KAA3033 - TUGASAN 1
-
Upload
norelliana-liana -
Category
Documents
-
view
82 -
download
6
description
Transcript of KAA3033 - TUGASAN 1
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014 / 2015
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
TUGASAN 1
NAMA NO.MATRIK NO.TELEFON
NORELLIANA BINTI ABDUL RAZAK D20112055369 0124859369
NO KUMPULAN : UPSI01
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. NORDIN BIN MAMAT
1
PERMARKAHAN
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
2
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
1. PENGENALAN
Anak-anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan asuhan serta didikan yang
baik sejak kecil lagi. Seperti kata pepatah: melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu
anak-anak perlu diberikan didikan sejak kecil lagi agar menjadi anak soleh dan solehah,
berbakti dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya. Sehubungan dengan itu, didikan yang
terbaik adalah didikan yang benar-benar berpaksikan acuan al-quran itu sendiri.Sebuah
tadika yang memberi penekanan dalam dua bidang sekaligus antara agama dan akedemik
demi keseimbangan di dalam proses pendidikan anak-anak. Penubuhan tadika adalah untuk
memupuk nilai-nilai murni dan ilmu pengetahuan yang sejajar dengan tahap perkembangan
mereka agar terus bersinar demi menjadi insan berguna serta berwawasan dimasa hadapan. Ia
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan semua aspek perkembangan yang
menyeluruh seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Pelajaran. Semoga kanak-kanak
yang mendapat pendidikan dan akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani serta berketrampilan.
2. NAMA TADIKA : Cadangan nama tadika ialah Permataku Fariesya.. Diambil sempena nama anak yang
merupakan harta tidak ternilai. Faris adalah bermaksud panglima perang yang boleh
menjadi pemimpin dan esya bermaksud yang mulia. Nama ini tadika ini dapat
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
3. RASIONAL :
Rasional penubuhan prasekolah ini antaranya adalah untuk memenuhi keperluan
masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak. Selain adalah
menjadi hasrat dan cita-cita prasekolah ini untuk membina sebuah prasekolah yang
mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan.
3
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
a) Memberi pendidikan secara formal dan tidak formal bagi melatih kanak-kanak
berinteraksi dan berdikari
b) Menyediakan suasana yang selamat dan sihat bagi perkembangan jasmani, emosi. rohani.
intelek dan sosial.
c) Mendapat pendidikan seawal umur 4-6 tahun dan memupuk minat dan daya
perkembangan daya cipta serta sikap ingin tahu.
d) Membimbing kanak-kanak mendapat pendidikan Islam dengan sempurna
4. VISIMelahirkan kanak-kanak yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek
5. MISI
a) Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam aspek perkembangan
b) Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam menguasai kemahiran asas
c) Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam memupuk sikap positif
d) Menerapkan konsep Islam dalam diri kanak-kanak
6. LOKASI TADIKA
Tapak tadika ialah sebuah rumah teres 1 tingkat yang terletak di Taman Desa
Peladang. Tapak dan bangunan ini dibeli untuk membuka tadika yang beralamat No. 18,
Jalan Desa Peladang 2, Taman Desa Peladang, Titi Gantung, 32600 Bota, Perak.
Untuk sampai ke tadika ini, dari arah Seri Manjung selepas lampu isyarat di Gelung
Pepuyu terus melepasi jejantas dan belok kiri memasuki taman tersebut. Taman tersebut
terletak di sebelah kanan. (Pelan Lokasi disertakan dalam Lampiran 1).
Saya memilih lokasi tersebut kerana sebilangan besar penduduk di kawasan taman
tersebut suami isteri bekerja. Malah berhampiran dengan sekolah rendah dan sekolah
menengah. Pelbagai kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti balai polis, kedai,
stesyen minyak dan sebagainya.
4
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
7. CARTA ORGANISASI
5
PENGUSAHAPN. NORELLIANA BT ABDUL RAZAK
PENYELIAPN. SITI POZIYAH BT HAMIDUN
GURU 1PN. ZUBAIDAH BT TAJUL ARIFFIN
GURU 2PN. JANNAH BT MEOR TAJUDIN
GURU 3EN. MUHAMMAD FAIRUS B
ABDUL RAHMAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID 1PN. NUR FITRIAH BT OSEMAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID 2PN. NUR FARHANA BT ABDUL
RAHMAN
KERANICIK NUR ATHIRAH BT
ABDUL RAZAK
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
8. BIDANG TUGASA. Pengusaha / Penyelia
a) Menguruskan perlesenan tadika.b) Merancang & menyusun program / kurikulum tadika.c) Melengkapkan tadika dengan peralatan dan perabot yang bersesuaiand) Menyimpan rekod peralatan dan perabot dan membuat kiraan stok dari
masa ke semasa.e) Menyediakan barang dapur untuk kegunaan setiap hari di tadikaf) Mengambil pengasuh yang sesuai untuk mengasuh kanak-kanak di tadika.g) Menyediakan dan membayar gaji, KWSP dan PERKESO.h) Menjalankan semua perihal kewangan TASKA- belanjawan, akaun,
cukai,urusan bank dan lain-laini) Merancang program penglibatan ibubapa dan memastikan ianya
dilaksanakan.j) Mengambil berat tentang kemajuan setiap kanak-kanak
B. Gurua) Mengasuh dan membimbing kanak-kanakb) Mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan kondusifc) Mengawasi kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti di dalam dan di luar
kelasd) Merancang program dan aktiviti sepanjang tahune) Merekod kemajuan dan pencapaian murid
C. Pembantu Pengurusan Murida) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang
sesuaidengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid
prasekolah.
b) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan
murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa
murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
c) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa
menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat
melibatkan diri secara aktif.
6
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
d) Membantu guru dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran
e) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat
dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
f) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan,
peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
g) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang
lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan
menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
h) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan
pengajaran di dalam kelas.
D. Kerania) membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas
b) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan
c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan
tadika
d) menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan
kewangan
e) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima
untuk tadika
9. POLISI TADIKAa) Aspek keselamatan
Keselamatan merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian
dalam penubuhan sesebuah prasekolah. Keselamatan ini bukan sahaja melibatkan
soal keselamatan kanak-kanak tetapi ia juga melibatkan soal harta benda,
peralatan di dalam dan di luar bangunan serta semua yang berkaitan.
Sebelum mendapat kebenaran dan kelulusan terhadap penubuhan sesebuah
prasekolah, pihak pengurusan prasekolah berkenaan perlu menyediakan pelan
dalam dan luar dan pelan tersebut perlu disertakan di dalam kertas kerja serta
dihantar dan disemak oleh pihak bomba, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kerja
Raya dan lain-lain badan yang terlibat.
7
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
Merujuk kepada hasil temubual dan perbincangan antara kumpulan kami
dan pihak bomba, mereka telah menerangkan banyak aspek yang perlu kami
fikirkan berkaitan dengan keselamatan. Menurut pegawai di sana, sebelum pihak
bomba member kelulusan dan cadangan keselamatan, pihak pengurusan
prasekolah perlu menyediakan satu pelan yang lengkap supaya pihak bomba dapat
menyemak keluasan dan kesesuian bangunan dengan alat-alat keselamtan yang
akan mereka cadangkan kelak.
Setelah menghantar lukisan pelan dalam dan pelan luar tadika kami, pihak
bomba telah mencadangkan supaya kami mencari pembekal untuk mendapatkan
peralatan keselamatan yang sesuai. Pihak bomba tidak boleh membekalkan semua
peralatan kerana mereka tidak dibenarkan untuk berniaga sebaliknya mereka
hanya boleh membuat pengesahan dan penyeliaan . walaubagaimanapun, pihak
bomba sedia member bantuan dari segi khidmat nasihat dan mereka juga turut
member kerjasama dengan member kami maklumat dan nombor telefon beberapa
pembekal berhampiran Bota. Maklumat berkenaan sangat berguna dan membantu
kami.
Berdasarkan nasihat dari pihak bomba, kami telah menyediakan satu pelan
laluan keluar semasa berlaku kebakaran dan kecemasan. Kami menyediakan dua
pintu pagar untuk laluan keluar dan masuk iaitu di bahagian hadapan dan
belakang begitu juga dengan bangunan prasekolah kami. Bangunan kami
mempunyai satu pintu utama di hadapan dan juga satu lagi pintu di bahagian
belakang. Menurut pihak bomba, untuk mendapat kelulusan dari pihak bomba,
pihak pengurusan tadika perlu menyediakan pelan laluan kecemasan terlebih
dahulu dan pelan tersebut perlu mengandungi dua pintu untuk laluan keluar dan
masuk.
Aspek keselamatan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek utama iaitu
aspek bangunan, perabot dan peralatan, bahan bantu mengajar, bahan makanan,
jalan raya dan lalu lintas, serta aspek emosi kanak-kanak. Dari segi bangunan,
terdapat pelbagai perkara yang perlu di ambil. Antaranya seperti pemilihan jubin
lantai. Di tadika kami, kami memilih jubin yang sederhana kesat untuk
8
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
memastikan lantai kami tidak licin. Jubin jenis ini kami letakkan di bahagian bilik
pembelajaran, bilik penyediaan makanan, bilik aktiviti khas, dan ruang
pembelajaran terbuka. Di bahagian garaj dan tandas pula, kami memilih jubin
kesat kerana kedua-dua kawasan ini lebih kerap untuk terkena air.
Selain lantai, punca kuasa juga perlu dijaga. Kami memastikan setiap punca
kuasa mempunyai penutup bagi mengelakkan berlaku renjatan elektrik. Setiap
punca kuasa juga ditempatkan di ketinggian yang tidak mudah untuk dicapai oleh
kanak-kanak. Setiap punca kuaca diletakkan jauh dari sumber air demi menjaga
keselamatan tadika kami.
Sekeliling bangunan kami pula dilengkapi dengan tingkap-tingkap kaca
jenis gelongsor bagi membolehkan cahaya dan udara memasuki ruang bangunan
kami. Setiap tingkap dan pintu pula dipasang grill yang boleh dibuka dan dikunci
dari dalam bangunan. Grill jenis ini adalah cadangan dan saranan dari pihak
bomba kerana menurut pihak bomba, jika berlaku kebakaran, grill dari jenis tidak
boleh dibuka akan menyekat laluan kecemasan dan melambatkan proses
menyelamat. Dengan menggunakan grill seperti yang disarankan oleh pihak
bomba berkenaan, kami dapat mencegah dari berlakunya kecurian sekaligus dapat
membantu pihak bomba dan penyelamat menyelamatkan kanak-kanak dengan
lebih cepat.
Dari aspek perabot dan peralatan pula, kami memilih perabot dan
peralatan yang sesuai dengan saiz kanak-kanak, kukuh dan tegap, tidak tajam dan
berat, bebas selumbar, tidak mudah terbalik, bebas bahan kimia merbahaya, bebas
karat, memenuhi keperluan dan standard,serta susunannya tidak menghalang
pergerakan kanak-kanak. Selain itu, kami memilih perabot pelbagai warna
menarik supaya dapat menceriakan kelas kami.
Dari aspek bahan bantu mengajar, kami memilih bahan-bahan yang
sesuai dengan saiz dan keperluan kanak-kanak. Setiap bahan disimpan ditempat
yang selamat dan dilabelkan. Selain itu, bahan basah dan kering juga di simpan di
tempat berasingan bagi mengekalkan kualiti bahan dan memudahkan pengurusan
bahan tersebut
9
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
Dari aspek bahan makanan pula, kami menyediakan tempat menyimpan
bahan makanan di bilik penyediaan makanan. Bahan kering di simpan di dalam
cabinet dapur manakala bahan basah di simpan dalam peti ais. Bahan kering
dibeli secara borong sebulan sekali manakala bahan bsah pula dibeli secara
mingguan bagi memastikan kesegaran makanan tersebut sekaligus mengelakkan
keracunan makanan.
Beralih kepada aspek jalan raya dan lalu lintas pula, kami menetapkan satu
peraturan supaya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak perlu menunggu dan
mengambil anak masing-masing di dalam kawasan sekolah. Mereka tidak
dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan di dalamkawasan sekolah
mahupun di hadapan pintu pagar utama prasekolah. Kanak-kanak hanya
dibenarkan pulang setelah diambil sendiri oleh ibu bapa dan penjaga mereka.
Akhir sekali ialah dari segi aspek keselamatan emosi. Walaupun tidak
dapat di lihat secara luaran, kami tetap menitik beratkan aspek ini kerana tanpa
emosi yang stabil, adalah mustahil untuk kanak-kanak itu belajar dengan selesa
dan mudah. Untuk memastikan keselamatan emosi kanak-kanak di tadika kami,
kami memilih bahan pengajaran yang sesuai dengan kehendak, minat dan
keperluan mereka. Kami turut mengaitkan pengajaran kami dengan isu-isu semasa
yang tidak terlalu berat dan tidak sensitif.
Selain itu, kami juga menyediakan peralatan bagi mencegah dan memadam
kebakaran seperti alat pemadam api, sprinkler di syiling, pengesan asap dan haba
serta pelan laluan kecemasan. Setiap tiga bulan, pihak bomba dan penyelamat
akan dating untuk memeriksa alat-alat berkenaan dan setiap tahun, pihak bomba
juga akan mengadakan ceramah kebakaran untuk kanak-kanak dan ibu bapa serta
di ikuti dengan latihan kebakaran buat untuk melatih kanak-kanak.
b) Aspek kebersihan
Dari aspek kebersihan, kami membuat keputusan untuk mengupah pekerja
kontrak bagi membersihkan dan menyelenggara kawasan luar bangunan
prasekolah kami manakala bagi bahagian dalam bangunan, kami akan bergilir-
gilir sesame kami dalam menyelenggara, mengurus dan membersihkan bangunan
10
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
kami. Kami juga berhasrat untuk melibatkan ibu bapa pada hujung minggu
tertentu setiap bulan untuk membantu kami membersihkan kawasan sekolah dan
menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pembelajaran anak-anak
mereka. Walaupun tadika ini mempunyai pembantu tadika tetapi semua guru dan
kakitangan perlu membersihkan tadika ini.
i. Memastikan kemudahan dan peralatan di dalam tadika sentiasa dalam
keadaan teratur.
ii. Memastikan peralatan dapur dan makanan disediakan dengan
menitikberatkan kebersihan.
iii. Kawasan tadika perlulah dibersihkan selalu.
iv. Tandas perlulah dicuci setiap hari.
v. Longkang ditutup supaya bersih dan terjaga.
vi. Memastikan tiada takungan air di sekitar kawasan tadika
10. STRATEGI PEMASARAN Perancangan pemasaran pula melibatkan aspek pasaran, persaingan, analisis
pasaran dan strategi pemasaran. Pasaran ialah mengambil kira faktor sasaran pelanggan
dan permintaan pasaran iaitu keperluan ibubapa dalam memberi pendidikan dan
pengasuhan kepada anak-anak mereka. Persaingan melibatkan saingan daripada tadika
lain seperti lokasi penubuhan. Adakah lokasi tersebut sudah mempunyai banyak pusat
taska atau tadika. Dengan itu, analisis pasaran sangat perlu kerana untuk membuat
perbandingan antara satu sama lain. Oleh itu tadika yang ditubuhkan mestilah
mempunyai kelebihan dan kemudahan yang lebih baik daripada tadika yang sedia ada.
Strategi pemasaran melibatkan kaedah mempromosikan tadika seperti melalui laman
sesawang, banner, brosur, iklan dan sebagainya. Penubuhan taska dan tadika memerlukan
perancangan pemasaran yang baik kerana bertujuan mempromosikan sesuatu taska dan
tadika yang ditubuhkan agar diketahui oleh masyarakat sekeliling.
11
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
11. BAJET PERMULAAN
- Rujuk pada lampiran 2
12. KURIKULUM DAN JADUAL
- Rujuk pada lampiran 3
13. MENU HARIAN
- Rujuk pada lampiran 4
14. PENUTUP
Rasional penubuhan Tadika Permataku Farisesya ini adalah untuk memenuhi
keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak . Selain
dari hasrat dan cita-cita Tadika Permataku Farisesya ingin membina sebuah tadika yang
mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri dan ketrampilan .
Tadika ini juga berhasrat dari segi pembelajaran memberi kanak-kanak
pengalaman dalam interaksi dan sosial yang luas dan berkembang dengan kreatif dan
inovatif. Tadika Permataku Farisesya juga ingin menghasilkan kanak-kanak yang
mempunyai sikap mesra masyarakat melalui usahasama penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran kanak-kanak.
Penubuhan Tadika ini juga bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam
menyediakan anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan.Suasana yang
stimulatif diharap dapat membekalkan anak-anak dari aspek akademik, sosial dan akhlak.
12
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
LAMPIRAN 1
DARI SERI MANJUNG
SMK BENDANG LONDANG
STESYEN MINYAK PETRONAS
GELUNG PEPUYU
TAMAN INDERA BARAT
BALAI POLIS
TAMAN INDERA
SK TITI GANTUNG KLINIK 1 MALAYSIA
KEDAI
TAMAN DESA PELADANG
INSTITUT PERTANIAN
TADIKA PERMATAKU FARISESYA
KE IPOH
13
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
LAMPIRAN 2
ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN
PENDAPATAN1 Modal permulaan RM 20,000.002 Yuran pendaftaran RM30 X 25 RM 750.003 Yuran Bulanan RM 250 X 11 X 25 RM 68, 750.004 Bayaran Buku Kerja RM 200 X 25 RM 5,000.005 Bayaran Alatan tulis RM 70 X 25 RM 1,750.006 Bayaran Uniform RM 44 X 25 RM 1,100.00
JUMLAH RM97,350.00
PERBELANJAAN1) Peralatan/perabot
i) Meja pelajar
- Bulat
- Segiempat
ii) Kerusi pelajar
- Metal chair
street back
iii) Meja komputer
pelajar
iv) Kerusi meja guru
v) Kerusi meja
pejabat
vi) Katil – easy
(RM 285 x 8)
(RM 190 X 12)
(RM 40 X 30)
(Rm 295 x 2)
RM 2,280.00
RM 2,280.00
RM 1,200.00
RM 590.00
RM 630.00
RM 540.00
14
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
stack cot
vii) Manipulatif
storage
(20 Baket)
viii) Manipulatif
Cubby Shelf
ix) Manipulatif
Storage Shelf
x) White board
(double side)
RM 180.00
RM 525.00
RM 490.00
RM 490.00
RM 329.00
RM 9,534.00
2) Taman Permainan
- Playhouse
Climber
- Triorocer
- Jongkang-
jongkit
RM 10,000
3) Kos binaan dan upah
Gazebo
RM 3,000
4) Staf
i) Guru-guru
ii) Kerani
iii) Pembantu
(RM 2200 X 3 )
(RM 1000 X 1 )
(RM 1000 x 2 )
RM 6600
RM 1000RM 2,000
15
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
pengurusan
murid
5) Epf/insurans RM 4,600
6) Bayaran buku kerja (RM 150 X 25) RM 3,750
7) Bayaran alatan tulis (RM 50 X 25) RM 1,250
8) Makan / minum (RM 50 X 25) RM 1,250
9) Uniform (RM 30 X 25) RM 750
10) Aktiviti
i) Keraian
ii) Sukan dan
permainan
(RM 100 X 12)
RM 1,200
11) Api / air / telefon (RM 150 X 12) RM 1,800
12) Kos membaikpulih
bangunan
RM 1,000
JUMLAH RM 46,484
LAMPIRAN 3
16
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
KURIKULUM
KOMPONEN : BAHASA DAN KOMUNIKASI
MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA.
A. MATLAMAT
1. Mengenali, menyebut dan menulis huruf-huruf abjad.
2. Boleh menerima dan melakukan arahan.
3. boleh berhubung dengan ibu bapa dan kawan-kawan dengan komunikasi yang baik.
B. SUKATAN PELAJARAN
a) LISAN :-
1. Membiasakan murid-murid dengan lafaz yang baik, seperti :
Assalamualaikum
Apa Khabar
Terima Kasih
2. Membezakan bunyi-bunyi :
Binatang
Kenderaan
Orang menangis.
3. Menamakan benda-benda maujud.
4. Menerangkan bentuk-bentuk asas, warna dan saiz.
5. Melakukan sesuatu permintaan yang mudah dengan bahasa yang betul
dan tepat.
17
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
b) BACAAN
1. Mengkelaskan benda-benda mengikut kumpulan dari segi saiz dan warna.
2. Menyusun benda-benda mengikut urutan – dari benda yang kecil kepada besar, rendah
kepada tinggi.
3. Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama.
4. Mengenal huruf-huruf mengikut bentuk yang seakan-akan sama.
Contoh : b dan d, p dan q
5. Membunyikan suku kata-suku kata terbuka.
6. Membatang perkataan.
c) TULISAN
1. Latihan pergerakan tangan.
2. Menguasai pergerakan tangan secara bebas supaya bleh menulis dengan selesa dan
sempurna.
3. Latihan mata – dari kiri ke kanan / atas ke bawah.
4. Koordinasi mata dan tangan.
5. Menekap huruf-huruf yang diajar.
6. Menulis bentuk-bentuk huruf.
7. Menulis suku kata.
8. Menulis perkataan mudah.
KOMPONEN : PERKEMBANGAN KOGNITIF
18
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
MATA PELAJARAN : MATEMATIK
A. MATLAMAT
1. Memberi pengalaman kepada murid-murid mengenai konsep angka berasaskan
pengalaman harian.
2. Membolehkan murid-murid mendapat pengalaman mengenai persekitaran mereka
dan hubungannya dengan angka.
3. Membolehkan murid-murid mengenal bentuk-bentuk dalam matematik
berasaskan pengalaman harian.
B. SUKATAN PELAJARAN
1. Pengalaman warna-warna asas.
2. Pengalaman set (himpunan).
3. Mengenal 1-10 (termasuk menulis angka-angka tersebut).
4. Mengenal bentuk-bentuk geometri.
5. Konsep saiz dan ukuran.
6. Konsep siri.
7. Konsep nilai.
8. Konsep tambah atau tolak dengan nilai 1-10.
C. PELAKSANAAN
1. Menggunakan kad-kad warna asas dalam mengenalkan warna-warna, seterusnya
benda-benda di sekeliling yang selalu digunakan.
2. Latihan mewarna / membulatkan benda-benda di sekeliling yang selalu
digunakan.
19
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
3. Menyediakan benda-benda yang sama jenis – untuk konsep pengajaran himpunan
set.
4. Mengajar saiz : besar, kecil, panjang, pendek, tinggi dan rendah.
5. Mengajar konsep nilai dengan menunjukkan kad-kad imbasan yang mempunyai
nilai-nilai tertentu.
6. Mengajar konsep tambah dan tolak dengan cara menggunakan benda-benda
maujud dan kad-kad angka.
KOMPONEN : PERKEMBANGAN KOGNITIF
MATA PELAJARAN : ASAS SAINS.
A. MATLAMAT.
1. Memperkenalkan konsep sains dan fungsinya dalam alam sekitar dan ‘man-made-
environment’.
2. Memperkenalkan konsep membesar.
3. Memperkenalkan konsep panas, sejuk, kering basah dan alam sekitar.
4. Memperkenalkan tempat tinggal manusia dan haiwan.
5. Memperkenalkan makanan manusia.
B. SUKATAN PELAJARAN.
1. Kecil dan besar dalam alam sekitar (bumi, langit, air, tanah dan sebagainya) dan
‘man-made-environment’.
2. Prinsip membesar.
3. Panas, sejuk, kering dan basah.
4. Tempat tinggal manusia, haiwan dan perbezaan-perbezaannya.
5. Makanan manusia – jenis-jenis makanan, proses pemakanan.
C. PELAKSANAAN.
20
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
1. Gunakan alam sekitar prasekolah untuk menerangkan konsep saiz atau gambar-
gambar benda hidup yang berbeza saiz.
2. Prinsip membesar – tumbesaran biji benih (melalui ujikaji).
3. Panas dan sejuk – gunakan ais dan air. Gunakan jangkasuhu untuk melihat
perbezaan suhu.
4. Cuaca – gambar-gambar di musim panas, kering dan atau hujan dan terangkan
aktiviti-aktiviti di musim-musim yang tertentu ini.
5. Gunakan gambar-gambar untuk menerangkan tempat-tempat tinggal manusia
berbagai-bagai jenis tempat tinggal.
6. Makanan – bahagikan makanan yang boleh didapati dari binatang dan dari
tumbuhan.
KOMPONEN : KREATIVITI DAN ESTETIKA
MATA PELAJARAN : SENI VISUAL
A. MATLAMAT
1. Agar murid-murid dapat melibatkan diri, pemikiran dan daya kreatif untuk satu-
satu ciptaan Allah yang berfaedah serta menambahkan ketajaman pengamatan dan
meningkatkan daya koordinasi antara mata dan tangan yang bak untuk
menghasilkan karya seni.
B. SUKATAN PELAJARAN
1. Lukisan
2. Catan
3. Kolaj
4. Cetakan
5. Capan
6. Muzik
21
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
7. Lipatan dan guntingan
8. Lipatan dan celupan
9. Main pondok-pondok
C. PELAKSANAAN
1. Teknik yang digunakan untuk pengajaran adalah mengikut daya kreativiti guru-
guru.
KOMPONEN : BAHASA DAN KOMUNIKASI
MATA PELAJARAN : BAHASA INGGERIS.
A. MATLAMAT
Memperkenalkan dan mengajar asas Bahasa Inggeris.
B. SUKATAN PELAJARAN.
1. Mengenal diri sendiri – nama, jantina, umur dan anggota badan.
2. Mengenal warna-warna asas.
3. Mengenal angka 1-10 dalam Bahasa Inggeris.
4. Mengenal konsep saiz dan perbezaannya.
5. Konsep masa.
C. PELAKSANAAN.
1. Dalam mata pelajaran ini, guru boleh menggunakan teknik :
i. Lisan.
ii. Kad-kad imbasan atau benda-benda di sekeliling prasekolah.
22
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
iii. Slide show.
iv. Lakonan.
2. Teknik yang digunakan bergantung kepada kebolehan murid-murid sama ada
cepat atau lambat menerima pengajaran.
KOMPONEN : PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
A. MATLAMAT
1. Membekalkan murid dengan pengetahuan asas Islam dalam agama yang
merangkumi ilmu Tauhid, Fiqah, Tasawwuf dan Sejarah Islam.
2. Menanamkan rasa cinta dan taat kepada Allah serta mewujudkan rasa hubungan
langsung dengan-Nya dalam setiap perlakuan di dunia.
3. Memahamkan murid akan hubungan manusia dan alam dengan Pencipta serta
kaitan kehidupan di dunia dengan akhirat.
4. Membina peribadi mukmin yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia
dan beramal soleh kerana Allah semata-mata.
5. Memastikan murid mengamalkan adab-adab serta cara hidup Islam yang syumul
dengan mengambilnya dari sumber-sumber Islam, terutama Al-Quran dan Al-
Hadis.
6. Menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad melalui penceritaan
riwayat hidup dan sifat-sifat baginda yang terpuji.
7. Menjadikan Nabi Muhammad dan sunnah baginda sebagai model untuk diteladani
dalam segenap aspek kehidupan.
B. SUKATAN PELAJARAN
23
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
1. Aqidah (merangkumi Rukun Iman dan Rukun Islam)
2. Ibadah
3. Akhlak
4. Sirah
C. PELAKSANAAN
1. Guru membacakan serta menerangkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis
Rasulullah yang berkaitan dengan pelajaran Aqidah, Ibadah, Akhlak dan Sirah.
2. Guru mengajar dan melatih murid melakukan ibadah-ibadah khusus dan sunat
dalam Islam, secara individu dan kumpulan.
3. Murid mempraktikkan cara berwudhuk dengan sempurna dan solat secara
berjemaah.
4. Murid berlatih membaca doa-doa tertentu selepas solat, wirid/zikir dan doa-doa
harian sehingga lancar, secara individu dan secara beramai-ramai.
5. Guru menjelaskan sifat-sifat Allah swt, sifat-sifat Rasul dan perkara-perkara
sam’iyyat menerusi cerita-cerita yang bersesuain dengan tahap murid.
6. Murid menghafal Rukun Iman, Rukun Islam, 99 nama Allah swt, nama-nama 25
Rasul, sifat-sifat Allah dan sebagainya melalui nasyid yang diajar oleh guru.
7. Guru menceritakan riwayat hidup Rasulullah dan sifat-sifat terpuji baginda yang
patut diamalkan oleh setiap muslim.
8. Guru mendidik murid berakhlak mulia dengan menerangkan adab-adab dalam
Islam, sifat-sifat mahmudah dan mazmumah melalui contoh-contoh khusus,
gambar-gambar, cerita-cerita agama dan kisah-kisah teladan yang menarik.
9. Murid-murid melakonkan watak-watak yang bersifat mahmudah atau mazmumah
dengan bimbingan guru (main peranan).
10. Guru dan murid sama-sama mempraktikkan sunnah Nabi/cara hidup Islam
sekadar termampu.
11. Guru menguji kefahaman dan ingatan murid menerusi sesi soal jawab dan
pelbagai latihan.
24
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
KURIKULUM TAMBAHAN.
MATA PELAJARAN : ASUHAN MEMBACA AL-QURAN
A. MATLAMAT
Untuk memperkenalkan semua huruf-huruf hijaiyah, bentuk huruf dan sebutannya dan
persediaan untuk membaca Al-Quran.
B. SUKATAN PELAJARAN
Pembacaan menggunakan kaedah Iqra’ dari Buku 1 – Buku 6.
C. PELAKSANAAN.
1. Murid-murid dikumpulkan dalam kumpulan lebih kecil dengan nisbah guru : murid
maksima 1 : 5.
2. Murid-murid dibekalkan dengan buku-buku Iqra’ 1-6.
3. Pembacaan dimulakan dengan buku 1 dan seterusnya 2, 3, 4, 5 dan 6 mengikut
kemahiran.
4. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad imbasan atau kemudahan
ICT. Tulisan-tulisan yang besar dan jelas digunakan.
5. Aktiviti-aktiviti menambahkan kemahiran seperti penulisan dan menggunakan
‘plastisin’ bagi membentuk huruf-huruf.
MATA PELAJARAN : HAFALAN MUQADDAM.
A. MATLAMAT
25
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
1. Untuk mengajar murid-murid menghafal surah-surah pendek yang terkandung dalam
Al-Quran.
2. Menanam rasa cinta kepada Al-Quran melalui tanggungjawab membaca dan
menghafal.
B. SUKATAN PELAJARAN
1. Menghafal surah Al-Fatihah.
2. Menghafal dari awal surah iaitu Surah An-Nas, untuk yang selanjutnya
mengikut kemampuan hafalan mereka.
C. PELAKSANAAN.
1. Murid-murid dibekalkan dengan Muqaddam setiap seorang.
2. Guru membaca dan murid-murid mengikut bacaan guru. Setelah seorang murid telah
lancar bacaannya, barulah dipindahkan ke surah yang baru.
3. Guru menyemak bacaan murid dan hafalan setiap daripada mereka supaya bacaan dan
hafalan murid-murid adalah lancar dan tartil.
4. Tafsir ringkas untuk surah-surah yang diajar dan dihafal.
MATA PELAJARAN : KEUSAHAWANAN
A. MATLAMAT
26
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
1. Untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada asas-asas keusahawanan.
2. Menanam rasa minat dan cinta kanak-kanak kepada bidang keusahawanan.
3. Menanam minat kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik melalui aktiviti
berjual beli.
4. Memupuk nilai jujur dan amanah dalam menjalankan urusan jual beli.
B. SUKATAN PELAJARAN
1. Memperkenalkan kanak-kanak kepada mata wang yang digunakan di
Malaysia terlebih dahulu.
2. Mengajar kepada kanak-kanak tentang konsep keusahawanan.
3. Memperkenalkan perkara-perkara yang terlibat di dalam bidang keusahawanan
seperti pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran.
C. PELAKSANAAN.
1. Kanak-kanak diperkenalkan dengan mata wang yang digunakan di Malaysia terlebih
dahulu.
2. Kanak-kanak diberi peluang untuk menghasilkan sendiri barangan yang akan di
pasarkan.
3. Seterusnya kanak-kanak akan di ajar tentang proses pembungkusan diikuti dengan
proses pemasaran barangan.
4. Aspek kebersihan dan keselamatan turut diselitkan.
27
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
JADUAL
MASA
HARI
7.30-7.40
10 MIN 7.40-8.00
20 MIN
8.00-8.40
40 MIN
8.40-9.00
20 MIN
9.-00-9.30
30 MIN
9.30-10.00
30 MIN
10.00-10.30
30 MIN10.30-11.00
30 MIN
11.00-11.20
20 MIN
11.20-11.30
10 MIN
ISNIN R PERBUALAN
PAGI
BI
(THEME)
(Fizikal-Kesihatan)
BI
(THEME)
(KE)Muzik
BM
(ASAS)
BI
(THEME)
(Kemanusiaan)
R
BI
(THEME)
(Sains &
Teknologi)
MATEMATIK
AKTIVITI
PENUTUP
SELASA U PERBUALAN
PAGI
PENDIDIKAN
ISLAM
BI
(THEME)
(Sains& Teknologi)
BM
(TEMA)
(KE)Muzik
E BI
(BASIC)
BI
(THEME)
(Kemanusiaan)
AKTIVITI
PENUTUP
RABU T CIRCLE TIME
(BI)
OUTDOOR MATH
ACTIVITY
BI
(BASIC)
BI
(THEME)
Sains&Teknologi
H BI
(THEME)
(KE)Seni
BI
(THEME)
(Sosioemosi)
CLOSING
KHAMIS I PERBUALAN AKTIVITI LUAR
BM BM BM A BM BM AKTIVITI
28
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
PAGI (TEMA)
(Sosioemosi)
(TEMA)
(KE)Muzik
(ASAS) (ASAS) (TEMA)
(KE)Seni
PENUTUP
JUMAAT N CIRCLE TIME
(BI)
BI BI
(BASIC) (THEME)
(KE) Seni
PENDIDIKAN
ISLAM
T
BI
(THEME)
(Kemanusiaan)
BI
(THEME)
(Fizikal-Kesihatan)
CLOSING
29
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
LAMPIRAN 4
MENU HARIAN
SARAPAN PAGI.
SET 1
HARI MENU RAMUAN UTAMAKANDUNGAN
NUTRISI
ISNIN Bubur Daging + air
teh’o
Beras, daging, sayur sawi,
kentang, bawang, gula, garam
dan teh.
Bubur: Karbohidrat
Daging:Protein
Sawi: Vitamin
Kentang:
Karbohidrat
Gula & garam:
Lemak
SELASA Sandwic Telur, salad
+ air susu
Roti, telur, salad, timun, tomato,
lobak, mayonis dan susu.
Roti: Karbohidrat
Telur: Protein
Salad, timun, tamato:
Vitamin
Mayonis: Lemak
Susu: Kalsium
RABU Nasi Goreng + air
milo
Beras, ayam tanpa lemak, sayur
campur, timun, milo dan susu.
Nasi: Karbohidrat
30
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
Ayam: Protein
Sayur campur dan
timun: vitamin
Milo (bijirin):
Karbohidrat
Susu: Kalsium
KHAMIS Roti Bakar, kacang
panggang, telur mata
kerbau+ air horlick
Roti, kacang panggang, telur,
salad, horlick dan susu.
Roti: Karbohidrat
Kacang panggang,
telur: Protein
Salad: vitamin
Horlick (bijirin):
Karbohidrat
Susu: Kalsium
JUMAAT Pau ayam + air susu Pau, ayam, kentang, lobak dan
susu.
Pau, kentang:
Karbohidrat
Ayam: protein
Lobak: Vitamin
Susu: Kalsium
31
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
SET 2
HARI MENU RAMUAN UTAMAKANDUNGAN
NUTRISI
ISNIN Ban tuna + air susu Roti bun, sardin, salad, timun,
tomato dan susu.
Roti:Karbohidrat
Sardin: Protein
Salad & timun:
Vitamin
Susu: Kalsium
SELASA Mee Hoon Goreng +
air teh’o
Mee Hoon, daging, sawi, lobak,
teh dan gula.
Mee Hoon:
Karbohidrat
Daging: Protein
Sawi, lobak: Vitamin
Gula: Lemak
RABU Lempeng pisang + air
horlick
Tepung, susu, telur, pisang, dan
horlick.
Lempeng:
Karbohidrat
Susu: Kalsium
Pisang: Vitamin
Telur: Protein
Horlick (bijirin):
karbohidrat
32
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
KHAMIS Mee Sup + air ribena Mee, ayam, kentang, kubis, daun
sup, jus ribena.
Mee, kentang:
Karbohidrat
Ayam: Protein
Kubis, daun sup:
vitamin
Ribena: Vitamin,
lemak.
JUMAAT Tauhu sumbat, sos +
air milo.
Tauhu basah, timun, ayam, sos,
tomato,timun, milo dan susu.
Tauhu (soya), ayam:
protein
Timun, tomato:
Vitamin
Sos: Lemak
Milo (bijirin):
karbohidrat
Susu: Lemak
SET 3
HARI MENU RAMUAN UTAMAKANDUNGAN
NUTRISI
ISNIN Mee Goreng + air
glukosa oren
Mee, taugeh, sawi, ayam,
bawang, glukosa oren.
Mee: Karbohidrat
Taugeh, sawi:
Vitamin
33
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
Ayam: Protein
SELASA Sandwic tuna + air
horlick.
Roti, salad, timun, tuna,
mayonis, sos, horlick dan susu.
Roti: Karbohidrat
Salad, timun:
Vitamin
Tuna: Protein
Sos, mayonis: Lemak
Susu: Kalsium
RABU Bijirin sarapan + air
susu
Bijirin sarapan dan susu. Bijirin sarapan:
Karbohidrat
Susu: Kalsium
KHAMIS Pengat pisang + air
milo
Pisang, sagu, milo dan susu. Pisang: Vitamin
Susu: Kalsium
Milo: Karbohidrat
JUMAAT Roti Bakar, telur
separuh masak + air
susu
Roti, kaya, telur dan susu. Roti: Karbohidrat
Kaya: Lemak
Telur: Protein
Susu: Kalsium
SET 4
34
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
HARI MENU RAMUAN UTAMAKANDUNGAN
NUTRISI
ISNIN Apam kukus + air
horlick
Tepung, telur, ragi, horlick dan
susu.
Apam: Karbohidrat
Telur: Protein
Horlick: Bijirin
Susu: Kalsium
ISELAS
A
Tosai, kari ayam + air
susu
Tepung, kari, telur, kentang,
tomato, bendi,ayam dan susu.
Tosai, kentang:
Karbohidrat
Susu: Kalsium
Ayam, telur: Protein
Bendi, tomato:
Vitamin
RABU Kwey teow goreng +
air teh
Kwey teow, daging, ikan bilis,
sawi, timun, tomato dan teh.
Kwey teow:
Karbohidrat
Daging: Protein
Ikan bilis: Iodin
Sawi, timun, tomato:
Vitamin
KHAMIS Popiah basah + air
glukosa lemon
Kulit popiah, taugeh, lobak,
sengkuang dan glukos.
Popiah: Karbohidrat
Taugeh, lobak,
sengkuang: Vitamin
35
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
Glukos: Vitamin
JUMAAT Pau daging + air milo Pau daging,kentang, lobak,
kacang pic, milo dan susu.
Pau, kentang:
Karbohidrat.
Lobak, kacang pic:
Vitamin
Milo: Karbohidrat
Susu: Kalsium
KUDAPAN.
SET1
HARIMENU
ISNIN Epal merah ½ biji + air masak
SELASA Oren ½ biji + air masak
RABU Betik ½ biji + air masak
KHAMIS Mangga 3 potong + air masak
36
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
JUMAAT Tembikai 3 potong + air
SET2
HARIMENU
ISNIN Pisang 1biji + air masak
SELASA Epal hijau½ biji + air masak
RABU Belimbing 3 potong + air masak
KHAMIS Limau 1 biji + air masak
JUMAAT Lai ½ biji + air
MAKAN TENGAHARI.
37
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
SET1
HARI MENU RAMUAN UTAMA KANDUNGAN
NUTRISI
ISNIN Nasi + ayam masak
kicap + sayur sawi
goreng + air sirap
Beras, ayam, kicap, bawang,
sawi, dan kordial sirap.
Nasi: Karbohidrat
Ayam: Protein
Sawi: Vitamin
Kordial Sirap: Gula
SELAS
A
Nasi + sup daging,
lobak merah dan
kentang + air ribena
Beras, daging, bawang, daun
sup, kentang, lobak dan kordial
ribena.
Nasi, karbhidrat:
Karbohidrat
Daging: Protein
Daun sup, bawang,
lobak: Vitamin
Kordial Ribena: Gula
RABU Nasi + ikan masak
masam manis + sayur
lemak taugeh + air
oren
Beras, ikan kembung, sos,
tomato, cili besar, taugeh, susu,
bawang, taugeh, susu, kordial
oren.
Nasi: Karbohidrat
Ikan kembung:
Protein
Cili, tomato,taugeh:
Vitamin
38
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
Kordial oren, sos:
Gula, lemak
Susu: Kalsium
SET2
HARI MENU RAMUAN UTAMA KANDUNGAN
NUTRISI
KHAMIS Nasi ayam + air sarsi Beras, bawang, rempah ratus,
daun sup, ayam, halia, timun,
salad dan kordial sarsi.
Nasi: Karbohidrat
Ayam: Protein
Bawang, daun sup,
salad, timun: Vitamin
Kordial Sarsi: Gula
JUMAAT Nasi + kurma ayam +
sayur kubis goreng +
air barli
Beras, ayam,serbuk kurma,
rempah ratus, susu, kubis,
bawang, ikan bilis dan kordial
barli.
Nasi: Karbohidrat
Ayam: Protein
Kubis, bawang:
Vitamin
Kordial Barli: Gula
Ikan bilis: Iodin
39
KAA 3033 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNovember 15, 2014
Susu: Kalsium
ISNIN Nasi + kari daging
+sayur kangkung
goreng + air mangga
Beras, daging, rempah ratus,
serbuk kari, bawang, kangkung,
dan kordial mangga.
Nasi: Karbohidrat
Daging: Protein
Kangkung: Vitamin
Kordial Mangga:
Gula
40