Isu Dan Trenda Siappppp
description
Transcript of Isu Dan Trenda Siappppp
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 2
2 PENULISAN AKADEMIK (TUGAS 1) 3
3 PENGENALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH
4
4 PENGENALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH
5
5 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH
6-7
6 ISU/MASALAH YANG TIMBUL KETIKA
KAJIAN
7-9
7 HASIL UJIAN 9-11
8 PERBINCANGAN DENGAN GURU 11-14
9 KESIMPULAN 14-15
10 MAKLUMAT PENTAKSIRAN (TUGAS 2) 16
11 PEMERHATIAN 1-3
12 PROJEK 4
13 UJIAN AKHIR TAHUN 5-6
14 KUIZ DALAM KELAS 6-7
15 AMALI 7-8
16 REFLEKSI KESELURUHAN 17-19
17 RUJUKAN 20
18 LAMPIRAN 21-23
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN1
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya, saya berjaya melaksanakan kerja kursus pendek bagi isu dan trenda dalam
pendidikan khas (PKU 3111). Kerja kursus ini bertepatan dengan kursus isu dan
trenda dalam pendidikan khas yang wajib dilaksanakan oleh pelajar-pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jan 20120 Semester 6
bagi memenuhi sukatan pembelajaran..
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah
kami iaitu Dr Chiang Ee Fong yang membantu dalam memastikan pelaksanaan kerja
kursus pendek ini. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam
menghasilkan kerja kursus ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para responden
saya iaitu guru pembimbing saya, Puan Nor Hidayah Bt Muhd Mukhtar yang banyak
membantu dan memberi penrangan mengenai PBS yang dijalankan di kelas-kelas
Pendidikan Khas. Selain itu, semua guru Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan
Putrajaya Presint 8(2) kerana sudi memberi kerjasama dalam menjawab kaji selidik
yang diberi. Malahan sekalung penghargaan turut diberi kerana sudi berkongsi
pendapat dan idea dalam pentaksiran berbentuk kerja rumah ini.
. Seterusnya kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan
nasihat yang membolehkan saya untuk menjalankan projek kajian dengan jayanya.
Turut dihargai ialah rakan-rakan yang banyak memberi idea dan tunjuk ajar dalam
melaksanakan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih
2
PENULISAN
AKADEMIK
(TUGAS 1)
1.0 PENGENALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (UMUM)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah bukanlah perkara asing dalam dunia
pendidikan. Sejak dahulu lagi, guru menjalankan penilaian (kerja rumah, projek, kuiz,
soal jawab dan lain-lain) terhadap murid secara langsung atau tidak langsung
melalui lisan ataupun bertulis. Tambahan lagi, pentaksiran yang dijalankan berlaku
3
dalam situasi formal atau tidak formal. Namun bermula pada tahun 2005 di APEC
International Colloqium On Educational Assessment : East Meets West di Kuala
Lumpur, satu resolusi APEC telah dicapai di mana pentaksiran mengalami
transformasi bersesuaian dengan keperluan dan peredaran dunia kini.
“ Perlu ada keseimbangan antara pentaksiran yang dikendalikan oleh pusat dan
pentaksiran yang dikendalikan oleh sekolah”
Bermula dari detik tersebut, pelbagai mesyuarat diadakan dan idea telah
dicurahkan oleh semua pihak yang terlibat sehinggalah Pentaksiran Berasaskan
Sekolah dilaksanakan secara rasmi di sekolah mulai tahun 1 pada 1 Januari 2011.
Pelaksanaan PBS menerima respons dan “feedback” yang baik dari semua pihak
sama ada guru, murid dan tidak ketinggalan ibu bapa. Hal ini kerana PBS dijalankan
berdasarkan konsep secara holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif
(emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini jelas
menunjukkan PBS memberi fokus tidak hanya bidang akademik seperti pentaksiran
dahulu tetapi turut mengambil berat terhadap bidang bukan akademik seperti Ujian
Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti. Sebagai bukti Menteri Pelajaran Malaysia,
YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin b. Hj Mohd Yassin telah mengatakan dalam Utusan
Malaysia Online (24 Jun 2010) bahawa
“ ..... pengurangan peperiksaan juga memberi peluang guru dan murid
memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran dan kreativiti”
Transformasi pentaksiran ini member maklumat secara holistik dan realistik
berkaitan dengan pertumbuhan murid dalam pelbagai aspek (akademik dan bukan
akademik) dalam membina modal insan bagi mencapai status negara maju
sepertimana yang dilhamkan melalui Wawasan 2020.
2.0 PENGENALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PENDIDIKAN
KHAS)
Perhatian umum lebih banyak tertumpu ke arah penilaian penjumlahan,
misalnya keperluan bagi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan wajib
4
-Resolusi APEC Kuala Lumpur 2005-
(Farrell, 2003). Bagi semua murid, terutamanya bagi murid dengan keperluan khas,
kepentingan pentaksiran penting bagi membantu memastikan keperluan mereka
dipenuhi. Menurut Jamila K.A Mohamed (2006), terdapat dua aspek penting bagi
penilaian iaitu penilaian dan proses ujian adalah untuk memantau kemajuan murid
dan cara bagaimana sekolah dan perkhidmatan lain melaui kontinum murid dengan
keperluan khas termasuk penilaian wajib. Kedua-dua aspek tersebut adalah
berkaitan kerana prosedur bagi murid dengan keperluan khas perlu muncul daripada
kesinambungan daripada berbagai-bagai prosedur penilaian am. Walau
bagaimanapun perkembangan manusia adalah kompleks dan initidak
memungkinkan guru menilai segala-galanya. Mereka perlu fokus, pilih dan membuat
sample (Stinggins dan Conklin, 1992).
Oleh itu, guru mungkin dapat menilai dalam empat kategori iaitu domain
major perkembangan dan pertumbuhan murid, hasil yang diharapkan daripada
program bagi setiap individu, corak perkembangan, pengetahuan, sikap dan minat
murid yang unik, serta masalah ataupun isu murid dalam satu kumpulan. Jelas nyata
guru merupakan orang yang paling sesuai menjalankan pentaksiran berasaskan
sekolah kepada murid-murid khas. Hal ini kerana guru boleh memantau
perkembangan murid secara berterusan dan boleh memberi maklum balas yang
membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid. Selain itu, guru lebih
memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid.
Tambahan lagi, kebanyakan masa murid-murid khas berada di sekolah berbanding
di rumah. Maka pelbagai item pentaksiran boleh dijalankan, dilihat dan dinilai secara
langsung atau tidak langsung. Antara jenis pentaksiran yang boleh dijalankan ialah
ujian bulanan, peperiksaan akhir tahun, kuiz dalam kelas, kerja rumah, projek, soal
selidik, amali dan sebagainya. Kesemua penilaian ini mungkin dapat membantu
mengenal pasti bantuan dan khidmat sokongan yang diperlukan oleh murid yang
kemudiannya dianalisis oleh guru bagaimana cara untuk mengatasi masalah
tersebut.
3.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Di dalam kelas Pendidikan Khas, pelbagai jenis pentaksiran dapat dijalankan
oleh guru. Antaranya ialah ujian bulanan, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun,
peperiksaan percubaan, kuiz dalam kelas, kerja rumah, projek, soal selidik, amali,
5
pemerhatian dan sebagainya. Kesemua ujian ini perlu dilihat kepada kesesuaian dan
keperluan murid-murid khas terlebih dahulu. Sebagai contoh, guru perlu melihat
kepada sukatan pelajaran dan objektif pengajaran sebelum membentuk ujian
bulanan atau lain-lain. Hal ini bermaksud guru perlu meneliti keupayaan dan tahap
perkembangan murid-murid terlebih dahulu sebelum membentuk pentaksiran khas
baginya.
Saya telah menjalankan kajian terhadap murid-murid Pendidikan Khas di
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Present 8(2) baru-baru ini. Kajian tersebut meliputi
sebuah kelas yang mengandungi 7 orang murid yang kini berumur antara 7 tahun
hingga 10 tahun. Sepanjang praktikum kali ini, saya dipertanggungjawabkan untuk
mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 2 sebanyak 2 jam seminggu. Kelas pertama
diadakan pada hari Isnin dan kelas kedua pada Hari Jumaat. Melihat kepada
kemampuan mereka, saya memilih untuk menjalankan jenis pentaksiran kerja
sekolah sebagai bahan utama kajian ini. Kajian tersebut dijalankan dalam tempoh
seminggu. Pelbagai hasil dapatan dapat saya kumpulkan sepanjang tempoh
tersebut.
Menurut Kamus Dewan 2005, kerja merupakan kata nama yang bermaksud
pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, usaha, urusan, kegiatan. Manakala
rumah bermaksud binaan untuk tempat tinggal. Oleh itu, kerja rumah dapat
disimpulkan sebagai kerja atau tugas yang diberi oleh guru untuk murid
selesaikannya di luar bilik darjah seperti rumah. Melalui pengalaman saya, guru
aliran perdana sering memberi murid-murid kerja untuk murid siapkan ketika cuti
atau sebagai latihan pengukuhan. Namun berbeza dengan murid-murid khas. Guru
jarang dan kadangkala tidak memberi kerja rumah langsung kepada mereka ketika
cuti. Semua kerja atau lembaran kerja akan disiapkan di sekolah dan terus dinilai
perkembangannya melalui hasil kerja tersebut.
Oleh itu, saya mencuba untuk memberi kerja rumah kepada murid-murid khas
tersebut. Saya ingin melihat sejauh mana tahap keberkesanan pentaksiran begitu
kepada murid-murid khas. Saya memilih pentaksiran tersebut kerana jarak masa
antara dua kelas tersebut. Saya akan memberi kerja rumah tersebut pada hari Isnin
dan apabila tiba hari Jumaat, mereka akan memulangkan semula kerja tersebut.
4.0 ISU/MASALAH YANG TIMBUL KETIKA MENJALANKAN KAJIAN
6
Pada awalnya, saya dapat merasakan pentaksiran kerja rumah sesuai juga
diterapkan kepada murid-murid khas sepertimana murid-murid aliran perdana. Hal
ini kerana melalui pentaksiran sebegini, ibu bapa boleh memantau proses
pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. Mereka boleh membantu dan
melihat perkembangan murid dari semasa ke semasa. Malahan, secara langsung
ibu bapa akan turut terlibat membantu dalam proses perkembangan murid. Dengan
ini, guru dan ibu bapa boleh saling bekerjasama dan tidak hanya meletakkan
bebanan mengajar murid di atas bahu guru sahaja.
Kesannya perhubungan ibu bapa dan guru akan menjadi rapat. Bila-bila masa
sahaja mereka akan saling berhubung di dalam atau luar sekolah mengenai
masalah yag dihadapi oleh mereka mengenai murid-murid tersebut. Segala
maklumat murid dapat dikumpul di rumah dan sekolah. Secara tidak langsung ianya
dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berjalan dalam
dua situasi yang berbeza tidak hanya di sekolah sahaja. Pembentukan Rancangan
Pengajaran Individu (RPI) akan lebih mudah setelah wujudnya ikatan perhubungan
yang mesra antara ibu bapa dan guru.
Pada hari Isnin 3 September 2012, saya telah memberi kerja rumah kepada
mereka. Pentaksiran yang saya gunakan berbentuk akademik iaitu Bahasa Melayu
Tahun 2 KSSR. Selalunya lembaran kerja yang saya beri perlu disiapkan di kelas
pada hari yang sama. Namun pada hari tersebut, langkah Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) tidak dapat dihabiskan sehingga langkah penutup. Hal ini kerana
murid-murid lambat masuk ke kelas setelah rehat. Jadi masa pengajaran dan
pembelajaran dari 60 minit menjadi 40 minit. Untuk memastikan murid mendapat isi
pengajaran hari tersebut, saya telah memberi mereka kerja rumah dan perlu
dihantar kembali kepada saya pada hari jumaat minggu yang sama.
Pada awalnya, saya menganggap tiada masalah akan timbul sekiranya
menggunakan pentaksiran kerja rumah. Namun pada hari Jumaat tersebut. hanya
seorang murid sahaja yang menghantar tugasan kerja rumah tersebut. Apabila
disoal sebab mereka tidak dapat menghantar tugasan tersebut, mereka hanya
mampu menggelengkan kepala dan mengatakan terlupa. Malahan ada yang
meninggalkan kertas tersebut dalam laci meja. Hal ini berlaku kerana ada antara
7
murid tersebut tidak membawa beg manakala yang lain hanya memasukkan kerja
rumah di dalam beg tanpa membukanya di rumah.
Selain itu, isu yang timbul dari pelaksanaan kerja rumah ialah tempoh masa.
Murid-murid khas selalunya mempunyai masalah mengingati sesuatu dalam tempoh
masa yang panjang. Oleh itu apabila kerja rumah diberi, mereka akan mengalami
kesukaran untuk menyelesaikan kerja rumah tersebut. Apabila mereka keliru dan
tidak memahami soalan maka mereka akan berasa bosan dan berputus asa untuk
melakukannya lagi. Berbeza pula dengan pentaksiran yang diberi selepas proses
pengajaran dan pembelajaran di mana mereka mendapat bimbingan sepenuhnya
daripada guru mata pelajaran.
Ada juga kerja rumah yang diberi dibuat oleh ahli keluarga murid-murid khas.
Keadaan ini membantutkan perkembangan murid-murid khas. Seharusnya keluarga
tersebut membantu sedaya mungkin dan memberi bimbingan ketika murid khas
menyiapkan kerja rumah mereka. Mungkin mereka merasakan kerja rumah tersebut
akan dinilai dengan system pemarkahan, maka mereka tidak mahu anak mereka
dianggap tidak pandai atau lembab. Keadaan sebegini hanya akan menyulitkan
guru-guru untuk menilai tahap perkembangan dan keupayaan murid khas dalam
item-item pentaksiran yang telah ditetapkan.
Malahan, kehadiran murid juga memainkan peranan penting. Apabila murid
tidak hadir semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, murid akan
ketinggalan mempelajari tajuk pelajaran pada hari tersebut. Kesannya, murid tidak
akan dapat menyelesaikan kerja rumah yang disimpan untuk mereka lakukan
kemudian. Perkara ini akan menyulitkan tugas guru di mana setiap hasil kerja murid
akan diletakkan mengikut item pentaksiran di dalam fail khas PBS secara individu.
Perkara ini boleh dipersoal oleh pihak atasan dan juga ibu bapa. Malahan, item yang
dibentuk dalam pentaksiran mengikut tahap perkembangan dan perlu diikuti untuk
mendapatkan keselarasan standard.
Walaupun guru bertanggungjawab dalam memberikan pelbagai ilmu kepada
murid-murid, namun tanggungjawab ini perlu dipikul bersama-sama ibu bapa. Hal ini
kerana murid-murid khas tidak hanya berada di sekolah tetapi turut menghabiskan
masa di rumah. Bagi tujuan ini, satu kerjasama yang melibatkan ibu bapa dan guru
amatlah perlu. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid akan
8
berterusan agar mereka dapat memperolehi sesuatu dan dapat mengadaptasi diri
dalam pelbagai situasi dengan bimbingan orang-orang yang terdekat. Mungkin kerja
rumah yang diberi oleh guru sukar difahami oleh murid tetapi apabila di rumah,
mereka dapat bertanyakan soalan kepada keluarganya. Hanya dengan kerjasama
begini pentaksiran jenis kerja rumah dapat dijayakan. Tetapi semasa kajian, perkara
ini tidak dilaksanakan. Kebanyakan ibu bapa hanya memberi peluang murid untuk
bermain tetapi tidak mengendahkan soal kerja rumah kerana beranggapan anak
mereka tidak mampu melakukannya dan sudah menjadi kebiasaan bahawa guru
tidak memberi kerja rumah.
Selain daripada itu, kemudahan yang kurang semasa melakukan kerja rumah
juga menimbulkan masalah. Hal ini kerana kebanyakan murid khas di situ tidak
mempunyai alat tulis yang lengkap. Setiap guru yang memasuki kelas, mereka perlu
membawa alat tulis untuk diberi kepada murid khas ketika ingin melakukan lembaran
kerja. Tidak mustahil, murid khas tidak dapat menyiapkan kerja rumah disebabkan
ketiadaan alat tulis yang lengkap di rumah.
5.0 HASIL UJIAN
Daripada kajian yang saya lakukan, jenis pentaksiran berbentuk kerja rumah
bagus dan sesuai untuk dijalankan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Ianya
dapat memastikan kerjasama dua hala daripada ibu bapa dan guru. Dengan cara
inilah, kerjasama erat dan mesra dapat dijalin serta dapat memudahkan pemantauan
perkembangan murid-murid khas secara berkesan. Selain itu, ia dapat membuang
paradigma orang ramai yang mengatakan bahawa hanya guru bertanggungjawab
memberi ilmu sedangkan ibu bapa jua mempunyai peranan dalam mendidik dan
membimbing murid-murid khas. Malahan kedua-dua pihak dapat memantau
perkembangan murid secara berterusan dan boleh merancang aktiviti intervensi
seterusnya mengikut keperluan dan tahap keupayaan murid tersebut. Ibu bapa dan
guru juga akan saling berkongsi serta bertukar-tukar maklumat melalui pemerhatian
yang dibuat ke atas anak mereka. Dengan ini, ianya memudahkan guru untuk
menentukan intervensi dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang tepat dan
betul.
Melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa orang murid yang tidak
membawa beg ke sekolah. Keadaan ini menyulitkan untuk saya memberi mereka
9
kerja rumah untuk dibawa pulang. Malahan ada yang meninggalkannya sahaja di
dalam kelas. Oleh itu, saya mencadangkan agar sekolah meminta ibu bapa untuk
menyediakan fail kotak untuk anak mereka. Dengan adanya fail kotak ini, setiap
surat atau kerja rumah dapat diletakkan ke dalamnya. Ini dapat mengelakkan surat
atau kerja rumah hilang. Tambahan lagi, guru perlu memberitahu ibu bapa untuk
sentiasa memeriksa fail kotak tersebut kerana semua informasi dan kerja rumah ada
diletakkan di dalamnya dan ibu bapa diminta untuk memantau perkembangan anak
mereka. Cara ini juga dapat mengatasi masalah ibu bapa tidak mendapat maklumat
mengenai aktiviti sekolah atau anak mereka kerana kadangkala surat yang diberi
kepada murid khas hilang atau tercicir.
Mungkin kerja rumah tidak sesuai dengan kemampuan murid untuk
menyiapkannya secara bersendirian. Hal ini kerana murid memerlukan bimbingan
dalam memahami kehendak soalan dan bagaimana untuk menyiapkannya. Oleh itu,
bimbingan dan galakan dari ibu bapa secara berterusan penting ketika di rumah.
Luangkan masa selama sejam untuk membantu dan membimbing ketika mereka
menyiapkan kerja rumah. Berikan tumpuan kepada mereka agar mereka mendapat
motivasi dan galakan untuk meneruskan pembelajaran tanpa ada rasa berputus asa.
Kesannya mereka akan lebih seronok ketika mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Setiap murid perlu mempunyai alat tulis yang lengkap untuk memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Namun berbeza bagi murid-murid khas yang
saya kaji. Mereka tidak mempunyai alat tulis yang lengkap. Keadaan ini
menyukarkan murid tersebut untuk menyiapkan kerja rumah yang diberi. Mungkin
ibu bapa perlu sedar tentang kepentingan alat tulis sebagai galakan murid untuk
menyiapkan kerja rumah. Mereka akan lebih bersemangat jika alat tulis tersebut
menggunakan tema kartun kanak-kanak yang mereka suka. Hal ini terbukti apabila
saya memberi hadiah berbentuk kelengkapan alat tulis ‘Smurf”. Mereka saling
berebut-rebut untuk menjaab soalan untuk mendapatkan hadiah tersebut. Ianya
boleh dijadikan sebagai motivasi entrinsik kepada murid-murid khas.
Bagi mendapatkan kerjasama ibu bapa yang padu, sekolah boleh membuat
majlis bersama ibu bapa murid-murid khas sebulan sekali. Dalam majlis ini, ibu bapa
dan guru bolehlah berkongsi permasalahan dan bersama-sama mengembleng idea
10
untuk menyelesaikannya. Dengan ini semua ibu bapa dan guru akan mendapat ilmu
bersama dan akan lebih mahir dalam menangani masalah anak masing-masing. Hal
ini kerana seringkali berlaku pencanggahan pendapat dari segi tingkah laku murid.
Ada murid yang suka membuli dan berkelakuan negatif di sekolah tetapi tidak ketika
berada rumah. Kesannya kedua-dua pihak akan saling memahami serta bantu-
membantu dalam meningkatkan perkembangan dan tahap keupayaan murid-murid
khas.
6.0 PERBINCANGAN DENGAN GURU
Bagi melihat sejauhmana guru bersetuju untuk menjalankan pentaksiran
berbentuk kerja rumah, saya telah mengadakan kaji selidik untuk setiap guru di
Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2). Kaji selidik ini
diedarkan kepada setiap guru pada hari Khamis bersamaan 13 September 2012
yang lepas. Guru-guru diminta untuk menyatakan persetujuan atau tidak setuju
dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah berbentuk kerja rumah. Borang
yang dibuat adalah seperti berikut :-
NAMA :
UMUR :
Adakah anda bersetuju melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah berbentuk kerja
rumah?
YA TIDAK
Catatan
Hasil daripada survey tersebut, dapat disimpulkan bahawa majoriti guru iaitu
sebanyak 12 orang daripada 15 orang tidak bersetuju dengan pelaksanaan
pentaksiran berasaskan sekolah menggunakan kerja rumah. Hal ini kerana banyak
masalah akan timbul apabila menggunakan kaedah ini. Mereka mengatakan bahawa
pada awal dahulu, mereka pernah menggunakan kaedah ini tetapi guru tidak dapat
membuat penilaian secara telus atas beberapa sebab.
11
KEPUTUSAN KAJI SELIDIKKEBERKESANAN PBS BERBENTUK KERJA
RUMAH
Ya 3 ORANG
Tidak 12 Orang
JUMLAH 15 Orang
80%
20%
HASIL KAJI SELIDIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2)
YATIDAK
Rajah : Hasil kaji selidik keberkesanan PBS kerja rumah
Melalui perbincangan bersama guru, banyak isu/masalah yang timbul semasa
mereka menjalankan pentaksiran kerja rumah. Antaranya guru sukar untuk
mendapatkan kembali kerja rumah yang diberi. Acapkali guru mendengar alasan
murid yang mengatakan bahawa kerja rumah hilang dan terlupa. Kadangkali guru
menjumpai kerja rumah yang diberi di atas lantai kelas tersebut. Maka sejak hari
terebut, guru tersebut memutuskan untuk menyiapkan lembaran kerja sambil
dibimbing oleh guru di dalam kelas.
12
Selain itu, ada juga kerja rumah yang dibuat oleh ahli keluarga murid
tersebut. Perkara ini dikesan oleh guru apabila melihat kerja rumah tersebut sangat
kemas tulisannya sedangkan murid tersebut masih tidak mampu untuk menulis
sebegitu. Keadaan ini hanya akan membuang masa kerana pencapaian murid
sebenar tidak dapat dilihat oleh guru. Walaupun murid tersebut menyiapkan kerja
tersebut dan mengandungi banyak kesalahan tetapi melalui kesalahan-kesalahan
inilah guru boleh menjalankan intervensi untuk membantu murid tersebut. Jika tidak
guru tidak dapat mengesan kelemahan utama murid dan hanya membiarkan begitu
sahaja tanpa intervensi untuk meningkatkan keupayaan murid.
Murid-murid khas sangat memerlukan bimbingan dalam melakukan kerja
rumah. Guru-guru mempunyai kepakaran untuk membimbing murid menggunakan
pelbagai kaedah. Namun, jika kerja rumah diberi murid tidak akan mendapat
bimbingan yang secukupnya. Ini merugikan guru di mana mereka tidak dapat
melihat tahap perkembangan dan tingkah laku murid ketika menjalankan kerja
rumah tersebut. malahan, guru tersebut mengatakan walaupun tiada penglibatan
antara ibu bapa dan guru mengenai lembaran kerja murid tetapi guru dan ibu bapa
boleh sahaja berbincang mengenai tahap perkembangan murid ketika sesi
perjumpaan ibu bapa dan guru. Melalui kolaborasi sebegini juga ibu bapa akan
mengetahui tahap perkembangan murid secara keseluruhan. Oleh yang demikian,
ramai guru memilih untuk memberi pentaksiran semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan cara ini, guru akan dapat menilai perkembangan serta
melihat sejauhmana murid memahami tajuk pelajaran pada hari tersebut. Sebaliknya
berlaku jika menggunakan kerja rumah. Kita tidak mengetahui bilakah murid akan
cuba menyiapkan kerja rumah tersebut dan ibu bapa terpaksa mengajar semula
secara keseluruhan jika murid lupa mengenai proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
Bagi guru yang menyokong pelaksanaan pentaksiran kerja rumah, beliau
menggunakan sistem buku. Buku tersebut diletakkan di luar kelas di dalam kotak.
Ibu bapa yang mengambil anak mereka akan mengambil buku tersebut. Cara
tersebut menunjukkan kemajuan dalam pentaksiran kerja rumah. Malahan,
keesokkan harinya, ibu bapa akan meletakkan semula buku di dalam kotak.
Walaupun tidak semua yang menyiapkan kerja rumah tersebut tetapi peratusan
yang menyiapkan kerja lebih tinggi dari yang tidak menyiapkannya. Guru tersebut
13
juga menyatakan bahawa kerjasama ini memudahkan beliau untuk membentuk
intervensi yang sesuai pada proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Namun apa yang ditekankan oleh guru ketika perbincangan dijalankan ialah
pembinaan lembaran kerja tersebut. Guru perlu pastikan lembaran kerja yang dibuat
menepati dan sesuai dengan tahap murid. Gunakan konsep dari mudah ke sukar.
Dalam aspek bilangan soalan pula, walaupun soalan yang disediakan sedikit tetapi
hasil daripada murid yang perlu dititikberatkan sama ada proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut diperolehi atau tidak oleh murid-murid. Dengan
cara ini, guru akan mengetahui tahap perkembangan murid dari semasa ke semasa.
Tidak guna menggunakan lembaran kerja yang banyak dan sukar walaupun
mendapat bimbingan daripada guru. Keadaan ini hanya akan menyebabkan murid
akan berasa terbeban dan berputus asa untuk melakukannya pada masa yang akan
datang. Apa yang diutamakan ialah kualiti daripada kuantiti.
7.0 KESIMPULAN
Walaupun terdapat banyak isu yang timbul, namun kerja rumah masih lagi
relevan untuk dilaksanakan kepada kanak-kanak khas. Begitu juga dengan jenis
pentaksiran yang lain. Semuanya mempunyai isu masing-masing tetapi masih
banyak kelebihan jika digunakan kepada murid-murid khas. Apa yang lebih baik
ialah guru mempelbagaikan penggunaan pentaksiran di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui cara ini, guru akan dapat menilai murid dalam pelbagai
aspek dan menumpukan kepada minat mereka. Dengan ini, murid akan sentiasa
bersemangat dan seronok melakukan ujian-ujian yang disediakan oleh guru.
Selain itu, guru perlu membuat kajian yang lebih mendalam untuk
memastikan pentaksiran sesuai dan tepat untuk murid. Bagi tujuan ini satu
kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru amatlah penting. Maklumat yang
diperolehi akan membantu guru dlam membina pentaksiran yang bertunjangkan
kebolehan dan pengalaman murid itu sendiri. Hal ini sekaligus mampu melatih murid
untuk menjawab soalan dalam pelbagai situasi dan sekaligus meransang minda dan
kreativiti mereka.
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah pun dijalankan di
aliran perdana. Tidak ketinggalan juga pendidikan khas di mana PBS secara
14
rasminya akan dilaksanakan pada tahun depan. Oleh itu, diharapkan dengan
adanya PBS ini, pentaksiran murid-murid khas akan lebih teratur dan membawa
kebaikan kepada murid-murid khas kelak.
15
MAKLUMAT
PENTAKSIRAN
(TUGAS 2)
16