Kaedah fonik

2
KAEDAH FONIK Fonik adalah satu kaedah pengajaran membaca yang sentiasa mendapat perhatian. Kaedah ini menekankan bunyi huruf. Bunyi huruf konsonan ialah b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z. Manakala huruf vokal ialah a e i o u. Fonik adalah siri peraturan di mana kanak-kanak mengingat dan menggunakannya apabila bertemu dengan perkataan-perkataan baru. Kanak-kanak didedahkan dengan peraturan tertentu seperti menyebut huruf ‘u’ dengan bunyi u (muncungkan bibir) bukannya ‘yu’. Kemudian mereka diminta menyebut dan menulis ‘u’ berulang kali sehingga dapat menggabungkan huruf dan bunyi serentak. Kadangkala pengulangan bunyi perkataan tidak begitu menyeronokkan seperti ‘ali lari cari ubi.’ Walau bagaimanapun ia membuatkan kanak-kanak berikhtiar untuk mempraktikkan bacaan. Masalah paling utama dalam kaedah fonik ialah kanak-kanak yang sedang belajar mengingat dengan pendekatan fonik tidak berupaya mengaplikasi kaedah berkenaan apabila membaca bahan bercetak. Fonik mesti diajar dalam cara yang membenarkan kanak-kanak boleh menggunakannya sebaik sahaja diperkenalkan kepada mereka. Setiap kali

Transcript of Kaedah fonik

Page 1: Kaedah fonik

KAEDAH FONIK

Fonik adalah satu kaedah pengajaran membaca yang sentiasa mendapat

perhatian. Kaedah ini menekankan bunyi huruf.

Bunyi huruf konsonan ialah b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z. Manakala

huruf vokal ialah a e i o u.

Fonik adalah siri peraturan di mana kanak-kanak mengingat dan

menggunakannya apabila bertemu dengan perkataan-perkataan baru.

Kanak-kanak didedahkan dengan peraturan tertentu seperti menyebut

huruf ‘u’ dengan bunyi u (muncungkan bibir) bukannya ‘yu’. Kemudian mereka

diminta menyebut dan menulis ‘u’ berulang kali sehingga dapat

menggabungkan huruf dan bunyi serentak.

Kadangkala pengulangan bunyi perkataan tidak begitu menyeronokkan

seperti ‘ali lari cari ubi.’ Walau bagaimanapun ia membuatkan kanak-kanak

berikhtiar untuk mempraktikkan bacaan.

Masalah paling utama dalam kaedah fonik ialah kanak-kanak yang

sedang belajar mengingat dengan pendekatan fonik tidak berupaya

mengaplikasi kaedah berkenaan apabila membaca bahan bercetak.

Fonik mesti diajar dalam cara yang membenarkan kanak-kanak boleh

menggunakannya sebaik sahaja diperkenalkan kepada mereka. Setiap kali

Page 2: Kaedah fonik

bunyi baru diajar, mereka patut diberi bahan bacaan terpilih sebagai

pengukuhan.

Kanak-kanak tidak mampu membaca tanpa pengetahuan yang baik dalam

fonik. Jika mereka tahu peraturan-peraturan fonik, sudah pasti mereka dapat

membaca dengan lancar.