Januari - April 30 · PDF fileitu, acara sukaneka turut dijalankan bagi mengeratkan lagi...
Transcript of Januari - April 30 · PDF fileitu, acara sukaneka turut dijalankan bagi mengeratkan lagi...
2
UTMSPACE telah mengadakan satu
sesi pendaftaran mahasiswa baru bagi
kemasukan Program Sarjana Muda Separuh
Masa pada hari Sabtu, 25 Januari 2014. Sesi
pendaftaran ini telah diadakan di Blok N24,
Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru
dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Seramai 500 orang mahasiswa telah datang
mendaftar daripada keseluruhan jumlah
776 orang calon yang mendapat tawaran.
Mahasiswa yang hadir mendaftar berasal
dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak untuk mengikuti Program Sarjana
Muda, Pengajian Separuh Masa UTMSPACE
(Sesi Februari 2014/2015).
Sebanyak 14 program telah ditawarkan
bagi semester Februari 2014 di semua 18
pusat pembelajaran UTMSPACE seluruh
Malaysia. Pusat pembelajaran UTMSPACE ini
termasuklah di Johor Bahru, Kuala Lumpur,
Kota Bharu, Pulau Pinang, Miri (Sarawak) dan
Kerteh (Terengganu). Program-program ini
ditawarkan kepada pekerja dewasa yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang
dan usia, juga kepada mereka yang
inginkan kemajuan dalam kerjaya.
Majlis pendaftaran mahasiswa baru ini
telah dirasmikan oleh YBhg Prof Madya
Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus selaku
Pengarah Program Pengajian Separuh
Masa, UTMSPACE. Pada sebelah petang,
taklimat Pengajaran & Pembelajaran
Program Pengajian Separuh Masa beserta
Sesi Soal Jawab telah diadakan. Mahasiswa
baru diberi pendedahan terhadap program
yang berkenaan dan diberi peluang untuk
bertanyakan soalan kepada Pengarah
Program Pengajian Separuh Masa,
UTMSPACE.
Program Sarjana Muda ini ditawarkan
sebanyak dua kali setahun (bulan Februari
& September) dan permohonan boleh
dibuat secara online di www.utmspace.edu.
my. UTMSPACE mengucapkan tahniah dan
selamat maju jaya.
Pendaftaran
Mahasiswa Baru
IJAZAH Sarjana Muda
PROGRAM Separuh Masa
(Kemasukan Februari
2014/2015)
3
Bagi membuka tirai kalendar tahun baru 2014,
UTMSPACE berbesar hati menyambut kedatangan
YBhg Prof Ir Dr Wahid bin Omar, Naib Canselor
Universiti Teknologi Malaysia ke UTMSPACE, Johor
Bahru. Kehadiran Naib Canselor ke UTMSPACE
adalah satu penghormatan bagi semua staf. Ia juga
memberi peluang kepada pihak pengurusan dan
staf UTMSPACE untuk bertemu dan beramah mesra
dengan beliau.
YBhg Prof Ir Dr Wahid bin Omar tiba di perkarangan
UTMSPACE pada jam 2.30 petang. Beliau disambut
oleh Pengarah Urusan merangkap Dekan UTMSPACE,
Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah bersama dengan
pihak pengurusan yang lain.
Majlis perjumpaan diadakan di Bilik Mesyuarat
Utama UTMSPACE dan dimulakan dengan ucapan
aluan oleh YBhg Dekan. Beliau berkongsi maklumat
dan video tentang pelbagai acara menarik yang
telah dilaksanakan oleh UTMSPACE sepanjang tahun
2013.
Selain daripada itu, YBhg Prof Ir Dr Wahid bin Omar
turut menyampaikan ucapan serta amanat beliau
untuk UTMSPACE. Beliau berharap agar UTMSPACE
terus meningkatkan pendapatan bersih yang lebih
tinggi pada tahun 2014 dan juga pada tahun yang
mendatang.
YBhg Naib Canselor juga turut menekankan bahawa
UTMSPACE perlu tampil menjadi global player
dan mampu membawa imej Universiti Teknologi
Malaysia ke aras yang lebih tinggi dalam bidang
pendidikan sepanjang hayat. Beliau menegaskan
bahawa pihak pengurusan dan staf UTMSPACE
Lawatan
Naib Canselor UTM
ke UTMSPACE
mempraktikkan budaya korporat
berikutan pengkorporatan UTMSPACE
pada tahun 2011 dan boleh dijadikan
contoh yang baik kepada staf Universiti
Teknologi Malaysia yang lain.
Majlis diakhiri dengan jamuan minum
petang bersama semua staf pengurusan
UTMSPACE.
4
UTMSPACE telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur
Rasul 1435H pada 27 Februari 2014. Semua staf telah
menghadirkan diri ke bilik seminar UTMSPACE untuk
mendengar ceramah yang bertajuk “Cinta Nabi tidak
Bermusim”. Ceramah ini disampaikan oleh Prof. Dr.
Badlihisham bin Mohd Nasir daripada Universiti Teknologi
Malaysia.
Majlis anjuran KESUKEB Johor ini bermula jam 9.00 pagi.
Selain daripada banyak input ilmiah yang diterapkan,
Prof. Dr. Badlihisham juga telah menceritakan keadaan
semasa yang berkait dengan zaman Nabi. Satu sesi
soal jawab telah diadakan dan bagi sesiapa yang
bertanyakan soalan telah menerima hadiah cenderahati
daripada UTMSPACE.
Majlis Sambutan
Maulidur Rasul
1435H
5
Pasukan futsal SJFC (Space Johor Football
Club) telah menyertai perlawanan Piala Futsal
iM4U yang dianjurkan oleh Standard Chartered.
Perlawanan ini telah diadakan pada 28 Februari
2014, bertempat di Millenium Sport Centre,
Taman Tun Aminah, Johor Bahru.
Sebanyak 60 pasukan sekitar Johor Bahru
telah menyertai perlawanan ini. Pada akhir
perlawanan, pasukan futsal Space Johor
telah dikategorikan dalam 10 pasukan terbaik
peringkat zon Johor.
Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :
Piala Futsal iM4U
Standard
Chartered
Space Johor
Space Johor 2 – 1
Space Johor 4 – 2 Sekolah Sukan Johor B
* Pasukan Space Johor telah menjuarai peringkat kumpulan D
Space Johor 2 – 0 Politeknik Johor Bahru
Space Johor 0 – 3 Sekolah Sukan Johor A
Pasukan Space Johor tewas di peringkat suku akhir kepada pasukan Sekolah Sukan Johor A.
Ucapan terima kasih diberikan kepada semua staf dan keluarga yang hadir memberikan
sokongan.
Kumpulan D
Kangkar Pulai Members
Senandung Merah
3 – 1
Pusingan Kedua
Suku Akhir
5
6
Pada tarikh 7 April 2014, seramai 30 pengikut (followers) media sosial UTMSPACE yang bertuah telah dibawa ke Pulau Tinggi, Mersing. Program ini dianjurkan oleh pasukan Media Sosial UTMSPACE. Dengan bertemakan ‘Clean and Green’, acara ini telah dijayakan dengan kerjasama 45 orang peserta.
Program ‘Clean and Green’ telah berjalan selama 2 hari 1 malam, bermula dari 5 April hingga 6 April 2014. Seramai 23 orang peserta dari Kuala Lumpur dan 22 orang peserta termasuk sekretariat dari UTMSPACE Johor Bahru. Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada peminat media sosial UTMSPACE yang banyak memberi sokongan dalam program-program yang dipromosikan di tiga saluran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Acara dimulakan dengan sesi pengenalan para peserta pada jam 3 petang selepas semua peserta telah mendaftar masuk ke Chalet Tok Mok. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membersihkan kawasan pesisiran pantai. Acara pembersihan pantai turut disertai oleh Ketua Kampung Pulau Tinggi dan kakitangan Taman Laut Iskandar, yang juga bertindak sebagai pengurus acara program ini.
Selain daripada pembersihan pantai, pihak UTMSPACE turut menaja 3 tong kitar semula untuk diletakkan di Pulau Tinggi sebagai tanda ingatan bagi Program Clean and Green. Selain daripada itu, acara sukaneka turut dijalankan bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama peserta.
Program Clean
& Green
Pada sebelah malam, para peserta disajikan dengan hidangan ala BBQ.
Acara jungle trekking dan snorkeling telah dijalankan di sekitar kawasan Pulau Tinggi bagi menutup program ‘Clean and Green’. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan supaya setiap peserta dapat merasai pengalaman di kedua-dua acara tersebut. Semua peserta berpuas hati dengan program yang telah dijalankan dan berharap agar pihak UTMSPACE akan sentiasa mengadakan program bersama di masa depan.
7
Pada 13 April 2014, UTMSPACE telah mengadakan Hari Terbuka bertempat di Bangunan UTMSPACE Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di ruang legar utama.
Bersesuaian dengan cogan kata UTMSPACE “Learning is a journey, Experience it with UTMSPACE”, UTMSPACE menawarkan khidmat rundingan program, pendaftaran dan yuran pendaftaran percuma, tertakluk kepada terma dan syarat. Hari Terbuka ini menawarkan pelbagai kursus seperti, Diploma Sepenuh Masa, Program Diploma Eksekutif Pembinaan, Seminar Tempatan / Antarabangsa dan Program Bahasa Inggeris.
Tujuan Hari Tebuka ini diadakan adalah untuk membuka peluang kepada pengunjung luar, tidak mengira umur mahupun sudah bekerja untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan jadual kursus yang disediakan lebih fleksibel, ini dapat memudahkan individu yang berminat untuk meneruskan pelajaran walaupun sudah bekerja.
Antara kebaikan bagi pelajar yang mendaftar dengan UTMSPACE adalah pelajar dapat bersemuka secara terus
dengan pensyarah. Ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran. Bagi pelajar yang mempunyai pengalaman bekerja, mereka boleh berkongsi pengalaman kerja bersama dengan pelajar lain.
Program yang ditawarkan oleh UTMSPACE mendapat pengiktirafan daripada badan-badan profesional. Tahap kualiti sijil akademik yang dimiliki oleh pelajar adalah setaraf dengan program perdana yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia.
Terdapat 6 kaunter yang terlibat iaitu Kaunter Media Sosial, Bahagian Pembangunan Profesional, Kolej Space Kaunter Khidmat Pelanggan, Program Kerjasama dan Program Eksekutif. Setiap kaunter menyediakan khidmat nasihat program dan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah percuma disediakan untuk pengunjung.
Lebih 100 orang pengunjung telah menekan butang ‘Like’ & ‘Follow’ pada laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter UTMSPACE. Rebat RM100 diberikan kepada calon yang mendaftar di Kolej Space, dan cenderamata menarik disediakan untuk semua pengunjung.
Kebanyakan pengunjung yang hadir ke kaunter Khidmat Pelanggan telah memberikan maklum balas, cadangan, dan aduan berkenaan dengan perkhidmatan UTMSPACE. Pakej fotografi secara santai turut diadakan bagi pengunjung yang berminat.
Hari Terbuka
UTMSPACE 2014
JOH
OR
BA
HR
U
PU
LAU
PIN
AN
G
ALO
RS
ET
AR
KU
LIM
SH
AH
ALA
M
KU
ALA
LU
MP
UR
KLA
NG
ME
LAK
A
KU
AN
TA
N
KU
CH
ING
KE
RT
EH
KU
ALA
T
ER
EN
GG
AN
U
KO
TA
BH
AR
U
IPO
H
BIN
TU
LU
MIR
I
LUM
UT
KO
TA
KIN
AB
ALU
18 P
usa
t Pe
mb
ela
jara
n U
TMSP
AC
E d
i se
luru
h M
ala
ysia
.
Jom
M
end
aft
ar
Bersa
ma
Kam
i!
ww
w.u
tmsp
ace.e
du.m
y