JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA...

12
1 ڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو بها جابتن حال إ حمم اسڬا ول ا سمبيلن دار نڬري الوص خصJABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAJUK : PERJALANAN SERIBU RAHMAT23 MEI 2014M / 23 REJAB 1435H ____________________________________________________ .

Transcript of JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA...

Page 1: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

1

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “PERJALANAN SERIBU RAHMAT”

23 MEI 2014M / 23 REJAB 1435H

____________________________________________________

.

Page 2: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

2

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan

sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan

sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya

dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang

kepada tali Allah SWT yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai

hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah

dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah SWT yang penuh

barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan

yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan

amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha

Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan hubungan kita

sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri rahmat serta

kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT di dalam surah Ali-

‘Imran ayat 103:

Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,

dan janganlah berpecah belah”.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk

“PERJALANAN SERIBU RAHMAT.”

Page 3: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

3

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Hari ini kita masih lagi berada pada bulan Rejab yang mana di dalamnya

terdapat satu tarikh yang merupakan tarikh penting dan bersejarah dalam

taqwim Islam. Umat Islam rata-rata mengetahui pada tarikh ini berlaku

satu peristiwa besar terhadap Nabi Muhammad SAW di sepanjang hayat

Baginda yang telah menerima jemputan istimewa daripada Allah SWT

setahun sebelum Baginda SAW berhijrah ke Madinah. Pada malam 27

Rejab itu, Rasulullah SAW telah di Isra’ dan di Mikraj melalui perjalanan

yang jauh hingga kepada satu alam yang tinggi di Sidratul Muntaha. Umat

Islam yang beriman wajib mempercayai dan meyakini bahawa peristiwa

Isra’ ini telah benar benar terjadi kepada Rasulullah SAW dan perkara ini

telah dinyatakan dalam al-Quran melalui ayat pertama surah al-Israa’ :

Maksudnya : “Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya

Muhammad pada suatu malam hari dari Masjidil Haram Makkah ke Masjidil

Aqsa di Palestin, yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk

memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kekuasaan dan

kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi

Maha Mengetahui.”

Page 4: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

4

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Sebagai seorang muslim beriman, meletakkan kepercayaan dan keyakinan

sahaja tidak mencukupi. Namun apa yang perlu kita lakukan adalah

bermuhasabah dan menyingkap lebih jauh hikmah di sebalik kejadian

tersebut. Allah SWT tidak akan menjadikan sesuatu itu melainkan ada

hikmah dan kebaikan di dalamnya. Melalui Isra’ Mikraj, Allah SWT ingin

membuktikan bahawa agama di sisi-Nya adalah Islam dan mereka yang

tidak berpegang kepada agama-Nya adalah orang-orang yang rugi

sebagaimana yang dijelaskan dalam firman-Nya ayat 85 surah Ali-‘Imran:

Yang bermaksud : “Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, dia

tidak akan diterima, dan di akhirat nanti dia termasuk dalam kalangan

orang-orang yang rugi.”

Menurut Saiyed Qutub dalam kitabnya yang terkenal ‘Fi Zhilalil Quran’,

beliau menyatakan : “Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa

adalah perjalanan murni pilihan daripada Allah Yang Maha Kasih dan

Maha Berlemah Lembut, yang menghubungkan akar umbi sejarah

agama-agama besar dari zaman Nabi Ibrahim AS dan Ismail hingga

zaman Nabi Muhammad SAW. Demikian pula, perjalanan agung ini

menghubungkan akar sejarah tempat-tempat suci bagi agama tauhid

(agama-agama monotiesme) yang besar sepanjang masa. Perjalanan

Page 5: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

5

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

ini juga adalah untuk memberitahu seluruh manusia bahawa

Muhammad adalah Nabi dan Rasul terakhir yang menjadi pewaris

agama-agama tauhid terdahulu. Isra’ Mikraj menjadikan Muhammad

sebagai penutup sekalian nabi dan rasul-Nya dan Isra’ Mikraj adalah

perjalanan yang menembusi dimensi ruang dan waktu serta memiliki

makna yang luas dan mendalam.”

Nabi Muhammad SAW telah melalui saat getir ketika menyampaikan

peristiwa ini kepada penduduk Makkah. Keyakinan dan kepercayaan

mereka terhadap Baginda Rasulullah SAW tergugat. Ada yang

mempercayai sepenuh hati dan tidak kurang pula yang mendustakannya.

Peristiwa ini sebenarnya telah membuka petunjuk, pedoman, panduan dan

pengajaran untuk kita umat Islam pada akhir zaman ini. Ada beberapa

hikmah yang boleh dibahagikan melalui peristiwa tersebut, iaitu yang

pertama hikmah kepada Nabi Muhammad SAW sendiri dan yang kedua

kepada umat Baginda keseluruhannya.

Perjuangan bagi melakukan pembaharuan di dalam segenap hal ehwal

kehidupan manusia menerusi petunjuk agama tidak lari daripada melalui

pelbagai rintangan dan tentangan. Malah ada ketikanya cabaran yang

harus ditempuh itu terlalu berat di mata dan di bahu orang yang

memikulnya. Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam telah melalui

jalan yang penuh dengan onak dan duri. Rasulullah SAW telah menerima

pelbagai ancaman, sekatan, hinaan dan pemulauan yang berat. Dalam

keadaan menerima tekanan perasaan akibat kehilangan isteri tercinta

Saidatina Khadijah dan bapa saudara Abu Talib, di tambah lagi dengan

hinaan dan cercaan masyarakat Taif, ternyata ia amat memeritkan hati dan

Page 6: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

6

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

nurani Baginda. Bagaimanapun Rasulullah SAW tetap menunjukkan

kesabaran dan berusaha menyampaikan risalah Islam dengan bersungguh

sungguh sekalipun terpaksa berhadapan dengan tentangan golongan

Musyrikin.

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Peristiwa Isra’ Mikraj sedikit sebanyak telah memberi penawar kedukaan

dan penghibur untuk memberi ketenangan kepada Baginda SAW dan

seluruh umat Islam. Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi Muhammad

SAW dengan rasa rendah diri menerimanya. Kisah yang penuh keajaiban

ini dianggap sebagai petunjuk sinar kejayaan yang bakal menanti umat

Islam. Ia ternyata memberi keyakinan dan berjaya meningkatkan

keazaman umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam untuk

terus memperjuangkan Islam sehingga diterima oleh manusia sebagai satu

cara hidup yang lengkap. Atas perjuangan Rasulullah SAW yang tidak

pernah mengenal erti penat dan jemu, Allah SWT Yang Maha Pengasih

dan Penyayang telah mengurniakan satu nikmat yang paling besar

kepadanya, iaitu dengan bertemu Allah SWT pada malam Isra’ dan Mikraj.

Melihat dan bertemu dengan Rabbul Jalil atau rukyah Allah adalah nikmat

kurniaan Allah SWT yang sangat besar . Bahkan nikmat yang paling tinggi

di akhirat kelak bagi orang-orang yang beriman adalah melihat Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qiamah, ayat 22 hingga 23 :

Page 7: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

7

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Maksudnya : “Wajah orang-orang mukmin pada hari itu berseri-seri.

Memandang Tuhannya.”

Inilah ganjaran Allah SWT terhadap golongan beriman yang berjuang

bersungguh-sungguh dalam menyampaikan risalah-Nya di muka bumi ini

kepada seluruh umat manusia. Sepanjang perjalanan pada malam

tersebut, Baginda turut diperlihatkan dengan pelbagai pandangan dan

kejadian aneh yang mempesonakan dan tidak kurang juga yang

mengerikan sebagai membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

Hal ini juga adalah antara hikmah yang dikurniakan Allah SWT kepada

junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj, kita diceritakan mengenai persiapan Nabi

Muhammad SAW sebelum Baginda bertemu dengan Allah SWT.

Pembedahan ke atas dada Nabi Muhammad SAW oleh malaikat Jibril

untuk membersihkan jantungnya daripada ketulan darah hitam dan

digantikan dengan keimanan dan ketaqwaan. Kebersihan dan kesucian

hati nurani seseorang amat penting dalam membentuk keperibadian

manusia. Inilah hikmah simbolik kuasa Allah SWT terhadap umat-Nya dan

turut menggambarkan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan insan

terpilih yang melalui proses penyucian hati bagi menggambarkan

keperibadian Baginda SAW sebagai seorang Rasul pilihan dan yang

terakhir.

Umat manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah tanpa mengira kedudukan

pangkat dan keturunan. Walau bagaimanapun sempurnanya kejadian

manusia itu, mereka tetap mempunyai kelemahan dan sering melakukan

Page 8: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

8

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

kesilapan dan dosa yang menyebabkan hati menjadi kotor. Semakin

banyak kesalahan dan dosa, semakin hitam dan gelap hati mereka.

Sebagai hamba Allah SWT, bukan sahaja Rasulullah SAW perlu

menyucikan hatinya untuk bertemu Allah SWT, tetapi kita juga harus

membersihkan hati daripada segala dosa kecil dan dosa besar melalui

proses memohon keampunan dan bertaubat. Taubat adalah asas dalam

melakukan ibadah kepada Allah.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Melalui peristiwa Isra’ Mikraj juga, Allah SWT telah memberi hikmah

kepada umat Nabi Muhammad SAW. Dalam perjalanan istimewa ini,

Rasulullah SAW mendapati bahawa manusia seharusnya memelihara

hubungannya dengan Allah SWT, menilai kembali dan berusaha

memperbaiki hubungan tersebut. Hubungan ini sewajarnya wujud bukan

sahaja ketika ditimpa dugaan dan kesusahan. Namun pada setiap ketika

kita berasa senang dan gembira, hubungan itu tetap kukuh. Di dalam

peristiwa ini, Allah SWT telah menetapkan fardu solat ke atas umat

Muhammad sebagai cara menjaga hubungan dengan-Nya. Peristiwa

Mikraj menceritakan kejadian yang membawa Baginda Rasulullah SAW

melalui tujuh lapisan langit untuk bertemu Allah SWT.

Apa yang menarik dan terlalu agung untuk dilihat menerusi peristiwa ini,

Rasulullah SAW telah menerima perintah solat secara terus daripada Allah

SWT berbanding dengan perintah-perintah lain yang disampaikan kepada

Baginda menerusi Malaikat Jibril AS. Solat adalah ibadah yang paling

mulia di sisi Allah SWT dan kerana itu kita yakin dan percaya bahawa Allah

Page 9: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

9

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SWT ingin memberi perintah itu terus kepada Rasulullah SAW. Pada

peringkat awal, Baginda SAW menerima perintah menunaikan solat

sebanyak 50 waktu sehari sehingga akhirnya ia menjadi 5 kali sehari

semalam. Sebagai umat Islam, kita sepatutnya berasa syukur atas

perintah ini kerana dalam peristiwa Isra’ Mikraj, kita telah digambarkan

bagaimana dengan rasa rendah diri dan atas dasar kasih sayang kepada

umatnya, Baginda berulangkali merayu kepada Allah SWT meringankan

waktu solat bagi umat Islam. Oleh itu sebagai umat Islam apakah kita tidak

mahu menghargai peranan Rasulullah SAW? Adakah wajar kita

mengingkari perintah Allah SWT yang telah meringankan bebanan waktu

solat daripada 50 kali sehari kepada 5 kali sehari?. Rasulullah SAW

bersabda dalam hadisnya yang bermaksud : “Selain daripada apa yang

aku saksikan ketika dibawa Isra’ dan Mikraj pada malam itu, Allah

fardukan ke atas aku dan umatku 50 waktu solat, lalu aku memohon

kepada-Nya (supaya dikurangkan bilangan waktu solat itu hingga

kepada 5 sahaja), maka Allah berfirman : Solat fardu (sehari semalam)

itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia tetap juga 50 (dari segi

pahalanya). Keputusan Aku tidak dapat diubah atau ditukar ganti.”

(HR Bukhari).

Jika Allah SWT memperlihatkan tingginya jaminan ganjaran ibadah solat

kepada umat Muhammad SAW, maka kita sebagai hamba-Nya harus

melaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin sehingga

ia benar-benar berkualiti. Inilah hikmah tertinggi, paling besar dan agung

yang telah diberikan kepada umat Muhammad SAW melalui peristiwa Isra’

Mikraj. Sempena memperingati peristiwa Isra’ Mikraj yang akan jatuh

pada 27 Mei 2014 ini bersamaan 27 Rejab 1435H, mimbar menyeru sidang

Page 10: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

10

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

jumaat sekalian agar bersama-sama melaksanakan ibadah solat dengan

perasaan khusyu’ serta mengikut tatacara sempurna dan peraturan

tertentu. Solat yang baik dan berkualiti, akan diterima oleh Allah SWT dan

mampu melindungi daripada perbuatan dosa kerana solat itu akan

membezakan yang syirik dengan yang benar seperti hadis riwayat Muslim,

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Perbezaan antara manusia

dan perbezaan antara syirik dan kufur adalah meninggalkan solat.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Peristiwa Isra’ Mikraj merupakan satu ‘perjalanan agung’ yang

mengandungi makna tersirat yang perlu digali dan dihayati sepenuhnya

bagi melahirkan rasa keinsafan, ketaqwaan dan keimanan kepada Allah

SWT menerusi tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya yang telah

diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW. Adalah lebih penting untuk

kita meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.

Pentingnya sejarah dan peristiwa yang berlaku pada masa lalu wajar

menjadi panduan untuk masa hadapan.

Amat penting bagi umat Islam pada hari ini berusaha melakukan

perubahan dalaman dan memperbaiki kelemahan daripada pelbagai sudut.

Langkah permuafakatan dan kesepakatan bagi mengenalpasti punca

kelemahan umat serta persediaan yang mantap perlu dilakukan dalam

berdepan dengan segala cabaran ummah masa kini. Salah faham

terhadap agama dan umat Islam ketika ini, boleh di atasi menerusi

penjelasan rasional dan berterusan serta menerusi sikap tauladan dan

kecemerlangan. Umat Islam perlu memberi keutamaan kepada usaha-

Page 11: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

11

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

usaha perpaduan dan inisiatif meningkatkan ilmu dan kemahiran.

Keutamaan ini dapat dilakukan jika umat Islam sanggup melakukan

pembaharuan berfikir dan perubahan budaya ke arah cara hidup yang lebih

berdaya maju. Isra’ dan Mikraj harus menjadi panduan dan pengajaran

untuk umat Islam bertindak dengan lebih berhikmah. Tiada jalan singkat

bagi mengatasi sebarang bentuk cabaran dan rintangan melainkan

menerusi usaha gigih sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda

Rasulullah SAW dan umat Islam terdahulu.

Peristiwa Isra’ Mikraj telah meningkatkan semangat Baginda Rasulullah

SAW supaya tidak takut dan gentar di dalam perjuangan Islam kerana

Islam yang dibawa itu adalah agama Allah SWT. Umat Muhammad SAW

dimuliakan dengan Islam dan kehinaan yang menimpa umat Islam adalah

apabila mereka meninggalkan agama mereka. Saidina Umar RA pernah

berkata: “Kita (bangsa Arab) adalah kaum yang hina. Lalu Allah

memuliakan kita dengan Islam. Jika kita memilih ajaran lain selain

Islam, nescaya kita akan dihina semula oleh Allah.” Segala kejadian

yang ditunjukkan sepanjang perjalanan Baginda SAW menuju Sidratul

Muntaha adalah bukti-bukti nyata balasan dan ganjaran daripada Allah

SWT sekiranya kita menjauhi atau meninggalkan agama Islam.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita bersama sama mengambil

iktibar dan pengajaran yang baik daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj untuk

kebaikan kita sendiri sebagai hamba Allah. Firman Allah SWT dalam surah

Ali-‘Imran, ayat 102 :

Page 12: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9371-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · makna yang luas dan mendalam.” ... Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi

12

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada

Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan

dalam keadaan Islam.”