jaringan usahawan
-
Upload
zarfarie-aron -
Category
Documents
-
view
1.176 -
download
7
description
Transcript of jaringan usahawan
BAHAGIAN A: PENGENALAN
Jaringan usahawan adalah satu perkara yang sangat penting dan berkaitan dalam dunia
keusahawanan. Dalam menubuhkan perniagaan, usahawan seharusnya mempunyai jaringan yang
luas yang mempunyai kelebihan persaingan yang kuat. Jaringan usahawan bermaksud semua
hubungan yang dibentuk dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia di
sekelilingnya untuk faedah bersama. Faktor luaran perniagaan juga turut serta memberi kesan
secara langsung atau tidak langsung kepada peningkatan prestasi perniagaan. Keupayaan
usahawan mengenal pasti peluang dan sumber yang terhad di sekeliling mereka turut terlibat
dalam mempengaruhi kejayaan seseorang usahawan.
Seseorang usahawan merupakan seorang pengurus dimana seseorang perlu merancang,
mengawal, membuat keputusan dalam setiapa kativiti perniagan mereka. Mereka perlu
bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang dilakukan samada keputusan yang lalu mahupun
bakal dilaksanakan. Disamping itu, usahawan perlu mempunyai hubungan atau jaringan yang
luas dengan pihak luar atau persekitaran perniagaan bagi memperluaskan pasaran dan
membangunkan perniagaan yang sedia ada.
Justeru itu, konsep jaringan usahawan ini sememangnya asas kepada pembentukan dan
penubuhan sesebuah perniagan. Pelbagai faedah yang dapat dikecapi oleh usahawan kerana
setiap jaringan yang dibentuk oleh usahawan mempunyai kehebatan tersendiri yang mampu
membawa perniagaan ke mata dunia. Oleh itu, hubungan yang baik dengan jaringan yang sedia
ada amat penting bagi melicinkan segala urusan perniagaan samada secara langsung atau tidak
langsung.
BAHAGIAN B: JENIS JARINGAN USAHAWAN
Jaringan usahawan yang dapat dikenal pasti terbahagi kepada tiga kategori iaitu jaringan peribadi
(personal), jaringan awam dan jaringan perniagaan. Ketiga-tiga jaringan ini penting bagi
perniagaan dan memberi kesan yang mendalam terhadap prestasi dan kemajuan perniagaan.
195645|
i. Jaringan Peribadi
Jaringan peribadi usahawan merujuk kepada jaringan yang tidak formal melibatkan
hubungan secara langsung di antara usahawan dengan pihak tertentu seperti ibu bapa,
rakan-rakan, dan keluarga. Hubungan peribadi ini adalah membentuk ikatan yang kuat
(strong ties), kerana pihak-pihak yang terlibat dalam jaringan ini kebiasaanya menjadi
sumber pertama usahawan mendapat pelbagai bantuan terutama di peringkat
pembentukan perniagaan dan di awal perniagaan beroperasi. Bantuan yang selalu
diterima oleh usahawan oleh pihak-pihak tersebut adalah dari segi modal, kerjasama,
tenaga kerja dan maklumat-maklumat yang penting bagi mengukuhkan prestasi
perniagaan.
ii. Jaringan Awam
Menyedari hakikat bahawa ilmu perniagaan sentiasa berkembang dan usahawan
selalunya kekurangan masa, maka adalah perlu bagi usahawan mewujudkan jaringan
awam ini untuk kepentingan perniagaan mereka. Jaringan awam merujuk kepada sumber
awam yang mana usahawan dapat memperolehi pelbagai maklumat yang terkini hari
demi hari bagi meningkatkan pengetahuan usahawan dalam selok belok dunia
perniagaan. Sumber awam termasuklah majalah-majalah, surat khabar, buku-buku, tv,
radio, video, internet dan bahan lain yang dapat dimanfaatkan oleh usahawan untuk
pembangunan perniagaan bagi meningkatkan prestasi perniagaan berbanding pesaing-
pesaing usahawan. Disamping itu, usahawan juga boleh menyertai seminar-seminar, dan
persatuan-persatuan sosial bagi meningkatkan motivasi usahawan dalam menguruskan
perniagaan mereka.
iii. Jaringan Perniagaan
Jaringan perniagaan atau dikenali juga sebagai jaringan formal merupakan hubungan
yang pada amnya berasaskan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Ia lebih
merupakan hubungan usahawan dengan pihak-pihak di luar organisasi perniagaan. Pihak
195645|
yang terlibat dengan usahawan dalam jaringan ini ialah pelanggan, pembekal, bank, dan
seumpamanya. Dalam pembentukan jaringan ini, pihak-pihak yang terlibat saling
bergantungan dan membentuk kepercayaan kerana banyak maklumat yang penting dapat
disalurkan diantara satu sama lain.
BAHAGIAN C: KESIMPULAN
Perniagaan merupakan sebuah syarikat yang akan kekal berterusan beroperasi dan berinteraksi
dengan persekitaran di mana ia berada yang melibatkan persekitaran luaran dan dalaman.
Usahawan perlu bijak dalam mengenal pasti peluang dan sumber-sumber terhad dikeliling
mereka. Jaringan usahawan merupakan asas pembentukan dan penubuhan sesebuah perniagaan.
Oleh itu, setiap usahawan perlu bijak mengurus jaringan usahawan yang bakal dibentuk oleh
mereka. Usahawan perlu mengikuti langakah demi langkah bagi mewujudkan jaringan yang licin
didalam perniagaan. Usahawan perlu merancang hubungan dengan ahli jaringan mereka dengan
menghadiri pelbagai majlis, aktiviti sosial dan seminar-seminar lalu memperkenalkan diri
mereka melalui kad perniagaan masing-masing. Seterusnya usahawan perlu mewujudkan
hubungan dengan jaringan serta menjaga menjaga imej syarikat bagi mengekalkan hubungan
yang baik agar tiada sebrang kesulitan yang bakal hadapi. Oleh itu, usahawan perlu membuat
analisa persekitaran dan membina jaringan kerja yang baik bagi mengenal pasti peluang-peluang
dan anacaman yang bakal mendatang di samping mengumpul maklumat-maklumat penting
sebgai persediaan kepada perniagaan. Sesugguhnya, jaringan ini boleh mendatangkan kebaikan
kepada usahawan seperti, jaringan membolehkan usahawan mengakses kepada sumber seperti
kewangan, teknologi, maklumatdan sokongan moral. Selain itu, reputasi yang baik membolehkan
usahawan menarik ahli jaringan member keutamaan kepada produk dan perkhidmatan yang
ushawan sediakan. Justeru itu, usahawan perlu menitik beratkan jaringan yang telah diwujudkan
bagi menghasilkan hubungan yang baik sesama mereka. Jaringan merupakan perkara asas yang
perlu diutamakan dalam penubuhan sesebuah syarikat.
195645|