JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem...
Transcript of JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem...
JC 423 M697 1997
Pusat Kbidmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
PiiüuTilMMLUMAiuiiü 1000246012 PERSPEKTIF DEMOKRASI DAN HAK ASASI MANUSIA DI
MALAYSIA DI KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: KAJIAN KES UNIMAS
MOHD NAFFE OTHMAN
Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada
syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Politik dan Pemerintahan
FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
1997
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian dan syukur kepada Allah, Tuhan semesta alam atas hidayah dan petunjuk yang diberikan kepada Saya.
Saya ingin menyampaikan penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Andrew Aeria selaku penyelia saya yang banyak memberi pandangan terhadap penulisan ilmiah ini. Di atas segala cadangan, nasihat dan kritikan yang diberikan amat dihargai.
Kepada rakan-rakan yang memberi dorongan dan semangat ketika di UNIMAS, saya amat dihargai dan tidak akan dilupakan.
Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga di Kemasik, Terengganu atas dorongan yang diberikan selama pengajian di UNIMAS terutama kepada ibu saya, Aminah Abdullah yang banyak berkorban. Juga kepada datuk dan nenek saya, Abdullah Omar dan Sa'diah Arshad. Tidak dilupakan juga kepada semua bapa dan emak saudara saya terutamanya Pak Su sekeluarga, Ayah Chik sekeluarga, Mek Tam sekeluarga, Mak Long sekeluarga, Pak Ngah Ali sekeluarga serta Pak Yie. Kepada mereka semua saya sangat berterima kasih. Segala pengorbanan yang diberikan akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.
Akhir sekali, kepada semua sepupu saya diucapkan selamat maju jaya dalam pelajaran dan kehidupan seharian.
Wassalam
1008-1 Tanah Lot, 24200 Kemasik, Kemaman, Terengganu Darul Iman.
ii
ABSTRAK
Pengertian demokrasi dam hak asasi manusla boleh dOwt daripada beberapa perspektif iaitu demokrasi sejagat, masyarakat madatti, detnolnasi Timnr dan Barat. Pelbagai
perspektif ini perlu diambil dexni metýonjolkan bagaimana berbagoi unsur tetaebirt telah
merangkumi atnalan demokrasi yang bercirikan masyarakaa itu sendiri. Kajian ini
mwnekankan bahawa negoa a Malaysia dan kebaayakkan neg, ara Asia neempunyai ciri-
ciri demokrasi yang belch ditemui: PtIflumMa yang adil dan bebas untuk menu'h'h
penwnpm, kebebasan media dan ciri demokrasi yang lain. Walaubapinwwpun
disebabkan oleh masalah yang dt'hadapi oleh seliap nqara dalam pembinaan banW
dan negara, pembangunan ekonomi, keselamatan negara, juga clemen autoritatian yang
wujud serta digabunglcan dengan elemen demokrait'k telah melahirkan demokrass cara
Asia. Kajisn mi dijalankan di Uttivereiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Seramai 100
orang pelajar UNIMAS telah menjadi subjek kajian ini. Pada hemat penulis penemuatt
kajian ini mendukung pandangan bahawa pelajar UNIMAS cendenmg mempunyai
perspektif bahawa demokrasi di Malaysia adalah sosuai dengan stntktur tnasyarakat di
negaza ini.
ni
ABSTRACT
The mein of democracy and human rights that need to be viewed from a variety of
perspectives; universal democracy, Civil society and from both a Western and an
Eastern perspective. Resource to this variety of perspectives is necessary to highlight
the combination of these various elements within the practice of democracy that has
now become characteristic of society as a whole. This study is concerned that most
nations in Asia including Malaysia, certain characteristics of democracy are found: five
and fair elections to choose the leaders, noncensored media and others. However,
because of the problems each nation has faced in state and nation, economic problem,
national security and authoritarian components also exist that, when combined with the
democratic elements, produce Asian -style democracy. The present study conducted at
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). A total of 100 students UNIMAS became
the subject in this study. It is the opinion of the write that the result of this research
support the view that UNIMAS's students tendency have perspective that democracy in
Malaysia is suitable with the structure of society in this country.
w
SENARAI JADUAL
Jadual
Jadual 1 Responden terhadap sistem demokrasi dalam
negara yang berbilang kaum, agama dan budaya
Jadual 2 Kebebasan dan hak asasi manusia dalam sistem demokrasi
Jadual 3 Pendapat responden terhadap perbandingan sistem demokrasi daripada sistem pemerintahan autoritarian, monarki dan diktator
Muka Surat
47
47
48
Jadual 4 Pendapat responden terhadap amalan demokrasi dan had 49
Jadual 5 Pendapat responden terhadap persamaan hak dalam demokrasi 50
Jadual 6 Pendapat responden terhadap persamaan hak di Malaysia 50
Jadual 7 Pendapat responden yang berpendapat perlu had dalam kebebasan di Malaysia 52
Jadual 8 Pendapat responden terhadap kritikan sebagai hak asasi manusia 53
Jadual 9 Responden yang membaca buku perlembagaan 55
Jadual 10 Responden yang membaca hak asasi manusia dalam buku perlembagaaan 55
Jadual 11 Responden berminat terhadap isu-isu hak asasi manusia 56
V
Jadual 12 Responden yang mengetahui isu-isu hak asasi manusia 57
Jadual 13 Saluran sumber maklumat yang diperolehi oleh responden 57
Jadual 14 Responden percaya pertumbuhan ekonomi dan amalan demokrasi 60
Jadual 15 Responden percaya pertumbuhan ekonomi dan amalan demokrasi di Malaysia 60
Jadual 16 Pendapat responden terhadap akta-akta di Malaysia dan hubungannya dengan hak asasi manusia 63
Jadual 17 Pendapat responden terhadap kebebasan bercakap dan memberi pendapat 66
Jadual 18 Pendapat responden terhadap kebebasan bercakap dan peraturan-peraturan hak 68
Jadual 19 Responden yang bersetuju penekanan kumpulan sebagai ciri demokrasi Timur 70
Jadua120 Responden yang bersetuju aspek individu sebagai ciri demokrasi barat 70
Jadua121 Pendapat responden terhadap usaha kerajaan dalam menjamin hak asasi manusia 71
Jadual 22 Responden yang menyokong penglibatan Malaysia dalam isu-isu hak asasi manusia di negara lain 72
Jadual 23 Pendapat responden terhadap kedudukan hak asasi manusia secara keseluruhannya 73
Vl
Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK
KANDUNGAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAI JADUAL
KANDUNGAN
BAB I
PENGENALAN
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
Pendahuluan
Demokrasi Sejagat: Satu Tinjauan
Demokrasi Timur: Satu Tinjauan
Persoalan Demokrasi Di Malaysia
Konsep Masyarakat Madani
Kenyataan Masalah
Objektif Kajian
Had-Had Kajian
BAB II
KAJIAN LEPAS
2.1 Pendahuluan
2.2 Ulasan Kajian dan Hak Asasi Manusia
2.3 Rumusan
ii
iii
iv
V
vi
1
6
9
16
21
25
28
28
30
30
38
VII
BAB III
KAEDAH PENYELIDIKAN
3.1 Kajian Perpustakaan
3.2 Borang Soal Selidik
3.3 Takrifan populasi dan Penentuan saiz sampel
3.4 Pensampelan
3.5 Pembentukan Soal Selidik
3.6 Kaedah Pengkodan dan Analisis Data
BAB IV
KEPUTUSAN KAJIAN
40
40
40
41
42
43
4.1 Pendahuluan 45
4.2 Pengertian Demokrasi dan Hak Asasi Manusia 45
4.3 Demokrasi dan Kebebasan Di Malaysia 48
4.4 Kecenderungan Responden Terhadap Isu Hak Asasi Manusia 54
4.5 Demokrasi dan Ekonomi 58
4.6 Akta-Akta dan Hubungannya Dengan Hak Asasi Manusia 61
4.7 Kepercayaan Demokratik Di Kalangan Responden 64
4.8 Ciri Demokrasi Timur dan Barat 69
4.9 Hak Asasi Manusia dan Peranan Kerajaan 71
viii
BAB V
PERBINCANGAN DAN CADANGAN PENYELIDIKAN
5.1 Pendahuluan 74
5.2 Rumusan Kajian: Perspektif Demokrasi dan
Hak Asasi Manusia 75
5.3 Rumusan Kajian: Perspektif Pelajar Terhadap
Demokrasi dan Hak Asasi Manusia 78
5.4 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 80
LAMPIRAN
1.1 Komposisi Responden Berdasarkan Fakulti 82
Komposisi Responden Berdasarkan Kaum 82
1.2 Borang Soal Selidik perspektif Demokrasi
dan Hak Asasi Manusia 83
BIBLIOGRAFI 89
0 t
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan
unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi berparlimen sebagai sistem
politik yang mengutamakan kepentingan rakyat. Dalam sistem ini, rakyat adalah
penentu bagi pemilihan pemimpin dan kerajaan. Semenjak mencapai kemerdekaan
hinggalah ke hari ini, Malaysia dapat mengekalkan sistem tersebut dan pembangunan
negara dapat berjalan dengan lancar dan pesat. Sebagai sebuah negara yang
mengamalkan sistem demokrasi, peranan dan penglibatan rakyat dalam dasar kerajaan
serta membangunkan negara amat penting. Lebih daripada itu, sistem demokrasi
memberi jaminan hak kepada rakyat sebagaimana yang terkandung dalam
perlembagaan negara.
Pada tahun 1948, Deklarasi Hak Asasi Manusia telah diputuskan di Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Di dalam piagam PBB ini, negara-negara anggota perlu
mematuhi ketetapan yang telah dipersetujui dan menghormati hak asasi manusia.
Dalam piagam yang dimeterai, hal-hal yang berkaitan seperti hak ekonomi, sosial dan
budaya telah ditetapkan bagi memastikan hak asasi manusia berada pada kedudukan
yang betul dan sewajarnya. Piagam ini secara tidak langsung menjadi garis panduan
bagi memastikan pemerintah tidak mengabaikan hak-hak individu.
I
2
Takrifan demokrasi yang agak baik telah dibuat oleh Aristotle dalam bukunya
Politics (buku IV, bab 4) iaitu: -
"Demokrasi adalah keadaan yang manusia bebas dan golongan miskin, sebagai
golongan majoriti diberi kuasa menentukan corak pemerintahan kerajaan. Demokrasi
yang paling tulen adalah apa yang dinamakan fungsi keketuaan melalui persamaan
hak yang terkandung dalamnya; kerana ia adalah apa yang undang-undang dalam
kerajaan itu arahkan; yang keadaannya orang miskin itu tidak melampaui kuasa orang
kaya dan begitu juga sebaliknya dan kuasa tertinggi pula tidak menguasai mana-mana
satu daripada golongan miskin dan kaya ini, sebaliknya kedua-dua golongan
hendaklah sama-sama berkongsi kekuasaan itu. Keranajika kebebasan dan persamaan
hak, sebagaimana yang beberapa pihak jangkakan hanya boleh didapati dalam
demokrasi, ia hendaklah juga boleh didapati dalam setiap pemerintahan dan kerajaan
yang sempurna; tetapi oleh sebab orang ramai adalah majoriti; dan apa yang mereka
calonkan ialah undang-undang, maka, kerajaan yang sedemikian itu adalah berbentuk
demokrasi " (Watkins, 1967: 216, al-Buraey, 1992: 49)
Perkataan "demokrasi" berasal daripada perkataan Greek, "demos " bermaksud
rakyat, manakala "kreatein" bermaksud memerintah. John Locke seorang ahli
falsafah Inggeris mengatakan bahawa idea demokrasi adalah berasaskan hak asasi
manusia dan pemerintahan oleh majoriti. Jean Jacques Rousseau seorang ahli teori
demokrasi mengatakan, idea demokrasi adalah berasaskan aspek kebebebasan dan
persamaan (New Standard Encyclopedia, 101). Salah satu pandangan yang terkenal
3
datangnya daripada Abraham Lincoln. Beliau mendefinasikan demokrasi sebagai
"kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat ".
Demokrasi moden hari ini merujuk kepada sistem demokrasi bercorak
perwakilan. Demokrasi yang merujuk kepada sistem politik yang demokratik, iaitu
pemerintah dipilih secara adil, jujur dan adanya pilihanraya yang mana calon-calon
adalah bebas bertanding (Huntington, 1993: 28). Demokrasi merupakan sistem politik
yang membolehkan rakyat sesebuah negara mempunyai pilihan ke atas persaingan di
antara pertubuhan-pertubuhan dan para pemimpin politik. Di dalam amalan demokrasi,
rakyat diberi kebebasan untuk menganggotai persatuan atau pertubuhan. Kebebasan ini
diberi dengan pelbagai tujuan termasuk hak untuk menubuhkan parti politik yang boleh
mengawal kerajaan. Jika kebebasan disekat, akibatnya tiada parti yang akan wujud atau
pun hanya satu parti yang berkuasa penuh di dalam kerajaan.
Dalam demokrasi setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara. Oleh itu
demokrasi membawa rakyat "bebas ". Kebebasan adalah syarat asas demokrasi yang
mana rakyat mempunyai hak untuk memilih dan bertindak tanpa adanya sekatan.
Demokrasi secara teorinya menganjurkan "kebebasan ", termasuk hak untuk mengundi,
mengkritik, mengeluarkan pendapat, berkempen, bergerak, mencetak dan membaca.
Hubungan antara demokrasi dan kebebasan adalah rapat kerana demokrasi menyokong
kebebasan ( Cohen, 1982 : 27).
4
Namun begitu adalah sukar untuk kita mencari negara di dunia ini yang
mengamalkan sistem demokrasi yang unggul. Rausseau pernah berkata "tidak pernah
terjadi dan tidak akan terjadi kemunculan demokrasi yang sebenar-benarnya kerana ia
berlawanan dengan kehendak semulajadi, iaitu pihak majoriti sahaja mentadbir"
(Rousseau, 1991: 88-89). Namun begitu perlu diakui bahawa pengertian demokrasi
adalah berbeza-beza bagi seseorang. Seorang ahli fikir Barat bernama Acton mengakui,
"of freedom there are two hundred different definitions" (Jurij Haji Jalaluddin, 1991:
20). Di kalangan negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi hari ini, dapat
dikatakan bahawa konsep dan corak demokrasi telah diubahsuai bagi kepentingan
masyarakat tempatan. Namun apa jua pendapat, tujuan utama demokrasi diperkenalkan
adalah untuk mengawal kuasa atau autoriti pemerintah (al-Buraey, 1992: 50).
Hari ini, persoalan mengenai hak asasi manusia di dalam masyanakat merupakan
isu yang penting dan kerap diperkatakan. Persoalan ini tidak hanya melibatkan kritikan
dan kecaman, malah turut menjadi persoalan semasa yang memerlukan pertimbangan
dan pendekatan yang krtikal bagi mengatasinya. Di bawah undang-undang antarabangsa
dan tempatan, hak asasi manusia menjadi topik utama dan isu kontroversi kerana
pelbagai pendekatan dan kefahaman yang diberikan oleh prinsip perundangan sesebuah
negara tersebut. '
'Negara-negara maju mendakwa terdapat perlanggaran dan penyelewengan terhadap hak asasi manusia terutamanya di dalam negara sedang membangun. Namun bagi pemimpin negara membangun seper Malaysia, ISA dan akta Hasutan dipandang sebagai langkah untuk menjamin keharmonian kaum dan keselamatan negara. Oleh itu terdapat pertentangan pendapat terhadap kebebasan demokrasi di Malaysia.
Pusat Khldmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 5
Di Asia, demokrasi muncul pada pertengahan abad ke 19 melalui dasar
penjajahan Barat. Demokrasi telah digunakan oleh golongan nasionalis tempatan untuk
menentang penjajah. Di Malaysia demokrasi berparlimen telah ditubuhkan pada tahun
1957 apabila parti gabungan (UMNO, MIC dan MCA) menguasai kerajaan. Pada 13
Mei 1969, parlimen Malaysia telah digantung ekoran berlakunya rusuhan kaum. Ekoran
daripada itu undang-undang hasutan telah diperketatkan bagi melarang perbincangan
mengenai persoalan bahasa, kaum dan agama dalam politik. Kebebasan akhbar juga
telah dikurangkan, malah akhbar dikehendaki mewujudkan keharmonian kaum di
Malaysia (Chee, 1993: 12-13). Dalam kes Malaysia menunjukkan bahawa untuk
menjaga kepentingan tempatan, keharmonian kaum dan kestabilan negara, kebebasan
dalam sistem demokrasi telah dibendung demi menjaga kepentingan masyarakat.
Pada pandangan penulis, demokrasi merupakan satu proses yang berterusan
daripada kehidupan yang ringkas kepada kehidupan yang lebih kompleks. Demokrasi
bukan hanya merupakan sistem yang mengamalkan pilihanraya untuk memilih wakil
pemerintah tetapi juga merujuk kepada hak rakyat untuk terlibat secara aktif dalam
politik dan dasar kerajaan. Demokrasi dan kebebasan mempunyai harga yang tinggi
dalam negara yang mengamalkan sitem demokratik. Namun disebabkan oleh faktor
masa dan keadaan masyarakat sesebuah negara, nilai-nilai demokrasi telah diabaikan.
6
1.2 DEMOKRASI SEJAGAT: SATU TINJAUAN
Persoalan demokrasi dan hak asasi sejagat mula diperkatakan selepas perang dunia
kedua di PBB pada 1945. Sebelum itu, penulisan oleh sarjana seperti Aristotle dan St.
Aquinas mengenai kebebasan daripada perhambaan yang boleh dianggap dan
didefisikan sebagai kebebasan dan persamaan hari ini.
Menurut Ichigo, idea mengenai hak asasi manusia mula mengambil tempat
dalam masyarakat ketika zaman pencerahan dan merosotnya zaman feudal. Revolusi
England pada 1688 telah dianggap sebagai perkembangan baru kepada masyarakat
Barat terhadap nilai-nilai hak manusia. Pada 26 ogos 1768, semasa revolusi Amerika,
Dekiarasi Hak Asasi manusia telah diistiharkan. Deklarasi ini menyentuh hal yang
berkaitan dengan kebebasan memiliki harta, keselamatan daripada tahanan, kebebasan
bercakap, berpesatuan dan beragama.
Han ini, piagam hak asasi manusia telah dipersetujui di PBB. Piagam ini secara
langsung bertujuan memastikan perhatian diberikan terhadap hak asasi sejagat tanpa
adanya unsur-unsur perbezaan dari aspek kaum, jantina, bahasa dan agama. Pada tahun
1976, persetujuan antarabangsa terhadap hak ekonomi, sosial dan budaya serta hak
politik dan sivil telah diterima sebagai nilai-nilai yang harus dihormati oleh negara
anggota.
Piagam PBB 1945 memberi penekanan pada asas hak asasi manusia, persamaan
hak lelaki dan wanita serta persamaan di antara negara besar dan kecil. Tujuan piagam
7
ini antara lain untuk meningkatkan hubungan antara negara berasaskan prinsip hormat-
menghormati dalam aspek persamaan hak bagi tujuan kerjasama antarabangsa.
Mengikut Deklarasi Hak Asasi Manusia, pengistiharan ini menyentuh
persamaan dari segi undang-undang; perlindungan daripada penahanan sebarangan; hak
untuk mendapat perbicaraan yang adil; kebebasan daripada undang-undang jenayah
yang terdahulu; hak terhadap harta; kebebasan berfikir dan beragama; kebebasan
memberi pendapat; kebebasan untuk berhimpun secara aman dan berpesatuan.
Manakala perjanjian antarabangsa mengenai hak ekonomi, sosial dan budaya
menyentuh mengenai hak untuk bekerja; hak untuk mendapatkan persekitaran kerja
yang baik; hak untuk menganggotai kesatuan sekerja; hak untuk keselamatan sosial;
hak terhadap perlindungan keluarga; hak untuk kesihatan; hak untuk pendidikan; hak
bagi perkara yang berkaitan dengan budaya dan sains. Deklarasi Hak Asasi Manusia
merupakan standard yang perlu dicapai oleh semua individu dan negara (The
International Bill of Human Right, 1985: 4).
Dalam demokrasi sejagat penglibatan rakyat secara aktif amat penting.
Rousseau berpendapat bahawa masyarakat demokrasi yang ideal ialah penglibatan
penuh rakyat dalam semua aspek kehidupan (Eccleshall et. al, 1992: 155). Nilai
demokrasi hanya akan wujud dalam masyarakat yang adil dan saksama. Demokrasi
8
tidak akan wujud apabila satu-satu kelas dalam masyarakat mendominasikan kelas yang
lain sama ada dari aspek ekonomi dan politik (Renwick & Swinburn, 1987: 140). 2`
Nilai-nilai demokrasi sejagat bagi Fung bukannya merupakan sistem yang asing
dalam konteks negara Asia. Menurut beliau, negara Asia mempunyai warisan tradisi
dan falsafah yang selari dengan ciri-ciri demokrasi. 3 Pada pendapat beliau institusi
demokratik telah lama bertapak di Asia sebelum kedatangan Barat. Pemerintahan
kerajaan China dan Korea sudah mempunyai sistem bercirikan demokrasi sejak 2000
tahun yang lampau. Sistem ini baginya merupakan nilai yang selari dengan demokrasi
yang wujud di Eropah.
Beliau turut berpendapat bahawa negara Asia akan beralih kepada nilai-nilai
demokrasi pada masa akan datang. Namun begitu, menurutnya halangan kepada
penerimaan demokrasi dan hak Asasi manusia di Asia bukannya bersandarkan kepada
budaya Asia yang berbeza dengan Barat tetapi keengganan kerajaan autoritarian untuk
menerima perubahan.
Demokrasi merupakan konsep yang kompleks melibatkan banyak pemahaman,
malah negara yang mengamalkan demokrasi mendakwa masyarakat lain tidak
mengamalkannya disebabkan sistem politik yang tidak sama dengan demokrasi Barat
(Renwick & Swinburn, 1987: 138). Namun begitu banyak negara mendakwa sebagai
2 Bagi pandangan Marxist, Cara untuk masyarakat awam terutamanya kelas pekerja untuk menyelia diri
sendiri ialah menghapuskan sistem kelas yang wujud dalam masyarakat. Dalam masayarakat komunis,
semua rakyat mempunyai hak yang sama.
' Nilai tradisi dan falsafah yang dinyatakan oleh Fung ialah ajaran Confusian, Budha dan Tonghak (satu
ajaran agama di Korea)
9
negara demokrasi seperti Britain, China, Amerika Syarikat, Russia, India, Malaysia,
Indonesia dan Singapura.
Secara ringkas dapat disimpulkan bahawa, nilai-nilai demokrasi sejagat telah
dicapai dalam Piagam Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB. Walaupun piagam ini
diterima sebagai nilai-nilai sejagat tetapi sesetengah pemimpin Asia menganggapnya
tidak sesuai dalam konteks budaya masyarakat Asia. Ini menyebabkan ada nilai-nilai
yang dikatakan sejagat ini tidak diterima oleh sesetengah pemimpin negara Asia.
Walaupun sesetengah sarjana Asia seperti Fung berpendapat bahawa budaya Asia dari
aspek tradisi dan falsafah adalah selari dengan demokrasi sejagat dan masyarakat Asia.
1.3 Demokrasi Timur: Satu Tinjauan
Persoalan demokrasi berteraskan nilai-nilai ketimuran menjadi isu yang hangat
diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin negara Asia termasuk juga pemimpin negara
Malaysia, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad. Secara umumnya, pemimpin-pemimpin
negara Asia cenderung menolak demokrasi Barat yang dianggap sebagai tidak sesuai
dengan norma dan nilai masyarakat Asia. 4 Pertembungan antara nilai Barat dan Timur
menyebabkan kecenderungan pemimpin-pemimpin Timur melihat demokrasi Barat
sebagai asing dalam konteks nilai ketimuran.
a Dr. Mahathir mengatakan bahawa Barat terlalu mengutamakan hak individu sehingga individu boleh
membuat apa sahaja walaupun perbutan tersebut mengancam ketenteraman dan keselamatn negara. Ucapan ketika perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA pada 18 Jun 1994. Beliau juga bahawa di Barat, demokrasi keterlaluan telah membawa kepada keruntuhan akhlak seperti dadah, homoseksual dan "single parent". Ucapan di perasmian Persidangan "Islam dan Keadilan" Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia pada 3 Jun 1993.
10
Corak pemerintahan negara Asia perlu dilihat dari konteks perubahan politik di
Asia itu sendiri yang dapat dikatakan mencorakkan demokrasi di Asia berbeza dengan
demokrasi cara Barat. Secara kasarnya negara-negara Asia seperti Malaysia, Jepun,
India, Thailand, Singapura, Sri Langka, India, Pakistan, Indonesia dan Korea Selatan
mempunyai ciri-ciri demokrasi yang boleh ditemui seperti di negara Barat seperti
pilihanraya bebas dan adil. Namun disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam
membangunkan negara dan bangsa, pembangunan ekonomi, keselamatan negara,
pergolakan dalaman serta adanya unsur autoritarian yang digabungkan dengan elemen
demokratik menghasilkan demokrasi cara Asia (Neher, 1994: 949).
Kim Dae Jung seorang pejuang hak asasi Korea mengatakan idea demokratik
merupakan asas kepada budaya orang-orang Asia. Pada pandangan beliau, ajaran-ajaran
Confusianism, Budha, Tonghak adalah selaras dengan idea demokrasi (Naisbitt, 1996:
92-3). 5 Beliau menjelaskan bahawa demokrasi bukanlah sesuatu yang asing di kalangan
masyarakat Asia dan tidak menjadi suatu masalah kepada masyarakat Asia untuk
mengamalkan asas-asas demokrasi dalam pemerintahan negara.
S Perlu dinyatakan bahawa negara-negara yang majoriti penduduknya adalah Islam seperti negara Malaysia, Brunai dan Indonesia tidak dinyatakan dalam konteks ini. Dari perspektif Islam, terdapat nilai- nilai demokrasi yang selari dengan nilai Islam. Menurut al-Buraey, kebebasan berfikir, beragama dan
menyuarakan pendapat merupakan perkara utama dalam dasar Islam. Menurut syariat Islam, kebebasan berfikir dikatakan sebagai alat untuk kebebasan berfikir daripada semua ketahyulan, adat resam yang kufur atau kebiasaan hidup yang menyesatkan. Islam mengiktiraflcan kebebasan beragama bukan sahaja secara teorinya, malahan juga sebagai prinsip kehidupan yang praktis. Manusia bebas untuk menganut sebarang agama atau ideologi; kebebasan manusia hendaklah dihormati dan diterima oleh orang lain. Undang-undang Islam mengatakan dengan jelas kebenaran bagi kebebasan menyuarakan pendapat untuk penduduk di negara Islam, samada mereka beragama Islam atau pun tidak. Islam tidak membenarkan seseorang mengumpat keji orang lain, menghina agama lain atau mempersendakan pihak berkuasa
masing-masing. Walaubagaimanpun memberi kritikan membangun digalakkan. Jelas menunjukkan bahawa kebebasan bersuara stau memberi pendapat merupakan tulang belakang kepada negara demokrasi dan juga negara Islam.
11
Perdebatan mengenai persoalan demokrasi adalah bergantung kepada
pandangan dan perspektif pemimpin serta masyarakat di negara itu sendiri. 6 Pada tahun
1993, kongres dunia mengenai hak asasi manusia telah diadakan di Vienna, Austria.
Dalam kongres ini, negara-negara Asia yang diketuai oleh China dan Indonesia telah
menentang model hak asasi manusia Barat. Kebanyakkan negara-negara Asia memberi
penekanan kepada kepentingan masyarakat berbanding hak-hak individu (Tamney,
1996: 62). Bekas Perdana Menteri China, Li Peng berkata "tidak adil untuk
menggunakan konsep hak asasi manusia negara maju terhadap negara-negara sedang
membangun. Bagi negara-negara maju, hak asasi manusia, utama dan penting, hak
untuk hidup dan pembangunan ... seseorang perlu hidup dahulu sebelum bercakap
mengenai hak" (Naisbitt, 1996: 94). Pendapat beliau ini mengambarkan bahawa
panduan ciri-ciri yang dikatakan sejagat itu bergantung kepada nilai dan budaya sesuatu
masyarakat. Ini kerana ciri yang dianggap sejagat secara objektif mempunyai
kemungkinan ditolak oleh sesebuah masyarakat seandainya ciri itu tidak bersesuaian
dengan nilai moral, etika hidup dan budaya pemerintahan sesebuah masyarakat.
Chee menjelaskan terdapat beberapa ciri yang boleh dikatakan sebagai
demokrasi cara Asia. Antaranya ialah penekanan manafaat bersama lebih diutamakan
berbanding dengan hak individu. Pada pandangan beliau, kepentingan bersama lebih
6 Dr. Mahathir misalnya berpandangan "the rule of law" tidak semestinya adil sepanjang masa. Mengikut beliau apa yang dianggap adil oleh sesuatu masyarakat boleh dianggap zalim oleh masyarakat lain. Beliau juga berpendapat bahawa konsep keadilan walaupun dikatakan "universal" bagi semua tetapi manusia tetapi tafsiran tentang sesuatu perkara boleh berbeza. Ucapan di Konvokesyen Ulang Tahun UMNO ke 50 pada 11 Mei 1996.
12
penting kerana ianya datang daripada keutuhan keluarga dan keutuhan kaum yang
pelbagai (Chee, 1993: 22). Masyarakat Asia pada umumnya melihat individu sebagai
sebahagian kumpulan dan bukannya individu itu sendiri. Dapat juga dikatakan bahawa
nilai-nilai agama dan falsafah seperti menghormati pemimpin, individu yang lebih tua
memainkan peranan yang penting dalam membentuk ikatan ini.
Huntington mengatakan negara Asia mempunyai nilai mereka tersendiri seperti
menekankan keutamaan kumpulan lebih daripada individu, autoriti lebih daripada
kebebasan, tangggungjawab lebih daripada hak... keharmonian dan kerjasama lebih
diutamakan daripada ketidaksetujuan dan pertentangan ... konflik antara idea, kumpulan
dan parti dilihat sebagai merbahaya sebagaimana kata Lew Kuan Yew "bukan cara
orang Jepun, Cina dan budaya Asia melakukan begitu kerana ianya membawa
. kekeliruan dan ketidaktentuan" (Huntington, 1993: 37). 7 Walaupun penentangan ada
kalanya wujud, tetapi ianya dianggap sebagai tidak normal (Chee, 1993: 22). Terdapat
pemimpin Asia yang menolak kebebasan yang terlalu luas dalam masyarakat kerana
ianya akan menimbulkan masalah moral dalam masyarakat. Pendapat ini dirujuk
daripada pandangan Lew Kuan Yew juga mengatakan bahawa terlalu luas demokrasi
dan terlalu banyak kebebasan akan menjadi punca kepada kejatuhan moral, malah
beliau tidak bersetuju dengan model politik dan ekonomi Barat (Aliran, 1996 16/1).
Huntington membincangkan "Asian Democratic: Economic vs Culture". Beliau melihat budaya
tradisional Asia dan pembangunan ekonomi.
13
Elemen lain yang boleh dikatakan sebagai demokrasi cara Asia iaitu parti
dominan mengekalkan kuasa untuk tiga dan empat dekad atau lebih seperti UMNO di
Malaysia, Golkar di Indonesia dan PAP di Singapura. Namun begitu bagi sesetengah
pemimpin Asia, dominasi sistem parti mempunyai tanggungjawab untuk mengalakkan
pertumbuhan ekonomi (Neher, 1994: 959). Negara-negara di Asia juga dapat dikatakan
memainkan peranan penting sebagai mekanisma untuk membangunkan ekonomi seperti
yang berlaku di Taiwan, India dan negara ASEAN yang lain (Chee, 1993: 4). Ini dapat
dilihat daripada pengalaman kerajaan Singapura. Walaupun kerajaan Singapura
dianggap sebagai negara yang mengamalkan pemerintahan autoritarian, namun
pertumbuhan ekonomi dan kemajuan yang dicapai telah meletakkan negara ini setaraf
negara-negara maju yang mengamalkan sistem demokrasi.
Selain daripada unsur-unsur di atas yang dapat dikatakan sebagai demokrasi
cara Asia. Neher menyenaraikan elemen personaliti pemimpin sebagai satu ciri
demokrasi cara Asia. Menurut beliau unsur personaliti pemimpin memainkan peranan
yang penting dalam menentukan demokrasi dan arah masyarakat (Neher, 1994: 951).
Pemimpin yang mempunyai karisma dan pengaruh mendominasikan politik negara
seperti Sukarno dan Suharto di Indonesia, Lee Kuan Yew di Singapura, Nehru dan
Indira Ghandi di India.
Walaupun terdapat beberapa pandangan mengenai ciri demokrasi Asia namun
bagi Huntington masa depan demokrasi di Asia akan ditentukan oleh interaksi antara
14
ekonomi dan budaya. Keadaan ini dapat dilihat di kawasan Asia Timur sendiri
mengalami pertubuhan ekonomi yang pesat dan kesannya dapat dirasakan apabila
Korea Selatan dan Taiwan mula mengerakkan proses demokrasi dalam sistem politik
mereka dan tekanan demokrasi mula muncul di Hong Kong dan Thailand (Huntington,
1993: 37). 8 Di samping itu ekonomi Asia menuju ke arah mekanisma informasi dan
teknologi. Malah order baru ekonomi dunia akan menjamin "kebebasan ". Maklumat
dan kretiviti tidak akan wujud kecuali dalam masyarakat demokratik (Fung, 1996). 9
Kenyataan ini merujuk bahawa pertumbuhan ekonomi yang pesat akan memberi kesan
kepada sistem demokrasi di Asia. Persoalan yang timbul kini ialah sejauhmanakah
budaya di Asia Timur dapat menyekat pengaruh demokrasi yang mana kebanyakkan
negara di Asia mula mengalami pertumbuhan ekonomi yang pantas.
Walaupun negara Asia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat yang
dianggap oleh sesetengah pihak sebagai harapan kepada pendemokrasi di Asia tetapi
pada pandangan penulis ianya tidak akan mampu mengerakkan nilai-nilai demokrasi
secara keseluruhannya. Lucian Pye berpendapat, harapan untuk pemodenan sama ada
dengan demokrasi atau tidak demokrasi bergantung kepada ciri-ciri kuasa pemerintah.
B Hunington menjelaskan bagaimana budaya di Asia Timur menyekat demokrasi yang digerakkan oleh pembangunan ekonomi. Beliau mengatakan nilai-nilai tardisi Asia Timur mempunyai perbezaan daripada di Barat. Budaya Confusian bagi beliau mementingkan kumpulan berbanding individu, autoriti berbanding kebebasan dan tanggungjawab lebih daripada hak-hak. Baginya hak ditentukan oleh negara. 9 Menurut Fung, pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi dan maklumat akan mewujudkan sistem ekonomi dunia yang lebih mementingkan kebebasan kreativiti dan maklumat. Bagi beliau,
walaupun pada masa ini kebanyakkan negara Asia tidak mepraktiskan nilai-nilai demokrasi tetapi
perubahan ekonomi dunia akan menyebabkan lebih banyak maklumat akan mengalir dan secara tidak langsung akan mengerakkan proses pendemokrasian di Asia.