Jelajah Keamanan Perak

14

description

Jelajah Keamanan Peringkat Negeri Perak

Transcript of Jelajah Keamanan Perak

Page 1: Jelajah Keamanan Perak
Page 2: Jelajah Keamanan Perak

YAB MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada Perdana Global Peace Foundation (PGPF) di bawah kepimpinan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu komited kearah menjenayahkan perang serta usaha memperjuangkan matlamat keamanan dunia sejagat. Tidak setakat itu, PGPF juga gigih membantu mereka yang tertindas akibat peperangan dan konflik, antaranya di Bumi Palestin dan Somalia. Saya turut bangga kerana Perak dapat bersama dalam penganjuran program ‘Jelajah Keamanan 2012’. Seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Perak akan memberi sokongan padu atas usaha usaha ini. Saya juga mengambil kesempatan ini meminta sektor korperat, badan badan bukan kerajaan, pemimpin tempatan, persatuan persatuan dan rakyat Negeri Perak amnya, menyokong usaha PGPF, khususnya program Wakaf ‘Water4Gaza’. Kesengsaraan penduduk Gaza akibat penindasan rejim Zionis Israel yang tiada kesudahan sejak selepas Perang Dunia Kedua yang menjadi agenda utama PGPF wajar mendapat sokongan dari semua pihak.. Kita amat bertuah kerana rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai, tidak seperti apa yang berlaku di sesetengah Negara di Timur Tengah. Dari kesejahteraan yang kita nikmati ini, marilah kita menjalankan tanggungjawab bersama membantu kearah mengurangkan kesengsaraan yang timbul dari konflik di Negara mereka. Saya berharap agar PGPF terus menjalankan usaha-usaha murni membantu mangsa-mangsa perang dan kekejaman. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua individu, wakil penduduk, syarikat dan pertubuhan yang telah sudi menyumbang tenaga serta wang ringgit bagi menjayakan program ‘Jelajah Keamanan 2012’ ini. Sekian, terima kasih. (Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir) Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Page 3: Jelajah Keamanan Perak

PENGERUSI PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah dengan izin Allah SWT, kita dapat bersama pada petang ini dalam program Jelajah Keamanan Peringkat Negeri Perak anjuran bersama Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Kerajaan Negeri Perak. Justeru, saya dahulukan dengan ucapan berbanyak terima kasih kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Perak kerana dapat menerima kami. Ini adalah antara usaha kami untuk ‘Merakyatkan PGPF’ . Objektif utama program ini ialah untuk menerapkan semangat nasionalisme dan memotivasikan budaya cintakan keamanan serta menentang sebarang bentuk konflik dan tindak yang tidak berperi kemanusiaan dalam jiwa masyarakat. Ia juga bertujuan untuk menunjukkan kepada masyarakat dunia tentang keprihatinan rakyat Malaysia terhadap sebarang kekejaman, kezaliman dan pencerobohan yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin. Dalam hubungan ini, PGPF mengadakan pameran selama tiga hari yang bertujuan untuk memberi gambaran kekejaman yang berlaku dan kesangsaran yang ditanggung dalam peperangan, termasuk pernginayaan di bumi Palestin. Usaha-usaha ini diharap dapat memberi kesedaran dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang prihatin tentang is-isu kemanusiaan dan mensyukuri nikmat dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang hidup aman dan damai. Program ini juga bertujuan untuk mengumpul dana melalui Wakaf ‘Water4Gaza’ dimana secara simbolik 1.5 juta botol air diwakafkan untuk penduduk Gaza yang terus menghadapi masalah mendapatkan sumber air bersih, selepas infrastruktur dan sistem kumbahannya dimusnahkan oleh Israel dalam ‘Operation Cast Lead’ tahun 2008. Ramai yang tidak mengetahui 95% sumber air di Gaza dicemari oleh sisa-sisa toksid yang boleh membahayakan kesihatan penduduknya. Penganjuran program Jelajah Keamanan ini juga tidak dapat disempurnakan tanpa bantuan organisasi dan juga individu yang turut bersama dalam usaha menjenayahkan perang dan prihatin atas mangsa peperangan. Terima kasih atas penglibatan anda yang selama ini banyak memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kami. Akhir kata, saya berharap program Jelajah Keamanan ini akan berjalan dengan lancar kearah mencapai misi dan objektif PGPF dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Sekian, terima kasih. TAN SRI NORIAN MAI, PENGERUSI PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION

Page 4: Jelajah Keamanan Perak

2.00 petang : Ketibaan Dif-dif Jemputan 2.30 petang : Ketibaan YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan 2.35 petang : Kata kata Aluan YBhg Tan Sri Norian Mai, Pengerusi, Perdana Global Peace Foundation (PGPF) 2.45 petang : Tayangan Video 3.00 petang : Melawat PAMERAN ‘War is a Crime’ 3.20 petang : Menyambut Ketibaan Konvoi JELAJAH KEAMANAN 3.50 petang : Ketibaan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PGPF : Doa Selamat

: Ucapan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan : Ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “JENAYAHKAN PEPERANGAN” : Dialog : Perasmian Jelajah Keamanan Peringkat Negeri Perak dan Penyerahan Wakaf Water4Gaza oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan : Persidangan Akhbar 6.00 petang : Bersurai

ATURCARA PROGRAM JELAJAH KEAMANAN PERINGKAT NEGERI PERAK

Page 5: Jelajah Keamanan Perak

Petikan Kata-Kata

“…saya ingin menyeru kepada semua masyarakat Malaysia, termasuk dari agensi-agensi awam, pertubuhan-pertubuhan NGO, badan-badan swasta untuk tampil memberikan sokongan, kerjasama serta sumbangan derma bagi membantu rakyat Gaza yang sarat ditindas dan dizalimi oleh Zionis Israel yang kejam”

YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia

“...”Waqaf Water4Gaza” adalah simbol manifestasi rakyat Malaysia untuk membantu 1.5 juta penduduk Gaza yang telah sekian lama menderita akibat kekejaman serta penindasan pihak Zionist Israel yang dengan sengaja telah mencemari kesemua sumber-sumber air bersih...”

YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia

“Air kumbahan yang mengalir ke laut Mediteranean mungkin akan mencemarkan perairan serta bekalan air bersih dikawasan sekitarnya…” “Ini sekaligus mencetuskan wabak yang boleh membahayakan penduduk disekitar laut itu termasuk Israel. Tetapi rejim Zionis Israel enggan membenarkan (bekalan paip PVC dihantar) kerana mereka terlalu angkuh”

YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad Presiden Perdana Global Peace Foundation

Page 6: Jelajah Keamanan Perak

Harapan Kami PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara aman di mana rakyatnya dapat menikmati pelbagai keselesaan dan kebebasan. Rakyat berbilang kaum di negara inirata rata bersikap pemurah dan prihatin kepada mereka yang memerlukan bantuan. Maka tidak hairanlah kesengsaraan negara-negara lain yang di landa masalah penindasan dan pelbagai sekatan dianggap sebagai satu tanggungjawab bersama untuk meringankan beban dan masalah mereka. Justeru, usaha menganjurkan satu program kesedaran keamanan adalah penting untuk menunjukkan keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia yang mengutuk keras sebarang kekejaman dan kezaliman peperangan. Atas keprihatinan itu, Rakyat Malaysia sewajarnya memberi bantuan dan sumbangan kepada mangsa peperangan ini. Jelajah Keamanan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) yang diasaskan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2005 untuk menganjur program-program keamanan dan menjenayahkan perang. Program ini bermatlamat untuk melahirkan kesedaran kepada masyarakat Malaysia terutama penuntut-penuntut universiti dan golongan belia supaya mengubah persepsi yang wujud selama ini tentang peperangan dan keamanan, kepada persepsi baru yang melihat peperangan sebagai suatu perkara terlarang. Waqaf Water4Gaza Air merupakan salah satu elemen yang paling penting dalam kehidupan kita seharian. Di Malaysia, kita tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber bekalan air bersih tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menghargai kemudahan yang kita miliki itu. Pernahkah kita terfikir sekiranya kita hidup di tanah air sendiri, namun bekalan air kita terhad dan tahap kebersihannya diragui.

Begitulah yang terjadi kepada saudara kita di bumi Gaza di mana akibat dari sekatan rejim Zionist kehidupan mereka cukup menderita. Ketika ini penduduk Palestin terlalu sukar mendapatkan bekalan makanan dan ubatan kerana dikenakan sekatan haram tentera rejim Zionis yang jelas mengenepikan kecaman antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Maklumat diterima mendapati Wadi Gaza kini dipenuhi air kumbahan. Di sepanjang Semenanjung Gaza pula, 16 saluran pembetungan dialirkan terus ke laut iaitu pelepasan lebih 80,000 meter persegi air buangan yang tidak dirawat ke dalam laut. Mutu bekalan air di Gaza merosot dengan cepat, di samping menghadapi masalah ketiadaaan sumber air lain. Penduduk di Semenanjung Gaza yang dirundung kesan kezaliman Zionis itu terpaksa menanggung risiko besar dan tiada apa boleh dilakukan selagi dasar tertutup Israel berterusan. Lebih menyedihkan sistem pembetungan dan loji penapisan air di Gaza telah dimusnahkan oleh tentera Israel dalam siri pengeboman yang bermula pada 27 Disember 2008. Menjelang 18 Januari 2009, lebih 1,400 rakyat Palestin terbunuh dan sebahagian besar kawasan di Gaza musnah dijilat api. Usaha usaha PGPF Atas rasa kesedaran dan simpati, PGPF mewujudkan program Wakaf Air Untuk Gaza. Melalui program ini, air mineral (botol 500ml) dengan logo WaqafWater4Gaza akan dijual tanpa menetapkan harga, dengan harapan mendapat sumbangan ikhlas dari orang ramai tanda sokongan mereka terhadap program ini. Melalui program ini pihak PGPF akan mengedar 1.5 juta botol air mineral, iaitu secara simbolik, satu botol untuk seorang penduduk Gaza yang terdiri dari 1.5 juta orang. Walaupun jika dilihat dengan mata kasar, ianya tidak mampu untuk menampung sepenuhnya keperluan air minuman penduduk Gaza, namun ianya diharapkan mampu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan seharian.

Page 7: Jelajah Keamanan Perak

Untuk Renungan KESAN SEKATAN ISRAEL KE ATAS GAZA Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Penyelarasan dan Hal Ehwal Kemanusiaan Pendudukan Wilayah Palestin serta Laporan Bersama ‘Dashed Hopes: Continuation of the Gaza Blockade’ (Oktober 2010), menunjukkan: • Penduduk Gaza adalah 1.6 juta, dengan

anggaran melebihi 50% dibawah umur 18 tahun.

• 80% dari nya bergantung pada bantuan

antarabangsa. • 61% mengalami pemakanan terhad. • Kadar pengangguran dalam linkungan 39%,

antara yang tertinggi di dunia. • Gangguan bekalan elektrik berlarutan

selama 4-6 jam sehari dan sering kali lebih lama.

• 60% menerima bekalan air hanya sekali

setiap 4 atau 5 hari untuk 6-8 jam. • 50 ke 80 juta liter air kumbahan separa

atau tidak dirawat lansung dilepaskan ke dalam laut setiap hari.

• Lebih kurang 90% air yang dibekal ke

penduduk Gaza tidak boleh diminum dan dicemari garam serta nitrat.

• 78% dari kerosakan rumah yang terjejas

akibat Operation Cast Lead masih belum dibina semula.

• 38% penduduk Gaza hidup dalam

kemiskinan.

• 26% tenaga kerja Gaza, termasuk 38%

belia, tidak mempunyai pekerjaan. • Purata gaji merosot lebih dari 20% dalam

enam tahun lepas. • 54% penduduk Gaza tidak cukup

pemakanan dan lebih dari 75% bergantung pada bantuan.

• 35% tanah ladang dan 85% dari perairan

untuk menangkap ikan adalah separa atau secara keseluruhan tidak boleh di akses akibat sekatan tentera Israel.

• 50-80 juta liter air separa rawat dibuang

ke laut setiap hari. • Lebih dari 90% air dari akuifer Gaza tidak

boleh diminum. • 85% dari sekolah-sekolah Gaza beroperasi

dalam dua syif. • Lebih kurang satu per tiga barangan dalam

senarai ubat-ubatan penting kehabisan stok.

• Semenjak permulaan 2010, 64 orang

awam Palestin telah dibunuh dan 621 tercedera oleh kuasa-kuasa Israel; lebih dari 60% mangsa kejadian berlaku di kawasan larangan-masuk. Lain-lain, 60 orang awam terbunuh dan 137 tercedera dalam kemalangan berkaitan dengan terowong.

Page 8: Jelajah Keamanan Perak

Fakta 1. Sekatan atas Gaza (darat, udara dan laut)

adalah satu penafian hak asasi manusia dan berlanggaran dengan undang-undang antarabangsa yang sama dengan hukuman kolektif. Ia menghalang import dan eksport, juga pergerakan penduduk dalam dan luar Gaza, dan akses ke tanah pertanian dan perairan memancing. Rakyat Gaza tidak dapat membekalkan keperluan hidup kepada keluarga dan kualiti infrastruktur dan servis-servis penting telah merosot.

2. Walau langkah-langkah telah diambil untuk

meringankan sekatan pada Jun 2010 situasi kemanusiaan masih dalam keadaan rapuh. Sedangkan barangan import telah meningkat, ia masih kurang dari 40% berbanding tahap-tahap pra-2007. Barangan eksport masih dihalang ketat dan dan dihadkan kepada hasil pertanian ke Eropah, dan perniagaan rakyat Gaza tidak dibenarkan memasuki pasaran tradisional dalam Israel dan Tebing Barat. Akses ke darat dan laut kekal dengan kawalan sangat ketat.

3. Hanya sebilangan kecil projek –projek yang

bertujuan untuk meningkatkan taraf perumahan dan servis-servis penting di Gaza, yang telah diserah untuk kelulusan komuniti antarabangsa, dibenarkan pihak berkuasa Israel. Pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan terbantut akibat kekurangan pembiayaan dan memberi kesan kepada agensi-agensi sedang beroperasi, juga oleh keupayaan terhad di persimpangan tunggal untuk barang-barangan. Pemisahan dalaman warga Palestin adalah lagi satu factor yang melemahkan kualiti servis-servis penting.

4. Sikap Israel tidak mengindahkan undang-

undang kemanusiaan antarabangsa, menyebabkan pemangsaan orang awam, terutamanya sewaktu pertempuran bersenjata dan semasa menguatkuasa larangan kemasukan ke kawasan sempadan.

5. Beribu manusia, kebanyakannya kanak-kanak, mempertaruhkan nyawa menyeludup barang-barang melalui terowong bawah sempadan Mesir setiap hari. Industri terowong yang semakin berkembang adalah kesan lansung daripada larangan yang berterusan ke atas barangan pembinaan di import, kekurangan peluang pekerjaan, dan keperluan penting untuk pembinaan dijalankan di Gaza.

6. Rakyat Gaza kekal terpencil dan di asingkan dari

wilayah Palestin yang di duduki. Laluan masuk ke Tebing Barat, sama ada melalui persimpangan Erez Israel atau melalui Jordan, adalah dilarang untuk semua rakyat Gaza. Bilangan orang yang dibenarkan melalui Persimpangan Rafah Mesir kekal terhad, dengan beratus dinafikan laluan setiap minggu.

Perhatian: akses ke laporan-laporan boleh dijumpai di http://reliefweb.int/node/376348 dan http://reliefweb.int/node/453546. 40,000 kanak-kanak di halang dari ke sekolah-sekolah tajaan Bangsa Bangsa Bersatu (UN) Oleh kerana United Nation Relief and Works Agency (UNRWA) gagal mendapatkan barang binaan untuk membina sekolah baru, 40,000 kanak-kanak yang layak tidak dapat di daftarkan di sekolah UNRWA pada permulaan sesi persekolahan baru dan mereka dihantar ke sekolah di bawah penguasaan kerajaan Hamas. Lebih dari 90% sekolah UNRWA sedang beroperasi dalam dua sesi dan kontena sering kali digunakan sebagai bilik darjah. Setakat ini, Israelhanya meluluskan 6 daripada 100 sekolah yang diperlukan oleh UNRWA untuk menampung pelajar pada tahun yang akan datang.

Page 9: Jelajah Keamanan Perak
Page 10: Jelajah Keamanan Perak

Kenyataan Akhbar Misi ‘Break The Seige On Gaza’ 0825 (Waktu Jordan) 16 Mei 2011 (Isnin) Misi Spirit of Rachel Corrie, melibatkan kapal milik Malaysia membawa bantuan untuk Palestin, telah dipintas dan diserang oleh tentera laut Israel di dalam zon sekuriti Palestin pagi ini waktu 6.54 am masa tempatan. 12 orang anak kapal dan penumpang kini selamat. Pada masa ini, kapal tersebut dipaksa berlabuh dalam perairan Mesir lebih kurang satu setengah batu nautika dari perairan Gaza. Kejadian yang berlaku semalam, adalah ketika memperingati hari ‘Nakba’ dimana ramai nyawa yang berkorban. ‘Nakba’ adalah perkataan Arab bererti malapetaka dan ia adalah untuk mengingati peristiwa “pengusiran dan perampasan beratus ribu rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka pada tahun 1948”. Inisiatif kemanusiaan ini ditaja oleh Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) dan penyertaan oleh aktivis anti-perang dan wartawan dari benua Asia, Amerika dan Eropah. Kapal kargo Spirit of Rachel Corrie (nama rasmi MV FINCH) membawa paip-paip kumbahan UPVC (plastik) untuk membantu memulihkan sistem pembentungan Gaza yang telah musnah. Kapal dinamakan sempena seorang aktivis berani warga Amerika yang terbunuh digelek jentolak Israel pada tahun 2003 sewaktu sedang menghalang rumah seorang warga Palestin daripada dirobohkan. Beliau mati pada umur 23 tahun. Misi Spirit of Rachel Corrie adalah sebahagian daripada kempen “Pecahkan Kepungan Gaza” anjuran PGPF. Tujuan kempen ini adalah untuk menengahkan kesan kepungan haram yang dikenakan oleh Israel dan bagi meningkatkan kesedaran pelanggaran hak kemanusiaan rakyat Gaza. Memecahkan sekatan dan menamatkan hukuman kolektif haram ke atas 1.5 juta penduduk Gaza mestilah dijadikan keutamaan oleh komuniti antarabangsa. Pada 27 November 2008, tentera Israel melancarkan Operasi Cast Lead, dimana bukan sahaja lebih 1,400 rakyat Palestin terbunuh, malah infrastruktur penting dimusnah menyebabkan

rakyat Gaza mengalami masalah kekurangan air minum dan masalah air kumbahan yang kritikal. Usaha membaikpulih infrasturktur ini menjadi mustahil apabila Israel menghalang kemasukan bahan api dan binaan untuk menyelesaikan keadaan buruk ini. Menurut laporan dari Emergency Water, Sanitation and Hygiene (EWASH), “kemasukan 80 juta liter air kumbahan yang separa atau tidak dirawat ke dalam persekitaran Lautan Mediteranean setiap hari adalah terutamanya kesan daripada sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas Gaza”. Semenanjung Gaza, anatara kawasan yang mempunyai ketumpatan penduduk yang tertinggi di dunia, kini mengalami masalah kesihatan yang serius seperti ‘blue baby syndrome’, cirit-birit dan wabak penyakit lain yang boleh merebak melalui air seperti kepialu dan hepatitis A. World Health Organisation telah memberi amaran akan kemungkinan berlakunya epidemik taun jika tiada usaha dibuat segera untuk menangani krisis sanitasi ini. Menurut Physicians for Human Rights-Israel: “Antara 90% dan 95% akuifer dalam Gaza tidak selamat digunakan sebagai punca air minuman”. Sebab utama masalah ini berpunca dari kemusnahan 20 kilometer system paip air, 7.5 kilometer paip kumbahan dan 5,700 tangki air mudah alih, sewaktu Operation Cast Lead yang dilancar oleh Israel. Sementara persekitaran di Gaza mengalami kesan dramatik disebabkan krisis kumbahan dan air, kesannya telah pun sampai ke pantai Israel, dan boleh tersebar terus sehingga melibatkan negara-negara jiran. Isu kesihatan dan persekitaran ini mesti ditangani segera. Komuniti antarabangsa wajib meminta agar sekatan haram Israel dihentikan. Misi Spirit of Rachel Corrie bermula dari penyertaan PGPF dalam Freedom Flotilla 2010, di mana 9 aktivis dibunuh oleh komando Israel. Lanjutan dari satu misi mencari fakta yang dijalankan di Gaza pada Oktober 2010, PGPF bertekad untuk meneruskan usaha-usaha membantu rakyat Palestin.

Page 11: Jelajah Keamanan Perak

Kenyataan Akhbar PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION 6 Julai 2011 (Rabu) Saya sangat gembira menerima berita hari ini bahawa setelah tujuh minggu terkandas, kapal kami, Spirit of Rachel Corrie (MV FINCH) telah dibenarkan untuk berlabuh di pelabuhan El Arish di Mesir. Sehubungan ini, saya diberitahu ahli-ahli Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) yang kini berada di El Arish untuk penyeliaan operasi, bahawa muatan paip-paip UPVC telah diturunkan, dengan berat kasar 32 ton ke atas 7 lori dan akan dihantar ke gaza dengan segera. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Mesir, Dr. Esham Sharaf yang saya kunjungi sewaktu lawatan ke Kaherah minggu lepas untuk mempercepatkan keseluruhan proses. Adalah harapan saya bahawa kerajaan baru Mesir akan terus menyokong usaha kami dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang berada di bawah kepungan haram rejim Tel Aviv semenjak tahun 2007. Pihak kami, akan terus komited dalam menentang dan mencabar sekatan yang tidak kurang dari satu perlakuan membunuh oleh rejim Israel ke atas seluruh penduduk Palestin di Gaza. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Presiden, Yayasan Keamanan Sedunia Perdana

Page 12: Jelajah Keamanan Perak

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM JELAJAH KEAMANAN PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

PENAUNG

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

PENGERUSI

YB Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

TIMBALAN PENGERUSI

JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA LOGISTIK

JAWATANKUASA SAJIAN

JAWATANKUASA IT, MULTIMEDIA DAN TEKNIKAL

JAWATANKUASA KESELAMATAN

JAWATANKUASA KESIHATAN

JAWATANKUASA PENYIARAN DAN HEBAHAN JAWATANKUASA PUBLISITI DAN PROMOSI

JAWATANKUASA KONVOI JELAJAH KEAMANAN

Page 13: Jelajah Keamanan Perak

PRESIDEN Tun Dr. Mahathir Mohamad

PENASIHAT TERHORMAT

Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd Ali Dato’ Mukhriz Mahathir

PENGERUSI

Tan Sri Norian Mai

TIMBALAN PENGERUSI Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob

BENDAHARI

Tan Sri Dato’ Sri Hj. Abdul Halil Hj. Abd Mutalif

PENGARAH EKSEKUTIF Dr. Zulaiha Mohamed Ismail

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Samsudin Hitam Tan Sri Dato’ Ahmad Fuzi Abdul Razak

Tengku Tan Sri Dr. Mahaleel Tengku Ariff Datuk Badariah Arshad

Datuk Ahmad Abd. Talib Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed

KAMI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN ANDA

Anda dipelawa untuk melibatkan diri dalam misi dan usaha-usaha Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF). Sumbangan juga boleh diberi melalui Cek atas nama“Perdana Global Peace Foundation” ATAU Transfer Bank / Deposit Tunai No. Akaun CIMB: 14081208316050. Sumbangan wang akan diberi pengcualian cukai (Nombor pendaftaran cukai kami: (8.09)248/40/7-1338Vol.9(SK.25)(6)). Tingkat 5, No. 88, Jalan Perdana, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-2092 7248 Fax: +603-2273 2092 Email: [email protected] Web: www.perdana4peace.org

Page 14: Jelajah Keamanan Perak

PGPForum - Dis 2005

KL Initiative to Criminalise War

- Dec 2005

Perdana Global Peace

Organisation - May 2006

Criminalise War: Stop WW4 (The Coming

Nuclear Wars) - Jun 2006

Expose War Crimes:

Criminalise War - Feb 2007

International Conference &

Exhibition - Okt 2009

London to Gaza - Dis 2009

Freedom Flotilla: MV Rachel Corrie

- May 2010

Breaking The Siege: In the Spirit

of Rachel Corrie - Jul 2010

Perdana Global Peace

Foundation - Okt 2010

Waqaf Water 4 Gaza

- Okt 2010

Big Walk for Gaza

- Dis 2010

Jelajah Keamanan - April 2011

MV FINCH - May 2011

Dialogue on Palestine - Jul 2011

Tabung Bencana Somalia

- Ogos 2011

Walk for Al-Quds - Ogos 2011

International Conference : The

Arab Uprising - 18 Nov 2011

Kuala Lumpur War Crimes

Tribunal Hearing - 19 Nov 2011

War Is A Crime Exhibition

- 18 – 27 Nov 2011

“Perjuangan rakyat Palestin tidak lebih dari satu perjuangan untuk keadilan, di mana mereka, seperti semua yang lain, mempunyai hak.” Tun Dr Mahathir Mohamad (1983)

Antara porgam-program yang telah dianjurkan PGPF 2005-2012 :

“The Palestinian struggle is nothing more than a struggle for justice, to which they, as much as everyone else, have a right.” Tun Dr Mahathir Mohamad (1983)

JELAJAH KEAMANAN PERINGKAT NEGERI MELAKA Khamis, 23 Februari 2012