Juru Ukur Tanah,Land Surveyor: Cara`cara Pecah sempadan...
Transcript of Juru Ukur Tanah,Land Surveyor: Cara`cara Pecah sempadan...
Juru Ukur Tanah,Land Surveyor: Cara`cara Pecah sempadan Tanah
Juru Ukur Tanah,Land Surveyor
Perkhidmatan Ukur hubungi Abu Bakar 013-4590314
Ahad, 17 April 2011
Cara`cara Pecah sempadan Tanah
Pecah Sempadan
PengenalanProses memecah bahagian atau memecah sempadan tanah membolehkan pemiliknya memecahkan tanah kepada beberapa unit kecil. Ini dilakukan apabila pemilik berhasrat membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan yang lebih produktif atau untuk menjual atau memindahmilik sebahagian daripada tanah yang dimiliknya kepada pihak-pihak lain.Untuk tanah pertanian luas minima setelah dipecahkan hendaklah tidak kurang dari satu ekar yang bersamaan dengan lebih kurang 0.4 hektar, manakala bagi tanah kegunaan lain hendaklah mengikut keluasan minima yang dibenarkan oleh Undang-undang Kecil Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan, pemilik perlu memohon ubahsyarat selepas memecahkannya. Misalnya tanah pertanian yang hendak dibangunkan untuk perumahan dan perniagaan perlu diubahsyarat secara berasingan kepada kegunaan-kegunaan baru, oleh kerana syarat serta cukai adalah berlainan bagi kedua-dua kegunaan tersebut. Oleh itu pemilik atau pemilik-pemilik perlu memecahkan tanah kepada beberapa lot yang lebih kecil, selaras dengan kehendak Undang-undang yang berkuatkuasa, diikuti dengan permohonan ubahsyarat dengan mengasingkan lot untuk perumahan, lot untuk kegunaan pertanian dan kegunaan-kegunaan lain.Perbezaan antara permohonan Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan ialah bagi pecah bahagian, kesemua nama pemilik yang terdapat di atas hakmilik asal akan didaftarkan di atas setiap Hakmilik unit baru. Pecah Sempadan pula bermakna nama yang berasingan akan didaftarkan atas Hakmilik baru yang berasingan.Penyatuan Tanah:Selain dari itu jika pihak mempunyai beberapa keping tanah yang bersebelahan, yang berpegang dengan jenis Hakmilik yang sama, syarat-syarat Nyata dan kegunaan yang sama, tanah-tanah tersebut boleh dicantumkan menjadi satu di bawah proses yang disebut Penyatuan Tanah.Untuk kemudahan, pemilik pada lazimnya melantik Jurukur Berlesen untuk mengukur tanah dan mengemukakan (bagi pihaknya) permohonan, Pecah Bahagian, Pecah Sempadan, atau Penyatuan Tanah ke Pejabat Tanah.Kuasa MeluluskanPengarah Tanah dan Galian bagi Hakmilik Pendaftar.
Pentadbir Tanah bagi Hakmilik Pejabat Tanah.
Borang Yang Digunakan
Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan TanahBorang 9A
Permohonan Untuk Memecahkan Bahagian TanahBorang 9B
Permohonan Untuk Menyatukan TanahBorang 9C
Bayaran
Bayaran PelanRM10.00 seplot
Bayaran Pendaftaran Hakmilik SementaraRM20.00 seplot
Bayaran Pendaftaran Hakmilik KekalRM20.00 seplot
Bayaran UkurSila lihat Jadual Bayaran Ukur
Dokumen Yang Perlu Disertakan:Bagi Permohonan Perseorangan
Empat (4) salinan :-Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah
Lima belas (15) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah (jika menggunakan perkhidmatan Jurukur Berlesen).
Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan (jika berkaitan).
Resit bayaran permohonan RM30.00 seplot.
Satu (1) salinan borang butir-butir diri pemohon.
Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon.
Bagi Permohonan Syarikat
Satu (1) salinan :-Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah.
Satu (1) salinan pelan.
Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah.
Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan.
Satu (1) salinan resit bayaran permohonan sebanyak RM30.00
Satu (1) salinan Resolusi Syarikat.
Satu (1) salinan Perlembagaan/Memorandum dan Articles Syarikat.
Satu (1) salinan Senarai Lembaga Pengarah (Form 49) yang disahkan oleh Pendaftar
Syarikat/Setiausaha Syarikat.
Satu (1) salinan Penyata Pembahagian Saham (Form 24) atau Perpindahan Saham (Form 32A) yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat/Setiausaha Syarikat.
Bagi Permohonan Oleh Penerima Surat Wakil KuasaSatu (1) salinan surat wakil kuasa yang telah didaftarkan di Mahkamah dan difailkan di Pejabat PTG/Pejabat Tanah.
Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas.
Dicatat oleh
Abu Bakar Bin Muhamad Rom
di3:54 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
17 ulasan:
athirah yazit9 November 2013 2:04 PG
salam,, saya nk tanya. apa perbezaan proses pecah bahagian dan pecah sempadan, dan apa perbezaan antara penandaan semula dan demarkasi?
BalasPadamBalasan
AZREE SALLEHUDDIN8 April 2015 7:51 PTG
bahagian ni adalah proses penentuan hak milik yang tlah diberikan oleh pemilik kpd yg dikehendaki or mengikut syarat2 yg tlah ditetapkan ( faraid or etc...) dan ia mestilah dirancang dan diplot dahulu seblum turun site dan buat ukuran tanah....... manakala sempadan adalah pecahan yang akan diukur dan ditanam batu sempadan nya setelah ukuran dan kiraaan dibuat dengan bearing dan jarak yang dikira dgan kaedah missing line.....batu sempadan yg tlah ditanam akan ditanda untuk rujukan pemilik serta didaftarkan seterusnye...............
Padam
shah ril19 November 2015 11:27 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam
shah ril19 November 2015 11:30 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam
Balas
MuhaMmaD hiLmi13 Februari 2014 3:37 PG
salam tuan..nak bertanye..semoga dpt mnjawab..kalau tanah pertanian kt nak pecah lot jadi lot2 rumah, kena tukar syarat tanah dlu ke atau boleh pecah lot dlu baru tukar status tanah?atau boleh buat serentak?t.kasih
BalasPadam
gold.com25 April 2014 1:31 PG
tukar syarat dan pecah serentak....jimat masa,kos, dll. 017-254 9771
BalasPadam
naan24 Mei 2014 4:32 PG
Tuan,Saya perlu jurukur yang berpengalaman di kawasan paya jaras hilir,satu Tanah lot perlu di ukur dan di tanda sempadan ,
Sekian terima kasih.
BalasPadam
Unknown8 November 2015 10:26 PTG
Assalam tuan, saya mohon penjelasan sedikit di sini berkenaan proses pecah lot dan proses ubah syarat, berapa lamakah tempoh yg ditetapkan oleh pejabat tanah utk proses ini?
Tanah 2 ekar, pertanian. Nak dipecahkan lot utk tujuan pembinaan sebuah rumah bg setiap lot. Ini situasi saya. Terima kasih tuan.
BalasPadam
shah ril19 November 2015 11:52 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam
shah ril19 November 2015 11:53 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam
Mohd Ruzaimi Ibrahim23 November 2015 8:37 PTG
salm tuan..mhon tya..sy ada 1 lot tanah berkongsi 3 nama atas 1 geran...sblum ni sy baru selesai ubah status dr pertanian kpd bangunan...next stge sy akn pecah smpadan utk dptkn geran milik masing2...adakh rugi sy tkar status sblum ni tnpa lakukan serentak proses pecah smpadan? msa nk buat xde pula org kt pjabat tnah bgtau...cuma yg sy d mklumkn tidak boleh pcah smpdan klau status blum selesai..kt situ aje dh mkn masa 1 thun lbih...kmudian brape anggaran kos utk pecah smpadan...T kasih
BalasPadam
qaliesyah bibie12 Disember 2015 5:47 PTG
assalamualaikum,saya nak tanya kami sekeluarga mempunyai 5 hektar stngah tanah di kampung kuala penyu tapi tanah kami tidak memiliki geran,tanah itu ada lah waris nenek moyang .sekarang bapa saya telah meninggal.kami cuma mempunyai satu resit atas nama bapa yg di pnggil plastisen ka x silap saya.bagaimana cara membuat geran?sebab dah lama tdak di urus..kami pernah urus rm 4k sudah terbang..itu pun masih x cukup..ada kah betul geran tanah yang akan di urus itu perlukan wang yang banyak sehingga berpuluh ribu?
BalasPadam
BASIR SALLEHUDIN20 Disember 2015 8:26 PG
Assalamualaikum.. ayah mempunyai tanah yang diwariskan oleh datuk sy.. perlu dibahagi 4.. status camnih
keluasan 2.7 ekar status pertanian (harga dinilai oleh pejabat tanah rm250k untuk keseluruhan)
perlu dibahagi 4 jadi perlu tukar status kepada kediaman..
persoalannya berapakah harga untuk seluruh proses pecahan sehingga mendapat geran asing2.. maksudnya 4 geran
BalasPadam
Mohd Najhan30 Disember 2015 6:50 PTG
salam. tuan. saya ada dua lot Tanah (corner & intermediate ) bersebelahan. saya nak bina sebuah bunglo di atas dua lot tersebut. bagaimana proses penyatuan dilakukan. berapa lama presedur tersebut.bolehkah kami buat proses kelulusan bangunan di DBKL diwaktu proses penyatuan tanah dilakukan.terima kasih.
BalasPadam
syukri13 Januari 2016 1:23 PG
en nak tanya biasa buat survey area kuala langat?pape whatsapp kat no ni 01123643208
BalasPadam
kapakmatadua8 Julai 2016 11:38 PTG
Assalamualaikum, saya nak tanya pasal pecah sempadan sebab arwah tok saya dulu penrnah beli tanah pertanian bersama sama beberapa kawan kawan lain. Rumah pun dah dibuat berdasarkan ukuran rantai mengikut masa itu. Setelah pemilik semua dah meninggal pewaris mula menuntut hak masing nasing ikut pecahan yg telah dibuat oleh arwah areah dulu. Memandangkan tanah setiap pemilik kurang dari satu ekar didalm tanah pertanian, ada waris yg mengatakan bahawa sebahagian rumah datuk saya dah masuk kedalam kawasan dia. Bagaimana untuk di buat pengukuran semula dan boleh kah dia mengarahkan saya untuk merobohkan bahagian yg dah termasuk ke kawasan dia dalam 3 kaki.Saya telah tinggal dirumah itu sejak kecil dan telah membuat tawaran untuk membeli bahafgian yg telah masuk lebih kurang 3 kaki itu tapi dia berkeras. Bagaimana saya boleh tahu sempadan milik arwah datuk saya berdasarkan pancang yg dibuat masa dulu? Sempadan yg dimaklumkan sebagai milik dia tidak dapat saya pastikan kerana didalm pelan besar tiada batu sempadan bagi tiap tiap lot rumah yg di bina sidalm satu pelan besar tanah pertanian. Di mengugut akan membawa jentolak untuk merobohkan rumah saya yg termasuk kekawasan dia atas dasar untik di bangun kan kelapa sawit atau pun perumahan. Bagaimana saya nak atasi masaalah ini. Tolong bantu..terima kasih.
BalasPadam
m.rosman Rosman27 Julai 2017 5:23 PTG
As salam. Saya ada masalah disini. Saya nak buat pecah geran. Tanah 3ekar ada 3penama. Jadi nak buat geran tu jadi satu ekar seorang. Apa perlu saya buat dan kos anggaran. Sebab saya nak apply rumah mesra rakyat. Harap boleh tolong saya. 0122484022. Terima kasih
BalasPadam
Tambah ulasan
Muatkan lagi...
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:Catat Ulasan (Atom)
Mengenai Saya
Abu Bakar Bin Muhamad Rom
shah alam, Selangor, MalaysiaSalam semua saya abu bakar berkerja dalam kerja`kerja ukur tanah hampir 18 tahun dan telah berkecimpung dalam dunia ukur tanah selepas saya tamat dalam pendidikan agama de sekolah yayasan al`arqam dangi batu 14 kampung air putih johol negeri sembilan saya sekolah asrama penuh disana hampir 6 tahun itulah sekolah asrama dan tempat yg paling lama dizaman persekolahan saya saya amat menyintai kawan2 dan ustaz ustazah yang banyak berjasa
Lihat profil lengkap saya
terima kasih kerana masih ada ruang masa untuk ku
cadangan anda amat kami hargai demi kebaikan bersama
Jumlah Paparan Halaman
Arkib Blog
2017
(4)
Jun
(3)
Mac
(1)
2016
(2)
Disember
(2)
2015
(5)
Oktober
(2)
September
(1)
Julai
(1)
April
(1)
2014
(1)
November
(1)
2013
(3)
Jun
(2)
April
(1)
2012
(5)
November
(1)
Oktober
(2)
Mac
(2)
2011
(18)
November
(1)
Oktober
(1)
September
(3)
Julai
(2)
Mei
(2)
April
(4)Pembahagian harta pusakaUbahsyarat Pertanian - Bangunan - IndustriCara`cara Pecah sempadan Tanahkerja`kerja ukur di dalam hutan
Mac
(5)
kenalan
Senarai Blog Saya
Carta I.K.I.M.fm
Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 7 & Minggu 8
4 hari yang lalu
Cari Blog Ini
Follow by Email
Senarai Blog Saya
Catatan Popular
Cara`cara Pecah sempadan Tanah
Pecah Sempadan Pengenalan Proses memecah bahagian atau memecah sempadan tanah membolehkan pemiliknya memecahkan tanah kepada beberapa unit ...
Ubahsyarat Pertanian - Bangunan - Industri
Kuasa Meluluskan Ubahsyarat kepada: Pam Minyak Majlis Mesyuarat Kerajaan Hospital Swasta Majlis Mesyuarat Kerajaan Kompleks Perniagaa...
kerja`kerja ukur di dalam hutan
pada tahun lepas saya ada buat kerja`kerja ukur sempadan di kawasan gombak yang cantik hutan hujan yang tidak dapat saya lupakan hutan ya...
Pembahagian harta pusaka
Pembahagian Harta Pusaka Pengenalan Apabila si mati meninggalkan harta alih dan harta tidak alih bernilai RM600,000.00 ke bawah, warisnya...
Ukur tanah lawan Ukur jalan and Ukur sempadan
salam saya ada menyediakan kerja2 ukur sambilan untuk kawan2 sekiranya anda ingin mengukur - sempadan tanah -keluasan tanah -ukur butiran...
Ukur Hutan di gombak
Alat ukur telah siap dipasang total station best equipment telah menjumpa sasaran yang berada di puncak bukit Bila dah jumpa sasaran mak...
Kerja Ukur Di kalumpang
Bungunan jupem wilayah persekutuan jalan semarak kuala lumpur Tempat dimana data ukur dibeli Apa yang ada dalam bangunan ini...
kerja`kerja ukur tanah abu bakar
suasana kerja`kerja ukur sedang dijalan kan ini adalah kerja ukur bagi tujuan meratakan tanah ia lebih senang dipanggil (engineering su...
Ukur Banggunan
Apa itu ukur banggunan Perlukah atau ia satu pembaziran Ukur banggunan ia sangat baik untuk menghasilkan banggunan yang berkuality...
Kerja Ukur Sempadan Tanah di Lot Bungalow Precinct 10 Putra Jaya
Baru2 nie ada sedikit kerja bagi mengukur balik sempadan tanah lot bungalow di putra jaya kerja agak selesa oleh kerana putra jaya adalah sa...
Langgan
Catatan
Atom
Catatan
Ulasan
Atom
Ulasan
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.