan untuk

    membandingkan kekurangan pengetahuan dan miskonsepsi. Melalui kaedah ini, pelajar

    akan menyatakan aras keyakinan pada setiap jawapan yang dipilih di dalam ujian

    diagnostik. CRI ini sesuai digunakan di dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan dan

    juga lapangan yang lain (Hasan et al,1999). Soalan-soalan untuk mengesan miskonsepsi

    ini diambil dari beberapa buah buku rujukan iaitu Biologi STPM, Biologi Edisi ke-6

    (Endra et al, 2002) dan beberapa soalan dari internet. Soalan-soalan yang terkandung di

    dalam instrumen ini adalah berdasarkan sukatan subjek Biologi Asas I. Dalam kajian ini,

    pengkaji memilih dua konsep asas untuk dikaji. Konsep-konsep tersebut adalah seperti

    dalam Jadual 3.2.

    Jadual 3.2

    Item soalan dan konsep yang diuji

    Item soalan Konsep yang diuji

    1, 3, 4, 5, 7, 9, 11, 12, 14, 15, 21, 24, 27, 30 Tindak Balas Cahaya

    2, 6, 8, 10, 13, 16, 17, 18, 19, 20, 22, 23,

    25, 26,28, 29,

    Tindak Balas Gelap

  • 5/21/2018 kajian

    28/67

    18

    Dalam menentukan punggutan markah yang diperolehi oleh para pelajar, pengkaji

    memberikan satu markah bagi jawapan yang betul. Bagi jawapan yang salah, markah

    tidak ditolak atau tidak ada sebarang skor yang diberikan. Pengagihan markah adalah

    sama rata bagi semua soalan. Jadual 3.3 menunjukkan jumlah pungutan markah yang

    tertinggi adalah 30 markah daripada 30 soalan.

    Jadual 3.3

    Sistem pemarkahan bagi setiap soalan

    Nilai skor Kadar skor

    0 Jawapan salah

    1 Jawapan betul

    3.5

    Prosedur Kajian

    Sebelum memulakan penyelidikan, pengkaji telah membuat rujukan serta bacaan yang

    menyeluruh berkaitan dengan tajuk kajian dan berjumpa dengan pensyarah penasihat

    untuk mengesahkan tajuk. Setelah mendapat pengesahan tajuk, pengkaji telah

    menyediakan rangka cadangan penyelidikan berserta dengan instrumen kajian.

    Seterusnya pengkaji telah memilih lokasi kajian iaitu di Universiti Pendidikan Sultan

    Idris (UPSI). Pengkaji kemudiannya berjumpa dengan pensyarah yang mengajar pelajar-

    pelajar Tahun 2 major Biologi untuk mendapatkan kebenaran untuk menggunakan pelajarbeliau sebagai sampel kajian pengkaji. Setelah mendapatkan kebenaran, satu kajian rintis

    telah dijalankan terhadap 6 orang para pelajar Tahun 2 Biologi. Hasil dapatan kajian rintis

    ini dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.0 (Statistical Package for the Social

    Science) seperti dalam Lampiran B. Setelah mendapati aras kebolehpercayaan tinggi iaitu

    alpha 0.753, pengkaji telah berhubung dengan sampel untuk membincangkan lokasi,

  • 5/21/2018 kajian

    29/67

    19

    masa dan tarikh yang sesuai bagi menjalankan kajian. Setibanya tarikh dan masa yang

    ditetapkan, pengkaji telah memberi penerangan awal mengenai tujuan kajian dan cara

    menjawab soalan iaitu secara jujur dan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

    Pengkaji telah memberi masa selama 30 minit bagi setiap sampel untuk menjawab 30

    soalan yang telah diberikan. Dengan pengumpulan kesemua ujian yang telah dijawab oleh

    sampel bagi kedua-dua kumpulan kajian, penganalisaan data dapat dilakukan dengan

    lancarnya.

    3.6 Analisis Data

    Data-data yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam bentuk data tersusun untukdianalisa dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excell XP 2003. Ini bertujuan

    untuk menggelakkan sebarang kesilapan yang berlaku semasa data itu dianalisis. Data-

    data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah Certainty of Response Index (CRI).

    Analisis secara CRI dilakukan pada setiap soalan sama ada soalan tersebut dijawab betul

    atau salah oleh pelajar. Bagi sampel yang memberikan jawapan yang betul untuk setiap

    soalan, nilai CRI mereka ditambah kesemuanya. Jumlah kesemua nilai CRI ini

    kemudiannya akan dibahagi dengan jumlah bilangan pelajar yang menjawab soalan

    dengan betul untuk mendapatkan purata CRI. Bagi jawapan yang salah pula, nilai CRI

    pelajar ditambah semuanya. Kemudian nilai tersebut dibahagi dengan jumlah pelajar yang

    menjawab soalan dengan salah. Nilai yang diperolehi ini ialah nilai purata CRI bagi

    pelajar yang menjawab soalan dengan salah. Nilai purata yang diperolehi ini akan

    menentukan tahap pengetahuan pelajar seperti dalam Jadual 3.4.

  • 5/21/2018 kajian

    30/67

    20

    Jadual 3.4

    Analisis skor pelajar terhadap purata CRI

    CRI Rendah (2.5)

    Jawapan betul

    Jawapan Betul dan purata

    CRI rendah

    Jawapan Betul dan purata CRI

    tinggi

    Kurang pengetahuan Pengetahuan yang tinggi

    tentang konsep tersebut

    Jawapan salah

    Jawapan salah dan purata

    CRI rendah

    Jawapan salah dan purata CRI

    tinggiKurang pengetahuan Miskonsepsi

    (Sumber : Phys. Educ. 34 (5) September 1999)

  • 5/21/2018 kajian

    31/67

    BAB 4

    DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan

    Bab ini membincangkan hasil kajian yang diperolehi daripada sampel. Data yang

    diperoleh daripada ujian diagnostik dianalisa berdasarkan kaedah Certainty Response

    Index (CRI). Data dianalisis berpandukan Rajah 4.1 dan Jadual 4.1. Kesemua soalan-

    soalan dalam instrumen kajian ini adalah berdasarkan kepada konsep-konsep berikut:

    i. Tindak Balas Cahaya

    ii. Tindak Balas Gelap

  • 5/21/2018 kajian

    32/67

    Rajah 4.1

    Analisis Data Berdasarkan Kaedah CRI

    0.00

    0.50

    1.00

    1.50

    2.00

    2.50

    3.00

    3.50

    4.00

    4.50

    5.00

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1

    Soalan

    CertaintyOfRespo

    nseIndex(CRI)

    Purata CRI (Jawapan Betul) Purata CRI (Jawapan salah) Nisbah J

  • 5/21/2018 kajian

    33/67

    0.00

    0.50

    1.00

    1.50

    2.00

    2.50

    3.00

    3.50

    4.00

    4.50

    5.00

    16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27

    Soalan

    CertaintyOfResponseIndex(CRI)

    Purata CRI (Jawapan Betul) Purata CRI (Jawapan Salah) Nisba

    Rajah 4.1 (Sambungan)

  • 5/21/2018 kajian

    34/67

    24

    Jadual 4.1

    Analisis skor pelajar terhadap purata CRI

    CRI Rendah (2.5)

    Jawapan betul

    Jawapan Betul dan purata

    CRI rendah

    Jawapan Betul dan purata CRI

    tinggi

    Kurang pengetahuan Pengetahuan yang tinggi

    tentang konsep tersebut

    Jawapan salah

    Jawapan salah dan purata

    CRI rendah

    Jawapan salah dan purata CRI

    tinggiKurang pengetahuan Miskonsepsi

    4.2 Analisis ke atas setiap komponen berdasarkan kaedah CRI

    Bahagian ini menganalisis konsep-konsep yang diutarakan oleh pengkaji. Konsep-konsep

    tersebut adalah seperti berikut:

    i. Tindak Balas Cahaya

    ii. Tindak Balas Gelap

    4.2.1 Tindak Balas Cahaya

    Soalan-soalan yang meliputi konsep tindak balas cahaya ialah soalan bernombor 1, 3, 4,

    5, 7, 9, 11, 12, 14, 15, 21, 24, 27, 30.

    Soalan 1:

    Soalan ini untuk menguji pengetahuan pelajar mengenai tempat tindak balas cahaya

    berlaku di dalam tumbuhan hijau semasa proses fotosintesis. Berdasarkan kepada Rajah

    4.1, didapati purata CRI bagi jawapan yang betul adalah agak tinggi iaitu 3.35. Ini

  • 5/21/2018 kajian

    35/67

    25

    menunjukkan bahawa terdapat pelajar-pelajar yang mengaplikasikan konsep yang betul

    ketika menjawab soalan ini. Manakala, bagi jawapan yang salah pula, purata CRI ialah

    2.88 iaitu lebih rendah daripada purata CRI jawapan yang betul. Kedua-dua nilai purata

    CRI bagi jawapan yang betul dan salah ini lebih daripada had rujukan iaitu 2.50. Daripada

    Rajah 4.1, didapati nisbah jumlah para pelajar yang menjawab soalan ini dengan betul

    adalah agak tinggi iaitu 0.68. Ini menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang dapat

    memilih jawapan yang tepat serta mengaplikasikan konsep yang betul bagi soalan ini

    adalah lebih tinggi daripada pelajar yang memilih jawapan yang salah. Oleh yang

    demikian, daripada Jadual 4.1, didapati sebahagian kecil daripada para pelajar

    mengalami miskonsepsi berkaitan dengan konsep yang diuji.

    Soalan 3:

    Berdasarkan Rajah 4.1, didapati purata CRI bagi jawapan yang betul adalah 3.26. Ini

    menunjukkan bahawa terdapat pelajar-pelajar yang mengaplikasikan konsep yang betul

    ketika menjawab soalan ini. Manakala, purata CRI bagi jawapan yang salah ialah 2.29.

    Berdasarkan Rajah 4.1. nilai purata CRI bagi jawapan yang betul adalah lebih daripada

    had rujukan 2.50 manakala nilai purata bagi jawapan yang salah pula adalah di bawah had

    rujukan 2.50. Berdasarkan Jadual 4.1, nilai purata CRI bagi jawapan yang salah adalahdibawah 2.50 dan menunjukkan bahawa para pelajar mengalami pengetahuan yang

    rendah ketika menjawab soalan ini. Nisbah jumlah pelajar yang menjawab soalan ini

    dengan betul adalah amat tinggi iaitu 0.83. Ini menunjukkan kebanyakkan para pelajar

    mempunyai pengetahuan konsep yang amat tinggi mengenai soalan ini.

    Soalan 4:

    LightCO2 + H2O X + Y

    Chlorophyll

    Soalan bernombor 4 ini meminta para pelajar untuk menyatakan apakah hasil akhir

    di dalam proses fotosintesis. Dengan merujuk kepada Rajah 4.1, purata CRI bagi jawapan

  • 5/21/2018 kajian

    36/67

    26

    yang betul ialah agak tinggi iaitu 3.41. Nilai ini menunjukkan para pelajar dapat

    mengaplikasikan konsep yang betul ketika menjawab soalan ini. Manakala purata CRI

    bagi jawapan yang salah adalah 2.58 iaitu lebih rendah daripada nilai purata CRI jawapan

    yang betul. Berdasarkan Jadual 4.1, nilai purata CRI yang salah ini menunjukkan para

    pelajar mengalami misonsepsi terhadap soalan ini. Kedua-dua nilai purata CRI bagi

    jawapan yang betul dan salah ini lebih daripada had rujukan iaitu 2.50. Oleh itu, nisbah

    jumlah pelajar yang menjawab betul bagi soalan ini diambil kira untuk mengesan apakah

    tahap pengetahuan para pelajar terhadap soalan ini. Dengan merujuk kepada Rajah 4.1,

    didapati nisbah jumlah para pelajar yang menjawab soalan ini dengan betul adalah agak

    tinggi iaitu 0.85. Ini menunjukkan kebanyakkan para pelajar mempunyai pengetahuan

    konsep yang amat tinggi mengenai soalan ini.

    Soalan 5:

    Berdasarkan Rajah 4.1, didapati purata CRI bagi jawapan yang betul adalah 2.93 dan

    lebih daripada had rujukan 2.50. Oleh yang demikian dengan merujuk kepada Jadual 4.1,

    didapati terdapat pelajar yang mengaplikasikan konsep yang betul ketika menjawab

    soalan ini. Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRI ialah 2.50 iaitu berada

    pada had rujukan. Untuk menentukan sama ada purata CRI bagi jawapan yang salah

    tinggi atau rendah, nisbah jawapan yang betul kepada jumlah pelajar perlu diambil kira.

    Nilai nisbah jawapan yang betul kepada jumlah pelajar yang diperoleh adalah 0.55. Oleh

    yang demikian, purata CRI bagi jawapan yang salah adalah rendah kerana bilangan

    pelajar yang dapat memilih jawapan yang tepat adalah tinggi berbanding dengan pelajar

    yang memilih jawapan yang salah. Seterusnya, dengan merujuk Jadual 4.1, didapati

    terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji

    Soalan 7:

    Berdasarkan kepada Rajah 4.1, didapati purata CRI bagi jawapan yang betul adalah agak

    tinggi iaitu 3.52 dan lebih daripada had rujukan 2.50. Oleh yang demikian dengan

    merujuk kepada Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar yang mengaplikasikan konsep yang

    betul ketika menjawab soalan ini. Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRI

    ialah 2.14 iaitu lebih rendah daripada had rujukan 2.50. Berdasarkan Jadual 4.1, didapati

  • 5/21/2018 kajian

    37/67

    27

    terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji.

    Nilai nisbah jawapan yang betul kepada jumlah pelajar yang diperolehi adalah tinggi iaitu

    0.83. Ini menunjukkan bahawa hanya sedikit sahaja para pelajar mengalami kesukaran di

    dalam menjawab soalan ini. Nilai nisbah tersebut juga menunjukkan kebanyakkan para

    pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang amat tinggi mengenai soalan ini.

    Soalan 9 :

    Berdasarkan kepada Rajah 4.1, didapati purata CRI bagi jawapan yang betul adalah agak

    tinggi iaitu 3.20 dan lebih daripada had rujukan 2.50. Ini menunjukkan para pelajar dapat

    mengaplikasikan konsep yang betul ketika menjawab soalan ini. Manakala, bagi jawapan

    yang salah pula nilai purata CRI ialah 2.42 iaitu menghampiri had rujukan 2.50.Berdasarkan Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan

    berkaitan dengan soalan ini. Nilai nisbah jawapan yang betul kepada jumlah pelajar yang

    diperolehi adalah tinggi iaitu 0.70. Ini menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang dapat

    memilih jawapan yang tepat dan hanya sedikit sahaja para pelajar mengalami kesukaran

    di dalam menjawab soalan ini. Nilai nisbah tersebut juga menunjukkan kebanyakkan para

    pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang amat tinggi mengenai konsep yang diuji.

    Soalan 11:

    Soalan ini bertanyakan tentang apakah faktor pembentukan ATP semasa mekanisme

    tindak balas cahaya fotosintesis. Didapati purata CRI bagi jawapan yang betul adalah

    rendah iaitu 2.42. Berdasarkan kepada Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang

    kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji. Kebanyakkan para pelajar

    hanya meneka jawapan yang mereka berikan (lucky guess). Manakala, bagi jawapan yang

    salah pula purata CRI juga rendah iaitu 2.34. Oleh yang demikian, berdasarkan Jadual

    4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep

    yang diuji. Nilai nisbah jawapan yang betul kepada jumlah pelajar yang diperolehi adalah

    rendah iaitu 0.41. Ini menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang dapat memilih jawapan

    yang tepat adalah sedikit dan kebanyakkan para pelajar mengalami kesukaran di dalam

    menjawab soalan ini.

  • 5/21/2018 kajian

    38/67

    28

    Soalan 12:

    Soalan bernombor 12 ini berkehendakkan pelajar untuk menjawab dimanakah proses

    pemecahan molekul air berlaku. Berdasarkan Rajah 4.1, didapati purata CRI bagi jawapan

    yang betul adalah 3.19. Dengan merujuk kepada Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-

    pelajar yang mengaplikasikan konsep konsep yang betul kepada soalan yang ditanya.

    Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRInya adalah rendah iaitu 2.18.

    Berdasarkan Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan

    berkaitan dengan konsep yang diuji. Keseluruhannya, kebanyakkan para pelajar kurang

    mengalami kesukaran di dalam menjawab soalan ini. Ini dibuktikan dengan nisbah jumlah

    para pelajar yang menjawab soalan dengan betul adalah tinggi iaitu 0.86.

    Soalan 14 :

    Soalan ini bertanyakan para pelajar apakah yang akan berlaku apabila fotosistem

    menyerap tenaga cahaya. Berdasarkan kepada Rajah 4.1, purata CRI bagi jawapan yang

    betul adalah agak tinggi iaitu 2.91 dan lebih daripada had rujukan 2.50. Dengan merujuk

    kepada Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang mengaplikasikan konsep yang

    betul kepada soalan yang ditanya. Manakala, bagi jawapan yang salah pula, nilai purata

    CRI adalah rendah iaitu 2.03. Oleh yang demikian, berdasarkan Jadual 4.1, didapati

    terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji.

    Nisbah jumlah pelajar yang menjawab betul adalah 0.56 dan menunjukkan hampir

    separuh daripada para pelajar berjaya menjawab soalan ini dengan tepat.

    Soalan 15 :

    Soalan ini mengkehendaki para pelajar untuk mendefinisikan istilah fotosistem.

    Berdasarkan kepada Rajah 4.1, purata CRI bagi jawapan yang betul adalah agak tinggi

    iaitu 2.98 dan lebih daripada had rujukan 2.50. Dengan merujuk kepada Jadual 4.1,

    didapati pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan konsep yang betul kepada soalan yang

    ditanya. Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRInya adalah rendah iaitu 2.27.

    Oleh yang demikian, berdasarkan Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang

    kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji. Nisbah jumlah pelajar yang

    menjawab betul adalah tinggi iaitu 0.68 dan menunjukkan terdapat segelintir para pelajar

  • 5/21/2018 kajian

    39/67

    29

    gagal menjawab soalan ini dengan tepat. Kesimpulannya, para pelajar tidak megalami

    miskonsepsi mengenai soalan ini.

    Soalan 21 :

    Berdasarkan kepada Rajah 4.1, didapati purata CRI bagi jawapan yang betul adalah

    rendah iaitu 2.35. Berdasarkan kepada Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang

    kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji. Kebanyakkan para pelajar hanya

    meneka jawapan yang mereka berikan (lucky guess). Manakala, bagi jawapan yang salah

    pula purata CRI adalah rendah iaitu 2.27. Oleh yang demikian, berdasarkan Jadual 4.1,

    didapati terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang

    diuji. Walaubagaimanapun, nisbah jumlah pelajar yang menjawab dengan betul adalahtinggi menunjukkan para pelajar tidak mengalami miskonsepsi didalam memilih jawapan

    yang tepat tetapi kurang berpengetahuan. Ini dibuktikan dengan nilai purata CRI yang

    betul adalah rendah.

    Soalan 24 :

    Soalan ini berkaitan dengan penerima elektron terakhir semasa proses fotosintesis.

    Berdasarkan kepada Rajah 4.1, didapati purata CRI bagi jawapan yang betul adalah 2.58

    iaitu lebih daripada had rujukan 2.50. Dengan merujuk kepada Jadual 4.1, didapati

    pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan konsep yang betul kepada soalan ini. Manakala,

    bagi jawapan yang salah pula nilai purata CRI juga lebih daripadai had rujukan iaitu 2.56.

    Oleh yang demikian, berdasarkan Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang

    mengalami miskonsepsi berkaitan dengan konsep yang diuji. Tahap miskonsepsi para

    pelajar adalah tinggi. Ini dibuktikan oleh nisbah jumlah pelajar yang menjawab dengan

    betul dan tepat adalah rendah iaitu 0.38.

    Soalan 27:

    Soalan bernombor 27 ini meminta para pelajar untuk memilih pernyataan yang benar

    mengenai pengangkut elektron tak berkitar. Berdasarkan kepada Rajah 4.1, purata CRI

    bagi jawapan yang betul adalah tinggi iaitu 2.87. Dengan merujuk kepada Jadual 4.1,

    didapati pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan konsep yang betul kepada soalan ini.

  • 5/21/2018 kajian

    40/67

    30

    Manakala, bagi jawapan yang salah pula, purata CRI adalah rendah iaitu 2.31. Nisbah

    bagi jawapan yang betul kepada jumlah pelajar bagi soalan ini adalah rendah iaitu 0.39.

    Ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar telah memilih jawapan yang salah. Oleh itu,

    berdasarkan Jadual 4.1, didapati majoriti pelajar kurang pengetahuan berkaitan dengan

    konsep yang diuji.

    Soalan 30:

    Soalan bernombor 30 ini bertanyakan pelajar mengenai tiga hasil yang terbentuk semasa

    proses fotosintesis di peringkat tumbuhan tinggi. Berdasarkan kepada Rajah 4.1, purata

    CRI bagi jawapan yang betul adalah tinggi iaitu 2.70. Dengan merujuk kepada Jadual 4.1,

    didapati pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan konsep yang betul kepada soalan ini.Manakala bagi jawapan yang salah pula purata CRI juga tinggi iaitu 3.22. Oleh yang

    demikian, dengan berpandukan Jadual 4.1, didapati terdapat segelintir pelajar-pelajar

    yang mengalami miskonsepsi berkaitan dengan konsep yang diuji. Ini dibuktikan dengan

    nisbah jumlah pelajar yang memilih jawapan dengan tepat adalah rendah iaitu hanya 0.38

    berbanding nisbah pelajar yang menjawab soalan dengan salah.

    4.2.2

    Tindak Balas Gelap

    Soalan-soalan yang meliputi konsep tindak balas gelap ialah soalan bernombor 2, 6, 8,

    10, 13, 16, 17, 18, 19, 20, 22, 23, 25, 26,28, 29.

    Soalan 2:

    Soalan ini menguji pengetahuan pelajar mengenai tempat tindak balas gelap berlaku di

    dalam tumbuhan hijau semasa proses fotosintesis. Berdasarkan kepada Rajah 4.1, didapati

    purata CRI bagi jawapan yang betul adalah tinggi iaitu 3.18. Dengan merujuk kepada

    Jadual 4.1, didapati pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang tinggi mengenai

    soalan ini. Ini dibuktikan dengan nisbah jumlah pelajar yang memilih jawapan dengan

    betul dan tepat adalah tinggi iaitu 0.63. Manakala bagi jawapan yang salah pula, purata

    CRI juga tinggi iaitu 2.70. Berpandukan kepada Jadual 4.1, didapati nilai ini

    menunjukkan segelintir para pelajar mengalami miskonsepsi terhadap soalan ini.

  • 5/21/2018 kajian

    41/67

    31

    Soalan 6:

    Soalan ini bertanyakan pelajar mengenai penurunan ATP kepada ion fosfat semasa

    proses tindak balas gelap. Purata CRI bagi jawapan yang betul adalah rendah iaitu 2.19.

    Daripada Jadual 4.1, didapati terdapat segelintir pelajar yang kurang pengetahuan

    berkaitan dengan konsep yang diuji. Pelajar-pelajar didapati meneka jawapan yang telah

    mereka berikan (lucky guess). Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRI adalah

    tinggi iaitu 2.52. Oleh itu, berdasarkan kepada nisbah jawapan yang betul kepada jumlah

    pelajar yang diperoleh, didapati nilai tersebut adalah tinggi iaitu 0.59. Hal ini

    menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang dapat memilih jawapan yang tepat bagi

    soalan ini adalah tinggi berbanding dengan bilangan pelajar yang memilih jawapan yang

    salah. Oleh itu, kebanyakkan para pelajar yang mengalami miskonsepsi adalah hampirseparuh daripada jumlah pelajar yang menjawab dengan betul.

    Soalan 8:

    Soalan ini menguji pengetahuan para pelajar mengenai bahan perantaraan yang terbentuk

    semasa proses tindak balas gelap dalam proses fotosintesis. Berdasarkan kepada Rajah

    4.1, purata CRI bagi jawapan yang betul adalah tinggi iaitu 2.58. Dengan merujuk kepada

    Jadual 4.1, didapati pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang tinggi mengenai

    soalan ini. Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRI adalah tinggi iaitu 2.68.

    Oleh yang demikian, dengan berpandukan Jadual 3.4, didapati para pelajar juga

    mengalami miskonsepsi berkaitan dengan konsep yang diuji. Berdasarkan Rajah 4.1 juga,

    didapati nisbah para pelajar yang menjawab betul adalah tinggi iaitu 0.54 iaitu lebih

    separuh daripada pelajar yang menjawab dengan salah. Kesimpulannya, hampir separuh

    mengalami miskonsepsi dan selebihnya menunjukkan pengetahuan konsep yang tinggi

    terhadap tajuk yang diuji.

    Soalan 10:

    Soalan ini menguji pengetahuan para pelajar mengenai tindak balas gelap di dalam

    tumbuhan C4. Nilai purata CRI bagi jawapan yng betul adalah tinggi iaitu 2.55. Dengan

    merujuk kepada Jadual 4.1, didapati pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang

    tinggi mengenai soalan ini. Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRI adalah

  • 5/21/2018 kajian

    42/67

    32

    rendah iaitu 1.73. Oleh yang demikian, berdasarkan Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-

    pelajar yang kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji. Tidak ada sebarang

    miskonsepsi yang berlaku terhadap soalan ini. Ini dibuktikan dengan nisbah para pelajar

    yang menjawab betul dan tepat adalah tinggi iaitu 0.73.

    Soalan 13:

    Soalan ini menguji pengetahuan para pelajar mengenai tempat berlakunya proses

    pengikatan karbon dioksida semasa proses fotosintesis. Dengan merujuk kepada Rajah

    4.1, didapati purata CRI bagi jawapan yang betul adalah tinggi iaitu 3.36. Berpandukan

    kepada Jadual 4.1, didapati pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang tinggi

    mengenai soalan ini. Ini disokong dengan nisbah bagi pelajar yang menjawab soalandengan betul adalah tinggi iaitu 0.90. Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRI

    adalah rendah iaitu 1.63. Berdasarkan Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang

    kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji. Majoriti tahap pengetahuan para

    pelajar adalah tinggi terhadap soalan ini.

    Soalan 16:

    Soalan ini menguji pengetahuan para pelajar dalam Kitar Calvin fasa gelap. Dengan

    merujuk kepada Rajah 4.1, didapati purata CRI bagi jawapan yang betul adalah tinggi

    iaitu 3.28 lebih daripada had rujukan yang ditetapkan. Berpandukan kepada Jadual 4.1,

    didapati pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang tinggi mengenai soalan ini.

    Ini disokong dengan nisbah bagi pelajar yang menjawab soalan dengan betul adalah tinggi

    iaitu 0.74. Manakala, bagi jawapan yang salah pula, purata CRI adalah rendah iaitu 2.19.

    Berdasarkan Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan ketika

    menjawab soalan ini. Majoriti tahap pengetahuan para pelajar adalah tinggi terhadap

    soalan ini.

    Soalan 17:

    Soalan ini menguji pemahaman dan pengetahuan para pelajar mengenai hasil akhir yang

    terbentuk dalam tindak balas gelap fotosintesis. Dapatan kajian menunjukkan purata CRI

    bagi jawapan yang betul adalah tinggi iaitu 2.53. Berpandukan kepada Jadual 4.1,

  • 5/21/2018 kajian

    43/67

    33

    didapati pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang tinggi mengenai soalan ini.

    Ini disokong dengan nisbah bagi pelajar yang menjawab soalan dengan betul adalah tinggi

    iaitu 0.56. Manakala, bagi jawapan yang salah pula, purata CRI adalah rendah iaitu 2.09.

    Berdasarkan Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan ketika

    menjawab soalan ini. Kesimpulannya, tiada sebarang miskonsepsi yang timbul dikalangan

    para pelajar ketika menjawab soalan ini tetapi hampir separuh daripada para pelajar

    mengalami tahap pengetahuan yang rendah terhadap soalan ini.

    Soalan 18:

    Soalan ini menguji pengetahuan para pelajar tentang bahan kimia stabil yang terawal

    dihasilkan di dalam Kitar Calvin. . Dengan merujuk kepada Rajah 4.1, didapati purataCRI bagi jawapan yang betul adalah tinggi iaitu 2.55 dan lebih daripada had rujukan yang

    ditetapkan. Berpandukan kepada Jadual 4.1, didapati pelajar-pelajar mempunyai

    pengetahuan konsep yang tinggi mengenai soalan ini. Manakala, bagi jawapan yang salah

    pula purata CRI adalah tinggi iaitu 2.88. Berpandukan kepada Jadual 4.1, didapati nilai ini

    menunjukkan para pelajar mengalami miskonsepsi terhadap soalan ini. Ini disokong

    dengan nisbah bagi pelajar yang menjawab soalan dengan betul adalah rendah iaitu 0.39.

    Nisbah ini menunjukkan bahawa majoriti para pelajar yang menjawab dengan tepat dan

    betul adalah rendah dan kebanyakkan para pelajar telah mengalami miskonsepsi terhadap

    soalan ini.

    Soalan 19:

    Soalan ini menguji pengetahuan para pelajar tentang fasa tindak balas gelap dalam

    tumbuan C4. Dapatan kajian menunjukkan bahawa purata CRI bagi jawapan yang betul

    adalah tinggi iaitu 3.37. Berpandukan kepada Jadual 4.1, didapati pelajar-pelajar

    mempunyai pengetahuan konsep yang tinggi mengenai soalan ini. Manakala, bagi

    jawapan yang salah pula purata CRInya adalah rendah iaitu 1.75. Berdasarkan Jadual 4.1,

    didapati terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan ketika menjawab soalan ini.

    Majoriti para pelajar yang menjawab dengan tepat dan betul adalah tinggi. Ini disokong

    dengan nisbah bagi pelajar yang menjawab soalan dengan betul adalah tinggi iaitu 0.95.

    Tahap pengetahuan pelajar terhadap soalan ini adalah tinggi.

  • 5/21/2018 kajian

    44/67

    34

    Soalan 20:

    Soalan ini menguji pemahaman para pelajar mengenai pernyataan yang bukan merujuk

    kepada mekanisme tindak gelap fotosintesis. Dengan merujuk kepada Rajah 4.1, didapati

    purata CRI bagi jawapan yang betul ialah 2.67 iaitu lebih daripada had rujukan yang

    ditetapkan. Berpandukan kepada Jadual 4.1, didapati pelajar-pelajar mempunyai

    pengetahuan konsep yang tinggi mengenai soalan ini. Manakala, bagi jawapan yang salah

    pula purata CRI adalah 2.50. Nilai yang diperoleh ini adalah bersamaan dengan had

    rujukan iaitu 2.50. Oleh itu, nisbah bagi jawapan yang betul kepada jumlah pelajar perlu

    diambil kira untuk menentukan sama ada purata CRI bagi jawapan yang salah itu tinggi

    ataupun rendah. Dengan merujuk kepada nisbah jawapan yang betul kepada jumlah

    pelajar, nilai yang diperoleh adalah tinggi iaitu 0.83. Ini menunjukkan bahawa bilanganpelajar yang dapat memilih jawapan yang tepat serta mengaplikasikan konsep yang betul

    bagi soalan ini adalah tinggi. Oleh itu, purata CRI bagi jawapan yang salah adalah rendah.

    Oleh yang demikian, dengan merujuk kepada Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar

    yang kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji.

    Soalan 22:

    Soalan ini menguji pengetahuan pelajar mengenai pernyataan yang benar mengenai tindak

    balas gelap dalam Kitar Calvin. Dapatan kajian menunjukkan purata CRI bagi jawapan

    yang betul adalah agak tinggi iaitu 2.52. Berpandukan kepada Jadual 4.1, didapati pelajar-

    pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang tinggi mengenai soalan ini. Ini dibuktikan

    dengan nisbah jumlah pelajar yang memilih jawapan dengan tepat adalah tinggi iaitu

    hanya 0.63 berbanding nisbah pelajar yang menjawab soalan dengan salah. Manakala,

    bagi jawapan yang salah pula purata CRI adalah rendah iaitu 1.80. Oleh yang demikian,

    dengan merujuk kepada Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang kurang

    pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji. Kesimpulannya, tahap pengetahuan

    para pelajar adalah tinggi.

    Soalan 23:

    Soalan ini menguji pengetahuan para pelajar mengenai konsep tumbuhan C4, CAM dan

    C3. Dengan merujuk kepada Rajah 4.1, didapati purata CRI bagi jawapan yang betul

  • 5/21/2018 kajian

    45/67

    35

    adalah tinggi iaitu 2.61. Berpandukan kepada Jadual 4.1, didapati pelajar-pelajar

    mempunyai pengetahuan konsep yang tinggi mengenai soalan ini. Ini dibuktikan dengan

    nisbah jumlah pelajar yang memilih jawapan dengan tepat adalah tinggi iaitu 0.74.

    Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRI adalah rendah iaitu 1.90. Oleh yang

    demikian, dengan merujuk kepada Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang

    kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji. Kesimpulannya, tahap

    pengetahuan para pelajar adalah tinggi di dalam menjawab soalan ini.

    Soalan 25:

    Soalan ini bertanyakan apakah tindak balas yang memerlukan karbon dioksida, NADPH

    dan ATP sebagai input dalam proses fotosintesis. Dapatan kajian menunjukkan purataCRI bagi jawapan yang betul adalah agak tinggi iaitu 2.60. Berpandukan kepada Jadual

    4.1, didapati pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang tinggi mengenai soalan

    ini. Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRI adalah rendah iaitu 1.50. Oleh

    yang demikian, dengan merujuk kepada Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang

    kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji. Kesimpulannya, tahap

    pengetahuan para pelajar adalah tinggi di dalam menjawab soalan ini. Ini dibuktikan

    dengan nisbah jumlah pelajar yang memilih jawapan dengan tepat adalah tinggi iaitu 0.70.

    Soalan 26:

    Soalan ini menguji pengetahuan para pelajar mengenai enzim yang bertanggungjawab

    didalam penurunan karbon dalam tindak balas gelap. Dapatan kajian menunjukkan purata

    CRI bagi jawapan yang betul adalah tinggi 2.78. Berpandukan kepada Jadual 4.1, didapati

    pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan konsep yang tinggi mengenai soalan ini.

    Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata CRI adalah rendah iaitu 2.19. Oleh yang

    demikian, dengan merujuk kepada Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang

    kurang pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji. Kesimpulannya, tahap

    pengetahuan para pelajar adalah tinggi di dalam menjawab soalan ini. Ini dibuktikan

    dengan nisbah jumlah pelajar yang memilih jawapan dengan tepat adalah tinggi iaitu 0.74.

  • 5/21/2018 kajian

    46/67

    36

    Soalan 28:

    Soalan ini bertanyakan pemahaman para pelajar mengenai bagaimanakah Kitar Calvin

    dimulakan di dalam tindak balas gelap. Dapatan kajian menunjukkan purata CRI bagi

    jawapan yang betul adalah agak tinggi iaitu 2.54 iaitu lebih daripada had rujukan yang

    ditetapkan. Berpandukan kepada Jadual 4.1, didapati pelajar-pelajar mempunyai

    pengetahuan konsep yang tinggi mengenai soalan ini. Manakala, bagi jawapan yang salah

    pula purata CRI adalah rendah iaitu 2.00. Oleh yang demikian, dengan merujuk kepada

    Jadual 4.1, didapati terdapat pelajar-pelajar yang kurang pengetahuan berkaitan dengan

    konsep yang diuji. Kesimpulannya, tahap pengetahuan para pelajar adalah tinggi di dalam

    menjawab soalan ini. Ini dibuktikan dengan nisbah jumlah pelajar yang memilih jawapan

    dengan tepat adalah tinggi iaitu 0.63.

    Soalan 29:

    Soalan ini bertanyakan pelajar mengenai pernyataan yang benar mengenai Kitar Calvin

    dalam tindak balas gelap. Berpandukan kepada Rajah 4.1, didapati purata CRI bagi

    jawapan yang betul adalah tinggi iaitu 2.62. Berdasarkan Jadual 3.4, didapati

    kebanyakkan para pelajar dapat mengaplikasikan konsep yang betul untuk soalan ini. Hal

    ini dibuktikan apabila didapati nisbah bagi jawapan yang betul kepada jumlah pelajar

    yang diperolehi adlah tinggi iaitu 0.69. Manakala, bagi jawapan yang salah pula purata

    CRI adalah rendah iaitu 2.24 dan ianya berada di bawah had rujukan iaitu 2.50. Oleh yang

    demikian, berdasarkan Jadual 4.1, didapati bahawa segelintir para pelajar kurang

    pengetahuan berkaitan dengan konsep yang diuji.

  • 5/21/2018 kajian

    47/67

    BAB 5

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    5.1 Pengenalan

    Bab ini membincangkan keputusan yang telah dianalisis dalam bab 4 sebelumnya. Bab ini

    didahului dengan perbincangan mengenai dapatan kajian. Dapatan kajian yang

    dibincangkan adalah berdasarkan kepada objektif kajian iaitu mengesan miskonsepsi dan

    mengenal pasti pengetahuan dikalangan para pelajar Program Pendidikan Sains (Biologi)

    Tahun 2, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam konsep mekanisme fotosintesis

    dengan kaedah Certainty of Response Index (CRI). Seterusnya, kajian ini akan menjawab

    kepada persoalan kajian iaitu apakah miskonsepsi dan pengetahuan para pelajar Program

    Pendidikan Sains (Biologi) Tahun 2 UPSI dalam konsep mekanisme fotosintesis?

    Bahagian seterusnya ialah cadangan dan peringkat akhir sekali ialah membuat kesimpulan

    berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh. Kaedah CRI yang digunakan memangberkesan dgunalkan dalam pendidikan sains untuk mengesan miskonsepsi dan

    pengetahuan para pelajar di dalam menjawab soalan ujian diagnostik (Hasan et al.,1999).

  • 5/21/2018 kajian

    48/67

    38

    5.2 Miskonsepsi yang dikesan oleh pengkaji

    Pengkaji membincangkan miskonsepsi yang berlaku terhadap konsep-konsep mekanisme

    fotosintesis yang telah diutarakan. Konsep-konsep tersebut adalah:

    i. Tindak Balas Cahaya

    ii. Tindak Balas Gelap

    5.2.1 Tindak Balas Cahaya

    Soalan-soalan yang ditanya mengenai tindak balas cahaya merangkumi soalan 1, 3, 4, 5,

    7, 9, 11, 12, 14, 15, 21, 24, 27, 30.

    Setelah analisis dilakukan ke atas setiap soalan tersebut menggunakan kaedah CRI,

    didapati terdapat soalan-soalan yang berlakunya miskonsepsi. Soalan-soalan tersebut

    adalah 1, 24, dan 30.

    Soalan 1:

    Soalan ini mengenai tempat berlakunya tindak balas cahaya di dalam tumbuhan hijau

    semasa proses fotosintesis. Walaupun kebanyakkan para pelajar mempunyai tahap

    pengetahuan yang tinggi terhadap soalan ini tetapi purata CRI bagi jawapan yang salah

    adalah tinggi iaitu 2.88 lantas menunjukkan para pelajar mengalami miskonsepsi di dalam

    memilih jawapan yang tepat. Antara miskonsepsi yang berjaya dikesan di dalam soalan

    ini ialah:

    i. Miskonsepsi :Tindak balas cahaya fotosintesis berlaku di dalam stroma.

    ii.

    Konsep betul: Tindak balas cahaya fotosintesis berlaku di dalam grana.

    Pengkaji telah melakukan rujukan jawapan terhadap beberapa buah buku rujukan yang

    boleh dipercayai. Salah satu daripadanya ialah buku rujukan Biologi Edisi Ke-6 (Endra et

    al, 2002). Proses fotosintesis berlaku di dalam organel yang dinamakan kloroplas. Tindak

    balas cahaya dan tindak balas gelap berlaku didalam kloroplas. Kloroplas di dalam

  • 5/21/2018 kajian

    49/67

    39

    tumbuhan hijau banyak terdapat di dalam sel mesofil. Keratan rentas menunjukkan

    organel kloroplas ini terdiri daripada membran luar, membran dalam, stroma, tilakoid,

    sekumpulan tilakoid (grana). Stroma merupakan kawasan berisi cecair didalam kloroplas

    yang dikelilingi oleh membran dalam kloroplas. Kawasan ini menyediakan tapak untuk

    berlakunya kitar Calvin dalam tindak balas gelap. Grana pula terdiri daripada sekumpulan

    tilakoid yang mengandungi pigmen klorofil yang penting di dalam penyerapan cahaya

    fotosintesis semasa tindak balas cahaya. Berdasarkan penerangan ini, jelas menunjukkan

    tindak balas cahaya di dalam tumbuhan hijau berlaku di dalam grana dan bukannya di

    kawasan stroma kloroplas. Miskonsepsi mungkin terjadi disebabkan oleh para pelajar

    gagal untuk menguasai istilah-istilah Biologi dengan baik. Kajian daripada Muhamad

    Nazim Seman (2002) mendapati penggunaan istilah sains yang baik mampu mengelakkanberlakunya miskonsepsi di kalangan para pelajar.

    Soalan 24:

    Soalan ini menguji pengetahuan para pelajar mengenai penerima elektron terakhir

    didalam tindak balas cahaya fotosintesis. Walaupun kebanyakkan para pelajar mengalami

    tahap pengetahuan yang agak tinggi mengenai soalan ini tetapi nilai purata CRI yang

    salah adalah melebihi had rujukan (2.50) iaitu 2.56. Oleh sedemikian, berdasarkan Jadual

    3.4, nilai ini menunjukkan para pelajar telah mengalami miskonsepsi di dalam soalan ini.

    Antara miskonsepsi yang berjaya dikesan oleh pengkaji adalah seperi di bawah:

    i. Penerima elektron terakhir di dalam tindak balas cahaya ialah H2O.

    ii. Penerima elektron terakhir di dalam tindak balas cahaya ialah O2.

    Konsep Betul:

    Penerima elektron terakhir di dalam tindak balas cahaya ialah NADP+.

    Didalam mekanisme tindak balas cahaya, terdapat dua siri rantai pengangkut elektron

    iaitu pengangkut elektron tak berkitar dan pengangkut elektron berkitar. Didalam siri

    pengangkut elektron tak berkitar, terdapat dua unit fotosintesis yang terlibat iaitu

    fotosistem I dan fotosistem II. Penerima elektron terakhir di dalam tindak balas cahaya

    berlaku hanya di dalam kitaran ini. Pengangkut elektron tak berkitar merupakan proses

  • 5/21/2018 kajian

    50/67

    40

    linear yang berterusan. Dengan kehadiran cahaya, elektron di dalam fotosistem I akan

    teruja dan akan diangkut melalui siri rantai pengankut elektron untuk diterima oleh

    NADP+ membentuk NADPH. Elektron daripada P700 dalam fotosistem I akan diganti

    oleh elektron daripada fotosistem II.

    Elektron daripada fotosistem II ini pula akan diganti oleh elektron daripada

    molekul air melalui pemecahan molekul air (fotolisis). Oksigen akan dilepaskan ke

    atmosfera semasa proses ini. Sumber elektron berpunca daripada fotolisis molekul air,

    H2O. Elektron yang terhasil semasa proses pemecahan molekul air ini akan diterima oleh

    penerima elektron terakhir iaitu NADP+. Berdasarkan penerangan ini, jelas menunjukkan

    bahawa oksigen bukan merupakan penerima elektron terakhir di dalam tindak balascahaya begitu juga dengan molekul air (H2O) yang bertindak sebagai sumber elektron

    (Endra et al, 2002).

    Soalan 30:

    Soalan ini menguji pegetahuan para pelajar berkaitan apakah tiga produk berguna yang

    dihasilkan di peringkat tindak balas cahaya pada tumbuhan peringkat tinggi. Analisis

    berdasarkan Bab 4 mendapati majoriti para pelajar mengalami miskonsepsi yang tinggi di

    dalam soalan ini. Ini dibuktikan dengan nilai purata CRI bagi jawapan salah adalah tinggi

    iaitu 3.22 dan nisbah jumlah pelajar yang menjawab dengan betul dalah rendah iaitu 0.38.

    Miskonsepsi yang telah berjaya dikesan oleh pengkaji mengenai soalan ini ialah:

    Miskonsepsi : Tumbuhan hijau peringkat tinggi menghasilkan tiga produk yang berguna

    iaitu ATP, NADPH dan oksigen semasa tindak balas cahaya.

    Konsep Betul : Tumbuhan hijau peringkat tinggi menghasilkan tiga produk yang berguna

    iaitu H+, oksigen dan H2O.

  • 5/21/2018 kajian

    51/67

    41

    5.2.1 Tindak Balas Gelap

    Soalan-soalan yang ditanya mengenai tindak balas gelap merangkumi soalan 2, 6, 8, 10,

    13, 16, 17, 18, 19, 20, 22, 23, 25, 26,28, 29.

    Setelah analisis dilakukan ke atas setiap soalan tersebut menggunakan kaedah CRI,

    didapati terdapat soalan-soalan yang berlakunya miskonsepsi. Soalan-soalan tersebut

    adalah 2, 6, 8 dan 18.

    Soalan 2:

    Soalan bernombor 2 ini menguji pengetahuan para pelajar terhadap tempat berlakunya

    tindak balas gelap semasa proses fotosintesis. Selain itu soalan ini merupakankesinambungan kepada soalan 1 dalam tindak balas cahaya. Walaupun kebanyakkan para

    pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap soalan ini tetapi purata CRI

    bagi jawapan yang salah adalah tinggi iaitu 2.70 lantas menunjukkan segelintir para

    pelajar mengalami miskonsepsi di dalam memilih jawapan yang tepat. Antara kekerapan

    miskonsepsi yang berjaya dikesan di dalam soalan ini ialah:

    i. Miskonsepsi :Tindak balas gelap fotosintesis berlaku di dalam grana.

    ii.

    Konsep betul: Tindak balas gelap fotosintesis berlaku di dalam stroma.

    Proses fotosintesis berlaku di dalam organel yang dinamakan kloroplas. Tindak balas

    cahaya dan tindak balas gelap berlaku didalam kloroplas. Kloroplas di dalam tumbuhan

    hijau banyak terdapat di dalam sel mesofil. Keratan rentas menunjukkan organel

    kloroplas ini terdiri daripada membran luar, membran dalam, stroma, tilakoid,

    sekumpulan tilakoid (grana). Stroma merupakan kawasan berisi cecair didalam kloroplas

    yang dikelilingi oleh membran dalam kloroplas. Kawasan ini menyediakan tapak untuk

    berlakunya kitar Calvin dalam tindak balas gelap. Grana pula terdiri daripada sekumpulan

    tilakoid yang mengandungi pigmen klorofil yang penting di dalam penyerapan cahaya

    fotosintesis semasa tindak balas cahaya. Berdasarkan penerangan ini, jelas menunjukkan

    tindak balas gelap di dalam tumbuhan hijau berlaku di dalam stroma dan bukannya di

    kawasan grana kloroplas. Ini hampir bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh

  • 5/21/2018 kajian

    52/67

    42

    Lonergan (2000). Beliau menyatakan bahawa tindak balas gelap dalam mekanisme

    fotosintesis sebenarnya berlaku dalam keadaan gelap tetapi sejenis enzim pengikat karbon

    dalam Kitar Calvin bergantung kepada kehadiran cahaya untuk mensintesis fotosintesis.

    Soalan 6:

    Soalan bernombor 6 ini berkaitan Kitar Calvin di dalam tindak balas gelap. Untuk

    menjawab soalan ini para pelajar bukan sahaja harus memahami konsep tetapi juga harus

    mempunyai pengetahuan sedia ada yang kukuh tentang Kitar Calvin. Purata CRI bagi

    jawapan yang betul adalah rendah iaitu 2.19 manakala purata CRI bagi jawapan yang

    salah adalah tinggi iaitu 2.52. Berdasarkan Jadual 3.4, para pelajar yang menjawab

    dengan betul bukan sahaja kekurangan pengetahuan tetapi juga meneka jawapan yangdipilih (lucky guess). Soalan ini bertambah sukar apabila purata CRI bagi jawapan yang

    salah adalah tinggi dan menunjukkan para pelajar mengalami miskonsepsi. Ini hampir

    berketepatan dengan kajian Wandersee et al, (1994) yang menyatakan kebanyakkan

    pelajar tahu bahawa cahaya terlibat dalam proses fotosintesis, didapati ada juga pelajar

    yang tidak dapat memahami perpindahan tenaga, fungsi dan tenaga kimia yang

    dihasilkan, fungsi air atau idea tentang simpanan tenaga dalam proses tersebut.

    Soalan ini bertanyakan kepada pelajar di manakah ion fosfat daripada ATP akan

    didermakan semasa tindak balas gelap Kitar Calvin. Jawapan yang diberikan oleh

    kebanyakkan pelajar ialah:

    Miskonsepsi :ATP derma ion fosfat ke Ribulosa Difosfat (RuBP).

    Konsep Betul :ATP derma ion fosfat keFosfogliserat (PGA).

    Dalam Kitar Calvin, tindak balas pembentukan karbohidrat mengikut 3 langkah berikut:

    i. Penerimaan Karbon Dioksida oleh Ribulosa Difosfat (5C) untuk menjadi satu

    sebatian 6C yang kurang stabil dan dengan cepat terurai menjadi 2 molekul

    fosfogliserat (3C) atau PGA.

  • 5/21/2018 kajian

    53/67

    43

    ii. Penurunan fosfoglserat kepada triofosfat (G3P) oleh hidrogen daripada NADPH.

    Pada fasa ini, ATP akan diturunkan kepada ion fosfat dan didermakan kepada

    PGA untuk menjalani proses penurunan.

    iii.

    Pembinaan semula RuBp daripada triofosfat yang menjalani satu siri tindak balas.

    Berdasarkan penerangan Kitar Calvin di atas, jelas sekali penurunan ATP kepada ion

    fosfat akan didermakan kepada PGA untuk menjalani proses penurunan menjadi G3P.

    ATP merupakan sumber tenaga yang penting di dalam fasa gelap (Kitar calvin).

    Soalan 8:

    Soalan bernombor 8 ini menguji pengetahuan para pelajar mengenai tindak balas gelapyang merangkumi Tumbuhan C3, C4dan CAM. Soalan ini bertanyakan apakah metabolit

    perantara yang terbentuk semasa tindak balas gelap fotosintesis. Purata CRI bagi jawapan

    salah adalah tinggi iaitu 2.68 lantas menunjukkan para pelajar mengalami miskonsepsi

    tentang soalan ini. Pengkaji telah mengesan miskonsepsi tersebut iaitu:

    i. Miskonsepsi :Metabolit perantara yang terbentuk semasa tindak balas gelap

    adalah Piruvat.

    ii.

    Konsep Betul:Metabolit perantara yang terbentuk semasa tindak balas gelap

    adalah Ribulosa difosfat (RuBP).

    Di dalam tindak balas gelap C3, karbon dioksida akan menerima RuBP apabila kepekatan

    karbon dioksida di persekitaran kloroplas adalah tinggi. Tindak balas ini akan

    dimangkinkan oleh enzim Rubisco. Namun begitu, apabila kepekatan oksigen tinggi di

    dalam kloroplas, Rubisco cenderung untuk memangkinkan tindak balas RuBP dngan O2.

    apabila ini berlaku sebahagian daripada bahan metabolit di dalam kitar Calvin akan

    diuraikan kepada CO2 dan H2O. Proses ini dikenali sebagai fotorespirasi. Fotorespirasi

    tidak berlaku di dalam tumbuhan C4 kepekatan CO2 adalah sentiasa tinggi. Oleh itu

    penerangan ini menunjukkan bahawa RuBP merupakan metabolit perantara di dalam

    tindak balas gelap kerana bergantung kepada kepekatan CO2 dan O2 sebelum

    dimangkinkan oleh Rubisco untuk bertindak balas.

  • 5/21/2018 kajian

    54/67

    44

    Soalan 18:

    Soalan bernombor 18 ini menguji pengetahuan para pelajar tentang bahan kimia stabil

    yang terawal dihasilkan di dalam Kitar Calvin. Purata CRI bagi jawapan yang salah

    adalah tinggi iaitu 2.88. Berpandukan kepada Jadual 3.4, didapati nilai ini menunjukkan

    para pelajar mengalami miskonsepsi terhadap soalan ini. Ini disokong dengan nisbah bagi

    pelajar yang menjawab soalan dengan betul adalah rendah iaitu 0.39. Nisbah ini

    menunjukkan bahawa majoriti para pelajar yang menjawab dengan tepat dan betul adalah

    rendah dan kebanyakkan para pelajar telah mengalami miskonsepsi terhadap soalan ini.

    Miskonsepsi yang berjaya dikesan oleh pengkaji ialah:

    i.

    Miskonsepsi :Bahan kimia stabil yang terawal dibentuk dalam Kitar Calvin ialahG3P

    ii. Konsep Betul : Bahan kimia stabil yang terawal dibentuk dalam Kitar Calvin

    ialah PGA.

    Berdasarkan penerangan sebelum ini mengenai fasa Kitar Calvin, penerimaan karbon

    dioksida oleh Ribulosa Difosfat (5C) untuk menjadi satu sebatian 6C yang kurang stabil

    dan dengan cepat terurai menjadi 2 molekul fosfogliserat (3C) atau PGA. Kemudian,

    penurunan PGA kepada G3P oleh hidrogen daripada NADPH. Pada fasa ini, ATP akan

    diturunkan kepada ion fosfat dan didermakan kepada PGA untuk menjalani proses

    penurunan. Ini menunjukkan bahawa PGA adalah molekul terawal stabil yang dibentuk

    semasa proses penerimaan karbon dioksida dab bukannya G3P.

    5.3 Kekurangan pengetahuan

    Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan para pelajar mempunyai pengetahuan

    yang rendah terhadap topik mekanisme fotosintesis yang merangkumi tindak balas gelap

    dan tindak balas cahaya. Kekurangan pengetahuan yang timbul di dikalangan para pelajar

    berlaku kemungkinan disebabkan oleh pengetahuan sedia ada yang bercanggah dengan

    konsep sebenar. Novak et.al(1984) mempercayai simpanan konsep khas yang berkaitan

    adalah amat penting. Pelajar memperolehi konsep tertentu melalui kerangka tersusun

  • 5/21/2018 kajian

    55/67

    45

    secara berhirarki. Setiap satu atau gabungan beberapa kerangka membolehkan mereka

    memperolehi pemahaman daripada pengalaman baru. Jika pengetahuan sedia ada ini

    tiada, seseorang itu tidak dapat memperoleh konsep baru.

    Oleh itu, seseorang guru itu haruslah memberi respons terhadap idea yang diberi

    oleh setiap pelajar selagi tidak terpesong dari konsep sebenar dan juga harus mewujudkan

    pembelajaran bercorak ingin tahu di kalangan para pelajar di dalam kelas agar guru

    tersebut dapat mengesan miskonsepsi dan kekurangan pengetahuan yang timbul dan

    kemudian membimbing mereka ke konsep sains yang sebenar (Keogh dan Naylor, 1997).

    5.4 Cadangan

    Kajian ini terbatas kapada mekanisme fotosintesis sahaja yang merupakan subtopik bagi

    subjek fotosintesis Biologi Asas I. Segala dapatan kajian hanya benar untuk subtopik ini

    sahaja. Dapatan kajian ini juga terbatas kepada jumlah sampel sebanyak 80 orang.

    Pengkaji berpendapat penyelidikan yang dibuat memerlukan sampel yang lebih besar

    untuk memberi dapatan kajian yang lebih signifikan. Seterusnya, penyelidik

    mencadangkan bahawa kajian ini tidak tertumpu kepada pelajar major Biologi Tahun 2

    sahaja. Kajian yang sama boleh dilakukan untu