Jkkk Kg Sungai Bil

10
Umar B. Kassim Pengerusi JKKK Kampung Sungai Bil Kepada, 10hb SEPTEMBER 2014 Tuan/Puan, Per. JEMPUTAN MESYUARAT JKKK KAMPUNG SUNGAI BIL 1. Merujuk perkara diatas. 2. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada: Tarikh : 16hb September 2014 Masa : 3.00 petang (Selasa) Tempat: Dewan Orang Ramai kampug Sungai Bil 3. Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat memeriahkan majlis. Sekian, Terima Kasih. Salam hormat dari saya,

description

Jkkk Kg Sungai Bil

Transcript of Jkkk Kg Sungai Bil

Umar B. KassimPengerusi JKKKKampung Sungai Bil

Kepada,

10hb SEPTEMBER 2014

Tuan/Puan,Per. JEMPUTAN MESYUARAT JKKK KAMPUNG SUNGAI BIL

1. Merujuk perkara diatas.

2. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada: Tarikh: 16hb September 2014Masa: 3.00 petang (Selasa)Tempat: Dewan Orang Ramai kampug Sungai Bil

3. Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat memeriahkan majlis.

Sekian, Terima Kasih.

Salam hormat dari saya,

(Umar B. Kassim)Pengerusi JKKKKampung Sungai BilSk.fail..Umar Bim kassimKetua Kampung Sungai Bil,Merangkap:Pengerusi JKKK Sungai Bil.

Kepada:YB. Dato Seri Ong Ka ChuanAhli Parlimen Tg. Malim.2hb SEPTEMBER 2014

YB. Dato Seri,Per. MOHON 2 BUAH KHEMAH, 20 BUAH MEJA DAN 100 BUAH KERUSI

1. Merujuk perkara diatas.

2. Semasa lawatan YB. Dato Seri di Dewan Kampung Sungai Bil ketika majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya pada penduduk kampung ini, YB. Dato Seri telah berjanji dan bersetuju memberi 2 buah khemah, 20 buah meja dan 100 buah kerusi bagi kegunaan Kampung Sungai Bil.

3. Kami Sangat berterima kasih atas sumbangan dari YB. Dato Seri.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

.(Umar Bin Kassim)Ketua Kampung Sungai Bil.MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATANKAMPUNG (JKKK) KAMPUNG SUNGAI BIL, SLIM VILLAGESESI 2014-2014RUJ. KAMI: BIL (5)JKKKSB/2014

Tarikh: 23hb Ogos 2014Masa: 3.00 PetangTempat: Dewan orang Ramai Kampung Sungai Bil

KEHADIRAN: Encik Umar Bin KassimPengerusi Puan Burmah Binti MahiramSetiausaha Puan Rajamah Binti Abd. RahmanBendahari Hj. Jamil Bin Hj. ZainuddinAJK En. Rusli bin NazimAJK Siti Ropeah Binti DahlanAJK Abdul Mutalib Bin Abd. KaharAJK Aznah Binti SulaimanAJK Puan Habibah Binti JatiAJK Puan Noridatun Binti Abd. RashidAJK

TIDAK HADIR: Zailan Bin Zainal AbidinAJK (BERSEBAB) Mohd Firdaus Bin AhmadAJK (BERSEBAB) Noor Azwa Binti AgusAJK (BERSEBAB) Hj. Badiuzzaman Bin Hj. ZainuddinAJK (BERSEBAB)

TURUT HADIR: En. Abd Rahim Bin Abd RazakPen. Pegawai Daerah Slim River(Jemputan Khas) Dr. Sharifuddin Bin Hj. ZainuddinAhli Majlis Daerah Tanjong Malim SM Yaacob Bin SamsudinKPB Slim Village Abd. Barri Bin Mohd YusofPenghulu Ulu Bernam

BilAGENDA MESYUARATTINDAKAN

1.UCAPAN PENGERUSI1.1. Untuk memulakan mesyuarat, beliau memohon kepada Hj. Azhar untuk membacakan doa.1.2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK yang yang hadir serta tetamu jemputan iaitu Tuan Penolong Pegawai Daerah Tg. Malim, Dr. Sharifuddin, Ahli Majlis (MDTM), Penghulu dan SM Yaakob Samsudin, KPB Slim Village.1.3. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YB. Dato Khusairi atas pemberian PA System untuk kegunaan mesyuarat atau majlis di dewan kampong kita.1.4. Beliau maklumkan bahawa pada minggu lepas satu perjumpaan antara JKKK dengan MDTM telah diadakan di Pejabat Daerah Slim River. Keputusan dari perjumpaan tersebut, MDTM telah bersetuju menyerahkan kawasan perkelahan SSBK dan penyerahan rasmi akan dibuat oleh MDTM.1.5. Pihak Dun Behrang telah meluluskan pembinaan jambatan ke kebun dan beberapa tiang lampu jalan menuju ke tangga.

MAKLUMAN

MAKLUMAN

MAKLUMAN

MAKLUMAN

MAKLUMAN

2.MENGESAHKAN MINIT MESYUARATPuan Rajamah mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Puan Siti Ropeah.

MAKLUMAN

3.MEMBENGTANG PENYATA KEWANGANPuan Rajamah telah membentangkan penyata kewangan

BENDAHARI

4.PERKARA BERBANGKITDalam Lawatan YB. DatoSeri Ong Ka Chuan pada 11 Julai 2014 telah berjanji akan memberikan 2 buah khemah, 20 buah meja dan 100 buah kerusi . Mesyuarat telah bersetuju dan mencadangkan menghantar surat permohonan rasmi kepada YB. Dato Seri Ong Ka Chuan.Pengerusi telah berjumpa dengan Pegawai MDTM berkaitan dengan penyerahan kawasan perkelahan Kampung Sungai Bil. MDTM akan menguruskan majlis penyerahan kepada JKKK Kampung Sungai Bil.

PENGERUSI

MDTM

5.UCAPAN EN. ABD RAHIM BIN ABD RAZAK,PENOLONG PEGAWAI DAERAH SLIM RIVER

Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan gembira dapat berjumpa dengan JKKK lebih dekat lagi.Harapan beliau agar JKKK dapat membantu dan memajukan kampong.Beliau memaklumkan bahwa lessen akan diberikan kepada rumah-rumah yang dibina atas rizab sungai dikampung ini dan pada masa akan datang, penduduk tidak dibenarkan mendirikan rumah atas rizab sungai.

MAKLUMAN

MAKLUMAN

MAKLUMAN

6.UCAPAN EN. YAAKOB BIN SAMSUDINKPB. SLIM VILLAGE

Beliau memaklumkan bahawa untuk menjaga keselamatan kampong kita hendaklah mengambil berat tentang orang yang memasuki kampong dengan bertanya nama, dari mana, apa urusan dan no. plat kenderaan.Beliau dan angotanya akan memantau aktiviti membela kambing di kawasan paya di hujung hutan kampong ini.

MAKLUMAN

MAKLUMAN

7.LAPORAN BIRO

Biro KeselamatanBeliau melaporkan bahawa sukar untuk memantau aktiviti orang luar yang datang ke kawasan perkelahan Sungai Bil. Mereka kurang memberi kerjasama da nada yang berkunjung melebihi jam 7 malam. Dalam perkara ini, mohon kerjasam daripada pihak polis untuk memantau dan membuat rondaan di sekitar tempat perkelahan Sungai Bil.Biro PembangunanHj. Jamil telah membentangkan kertas kerja mohon membina bangunan surau baru. Bangunan surau telahpun di hantar ke Pejabat Daerah Tg. Malim.Laporan Biro-Biro LainTiada

MAKLUMAN

MAKLUMAN

MAKLUMAN

8.HAL-HAL LAIN

Dr. Sharifuddin telah mohon RM 1,000 untuk program Jamuan Raya. Oleh kerana Bulan Raya telah habis tempoh maka mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Jamuan Sekampung pada 1hb September 2014 bersama UMNO dan JKKK Kampung Sungai Bil.Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Kerja Gotong Royong pada 24hb Ogos 2014 pada jam 9.00 pagi di Kawasan Perkelahan oleh JKKK Kampung Sungai Bil.Cadangan untuk memohon jalan lalu lintas berdekatan rumah En. Idris Bin Shafie di Kampung Sungai Bil ditangguhkan sehingga geran baru En. Idris diperolehi dari Pejabat Tanah Slim River.

MAKLUMAN

MAKLUMAN

MAKLUMAN

9.PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En. Abd Rahim (Penolong Pegawai Daerah) serta jemputan khas dan JKKK Sungai Bil.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Dicatat dan disediakan oleh:Disahkan oleh:

...(NURMAH BINTI MAHIRAM)(UMAR BIN KASSIM)Setiausaha JKKK Pengerusi JKKKKampung Sungai BilKampung Sungai Bil02/09/201402/09/2014