JEJAK WARISAN

22
BATU KISAR Batu kisar diperbuat daripada batu granit dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak. Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar. Bahagian ibu pula mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran. Batu kisar biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih. Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk ubat-ubatan tradisional. Sebelum dikisar, bahan yang hendak dikisar perlulah dibasuh bersih dan direndam semalaman untuk melembutkannya dan memudahkan untuk dikisar. Bahan yang hendak dikisar hendaklah diletakkan sesudu demi sesudu kedalam lubang yang terdapat pada anak kisar. Masukkan juga 2-3 sudu air untuk memudahkan kisaran. Jika tidak, hasil kisaran akan menjadi kasar dan kuih yang akan dihasilkan agak tidak cantik. Bahagian muncung yang terdapat pada ibu kisar hendaklah ditadah dengan besen. Ini kerana hasil kisaran akan keluar melalui muncung yang terdapat pada ibu kisar. Proses ini dilakukan sehingga selesai. Hasil kisaran seterusnya bolehlah

description

tradisi

Transcript of JEJAK WARISAN

KACIP

KUKUR

Digunakan untuk mengukur/ memarut kelapa. Kukur ini diperbuat daripada kayu yang diukir cantik. Apabila hendak mengukur kelapa, kita perlulah duduk di atas kukuran ini.Bubu

Bubu merupakan sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulan perangkap. Ianya sering digunakan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di persisiran pantai, lautan ataupun penduduk desa yang tinggal berhampiran dengan sungai. Walaupun bentuknya yang agak berbeza dengan mana-mana perangkap yang lain kerana saiznya yang agak kecil, namun ianya mudah dibawa dan senang diletakkan di tempat yang didapati banyak mempunyai ikan. Terdapat beberapa jenis bubu antaranya ialah bubu batang, bubu daun, bubu janbul dan bubu sadah. Bubu merupakan salah satu alat tangkapan tradisional Melayu yang masih kekal dengan bentuk asal dan ianya masih digunakan sehingga hari ini.Secara amnya, sebuah bubu dibentuk daripada tapak berbentuk empat segi bujur yang diperbuat daripada rotan atau buluh mengikut rupa bentuk tertentu. Seluruh tapak dan rangka ini diliputi dengan kawat mata punai. Di bahagian depannya terdapat satu pintu masuk yang dipanggil injap yang berbentuk seperti leher kuda. Fungsinya adalah untuk memerangkap hasil tangkapan dengan membenarkan ikan masuk tetapi menghalangnya daripada keluar, manakala satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup, berada di bahagian tapak untuk mengeluarkan hasil tangkapan. Pembuat bubu hanya memerlukan kemahiran meraut dan menganyam buluh. Buluh tersebut perlu dipotong kecil-kecil secara memanjang dan diraut untuk menjadi bilah yang boleh dianyam. Bahagian atasnya dibentuk untuk dibuat lingkaran supaya dapat menyokong buluh-buluh yang akan disatukan dengan pengadangnya.Pukat/ Jala

Pukat merupakan salah satu daripada peralatan menangkap ikan secara tradisional yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Namun begitu secara tidak langsung, fungsinya kini dipertingkatkan lagi dengan adanya beberapa perubahan dan pembaharuan yang dilakukan ke atas alat ini. Terdapat beberapa jenis pukat, antaranya ialah pukat sorong, pukat tunda, dan pukat rinau. Pukat biasanya digunakan oleh para nelayan kecil dan sederhana. Lazimnya pukat mempunyai lubang-lubang agar besar antara 4-6 inci.Pukat digunakan oleh nelayan laut dalam dengan menggunakan bot besar. Nelayan jenis ini akan pergi memukat pada masa alut tidak bergelora selama 3-5 hari. Hasil tangkapan adalah ikan yang lebih besar dan tangkapan lebih banyak.CONGKAK

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalahLabu Sayong

Tradisi tembikar ini diusahakan oleh penduduk tempatan di pedalaman seperti para penduduk di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentuknya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai. Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi atau nature, ini mungkin kerana ianya biasanya dihasilkan oleh kaum wanita maka, secara tidak langsung, jiwa mereka yang lebih sensitif turut dipaparkan melalui corak yang dihasilkan. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan labu sayong.

Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan. Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.GOBEK SIRIH

ANYAMAN TIKAR MENGKUANG.Seni anyaman tikar mengkuang adalah kemahiran yang diwarisi sejak zaman berzaman tanpa adanya suatu dokumentasi lengkap berhubung teknik atau kepelbagaian corak atau kelarai uniknya.

Dikatakan, terdapat lebih daripada seratus kelarai yang berlainan. Kemahiran untuk mewujudkan kelarai-kelarai yang berlainan atau kombinasi kelarai-kelarai tadi sudah tentu memerlukan ketelitian dan kemahiran menganyam yang sangat tinggi.

Selain itu, proses anyamannnya dibuat secara manual dan memerlukan ketelitian & daya tumpu yang hebat.

PROSES MENGANYAM TIKAR 1. Memilih dan memotong daun mengkuang mentah. Panjang daun yang dikerat bergantung kepada saiz tikar yang ingin dibuat. Biasanya ianya dipotong dalam ukuran 3 kaki sehingga 8 kaki.

2. Selepas dipotong, duri tengah daun mengkuang tadi akan dibuang dengan menggunakan pisau kecil. Daun-daun yang dikerat berdasar anggaran tadi akan dikerat sekata sekali lagi berdasarkan saiz sebenar ukuran tikar yang akan dibuat.

3. Kedua-dua belah duri tepi dibuang, daun mengkuang akan dibelah bergantung kepada saiz bilah yang ingin dihasilkan.Selepas itu,bilah-bilah mengkuang atau mengkuang yang telah dikecilkan saiznya akan direbus untuk membuang klorofil.

4. Mengkuang yang telah dinyah klorofil akan direndam ke dalam air selama 2 malam.Setelah direndam, bilah-bilah mengkuang akan dijemur sehingga kering selama satu atau dua hari. Bergantung kepada warna yang ingin dihasikan,bilah-bilah mengkuang sekali lagi akan direndam di dalam cecair pewarna untuk menghasilkan bilah-bilah yang pelbagai warna.

5. Sekali lagi,bilah-bilah yang telah diwarnakan dijemur dan dikeringkan.

6. Seterusnya, tikar akan dianyam dalam pelbagai corak atau kelarai. Seorang tukang tikar yang mahir boleh menggabungkan 4 atau 5 kelarai dalam sebuah tikar. Tikar yang telah siap akan dikemaskan hujungnya dengan membuat cara Lepih atau Tulang Belut. (rujuk gambar-gambar tikar dibawah).

BATU KISAR

Batu kisar diperbuat daripada batu granit dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak. Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar. Bahagian ibu pula mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran. Batu kisar biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih. Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk ubat-ubatan tradisional.

Sebelum dikisar, bahan yang hendak dikisar perlulah dibasuh bersih dan direndam semalaman untuk melembutkannya dan memudahkan untuk dikisar. Bahan yang hendak dikisar hendaklah diletakkan sesudu demi sesudu kedalam lubang yang terdapat pada anak kisar. Masukkan juga 2-3 sudu air untuk memudahkan kisaran. Jika tidak, hasil kisaran akan menjadi kasar dan kuih yang akan dihasilkan agak tidak cantik. Bahagian muncung yang terdapat pada ibu kisar hendaklah ditadah dengan besen. Ini kerana hasil kisaran akan keluar melalui muncung yang terdapat pada ibu kisar. Proses ini dilakukan sehingga selesai. Hasil kisaran seterusnya bolehlah digunakan untuk membuat kuih kacau seperti kuih lompat tikam, cendol dan lain-lain. Jika ingin membuat kuih seperti puteri mandi dan onde-onde buah melaka, hasil kisaran tadi hendaklah ditapis menggunakan kain. Ini bertujuan untuk membuang air yang terdapat dalam hasil kisaran.

KACIP

Kacip pinang lama ni dulu digunakan untuk memotong pinang menjadi cebisan halus supaya senang dijadikan ramuan untuk memakan sirih. Ada bermacam macam jenis kacip ni. Ada yang berbentuk burung dan lain-lain.

SETERIKA AYAM

Seterika ayam 8 lubang ini terdapat ayam jantan di atasnya. Ayam jantan di atas seterika ini berfungsi sebagai pengunci seterika.Orang zaman dulu-dulu memasukkan arang di dalamnya untuk menggosok baju.

KACIP

Kacip pinang lama ni dulu digunakan untuk memotong pinang menjadi cebisan halus supaya senang dijadikan ramuan untuk memakan sirih. Ada bermacam macam jenis kacip ni. Ada yang berbentuk burung dan lain-lain.

RACIK BURUNG

Racik merupakan sejenis perangkap untuk menangkap burung. Racik diperbuat daripada beberapa bahan seperti potongan tembaga, tali tangsi, benang dan getah. Tembaga halus sepanjang kira-kira 3 inci dijadikan tiang racik. Tali tangsi sepanjang 6 inci bagi satu mata racik. Hujung tali tangsi disambung dengan benang nilon halus yang dipilin atau dipintal supaya kejap dan disimpai dengan tembaga halus berbentuk seperti nombor 8 atau pin pancing ikan. Bagi racik yang matanya sedikit pemberat seperti timah ladung yang kecil digunakan. Ini membentuk satu mata racik. Antara satu mata dengan mata yang lain disambung dengan tali kajar yang dibuat dari tali precut supaya racik tidak tercabut dibawa lari oleh burung.

JEBAK

Jebak ialah sejenis alat (perangkap) untuk memerangkap binatang, lazimnya burung, biawak, musang, landak dan lain-lain. Jebak diperbuat daripada rotan (kulit atau isi) atau buluh yang diraut menjadi bilah kecil dan dianyam mengikut bentuk yang digemari. Biasanya jebak berbentuk separuh bulatan dengan tapak yang rata, dilengkapi dengan pintu kecil dan tempat menggantung jebak. Di dalam jebak ini terdapat tali jerat yang dilaraskan kepada pintu jebak.

TIKAR MENGKUANG

Seni anyaman tikar mengkuang adalah kemahiran yang diwarisi sejak zaman berzaman tanpa adanya suatu dokumentasi lengkap berhubung teknik atau kepelbagaian corak atau kelarai uniknya.

Dikatakan, terdapat lebih daripada seratus kelarai yang berlainan. Kemahiran untuk mewujudkan kelarai-kelarai yang berlainan atau kombinasi kelarai-kelarai tadi sudah tentu memerlukan ketelitian dan kemahiran menganyam yang sangat tinggi.

Selain itu, proses anyamannnya dibuat secara manual dan memerlukan ketelitian & daya tumpu yang hebat.

NYIRU

Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi. Nyiru lazimnya diperbuat daripada buluh atau rotan, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat dan bingkainya beranyam tulang belut. Di negeri-negeri Pantai Timur, nyiru juga dikenali sebagai badang. Nyiru juga mempunyai nama, jenis dan bentuk yang berbeza bergantung kepada jenis bahan yang digunakan serta kegunaannya. Bentuk yang terdapat ialah bulat, bujur dan bersegi tiga.

Nyiru bentuk bujur diperbuat daripada kulit buluh dan digunakan oleh petani untuk menampi padi, iaitu mengasingkan padi daripada hampa. Proses ini dikenali juga sebagai mengangin padi. Melalui kaedah ini, padi diletakkan di dalam nyiru dan ditampi mengikut arah angin. Dengan cara ini, hampa akan jatuh ke tanah atau terbang ditiup angin. Hasilnya, hanya padi yang tinggal di dalam nyiru.

Kegunaan lain ialah sebagai bekas tampi padi atau beras, juga sebagai tempat untuk menjemur ikan. Nyiru juga digunakan untuk membersihkan antah daripada beras sebelum ditanak. Selain daripada itu, ia digunakan untuk mengasingkan beras dan antah/ menjemur bahan makanan.