ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

download ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

of 33

Transcript of ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    1/33

    ITQANPADA MENYATAKAN CARA SEBUTAN

    SEBAHAGIAN LAFAZ AL-QURAN

    MENURUT RIWAYATHAFS IBN SULAIMAN

    MELALUITHORIQ

    SYATIBIYAHwww.studyqeraat.com

    KARANGAN

    SYEIKH TAUFIQ IBRAHIM DAMRAHSyeikh Tajwid dan Qiraat di Masjid Husain Al-Kabir,

    Diijazahkan Dalam Qiraat Sepuluh As-Sughra danAl-Kubra

    1

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    2/33

    PENDAHULUAN PENTERJEMAH

    Segala puji bagi Allah Yang menurunkan Al-

    Quran sebagai hidayat kepada manusia. Selawatdan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W, rasulyang diutuskan menjadi rahmat kepada seluruhalam. Kepada ahli keluarga, sahabat-sahabatbaginda, para ulamak, auliya serta kaum muslimindan muslimat.

    Buku kecil ini adalah terjemahan daripadakitab asal yang berbahasa Arab karangan gurukami Syeikh Taufiq Ibrahim Damrah (semoga Allahmemberkati beliau dan memanjangkan usianya).Usaha ini adalah daripada cetusan idea beliau,apabila ramai dari kalangan murid beliauberbangsa Malayu datang menuntut ilmu Al-Quran

    dan Qiraat daripada beliau. Tambahan pula,kelahiran laman web beliau(http://www.qeraatway.com) yang memuatkanbanyak bahan-bahan yang berkaitan ilmu Al-Qurandan Qiraat membuka pintu kepada penuntut ilmuagama menambah pengetahuan tentang bidang ini.

    Justeru itu, beliau berpendapat amat releven untukditerjemahkan kitab beliau ini yang membicarakanpermasalahan penting dalam bacaan Al-Quranmenurut riwayat Hafs daripada Asim.

    Dalam terjemahan ini, kami cuba sedayaupaya untuk mengekalkan makna asal kitabtersebut. Namun kerana kesukaranmenterjemahkan setiap kalimah Arab, sebahagian

    2

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    3/33

    ayat terpaksa diterjemahkan dengan bahasa yanglebih mudah difahami dalam bahasa Melayu.

    Kebanyakan istilah tajwid dan qiraat tidakditerjemahkan kerana kesukaran mendapatkanterjemahan yang tepat atau ia sememangnyadikenali dan masyhur dengan istilah tersebut. Olehkerana itu, dinasihatkan kepada pembaca agarmerujuk kepada guru-guru Al-Quran dan qari-qariyang mahir, lebih-lebih lagi sebahagian bacaantersebut hanya dapat difahami dengan musyafahah(berguru). Begitu juga, rujukan serta nota kaki(footnote) dalam kitab asal yang berbahasa Arabtidak diterjemahkan. Pembaca yang inginkanrujukan tersebut boleh melihat kepada Kitab Itqandalam bahasa Arab karangan Syeikh Taufiq IbrahimDamrah yang boleh didapati dalam laman webbeliau.

    Diharapkan usaha kami ini diikhlaskanniatnya dan ditulis pahalanya di sisi Allah dalamkitab amalan kami serta guru-guru kami. Jikaterdapat sebarang kesilapan pada terjemahan atauayat yang tidak difahami, diharap dapatmemaklumkannya melalui e-mail yang terdapat

    pada akhir kitab ini.Penterjemah,

    1 Ramadhan 1430H/ 22 Ogos 2009M.

    MUKADDIMAH

    3

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    4/33

    Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,Yang menurunkan Al-Quran, Yang menciptakan

    manusia, lalu mengajarnya Al-Bayan (keterangan),Yang memilih dari kalangan hambanya HamalatulQuran (pembawa & penghafaz Al-Quran). FirmanAllah dalam Al-Quran:

    Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh

    orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami. [Al-Fatir:32]

    Selawat dan salam ke atas penghulu anak cucuketurunan Adnan, Nabi Muhammad ibn Abdullahyang bersabda:

    (( ))

    (Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajariAl-Quran dan mengajarnya)

    Ya Allah kurniakan selawat ke atas keluargabaginda, para sahabat yang membawa kepadakami Al-Quran, dan orang-orang yang menyusuli

    mereka dengan kebaikan.Sesungguhnya manusia tidak akan mulia

    kecuali dengan apa yang diketahuinya. Dia tidakakan menjadi lebih baik kecuali dengan berfikir,tidak akan mendapat hasil kecuali dengan apayang didampinginya. Dan sebaik-baik pendampingpada zaman ini ialah pembaca Al-Quran yang

    4

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    5/33

    bertalaqqi Kalamullah secara musyafahah(berguru). Jika kamu belajar daripadanya satu ayat

    daripada kitab Allah ianya lebih baik daripada nilaiunta yang mahal harganya. Dan dua ayat yangdipelajari daripadanya lebih baik daripada 2 ekorunta tersebut, dan demikianlah bandingannya.

    Telah diketahui umum bahawa Al-Quran perludipelajari dengan bertalaqqi. Daripada Zaid ibn

    Thabit R.A, katanya:

    (())

    Bacaan Al-Quran ialah sunnah yang dituruti,diambil orang yang terkemudian daripada orangterdahulu.

    Kata ulamak: Sifat bacaan (Al-Quran) adalahditurunkan daripada Allah Taala berdasarkanperkataan Saidina Ali R.A:

    (())

    Sesungguhnya Rasulullah menyuruh kamumembaca (Al-Quran) seperti mana kamu diajar.

    Ketahuilah saudaraku (pembaca Al-Quran),sesungguhnya orang yang membaca Al-Qurandengan bersungguh-sungguh tanpa merujukkepada ulamak, lalu dia melakukan kesalahan yang

    5

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    6/33

    jelas (lahnul jali) atau kesalahan yang tidak jelas(lahnul khafi); sesungguhnya dia telah berdosa

    sehinggalah dia mempelajarinya daripada qari-qari.Dan baginya dua pahala selagi mana dia belajarmembaca walaupun dalam keadaan sukarmenyebut huruf. Apabila dia mempelajari Al-Qurandan mengelokkan bacaannya, adalah dia bersamamalaikat-malaikat Allah.

    Dari kerana itu, ditulis kitab kecil ini yang

    mengandungi sebahagian kalimah-kalimah pentingyang perlu diketahui oleh penuntut ilmu agamatentang cara bacaan pada kalimah tersebut dancara wakaf (berhenti) dan memulakan bacaanpadanya.

    Hanya kepada Allah kami memohon agar

    menjadikan usaha ini ikhlas keranaNya sahaja. Dansemoga dapat memanfaatkan dengannya kepadaIslam dan kaum muslimin.

    Syeikh Bakri Tharabisyi.

    KALIMAH-KALIMAH YANG PERLU DIBERIPENJAGAAN DALAM BACAAN MENURUT

    RIWAYAT HAFS DARIPADA ASIM MELALUITHORIQ SYATHIBI

    6

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    7/33

    1. Mad Munfasil: dibaca dengan tawassut(pertengahan) 4 harakat dan ini adalah pendapat

    yang diutamakan. Atau membaca dengan 5harakat. Contoh: l .

    2. Mad Muttasil: dibaca dengan tawassut(pertengahan) 4 harakat dan ini adalah pendapatyang diutamakan. Atau membaca dengan 5harakat. Contoh: n .

    3. [Al-Baqarah:237] perlu diberi penjagaanpada sebutan ( ) dan ( ) .( ) mempunyai sifatistitholah1dan ( ) bersifat dengan tarqiq2.

    4. [Al-Baqarah:245] perlu diperhatikansebutan ( ) pada atas huruf ( ), ia perlu dibacadengan siin sahaja

    5. Huruf yaa ( ) pada akhir kalimah yang tidakditulis seperti pada firman Allah Taala: O N [Al-Baqarah:258] diwakafkan padanya dengan duayaa (N) . Adapun pada firman Allah: [An-Nisa:146] diwakafkan padanya tanpa yaa sepertimana tulisannya () .

    6. 2 [Al-Baqarah:283] Cara memulakan bacaandengannya: Pada lafaz ini terdapat dua hamzah,

    1Istitholah: ialah menyebut huruf ( ) dengan lambatserta lidah berpegang kepada pangkal gigi geraham atassebelah kanan atau kiri.2 Menyebut huruf ( ) dengan nipis dan tidak tebal sekira-kira mulut seperti keadaan senyum.

    7

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    8/33

    hamzah wasal dan hamzah qatha. Apabilamemulakan bacaan, hamzah pertama dibaris

    depankan dan hamzah kedua sukun ( ). Laluditukar hamzah yang sukun kepada huruf madyang sesuai dengan baris hamzah yang pertama(iaitu baris depan). Maka berlakulah mad badal dandibaca dengan 2 harakat ketika dimulakan bacaan (

    ).

    7. [Ali Imran:1-2] ketika disambung

    bacaan, dibaca dengan baris atas huruf mim ( ).Dan pada panjang mim tersebut terdapat duapendapat:

    1. dibaca dengan isybaa (6 harakat) inilahbacaan yang diutamakan kerana mengikutkepada asal iaitu sukun.

    2. dibaca dengan qasar (2 harakat) keranamengikut kepada baris atas yang mendatangtersebut, maka dikembalikan kepada asalnyaiaitu mad thobie.

    8. [An-Nisa:46] perlu diperhatikan sabduyaa ( ) serta hukum iqlab selepasnya.

    9. [An-Nisa:119] Nun bersabdu ( ) ialahhuruf ghunnah yang perlu didengung sekadar 2harakat.

    10. [An-Nisa:176] hukumnya ketika wasal:apabila bertemu dua huruf mati, yang pertamanyahuruf mad; dibuangkan seperti . Perlu

    8

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    9/33

    diperhatikan kasrah huruf nun yang sukun kerana berhimpun dua huruf yang mati. Ketika

    dimulakan bacaan pada () dibaca dengan hamzahyang berbaris bawah ( ) walaupun raa ( )berbaris depan.

    Apabila bertemu dua huruf mati pada dua kalimahyang berbeza, jika huruf pertama:

    - huruf mad: dibuang huruf tersebut dan

    tidak dibaca seperti : [An-Nisa:176].- mim jama: dibaca dengan baris depan

    seperti:

    [Al-Maidah:23].

    - wau jamaah: dibaca dengan baris depan

    seperti:ih [Al-Baqarah:277].

    - nun pada kalimah ( ) hurufjar: dibacadengan baris atas seperti: .

    - yaa idhafat: dibaca dengan baris atas

    seperti: D C , kecuali pada satu kalimah sahaja

    iaitu:

    [Al-Baqarah:124] dimana Hafsmembaca dengan dimatikan yaa idhafatpadanya.

    9

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    10/33

    -huruf-huruf lain dibaca dengan baris bawahseperti:

    .

    11. p [Al-Maidah:28] Tho ( ) yang mati dan taa( ) berbaris, ialah mutajanis saghirdan hukumnyadiidghamkan sebagai idgham naqis sekira-kirakekal sifat ithbaq pada tho ( ) seperti: ( ).

    12. Pada firman Allah Taala:

    [Al-Maidah:107]perlu diperhatikan bacaan pada wau ( ) yang mati

    dan lam ( ) serta yaa ( ) yang berbaris atas.

    13. [Al-Anaam:143,144] dinamakan mad farq,dan pada bacaan hamzah wasal terdapat dua cara:

    1. ibdal serta isyba: ialah bacaan yang

    diutamakan, iaitu mad lazim kalimi musaqqaldengan dipanjangkan sekadar 6 harakat.

    2. tashil: membaca dengan tashil hamzahyang kedua dengan menyebut huruf antaraalif dan hamzah ) (.

    14. i [Al-Araf:18] perlu diperhatikan hamzah

    yang berbaris depan dan mad badal pada hurufwau ( ).

    15. [Al-Araf:20] padanya terdapat madtamkin yang dibaca dengan panjang sekadar 2harakat.

    10

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    11/33

    16. [Al-Araf:69] dibaca dengan siin ( ): .

    17. [Al-Araf:170] perlu diperhatikan baris atasmim ( ) dan sabdu huruf siin ( ) yang berbarisbawah.

    18. [Al-Araf:176] Tha ( ) dan zal ( ) ialahmutajanis saghir, dan hukumnya dibaca denganidgham kamil.

    19. [Al-Araf:196] Mad pada kalimah " pada ketika wakaf ialah mad tamkin yangdipanjang sekadar 2 harakat.

    20. Pada menyambung akhir Surah Al-Anfal denganawal Surah At-Taubah:

    [Al-Anfal:75,At-Taubah:1] terdapat 3 cara bacaan mengikut tertibkeutamaan:

    a. Wakaf (dengan mengambil nafas baru)

    b. Saktah (tanpa mengambil nafas baru)

    Harus pada setiap cara di atas membacamad arid lissukun dengan qasar (2 harakat),tawassut (4 harakat) dan isyba (6 harakat)samada dengan sukun yang sempurna, atauisymam. Atau membaca dengan qasar (2harakat) beserta raum. Keseluruhannyaterdapat 14 cara bacaan.

    11

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    12/33

    c. Wasal (menyambung terus bacaan)beserta iqlab. Ini adalah cara bacaan yang

    ke-15. Kesemua bacaan tersebut adalahtanpa bismillah.

    21. [At-Taubah:3] Hamzah Qatha ( )berbaris atas, bukannya mad badal.

    22. [At-Taubah:3] Perlu diperhatikan:

    a. dibuang huruf mad pada () ketika wasal

    b. tarqiq (dinipiskan) lam ( ) dan baris bawahhaa ( )

    pada lafaz Allah.

    23. Wakaf pada kalimah [Yunus:35] di manasahaja dalam Al-Quran dibaca dengan qalqalahkubra.

    24. [Yunus:35] Perlu diperhatikan baris atasyaa dan baris bawah haa serta sabdu dal yangberbaris bawah. Asal kalimah tersebut ialah ( ),lalu dimatikan huruf taa dan diidghamkan kedalam dal serta dibaris bawahkan haa kerana

    mengelak daripada bertemu 2 huruf yang mati.25. Yunus:51,91] Pada hamzah wasal] terdapat2 cara bacaan:

    a. Ibdal serta isyba(6 harakat): iaitu bacaanyang diutamakan. Hukumnya ialah mad

    12

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    13/33

    lazim kalimi mukhaffaf, dan dinamakan madfarq.

    b. Tashil hamzah wasal dengan menyebutantara hamzah dan alif) (.

    26. [Yunus:59], [An-Naml:59] Pada bacaanhamzah wasal terdapat 2 cara seperti no. (13).

    27. [Hud:41]:a. diimalahkan fathah raa antara baris atasdan baris bawah

    b. diiamalahkan alif selepasnya antara alifdan yaa.

    28. [Hud:42] Baa ( ) beserta mim ( ) ialah

    mutajanis saghir dan hukumnya dibaca denganidgham kamil beserta dengung.

    29. [Yusuf:11] Padanya terdapat 2cara bacaan:

    a. Ikhtilas atau ikhfa (bacaan yangdiutamakan): ( ) iaitu menyebut 2/3 baris

    depan pada nun yang pertama, danmenghilangkan 1/3 sebutan baris tersebut.

    b. Isymam: mendengungkan nun yangpertama pada nun yang kedua(mutamasilain kabir) beserta mengisyaratkandengan bibir kepada baris depan

    13

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    14/33

    (memuncungkan bibir) ketika menyebuthuruf nun.

    30. W V U [Yusuf:32] Fiel (U) ditakidkan dengannun taukid khafifah, ditulis dengan tanwin, dandiwakafkan dengan alif. Dan seperti itu juga hukumpada () [Al-Alaq:15].

    31. [Yusuf:39,41] dibaca dengan takhfif(meringankan) yaa ( ). Begitulah juga padaed

    [Al-Hujurat:1] dan ayat ( )[Al-Muzzammil:20].

    32. E D C B A [Ibrahim:1,2] ketika wasal perludiperhatikan: lam pada lafaz Allah dibaca dengantarqiq (lembut) dan haa berbaris bawah.

    () .33 [Al-Hijr:2] Perlu diperhatikan bahawabaa dibaca dengan tidak bersabdu.34. j [An-Nahl:48] Hamzah berbaris depan danbukannya mad badal. Diwakafkan di padanyaseperti ini ( ).

    35. [Al-Isra:64] Perlu diperhatikan baris atasraa ( ) dan baris bawah jim ( ).

    36. b a [Al-Isra:110] Harus diwakafkan untuktujuan ujian dan terpaksa1 pada kalimah ( ) dengan1 Wakaf untuk tujuan ujian ialah bagi menguji pelajarcara bacaan jika diwakafkan pada kalimah tersebut.Wakaf kerana terpaksa pula ialah apabila pembacaterputus nafas pada kalimah tersebut atau terpotongbacaan dengan sebab-sebab diluar kawalan seperti

    14

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    15/33

    mad iwad. Dan tidak boleh memulakan bacaandengan ( ), bahkan dimestikan memulakan bacaan

    dengan ( ).37. ( ) [Al-Kahfi:1,2] ketika wasal dibacadengan saktah.

    38. (8) [Al-Kahfi:63] dan () [Al-Fath:10] perludiperhatikan baris depan haa ( ).

    39. "! [Maryam:1] Ain ( ): mad lin, dan padabacaannya terdapat dua cara:

    a. Isyba: dengan dipanjang 6 harakat, daninilah cara yang terbaik.

    b. Tawassut: dengan dipanjangkan 4 harakat.Sebabnya kerana martabat huruf lin lebih

    rendah daripada huruf mad.40. ( ) [Toha:63] dibaca dengan mati nun( ).

    ) .41 ) [An-Nur:52] Ketika wakaf perludiperhatikan kepada huruf qaf ( ) yang matibeserta qalqalah dan haa ( ) yang dimatikan.

    42. Pada kalimah d c [Al-Furqan:7] harusdiwakafkan bagi tujuan ujian atau terpaksa padakalimah ( ) atau pada lam ( ). Tidak boleh

    bersin.

    15

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    16/33

    dimulakan bacaan dengan lam atau dengan ( ).Begitu juga hukumnya pada (YX W) [Al-Kahfi:49],

    ( ) [An-Nisa:78] dan( ) [Al-Maarij:36].

    43. Z Y [Al-Furqan:38], (Z) di atas alif terdapatbulat yang condong, alif tersebut gugur padasebutan (tidak dibaca) walaupun terdapat padatulisan. Hukum ini menyeluruh pada setiap alif yangterdapat di atasnya bulat yang condong.

    44. ( ) [Al-Furqan:69] terdapat silah haa, iadimadkan sekadar 2 harakat, bersalahan dengankaedah.

    45. = [As-Syuara:63] Raa ketika wasal terdapatdua cara bacaan:

    a. Tarqiq (dinipiskan), iaitulah bacaan yangdiutamakan

    b. Tafkhim (ditebalkan).

    ) .46 ) [As-Syuara:136] Perlu dijaga tarqiq ain ()dan taa ( ) serta keluar suara pada huruf ( )

    dengan istila.

    47. [As-Syuara:176, Saad:13] Dimulakandengan hamzah yang berbaris atas untukmembolehkan menyebut lam yang mati ( ).

    48. #" ! [An-Naml:1] Ketika wasal diikhfakannun ( ) pada taa ( ).

    16

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    17/33

    An-Naml:36] dibaca ketika wasal dengan] () .49yaa yang berbaris atas. Pada ketika wakaf terdapat

    2 bacaan:a. Mengekalkan yaa, iaitulah bacaan yangdiutamakan. Ia dibaca ()

    b. Dibuang yaa dan diwakafkan pada hurufnun ( ). Harus padanya mad (6 harakat),tawassut (4 harakat) dan qasar (2 harakat)

    dengan dimatikan huruf akhir. Diharuskanjuga qasar (2 harakat) dengan raum.

    ) .50 ) [An-Naml:62] Diperhatikan bahawa ( )beserta ( ) tidak diqalqalahkan dan tidakdiidghamkan, hanya dinyatakan sifat istitholahsahaja.

    51. ( ) [Al-Qasas:48] dibaca dengan barisbawah sin ( ) dan dimatikan haa ( ), musanna(kata yang menunjukkan dua) bagi ( ).

    52. { z y [Ar-Rum:10] Perlu dijaga hukum madketika wasal dan ketika wakaf.

    53. |[Ar-Rum:22] diperhatikan baris bawah lam ().

    ) .54 ) [Ar-Rum:39] diperhatikan baris atas wau( ).

    55. [Ar-Rum:39] diperhatikan baris depan mim( ) dan baris bawah ain ( ).

    17

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    18/33

    56. [Ar-Rum:54] Dibaris ataskan ( ) pada ( )dan ( ) pada firman Allah Taala:

    YXWVUTSRQPONMLKJIH [Ar-Rum:54] iaitulahbacaan yang diutamakan. Bacaan kedua ialahdengan membaris depankan ( ).57. [Al-Ahzab:14] Diperhatikan baris bawah ( )dan baris atas lam ( ) serta taa ( ) berbaris mati.() .58 [Al-Ahzab:14] Mad badal iaitu hamzahselepasnya alif, seperti 3 [Ghafir:18, An-Najm:57].

    59.

    | {

    [Saba:12], seumpama

    &%,

    @

    dimana sahaja dalam Al-Quran dan + [Al-Fajr:4].Raa ( ) tersebut ketika wakaf terdapat dua carabacaan:

    a. Tarqiq (nipis), iaitulah bacaan yangdiutamakan

    b. Tafkhim (tebal).

    Adapun T yang tidak bertanwin terdapat 2bacaan di atas, dan tafkhim (tebal) lebihdiutamakan.

    60. Perlu dijaga kalimah B A [Saba:16] ia dibacadengan yaa yang lembut (tidak bersabdu) danbukannya dengan alif. Dan seperti itu juga $#"

    [Al-Araf:160], N M L [Al-Maidah:12] dan Z Y [At-Tholaq:2].61. ?> =

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    19/33

    b. hukum mad: Yaa ( ) mad tabiedipanjangkan sekadar 2 harakat. Sin ( ):mad lazim harfi mukhaffaf, dipanjangkansekadar 6 harakat.Perhatian: Hukum tersebut juga berlaku pada ayat

    pertama Surah Al-Qalam ketika wasal [ Z Y [Al-Qalam:1].62. ( ) [Yasin:52] ketika wasal dibacadengan saktah.) .63 ) [As-Soffat:128] diperhatikan baris atas lam( ).64. ( ) [As-Soffat:130] dibaris bawahkanhamzah. Tidak boleh diwakafkan pada kalimah ( ),hanya ditulis dengan bercerai untuk menepatiqiraat lain.65. 76 5 4 [Saad:3] perlu dijaga idgham waupada wau (mithlain saghir) dan diharuskan wakafpada taa kalimah ( ) untuk ujian atau terpaksa.Dibolehkan memulakan bacaan dengan ( ). Tetapitidak boleh wakaf pada ( ) atau memulakanbacaan dengan ( ).66. P [Saad:47] diperhatikan baris atas ( ) danfaa ( ).[Fussilat:29] () .67 musanna (kata dua) dibacadengan baris atas ( ) dan baris bawah nun ( ).68. [Fussilat:44] diperhatikan tashil hamzahkedua antara hamzah dan alif.69. $# "! [As-Syura:1-2] ketika wasal:Ain ( ): Mad lin, padanya terdapat dua cara bacaan:

    a. Isyba (6 harakat) iaitu lah bacaan yangdiutamakan

    b. Tawassut(4 harakat)Ain sin ( ): Ikhfa dan didengungkan sekadar 2harakat, dan dengung tersebut dinipiskan.

    19

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    20/33

    Sin ( ): Mad lazim harfi mukhaffaf dipanjangkansekadar 6 harakat.Sin Qaf ( ): Terdapat nun yang mati selepasnyahuruf qaf, hukumnya ikhfa dengan ditebalkandengung.Qaf ( ): Mad lazim harfi mukhaffaf dipanjangkansekadar 6 harakat.70. @ ? > = < ; : 9 [As-Syura:34] diperhatikanqalqalah qaf pada (:). Pada (=) diperhatikan barisdepan faa ( ) ketika wasal tanpa dimadkan wau,dan dimatikan faa ketika wakaf.71. 210 [Az-Zukhruf:49] diwakafkan padanyadengan dimatikan haa ( ) tanpa alif keranamengikut resam Al-Quran. Seperti itu juga pada[An-Nur:31, Ar-Rahman:31].72. Dimulakan kalimah 3 [Az-Zukhruf:49]dengan hamzah yang baris depan, danseumpamanya b [Al-Maidah:44] dan4 .Kaedah: Dibariskan hamzah wasal pada fiel denganbaris depan jika huruf ketiga berbaris depan secaraasal. Jika huruf ketiga berbaris atas, bawah ataubaris depan yang mendatang; dimulakan denganhamzah yang berbaris bawah seperti: ? [Yunus:71], 4 [Al-Kahfi:21] dan S [Saad:6]. Iadimulakan dengan hamzah yang berbaris bawahkerana huruf ketiga asalnya berbaris bawah danselepasnya terdapat yaa. Lalu dibuang yaatersebut dan dipindahkan barisnya kepada hurufsebelumnya, maka jadilah huruf ketiga berbarisdepan.73. y [Az-Zukhruf:55] Mad badal dipanjangkansekadar 2 harakat.

    20

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    21/33

    74. Kalimah [Al-Ahqaf:4] dimulakan denganhamzah yang berbaris bawah diikuti dengan yaa

    menjadi mad badal ketika dimulakan bacaan.75. l [Al-Ahqaf:17] diperhatikan baris bawah nun( ) yang pertama dan kedua.76. u [Al-Ahqaf:33] Perlu dijaga ketika wakafdengan dimatikan ain ( ) danyaa ( ).77. o [Muhammad:35] Sin ( ) berbaris atas,begitu juga pada [Al-Anfal:61].u [Muhammad:35]

    Taa berbaris bawah ( ) dan raa berbaris atas (.(

    ( ( [Muhammad:37] Haa berbaris mati ( ) danfaa berbaris bawah ( ).78. ( )[Al-Hujurat:11] Jika dimulakan dengan (:harus dibaca dengan 2 cara ,(

    a. ( ) iaitulah bacaan yangdiutamakan

    b. ( )79. R [At-Thur:37] Huruf sin kecil tertelak

    dibawah saad ( ), padanyaterdapat 2 bacaan:a. Dibaca dengan saad ( ), iaitulah yangdiutamakan ( )b. Dibaca dengan sin ( )

    80. & [Al-Hasyr:17] Dal ( ) berbaris atas keranakalimah musanna (menunjukkan dua) dan yaa linberbaris mati ( ).81. ( )[Al-Haqqah:28-29] ketika wasal,terdapat 2 bacaan padanya:a. Saktah beserta izhar, inilah bacaan yangdiutamakan

    b. Idgham: mutamasilain saghir.82. CB A@ [Al-Qiamah:27] ketika wasal menjadimutaqaribain saghir, hukumnya izhar keranaterdapat saktah.

    21

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    22/33

    83. Dibuang alif ketika wasal pada kalimah () [Al-Insan:4] dan diwakafkan dengan 2 cara bacaan:

    a. Menyebut alif ( ), iaitulah bacaan yangdiutamakanb. Dibuang alif dan dimatikan lam yang

    kedua ( ).84. w v u [Al-Insan:15-16]:(u) yang pertama: terdapat bulat yang bujur padaalif, menunjukkan alif tersebut dibaca ketika wakafdan dibuang ketika wasal.(w) yang kedua: terdapat bulat yang condong,dibuang alif pada sebutan ketika wasal dan wakaf.Begitu juga hukumnya seperti (u) yang pertama:kalimah 1 dimana sahaja dalam Al-Quran, L [Al-Kahfi:38], d [Al-Ahzab:10], O [Al-Ahzab:66]dan X [Al-Ahzab:67].

    85. "! [Al-Mursalat:20] Qaf ( ) yang mati

    berjumpa dengan kaf ( ) yang berbaris menjadimutaqaribain saghir. Ia dibaca dengan idghamkamil, sekira-kira hilang sifat huruf qaf danmakhrajnya.86. ! [An-Naba:1] Diwakafkan padanya untukujian atau terpaksa dengan sabdu mim ( ) dansukunnya.87. M L K J I [Al-Mutaffifin:14] ketika wasal

    dinyatakan lam ( ) di sisi raa ( ) kerana sebabsaktah.88. Perlu diperhatikan ketika wasal Bismillahdengan awal Surah Al-Alaq kepada hamzah ( )kerana ia adalah hamzah wasal. Begitu juga ketikawasal pada ayat V UT, mesti dibaris bawahkantanwin ( ) kerana bertemu dua huruf yang mati.

    22

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    23/33

    89. 8 7 6 5 4 [Al-Humazah:1-2] ketika wasalantara ayat-ayat perlu diperhatikan baris bawahtanwin ( ) kerana bertemu dua yang mati.90. q p [Al-Fil:4] Ikhfa syafawi.91. + [Al-Kafirun:3] Ikhfa hakiki.92. ' & % $ # " ! [Al-Ikhlas:1-2] ketika wasalbertemu dua yang mati, lalu didatangkan harakatdan dibaris bawahkan huruf pertama yang matiiaitu tanwin, kerana bertemu huruf mati yangkedua iaitu lam pada kalimah Allah. Ia dibaca (

    ) dan dijaga tarqiq (nipis) huruf lam ( ) padakalimah Allah.

    PERJALANAN AL-QURAN SEMENJAK DIBACAOLEH BAGINDA RASULULLAH S.A.W SEHINGGA

    QARI-QARI ZAMAN INI.

    Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas penghulu kami NabiMuhammad S.A.W, dan ke atas ahli keluarga

    baginda yang suci, sekalian sahabat serta pengikutmereka dengan kebaikan sehingga haripembalasan.

    Amma badu: Sesungguhnya seagung-agung ilmudan semulianya ialah pembacaan Al-Quran Al-Karimserta mempelajari hukum-hukumnya (mushafahah)daripada mulut ulamak yang mahir. Kerap kali

    23

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    24/33

    pelajar-pelajar bertanya: Bagaimanakah sampaikepada kita Al-Quran dengan sebegini rupa?

    Al-Quran Al-Karim ialah Kalamullah Taalayang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W

    dengan perantaraan wahyu malaikat Jibril A.S,dengan lafaz daripada Allah. Bahkan berkataulamak bahawa sifat bacaan Al-Quran ditalaqqidaripada Allah, dan bukannya dengan ijtihad Jibrilatau Nabi S.A.W. Tidak harus bagi sesiapa pundikalangan ulamak selepas itu menukarkan sesuatu

    daripada Al-Quran dengan penambahan,pengurangan atau pertukaran. Kata Saidina Ali ibnAbi Talib R.A: Sesungguhnya Rasulullah menyuruhkamu membaca Al-Quran seperti mana kamudiajar.Kata Saidina Umar, Zaid, Ibn Al-Munkadir, Urwah,Umar ibn Abdul Aziz, Amir As-Syabi: PembacaanAl-Quran ialah sunnah yang diikuti. Bacalah kamu

    seperti mana kamu diajar.Selepas hijrah Rasulullah ke Madinah dan

    ramai dari kalangan qabilah Arab memeluk Islamdalam keadaan lahjah (loghat) bahasa mereka yangberbeza, baginda meminta daripada Allah agardiringankan ke atas umat. Lalu Allah Taalamenurunkan Al-Quran dengan 7 huruf,

    sebagaimana dalam hadis Ibn Abbas, bahawaRasulullah bersabda: Jibril telah membacakankepadaku Al-Quran dengan satu huruf (bacaan),lalu ku ulang-ulang dan sentiasa aku memintaditambah bacaan tersebut sehingga sampai 7huruf.Ini memudahkan pembacaan Al-Quran danpemahamannya, lebih-lebih lagi pada qabilah-

    24

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    25/33

    qabilah yang berlainan lahjah. Ada di kalanganmereka warga tua, wanita serta orang yang lemahyang terbiasa dengan lahjah mereka dan sukaruntuk berjumpa dengan Rasulullah bagi mendengarbacaan daripada baginda. Dan sesungguhnyabaginda Nabi S.A.W telah membacakan Al-Qurankepada sahabat-sahabatnya berdasarkan 7 hurufini. Antara mereka yang terkenal ialah Usman ibnAffan dan Ali ibn Abi Talib R.A.

    Ketika turunnya Al-Quran kepada Nabi S.A.W,

    baginda menyuruh penulis-penulis wahyumenulisnya di depan baginda. Wafatnya bagindadalam keadaan Al-Quran terjaga dalam dada dantertulis sempurna pada pelepah tamar, kulit, tulangdan batu secara berceraian di antara sahabat.Sebahagian ayat terdapat pada sebahagiansahabat, tidak pada yang lain.

    Pada peperangan Murtad telah ramai dikalangan qurra Al-Quran yang terkorbansehinggakan bilangannya mencecah 70 orang.Perkara ini menyebabkan kebimbangan pada diriSaidina Umar Al-Faruq akan hilangnya Al-Qurandengan kematian para penghafaznya. Lalu beliauR.A, mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar As-

    Siddiq agar dikumpulkan Al-Quran dalam satumushaf. Lalu dikumpulkan Al-Qurankeseluruhannya dalam mushaf yang satu,mengandungi 7 huruf sebagaimana bentanganterakhir (pada hayat Rasulullah S.A.W). Adalahmushaf tersebut disimpan pada Abu Bakar R.Asehingga beliau wafat, kemudian berpindah kepada

    25

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    26/33

    Saidina Umar ketika hayatnya, seterusnya kepadaHafsah binti Umar R.A. Kata Saidina Ali R.A:

    Manusia yang paling banyak jasa dan pahaladengan Al-Quran ialah Abu Bakar. Beliau lah orangyang pertama menghimpunkan Kitab Allah.

    Adalah sahabat-sahabat R.A membaca Al-Quran mengikut apa yang mereka pelajari daripada

    Rasulullah S.A.W daripada 7 huruf tersebut.Sememangnya pembelajaran Al-Quran di antaramereka berbeza berdasarkan apa yang merekaterima daripada Nabi S.A.W. Seterusnya murid-murid mereka menerima pembacaan Al-Qurandaripada mereka; sebahagiannya menyalahkansebahagian yang lain pada bacaan (kerana

    perbezaan bacaan). Maka sampailah beritatersebut kepada Saidina Usman, lalu beliauberucap: Kamu semua yang berada di sisikubertelingkah pada Al-Quran, apatah lagi merekayang tinggal jauh daripadaku di negeri-negeri Islamlain, tentunya lebih banyak bertelingkah. Lalubeliau menghimpunkan sahabat-sahabat danmeminta pandangan mereka. Kata mereka: Apakahpendapat Amirul Mukminin? Kata Saidina Usman:Pendapatku ialah kita himpunkan umat di atas satumushaf sahaja agar tidak berlaku perpecahan danpertelingkahan. Kata mereka: Itu lah sebaik-baikpandangan.

    26

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    27/33

    Kata Saidina Ali ibn Abi Talib: Wahai manusia,jangan kamu melampau pada Saidina Usman.

    Kamu gelarnya pembakar Al-Quran. Demi Allah,tidak lah Usman melakukan demikian itu kecualidengan keredhaan kami semua (sahabat-sahabatNabi).

    Lalu disalin Al-Quran mengikut 7 hurufpadapembentangan terakhir (pada hayat Nabi). Beliaumengutus setiap mushaf Al-Quran beserta seorang

    qari bagi membacakan Al-Quran kepada musliminmengikut apa yang tertulis pada mushaf. Perludiingat bahawa mushaf-mushaf tersebut pada masaitu belum lagi diletakkan titik atau baris sepertisekarang.

    Saidina Usman telah menyalin 6 cetakan

    mushaf yang dihantar ke Kufah dengan Abu AbdulRahman As-Sulami (beliau telah mempelajari Al-Quran dengan Usman ibn Affan dan Ali ibn Abi

    Talib).

    Beliau menyuruh setiap qari membacakankepada kaum muslimin menurut mushaf yangdihantar. Penduduk Mesir membaca mushaf yang

    dihantar kepada mereka sebagaimana bacaan yangberbetulan dengan tulisan mushaf. Bacaan yangberlainan dengan tulisan mushaf tidak diamalkanlagi. Dari kerana itu, berlakunya perbezaan antaraqari-qari negeri Islam pada membaca sebahagianhuruf atau tidak membacanya. Mushaf yangterdapat pada hari ini ialah salinan daripada

    27

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    28/33

    mushaf yang diutuskan Usman R.A ke Kufah.Bilangan ayatnya mengikut ulamak Kufah ialah

    6236 ayat. Mereka membilang Bismillah sebagaiayat pertama dalam Surah Al-Fatihah.

    Kemudian Abu Aswad Ad-Duali meletakkantitik pada mushaf bagi menunjukkan kepada barisirab (baris huruf akhir). Beliau meletakkan titik diatas huruf untuk menunjukkan ianya berbaris atas,titik di depan menunjukkan huruf tersebut berbaris

    depan, titik di bawah menunjukkan ianya berbarisbawah, dan dua titik bagi menunjukkan tanwin(baris dua). Semuanya ditulis dengan dakwat yangberlainan warna dengan tulisan mushaf.

    Apabila berlaku kesukaran di kalangan orangIslam untuk membezakan antara huruf-huruf yang

    serupa, Nasr ibn Asim dan Yahya ibn Yamur telahmeletakkan titik huruf untuk membezakan huruf-huruf yang serupa pada tulisan dengan dakwatyang sama warna dengan tulisan mushaf. Baa ( )diletakkan satu titik di bawah, taa ( ) dua titik diatas, staa ( ) tiga titik di atas. Kemudia Al-Khalilibn Ahmad Al-Farahidi telah mengembangkan titikirab kepada harakat irab (baris). Beliaumenjadikan: baris depan- wau kecil ( )pada atashuruf, baris atas- alif kecil yang mendatar di atashuruf ( ), baris bawah- alif mendatar di bawah huruf( ), tanwin- dua baris tersebut, sabdu- kepala sin ( )dan baris mati- kepala kha. Begitu lah berkembang

    28

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    29/33

    ilmu mustolah dhabtul mushaf sehingga sampaikepada kita seperti mana pada hari ini.

    Berterusanlah Abu Abdul Rahman As-Sulamimengajar Al-Quran di masjid Kufah selama 40tahun. Di antara muridnya yang terkenal ialahAsim ibn Abi Nujud As-Asdi Al-Kufi Al-Hannath(salah seorang qurra yang tujuh). Beliaukemudiannya mengajarkan Al-Quran kepadamasyarakat menggantikan Abu Abdul Rahman As-

    Sulami.Di antara murid-murid beliau yang

    meriwayatkan bacaan daripadanya ialah: Hafs ibnSulaiman ibn Al-Mughirah Al-Kufi (anak tiri Asim)dan Abu Bakar Syubah ibn Ayyasy. Bacaan kitaialah dengan riwayat Hafs ibn Sulaiman daripada

    qiraat Asim ibn Abi Nujud. Setelah wafatnyaperawi-perawi tersebut, datanglah murid-muridmereka menggantikan tempat guru mereka denganmengajarkan pembacaan Al-Quran kepada umat.Dinamakan pengambilan daripada rawi sebagaithoriq.

    Maka thoriq ialah: setiap bacaan yang diambil

    daripada rawi walaupun daripada mereka yang dibawahnya.

    Di antara murid Hafs ibn Sulaiman yangmasyhur ialah Ubaid ibn As-Sabbah, dan daripadabeliau telah mengambil Ahmad ibn Sahl Al-Usynani,daripada beliau Ali ibn Muhammad Al-Hashimi,

    29

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    30/33

    daripada beliau Abu Hasan Tahir ibn Abdul Munimibn Ghalbun yang menulis kitab Tazkirah pada

    Qiraat Lapan, daripada beliau Abu Amru Usman ibnSaid Ad-Dani pengarang kitab Taisir pada QiraatTujuh (antara kitab Qiraat yang masyhur). Telahmengambil bacaan daripada Ad-Dani oleh AbuDaud Sulaiman ibn Najah Al-Andalusi, daripadabeliau Muhammad ibn Huzail Al-Bulnusi, daripadabeliau Imam Abu Muhammad Qasim ibn Fairah As-Syatibi. Dan beliau telah menjadikan Kitab Taisirdalam bentuk syair yang dinamakan Hirzul Amaniwa Wajhut Tahani yang terkenal denganSyatibiyah. Thoriq Syatibiyah telah menjaditerkenal daripada thoriq-thoriq lain, sehinggakankebanyakan penuntut ilmu tidak mengenali yangselainnya. Bacaan Al-Quran kita pada hari iniadalah dengan riwayat Hafs ibn Sulaiman daripadaqiraat Asim ibn Abi Nujud melalui thoriq Syatibiyah.Begitu juga dengan tulisan Mushaf As-Syarif.

    Daripada As-Syatibi telah mengambil bacaanAl-Quran oleh Ali ibn Syuja Al-Abbasi. KemudianAbdul Rahman ibn Ahmad Al-Baghdadi daripadabeliau, seterusnya Imam Abu Khair Muhammad ibn

    Muhammad ibn Al-Jazari daripada Al-Baghdadi.Beliau adalah salah seorang pakar dalam ilmutajwid dan qiraat, sehinggakan digelar khatimatulmuhaqqiqin (penutup kepada ulamak muhaqqiq).Setiap ulamak yang datang selepas beliau pastiakan berpandukan kepadanya dalam bidang ini.Beliau telah menulis banyak kitab serta syair dalam

    30

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    31/33

    ilmu qiraat dan tajwid. Sehingga sekarang, ulamaktelah menjadikan kitab beliau sebagai rujukan dan

    sandaran. Di antaranya ialah syair Mukaddimah fiIlmi Tajwid (Pengenalan kepada Ilmu Tajwid).Pembelajaran tajwid pada hari ini adalahberpandukan kepada kitab-kitab Ibn Jazari.

    Daripada Ibn Jazari pula telah mengambilSyeikh Ahmad ibn Asad ibn Abdul Wahid Al-Amyuthi, daripada beliau telah mengambil Syeikh

    Muhammad ibn Ibrahim ibn Ahmad As-Samdisi,daripada beliau Syeikh Ali ibn Muhammad ibn Aliibn Khalil ibn Ghanin Al-Khazraji Al-Maqdisi,daripada beliau Syeikh Abdul Rahman Syahazah Al-

    Yamani, daripada beliau Syeikh Abu AbdullahMuhammad Qasim Al-Baqari, daripada beliauSyeikh Abu Samah Ahmad ibn Rejab ibn

    Muhammad Al-Baqari, daripada beliau Syeikh AbdulRahman ibn Hasan ibn Umar Al-Ajhuri, daripadabeliau Syeikh Ibrahim ibn Amir ibn Ali Al-Ubaidi,daripada beliau Syeikh Ahmad ibn Syed RamadhanMansur Al-Maliki Al-Hasani, daripada beliau SyeikhAhmad ibn Muhammad Al-Halwani (Syeikh QurraSyam), daripada beliau Syeikh Muhammad Salim

    ibn Ahmad Al-Halwani (Syeikh Qurra Syam),daripada beliau guru kami Syeikh Bakri ibn AbdulMajid At-Thorobisyi yang mengijazahkan sayadengan riwayat Hafs ibn Sulaiman daripada QiraatAsim ibn Abi Nujud melalui Thoriq Syatibiyah.

    31

  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    32/33

    *************************************************************

    Telah berkata Imad Al-Asfahani:Sesungguhnya aku yakin bahawa tidak ada sesiapayang menulis sesuatu kitab, kecuali dia akanberkata pada keesokkannya: Kalaulah aku ubah ini,pastinya akan lebih baik. Kalau ditambah ini tentusekali elok. Jika didahulukan ini, ianya lebih baik.

    Jika dibuang ini, ia lebih cantik. Ini adalah sebesar-

    besar tanda kekurangan yang menguasai manusiasekaliannya. Saya meminta kepada saudara yangmulia, jika didapati pada kitab kecil ini sebarangkesalahan atau ayat yang perlu dibaiki, agar dapatmenghubungi saya di telefon (00962796908441)atau di alamat e-mail:

    [email protected] oleh: Taufiq Ibrahim Damrah,

    Syeikh tajwid dan qiraat di Masjid Husain Kabir,diijazahkan dengan Qiraat Sepuluh As-Sughra danAl-Kubra, Amman- Jordan.

    Dan telah mengijazahkan saya dengan riwayat Hafsdan kitab ini Syeikh Taufiq Ibrahim Damrah(hafizahullah).

    Diterjemahkan oleh: Mahadi bin Mohammad

    32

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 7/28/2019 ITQAN Cara Sebutan Al-Quran

    33/33

    No. Tel: 00962777214377 (Jordan)e-mail: [email protected]