Bahasa Non Verbal Dalam Komunikasi Oleh: Nani N. Sarah Abstrak
K A N D U N G A N - · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era...
Transcript of K A N D U N G A N - · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era...
K A N D U N G A N
Wacana Penyelaras Editor Mauludiah Haji Md. Yusof
Perlambangan Diftong Haji Alipudin Omarkandi
Tetikus Datin Hajah Kamisah Haji Rahmat
Siapa Cerdas dan Cergas Apa Bezanya Punggung dan Belakang Kamsiah Kassim
Biar Betul...! Noraini Hasan
Garis Panduan Asas Pembentukan Istilah Mohd. Norshah Shahrul Mazlan
Mari Belajar Bahasa Arab Hardi Mahdeli
Kata MajmukTulisan Jawi Mutakhir Mauludiah Haji Md. Yusof
Pemangku PengarahHajahAminahHajiMomin
Ketua EditorMoksinDurahim
Penyelaras EditorMauludiahHajiMd.Yusof
Penolong Penyelaras EditorNornazrahwatiHajiAbd.Rahman
EditorSurainiSuhaimi
HajahZainabHajiMatDaudKhartiniMohd.Hamir
Ketua BahagianPenerbitan dan Pemasaran
HajiZainalArifinBegawanPehinKhatibDatoPadukaHajiSirat
Ketua BahagianSeni Lukis dan Reka Bentuk
dan Seni FotoAbdulMalekHajiMetarsat
Penyelaras Reka BentukSaitHajiJali
Penyelaras Atur HurufHajahRamlahHajiAbd.Rahman
HajahNorfulziahHajiIsmail
RIAK BAHASA,terbitanDewanBahasadanPustaka,Negara
BruneiDarussalam.DikelolakanolehBahagianPembinaan
danPengembanganBahasa.Diterbitkanduakeluaransetiap
tahun,mulaiJanuari–JundanJulai–Disember.Mengandungi
beritakebahasaanuntukdikongsikankepadasemuapembaca.
iii
1
4
8
10
14
12
16
Riak Bahasa
Julai–Disember2009Bil.9
19
6
Riak Bahasa Bil. 9.indd 1 6/2/09 3:40:02 PM
Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Lapangan Terbang LamaBerakas BB3510
Negara Brunei Darussalam
© Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei 2009
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam.
Atur Huruf olehDewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam
Dicetak olehPencetak Asia, Negara Brunei Darussalam
Syarikat Percetakan dan Perniagaan Processta, Negara Brunei Darussalam
Riak Bahasa Bil. 9.indd 2 6/2/09 3:40:02 PM
iii
DAri SemeNjAK bahasa melayu itu dituturkan oleh penutur-penuturnya hingga bahasa tersebut tersebar luas menjadi bahasa lingua franca, dan kini jumlah penutur bahasa melayu telah mencecah 300 juta penutur, dan ditempatkan di tingkat keempat sebagai bahasa terbesar di dunia antarabangsa. menyelusuri catatan sejarah bahasa melayu tersebut seperti yang dicatatkan oleh para pengkaji bahasa bahawa bahasa melayu semenjak awal penemuannya terus berkembang dan terserap dalam kelompok atau golongan masyarakat dunia, dan tidak dapat dinafikan bahasa melayu itu turut menerima perubahan. Waimapun demikian ciri-ciri utama bahasa melayu masih dapat dikenali misalannya melalui keselarasan huruf vokal “u – i” bahasa melayu kuno, contohnya perkataan “mudik” dan “tuwi” begitu juga imbuhan “ma” menjadi “ber” dalam bahasa melayu kuno seperti “marlapas” menjadi berlepas, “marwuat” menjadi “berbuat”. Beberapa contoh bahasa melayu yang dapat dikesan hingga hari ini masih dituturkan ialah perkataan air, bala, datang, dua, di, laksa, lai, naik, ratus dan banyak lagi.
Asal usul bahasa melayu itu terpancar dari satu rumpun bahasa yang dikenali sebagai bahasa Austronesia, dan cabang bahasa melayu Proto bahasa melayu induk bahasa melayu Tengah dan bahasa melayu johor. maka kesinambungan bahasa itu kini terbentuklah bahasa-bahasa seperti bahasa malaysia yang dituturkan oleh orang malaysia, bahasa melayu Singapura yang dituturkan oleh orang Singapura, dan bahasa melayu Brunei yang dituturkan oleh orang melayu Brunei. Fenomena tersebut memang hakikatnya terjadi dalam kehidupan, dan munculnya pelbagai bahasa dan terhasilnya bahasa baru apa yang dikenali sekarang sebagai bahasa dialek.
Bagaimanakah kita mengekalkan bahasa melayu warisan daripada nenek moyang tersebut supaya terus bertapak di bumi Brunei Darussalam. Dengan adanya rasa kecintaan terhadap bahasa melayu dan terus menjadikan bahasa melayu itu jati diri dalam jiwa penutur melayu. Kalau dulu bahasa melayu bertembung dengan bahasa Sanskrit
Wacana Penyelaras Editor
Riak Bahasa Bil. 9.indd 3 6/2/09 3:40:02 PM
iv
dan Arab, tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan pula dengan pelbagai bahasa yang lebih canggih. Banyak istilah baru dibentuk sehingga sukar bagi penutur berbahasa melayu untuk mencari padanannya yang tepat, waimapun kini bahasa melayu itu bertembung dengan bahasa inggeris dan mandarin, namun sebagai penutur bahasa melayu seharusnya tetap menjadi generasi penyambung terhadap kelangsungan bahasa melayu.
Bahasa Jiwa Bangsa
Penyelaras editorMauludiah Haji Md. Yusof
Riak Bahasa Bil. 9.indd 4 6/2/09 3:40:03 PM
Perlambangan Diftong
Haji Alipudin Omarkandi
1
DiFToNg iALAH gabungan dua bunyi vokal yang diujarkan dalam satu suku kata. Dalam tulisan rumi diftong dilambangkan dengan [ai], [au], dan [oi] yang terdapat di awal kata, di tengah kata, dan di akhir.
Dalam sistem ejaan jawi baru, diftong [ai] dilambangkan dengan dua cara, iaitu:
i. Huruf alif-hamzah-ya digunakan jika diftong [ai] terletak di awal kata atau berdiri sebagai satu suku kata, contohnya:
aising –
aileron –
ii. Sekiranya diftong [ai] berada di tengah kata atau di akhir kata, maka huruf alif-ya digunakan. Contohnya:
baiduri –
laici –
pandai –
serai –
Riak Bahasa Bil. 9.indd 1 6/2/09 3:40:03 PM
2
Diftong [au] pula dilambangkan dengan dua cara, iaitu:
i. Huruf alif-hamzah-wau digunakan untuk melambangkan diftong [au] apabila diftong ini berada di awal kata atau berdiri sebagai satu suku kata. Contohnya:
audit –
automatik –
autonomi –
autopsi –
ii. Sekiranya apabila diftong [au] berada di tengah kata atau di akhir kata, maka huruf alif-wau digunakan. Contohnya:
baucar –
saudagar –
kalau –
engkau – Sama dengan diftong [ai] dan [au], diftong [oi] juga dilambangkan
dengan dua cara, iaitu:
i. Huruf alif-wau-hamzah-ya digunakan untuk melambangkan diftong [oi] jika diftong ini berada di awal kata:
oidium –
Riak Bahasa Bil. 9.indd 2 6/2/09 3:40:03 PM
3
ii. Sekiranya apabila diftong [oi] berada di tengah kata atau di akhir kata pula, maka huruf wau-ya digunakan. Contohnya:
boikot –
amboi –
baloi –
dodoi –
Perubahan ejaan bagi kata-kata yang mempunyai unsur diftong, seperti yang dijelaskan di atas, dapat mengatasi masalah kesamaran ejaan. Umpamanya, ejaan (serai) dibezakan daripada (seri),
(tupai) dibezakan daripada (topi), dan sebagainya. Begitu juga ejaan (rayau) dibezakan daripada (rayu), (garau) dibezakan daripada (garu). oleh hal demikian, kaedah ini dapat mengurangkan homonim yang boleh mengelirukan pemahaman.
Demikianlah perlambangan diftong dijelaskan dalam keluaran ini.
Riak Bahasa Bil. 9.indd 3 6/2/09 3:40:03 PM
4
Tetikus
Datin Hajah Kamisah Haji Rahmat
BAHASA meLAyU mengalami zaman yang mencabar pada masa ini kerana ramai orang meminggirkan penggunaan bahasa itu. Kenyataan ini dilihat pada penggunaan bahasa melayu atau khususnya peristilahan di mana-mana majlis, tempat yang rasmi mahupun tidak, papan nama atau papan tanda bagi sesebuah gedung perniagaan, syarikat, kenderaan, waima bangunan kerajaan.
malahan masih ada orang yang mempertikaikan penggunaan istilah yang telah dibentuk hasil persidangan mABBim (majlis Bahasa Brunei Darussalam – indonesia – malaysia). Banyak bidang ilmu yang telah digarap istilahnya ke dalam bahasa melayu dan diperkenalkan kepada para pengguna melalui bahan-bahan penerbitan sama ada yang bersifat penterjemahan ataupun tidak. Cara menggarap dan memberi padanan dalam bidang peristilahan ini mempunyai kaedah dan peraturan yang telah disepakati oleh ketiga-tiga buah negara anggota mABBim. Hal ini dapat dirujuk kepada Pedoman Umum Pembentukan Istilah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam pada tahun 2006.
Dalam buku pedoman tersebut, istilah ditakrif sebagai kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Kesemua istilah ini ditunduki oleh ilmuwan dalam bidang ilmu masing-masing. Tetapi sayangnya, ada istilah asing yang telah diberi padanan ke dalam bahasa melayu belum mendapat ‘restu’ daripada masyarakat pengguna kerana mereka berpendapat ada di antara padanan itu tidak ‘padan’ atau belum serasi dengan kata sumber. Ada juga yang mengkritik padanan istilah itu tidak ‘berjiwa’ ekonomi (pemasaran) dengan maksud istilah yang diberi padanan itu masih berbunyikan bahasa sumbernya, hanya ejaannya ditukar.
Pakar bahasa dan bidang ilmu telah berusaha mencipta istilah dengan berdasarkan kepada istilah sumber, kemudian disesuaikan dengan keadaan hidup, unsur-unsur budaya dan alam melayu. Beberapa contoh yang boleh diketengahkan ialah seperti yang terdapat dalam
Riak Bahasa Bil. 9.indd 4 6/2/09 3:40:03 PM
5
bidang Teknologi maklumat. istilah inggeris mouse untuk tetikus, telah mendapat tentangan pada awalnya untuk dipergunakan kerana mereka menganggap perkataan itu berasal dari nama sejenis binatang tikus. Binatang ini dianggap kotor, pembawa penyakit dan perosak harta benda atau tanaman. Hal ini kalau dilihat dari kaca mata alam melayu. Akan tetapi jika kita menyingkap kalendar masyarakat Cina, mereka menganggap binatang ini sebagai binatang yang memberi rezeki, kebahagiaan dan keriangan.
mari kita mengimbas kembali sejarah tetikus pertama dunia. Bentuknya tidak langsung seperti seekor tikus tetapi ia merupakan kotak biasa. ‘Tetikus’ ini direka oleh Douglas engelbart bagi menggelarkan gajet tudingan ciptaannya dalam tahun 1963. Beliau menggunakan sistem gear dua roda untuk bergerak ke hadapan atau belakang dan dari kiri ke kanan, jauh berbeza daripada penggunaan tetikus pada hari ini. Lama-kelamaan nama tetikus itu melekat (sebenarnya istilah inggerisnya, mouse yang melekat atau terlazim) dan serasi dengan penggunaan komputer.
Setelah 10 tahun ciptaan pertama tetikus, seorang lagi yang bernama Bill english pula berjaya menghasilkan tetikus yang menggunakan sejenis bebola. Pergerakan bebola ini lebih ‘lincah’.
Pada tahun 1980-an, tetikus yang lebih berkesan telah dicipta seperti tetikus optikal yang mendapat sambutan dalam pasaran komputer. Seterusnya dalam tahun-tahun 90-an, juga dalam zaman milenium ini, tetikus dicipta dengan fungsi yang lebih canggih dengan menggunakan tenaga laser untuk berfungsi. Kuasa pengesanannya lebih tepat dan pantas.
Kepentingan fungsi tetikus dalam dunia teknologi maklumat, permainan komputer dan seumpamanya telah mengatasi nama istilah itu sendiri, iaitu dari hanya nama seekor binatang telah menjadi satu istilah yang penting dalam dunia siber.
Riak Bahasa Bil. 9.indd 5 6/2/09 3:40:04 PM
6
Siapa Cerdas dan Cergas
Kamsiah Kassim
TerSALAH memiLiH kata dalam membentuk ayat boleh mengubah maksud yang hendak disampaikan. Sesetengah orang masih keliru untuk membezakan makna sebenarnya malah ada yang menganggap perkataan cerdas dan cergas, dan antara punggung dan belakang mempunyai makna yang sama atau seerti, dan dapat pula bertukar ganti dengan bebas dalam pembentukan ayat.
Dalam bahasa inggeris perkataan cerdas dan cergas bersinonim dengan kata intelligent dan active. Kata active sudah diserap ke dalam bahasa melayu, dan dieja sebagai aktif manakala kata intelligent masih dianggap sebagai bahasa asing.
Perkataan cerdas mempunyai dua makna:
1 Sempurna perkembangan akal budinya (untuk berfikir, mengerti, dan sebagainya); tajam fikiran. Contoh penggunaan ayat:
– Rakyat memerlukan pemimpin yang cerdas. – Sekolah bertujuan mendidik anak-anak supaya menjadi
orang yang cerdas lagi baik budi.
2 Sempurna pertumbuhan (perkembangan) tubuhnya seperti sihat, tangkas dan kuat. Contoh penggunaan ayat:
– Biarpun kecil badannya, tidak kurang cerdasnya. – Sukan itu menjadikan tubuh kita cerdas.
Perkataan cergas pula mempunyai lima makna:
1 Tangkas dan giat; pantas; cekatan; genit. Contoh penggunaan ayat:
– Dulu dia juga anggota persatuan yang cergas. – Mereka sangat cergas bekerja.
Riak Bahasa Bil. 9.indd 6 6/2/09 3:40:04 PM
7
2 Bertenaga dan giat; aktif. Contoh penggunaan ayat:
– Fatimah seorang anak yang cergas.
3 Banyak menjalankan atau terlibat dalam kegiatan dan sebagainya; giat. Contoh penggunaan ayat:
– Dia cergas dalam aktiviti sukan sekolahnya.
4 Banyak kegiatan menjual dan membeli (tentang pasaran saham).
5 (masih) mengeluarkan wap dan lahar (tentang gunung berapi).
Berdasarkan takrif dan contoh ayat yang diberikan di atas penumpuan makna bagi kata cerdas lebih kepada akal dan ketajaman berfikir, manakala bilangan 1, 2, dan 3 pula difokuskan kepada kesihatan tubuh badan, dan bilangan 4, 5 adalah perluasan makna. Kita ambil dua contoh ayat di atas, kata cerdas dan cergas ditukar ganti seperti berikut:
1 a) Rakyat memerlukan pemimpin yang cerdas. b) Rakyat memerlukan pemimpin yang cergas.
2 a) Fatimah kanak-kanak yang cerdas. b) Fatimah kanak-kanak yang cergas.
Ayat di atas memang betul tetapi mempunyai konotasi yang bebeza. Kata cerdas pada ayat 1a dan 2a boleh disinonimkan dengan bijak, cerdik, dan pintar, manakala cergas pada ayat 1b dan 2b sama dengan giat, tangkas, dan aktif.
Ayat di atas juga boleh digabung menjadi ayat yang merangkumi kedua-dua makna, iaitu:
1 Rakyat memerlukan pemimpin yang cerdas dan cergas.2 Fatimah kanak-kanak yang cerdas dan cergas.
Riak Bahasa Bil. 9.indd 7 6/2/09 3:40:04 PM
8
Punggung bermaksud bahagian pangkal paha di sebelah belakang yang mengepit dubur, bersinonim dengan pantat, pinggul, dan bokong.
Belakang bermaksud bahagian tubuh di sebelah dada atau perut, juga ditakrifkan sebagai bahagian tubuh manusia atau haiwan dari leher hingga ke tulang ekor.
Dalam bahasa indonesia perkataan punggung bersinonim dengan belakang dan belakang boleh juga diertikan dengan punggung, tetapi ini tidak berlaku dalam bahasa melayu baku. Perhatikan contoh ayat-ayat berikut yang ditakrifkan dalam bahasa indonesia.
– Anaknya bercelapak di punggung.– Dia mendokong anaknya di punggung.– Dia duduk di punggung kuda.
Kalau kita melihat contoh ayat di atas, agak janggal bunyinya dalam bahasa melayu. Kita dapat membayangkan bagaimanakah keadaan anak yang duduk bercelapak atau didukung di punggung (pinggul), nampaknya begitu sukar, dan bagaimana pula keadaan orang yang duduk di punggung (pinggul) kuda itu, seandainya kuda tersebut memecut lari, apa yang akan terjadi?
Begitu juga dengan gabungan kata yang digunakan dalam bahasa indonesia seperti punggung kaki, punggung tangan, dan tulang punggung yang dikenali dalam bahasa melayu sebagai belakang kaki, belakang tangan dan tulang belakang. Perhatikan contoh penggunaan ayat ini pula:
Apa Bezanya Punggung dan Belakang
Kamsiah Kassim
Riak Bahasa Bil. 9.indd 8 6/2/09 3:40:04 PM
9
– Dia terjatuh ketika memanjat pokok kelapa dan tulang punggungnya patah.
– Punggungnya sakit ketika membongkok.
Dalam bahasa melayu, tulang punggung bersinonim dengan tulang pangkal paha iaitu tulang yang lebar pada bahagian pinggang hingga ke punggung (pinggul). melihat contoh di atas ianya boleh diterima dan difahami tetapi mempunyai konotasi yang bebeza antara bahasa melayu dan bahasa indonesia. Dalam bahasa indonesia kata punggung yang bermaksud belakang lebih dominan pemakaiannya.
Riak Bahasa Bil. 9.indd 9 6/2/09 3:40:04 PM
10
Biar Betul...!
Noraini Hasan
“NorAiNi, ToLoNg carikan saya perkataan taksub dalam kamus, saya tak jumpalah.”
“Baik Datin.” Saya letakkan semula gagang telefon. Saya cari kamus. “eh, biar
betul… benarkah perkataan taksub tiada dalam kamus, walhal taksub merupakan perkataan yang sering digunakan.” Saya mengambil masa untuk menaakul. Betulkah? Saya pasti yang taksub memang benar-benar wujud.
Ternyata bahawa saya betul, selepas meneliti kamus-kamus yang ada di sekeliling saya, akhirnya kemusykilan saya itu terjawab juga. Taksub dieja taasub. oh… patut pun. Kamus Dewan edisi keempat halaman 1561 mentakrifkan taasub sebagai kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang. Taasub bersinonim dengan perkataan fanatik.
inilah yang saya ingin kongsikan bersama biskita semua. Selama ini saya tidak tahu bahawa perkataan tersebut berasal daripada perkataan Arab. Selain taasub, banyak lagi perkataan Arab yang ditulis, disebut, dan dieja ke dalam bahasa melayu, iaitu untuk memudahkan sebutan dan penggunaannya. Kerap saya terfikir, tidakkah kelaziman kita itu mendatangkan kesan pada masa yang akan datang? Seperti lirik lagu yang pernah saya dengar berbunyi begini; biar betul, biar betul-betul, nanti tak payahlah diperbetul….
Pada pandangan saya, biarpun ia cuma satu patah perkataan, tetapi ia tetap mempunyai nilai ilmu yang tidak patut kita sia-siakan.
“Tahniah!”“Terima kasih,” jawab saya sewaktu menjadi seorang daripada
peserta Bengkel Celik Jawi anjuran Pusat Da’wah islamiah tahun lepas. Nasib baik saya tiada taazur untuk menghadirinya.
Nah! Tengok, alangkah cantiknya kalau kita eja, tulis, sebut, guna dan hargai sesuatu perkataan itu sebaiknya. Tambahan pula, kita digalakkan untuk menyebut setiap patah perkataan itu dengan jelas dan
Riak Bahasa Bil. 9.indd 10 6/2/09 3:40:04 PM
11
betul. Terutama sekali, sewaktu kita berdoa, tiada ruginya kita berbuat demikian.
Apa-apa pun biarlah betul, hati jadi senang, hidup jadi riang, bahasa jiwa bangsa pun jadi gemilang.
Kurik itu kundi, merah itu saga,Molek itu budi, indah itu bahasa.
Besar kayu dua pemeluk,Tebang mari berdiri duduk;
Kalau tidak panjang penjuluk,Mana mendapat ilmu yang elok.
Apa guna memakai kasut,Kalau tidak jalan ke duri;Apa guna ilmu dituntut,
Kalau tidak membantu diri.
Riak Bahasa Bil. 9.indd 11 6/2/09 3:40:04 PM
12
Garis Panduan Asas Pembentukan Istilah
Muhamad Norsah Shahrul Mazlan
SeiriNg DeNgAN arus kemodenan teknologi kini, terdapat kata atau ungkapan khusus yang dicipta melalui pelbagai bidang ilmu dan kerjaya tertentu seperti bidang politik, kewangan islam, perubatan dan sebagainya. istilah-istilah tersebut kebanyakannya terdiri daripada istilah asing yang secara tidak langsung mula terserap pemakaiannya ke dalam bahasa melayu.
Pada asasnya pembentukan istilah asing tersebut hendaklah melalui beberapa proses, iaitu:
1 melalui proses penterjemahan daripada bahasa inggeris kepada bahasa melayu sama ada perkataan sumber tersebut diambil secara langsung atau melalui beberapa proses yang membentuk istilah-istilah baru dalam bahasa melayu. Contoh:
No. Bahasa Sumber (Bahasa Inggeris) Bahasa Melayu1 structure struktur2 policy polisi3 calendar kalendar4 transparency transparensi
2 melalui proses penyerapan iaitu dengan:
a Berdasarkan sebutan dan penyesuaian ejaan, kaedah ini mengutamakan bentuk visualnya. Contoh:
No. Bahasa Sumber (Bahasa Inggeris) Bahasa Melayu1 cancer kanser2 hexagon heksagon3 quantum kuantum4 crony kroni
Riak Bahasa Bil. 9.indd 12 6/2/09 3:40:04 PM
13
b Penyerapan sepenuhnya iaitu istilah asing itu diserap sepenuhnya tanpa ada perubahan pada mana-mana ejaan. ini hanya berlaku pada segelintir istilah bahasa asing yang belum ditemui padanannya dalam bahasa melayu. Contoh:
No. Bahasa Sumber (Bahasa Inggeris) Bahasa Melayu1 multimedia multimedia2 knot knot3 ideal ideal4 agenda agenda
3 Pembentukan melalui gabungan kata asing iaitu penterjemahan dan penyerapan. Contoh:
No. Bahasa Sumber (Bahasa Inggeris) Bahasa Melayu1 nuclear reactor reaktor nuklear2 entertainment media media hiburan3 national event acara nasional4 personal computer komputer peribadi
Penggabungan tersebut adalah dengan mengutamakan dari segi ejaan kata asing tersebut belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa melayu dan manakala pengucapan dan penulisannya sudah terserap sepenuhnya ke dalam bahasa melayu.
Walau bagaimanapun, yang menjadi pegangan dalam asas pembentukan istilah-istilah pinjaman ialah pengekalan bentuk ejaan kata asing, setidak-tidaknya pun mengekalkan bentuk visualnya dengan berpandukan kepada kaedah fonemik iaitu unit-unit bunyi sebutan.
Riak Bahasa Bil. 9.indd 13 6/2/09 3:40:04 PM
14
Mari Belajar Bahasa Arab
Hardi Mahdeli
Siri KALi ini ialah menerangkan mengenai perbezaan penggunaan kata ganti nama diri bagi binatang jantan ( ) dan binatang betina ( ). Bagi menyebutkan binatang betina hendaklah ditambah dengan huruf (ta marbutah). Contohnya:
ayam betina ( ) ayam jantan ( ) lembu betina ( ) lembu jantan ( )
Berikut diberikan contoh nama binatang dan sebutannya dalam bahasa Arab.
Bahasa Melayu Bahasa Arab
anak ayam
angsa
anjing
burung
cacing
cicak
ikan
kambing
katak
kerbau
kucing
Riak Bahasa Bil. 9.indd 14 6/2/09 3:40:05 PM
15
kuda
lalat
lebah
lipas
monyet
nyamuk
semut
tikus
kutu
udang
Riak Bahasa Bil. 9.indd 15 6/2/09 3:40:06 PM
16
Kata Majmuk
Mauludiah Haji Md. Yusof
TeNTU ADA di kalangan para pelajar yang belum faham atau tahu, apa yang dimaksudkan dengan kata majmuk. Kata majmuk ialah dua atau lebih kata dasar yang digabungkan atau dirangkaikan dan hasil gabungan tersebut terwujudnya makna tersendiri, misalnya perkataan meja + makan meja makan, hati + batu hati batu, muka + tembok
muka tembok, air + mata air mata, anak + sungai anak sungai.
Kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:
a Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas contohnya:
guru besar, rukun tetangga, tengah hari, susu pekat manis, tepian gelanggang, ular sawa, balai raya, segi empat panjang, Menteri Besar, Duta Besar, Setiausaha Sulit, Penolong Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Perpustakaan.
b Kata majmuk yang terdiri daripada istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya:
graf terarah, titik buta, program bahasa, parsit eksternal, analisis teks, meter alir, mogok umum, hukum alamiah, deria rasa, medan sinaran.
c Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan
bahasa, contohnya:
cakar ayam, anak emas, lipas kudung, bulan madu, ringan tulang, manis mulut, buku lima, tumbuk rusuk, pilih kasih, berat tangan.
Riak Bahasa Bil. 9.indd 16 6/2/09 3:40:06 PM
17
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, bagaimanapun terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah mantap dan dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut adalah:
antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya,tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya.
Kata majmuk boleh juga menerima imbuhan untuk menjadikan kata tersebut sebagai kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk dibahagikan kepada dua bentuk iaitu:
i Kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran, tetapi dieja terpisah. Contohnya:
terima kasih berterima kasih ulang kaji mengulang kaji temu ramah menemu ramah reka bentuk direka bentuk rumah tangga berumah tangga daya serap daya serapan
ii Kata majmuk yang menerima apitan, dan dieja secara bercantum. Contohnya:
lipat ganda melipatgandakan tanggungjawab dipertanggungjawabkan surat khabar persuratkhabaran ibu bapa keibubapaan kuat kuasa dikuatkuasakan
Riak Bahasa Bil. 9.indd 17 6/2/09 3:40:06 PM
18
Berikut disenaraikan sebahagian daripada kata majmuk yang juga dieja bercantum:
Allahuakbar bagaimanaAllahumma bahawasanyaAllahyarham barangkaliBaitulmuqaddis begitupunjamadilakhir bismillahjamadilawal cenderamataKaabatullah cepumasrabbulalamin cucundarabiulakhir daripadarabiulawal darussalamrabbulizzati dermawanZulhijah hajarulaswadZulkaedah halalbihalalaidiladha infrastrukturaidilfitri interlinguaaiskrim jawatankuasaakhirulkalam jejantasalhamdulillah jurubahasaalmarhum jurutaipanakda juruteknikapabila jurutrengkasapakala kadangkalaassalamualaikum kakitanganastaghfirullah mahasiswaauzubillahi meskipunayahanda nauzubillahazzawajalla olahraga
Riak Bahasa Bil. 9.indd 18 6/2/09 3:40:06 PM
19
Tulisan Jawi Mutakhir
Mauludiah Haji Md. Yusof
TULiSAN jAWi merupakan kaedah atau satu sistem penulisan yang berasaskan aksara Arab, ditulis dan dibaca bermula dari kanan ke kiri, tidak menggunakan huruf besar atau huruf kecil, tetapi tulisan pada beberapa huruf tertentu akan berubah bentuk iaitu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain.
jumlah abjad jawi ialah 36 huruf tunggal susunan bermula dari huruf alif < > dan berakhir dengan huruf nya < > mengikut urutan aksara Arab termasuk huruf hamzah dan lam-alif yang dikira sebagai satu huruf khas iaitu huruf-huruf hijaiah (huruf-huruf yang digunakan untuk merakam Al-Quran). 30 daripada huruf tersebut digubal mengikut abjad Arab, manakala lima huruf lagi adalah gubalan daripada para cendekiawan silam, dan satu huruf adalah gubalan pada era kini.
Tulisan jawi merupakan tulisan warisan bangsa melayu, digubal oleh cendekiawan islam yang datang ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan agama islam dan mengajarkan hukum-hukum agama dan bacaan Al-Quran. Semenjak islam bertapak di Nusantara, tulisan jawi terus dijadikan sebagai tulisan dalam kitab-kitab agama dan mana-mana yang menimbulkan permasalahan dan mengelirukan dari segi kaedahnya telah diperkemas dari semasa ke semasa. Hingga era kini kaedah tulisan jawi telah melalui tiga era penyempurnaan, era pertama dikenali dengan Kaedah Penulisan Tradisi, kedua Sistem Ejaan Za’ba dan ketiga dan mutakhir ialah Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan.
Kaedah Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, merupakan tulisan jawi mutakhir yang bertujuan untuk memperkemas beberapa kaedah daripada sistem ejaan lama Za’ba, antaranya seperti yang berikut:
Riak Bahasa Bil. 9.indd 19 6/2/09 3:40:06 PM
20
1 mana-mana penggunaan huruf [k] di akhir suku kata akan diberi padanan dengan menggunakan huruf qaf, < >. Contohnya:
2 Padanan bagi huruf [v] ialah huruf wau bertitik [ ].Contohnya:
Perkataan Ejaan Jawi Baru
datuk
naik
pokok
songkok
patik
baik
kokok
Perkataan Ejaan Baru
evolusi
graviti
konvokesyen
motivasi
November
universiti
Riak Bahasa Bil. 9.indd 20 6/2/09 3:40:06 PM
21
3 Kedudukan penulisan huruf hamzah [ ] diselaraskan seperti kedudukan yang berikut:
3a jika terdapat dua huruf vokal berturut-turut dalam satu perkataan iaitu [a] – [i], [a] – [u] atau [u] – [i], maka huruf hamzah hendaklah disisipkan antara dua huruf vokal tersebut, dan kedudukan huruf hamzah ialah di paras tengah.
Contohnya:
3b Kata-kata yang bermula dengan huruf alif dan yang menerima imbuhan awalan di-, ke- dan se-, maka kedudukan huruf hamzah hendaklah bertepatan di atas alif permulaan kata dasar. Contohnya:
Ejaan Rumi Ejaan Jawi
lain
kail
laut
gauk
buih
kuih
Ejaan Rumi Ejaan Jawi
diiring
diulang
ke air
ke atas
seimbas
seutas
Riak Bahasa Bil. 9.indd 21 6/2/09 3:40:07 PM
22
Berdasarkan pengemaskinian di atas maka dapatlah dibezakan antara ejaan daun dengan di awan, kair dengan ke air, bentuk tulisannya adalah seperti yang berikut:
4 Huruf ya tidak bertitik < > atau Alif Maqsurah telah dikhususkan penggunaannya, iaitu padanannya bagi padanan huruf < e > yang terletak di akhir kata. Contohnya perkataan {-isme}.
5 Dalam ejaan mutakhir, penggunaan huruf alif telah disempurnakan seperti berikut:
5a Dalam ejaan baru jika perkataan diakhiri dengan huruf kaf ( ) atau ga ( ), maka huruf alif tidak perlu lagi digunakan. Contohnya:
Ejaan Rumi Ejaan Jawi baru
daun
di awan
ke air
di air
Ejaan Rumi Ejaan Jawi
islamisme
nasionalisme
komunisme
sosialisme
Riak Bahasa Bil. 9.indd 22 6/2/09 3:40:07 PM
23
5b Dalam ejaan baru jika perkataan yang diakhiri selain daripada huruf kaf ( ) atau ga ( ), maka huruf alif hendaklah ditambahkan sebagai penutup kata. Contohnya:
6 Bentuk penulisan kata ulang atau kata ganda dijelaskan melalui dua cara seperti yang berikut:
6a jika kata ulang penuh, baik diulang pada kata akar mahupun kata berimbuhan, hendaklah dieja dengan menggunakan angka dua Arab [ ] iaitu merujuk kepada pengulangan pada perkataan tersebut.
Contohnya:
Hukum kaf ga Ejaan Jawi
buka
jika
suka
jingga
juga
rongga
Perkataan Ejaan Jawi
tiba
cita
kira
guna
cuba
harta
Riak Bahasa Bil. 9.indd 23 6/2/09 3:40:08 PM
24
6b jika kata ulang sebahagian hendaklah dieja dengan menggunakan tanda sempang [ - ] tanpa menggunakan angka dua Arab.
Contohnya:
7. Tatacara mengeja kata pinjaman dari bahasa Arab, dijelaskan dengan tiga sandaran iaitu:
7a. Kata-kata yang berbentuk istilah keislaman, tetap dieja seperti bahasa asalnya. Contohnya perkataan fardu ( ) dan taqwa ( ). jika kata-kata asal ini menerima atau dibubuh imbuhan akhiran, maka huruf vokal hendaklah ditambah atau ditukar sebelum diiringi dengan imbuhan akhiran tersebut iaitu pada perkataan fardu hendaklah ditambah vokal < > iaitu
( ) dan perkataan taqwa hendaklah ditukar huruf ya < > kepada alif < > iaitu ( ).
Perkataan Ejaan Jawi
cita-cita
orang-orang
rumah-rumah
tiba-tiba
Perkataan Ejaan Jawi
berkasih-kasihan
keanak-anakan
orang-orangan
sekali-kali
selama-lamanya
Riak Bahasa Bil. 9.indd 24 6/2/09 3:40:08 PM
25
Prinsip mengekalkan istilah keislaman adalah bagi mengelakkan dieja berlainan daripada ejaan asalnya, kerana kemungkinan ejaan tersebut membawa makna atau konsep yang menyalahi dan menjejaskan fahaman dan aqidah.
7b Kata-kata yang bukan berbentuk keislaman hendaklah ditulis mengikut ejaan asalnya. Contohnya:
Perlu juga diingat mana-mana ejaan asalnya yang boleh menimbulkan kekeliruan, maka ejaannya hendaklah mengikut aturan bahasa melayu yang sedia ada, perubahan hanya boleh dibuat pada huruf vokal sahaja, manakala huruf konsonan dari bahasa asalnya hendaklah dikekalkan. Contohnya pada perkataan alim dieja < >, dan bukannya < > yang membawa makna alam.
7c Kata-kata yang sudah terserap ke dalam bahasa melayu, hendaklah dieja menurut aturan yang digunakan dalam bahasa melayu. Contohnya:
Perkataan Ejaan Jawi
bahas
sahih
syukur
Perkataan Ejaan Jawi
sabun
kertas
milik
Riak Bahasa Bil. 9.indd 25 6/2/09 3:40:08 PM
26
8 Bentuk kata berhomograf iaitu kata yang sama ejaannya dengan kata lain, tetapi berbeza sebutan (lafaz) dan maknanya, sebahagiannya diterangkan dalam daftar kata seperti yang berikut:
ab‘ad (jauh)
ab‘ad (sunat)
adan (syurga)
adan (penyekat)
ajab (hairan)
ajab (azab)
akal (daya fikir)
akal (akalsari)
akas (kebalikan)
akas (pantas)
akrab (karib)
akrab (bintang)
ala (secara)
ala (atas)
alfa (huruf Yunani)
alfa (seribu)
alim (sj damar)
alim (berilmu)
ambal (berarak)
ambal (jeling)
Riak Bahasa Bil. 9.indd 26 6/2/09 3:40:09 PM
27
amben (ikat pinggang)
amben (balai)
amil (pemungut zakat)
amil (sj siput)
aqidah (akidah)
aqiqah (akikah)
ardi (gunung)
ardi (bumi)
arham (paling mengasihani)
arham (pertalian darah)
asah (yg lebih benar)
asah (kilir)
asar (kesan)
asar (waktu)
asi (derhaka)
asi (perhatian)
aula (utama)
aula (ruangan)
azal (berpecah)
azal (kekal)
ba (huruf)
ba (tahun)
bad (angin)
Riak Bahasa Bil. 9.indd 27 6/2/09 3:40:09 PM
28
bad (bedebah)
badar (purnama; sj batu)
badar (sj ikan)
bahar (laut)
bahar (bahara)
bahari (indah, kuno)
bahari (ttg laut)
baid (sopak)
baid (jauh)
bala (tentera)
bala (bencana)
batin (Tok batin)
batin (dlm hati)
bayan (nyata)
bayan (sj burung, sj ikan)
beban (tanggungan)
beban (degil)
beca (bengkak bernanah)
beca (sj kenderaan)
becak (bintik)
becak (berlumpur)
bedak (bahan)
bedak (bahagi)
Riak Bahasa Bil. 9.indd 28 6/2/09 3:40:10 PM
29
bek (pemain sukan)
bek (bunyi)
belak (belang)
belak (membuka)
belok (pasung)
belok (bengkok)
belon (belum)
belon (bebola getah)
bena (ombak)
bena (endah)
bengkok (upah)
bengkok (tidak lurus)
bentan (berbalik sakit)
bentan (sj tumbuhan)
bentar (waktu)
bentar (berkeliling)
beres (sejuk)
beres (selesai)
beret (lecet)
beret (pemilih)
beri (serah)
beri (sj tumbuhan)
beti (sj tumbuhan)
Riak Bahasa Bil. 9.indd 29 6/2/09 3:40:10 PM
30
beti (bukti)
bikir (gadis)
bikir (sj tumbuhan)
bin (anak lelaki)
bin (sj rumput)
cengki (patut)
cengki (nasib baik)
ceri (gelang)
ceri (tumbuhan)
dalalah (sesat)
dalalah (barua)
dan (kata hubung)
dan (sempat)
dendang (sj perahu, kumbang, burung)
dendang (lagu)
dentur (letupan kecil)
dentur (gigi palsu)
derik (bunyi)
derik (menara)
egah (mulia)
Riak Bahasa Bil. 9.indd 30 6/2/09 3:40:11 PM
✄
Borang Cadangan
Nama:
Alamat Sekolah/Pejabat/rumah:
No. Tel. Bimbit: No. Tel. Sekolah/Pejabat:
Alamat e-mel:
Sila kemukakan sebarang usul dan pandangan awda:
Alamatkan kepada:
Ketua editor Riak BahasaBahagian Pembinaan dan Pengembangan BahasaDewan Bahasa dan PustakaKementerian Kebudayaan, Belia dan SukanLapangan Terbang Lama Berakas BB3510Negara Brunei Darussalam
Tel.: 2380472 (Faksimile) 2382511 sambungan 127, 128, 130, 155, 158
atau e-mel: [email protected]
Riak Bahasa Bil. 9.indd 31 6/2/09 3:40:11 PM
Riak Bahasa Bil. 9.indd 32 6/2/09 3:40:11 PM