Jenis Batuan Dan Kepentingannya
Transcript of Jenis Batuan Dan Kepentingannya
BATUAN DAN PROSES PEMBENTUKANNYA
Geografi Tingkatan 4
• Definisi -Batuan merupakan pepejal yang terdiri daripada himpunan bahan mineral.
• Pengkelasan batuan dapat dibuat berdasarkan cara pembentukannya, saiz dan tekstur batuan, ketelusan dan ketelapan air serta ketahanan terhadap proses penggondolan.
• Batuan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu;
a) Batu igneusb) Batu enapanc) Batu metamorfosis
Pengenalan
BATU IGNEUS
• Ciri utama batuan igneus ialah bertekstur hablur. Terdapat dua jenis batuan igneus iaitu;– Batuan igneus jalar dalam / rej
ahan– Batuan igneus jalar luar / tero
bosan• Batuan igneus tidak
mengandungi fosil kerana bahan asalnya sangat panas dan tidak berlapis-lapis.
• Batuan igneus juga sangat keras dan berkilat.
Apakah ia batu igneus?
Kegunaan batu igneus
• Batu igneus seperti batu granit digunakan untuk
- membuat bangunan
- jalan raya
- landasan kereta api
- jambatan
- empangan
BATUAN ENAPAN• Terbentuk daripada pemendapan bahan-bahan hakisan,
tumbuh-tumbuhan, dan haiwan yang telah mati di bawah permukaan air seperti di dasar sungai, tasik dan dasar lautan untuk satu jangkamasa yang panjang.
• Pemendapan ini berlaku secara berlapis-lapis di bawah suhu dan tekanan yang tinggi
• Batuan ini tidak berhablur dan sering kali mengandungi fosil.
• Setiap lapisan batuan enapan boleh dibezakan daripada lapisan lain berdasarkan ketebalan, kekerasan, kandungan, warna dan tekstur.• Contoh batu enapan ialah batu kapur, konglomerat, syal dan batu pasir.
Kegunaan batu enapan
• Batu enapan cirinya adalah rapuh dan kurang tahan
kepada tekanan
• Contoh batu enapan ialah batu kapur yang membuat
simen dan konkrit
• Batu pasir pula digunakan untuk
membuat kaca
• Tanih lempung (liat) digunakan
tembikar dan batu bata
BATUAN METAMORFOSIS / BATUAN JELMAAN
• Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan mengubah batuan igneus dan batuan enapan menjadi batuan metemorfosis.
• Tekanan dan haba yang tinggi ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi secara besar-besaran, misalnya semasa proses lipatan kerak bumi dan aliran magma dalam kerak bumi.• Pada umumnya batuan metamorfosis lebih keras dan mampat daripada jenis batuan asalnya kecuali sekiranya batuan asalnya adalah batuan igneus.
Kegunaan batu metamorfosis
• Batu marmar digunakan untuk membuat perhiasan lantai dan dinding
• Batu permata digunakan untuk membuat perhiasan wanita
• Batu berlian digunakan untuk membuat mata pengisar, pemotong dan gerudi lapisan pejal
Contoh batuan mengikut jenis
Contoh mineral yang wujud
Kitaran Batuan
• Kitaran batuan bermaksud perubahan batuan daripada satu jenis kepada jenis yang lain.
• Proses ini melibatkan pembentukan batuan baru, pemusnahan atau perubahan jenis batuan
• Melalui kitaran ini, kumin-kumi batuan akan bergerak daripada beberapa meter sehingga ke beberapa kilometer, sama ada ke atas atau ke bawah atau secara mendatar di permukaan bumi.
• Batuan igneus berubah dari segi kandungan kimia, struktur dan tekstrur akibat tekanan dan kepanasan oleh sentuhan ignues jalar dalam atau sentuhan igneus jalar luar.
• Batuan juga boleh berubah apabila batuan terdedah kepada pergerakan dan letusan magma iaitu ketika letusan gunung berapi yang dikenali sebagai batuan jelmaan/ metamorfosis.
• Batuan juga mengalami proses penggondolan seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan dan pemendapan oleh agen-agen penggondolan seperti air mengalir, ombak, angin dan pergerakan glasier.
• Sisa batuan yang mengalami proses penggodolan ini akan diangkut dan dimendapkan di dasar sungai, tasik atau laut dan membentuk batuan enapan.
Pengaruh Batuan Terhadap Pembentukan Bentuk Bumi.
• Batuan keras seperti batuan granit membentuk banjaran gunung, manakala batuan lembut seperti syal dan tanah lempung pula membentuk lurah atau dataran pamah.
• Pengaruh geologi ini dibantu oleh proses geomorfologi seperti hakisan, luluhawa, dan proses endogenetik dalam membentuk konfigurasi bentuk muka bumi sesuatu kawasan.
• Ciri-ciri batuan seperti kekerasan, kejerapan air, keporosan, rekahan, dan lain-lain akan menentukan rupa bumi di kawasan tersebut.
Rajah kitaran batu
• Kitaran batu adalah proses perubahan jenis batuan bertukar ke jenis yang lain akibat daripada haba dan tekanan
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
1. Pertanian
• Batuan yang terluluhawa akan menghasilkan tanih yang subur dan sesuai untuk pertanian.
• Contohnya batuan basalt yang terluluhawa menjadi tanih yang subur untuk pertanian di Pulau Jawa.
• Batuan igneus yang terluluhawa
akan membentuk tanih laterit yang
sesuai untuk pelbagai jenis tanaman
pertanian seperti kelapa sawit, getah
dan koko.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
2. Perlombongan Batuan juga kaya dengan
kandungan logam, Logam ini biasanya terdapat di
celahan atau alur rekahan batuan seperti arang batu dan bijih besi.
Terdapat juga logam yang dihanyutkan dari kawasan tanah tinggi dan dimendapkan di sungai-sungai seperti bijih timah dan emas.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
3. Bahan binaan
Terdapat banyak batuan seperti granit, batu
kapur, batu pasir, marmar dan slat yang boleh
digunakan sebagai bahan binaan.
Batu granit digunakan untuk membina jalan dan
bagunan.
Batu kapur digunakan untuk membuat simen bagi
membina bangunan
Marmar merupakan antara bahan yang digunakan
untuk membuat kemasan dalam pembinaan.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
4. Bahan Mentah
Batuan lempung seperti kaolin banyak
digunakan dalam industri pembuatan tembikar
dan jubin.
Pasir merupakan bahan mentah utama dalam
industri pembuatan barangan kaca.
Batuan juga mengandungi pelbagai jenis
garam yang boleh digunakan dalam pelbagai
jenis industri.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
5. Perhiasan
Batuan metamorfik
menghasilkan pelbagai jenis
batu permata yang digunakan
untuk membuat barang kemas.
Antaranya intan, garnet, delima,
nilam dan zirkon.
Contoh jenis berlian/batu permata mengikut warna
• Rasa-rasa ada duit ke nak beli?
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
6. Bahan api
Batuan yang boleh digunakan
sebagai bahan api ialah gambut,
arang batu lignit, bitumen dan arang
batu wap, antrasit dan minyak galian.
Bahan api ini digunakan sebagai
sumber haba dan tenaga di rumah,
kilang dan kenderaan.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
7. Ekopelancongan
Pandang darat karst dan kawasan
gua batu kapur menjadi kawasan
tarikan pelancong kerana
mempunyai pemandangan yang
indah dan mempunyai nilai sejarah.
Contohnya Gua Niah dan Gua Mulu
di Sarawak
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
8. Keagamaan
Terdapat juga penganut-
penganut agama yang
menjadikan gua sebagai tempat
ibadat mereka.
Contohnya Gua Batu Caves
(Hindu) dan Gua Sam Poh
Tong (Buddha)
Contoh Batuan Metamorfosis
Batuan Asal Batuan Metamorfosis
Arang batu (batu enapan) Grafit
Batu kapur (batu enapan) Marmar
Batu pasir (batu enapan) Kuartzit
Syal (batu enapan) Syis
Granit (batu igneus) Gneis