J5

download J5

of 18

Transcript of J5

  • Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 115

    STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PELAJARPELBAGAI ETNIK BUKAN MELAYU

    Zamri MahamodMohamed Amin Embi

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    This study examined language learning strategies (LLS) used by studentsfrom various ethnic groups in Malaysia for learning the Malay languageout of the classroom (OC) based on their performance, demographicfactors and the four language skills. The instrument was a self-reportquestionnaire distributed to 658 Form 4 students who were selectedbased on a random stratified sampling technique. The sample comprised200 students from Selangor, 220 from Sarawak and 238 from Sabah. Thesubjects selected were those who scored grade A or B in their PenilaianMenengah Rendah (PMR) 2004 Malay Language paper. The respondentswere required to reveal LLS they used to learn the Malay language outof the classroom for improving their listening, speaking, reading andwriting skills. The questionnaire data were analyzed using descriptiveand inferential statistics. Results of the study indicate that subjects fromvarious ethnic groups used a wide range of LLS for learning the Malaylanguage out of the classroom. The Malay students in Selangor, Sarawakand Sabah reported using a wider range of LLS in comparison to otherethic groups. Female students from various ethnic groups in Selangor andSarawak used a wider range of LLS than female students from variousethnic groups in Sabah. Students from various ethic groups who scoredgrade A in the PMR Malay Language paper reported a wider range ofLLS than those who scored grade B.

    Pada masa kini, ramai guru bahasa menyedari akan kepentingan meningkatkan pencapaianakademik para pelajar. Para guru menggunakan pelbagai cara seperti memberi tunjukajar strategi belajar yang betul, mengadakan kelas tambahan, membincangkan soalan-soalan peperiksaan lepas, memperbanyakkan latih tubi dan sebagainya. Semuanyabertujuan untuk meningkatkan prestasi bahasa pelajar.

    Para guru seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yangberkesan terletak di tangan pelajar sendiri. Guru-guru yang mempelbagaikan strategipengajaran dapat membantu pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepatdan berkesan (Oxford & Crookall, 1989). Pendapat ini diakui oleh Lessard-Clouston(1997) di mana hasil kajiannya tentang strategi belajar bahasa Perancis mendapati guru-guru yang menggunakan strategi pengajaran yang sesuai boleh membantu para pelajarnya

  • 116 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    memahami bahasa kedua (bahasa Perancis) dengan baik. Oleh itu, para guru seharusnyamelatih pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang sesuaidengan tahap keupayaan dan kecekapan bahasa pelajar mereka itu.

    Kajian tentang bagaimana pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu(BM) sebagai bahasa kedua atau bahasa asing bttkatriah sesuatu yang baru di Malaysia.Walaupun fokus kajian bukan kepada SPB yang digunakan pelajar bukan Melayu,tetapi kebanyakan hasil kajian melaporkan bahawa pelajar bukan Melayu mempunyaisikap negatif dan kurang berminat untuk mempelajari BM, terutamanya ketika belajardi dalam dan luar kelas (Zamri & Zarina, 2001). Kebanyakan pelajar bukan Melayulebih memberi tumpuan kepada bagaimana hendak mencapai keputusan yang cemerlangketika peperiksaan. Justeru, pelajar bukan Melayu mengikuti kelas tuisyen di luar waktupersekolahan semata-mata untuk lulus dengan baik atau cemerlang sahaja. Lantaran itu,mereka bersungguh-sungguh belajar BM di waktu peperiksaan dengan mengikuti kelastuisyen, dan bukan kerana mencintai dan menyanjungi peranan dan kedudukan BM itu.

    Kajian yang dijalankan oleh Jajri, Isa, Othman dan Othman (1992), Muhammad,Noriah, dan Abdul Razak (2000), Zamri (2005), Zamri dan Mohamed Amin (2005)melaporkan bahawa pelajar bukan Melayu didapati menggunakan pelbagai strategibelajar agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran.Sebagai contoh, Muhammad et al. (2000) dalam kajian yang dilakukan di Muar mendapatipelajar bukan Melayu banyak menggunakan strategi belajar ketika belajar di luar kelasberbanding pelajar Melayu dalam kebanyakan mata pelajaran. Zamri (2005) dalamkajiannya mendapati bahawa pelajar India banyak menggunakan SPB ketika belajar BMdi luar kelas berbanding pelajar Melayu atau Cina. Sebaliknya, pelajar Melayu banyakmenggunakan SPB ketika belajar BM di dalam kelas ataupun semasa menghadapipeperiksaan.

    Strategi Belajar dan Strategi Pembelajaran Bahasa

    Strategi belajar ialah cara atau kaedah atau teknik yang digunakan oleh pelajar dalammempelajari dan menguasai sesuatu pelajaran. Schmeck (1988) menyatakan bahawaistilah strategi berasal daripada istilah tentera yang merujuk kepada prosedur-proseduruntuk melaksanakan rancangan dalam operasi ketenteraan. Beliau menjelaskan bahawaterdapat perbezaan antara strategi dan taktik. Strategi ialah aktiviti-aktiviti pelajar yangspesifik atau cara-cara tertentu dalam pelaksanaan rancangan dalam suatu set proseduruntuk mencapai sesuatu hajat.

    Dalam konteks kajian ini, strategi belajar bermaksud langkah-langkah yangdiambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan,mengingat kembali dan penggunaan sumber maklumat (Abu Talib, 1998). MenurutOxford (1990, 1993), tindakan tersebut diambil bagi membantu pelajar menguasaiproses pembelajaran dengan mudah, cepat, lebih menyeronokkan, lebih ke arah kendiri,lebih cekap dan mudah dipindahkan ke situasi baru. Chamot, Beard El-Dinary danRobbins (1999) mendefinisikan strategi belajar sebagai cara-cara atau teknik yangboleh digunakan oleh pelajar untuk membantu tugasan pembelajaran.

    Dalam konteks pembelajaran bahasa, makna SPB sememangnya telah ditulis dandiberi pengertian oleh pengkaji bahasa di Barat dan Malaysia. Ellis (1985) menganggap

  • Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 117

    SPB sebagai strategi komunikasi dan pembelajaran dianggap sebagai suatu proses.Menurut Oxford (1990), SPB merupakan langkah-langkah atau tindakan khusus yangdiambil oleh pelajar bagi mempermudahkan proses pembelajaran, menyeronokkan, kearah kendiri, cekap dan berupaya berpindah ke suasana baru.

    Ellis (1994) mengasingkan strategi pembelajaran kepada dua jenis, iaitustrategi pembelajaran berasaskan kemahiran dan SPB itu sendiri. Mohamed Amin(1996) mentakrifkan SPB sebagai satu perancangan tindakan seseorang pelajar untukmempertingkatkan proses pembelajaran mereka. Zamri (2004) mendefinisikan SPBsebagai satu proses peningkatan pencapaian pembelajaran bahasa secara berterusanmelalui pelbagai strategi belajar yang efektif. Melalui SPB ini, pelajar-pelajar memperolehkeputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran BM. Para pelajar bukan sahaja belajarbahasa dengan efektif, tetapi juga memperoleh segala asas kemahiran bahasa danberbahasa dengan mudah. Strategi tersebut dapat membantu mereka berinteraksi danberkomunikasi secara lisan dan tulisan tanpa sebarang kesalahan bahasa.

    Tegasnya, SPB ialah strategi yang digunakan oleh pelajar pelbagai etnik ketikabelajar BM di luar kelas. Kepelbagaian SPB yang digunakan dapat membantu pelajarpelbagai etnik meningkatkan pencapaian BM. Selain itu, SPB yang pelbagai ini bolehdiubah suai oleh pelajar ketika belajar BM di dalam kelas mahupun ketika menghadapipeperiksaan.

    PERNYATAAN MASALAH

    Kebanyakan kajian SPB dalam BM dijalankan terhadap pelajar Melayu. Kajian SPBpelajar pelbagai kaum ada dalam mata pelajaran lain. Sebagai contoh, Mohamed Amin(1996) menjalankan kajian SPB antara pelajar Melayu, Cina dan India ketika mempelajariBI sebagai bahasa kedua. Wan Noorazah (2004) pula telah mengkaji bagaimana pelajarMelayu dan bukan Melayu mempelajari Biologi.

    Kajian SPB yang melibatkan pelbagai kaum di Semenanjung, Sarawak dan Sabahdi Malaysia sama ada dalam BM ataupun BI belum pernah dijalankan. Kebanyakan kajianSPB lebih berfokus kepada pelajar-pelajar di Semenanjung Malaysia sahaja. Bagaimanapelajar pelbagai etnik di Sarawak dan Sabah belajar BM tidak pernah dikaji. Apakah SPByang mereka gunakan ketika belajar BM? Adakah terdapat persamaan ataupun perbezaanSPB yang digunakan oleh pelajar-pelajar pelbagai etnik di Sarawak dan Sabah itu denganSPB kegunaan pelajar-pelajar di Semenanjung Malaysia?

    Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Mohamed Amin (1996), Muhammad et al.(2000) serta Wan Noorazah (2004) mendapati bahawa kebanyakan pelajar bukan Melayumenggunakan strategi belajar yang kurang sesuai dan tepat. Sebagai contoh, MohamadAmin mendapati pelajar bukan Melayu menggunakan strategi belajar bahasa Inggerisyang tidak berkesan di dalam kelas, di luar kelas dan ketika peperiksaan. Ini menyebabkanpencapaian bahasa Inggeris mereka kurang memuaskan.

    Selain daripada itu, kebanyakan kajian SPB di Malaysia dijalankan dalam BI.Ini mungkin kerana kajian SPB lebih sesuai untuk membantu pelajar mempelajari bahasakedua atau bahasa asing. Lantaran itu, beberapa kajian SPB dilakukan dalam BI. Olehkerana kajian SPB lebih bersifat bagaimana hendak mempelajari sesuatu bahasa

  • 118 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    dengan baik, maka beberapa pengkaji/penyelidik BM mula melakukan kajian-kajian SPBdalam pelbagai bidang dalam BM seperti kajian yang dijalankan ini. Selain itu, antarapunca pelajar gagal mencapai keputusan cemerlang dalam mata pelajaran BM ini adalahtidak menggunakan strategi belajar serta SPB yang digunakan tidak sesuai dengan apayang diperajari. Ini disokong oleh kajian Zamri (2004) yang mendapati pelajar Ieiriahmenggunakan SPB yang kurang berkesan berbanding pelajar yang cemerlang pencapaianBM mereka.

    Dalam konteks kajian ini, pengkaji ingin mengenal pasti apakah SPB yangdigunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas. Adakah SPB yangdigunakan itu banyak membantu mereka memahami dan menguasai kemahiran BMdengan baik?

    Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pelajar bukan Melayu,khususnya di Sabah dan Sarawak belajar BM di luar kelas. Secara khusus, kajian inibertujuan untuk:

    1. Mengenal pasti perbezaan SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayuketika belajar BM di luar kelas berdasarkan kumpulan etnik.

    2. Mengenal pasti hubungan satu kemahiran bahasa dengan kemahiran bahasayang lain bagi pelajar bukan Melayu yang mengguna SPB ketika belajar BMdi luar kelas.

    3. Mengenal pasti perbezaan SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayuketika belajar BM di luar kelas berdasarkan jantina.

    4. Mengenal pasti perbezaan SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayuketika belajar BM di luar kelas berdasarkan tahap pencapaian pelajar.

    SO ALAN KAJIAN

    Kajian ini bertujuan mengkaji bagaimana pelajar bukan Melayu belajar BM di luar kelas.Secara khusus, kajian ini dijalankan untuk menjawab empat soalan berikut:

    1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan olehpelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan kumpulanetnik?

    2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara satu kemahiran bahasa dengankemahiran bahasa yang lain bagi pelajar bukan Melayu yang menggunakanSPB ketika belajar BM di luar kelas?

    3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan olehpelajar lelaki dan perempuan bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas?

    4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan olehpelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan tahappencapaian pelajar?

  • Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 119

    METODOLOGI

    Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidikdigunakan bagi pengumpulan data. Soal selidik yang digunakan dalam kajian inidiubah suai daripada kajian Zamri (2004). Sebanyak 144 item soal selidik dalam empatkemahiran bahasa telah dibuat kajian rintis, iaitu 21 item kemahiran mendengar (KD), 39item kemahiran bertutur (KT), 37 item kemahiran membaca (KB) dan 47 item kemahiranmenulis (KTs). Bagi memastikan item soal selidik kajian rintis tersebut mempunyaikesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, seramai 60 orang pelajar Tingkatan 4 disebuah sekolah menengah kebangsaan di Hulu Langat dijadikan responden kajian rintis.Hasilnya, nilai kebolehpercayaan bagi setiap item adalah tinggi bagi setiap kemahiranbahasa tersebut, iaitu KD = .70, KT = .83, KB = .93 dan KTs = .96. Menurut Siti Rahayahdan Abdul Rashid (2002), indeks kebolehpercayaan yang melebihi .60 boleh dianggapmempunyai nilai kebolehpercayaan item yang baik. Item soal selidik telah disemakkesahan konstruknya oleh seorang pakar SPB di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian, iaitu tentang latar belakang danSPB berdasarkan kemahiran bahasa yang digunakan oleh pelajar. Sampel kajian terdiridaripada pelajar-pelajar Tingkatan 4 di beberapa buah sekolah menengah di Selangor,Sarawak dan Sabah. Semua responden memperoleh gred A atau B bagi mata pelajaranBM dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2004. Responden dipilihberdasarkan random stratified sampling (Tabachnick & Fidel, 2001) di mana 200 orangpelajar berada di Selangor, 220 orang pelajar di Sarawak dan 238 orang pelajar di Sabah.Jumlah responden bagi setiap etnik pelajar adalah seimbang dari segi jantina, kecuali Iain-lain etnik yang tidak sama bilangannya dari segi etnik dan jantina.

    Soal selidik dianalisis menggunakan SPSS versi 12.0. Data dianalisis dalam duacara, iaitu secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mencarikekerapan, peratusan dan min. Statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis.Untuk itu, analisis ANOVA satu hala, korelasi dan ujian-f digunakan bagi menjawabbeberapa hipotesis kajian.

    DAPATAN KAJIAN

    Latar Belakang Pelajar Pelbagai Etnik

    Jadual 1 mempamerkan latar belakang responden kajian berdasarkan negeri, jantina,etnik dan tahap pencapaian BM pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas.Berdasarkan Jadual 1, pelajar pelbagai etnik dari negeri Sabah paling ramai dijadikanresponden kajian, iaitu seramai 238 orang pelajar (36.2%). Ini diikuti pelajar pelbagaietnik bukan Melayu di Sarawak seramai 220 orang (33.4%) dan di Selangor seramai 200orang pelajar (30.4%) bukan Melayu. Dari segi jantina, pelajar perempuan pelbagai etniklebih ramai dijadikan responden kajian, iaitu seramai 339 orang (51.5%) berbanding 319orang pelajar lelaki (48.5%) pelbagai etnik bukan Melayu.

    Dari segi etnik pula, pelajar etnik Cina dan India dari Selangor paling ramaidijadikan responden kajian, iaitu masing-masing etnik diwakili 100 orang pelajar yangseimbang bilangannya dari segi jantina. Di Sarawak pula, setiap etnik diwakili 50 orang

  • 120 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    pelajar (25 lelaki dan 25 perempuan) kecuali Iain-lain etnik (20 orang sahaja). Begitu jugadi Sabah di mana pelajar yang dijadikan responden adalah sama dari segi etnik dan jantina(25 lelaki dan 25 perempuan) kecuali Iain-lain etnik (38 orang sahaja).

    Dari segi bahasa pertuturan utama di luar kelas, didapati BM merupakan bahasapertuturan utama yang digunakan oleh pelajar pelbagai etnik di Selangor, Sarawak danSabah. Seramai 247 orang pelajar bukan Melayu (37.5%) menggunakan BM sebagaibahasa pertuturan untuk tujuan berkomunikasi, berbincang dan berbual di luar kelas.Ini menunjukkan bahawa pelajar bukan Melayu bertutur dalam BM sebagai satu caraatau strategi untuk mempelajari dan menguasai BM dengan baik. Bahasa Inggeris (BI)merupakan bahasa kedua paling ramai dituturkan di luar kelas, iaitu seramai 140 orangpelajar bukan Melayu (21.3%) bertutur dalam BI. Ini diikuti Bahasa Cina seramai 127orang pelajar bukan Melayu (19.3%), manakala bahasa Iain-lain etnik kurang dituturkandi luar kelas sebagai bahasa berkomunikasi antara kaum ataupun antara pelbagai kaum.Ini bermakna BM masih menjadi bahasa pengantara pelajar pelbagai etnik, terutamanyaketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar waktu pembelajaran BM. Semuanyadiperincikan dalam Jadual 1 tersebut.

    Dari segi tahap pencapaian BM dalam peperiksaan 2004, kebanyakan respondenini memperoleh gred B bagi mata pelajaran BM, iaitu seramai 363 orang pelajar bukanMelayu (55.2%). Pelajar yang mendapat gred A hanya seramai 295 orang pelajar bukanMelayu (44.8%) sahaja. Kesimpulannya, responden ialah pelajar-pelajar yang mempunyaikeputusan peperiksaan BM yang baik.

    Jadual 1Latar Belakang Responden Berdasarkan Negeri, Jantina, Etnik dan Tahap PencapaianBM dalam PMR

    Bil. Kategori AT=658 Peratusan

    1Negeri: Selangor SarawakSabah

    200220238

    30.433.436.2

    2Jantina: Lelaki Perempuan 319339

    48.551.5

    Etnik: Cina SemenanjungIndiaCina SarawakIban BidayuhMelanauLain-lain etnik SarawakCina Sabah KadazanDusun Bajau Lain-lainetnik Sabah

    100 15.2100 15.250 7.650 7.650 7.650 7.620 3.050 7.650 7.650 7.650 7.638 5.8

  • Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 121

    Bahasa pertuturan utama di luar kelas:Bahasa Melayu BahasaInggeris Bahasa CinaBahasa Tamil Bahasa IbanBahasa Bidayuh BahasaMelanau Bahasa lain etnikSarawak Bahasa KadazanBahasa Dusun BahasaBajau Bahasa lain etnikSabah

    247 37.5140 21.3127 19.342 6.415 2.312 1.817 2.612 1.815 2.310 1.512 1.89 1.4

    Pencapaian PMR 2004:GredAGredB

    295363

    44.855.2

    Analisis Inferensi

    Analisis inferensi digunakan bagi menjawab hipotesis nol yang dibina. Ujian-f dan korelasiPearson masing-masing digunakan bagi melihat perbezaan dan hubungan pemboleh ubahyang dikaji.

    Jadual 2Perbezaan SPB Berdasarkan Empat Kemahiran Bahasa Ketika Belajar BMdi Luar Kelasantara Pelajar Pelbagai Kumpulan Etnik

    KemahiranBahasa Etnik iV = 658 Min

    SisihanPiawai

    ParasSignifikan

    Kemahiran - Cina Semenanjung 100 2.91 .659mendengar -India 100 3.38 .666

    - Cina Sarawak 50 2.62 .573- Iban 50 3.03 .462- Bidayuh 50 3.20 .704- Melanau 50 3.33 .529- Lain-lain etnik Sarawak 20 2.50 .898- Cina Sabah 50 3.15 .461- Kadazan 50 3.67 .661- Dusun 50 3.82 .326- Bajau 50 3.72 .654- Lain-lain etnik di Sabah 38 3.30 .705

    9.744 .000

  • 122 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    Kemahiran - Cina Semenanjung 100 2.59 .707bertutur - India 100 3.13 .709

    - Cina Sarawak 50 2.34 .542-Iban 50 2.44 .575- Bidayuh 50 2.69 .644- Melanau -50 2m- Lain-lain etnik Sarawak 20 2.11 .675- Cina Sabah 50 3.15 .461- Kadazan 50 2.96 .429- Dusun 50 3.06 .236- Bajau 50 3.12 .437- Lain-lain etnik Sabah 38 2.96 .450

    Kemahiran - Cina Semenanjung 100 2.72 .802

    membaca -India 100 3.26 .646- Cina Sarawak 50 2.39 .624-Iban 50 2.86 .571- Bidayuh 50 2.92 .606- Melanau 50 3.05 .284- Lain-lain etnik Sarawak 20 2.44 .956- Cina Sabah 50 3.30 .581-Kadazan 50 3.10 .560- Dusun 50 3.13 .241- Bajau 50 3.18 .516- Lain-lain etnik Sabah 38 3.12 .533

    Kemahiran - Cina Semenanjung 100 2.85 .743

    menulis - India 100 3.30 .679- Cina Sarawak 50 2.57 .612-Iban 50 2.81 .540- Bidayuh 50 2.92 .582- Melanau 50 3.17 .406- Lain-lain etnik Sarawak 20 2.38 .710- Cina Sabah 50 3.16 .658- Kadazan 50 3.11 .658- Dusun 50 3.17 .330- Bajau 50 3.19 .525- Lain-lain etnik Sabah 38 3.02 .430

    4.823

    4.722

    3.016

    .000

    .000

    .000

    Hipotesis Nol 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakanoleh pelajar bukan Melayu berdasarkan etnik

    Berdasarkan Jadual 2, terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB dalam empatkemahiran bahasa antara pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas. Nilaisignifikan yang diperoleh oleh pelajar bukan Melayu bagi kemahiran mendengar (KD),bertutur (KT), membaca (KB) dan menulis (KTs) adalah kurang daripada paras .05, denganp=.000. Pelajar bukan Melayu di Selangor, Sarawak dan Sabah menggunakan SPB yangberkaitan dengan KD, KT, KB dan KTs ketika belajar BM di luar kelas. Hipotesis iniditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB dalam setiap kemahiranbahasa dengan pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas.

  • Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 123

    Hipotesis Nol 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara SPB yang digunakanoleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan kemahiranbahasa.

    Dari segi korelasi, terdapat hubungan yang signifikan antara satu kemahiran bahasa dengankemahiran bahasa yang lain. Sebagai contoh, KD mempunyai hubungan yang signifikandengan KT, KB dan KTs. Begifu juga, KT mempunyai hubungan yang signifikan denganKD, KB dan KTs. KB mempunyai hubungan yang signifikan dengan KD, KT dan KTs,manakala KTs mempunyai hubungan yang signifikan dengan KD, KT dan KB. Dengankata lain, hipotesis nol ini ditolak kerana terdapat hubungan yang signifikan antara SPBdengan kemahiran bahasa yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BMdi luar kelas. Semua dapatan kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 3.

    Jadual 3Hubungan antara SPB dengan Setiap Kemahiran Bahasa yang Digunakan oleh PelajarBukan Melayu Ketika Belajar BMdi Luar Kelas

    Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran Min Sisihan

    Bahasa Korelasi Mendengar Bertutur Membaca Menulis Piawai

    Mendengar Korelasi 1 .724** .696** .622** 3.20 .705

    PearsonSignifikan - .000 .000 .000

    Bertutur Korelasi .724** 1 .860** .805** 2.82 .687PearsonSignifikan .000 - .000 .000

    Membaca Korelasi .696** .860** 1 .880** 3.00 .718PearsonSignifikan .000 .000 - .000

    Menulis Korelasi .622** .805** .880** 1 3.03 .687PearsonSignifikan .000 .000 .000 - 3.20 .705

    *signifikan pada paras p

  • 124 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    lelaki bukan Melayu ialah 3.16, manakala nilai min KD pelajar perempuan ialah 3.25.Bagi KT, nilai min pelajar lelaki bukan Melayu ialah 2.78, manakala nilai min KT pelajarperempuan bukan Melayu ialah 2.86. Bagi KB, nilai min pelajar lelaki bukan Melayuialah 2.96, manakala nilai min pelajar perempuan bukan Melayu ialah 3.04. Bagi KTs,nilai min pelajar lelaki bukan Melayu ialah 3.01, manakala nilai min pelajar perempuanbukan Melayu ialah 3.05. Berdasarkan skor min antara pelajar lelaki dan perempuanbukan Melayu yang tidak ada perbezaan yang ketara, maka dapat dirumuskan bahawapelajar bukan Melayu sama ada lelaki mahupun perempuan menggunakan SPB yangsama sahaja ketika belajar BM di luar kelas dalam KD, KT, KB dan KTs.

    Jadual 4Perbezaan SPB antara Pelajar Lelaki dan Perempuan Bukan Melayu dalam KD, KT, KBdan KTs Ketika Belajar BM di Luar Kelas

    Kemahiran GredN=658 Min

    SisihanF SignifikanBahasa Pencapaian Piawai

    Kemahiran Lelaki 319 3.16 .727.690 .406

    mendengar Perempuan 339 3.25 .681Kemahiran Lelaki 319 2.78 .704

    1.017 .314bertutur Perempuan 339 2.86 .669Kemahiran Lelaki 319 2.96 .760

    2.199 .139membaca Perempuan 339 3.04 .675Kemahiran Lelaki 319 3.01 .709

    .440 .507menulis Perempuan 339 3.05 .667

    * signifikan pada paras p .580. Demikianjuga dengan KT = p >.85, KB = p >.43 dan KTs = p >.32. Ini menunjukkan bahawapelajar bukan Melayu yang mendapat gred A atau B bagi mata pelajaran BM dalampeperiksaan PMR tidak menunjukkan perbezaannya dari segi SPB yang digunakan bagisetiap kemahiran bahasa ketika belajar BM di luar kelas. Semua dapatan ini ditunjukkandalam Jadual 5.

  • Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 125

    Jadual 5Perbandingan SPB Pelajar Bukan Melayu Berdasarkan Pencapaian BM dalam PMR

    KemahiranSisihan

    F SignifikanGred N=658 Min Piawai

    BahasaA 296 3.16 .710 .307 .580

    Mendengar B 362 3.23 .700A 296 2.77 .686 .036 .851

    Bertutur B 362 2.86 .685A 296 2.97 .693 .618 .432

    Membaca B 362 3.02 .738

    A 296 3.00 .666 1.011 .315Menulis B 362 3.06 .704

    * signifikan pada paras p

  • 126 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    Berdasarkan beberapa kajian dalam dan luar negara tentang SPB dapat dikatakanbahawa ia bukan sesuatu yang baru. Walau bagaimanapun dalam konteks kajian ini,kajian SPB di Sarawak dan Sabah merupakan julung kali dijalankan oleh penyelidik danpendidik BM khususnya dan Iain-lain pengkaji bahasa. Selain itu, dapatan kajian jugamembefi "kesah yang positif di mana pelajar-pelajar pelbagai etnik yang bersekolah diSarawak dan Sabah didapati menggunakan SPB dalam mempelajari BM dengan baik,terutamanya strategi belajar berkaitan KT, KB dan KTs.

    Dapatan kajian ini menyumbang kepada kajian lanjutan untuk mengkaji denganlebih mendalam dan terperinci bagaimana pelajar belajar BM dengan baik. Kajianperbandingan seperti ini membantu penyelidik bahasa untuk membuat kajian SPB dikalangan pelajar yang pelbagai etnik, jantina, tahap pencapaian, status sosioekonomiyang berbeza dan sebagainya.

    Etnik

    Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Zamri dan Mohamed Amin (2005) yangmelaporkan bahawa pelajar bukan Melayu menggunakan pelbagai SPB ketika belajar diluar kelas. Dalam kajian tersebut, mereka mendapati bahawa pelajar India lebih banyakmenggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas berbanding pelajar etnik Melayu danCina. Dapatan kajian ini juga menyamai dapatan kajian Mohamed Amin (1996) di manabeliau mendapati pelajar India menggunakan pelbagai SPB ketika belajar bahasa Inggerisdi luar kelas berbanding pelajar etnik Melayu dan Cina. Ini menunjukkan bahawa terdapatperkaitan yang signifikan antara strategi pembelajaran bahasa Inggeris dengan latarbelakang etnik pelajar.

    Selain itu, dapatan kajian ini juga menyamai kajian yang dilaporkan oleh Muhammadet al. (2000) di mana pelajar bukan Melayu dilaporkan menggunakan pelbagai strategibelajar berbanding pelajar Melayu dalam kebanyakan mata pelajaran yang dikaji. Dapatankajian yang melibatkan kesemua mata pelajaran peringkat SPM itu menunjukkan bahawapelajar etnik Cina lebih banyak menggunakan strategi belajar berbanding pelajar etnikMelayu dan India. Dapatan kajian ini juga menyamai dapatan kajian oleh Teo Seah Ping(2004) yang menunjukkan pelajar etnik Cina lebih banyak menggunakan strategi belajarFizik berbanding pelajar etnik Melayu.

    Namun demikian, kajian yang dilakukan oleh Abu Talib (1998), Mohd Nazali(1999), Mohamed Amin, Juriah, dan Mohd Isa (1999), Supian (2003) serta MohamedAmin, Zamri dan Mohd Isa (2004) menunjukkan dapatan yang berbeza. Kesemua kajianini mendapati pelajar etnik Melayu menggunakan pelbagai strategi belajar berbandingpelajar etnik bukan Melayu seperti Cina dan India. Ini menunjukkan bahawa faktor etnikbukan merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran bahasa ketika belajar di luar kelas.

    Jantina

    Hasil analisis data menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antarapenggunaan strategi pembelajaran BM dengan jantina di mana pelajar perempuanlebih banyak menggunakan SPB dalam semua kemahiran bahasa berbanding pelajarlelaki. Keputusan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Oxford (1990) dan

  • Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 127

    Mohamed Amin (1996) yang mendapati SPB dipengaruhi oleh faktor jantina. Hasil kajianini juga bersamaan dengan kajian Oxford (1990) di mana secara keseluruhannya pelajarperempuan lebih banyak menggunakan SPB daripada pelajar lelaki.

    Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian SPB dalam BM seperti yangdijalankan oleh Abu Talib (1998), Mohd Nazali (1999), Mohd Nazali, MohamedAmin dan Zamri (1999), Mohamed Amin, Zamri dan Mohd Nazali (2001) sertaZamri, Mohamed Amin, Noriah dan Juriah (2002). Kesemua kajian yang dilaporkanini mendapati pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB berbanding pelajarlelaki ketika belajar BM di luar kelas. Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatanbeberapa kajian SPB dalam mata pelajaran BI di Malaysia seperti kajian oleh MohamedAmin (1996), Azlin Mazniwati (2000) dan Faizahani (2002). Ketiga-tiga pengkaji SPBdalam BI ini melaporkan bahawa pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPBberbanding pelajar lelaki.

    Selain itu, dapatan kajian ini juga bersamaan dengan beberapa kajian di Barat sepertikajian yang dijalankan oleh LoCastro (1994), Chamot et al. (1999), Abdallah Hussein(2002), Pickard (1996) serta beberapa kajian lain. Kebanyakan mereka melaporkanbahawa pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB ketika belajar BI berbandingpelajar lelaki.

    Bagaimanapun, dapatan kajian ini bercanggah dengan kajian Zamri dan MohamedAmin (2003a) dan Zamri (2004) yang mendapati pelajar lelaki lebih banyak menggunakanstrategi belajar bahasa sama ada di dalam kelas, luar kelas mahupun ketika menghadapipeperiksaan. Ini mungkin berpunca daripada sikap dan minat pelajar lelaki ketika belajarbahasa terutamanya yang melibatkan aktiviti bertutur.

    Dengan kata lain, faktor jantina boleh mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar.Ini dapat dilihat daripada jumlah pelajar yang belajar di universiti semakin dimonopolioleh pelajar perempuan. Faktor strategi belajar dikenal pasti antara faktor yang membantupelajar perempuan belajar dan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaantermasuk dalam mata pelajaran BM.

    Kemahiran Bahasa

    Dari segi kemahiran bahasa, secara keseluruhan terdapat hubungan yang signifikan antaraSPB dengan kemahiran bahasa yang digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawapelajar perempuan bukan Melayu banyak menggunakan SPB ketika belajar BM di luarkelas. Ini dapat dilihat berdasarkan nilai signifikan yang diperoleh ialah p < .005. Pelajarbukan Melayu terutamanya di Sarawak dan Sabah banyak menggunakan strategi bertutur,membaca dan menulis ketika belajar BM di luar kelas.

    Dapatan kajian ini menyamai dapatan kajian yang dilakukan oleh Zamri danMohamed Amin (2003a, 2003b). Zamri dan Mohamed Amin (2003a) mendapati pelajarlelaki dan perempuan Melayu banyak menggunakan SPB bagi meningkatkan KT, KB danKTs. Walau bagaimanapun, strategi KD kurang digunakan ketika belajar di luar kelas.Dengan kata lain, pelajar lelaki dan perempuan Melayu menggunakan strategi bertutur,membaca dan menulis ketika belajar BM di luar kelas.

    Kajian oleh Zamri (2004) serta Hamidah, Melor dan Norzaini (2002) tidak meliputiSPB ketika menghadapi peperiksaan, tetapi dapatan kajian mereka melaporkan bahawa

  • 128 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    pelajar universiti yang menguasai bahasa Inggeris (BI) dengan baik banyak menggunakankaedah mendengar ketika belajar BI. Begitu juga dapatan kajian Yang (1995) dan Kang(1997) yang melaporkan bahawa pelajar cemerlang BI banyak menggunakan KD, KT,KB dan KTs ketika belajar BI sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar Korea.

    Dalam konteks pendidikan BM, kajian SPB befdasarkan pelajar bukan Melayuini merupakan sesuatu yang baru. Ini kerana dapatan kajian mendapati pelajar bukanMelayu seperti Kadazan dan Bajau di Sabah serta Iban dan Bidayuh di Sarawak banyakmenggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas dalam keempat-empat kemahiranbahasa tersebut. Oleh itu, dapatan kajian ini menyumbang sesuatu yang baru dalam kajianberkaitan SPB yang mengkaji bagaimana pelajar yang berbeza bahasa pertama merekabelajar BM di luar kelas.

    Pencapaian

    Dapatan kajian juga mendapati pelajar bukan Melayu yang mendapat gred A atau B dalampeperiksaan PMR 2004 lalu banyak menggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas.Dapatan kajian ini ada persamaan dengan kajian Zamri (2004). Dalam kajiannya itu,didapati pelajar lelaki dan perempuan yang cemerlang dalam BM menggunakan pelbagaiSPB ketika belajar di dalam kelas, luar kelas dan juga ketika peperiksaan.

    Selain itu, dapatan kajian ini ada persamaan dengan dapatan kajian Mohamed Amin,Zamri, dan Mohd Isa (2004) yang mendapati pelajar cemerlang banyak menggunakanstrategi belajar ketika belajar BM, BI dan BA di dalam kelas, luar kelas dan ketikamenghadapi peperiksaan. Ini membuktikan bahawa pelajar cemerlang menggunakanpelbagai strategi belajar ketika mempelajari sesuatu bahasa itu.

    Dengan kata lain, faktor pencapaian BM memberi impak yang besar kepadapencapaian dan penguasaan BM di kalangan pelajar bukan Melayu. Ini terbukti melaluikajian ini di mana pelajar-pelajar bukan Melayu, sama ada lelaki mahupun perempuandi Selangor, Sarawak dan Sabah menggunakan pelbagai strategi mendengar, bertutur,membaca dan menulis sebagai satu cara atau strategi mempelajari BM dengan baik di luarkelas.

    IMPLIKASI KAJIAN

    Kajian SPB antara pelajar bukan Melayu yang melibatkan etnik di Selangor, Sarawakdan Sabah ketika belajar BM merupakan suatu yang baru. Seperti yang dilaporkandalam tinjauan literatur, belum terdapat satu kajian tentang bagaimana pelajar pelbagaietnik yang belajar BM sebagai bahasa kedua atau asing ini belajar. Justeru, kajian yangdilaporkan ini memberi beberapa implikasi kurikulum dan pedagogi seperti berikut:

    1. Guru BM perlu memastikan kaedah pengajarannya sesuai dengan kepelbagaianpelajar di dalam kelas. Ini kerana pelajar yang pelbagai tahap kecerdasan inimempunyai strategi belajar yang berbeza ketika belajar. Oleh itu, pengajaran guruboleh mempengaruhi tahap pemahaman pelajar bukan Melayu ketika belajar BMdi dalam kelas, ataupun di luar kelas mahupun ketika menghadapi peperiksaan.

    2. Guru BM perlu memastikan pelajar, terutamanya pelajar bukan Melayu,menggunakan strategi belajar yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar

  • Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 129

    berkenaan. Oleh kerana BM merupakan bahasa kedua pelajar bukan Melayu, sudahtentu pelajar-pelajar bukan Melayu ini menggunakan strategi belajar yang berbezadengan pelajar Melayu. Justeru, guru BM perlu membantu pelajar-pelajar bukanMelayu belajar menggunakan strategi yang sesuai dengan keupayaan mereka samaada di dalam kelas, luar kelas mahupun semasa menghadapi peperiksaan. 3. GuruBM dicadangkan membina satu modul bagaimana pelajar bukan Melayu belajarBM di luar kelas yang praktikal. Dengan cara ini, pelajar bukan Melayu bolehmengaplikasi strategi-strategi belajar BM yang dicadangkan ketika belajar BM. Inisecara langsung dapat membantu pelajar mempelajari, memahami dan menguasaiBM dengan baik dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka dalammata pelajaran BM.

    KESIMPULAN

    Kajian tentang bagaimana pelajar bukan Melayu belajar dalam sesuatu mata pelajaranitu telah dijalankan di Malaysia, terutamanya di Semenanjung, tetapi kurang dilakukandi Sarawak ataupun di Sabah. Justeru, kajian ini dibuat untuk mengetahui dan mengenalpasti bagaimana pelajar bukan Melayu, terutamanya di Malaysia Timur, belajar BM diluar kelas. Dengan kajian ini, kita dapat mengetahui sedikit sebanyak bagaimana pelajarbukan Melayu belajar BM sebagai bahasa kedua atau bahasa asing di luar kelas.

    Kesimpulannya, dapatan kajian ini boleh menyumbang kepada kajian lanjutanyang boleh dijalankan oleh penyelidik dan pendidik bahasa, terutamanya dalam membuatsesuatu kajian yang melibatkan pelajar pelbagai etnik di Malaysia. Kajian ini jugamerupakan suatu yang baru dalam konteks kajian SPB di Malaysia. Oleh itu, banyakkajian perlu dilakukan dengan melibatkan pelbagai kaedah kajian seperti temubual,pemerhatian, diari belajar, kumpulan fokus dan sebagainya tentang bagaimana pelajar-pelajar bukan Melayu belajar BM. Tumpuan kajian tidak semestinya di luar kelas, tetapijuga boleh dibuat di dalam kelas ataupun ketika pelajar menghadapi peperiksaan.

    RUJUKAN

    Abdallah Hussein El-Saleh El-Omari. (2002). Language learning strategies employed byJordanian secondary school students learning English as a foreign language. TesisDoktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Abu Talib Abdullah.

    (1998). Gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalanganpelajar Tingkatan 4 di daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana Pendidikan, FakultiPendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Azlin Mazniwati Mohamed

    Azhari. (2000). English language learning strategy used byForm 4 students of Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor.Penulisan Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi. Chamot, A. U., Beard El-Dinary, P., & Robbins, J. (1999). The

    learning strategieshandbook. White Plains, NY: Addison-Wesley.

  • 130 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    Drozdzial-Szelest, K. (1997). Language learning strategies in the process of acquiring aforeign language. Poznan, Poland: Motivex.

    Ellis, R. (1985). Communications strategies and the evaluation of communicativeperformance. ELT Journal, 38(1), 39-44.

    Ellis, R. (1994). The study of second languageacquisition .London: Oxford UP:Faizahani Ab. Rahman. (2002). Strategies employed by good and weak English learners

    and factors affecting the choice of strategies. Tesis Sarjana Pendidikan, FakultiPendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Hamidah Yamat, Melor

    Md. Yunus, & Norzaini Azman. (2002). English languageproficiency for quality in education: Are our students ready? Dim. Proceedings ofthe International Conference on Education for All (ms. 225-233).

    Ismail Ahmad. (2004). Language learning strategy use among students of selected townand rural secondary schools. Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Jajri, I., Isa, M. M., Othman, M. N., &

    Othman, P. (1992). Students perception towardseconomics. Dim. A. M. Salleh & I. Jajri (Pnyt.), Proceedings of the NationalSeminar on Teaching Economics (ms. 112-125).

    Kang, Dang-Ho. (1997). Assessing Korean middle schools students language learningstrategies in input-poor environments. (EDRS: FL 024889)

    Lessard-Clouston, R. (1997). Language learning strategies: An overview for L2 teachers.The Internet TESL Journal, 3.

    LoCastro, V. (1994). Learning strategies and learning environments. TESOL Quarterly,28,409-414.

    Mohamed Amin Embi. (1996). Language learning strategies employed by secondaryschool students learning English as a foreign language in Malaysia. Tesis DoktorFalsafah, School of Education, University of Leeds.

    Mohamed Amin Embi, Juriah Long & Mohd Isa Hamzah. (1999). Language learningstrategies used by secondary school students in Malaysia: A preliminary study.[Laporan Akhir Penyelidikan Gl/97] Fakulti Pendidikan, Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi. Mohamed Amin Embi, Zamri Mahamod, & Mohd Isa Hamzah.

    (2004). Development of aself-access online learning-to-learn model for Malaysian Secondary Schools. [FinalResearch Report IRPA 07-02-02-0054] Fakulti Pendidikan, Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi.

    Mohamed Amin Embi, Zamri Mahamod, & Mohd Nazali Abu Bakar. (2001). Polapenggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu. Journal of Language TeachingLinguistics and Literature, 7,95-109.

    Mohd Nazali Abu Bakar. (1999). Strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalanganpelajar Tingkatan 4: Satu tinjauan. Penulisan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, UniversitiKebangsaan Malaysia, Bangi.

    Mohd Nazali Abu Bakar, Mohamed Amin Embi, & Zamri Mahamod. (1999). Hubunganantara penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan pemboleh ubahjantina, etnik, pencapaian bahasa dan status sosioekonomi pelajar. Jurnal Teknologi,31(E), 43-62.

  • Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 131

    Muhammad Hussin, Noriah Ishak, & Abd. Razak Ahmad. (2000). Strategi pembelajaranpelajar Melayu. Dim. Proceedings of the International Conference on Teachingand Learning (ms. 364-370).

    Niederhauser, J. S. (1997, January-March). Motivating learners. Forum, 35(1).Oxford, R. (1990). Language learning strategies: What every teacher should know. New

    York: Newbury.Oxford, R. (1993). Language learning strategies. Boston: Heinle.Oxford, R., & Crookall, D. (1989). Research on six situational language learning strategies:

    Methods, findings and instructional issues. Modern Language Journal, 73(4), 404-419.

    Park, Gi-Pyo. (1997). Languages learning strategies and English proficiency in Koreanuniversity students. Foreign Language Annals, 30,211-221.

    Pickard, N. (1996). Out of class language learning strategies. English Language TeachingJournal, 2,150-159.

    Punithavalli a/p K. Muniandy. (2003). Language learning strategies used by lowersecondary students in learning English as a second language. Tesis SarjanaPendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    Schmeck, R. R. (1988). Strategies and styles of learning: An integration of variedperspectives. Dim. R. R. Schmeck (Pnyt.), Learning strategies and learning style(ms. 155-170). New York: Plenum.

    Siti Rahaya Ariffin, & Abd. Rashid Johar. (2002). Isu pengukuran dan penilaianpendidikan. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Supian Md. Noor. (2003). Strategi pemerolehan tatabahasa ay at satu dasar. Tesis DoktorFalsafah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia,Serdang.

    Tabachnick, B. G., & Fidel, L. S. (2001). Using multivariate statistics (4th ed.). Boston:Allyn & Bacon.

    Teo, S. P. (2004). Strategi pembelajaran Fizik di kalangan pelajar Tingkatan 4: Satutinjauan. Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi.

    Wan Noorazah Wan Md. Nawi. (2004). Strategi pembelajaran Biologi pelajar Melayudan bukan Melayu di UKM: Satu tinjauan. Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    Yang, Nae-Dong. (1995). Effective awareness raising in language learning strategylearning. Paper presented at the Annual Meeting on the Teachers of English toSpeakers of the Language, 26 April 1995. (ED 392278)

    Yong Zaharah Mohd Taridi. (1999). Strategi pembelajaran bahasa Melayu di tiga buahsekolah menengah di kawasan Taiping, Perak: Satu tinjauan awal. Latihan Ilmiah.Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    Zamri Mahamod. (2004). Strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajarMelayu sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, UniversitiKebangsaan Malaysia, Bangi.

    Zamri Mahamod. (2005). Strategi pembelajaran bahasa di dalam kelas kepelbagaianpelajar: Kemakmuran bersama dari segi pendidikan. Prosiding SimposiumIndonesia-Malaysia Ke-9 (SKIM), Sesi VII. 9.4,1-16.

  • 132 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    Zamri Mahamod, & Mohamed Amin Embi. (2003a). Strategi pembelajaran bahasa pelajarsekolah menengah. Jurnal Bahasa, 3(2), 263-319.

    Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2003b). Penggunaan strategi pembelajaranbahasa untuk menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Jurnal VirTEC, 3(2),55-76.

    Zamri Mahamod, & Mohamed Amin Embi. (2005). Penggunaan strategi pembelajaranbahasa Melayu: Sam kajian perbandingan antara pelajar Melayu dan bukan Melayuberdasarkan faktor demografi. Proceedings of the Comparative Education Society ofAsia Biennial Conferences (CESA), Vol. 1,502-523.

    Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd Ishak, & Juriah Long. (2002).Strategi pembelajaran bahasa dari segi jantina pelajar cemerlang: Satu kajianperbandingan. Proceedings International Conference on Education for All (ICEFA2002) Vol.7,63-77.

    Zamri Mahamod, & Zarina Othman. (2001). Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaranbahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dewan Bahasa, 1(12), 40-43.