Isu kesantunan-guru
-
Upload
mohammad-yaqin -
Category
Documents
-
view
4.498 -
download
4
Transcript of Isu kesantunan-guru
Isu Kesantunan GuruIsu Kesantunan Guru
Oleh:Ainol YaqinIzzul Imran
KONSEP KESANTUNANKONSEP KESANTUNAN
Perlakuan /tingkahlaku yang mampu menjalinkan hubungan antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra.
Melibatkan verbal dan nonverbal. Merujuk kepada tatacara, adat atau
kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.
KESANTUNAN MENURUT KESANTUNAN MENURUT ZA’BAZA’BA
Beliau menyenaraikan beberapa perkara yang menjadi peraturan ketat dalam masyarakat bagi mengawal perlakuan dan etiket seperti perlakuan dalam percakapan.
Menurutnya;pengawalan suara penting (tidak menjerit dan tinggi nada)
Tidak membolot sidang perbualan dan bercakap terlalu banyak tentang diri sendiri.
KESANTUNAN MENURUT NORIATI KESANTUNAN MENURUT NORIATI (2004)(2004)
Bermula dari hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan berbahasa ataupun perlakuan bukan bahasa yang menyenangkan semua pihak.
Kesimpulannya, kesantunan :Dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan seharian.
Memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan seharian.
KESANTUNAN = BIPOLARKESANTUNAN = BIPOLAR
KENAPA KESANTUNAN GURU KENAPA KESANTUNAN GURU PENTING?PENTING?Guru berperanan membina modal insan.Guru sebagai agen pembentuk tingkah
laku.Guru wajib mempamerkan perlakuan
yang santun menerusi kata-katanya dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan peraturan-peraturan berbahasa serta mengawal tingkah lakunya.
Menjaga tingkah laku atau imejKesan: mewujudkan suasana belajar
yang kondusif dan teraputik
KESANTUNAN BERBAHASAKESANTUNAN BERBAHASA(tatacara berkomunikasi secara (tatacara berkomunikasi secara lisan)lisan)Haruslah mengikut norma budaya,
bukan sekadar tatacara sendiri. Sesuai dengan budaya
masyarakat setempat (ketika berkhidmat). Ini membantu memudahkan pelaksanaan tugas harian dan dihormati masyarakat.
Penting dalam proses P&P agar penyampaian sempurna.
PANDUAN CARA BERBAHASA PANDUAN CARA BERBAHASA
BERGANTUNG KEPADA:◦Waktu dan keadaan tertentu◦Ragam bahasa dalam situasi tertentu◦Bila dan bagaimana giliran berbual
dimulakan. ◦Bagaimana mengatur kelantangan
suara.◦Bagaimana sikap dan gerak geri.◦Bila seharusnya diam dan
menamatkan perbualan.
Kesantunan=etiket Kesantunan=etiket Def: tatacara, adat/kebiasaan yang
berlaku dalam masyarakat.Cara bercakap– pengawalan
kenyaringan suara (LOUDNESS)•tidak monopoli perbincangan/perbualan
• tidak terlalu banyak bercakap mengenai diri sendiri (saya)
•menjaga kesantunan dalma hubungan dengan semua orang walaupun tukang kebun/pak guard
Kualiti peribadi seorang Kualiti peribadi seorang guruguru
1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.
2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.
3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.
4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.
5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.
6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.
Kesan positifKesan positifGuru sebagai model yang menjadi
ikutan murid.Membentuk identiti dan jati diri yang
jitu.Memartabatkan imej profesion
keguruan.Menjamin kualiti modal insan.Sebagai pemangkin ke arah
membentuk masyarakat yang harmoni dan berbudi bahasa.
Sekolah menjadi platform untuk murid dan guru meningkatkan potensi diri.
Implikasi Implikasi Guru sebagai model
◦ Tidak dihormati oleh murid, rakan sejawat dan masyarakat
◦ Memberikan perspektif negatif masyarakat terhadap profesion keguruan
◦ Dorongan negatif kepada murid “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”
Institusi pendidikan◦ Melahirkan guru yang tidak berdaya saing dan
berkualiti◦ Tidak dapat melahirkan generasi yang inovatif ◦ Memberi pengaruh negatif kepada perkembangan
prestasi sekolah.
KesimpulanKesimpulan
Kesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi merupakan nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada murid.
Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007).