Jadual Tentatif Seminar Sains Ketamadunan II

6
  _________________________ Kompleks Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-8925 2392 Faks : 03-8925 2477 E-mail : [email protected]

description

asds

Transcript of Jadual Tentatif Seminar Sains Ketamadunan II

  • ______________________________________________________________________________ Kompleks Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    Tel : 03-8925 2392 Faks : 03-8925 2477 E-mail : [email protected]

  • ______________________________________________________________________________ Kompleks Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    Tel : 03-8925 2392 Faks : 03-8925 2477 E-mail : [email protected]

    SEMINAR SAINS KETAMADUNAN II

    AKADEMI KAJIAN KETAMADUNAN (AKK)

    SAINS KETAMADUNAN PASCA IBNU KHALDUN

    PENGENALAN

    Dua seminar dengan fokus penerokaan disiplin ilmu baharu yang dikenali sebagai Sains

    Ketamadunan telahpun dilaksanakan secara berturut-turut oleh Akademi Kajian Ketamadunan (AKK):

    Seminar Perbandingan Peradaban Timur-Barat (14hb-15hb Julai 2012) dan Seminar Sains

    Ketamadunan (11-12 Mac 2013). Dua seminar tahunan ini direalisasikan dengan beberapa matlamat

    utama: 1) memahami pengertian ketamadunan dan menyorot pengalamannya dalam sejarah manusia;

    dan 2) mengungkap faktor-faktor pembangunan tamadun dengan melibatkan aspek-aspek yang

    pelbagai.

    Beberapa makalah yang dibentangkan oleh tokoh pengkaji dan akademia telahpun dibahaskan,

    seterusnya dimuatkan dalam Jurnal Kajian Ketamadunan JAWHAR Jilid 11 (2014). Kajian perlu terus

    dijalankan. Justeru, bagi tahun 2015, Seminar Sains Ketamadunan sekali lagi diadakan dengan

    mengangkat tema Sains Ketamadunan Pasca Ibnu Khaldun.

    Ibnu Khaldun (1332-1406) merupakan seorang tokoh pemikir terkenal kelahiran Tunisia, digelar Bapa

    Sosiologi Moden, yang memberi sumbangan yang begitu besar kepada perkembangan ilmu ekonomi,

    sosiologi dan historiografi. Pemikiran dan gagasannya diceduk ramai sarjana, dan diwacanakan

    sehingga ke hari ini.

    Sudah semestinya, wacana peradaban dengan gagasan yang dikemukakan Ibnu Khaldun menjadi suatu

    khazanah yang sangat bernilai. Walau bagaimanapun, menyedari bahawa sifat kajian sesuatu ilmu

    sentiasa berkembang dan kemunculan ramai sarjana pada setiap zaman pastinya memainkan peranan

    yang signifikan, Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) memutuskan untuk memfokus aspek kajian dan

    wacana kali ini kepada wacana ketamadunan pasca Ibnu Khaldun.

    Eropah pada abad ke-15M rancak dengan kajiann dan penerokaan pelbagai disiplin ilmu. Dengan

    pengalaman sejarah dan semangat zaman baharu penerokaan dan pencerahan, pastinya ramai sarjana

    Barat muncul mengolah idea ketamadunan yang tersendiri.

    Dalam masa yang sama, para sarjana Islam masih lagi meneruskan penulisan karya hebat dan

    cemerlang dalam disiplin-disiplin ilmu tertentu wlaupun kuasa politik umat semakin merudum. Juga

    tidak dinafikan peranan yang dimainkan oleh para sarjana Asia Timur dan Benua India-Pakistan serta

    sarjana Alam Melayu dalam mengangkat kajian peradaban pada sekitar abad ke-18, 19 dan 20M.

    AKK mensasarkan wacana kali ini dapat menghimpunkan informasi dan maklumat penting dalam

    rangka mengungkap beberapa pembolehubah pentamadunan seperti sejarah, geografi, ekonomi, sains

  • ______________________________________________________________________________ Kompleks Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    Tel : 03-8925 2392 Faks : 03-8925 2477 E-mail : [email protected]

    dan teknologi, asronomi, kajian sosial dan sebagainya, untuk dimanfaatkan dalam memahami

    perkembangan kajian ketamadunan menuju abad moden.

    Cita-cita kami ke arah mengkonsepsi sebuah disiplin ilmu dikenali sebagai Sains Ketamadunan akan

    terus berlangsung sekiranya wacana ini terus disuburkan. Justeru, penerbitan Jurnal Tahunan Kajian

    Ketamadunan JAWHAR akan terus diterbitkan secara konsisten. Dalam masa yang sama, penerbitan

    periodicals samada dalam bentuk buletin dengan kadaran terbitan yang lebih kerap adalah dilihat

    penting. Sesi diskusi, sumbang saran dan penulisan ilmiah serta pelatihan untuk pengkaji muda juga

    diusahakan bagi memastikan kelangsungan kajian Sains Ketamadunan ini.

    BUTIRAN PROGAM

    Program Seminar Sains Ketamadunan

    Tema Menganjak Dimensi Baharu Kajian Ketamadunan

    Tarikh 07hb & 8hb Mac 2015 (Sabtu & Ahad)

    Tempat Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang

    Peserta 10 orang pembentang & 50 orang discussant

    FOKUS KAJIAN

    1. Dr. Ghazali Basri,

    "Transformasi Konsep Tamadun, Pendekatan Profetik - Pengalaman Kristian dan Islam: Sebuah Penilaian"

    2. Dato' Dr. Siddiq Fadzil,

    "Ketamadunan dalam Refleksi Persuratan Melayu"

    3. Prof Emeritus Dr. Shaharir Mohd Zain,

    "Kosmologi Bangsa Melayu dan Pembangunan Ketamadunannya"

    4. Dr. Mohamad Alinor Abdul Kadir,

    "Sains Ketamadunan Menurut Pemikir-Pemikir Inggeris Moden".

    5. Mohd Nasir Mohd Tap,

    "Tipologi Pemikiran Muslim dalam Dialog Ketamadunan Islam-Barat"

    6. Mohd Fazril Mohd Saleh,

    "Tinjauan Terhadap Kajian Tamadun Islam Perspektif Marshall Hodgson"

    7. Dr. Zulkifli Hassan,

    "Renaissance Islam Abad ke-21: Realiti atau Mitos"

    8. Dr. Rumaizuddin Ghazali,

    "Ketamadunan Menurut Said Ramadhan al-Buti"

    10. Dr. Nurdeng Deuraseh,

    "Pembangunan Masyarakat dan Ketamadunan Menurut Malek Bennabi"

  • ______________________________________________________________________________ Kompleks Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    Tel : 03-8925 2392 Faks : 03-8925 2477 E-mail : [email protected]

    11. Dr. Tee Boon Chuan,

    "Falsafah Kerohanian Timur dan Kaitannya dengan Tamadun"

    12. Dr. Noriah Mohamed,

    "Pemikiran Ketamadunan Bangsa Jawa"

    13. Hazman Baharom,

    "Pengenalan Analisis Sistem-Dunia Immanuel Wallerstein"

    14. Faridah Mohd Tap,

    "Analisis terhadap Manifesto Komunis Marx dengan Irtafaqat Shah Waliullah al-Dihlawi"

    15. Dr Shahrizal Mohd Zin,

    "Westphalia dalam Pembentukan Tamadun Eropah dan Kesannya pada Undang-Undang Antarabangsa"

    16. Dr. Clarissa Lee

    "Reviewing the Modern History of Physics through a Syncretic Approach to Epistemology: Case of Quantum

    Interpretation and Syllogism"

    ATURCARA PROGRAM

    07 MAC 2015 / 16 JAMADILAWAL 1436 (SABTU)

    8.00 9.00

    PENDAFTARAN HARI PERTAMA

    9.00 - 9.15

    UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PROGRAM

    9.15 11.15

    SESI 1: KETAMADUNAN DALAM WACANA TRADISI KEBUDAYAAN TINGGI Dr. Ghazali Basri, "Transformasi Konsep Tamadun, Pendekatan Profetik - Pengalaman Kristian dan Islam: Sebuah Penilaian" Dato' Dr. Siddiq Fadzil, "Ketamadunan dalam Refleksi Persuratan Melayu"

    11.15 02.15

    SESI 2: TIPOLOGI PEMIKIRAN KETAMADUNAN DAN PROSPEK MASA DEPAN TAMADUN

    Mohd Nasir Mohd Tap, "Tipologi Pemikiran Muslim dalam Dialog Ketamadunan Islam-Barat"

    Dr. Zulkifli Hassan, "Renaissance Islam Abad ke-21: Realiti atau Mitos"

    Hazman Baharom, "Pengenalan Analisis Sistem-Dunia Immanuel Wallerstein"

    2.15 3.00

    MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR

  • ______________________________________________________________________________ Kompleks Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    Tel : 03-8925 2392 Faks : 03-8925 2477 E-mail : [email protected]

    3.00 5.00 SESI 3: KETAMADUNAN, KOSMOLOGI DAN FALSAFAH Prof Emeritus Dr. Shaharir Mohd Zain, "Kosmologi Bangsa Melayu dan Pembangunan Ketamadunannya" Dr. Tee Boon Chuan, "Falsafah Kerohanian Timur dan Kaitannya dengan Tamadun"

    5.00 5.30

    JAMUAN RINGAN

    08 MAC 2015 / 17 JAMADILAWAL 1436 (AHAD)

    8.00 9.00

    PENDAFTARAN HARI KEDUA

    9.00 - 12.00

    SESI 4: KETAMADUNAN BANDINGAN Dr. Mohamad Alinor Abdul Kadir, "Sains Ketamadunan Menurut Pemikir-Pemikir Inggeris Moden". Faridah Mohd Tap, "Analisis terhadap Manifesto Komunis Marx dengan Irtafaqat Shah Waliullah al-Dihlawi" Dr. Noriah Mohamed, "Pemikiran Ketamadunan Bangsa Jawa"

    12.00 2.45

    SESI 5: KETAMADUNAN DALAM PENGKAJIAN SEJARAH DUNIA Dr. Shahrizal Mohd Zin, "Westphalia dalam Pembentukan Tamadun Eropah dan Kesannya pada Undang-Undang Antarabangsa"

    Mohd Fazril Mohd Saleh, "Tinjauan Terhadap Kajian Tamadun Islam Perspektif Marshall Hodgson"

    Dr. Clarissa Lee "Reviewing the Modern History of Physics through a Syncretic Approach to Epistemology: Case of Quantum Interpretation and Syllogism"

    2.45 3.15

    MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR

    03.15 5.30

    SESI 3: KETAMADUNAN DALAM WACANA PEMIKIR MUSLIM Dr. Rumaizuddin Ghazali, "Ketamadunan Menurut Said Ramadhan al-Buti" Dr. Nurdeng Deuraseh, "Pembangunan Masyarakat dan Ketamadunan Menurut Malek Bennabi"

  • ______________________________________________________________________________ Kompleks Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    Tel : 03-8925 2392 Faks : 03-8925 2477 E-mail : [email protected]

    5.30 6.00

    JAMUAN RINGAN

    PENUTUP

    Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) mengharapkan natijah yang baik daripada penganjuran program ini dalam

    membangun masyarakat beriman dan berilmu. Kajian ini adalah penting dalam merintis kajian peradaban baharu,

    dalam masa yag sama melatihlebih ramai pengkaji muda yang berupaya melakukan latihan ilmiah dan studi yang

    lebih signifikan dan real.

    Wallahualam.

    Disediakan oleh,

    AKADEMI KAJIAN KETAMADUNAN (AKK)

    Kompleks Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam,

    43000 Kajang, Selangor

    Tel: 03-8925 2392 / 013-2775313 (Fazril)

    Emel: [email protected]