Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah...
Transcript of Jabatan Perancangan Bandar & Desajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah...
1
Pembangunan Yang Berkesan Oleh :
Jabatan Perancangan Bandar & Desa
2 Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440
Pembangunan Yang Berkesan
Hadirin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang diberkati ini, khatib ingin berpesan kepada diri sendiri dan
kepada sidang Jumaat sekalian: marilah kita semua bertakwa kepada Allah SWT. den-
gan sebenar-benar takwa, iaitu dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan mening-
galkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keber-
katan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Marilah kita bekerjasama mengajak dan menyebarkan sebanyak-banyaknya kebaikan
serta menghindarkan diri daripada menyumbang kepada sebarang perkara keburukan,
dengan mengambil iktibar daripada hadis sahih riwayat Imam Muslim.
3
عليه وسلم قال صل الل ن رسيل اللب وريرة أ
نن دع إل ودى كن ل ننن :عن أ
جيروم شيئا ونن دع إل ضللة كن جير نن تبعه ل ينقص ذلك نن أ
جر نثل أ
ال
ثم نثل آثام نن تبعه ل ينقص ذلك نن آثامىم شيئا .عليه نن ال
Mafhumnya : Daripada Abu Hurairah RA. bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :
"Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala sebanyak pa-
hala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka
sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka dia akan menda-
pat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi
dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim)
Hadirin sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Tajuk khutbah pada hari yang mulia ini ialah: “PEMBANGUNAN YANG BEREKESAN”. Ini
adalah bersempena tema sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) yang dis-
ambut seluruh dunia pada setiap 8 November 2018. Bersesuaian dengan tema ini, aspi-
rasi pada masa hadapan ialah agar bandaraya dan juga bandar-bandar dapat diban-
gunkan untuk semua lapisan masyarakat dan tanpa meminggirkan sesiapa. Konsep
“Bandar Untuk Semua” ini adalah demi memastikan semua penduduk, sama ada gen-
erasi sekarang ataupun yang akan datang, dapat tinggal dalam bandar-bandar dengan
kawasan penempatan yang selesa, sihat, bersih, mudah bergerak dari satu tempat ke
satu tempat, kos kehidupan yang mampu dan hidup sejahtera. Hasrat ini adalah bagi
memelihara kesejahteraan dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Muslimin sidang Jumaat yang dimuliakan,
Antara isu utama dunia masakini adalah penduduk bandar yang tinggi berbanding kawa-
san luar bandar. Di Malaysia, penduduk bandar dijangka mencecah 77 peratus pada ta-
hun 2020 dan ianya dijangka terus meningkat kepada 85 peratus pada tahun 2040. Ini
menyebabkan kerajaan telah merancang pelbagai usaha untuk membangunkan bandar-
bandar di negara ini dengan tidak mengabaikan pembangunan luar bandar.
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440
4
Dengan penduduk yang ramai di bandar-bandar di negara ini, pelbagai masalah dan isu
timbul yang perlu diselesaikan secara berkesan. Antaranya adalah kemiskinan bandar di
mana taraf kehidupan penduduk bandar yang tidak mencapai tahap keselesaan yang
baik akibat kos sara hidup yang meningkat, kawasan penempatan yang tidak selesa,
kurang bersih, pencemaran udara dan bunyi bising, wujudnya masalah gelandangan aki-
bat tidak mampu memiliki rumah, kesesakan lalulintas dan lain-lain lagi. Sekiranya ma-
salah-masalah tersebut dapat diatasi ia akan mewujudkan kesejahteraan bukan sahaja di
bandar malahan dimana jua kita berada.
Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia,
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya kita masih
lagi dapat menghirup udara yang nyaman, kesihatan yang baik dan berbagai nikmat yang
tidak terhingga. Syukur juga kita dikurniakan dengan nikmat yang terbesar iaitu nikmat
Islam dan iman. Sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan kehidupan yang penuh
dengan keselesaan, kita haruslah mensyukuri dan menghargai setiap pemberian nikmat
Allah SWT. Allah SWT menjadikan alam ini dengan nikmat air, udara, tumbuh-tumbuhan,
haiwan, bukit, gunung ganang, sungai dan sebagainya untuk kemudahan serta keperluan
bagi kehidupan manusia sebagai hamba-Nya.
Dalam masa yang sama, manusia yang di amanahkan menjadi khalifah Allah SWT untuk
memakmurkan bumi wajib memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam ini
dengan baik, sentiasa menjaga dan memanfaatkannya tanpa melakukan sebarang kero-
sakan. Pembangunan yang dilaksanakan haruslah seimbang dan saksama, terutamanya
di bandar-bandar yang menjadi tumpuan penduduk dan boleh dianggap sebagai pusat
tamadun di negara ini.
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440
5
Firman Allah SWT. dalam Surah Hud, ayat 61 :
ڃ ڃ ڃ چ چ
وئ وئ ائ چ ىئ ۇئ ەئ ەئ ېئ ېئ ۈئ ۈئ ېئ ۆئ ىئ ىئ ۇئ ۆئ
حب خب مب ىب يب جبی ی ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ
Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka Sholeh. Dia ber-
kata: Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain dari-
pada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghen-
daki kamu memakmurkannya. Oleh itu, minta ampun kepada Allah, kemudian ber-
taubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat lagi sentiasa memperk-
enankan permohonan hamba-Nya.”
Segala tindakan manusia hendaklah dalam konteks mengabdikan diri kepada Allah SWT
dengan tidak mengakibatkan pencemaran, kemusnahan dan bencana kepada manusia
serta alam sekitar. Sebagai seorang muslim, kita mengharapkan faedah daripada tinda-
kan dan amalan kita, bukan sahaja di dunia tapi yang lebih penting di akhirat.
Firman Allah SWT dalam Surah Asy-Syuuraa , ayat 20 :
ڃ ڃ ڃ چ چ
ں ڻ ڻ ڻ ں گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ چ
چڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440
6
Maksudnya : “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di
akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada faedah yang dikehendakinya. Dan se-
siapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami
beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan
beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
Muslimin sidang Jumaat yang dimuliakan,
Mimbar Jumaat hari ini menyeru para jamaah supaya kita meneliti bagaimana sepatut-
nya bumi ini dimakmurkan. Terutamanya keperluan membangunkan bandar dan desa
dengan kemudahan perbandaran yang berkesan dan memberikan keselesaan, kemuda-
han serta kesejahteraan kepada penghuninya.
Ibnu Khaldun di abad ke 14 Masihi telah menggunakan istilah “Umran” yang merang-
kumi organisasi sosial dan budaya serta hubungan antara manusia, alam sekitar dan
Penciptanya. Beliau telah membahagikan umran kepada dua (2), iaitu “Umran Hadhari”
yang merujuk kepada masyarakat yang sudah mencapai tahap kemajuan dan yang
kedua ialah “Umran Badawi”, iaitu masyarakat yang masih belum mencapai tahap ke-
majuan. Dalam membuat pembahagian ini, Ibnu Khaldun telah mengambilkira berbagai
aspek kehidupan termasuk rohani, jasmani, dan fitrah manusia.
Kesimpulannya ialah tamadun manusia menekankan kepada dua perkara penting iaitu
kehalusan budi pekerti dan juga pembangunan fizikal iaitu perbandaran ataupun kawa-
san penempatan manusia. Matlamatnya ialah ke arah membangunkan negara yang
seimbang dari segi mental dan fizikal bagi mencapai kejayaan, kecemerlangan, kea-
manan dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat.
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440
7
Dalam pembangunan bandar-bandar, matlamat utama yang disasarkan adalah persekita-
ran yang berdaya huni. Ini melibatkan penyediaan kemudahan awam seperti sekolah, ke-
sihatan, kemudahan riadah, kemudahan beribadat dan lain-lain yang lengkap serta mu-
dah dicapai oleh penduduk.
Selain itu, mewujudkan persekitaran yang selamat juga menjadi keutamaan kerajaan su-
paya masyarakat dapat hidup dengan aman dan damai. Selamat ini bukan sahaja dari ke-
selamatan individu tetapi juga risiko-risiko bencana seperti banjir, tanah runtuh, ke-
bakaran dan lain-lainnya.
Di dalam membangunkan penempatan yang sejahtera dan harmoni, pelbagai pihak
seperti Pihak Berkuasa Tempatan, jururancang bandar, arkitek, jurutera, arkitek landskap
dan lain-lain telah merancang bandar-bandar yang sesuai dan sejahtera untuk diduduki
oleh penduduk termasuk generasi yang akan datang.
Sehubungan itu diriwayatkan ada seseorang bertemu sahabat Nabi SAW. yang masyhur
iaitu Abu Darda’ RA yang ketika itu sedang menanam pokok. Kemudian lelaki itu ber-
tanya kepada Abu Darda’yang bermaksud : “Wahai Abu Darda’, mengapa engkau tanam
pokok ini padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini akan mengambil masa
bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil?”
Maka Abu Darda’ menjawab : “Bukankah aku yang akan memetik pahalanya di kala
orang lain memakannya?”
Jawapan Abu Darda’ RA ini bertepatan dengan satu lagi sabda Baginda SAW., di mana
Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidak ada seorang muslim
yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung atau insan atau binatang
berkaki empat memakannya melainkan untuknya (pahala) sedekah.”
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440
8
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bagaimanapun jika kita perhatikan pada hari ini, berlaku masalah-masalah alam sekitar
seperti pencemaran dalam pelbagai bentuk, penebangan kawasan hutan, hakisan dan
air kelodak disebabkan runtuhan kawasan bukit dan bercerun. Kesan daripada pem-
bangunan yang tidak terancang juga akan berlakunya jerebu, banjir kilat dan banjir be-
sar serta bencana lain yang telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan
kepada alam sekitar. Keadaan ini telah menggugat keselamatan, kesejahteraan dan ke-
selesaan kehidupan manusia.
Masyarakat dunia kini mulai bimbang dengan perubahan iklim dunia dan isu pemana-
san global. Peningkatan suhu, terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar terjadi
akibat banyak gas-gas beracun seperti gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh
kenderaan dan kilang-kilang perusahaan terperangkap di atmosfera. Pertambahan jum-
lah haba ini menyebabkan suhu panas yang terkumpul pada waktu siang akan menjadi-
kan suhu pada malam hari juga turut meningkat. Keadaan ini kadangkala menyebabkan
cuaca melampau, termasuk suhu kedinginan dan kepanasan yang ekstrem.
Hadirin sidang Jumaat sekalian,
Sehubungan itu, perancangan yang teliti ke arah mewujudkan pembangunan yang
memberi keselesaan untuk semua dilihat sebagai satu langkah berkesan untuk memeli-
hara kestabilan alam dan kesejahteraan serta keselamatan kehidupan. Kita semua
mempunyai peranan dalam memastikan perancangan dan pembangunan dilaksanakan
secara berkesan. Pembangunan yang seimbang haruslah tidak sahaja menumpukan
kepada pembangunan fizikal yang bersifat kebendaan dan luaran sahaja tetapi juga
pembangunan insan yang mempertimbangkan faktor-faktor kerohanian dan pengha-
yatan nilai-nilai murni dalam sebarang bentuk dan tindakan pembangunan.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
09 November 2018/01 Rabiul Awwal 1440
9
Muslimin sidang Jumaat yang dimuliakan,
Mengakhiri khutbah pada hari ini khatib menyeru sidang Jumaat sekelian, marilah kita
bersama mengembeling tenaga dalam memelihara bumi, sama ada kawasan bandar
mahupun desa yang diamanahkan kepada kita supaya kita dapat mewariskannya
kepada anak cucu kita dalam keadaan yang sejahtera, aman dan terpelihara. Bukan
dalam keadaan kucar kacir dan mengalami kemusnahan. Inilah teras perancangan dan
pembangunan yang berkesan.
Akhirnya, yakinilah bahawa Allah SWT akan tetap menilai dan akan membalas segala
amal perbuatan baik atau buruk kita sebagaimana firman Nya dalam Surah Al-
Muzzammil, Ayat : 20 :
ڃ ڃ ڃ چ چ
ھ ڻڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڳچ
Maksudnya ; “…Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan
untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah sebagai
balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya..”
وهي إ بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امعظيه، ونفعن و ياكه بىا فيههىهيه و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه، وتقبل ون يات واذل
ال
ستغفر اهلل امعظيهه ل ومهكهه ولسها هر . امعنيه ذا وأ قول قول
أ
ني والىؤوات، فاستغفروه، فهيها فهو الىسنىني والىسنىات والىؤو .الىستغفريي ويا ناة اتلا بني