JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” -...

23
Jawapan Kepada Saudara “Abdullah” 1 JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” Muqaddimah Syukran jazilan kepada saudara “Abdullah” di atas respon beliau terhadap tulisan Al-Faqir tempoh hari. Respon beliau boleh dibaca di roskiman.com. Semoga Allah membalas kebaikan yang dibuat oleh pemilik blog ini atas usaha beliau menterjemah, menyusun dan memaparkan bahan-bahan ilmiah tulisan para ulama’ dan asatizah Ahlus Sunnah wal Jama’ah untuk dimanfaatkan oleh umum. Al-Faqir difahamkan bahawa saudara “Abdullah” berasal dari sebuah negeri di Malaysia Timur dan masih muda sekitar 20-an (mohon maaf jika tersalah orang). Mauqif Al-Faqir tetap sama, iaitu menghindari dari memberi komen terhadap tulisan orang lain. Walau bagaimanapun, atas permintaan saudara “Abdullah” sendiri dalam tulisannya: “Sekiranya tuan merasakan bahawa apa yang dituliskan dalam ulasan pertama itu ada kesilapan, tuan boleh membetulkannya dengan hujah yang tuan miliki.”, insyaAllah tulisan kali ini adalah atas tujuan tersebut dan berkisar pada tulisan dan persoalan yang beliau lontarkan sahaja. Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan bahasa adik “Abdullah” untuk lebih memuliakannya sebagai orang yang lebih muda. Kepada para Alim Ulama’ yang melihat apa-apa kesilapan dan kekhilafan dalam tulisan ini, diharapkan dapat membetulkannya, Semoga Allah membuka jalan kepada hati yang ikhlas untuk memperoleh kebenaran dan mengurniakan ilham dan wijdan, AminMuhadir bin Haji Joll as-Sanariy Petaling Jaya, Selangor 16 Syawal 1433H/ 3 September 2012M [email protected] 00000

Transcript of JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” -...

Page 1: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

1

JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH”

Muqaddimah

Syukran jazilan kepada saudara “Abdullah” di atas respon beliau terhadap tulisan Al-Faqir tempoh

hari. Respon beliau boleh dibaca di roskiman.com. Semoga Allah membalas kebaikan yang dibuat

oleh pemilik blog ini atas usaha beliau menterjemah, menyusun dan memaparkan bahan-bahan

ilmiah tulisan para ulama’ dan asatizah Ahlus Sunnah wal Jama’ah untuk dimanfaatkan oleh umum.

Al-Faqir difahamkan bahawa saudara “Abdullah” berasal dari sebuah negeri di Malaysia Timur dan

masih muda sekitar 20-an (mohon maaf jika tersalah orang). Mauqif Al-Faqir tetap sama, iaitu

menghindari dari memberi komen terhadap tulisan orang lain. Walau bagaimanapun, atas

permintaan saudara “Abdullah” sendiri dalam tulisannya: “Sekiranya tuan merasakan bahawa apa

yang dituliskan dalam ulasan pertama itu ada kesilapan, tuan boleh membetulkannya dengan hujah

yang tuan miliki.”, insyaAllah tulisan kali ini adalah atas tujuan tersebut dan berkisar pada tulisan

dan persoalan yang beliau lontarkan sahaja.

Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan bahasa adik “Abdullah” untuk

lebih memuliakannya sebagai orang yang lebih muda.

Kepada para Alim Ulama’ yang melihat apa-apa kesilapan dan kekhilafan dalam tulisan ini,

diharapkan dapat membetulkannya, …

Semoga Allah membuka jalan kepada hati yang ikhlas untuk memperoleh kebenaran dan

mengurniakan ilham dan wijdan, Amin…

Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy

Petaling Jaya, Selangor

16 Syawal 1433H/ 3 September 2012M

[email protected]

00000

Page 2: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

2

Mulahazhat umum Terlebih dahulu, Al-Faqir sebutkan beberapa mulahazhat (pengamatan) terhadap tulisan adik

“Abdullah” sebelum menjawabnya satu-persatu bi iznillah.

(1) Hanya memberi komen 3 perkara dari 9 perkara

Jika para pembaca budiman masih ingat, Al-Faqir telah memberi ulasan/ komen terhadap 9 perkara

yang terkandung di dalam artikel: “Menyambut 1 Syawal: Elak Tindakan Tak Ikut Syariat” dahulu.

Sekadar menulis semula, perkara-perkara tersebut ialah:

1- Menziarahi kubur pada 1 Syawal bukan sunnah Nabi

2- Menziarahi kubur membawa kesedihan sedangkan kita disuruh untuk bergembira pada Hari

Raya.

3- Menziarahi kubur pada hari perayaan seolah-olah mengikut perbuatan Kristian dalam

menyambut hari Natal dan amalan masyarakat Hindu apabila tiba Deepavali.

4- Duduk di atas kubur.

5- Membawa makanan di tanah perkuburan untuk dijamu sanak saudara.

6- Membaca Al-Qur’an hendaklah di rumah bukan di kubur.

7- Membaca Al-Qur’an dan surah di kubur.

8- Apakah sampai pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati?

9- Amalan bermaaf-maafan pada 1 Syawal boleh mendatangkan kesedihan.

Daripada 9 perkara ini, adik “Abdullah” hanya memberi komen terhadap 3 perkara sahaja iaitu

perkara no. 6, 7 dan 8. Beliau paling banyak memberi komen untuk perkara no. 7 dan hanya sedikit

untuk perkara no. 6 dan 8.

Kesemua perkara 6, 7 dan 8 yang diberi komen oleh beliau, hanyalah sekitar martabat hadith dan

riwayat; shahih, tidak shahih… (iaitu manhaj (An-Naqd al-Khariji)), tidak sedikitpun

membincangkan tentang fiqh / kefahaman hadith (iaitu manhaj (An-Naqd ad-

Dakhili)) kerana ia memerlukan kefahaman yang daqiq (mendalam) dan tahqiq (benar) di

samping malakah fiqhiyyah (keahlian menguasai perbahasan feqah dan cabangnya) yang

tinggi…

Page 3: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

3

Berhubung dengan perkara ini, beliau menulis:

“Namun setelah dilihat secara saksama, ternyata tulisan as-Sanariy yang sebenarnya menimbulkan

kekeliruan kerana membawakan fakta yang nampaknya perlu dinilai semula.”

Komen:

a) Kesimpulan ini sangat janggal sekali kerana beliau hanya memberi komen untuk 3 daripada

9 perkara, lalu membuat kesimpulan sedemikian seolah-olah telah membaca

keseluruhan 9 perkara tersebut. Kesimpulan sebegini seperti terburu-buru dan tidak adil.

Untuk lebih adil dalam memberi kesimpulan, silakan terlebih dahulu membaca dengan

tenang dan teliti keseluruhan setiap 9 perkara tersebut.

b) Pernyataan: “Namun setelah dilihat secara saksama”, nampaknya lebih kepada penilaian

dan pandangan peribadi beliau sendiri, bukan pandangan ramai.

c) Pernyataan: “….secara saksama”, adalah suatu pernyataan yang berat dan perlu

dipertanggung jawabkan kerana nanti akan dipersoalkan, apakah neraca yang digunakan

beliau sehingga membawa kepada kesimpulan sedemikian? Apakah beliau telah lebih dahulu

menghalusi segala aspek kefahaman, pentarjihan, istinbath dan istidlal? Atau sudahkah

beliau mengiththila’ kepada kebanyakan (kalaupun tidak semua) tulisan para

muhaqqiqin dalam perkara yang dibincangkan? Ataukah hanya menyalin semula pendapat

atau tulisan orang lain tentangnya tanpa menghalusinya?

(2) Manhaj (An-Naqd al-Khariji), bukan (An-Naqd ad-

Dakhili)

Dalam kebanyakan tulisan respon adik “Abdullah”, beliau banyak menggunakan Manhaj an-Naqd al-

Khariji, bukan An-Naqd ad-Dakhili, iaitu mengkritik hadith secara luaran seperti sanad dan

periwatannya. Beliau menjauhi dari berbicara tentang An-Naqd ad-Dakhili (mengkritik hadith

secara dalaman/matan) atau lebih difahami dengan Fiqh al-Hadith (apa yang difahami dan boleh

dipelajari dari hadith).

Kedua manhaj ini digunakan oleh ulama’ hadith dalam menghukumkan sesuatu hadith. Walau

bagaimanapun, manhaj sebegini (Manhaj an-Naqd al-Khariji) lebih digemari oleh ‘orang sekarang’

atau ‘orang muda’ sekarang untuk menolak atau mengharamkan sesuatu amalan atau sekurang-

kurangnya mempersoalkannya. Kadang-kadang hadith itu barangkali dha’if dari segi sanadnya,

tetapi shahih dari segi matan/makna/kefahaman (fiqh)nya, tetapi di’buang’ dan ditolak

begitu sahaja, lalu tidak diamalkan, hanya kerana melihat pada sanadnya…. Itulah yang berlaku

kepada sebahagian ‘orang muda’ pada zaman ini yang pada hakikatnya masih jauh dalam ilmu hadith

itu sendiri dan mereka sendiri bukanlah termasuk di dalam (Ashhab ad-Dalil).

Lihatlah beliau memilih untuk memberi komen tentang status hadith Ad-Darquthni (385H) tentang

Surah Al-Ikhlas, hadith masuk ke perkuburan dan membaca Yaasin, hadith riwayat Imam As-Sayuthi

(991H) dan riwayat tentang Imam Ahmad (241H) melarang membaca Al-Qur’an. Semuanya

dipersoalkan tentang martabat hadith-hadith tersebut, bukan kefahaman (fiqh)nya.

Page 4: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

4

Silakan adik “Abdullah” nenjawab secara jujur, apakah berdosa jika seseorang itu:

i. membaca Al-Qur’an atau Surah Yaasin atau surah-surah lain di kubur dengan kehendak

sendiri tanpa menyandarkan ia adalah suruhan khusus dari Nabi ? Jika tidak berdosa,

apakah dia akan mendapat pahala?

ii. membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali atau 200 kali sama ada di kubur atau di rumah

dengan kehendak sendiri tanpa menyandarkan ia adalah suruhan khusus dari Nabi , lalu

menghadiahkan pahalanya kepada orang yang telah meninggal dunia? Jika tidak berdosa,

apakah dia akan mendapat pahala?

Jika berdosa atau haram, sila bawakan walau satu nas hadith dha’if sekalipun yang

mengatakan melakukannya BERDOSA atau perbuatan itu HARAM.

(3) Sumber pentashihan dan pentadh’ifan hadith yang dipersoalkan

Dalam menusuri manhaj (An-Naqd al-Khariji) dalam komennya, beliau sering

memilih pendapat Syaikh Al-Albani (1420H). Manhaj Syaikh Al-Albani dalam pentashhihan

dan pentadhi’fan hadith sangat dipersoalkan oleh para muhaddithin kerana beliau sendiri

bukan Al-Hafizh dalam Ilmu Hadith. Ia ma’ruf diketahui oleh thullab al-ilm (penuntut ilmu). Perkara

ini akan disentuh sedikit, sebentar lagi, insyaAllah.

(4) Memilih pendapat yang bukan jumhur

Pembaca akan menemui bahawa pendapat-pendapat yang beliau bawa adalah pendapat

sebahagian kecil ulama’ di bandingkan sebahagian besar (jumhur) yang berpendapat sebaliknya.

Komen khusus

PERTAMA (1)

Beliau menulis:

“Saya hanya akan mengulas berdasarkan sumber rujukan yang saya miliki…”

Komen:

InsyaAllah , barang kali ini pengakuan ikhlas beliau sendiri, mengakui keterbatasan sumber

rujukan yang beliau miliki. Hakikatnya, banyak lagi rujukan lain yang ada pada orang lain, yang

mungkin tidak dimiliki beliau. Justeru, membuat suatu kesimpulan dengan sumber yang

terhad, adalah suatu yang kurang cermat.

Page 5: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

5

PERKARA (2)

Beliau menulis:

“…yang mana saya kira beberapa ulasan ini sudah cukup untuk menunjukkan as-Sanariy adalah

seorang yang tidak cermat, malah cuai dalam memberikan bantahan terhadap artikel “Menyambut 1

Syawal: Elak tindakan tak ikut syariat”.”

Komen:

a) Secara tidak langsung, beliau bersetuju dengan apa yang ditulis di dalam artikel

tersebut.

b) Para pembaca sendiri boleh menilai dengan tafawut al-ilm (tingkatan ilmu) dan kefahaman

agama yang dikurniakan Allah , apakah hanya dengan “beberapa alasan” yang ditulis oleh

adik “Abdullah” itu, benar-benar “sudah cukup…” dengan dakwaannya terhadap Al-Faqir

dengan “tidak cermat, malah cuai”… dalam tulisan Al-Faqir terdahulu? Haruslah diingat

kembali, beliau hanya memberi komen terhadap 3 perkara dari semua 9 perkara yang

dibentangkan. Harus diingat juga, komen beliau pula hanya sekitar martabat hadith dan

riwayat… Allahul Musta’an.

PERKARA (3)

Dalam perkara: 1. TAFSIRAN MEMBACA SURAH YAASIN KE ATAS MAYAT, beliau menulis:

“Maka dalam persoalan ini perlulah berlapang dada, kerana tafsiran asy-Syakhawi ke atas hadis di

atas bukanlah tafsiran muktamad. Bahkan, ada perselisihan dalam memahami hadis ini.”

Komen:

a) Al-Faqir tidak pernah menulis atau membawa nama Asy-Syakhawi dalam

tulisan terdahulu. Nama Asy-Syakhawi juga hakikatnya tidak wujud. Memang ada seorang

ahli hadith yang terkemuka bernama Al-Imam al-Hafizh as-Sakhawi . Beliau ialah

Ali bin Muhammad bin Abd ash-Shamad, terkenal dengan nama As-Sakhawi. Meninggal pada

643H. (Lihat Wafayat al-A'yan, 1/345). Hatta nama Al-Hafizh As-Sakhawi tidak ada dalam tulisan

tersebut. Barang kali adik “Abdullah” maksudkan Imam Asy-Syaukani (1250H).

b) Al-Faqir kurang mengerti, apakah qadhiyyah (isu) yang menyebabkan beliau mengajak

untuk berlapang dada? Jika diamati, tulisan Al-Faqir ada menyebutkan pendapat

sebahagian besar ulama’ yang membolehkan membaca Surah Yaasin bukan hanya ketika

seseorang dalam sakaratul maut, bahkan juga selepas kematiannya. Imam Syaukani dan lain-

lain bersetuju dengan pendapat ini.

Page 6: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

6

Pendapat Imam Asy-Syaukani

Mengenai membaca Al-Qur’an ke atas mayat secara khusus, Imam Asy-Syaukani menyebutkan di

dalam Ar-Rasa’il as-Salafiyyah, ms. 46:

“Adat kebiasaan yang dilakukan di setengah negara tentang berkumpul di masjid untuk membaca Al-

Qur’an kepada orang yang telah meninggal dunia, dan begitu juga (dilakukan) di rumah-rumah dan

semua perkumpulan yang (walaupun) tidak terdapat (nas tentangnya) di dalam syariat, tidak syak

lagi, jika perkumpulan sebegitu tidak terdapat maksiat, dan ia selamat dari perkara-perkara

kemungkaran, maka ia adalah dibolehkan. Ini adalah kerana perkumpulan itu sendiri bukanlah haram,

lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan untuk menghasilkan ketaatan seperti membaca Al-Qur’an dan

selainnya. Dan tidaklah tercela dalam perkara itu seperti menghadiahkan pahala bacaan kepada

mayat, bahkan sesungguhnya telah terdapat jenis bacaan dari jama’ah yang berkumpul seperti di

dalam hadith (mafhumnya): “Bacalah kamu akan Surah Yaasin kepada orang yang meninggal di

kalangan kamu.”, dan ia adalah hadith Shahih. Dan tidaklah ada beza antara bacaan Surah Yaasin dari

jemaah yang berkumpul di sisi mayat atau di atas kuburnya dengan membaca seluruh Al-Qur’an atau

sebahagiannya kepada mayat di masjid atau di rumah.”

Imam Asy-Syaukani adalah antara imam yang selalu dirujuk pendapatnya oleh kumpulan yang

selalu mengharamkan membaca Al-Qur’an atau surah Yaasin ke atas mayat. Pendirian Imam

Asy-Syaukani dalam perkara ini sangat jelas sekali. Apakah pendapat beliau dalam perkara ini akan

ditolak oleh adik “Abdullah”?

Pendapat Imam Syafi’e

Imam Syafi’e (204H) berkata:

“Sekiranya mereka membaca beberapa ayat Al-Qur’an di atas/ di sisi perkuburan mayat Muslim, ia

adalah sesuatu yang baik. Sekiranya mereka membaca keseluruhan Al-Qur’an, ia adalah lebih baik.“ (dinaqalkan oleh Imam Nawawi dalam Riyadh ash-Shalihin. Lihat juga di dalam Al-Azkar, Imam Nawawi, ms. 147. Imam Al-

Baihaqi menyebutnya di dalam Ma’rifah as-Sunan, 4/191)

Page 7: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

7

Qaedah menyebutkan:

“Apa-apa (ibadah) yang banyak perlakuannya (pekerjaannya), akan banyak pula mendapat fadhilat

(pahala).”

Jika dibacakan seluruh Al-Qur’an, pastinya surah Yaasin akan dibacakan juga. Apakah adik

“Abdullah” akan menolak pendapat ‘Alim Quraisy yang ilmunya memenuhi bumi ini?

Riwayat dari Imam Syafi’e ini dinukilkan oleh Imam Al-Baihaqi (458H) dan Imam Nawawi (676H).

Siapakah yang berani mempertikaikan dua imam besar ini?

Benar ada tafsiran lain dalam perkara membaca surah Yaasin ke atas mayat, tetapi apakah

pendapat para A’immah ini dibuang begitu sahaja?

Pendapat Syaikh Athiyyah dan selainnya

Adapun pendapat Syaikh Athiyyah dan selainnya yang mengatakan ia membaca Surah Yaasin ketika

seseorang itu sedang sakaratul maut dan bukannya setelah ajal, kita menghormatinya dan kita

katakan, itu adalah ijtihad fuqaha’. Hadith menyebutkan:

“Sesiapa yang berijtihad, lalu betul (dalam ijtihadnya), maka baginya dua pahala, dan sesiapa yang

berijtihad, lalu salah (dalam ijtihadnya), maka baginya satu pahala.”

Qaedah menyebutkan:

“Ijtihad tidak dibatalkan dengan ijtihad yang lain.“

Qaedah lain menyebutkan:

“Tidaklah diingkari sesuatu hukum yang berlaku khilaf padanya (di sisi fuqaha’), akan tetapi yang

perlu diingkari ialah sesuatu hukum yang telah disepakati atasnya (atas pengharamannya).”

Begitu juga qaedah:

“Tidak boleh diingkari dalam permasalahan-permasalahan ijtihad dan khilafiyyah.”

Al-Allamah al-Mufassir al-Muhaddith, Syaikh Yusuf ad-Dijwi (1365H), Ahli Lembaga Majlis Ulama’

Besar Al-Azhar ketika menjawab pertanyaan tentang pendapat yang mengatakan bid’ah solat sunat

Qabliyyah Jumaat, beliau mengatakan di awal jawapannya:

Page 8: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

8

“Wajib untuk kamu ketahui bahawa sesungguhnya terdapat di sana sesuatu yang sewajarnya diambil

perhatian kepadanya iaitu ‘Sesungguhnya permasalahan ijtihadiyyah yang bersifat furu’

(cabang/ ranting), sudah mencukupi dengan dalil zanni padanya, dan tidak sepatutnya

bertelagah dalamnya’. Dan sesiapa yang menuntut padanya dalil qath’i, maka sama ada dia

adalah jahil (tidak mengerti), tidak harus dia dianggap dalam golongan ulama’ atau juga dia

mempunyai niat yang tidak bagus yang tidaklah dia menuntut (dalil qath’i) itu melainkan

untuk kemasyhuran dengan apa cara sekalipun…” (Lihat dalam Sunnah al-Jum’ah al-Qabliyyah, Syaikh Yusuf

ad-Dijwi (rujuk di dalam kitab Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 164)).

Tanbih:

Perkara-perkara yang dikatakan ‘tidak boleh’ dilakukan seperti yang ditulis dalam artikel:

“Menyambut 1 Syawal: Elak Tindakan Tak Ikut Syariat” dahulu seperti menziarahi kubur pada 1

Syawal, membaca Al-Qur’an di kubur dan amalan bermaaf-maafan pada 1 Syawal, sebenarnya sudah

lama dibincangkan oleh para ulama’ SEAWAL TIMBULNYA MAZHAB dan kebanyakkan mereka

MEMBOLEHKANNYA. Sebab itulah, masyarakat Islam sejak zaman berzaman tidak pernah

mempertikaikan perkara ini. Hatta, kumpulan yang mungkin tidak bersetuju dengan mereka

BERLAPANG DADA dengan amalan-amalan tersebut kerana akur dan hormat dengan pendapat para

ulama’ yang membenarkannya dan mereka faham bahawa di kalangan para mujtahid, akan terjadi

pendapat yang rajih (yang kuat) dan arjah (yang lebih kuat) dalam ijtihad mereka. Masing-masing

berdiri di atas prinsip:

“Pendapat kami benar, tetapi ada kemungkinan salah, dan pendapat selain dari kami salah, tetapi ada

kemungkinan betul.”

Mereka juga berdiri di atas qaedah:

“(Hendaklah) kita bekerjasama dalam perkara yang kita ittifaq (setuju) atasnya dan kita saling

maaf memaafkan dalam perkara yang kita ikhtilaf dalamnya.”

Prinsip dan qaedah inilah yang menjadikan feqah terus berkembang dalam keadaan yang harmoni

dan tidak sampai membawa kepada perpecahan kerana masing-masing memahami cara beristidlal di

samping sangat menjaga adab dalam ikhtilaf.

Page 9: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

9

Persoalannya, kenapakah pada zaman moden sekarang ini, amalan-amalan sebegini

dipertikaikan kembali? Oleh itu, mungkin boleh ditanyakan kepada adik “Abdullah”: “Siapakah

yang lebih patut berlapang dada?”

PERKARA (4)

Dalam perkara: 2. HADIS AD-DARAQUTHNI TENTANG MEMBACA SURAH QUL HUWALLAHU AHAD

11 KALI, LALU MENGHADIAHKAN PAHALANYA, beliau menulis:

“Hadis riwayat Imam ad-Daraquthni yang dibawakan oleh as-Sanariy ini adalah tidak shahih.

Menurut Syaikh al-Albani hadis ini adalah palsu. Lihat perbahasannya dalam Silsilah Ahaadis adh-

Dha’ifah (no. 3277).”

Komen:

a) Beliau merujuk kepada pendapat Syaikh Al-Albani. Pentashihan dan pentadh’ifan Syaikh

Al-Albani akan dibincangkan sebentar lagi, insyaAllah.

b) Siapakah Syaikh Al-Albani dibandingkan dengan Imam Ad-Darquthni?

c) Imam Al-‘Ajluni menyebutkan hadith ini dalam Kasyf al-Khafa’ (2/272) dari riwayat Ar-

Rafi’i dari Sayyiduna Ali. Beliau (Imam Al-‘Ajluni) tidak memberi komen tentangnya.

Fahami bahasa ini yang lahir dari seorang Imam dalam Ilmu Hadith….

PERKARA (5)

Dalam perkara: 3. HADIS MASUK KE PERKUBURAN & MEMBACA YAASIN, beliau menulis:

“Menurut as-Sanariy hadis ini direkodkan oleh al-Khalal (yakni dalam Qira’at Inda al-Qubur), Ibnu

Qudamah dalam al-Mughni dan pengarang Tuhfatul Ahwadzi (yakni al-Mubarakfuri).

Hadis ini adalah mawdhu’ (palsu). Lihat perbahasannya dalam kitab Silsilah Ahaadis adh-Dha’ifah wa

al-Mawdhu’ah (no. 1246) karya Syaikh al-Albani, dan Silsilah Ahaadis al-Wahiyyah (no. 134) karya

Syaikh Ali.”

Komen:

a) Sekali lagi beliau merujuk kepada pendapat Syaikh Al-Albani. Pentashihan dan

pentadhifan Syaikh Al-Albani akan dibincangkan sebentar lagi, insyaAllah.

b) Lihat pendapat Imam Syafi’e dan Imam Asy-Syaukani tentang membaca Yaasin ke atas

mayat ini dalam PERKARA (3) di atas.

Page 10: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

10

Pentashihan dan pentadh’ifan Syaikh Al-Albani

Beliau dalam PERKARA (4) dan PERKARA (5) di atas merujuk kepada pendapat Syaikh Al-Albani

dalam pentashihan dan pentadh’ifan hadith.

Para pembaca budiman, mentashihkan atau mentadh’ifkan hadith adalah perkara besar dan

serius sekali kerana ia melihatkan kalam Sayyidul Anbiya’ wal Mursalin . Oleh itu, para

muhaddithin sepakat bahawa HANYA muhaddith yang bertaraf AL-HAFIZH sahaja yang layak untuk

mentashihkan atau mentadh’ifkan hadith. Antara syarat menjadi Al-Hafizh ialah hafal 100 000

hadith, dengan sanad dan matan, ‘Ilal al-Hadith, amat arif tentang Ilmu Rijal serta ilmu-ilmu yang

berkaitan dengan hadith.

Apakah adik “Abdullah” tahu hakikat Syaikh Al-Albani? Al-Faqir sama sekali tidak berniat

menyebut keburukan seseorang, terlebih lagi apabila mengetahui diri sendiri sangat banyak

ketaqsiran dan kedha’ifan. Namun, perbincangan ini dirasakan perlu untuk menyatakannya.

Dikatakan Syaikh Al-Albani pernah mengakui tidak pernah meriwayatkan hatta 10 hadith pun yang

bersambung darinya kepada gurunya sehingga ke atas. Dengan ketaqsiran sebegini, apakah beliau

layak untuk menjadi Al-Hafizh dalam Ilmu Hadith….

Qaedah menyebutkan:

“Apabila tidak ada/tidak cukup syarat, maka tidak ada juga yang disyaratkan.”

Ramai sekali ulama’ dari pelbagai bidang ilmu menolak (radd) kitab-kitab dan tulisan-

tulisannya yang berkaitan hadith dan ilmu-ilmu lain. Sekadar menyebut beberapa orang sahaja

antara mereka:

1. Habib ar-Rahman al-Azhami (ahli hadith India)

2. Prof. Dr. Syaikh Muhammad Said Ramadhan al-Buthi (ulama’ Syria)

3. Sayyid Abdullah ibn Shiddiq al-Ghummari (ahli hadith Moroko)

4. Syaikh Abdul Aziz ibn Muhammad ibn Shiddiq al-Ghummari (ahli hadith Moroko)

5. Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (ahli hadith Syria)

6. Syaikh Muhammad Awwamah (ahli hadith Mesir)

7. Syaikh Mamduh Sa’id Mamduh (ahli hadith Mesir)

8. Syaikh Ismail Muhammad al-Anshari (ahli haidth Arab Saudi)

9. Syaikh Badruddin Hasan Diab (ulama’ Syria)

10. Syaikh Isa ibn Abdullah ibn Mani’ al-Himyari (ulama’ di Dubai)

11. Syaikh Muhammad ibn Ahmad al-Khazraji (ulama’ di Emirat Arab Bersatu)

12. Syaikh Firad Muhammad Walid Ways (ulama’ Syria)

13. Syaikh Samir al-Istanbuli (ulama’ Syria)

14. Sayyid Hasan ibn Ali as-Saqqaf (ahli hadith Jordan)

15. K.H.M. Syafi’i Hadzami (mantan Ketua Umum, Majlis Ulama’ Indonesia, Jakarta)

16. Dr. K.H. Musthafa Ya’kub (ulama’ hadith Indonesia) dan ramai lagi. (Lihat nama-nama ulama’ besar ini dalam Ulama’ Sejagad Menggugat Salafi Wahabi, Syaikh Idahram, ms. 192-193)

Page 11: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

11

Para ulama’ dan tokoh Wahabi sendiri turut memberi komen tentang kelemahan dan

kejanggalan beliau dalam Ilmu Hadith antaranya:

1. Syaikh Ismail ibn Muhammad al-Anshari, ahli hadith dan pengkaji senior di Dar al-

Ifta’, Arab Saudi. Beliau pernah mengatakan: “Pendapat Al-Albani tentang solat Tarawih

lebih dari 11 rakaat hukumnya seperti melebihkan solat Zohor menjadi 5 rakaat adalah tidak

layak keluar dari mulut orang yang mengetahui bagaimana ulama’ Salaf melakukan

solat Tarawih dan tidak layak keluar dari orang yang mengetahui pendapat para imam

tentang dibolehnya solat Tarawih lebih dari 11 rakaat.” (Lihat Tashhih Hadith Sholah at-

Tarawih ‘Isyrina Rak’atan wa Ar-Radd ‘ala al-Albani fi Tadh’ifih, Syaikh Ismail ibn Muhammad al-Anshari, ms.

149)

2. Begitu juga Prof. Dr. Muhammad Musthafa Azami, pakar hadith di Universiti King Saud,

Riyadh, Arab Saudi. Beliau sudah tidak percaya lagi dengan Al-Albani dalam

menetapkan keshahihan hadith. Ketika ditanya beliau juga mempercayainya dalam

perkara itu, beliau menjawab: “Itu dahulu, sekarang sudah berubah (menjadi tidak percaya

kepadanya).” (Lihat Hadis-Hadis Palsu Seputar Ramadhan, Prof. K.H. Ali Mustafa Yaqub, ms. 127)

Syaikh Al-Albani begitu diagung-agungkan oleh kumpulan tertentu sehingga memberi gelaran “Imam

Ibn Hajar as-Asqalani pada zaman ini” dan gelaran-gelaran lain. Tidak dinafikan, beliau mempelajari

tentang hadith dan banyak mengetahui tentangnya, tetapi manhaj yang ditempohinya dalam Ilmu

Hadith terutamanya dalam mentashihkan atau mentadh’ifkan hadith adalah tidak salim

(tidak selamat dan tidak seperti manhaj para muhaddithin terdahulu) sehinggakan beliau

sanggup mentadh’ifkan hadith shahih yang terdapat di dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih

Muslim…..dan kitab-kitab lain, begitulah sebaliknya.

Pepatah mengatakan:

“Apabila diketahui sebab (hakikat diri sesuatu), maka hilangkan kekaguman padanya.”

PERKARA (6)

Dalam perkara: 4. KISAH IMAM AHMAD MELARANG PEMUDA MEMBACA AL-QUR’AN KEMUDIAN

MEMBENARKANNYA, beliau menulis:

“Saya merujuk kepada bab Qiraat Inda al-Qubur karya al-Khalal yang memuatkan kisah ini. Menurut

pentahqiq, kisah ini turut direkodkan dalam kitab ar-Ruh karya Ibnu Qayyim al-Jawziyyah, dan

Tazkirah Fii Ahwal al-Mauta karya al-Qurtubi, dan pada sanadnya terdapat beberapa perawi yang

majhul (tidak dikenali). (Lihat: al-Amru bi al-Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Munkar, karya al-Khallal

(tahqiq: Masyhur Hasan Mahmud Salman & Hashim bin Ismail ) hal. 125)”

Komen:

a) Perkara ini sudah dijawab oleh saudara “pemikir” tentang pendapat Imam Ahmad bin

Hanbal seperti yang disebut oleh Imam Abu Muhammad bin Qudamah al-Maqdisi (629H) di

akhir kitab Al-Jana’iz dalam kitab beliau Al-Mughni, juga Imam An-Nawawi dalam kitabnya

Al-Azkar. Rujuk juga Ihya’ Ulumiddin, 2/147, Al-Majmu’ah al-Yusufiyyah, 1/443 dan lain-

Page 12: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

12

lain. Rujuklah kepada kitab-kitab ini. Semoga Allah membalas jasa akhi “pemikir” dengan

ganjaran yang sempurna, Amin…

b) Sebagai tambahan, dalam pengkajian Ilmu Hadith dan Mustholahnya, jika menurut

pengamatan seorang ahli hadith tentang kemungkinan pada sanad sesuatu hadith terdapat

beberapa perawi yang majhul (tidak dikenali), mungkin pengamatan berbeza pada ahli

hadith yang lain pula.

PERKARA (7)

Dalam perkara: 5. FATWA SYAIKH ALI JUM’AH, beliau menulis:

“Pertama sekali, saya tertanya-tanya, adakah ulama’ yang lebih senior daripada selain Syaikh Ali

Jum’ah menyatakan bahawa membaca al-Qur’an di atas kubur adalah tidak haram? Alangkah baiknya

sekiranya ada rujukan daripada kitab-kitab mazhab yang muktabar berkaitan perkara ini.

Dibimbangi ianya sekadar dakwaan ijma’ semata-mata.”

Komen:

a) Adik “Abdullah”, ketahuilah bahawa menulis perkara-perkara agama adalah suatu

amanah yang berat. Ianya kelak akan dipertanggung jawabkan di akhirat. Bersangka

baik dan beradablah dengan para ulama’ yang sudah terkenal dengan ilmu dan amal

soleh mereka. Laa uzakki ‘alalLaahi syai’an…..Syaikh Ali Jum’ah ma’ruf dengan rashikhah

ilmunya, soleh amalannya, ma’ruf kecintaannya kepada Sayyidul Wujud, Junjungan Mulia,

Nabi Muhammad dan ahli keluarga Baginda , diketahui hormatnya kepada para

ulama’ dan pencinta ilmu. Beliau digelar “Al-Ushuliy” kerana kedalaman ilmunya dalam Ilmu

Ushul Fiqh, suatu ilmu yang sangat penting untuk mengistinbathkan hukum hakam agama.

Ingatlah, para ulama’ yang ‘amilin tidak menulis sesuatu dengan hawa nafsu…

b) Alhamdulillah, mereka yang mendahuli Al-Faqih al-Ushuliy, Nur ad-Din Syaikh Ali Jum’ah,

Mufti Besar Negara Mesir, hafizhahullah wa nafa’ana bi ‘ulumihi fid daraini, amin, dalam

perkara ini ramai sekali antara mereka:

1. Imam Syafi’e (Lihat dalam Ma’rifah as-Sunan, Imam Al-Baihaqi, Riyadh ash-Shalihin dan Al-Azkar,ms.

147)

2. Imam Ahmad bin Hanbal (Lihat dalam Tazkirah al-Qurthubi, ms. 25)

3. Imam Al-Qurthubi (Lihat dalam Tazkirah al-Qurthubi)

4. Imam An-Nawawi (Lihat dalam Al-Azkar)

5. Al-Hafizh As-Suyuthi (Lihat dalam Syarh ash-Shudur )

6. Syaikh Al-Khatib asy-Syarbini (Lihat dalam Iqna’ fi Hall al-Alfazh Abi Syuja’, ms. 208)

7. Syaikh Daud al-Faththoni (Lihat dalam kitabnya Kasyf al-Ghummah fi Ahwal al-Mauta fi al-Barzakh

wa al-Qiyamah dan Furu’ Masa’il, 1/6)

8. Imam Ibn Muflih al-Hanbali (Lihat dalam Al-Furu’, 2/304)

9. Imam Asy-Syaukani (Lihat dalam Az-Zakhirah ath-Thaminah, ms. 43, Umat Bertanya Ulama’

Menjawab, K.H. Drs. Ahmad Dimyathi Badruzzaman, ms. 94-95)

10. Dr Musthafa Khin, Dr Musthofa al-Bugha dan Ali Syarbaji (Lihat dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji

‘ala Mazhab al-Imam Asy-Syafi’e,1/278)

11. Syaikh Ad-Dardir al-Maliki (Lihat dalam Al-Bayan lima Yasyghal al-Azhan, ms. 274)

Page 13: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

13

12. Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki (Lihat dalam Tahqiq al-Amal fi ma Yanfa’u al-Mayat min al-

‘Amal, ms. 58 – 60)

dan ramai lagi. Semoga Allah merahmati mereka, mengganjari mereka dengan ganjaran

yang sempurna dan memberikan kita manfaat yang besar dari ilmu dan keberkatan mereka,

amin…

c) Baik sekali Al-Faqir tuliskan di sini nas Arab fatwa Syaikh Ali Jum’ah tentangnya seperti

dalam kitabnya Al-Bayan lima Yasyghalu al-Azhan, ms. 254, supaya sesiapa yang boleh

memahami Bahasa Arab melihat apa yang Al-Faqir tulis memang datang dari fatwa beliau:

52

22253275

22253275

PERKARA (8)

Beliau menulis:

“Dalam pada itu hadis yang dikatakan menjadi sandaran jumhur Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan

Hanabilah tersebut juga sebagaimana telah dijelaskan bahawa ianya adalah mawdhu’ (palsu).”

Komen:

a) Mawdhu’ mengikut Syaikh Al-Albani dan yang lain, tetapi tidak bagi yang lain pula.

b) Hadith ini ditakhrijkan oleh pengarang Al-Khilal dengan sanadnya. Ibn Qudamah juga

menyebutkannya di dalam Al-Mughni, 2/225 dan pengarang Tuhfah al-Ahwazi, 3/275.

c) Jika benar ia Mawdhu’, apakah patut para jumhur ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan

Hanabilah menjadikan ia sebagai sandaran? Fata’ammalu….

Page 14: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

14

PERKARA (9)

Beliau menulis:

“Berkenaan wasiat Abdullah bin Umar yang dimaksudkan oleh Syaikh Ali Jum’ah itu pula adalah

hadis yang disebutkan dalam kisah pada perbahasan yang keempat, dan telah dijelaskan bahawa

kisah tersebut adalah tidak shahih. Sekiranya benar kisah tersebut adalah shahih, diharapkan

dibawakan bukti bahawa terdapat ulama’ hadis yang menshahihkannya.”

Komen:

a) Jawapan tentang kisah tersebut boleh dirujuk pada PERKARA (6) di atas.

b) Wasiat tersebut jelas disebutkan dalam fatwa Syaikh Ali Jum’ah di atas. Silalah merujuk

kepadanya.

c) Tentang wasiat Abdullah bin Umar, dinukilkan kembali jawapan dari saudara “pemikir”

yang menulis:

Sanadnya Hasan seperti yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar.

Ertinya:

“Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.”

d) Dalam riwayat yang disebutkan di dalam Tazkirah al-Qurthubi, ms. 25, yang mewasiatkan

adalah Sayyiduna Umar sendiri. Disebutkan riwayat itu di sini:

“Adalah Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata: Apabila kamu masuk ke perkuburan,

maka bacalah Surah Al-Fatihah dan Muawwizatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas) dan Qul

Huwallahu Ahad, dan jadikanlah pahala bacaan itu hadiah kepada penghuni kubur.

Page 15: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

15

Sesungguhnya ia (pahala bacaan itu) sampai kepada mereka. Dan adalah beliau dahulu

menolak pendapat sebelum itu akan sampainya pahala dari orang hidup kepada orang mati.

Ketika sebahagian orang yang thiqah berkata kepadanya bahawasanya Sayyiduna

Umar ibn Al-Khattab, radhiAllahu anh telah mewasiatkan ketika dia (akan)

dikebumikan (nanti), agar dibacakan di sisi kepalanya Surah Al-Fatihah dan

pengakhiran Surah Al-Baqarah, lalu beliau (Imam Ahmad) maka dia menarik balik

pendapatnya…”

Faedah:

Walaupun terdapat riwayat yang berbeza sama ada Ibn Umar atau Umar sendiri, riwayat-

riwayat tersebut menunjukkan adanya wasiat tersebut dari sahabat Nabi yang sangat

faham dan mengerti tentang hukum hakam agama. Fata’ammalu…..

Malah, dalam riwayat di atas, Imam Ahmad sendiri yang juga mewasiatkan untuk dibaca

Surah Al-Fatihah dan Muawwizatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas) dan Qul Huwallahu Ahad,

dan menjadikan pahala bacaan itu hadiah kepada penghuni kubur.

Apakah komen saudara tentang catatan faedah ini?

e) Seperti yang dimaklumi dalam ilmu hadith, suatu hadith mungkin shahih bagi seorang Imam,

tetapi tidak bagi Imam yang lain kerana manhaj mereka yang berbeza dalam perkara itu.

Samalah juga berlaku terhadap hadith ini.

PERKARA (10)

Beliau menulis:

“Apa yang jelas, ada ahli ilmu ataupun ulama’ yang melarang perkara tersebut. Imam Abu Dawud as-

Sijistani meriwayatkan, “Aku mendengar Imam Ahmad ditanya tentang membaca al-Qur’an di sisi

kuburan, maka beliau menjawab, “Jangan.” (Lihat: Masail Imam Ahmad Riwayat Abu Dawud Sulaimin

bin al-Asyats as-Sijistani (Tahqiq: Abu Muadz Thariq bin Iwadullah bin Muhammad), Penerbit:

Maktabah Ibnu Taimiyyah, Cetakan Pertama: 1999 Masihi, hal. 224)”

Komen:

Al-Faqir pernah menulis dulu: “Tidak pernah ada Ahli al-Ilm yang mengatakan membaca Al-Qur’an

hanya di rumah dan tidak membolehkan ia dibaca di kubur. Terlalu banyak dalil tentang fadhilat

membaca Al-Qur’an secara umum, di mana-mana sahaja.”

Harap difahami ayat ini. “Dan” di sini merujuk kepada 5 qadhiyyah iaitu (i) membaca Al-Qur’an

hanya di rumah dan (ii) tidak membolehkan ia dibaca di kubur. Dua-dua perkara ini

sekaliguslah yang Al-Faqir maksudkan. Kerana itulah Al-Faqir mengatakan tidak pernah ada Ahli

al-Ilm yang mengatakan Al-Qur’an mesti dibaca di rumah sahaja, bukan di kubur.

Page 16: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

16

PERKARA (11)

Beliau menulis:

“Ada pun riwayat bahasa Imam Ahmad rujuk atau menarik pendapatnya lalu berpendapat boleh

membaca al-Qur’an di sisi kuburan, dijelaskanya ianya adalah tidak shahih. Yang shahih adalah

pendapat Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Dawud as-Sijistani Wallahu a’lam.”

Komen:

Telah dijawab oleh saudara “pemikir”. Silalah merujuk tulisan beliau.

PERKARA (12)

Beliau menulis:

“Saya kira kata-kata Syaikh Ali Jum’ah yang dibawakan tuan ini kontradik, bertentangan: “Sepakat

ulama’ dan ijma’ ulama’ Islam bahawa membaca Al-Qur’an di atas kubur tidak haram dan tidak pula

berdosa pembuatnya. Jumhur ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah membolehkannya…Pada

awal kata Syaikh Ali Jum’ah kata ijmak, tetapi mengapa kemudian kata jumhur membolehkan? Yang

tidak jumhurnya ke mana? Kalau yang tidak jumhur itu tidak setuju, itu maknanya tiada ijmak.”

Komen:

Saudara mempertikaikan apakah ia ijma’ atau jumhur? Pertanyaan ini hanyalah untuk

mengalihkan isu asal yang dibincangkan iaitu “hukum membaca surah atau Al-Qur’an di

kubur, boleh atau tidak?”, bukannya “ijma’ atau jumhur?”

Sama ada perkara ini ijma’ atau jumhur, hakikatnya ulama’ membolehkan membaca surah atau

Al-Qur’an di kubur.

Sekiranya ijma’ atau jumhur membolehkan membaca surah atau Al-Qur’an di kubur, apakah

saudara akan menerima pendapat ijma’ atau jumhur ini?

PERKARA (13)

Beliau menulis:

“Malah kata-kata Syaikh Ali Jum’ah itu bertentangan dengan Syaikh Wahbah az-Zuhaili dalam tulisan

as-Sanariy: Syaikh Dr. Wahbah az-Zuhaili menyebutkan bahawa SEBAHAGIAN ulama’ mengatakan

sunat ketika menziarahi kubur itu membaca surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi, surah Yaasin, At-

Takathur dan Al-Ikhlash. (Lihat Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 2/540). Lihat, kata Syaikh Wahbah,

sebahagian. Jadi yang sebagiannya ke mana? Nyatanya seperti tiada ijmak.”

Page 17: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

17

Komen:

Sekali lagi saudara cuba mengalihkan isu asal iaitu “hukum membaca surah atau Al-Qur’an di

kubur, boleh atau tidak?”, bukannya “apa kata Syaikh Ali Jum’ah atau Syaikh Wahbah az-

Zuhaili?”

Sama ada pendapat Syaikh Ali Jum’ah kata ijma’ atau jumhur atau Syaikh Wahbah az-Zuhaili kata

sebahagian, hakikatnya kedua-duanya membolehkan membaca surah atau Al-Qur’an di kubur.

Sekiranya Syaikh Ali Jum’ah dan Syaikh Wahbah az-Zuhaili membolehkan membaca surah atau Al-

Qur’an di kubur, apakah saudara akan menerima pendapat kedua Al-Alim al-Allamah al-Faqih

ini?

PERKARA (14)

Beliau menulis:

“Persoalan saya, bagaimana as-Sanariy boleh berkata TIADA DALIL? Bukankah para ulama’ yang

menyatakan tidak sampai ada sebutkan dalil daripada Surah an-Najm; ayat 39? Daripada tafsir ayat

ini juga Imam Ibnu Katsir membawakan pendapat Imam asy-Syafi’e bahawa pahala bacaan al-Qur’an

adalah tidak sampai.”

Komen:

a) Tiada dalil

“Tiada dalil” yang dimaksudkan Al-Faqir adalah tiada dalil yang TAHQIQ.

b) Penjelasan surah An-Najm: ayat 39

Ayat tersebut ialah firman Allah :

“Dan tidaklah bagi seseorang kecuali apa yang telah dia kerjakan.”

Di dalam Tafsir ath-Thobari, 9/27, dijelaskan bahawa ayat tersebut diturunkan ketika Walid Ibn

Mughirah masuk Islam diejek oleh orang musyrik, dan orang musyrik tadi berkata: “Kalau engkau

kembali kepada agama kami dan memberi wang kepada kami, kami yang menanggung

seksaanmu di akhirat.”

Allah menurunkan ayat di atas yang menunjukkan bahawa seseorang tidak boleh menanggung

dosa orang lain. Bagi seseorang, apa yang telah dikerjakannya, bukan bererti menghilangkan

pekerjaan seseorang untuk orang lain, seperti doa kepada orang mati dan lain-lainnya.

Page 18: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

18

Dalam Tafsir ath-Thobari juga dijelaskan, dari sahabat Ibn Abbas bahawa ayat tersebut telah

dimansukh atau digantikan hukumnya:

“Dari sahabat Ibn Abbas dalam firman Allah : “Tidaklah bagi seseorang kecuali apa yang

telah dikerjakan”, kemudian Allah menurunkan ayat surat Ath-Thur: 21. “Dan orang-orang

yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, kami

pertemukan anak cucu mereka dengan mereka, maka Allah memasukkan anak kecil ke

syurga kerana kebaikan orang tua.”

Syaikh Ibn Al-Qayyim dalam kitabnya Ar-Ruh, ms. 143, menjawab tentang ayat 39, Surah An-Najm ini

dengan katanya:

“Jawapan yang baik bagiku (tentang kefahaman dari Surah An-Najm, ayat 39) bahawa manusia

dengan usahanya sendiri dan kerana bagus pergaulannya (dengan orang lain), akan mempunyai ramai

kawan, melahirkan keturunan, mengahwini perempuan, berbuat kebaikan dan menyanyangi orang

lain. (Sebab itulah) maka mereka juga mengasihinya dan menghadiahkan pahala ibadah kepadanya

(ketika dia meninggal dunia). Maka, itu semua adalah kesan dari usaha (baiknya ketika masih hidup).”

Syaikh Ibn Al-Qayyim juga secara tegas mengatakan bahawa sebaik-baik amal yang dihadiahkan

kepada mayat adalah memerdekakan hamba (Al-‘Itq), sedekah, istighfar, doa dan haji. Adapun

pahala membaca Al-Qur’an dan menghadiahkan pahala bacaannya kepada mayat yang

dilakukan secara sukarela (tathowwu’) dengan tidak meminta upah (bi ghairi ujrah), akan

sampai pahala kepada mayat tersebut seperti mana sampainya pahala puasa dan haji. (Lihat Ar-

Ruh, ms. 142)

Mengenai ayat ke 39 Surat An-Najm di atas, boleh juga difahami secara umum, yang menjadi hak

seseorang adalah apa yang dia kerjakan agar seseorang tidak menyandarkan kepada perbuatan

orang. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud menghilangkan perbuatan seseorang untuk orang

lain.

Ayat tersebut juga bermaksud, perbuatan baik yang dia lakukan sendiri, memberi manfaat

kepadanya. Begitu juga perbuatan baik yang dilakukan orang lain untuknya yang bukan

perbuatannya sendiri, juga memberi manfaat kepadanya dengan fadhl (kurniaan dan

kemurahan) Allah kepadanya. Sebagai contoh solat jenazah, ia bukanlah amal perbuatan yang

dilakukan mayat, tapi mayat merasakan manfaat dari solat tersebut. Begitu juga seperti doa

Rasulullah untuk orang lain. Doa itu bukan perbuatan orang yang didoakan, namun doa

tersebut boleh dirasakan manfaatnya, seperti doa Rasulullah untuk Ibn Abbas:

Page 19: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

19

“Ya Allah ajarilah ia hikmah dan (kemampuan untuk) menta’wil Al-Kitab (Al-Qur’an).” (Riwayat Al-

Bukhari)

Tambahan lagi, ada hadith yang menunjukkan bahawa Nabi pernah mengajarkan doa-doa

yang perlu dibaca untuk mayat:

“Diriwayatkan dari ‘Auf bin Malik berkata: Nabi telah menunaikan solat jenazah. Aku

mendengar Nabi berdoa: Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia dan maafkanlah dia.”

Di dalam Al-Qur’an, Allah menyatakan bahawa orang yang telah meninggal dapat menerima

manfaat doa yang dikirimkan oleh orang yang masih hidup.

“Dan orang-orang yang datang setelah mereka, berkata: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan

ampunilah saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan beriman.” (Surah Al-

Hasyr: 10)

Ayat ini menunjukkan bahawa doa orang yang masih hidup sampai kepada orang yang telah

meninggal.

Di dalam Tazkirah al-Qurthubi, ms. 25 disebutkan:

“Adalah Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata: Apabila kamu masuk ke perkuburan, maka

bacalah Surah Al-Fatihah dan Muawwizatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas) dan Qul Huwallahu Ahad,

Page 20: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

20

dan jadikanlah pahala bacaan itu hadiah kepada penghuni kubur. Sesungguhnya ia (pahala

bacaan itu) sampai kepada mereka. Dan adalah beliau dahulu menolak pendapat sebelum itu akan

sampainya pahala dari orang hidup kepada orang mati. Ketika sebahagian orang yang thiqah

berkata kepadanya bahawasanya Sayyiduna Umar ibn Al-Khattab, radhiAllahu anh telah

mewasiatkan ketika dia (akan) dikebumikan (nanti), agar dibacakan di sisi kepalanya Surah

Al-Fatihah dan pengakhiran Surah Al-Baqarah, lalu beliau (Imam Ahmad) maka dia menarik balik

pendapatnya. Begitulah juga telah sampai berita kepada kami tentang Syaikh Izz ad-Din bin Abd as-

Salam rahimahullah, bahawa beliau pernah menolak pendapat yang mengatakan sampainya pahala

kepada orang mati dan beliau berhujah dengan ayat Al-Qur’an yang mafhumnya: “Dan tidaklah bagi

manusia itu melainkan apa yang dia telah usahakan.” Tetapi ketika beliau meninggal dunia,

sebahagian kawan-kawannya melihat beliau di dalam mimpi mereka, lalu bertanyakannya tentang

perkara tersebut lalu beliau menjawab: Aku menarik balik dari apa yang pernah aku katakan tentang

tidak sampainya pahala orang yang membaca kepada orang mati ketika aku melihat sampainya

(pahala itu) sedangkan aku di dalam kubur. Dan lebih menguatkan pendapat ini oleh apa yang

diriwayatkan oleh Al-Hafiz As-Salafi dalam hadith yang Marfu’: Sesiapa yang melalui perkuburan lalu

membaca Qul huwallahu Ahad sebelas kali, kemudian menghadiahkan pahala bacaannya kepada

orang-orang yang telah meninggal dunia, nescaya akan diberikan kepadanya pahala sebanyak

bilangan orang-orang yang telah meninggal dunia itu.”

c) Penjelasan tentang pendapat Imam asy-Syafi’e bahawa pahala bacaan Al-Qur’an tidak

sampai

Di dalam kitab Kasyf al-Ghummah fi Ahwal al-Mauta fi al-Barzakh wa al-Qiyamah, ms. 46,

karangan Al-Alim al-Allamah al-‘Arif Ar-Rabbani, Syaikh Daud al-Faththoni (1265H)

menyebutkan bab khusus tentang perkara ini iaitu:

“Ini suatu bab pada menyatakan barang yang datang pada membaca Al-Qur’an

tatkala di kubur ketika ditanam dan kemudiannya dan bahawasanya sampai ia

kepada mayat pahalanya barang yang dibacakan dan didoakan baginya dan

meminta ampun baginya dan yang disedekahkan baginya dan barang yang datang

dibacakan tatkala dihantarkan di dalam kuburnya dan sunat berhenti pada kubur

kemudian daripada tanamnya dan sunat talqin’.

(Kemudian Syaikh Daud mengatakan:)

“(Kata) Jalal ad-Din as-Sayuthi di dalam Syarh ash-Shudur: Bersalah-salahan ulama’

pada sampai pahala membaca Qur’an bagi orang yang mati. Maka Jumhur as-Salaf

dan imam yang tiga atas sampai pahalanya bagi mayat dan menyalahi yang

demikian itu imam kita Al-Imam Asy-Syafi’e radhiallahu anhu dan mengambil dalil

mereka itu atas sampai pahala ayat dengan qiyas daripada sampai pahala doa dan

sedekah dan puasa dan haji dan merdeka.

Maka bahawasanya tiada farq (beza) pada dalil naqli akan sampai pahala antara

bahawa ada ia daripada haji atau sedekah atau waqaf atau doa atau baca Qur’an

dengan beberapa hadith yang lagi akan datang sebutannya dan adalah hadith itu jika

ada ia dha’if sekalipun…” (Lihat juga Furu’ Masa’il, Syaikh Daud al-Faththoni, 1/6)

Page 21: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

21

Imam Nawawi menyebutkan perkara yang sama dalam kitabnya Fatawa Al-Imam an-Nawawi dan

Al-Azkar.

Apa yang difahami daripada kitab Kasyf al-Ghummah dan Syarh ash-Shudur ini ialah jumhur para

Salafus Soleh dan para Imam yang tiga termasuklah Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali

tentang sampainya pahalanya bagi mayat membaca Qur’an bagi orang yang mati. Maka jumhur

Salaf dan imam yang tiga atas sampai pahalanya kepada mayat. Hanya Imam Syafi’e sahaja yang

mengatakan tidak sampai. Ta’ammalu….

Justeru, jika saudara ingin mengambil pendapat jumhur, kenapa tidak dalam perkara ini juga?

Kenapa dalam perkara ini mengambil pendapat Imam Syafi’e?

Apakah pendapat saudara tentang apa yang disebutkan di dalam Fath al-Mu’in pada Hamisy I’anah

ath-Tholibin, 3/221:

“Dan sesungguhnya telah dinaskan oleh Imam Syafi’e dan Ashhabnya atas sunatnya membaca apa-

apa yang mudah di sisi mayat dan berdoa selepasnya. Ertinya, kerana bahawasanya ketika itu adalah

lebih diharapkan untuk diterima (Allah ) dan kerana mayat mendapat barakah bacaan seperti orang

hidup yang hadir.” ...?

Silakan juga saudara memberi komen terhadap pendapat Syaikh Khatib Syarbini yang

mengatakan: “Dan hendaklah orang yang menziarahi kubur itu membaca apa yang mudah daripada

Al-Qur’an di sisi penghuni kubur. Sesungguhnya rahmat itu turun pada tempat dibacakan Al-Qur’an.

Dan mayat itu seperti orang yang hadir yang mengharapkan rahmat. Dan hendaklah orang yang

menziarahi berdoa selepas membaca Al-Qur’an kerana doa itu memberi manfaat kepada mayat. Dan

doa selepas membaca Al-Qur’an lebih cepat untuk diperkenankan…” (Lihat Al-Iqna’ fi Hall al-Alfazh Abi

Syuja’, ms. 208)

Perkara yang sama disebut oleh Dr Musthafa Khin, Dr Musthofa al-Bugha dan Ali Syarbaji di

dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam Asy-Syafi’e. Silakan saudara memberi komen

tentangnya.

PERKARA (15)

Beliau berkata:

“Menurut Syaikh Maher Yaasin al-Fahl ketika mentahqiq Riyadhus Shalihin, kata-kata ini bukanlah

milik Imam asy-Syafi’e, bahkan Syaikh al-Albani turut menolak ianya adalah kata-kata Imam asy-

Syafié. Bahkan yang benar, berdasarkan kitab Asna al-Muthalib, kata-kata di atas adalah ucapan

golongan Syafi’eyyah sahaja. Wallahu a’lam.”

Page 22: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

22

Komen:

a) Beliau kembali lagi memegang pendapat Syaikh Al-Albani. Lihat ulasan tentang

“Pentashihan dan pentadh’ifan Syaikh Al-Albani” di atas pada PERKARA (5)

b) Saudara “pemikir” telah menjawab persoalan ini. Fahamilah kembali tulisan beliau yang

sangat bagus itu.

PERKARA (16)

Beliau menulis:

“Hadis yang disebutkan oleh Imam as-Suyuti telah dijelaskan, bahawa ianya adalah tidak shahih.”

Komen:

Ia telah dijawab oleh saudara “pemikir”. Beliau menulis: “Sanadnya Hasan seperti yang disebutkan

oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar.”

Sebagai tambahan, haruslah diingat bawaha Imam As-Sayuthi, Imam Al-Baihaqi dan Imam Ath-

Thobrani, semuanya Al-Imam dan Al-Hafizh dalam Ilmu Hadith. Fata’ammalu…

PERKARA (17)

Beliau menulis:

“Meskipun komen di atas membela artikel yang disiarkan dalam Harian Metro itu, suka saya

nyatakan ini adalah tulisan bebas, dan saya tidak mempunyai hubungan dengan penulis di Harian

Metro itu.”

Komen:

Al-Faqir juga tidak ingin mempersoalkan tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, setelah diamati,

manhaj adik “Abdullah” dan penulis di Harian Metro adalah sama.

PERKARA (18)

Beliau menulis dalam akhir kesimpulan tulisannya:

“Jika dilihat daripada sudut penulisan, tuan sememangnya mahir menulis. Jika dilihat sekali, tulisan

tuan kelihatan begitu ilmiah, sehingga orang yang membacanya boleh terpukau dan menganggapnya

benar...”

Page 23: JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH” - roskiman.comroskiman.com/wp-content/uploads/2012/09/JAWAPAN-KEPADA-KOMEN.pdf · Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan

Jawapan Kepada Saudara “Abdullah”

23

Komen:

PERKARA (19)

Beliau menulis:

“…. Namun sayangnya, kaedah tulisan ilmiah yang tuan persembahkan itu tidak cukup untuk

membenarkan apa yang tuan tuliskan. Setelah disemak, ternyata tulisan tuan memuatkan fakta-fakta

yang perlu dinilai atau disemak semula. Bahkan, terdapat antara hujah yang tuan sandarkan tidak

berdiri di atas hadis yang shahih. Wallahu a’lam.”

Komen:

Setelah Al-Faqir membentangkan segala mulahazhat dan komen, biarlah para ulama’ ajilla’, Ahl al-

Ilmi wa thullabihi serta para pembaca yang menilainya… Allahul Musta’an…