ISSN : 2289-8840 BIL .1 2015 Jurnal Bahasa Kent
Transcript of ISSN : 2289-8840 BIL .1 2015 Jurnal Bahasa Kent
ISSN : 2289-8840 BIL .1 2015
Jurnal Bahasa Kent
Penyelanggara: Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Kent Tuaran, Sabah
BAHUL (PUISI TRADISIONAL) ETNIK RUNGUS DI SABAH: BENTUK DAN
PERSEMBAHAN SEKULAR - Azlan Shafie Abdullah @ Raymond bin Majumah
PENGLAHIRAN PERLAKUAN MELALUI BAHASA DALAM FACEBOOK - Husmi Bin Hj. Hussin.
PEMANTAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN APITAN ME- ... - I DAN ME-...- KAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH DIDIK HIBUR DAN TEKNIK ACUAN
AYAT - Juilis Mokujal
MENINGKATKAN PENGUASAAN AYAT SONGSANG PENDEPANAN KATAKERJA DALAM AYAT TUNGGAL MENGGUNAKAN TEKNIK PIRAMID KASUKE 213 - Masbillah
Binti Morogos & Azmi Jali
MENGATASI MASALAH MURID TAHUN 2 DALAM MENYEBUT PERKATAAN KV+KVK DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK FONTUR SUKU KATA - Mohamad Hairy Bin Said &
Sarimawathy Binti Jumanie.
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BERPANDUKAN GAMBAR MENGGUNAKAN TEKNIK WAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA
- Norlina Binti Gapare & Caroline David
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN HURUF BESAR PADA PERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHAS MELALUI TEKNIK LATIH TUBI
CamWar - Saharia Binti Rahman & Ismail Bin Ag Piut.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHURAI ISI KARANGAN JENIS FAKTA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 MENGGUNAKAN JADUAL AMNA - Norlinah Binti Rais &
Zainab Binti Hashim
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGURUSAN PENGETAHUAN, KESEDIAAN MENGAJAR DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH - Caroline @ Lorena David¹
MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN BAGI MURID TAHUN 4 SECARA ANSUR MAJU MENGGUNAKAN KIT TSKT - Mohd Fadhli Bin Mohd Yakof & Puan Zainab Binti Hashim
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
1
BAHUL (PUISI TRADISIONAL) ETNIK RUNGUS DI SABAH: BENTUK DAN
PERSEMBAHAN SEKULAR Oleh
Azlan Shafie Abdullah @ Raymond bin Majumah
ABSTRAK
Bahul adalah sejenis puisi tradisional etnik Rungus yang tinggal di Daerah Kudat, Sabah. Puisi
ini popular dituturkan dalam kalangan etnik Rungus pada tahun-tahun sebelum 1980-an
namun tidak lagi pada masa kini. Sebagai puisi, bahul mempunyai bentuk tertentu. Dalam
kerja lapangan mengumpul bahul dan maklumat lain yang berkaitan, pengkaji dapati bahul
dilafazkan dalam upacara moginum, iaitu satu daripada upacara penyembuhan penyakit
yang terbesar dalam kalangan etnik Rungus. Dalam upacara ini, bahul akan dilafazkan oleh
bobolizan (pakar upacara) dengan gaya persembahannya yang tersendiri bagi memenuhi
tujuan tertentu. Selain gaya persembahan yang istimewa dalam upacara, bahul juga
dipersembahkan secara sekular, yakni dalam keadaan biasa dan majlis rasmi. Tumpuan
kertas kerja ini adalah berkenaan bentuk bahul dan seni persembahan bahul dalam konteks
sekular. Selain menghiburkan penonton, persembahan bahul dalam konteks biasa juga
mempunyai ciri-ciri istimewa dan aspek keseniannya. Dalam kajian ini, pegkaji akan
menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung (unobstrusive abservation) bagi
memerhatikan persembahan bahul dalam konteks sekular. Dengan berbuat demikian,
bentuk dan aspek persembahan bahul dalam konteks sekular akan didalami dan
ditonjolkan.
Kata kunci: Rungus, bahul, bentuk, konteks persembahan sekular
PENGENALAN
Bahul adalah sejenis puisi tradisional etnik Rungus yang tinggal di Daerah Kudat
Sabah. Puisi ini popular dituturkan dalam kalangan etnik Rungus pada tahun-tahun
sebelum 1980-an namun tidak lagi pada masa kini kerana penganut Bbiruhui, iaitu
kepercayaan beragama turun-temurun etnik Rungus yang berkonsepkan
”Minamagun” sebagai Pencipta Yang Esa, yang dikenali juga sebagai ”Kinoringan”
(Tuhan), diikuti dengan pelbagai semangat baik dan semangat jahat di alam ghaib,
tidak lagi diamalkan secara meluas.
Kerja lapangan mengumpul bahul di Daerah Kudat telah dijalankan pada
sepanjang tahun 2011 oleh pengkaji. Dalam kerja lapangan mengumpul bahul dan
maklumat lain, termasuk kepercayaan Bbiruhui, pengkaji dapati bahul dilafazkan
dalam upacara moginum, iaitu satu daripada upacara penyembuhan penyakit
yang terbesar dalam kalangan etnik Rungus. Dalam upacara ini, bahul akan
dilafazkan oleh bbobbollizan (pakar upacara) dengan gaya persembahannya yang
tersendiri bagi memenuhi tujuan tertentu.
Selain gaya persembahan yang istimewa dalam upacara, bahul juga
dipersembahkan secara sekular, yakni dalam keadaan biasa dan majlis rasmi. Selain
menghiburkan penonton, persembahan bahul dalam konteks biasa juga
mempunyai ciri-ciri istimewa dan aspek keseniannya. Tumpuan kertas kerja ini
adalah berkenaan bentuk bahul itu sendiri dan seni persembahan bahul dalam
konteks sekular. Hal-hal terperinci berkenaan bahul dan seni persembahan bahul
dalam konteks sekular akan penulis berikan penjelasan lanjut kelak.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
2
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Berdasarkan hasil kajian perpustakaan yang telah penulis lakukan, kajian berkenaan
sejarah, budaya, hubungan kekeluargaan, sosio-ekonomi dan kepercayaan
tradisional etnik Rungus banyak dilakukan oleh Appell (1963, 1978 dan 1986) dan
Forschner (1993), serta pengkaji tempatan seperti Isa (1976), Madisah (1986),
Porodong (1997 dan 2000 ), Masarip (1990), Onjinkun (1991), Ingkat (1992), Hua
(1992/1993), Sopital (2000) dan Majumah (2003 dan 2010) dan Low dan Majumah
(2014). Etnik Rungus mempercayai adanya Tuhan, iaitu Kinoringan yang menetap di
langit dan menguasai seluruh alam, termasuk manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan (onjinkun, 1991:15). Etnik Rungus percaya Kinoringan berkuasa terhadap
manusia (Ingkat, 1992: 27).
Walaupun mempercayai kewujudan Tuhan, iaitu Kinoringan, tetapi etnik Rungus
tidak menyembah Kinoringan secara langsung. Namun mereka mengadakan
pelbagai upacara untuk menghindari pelbagai penyakit dan masalah tanaman
(Isa, 1978: 59). Upacara yang dimaksudkan dikendalikan oleh bbobbollizan bagi
meredakan kemarahan rogon (semangat jahat). Babi dan ayam dikorbankan
kepada rogon, sesuai dengan kepercayaan animisme etnik Rungus (Sopital, 2000:
59). Namun, etnik Rungus pada masa kini telah memeluk agama Kristian dan Islam.
Majlis seperti perkahwinan, hari jadi, mengingati kematian dan Pesta Menuai pada
masa kini dijalankan melalui kakitangan agama yang bertanggungjawab terhadap
anggota-anggota Kristian setampat (Porodong, 1997: 98).
Berdasarkan fokus kajian lepas berkenaan etnik Rungus yang telah penulis
senaraikan di atas, jelas bahawa kajian berkenaan bahul, terutama aspek
kepercayaan Bbiruhui dan persembahan sekular belum dilakukan oleh mana-mana
pengkaji selain kajian penulis sendiri bersama Low Kok On (Low dan Majumah, 2014).
Bagi mengisi jurang penyelidikan ini, tumpuan diberikan atas bentuk fizikal bahul itu
sendiri dan aspek persembahan sekular.
METODOLOGI, KAEDAH KAJIAN DAN ANALISIS
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah metodologi kerja lapangan yang
diguna pakai oleh pengkaji tradisi rakyat (folklore) seperti Dundes (1982), Mohd. Taib
Osman (1982) dan Toelken (1996). Menurut ketiga-tiga orang pengkaji tradisi rakyat
ini, metodologi kerja lapangan merangkumi tiga tahap utama, yakni i) kerja
lapangan mengumpul data daripada informan yang merupakan pendukung aktif,
yakni individu yang masih dapat menyampaikan cerita, menyanyikan lagu rakyat
dan menuturkan bahan-bahan tradisi rakyat lain; ii) mentranskrip dan
mendokumentasi bahan tradisi rakyat yang diperolehi daripada kerja lapangan,
dan iii) menganalisis data berdasarkan perkara yang akan dikaji. Metodologi
sedemikian didapati sesuai dengan penyelidikan ini kerana bbahu dan Bbiruhui
ialah tradisi rakyat etnik Rungus yang diwarisi secara turun-temurun.
Terdapat beberapa kaedah khusus yang digunakan dalam sepanjang kerja
lapangan yang berkait dengan pengumpulan data dalam penyelidikan ini.
Kaedah-kaedah yang penulis gunakan ialah i) temu bual secara mendalam (in-
dept interviews), ii) Temu bual kumpulan berfokus (focus group interviews) dan iii)
pemerhatian secara langsung (unobstrusive observation). Ketiga-tiga jenis kaedah
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
3
pengumpulan data ini didapati berkesan dalam kajian bersifat kualitatif
(Liamputtong dan Ezzy, 2005). Sehubungan itu, penulis telah menjalankan kerja
lapangan menemu bual informan keturunan etnik Rungus di beberapa buah
kampung yang terletak di Daerah Kudat pada tarikh-tarikh tertentu di sepanjang
2011. Maklumat terperinci berkenaan informan yang telah ditemu bual disenaraikan
di belakang tulisan ini. Menerusi kaedah pemerhatian secara langsung (unobstrusive
abservation) bagi memerhatikan persembahan bahul dalam konteks sekular, maka
aspek persembahan bahul dalam konteks tersebut akan didalami dan ditonjolkan.
Dari segi analisis, Dundes (1980: 24) mencatatkan bahawa pada umumnya terdapat
tiga tahap analisis dalam penulisan pelbagai jenis tradisi rakyat, yakni seseorang
penulis boleh membuat analisis atas teks (seperti teka-teki, peribahasa, cerita rakyat
dll), tekstual (unsur linguistik dalam teks) dan konteksnya. Menurut Dundes (1980: 24)
lagi, kebanyakan penulis tradisi rakyat telah mengabaikan aspek konteks dalam
kajian mereka sedangkan aspek konteks adalah penting dalam usaha penulis
mendalami apa jua jenis tradisi rakyat.
Dalam tulisan ini, penulis akan memberikan tumpuan analisis konteks bahul, iaitu
konteks persembahan secara sekular. Dalam pengertian yang sebenarnya, konteks
dan fungsi adalah berbeza. Sehubungan itu, Dundes (1980: 23-5) memberikan
penjelasan berikut:
The context of an item of folklore is the specific social situation in which that particular item is
actually employed. It is necessary to distinguish context and function. Usually, function is an
analyst’s statement of what (he thinks) the use or purpose of a given genre of folklore is. It is
not the same as the actual social situation in which a particular folklore genre is used.
Analisis dan interpretasi yang bakal dibuat ke atas data hasil kerja lapangan dalam
tulisan ini boleh digambarkan sebagai satu proses perpindahan data dari lapangan
(field) ke dalam bentuk laporan (text) dan kemudiannya kepada pembaca.
LATAR BELAKANG ETNIK RUNGUS
Etnik Rungus adalah suku asli yang tergolong dalam rumpun bangsa Kadazandusun
yang lebih dikenali dalam masyarakat Malaysia hari ini. Namun suku yang kecil
jumlahnya ini, yang mendiami atau tinggal di bahagian utara pulau Borneo yang
besar dan mempunyai banyak legenda dan mitos. Suku kaum Rungus masih
mengamalkan cara hidup berpindah-rendah walaupun sebahagian besar
kalangan masyarakat Rungus sudah moden. Suku kaum Rungus menurut Appell
(1964: 570) adalah:
"…an ethnic group living in the Kudat District of Sabah. The Rungus dialect is a member of
the larger Dusun language family. In The Kudat District are, in addition to the Rungus,
sixteen or more named speech communities of this language family. These various dialect
being mutually intelligible while others are not.”
Dari segi adat etnik Rungus, Appell (1964: 570) mencatatkan:
"The 'adat' (custom) of these various named etnic group also varies to a lesser or greater
degree from each other, with the degree of difference usually dependent on distance.
Not all of these group in the Kudat Districts still construct longhouse. The Rungus, however,
maintaining their traditions more than any other Dusun speaking group, still do".
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
4
Kadang-kadang suku kaum Rungus memperkenalkan diri sebagai Momogun, atau
bertanya rakan yang dapat dikenal raut wajahnya, sama ada dia Momogun atau
tidak. Etnik Rungus jarang-jarang meninggalkan istilah Momogun apabila bercakap
tentang bangsa.
Appell (dalam King, 1978:145) yang menghubungkan istilah Momogun-Rungus
dengan suku kaum Dusun lain mengatakan:
"The Dusunic speaker in the Kudat District, and perhaps elsewhere as well, refer to
themselves colecctively in contrast to the costal Muslim as Momogun. More precisely,
therefore, the Rungus should be called the Rungus Momogun. This term (Momogun) may
also be generalized to include all those interior people who eat pork."
Dasar amalan etnik Rungus ialah kepercayaan kepada gangguan rogon (hantu)
dan perlindungan Kinoringa tuhan) melalui wakilnya, iaitu Llumaag dan Sambavon.
Etnik Rungus percaya akan adanya Tuhan, yang dalam bahasa Rungus disebut
sebagai Kinoringan (perkataan kinoringan seerti dari segi bahasa, dengan
istilah”'tuhan” dalam bahasa Melayu). Kinoringan, yang menetap di langit ini
menguasai seluruh alam, termasuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
(Rokiah, 1991:15). Kehidupan dan kepercayaan etnik Rungus jelas mempunyai
kaitan dengan kepercayaan animisme semasa dalam kehidupan kuno dan belum
menerima agama Kristian dan Islam.
Menurut Mohd. Yassin Isa (dalam Mohd. Taib Osman, 1978: 59), manusia (etnik
Rungus atau bangsa Momogun) mempercayai adanya Kinoringan yang berkuasa
penuh di dunia ini. Tetapi manusia tidak tahu menyembah-Nya. Sekiranya seseorang
kecurian seekor ternakan dan si pencurinya tidak diketahui, manusia berserah
kepada Kinorongan supaya si pencuri itu dihukum sewajarnya. Penyerahan seperti
ini disebut ollumagan. Sekiranya seseorang itu sakit dan sudah banyak ikhtiar dibuat
tapi tidak juga sembuh, maka rogon akan disembah (disaji atau dijamu) untuk
menyembuhkan si sakit itu. Sekiranya tanam-tanaman tidak subur, upacara tertentu
akan diadakan.
Menurut Mohd. Yassin Isa lagi (dalam Mohd. Taib Osman, 1978: 59), etnik Rungus
dalam amalan animisme mempunyai berbagai-bagai cara untuk menyembah
rogon yang bertanggungjawab terhadap sifat-sifat negatif manusia, antara lain
seperti berikut:
(a) Manusia tidak beroleh anak, kalau pun ada, bilangan anak itu terhad.
(b) Manusia selalu mengidap penyakit seperti gila, gila babi, sakit kepala, bengkak
kaki, sakit tenat dan seumpamanya.
(c) Makanan seharian seperti padi, jagung, ubi dan lain-lain tidak tumbuh, kalaupun
tumbuh, tidak subur.
(d) Air minuman manusia semakin berkurangan.
Appell (1978: 143-144) memberikan penjelasan berkenaan agama Rungus menerusi
petikan berikut:
In Rungus religion female spirit mediums communicate in trance with their spirit familiars to
determine the cause of illness, which is usually the result of the capture of souls by offended
malevolent spirits. These spirits are appeased by sacrifices of pigs and chickens. Spirits
mediums also officiate at marriage ceremonies, when a pig is offered to appease those spirits
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
5
that are offended by incest, and at the various village and family sacrifices to promite fertility
of people, domestic animals, and the land (Appell,1978:143-144).
Menurut Appell (dalam Jeubirin Bin Sopital, 2000: 22), sistem kepercayaan
masyarakat Rungus tradisional terbahagi kepada tiga elemen kuasa supernatural
iaitu minamangun (pencipta atau 'the suprem of God'), rogon (roh jahat yang
menyebabkan penyakit, kematian dan gangguan bencana) dan hatod (roh
manusia yang terdiri dari roh yang baik dan roh yang jahat). Rinait, iaitu rangkaian
bicara atau kata-kata yang mesti diucapkan atau dituturkan oleh bbobbollizan
semasa mengendalikan sesuatu ritual yang dirujuk sebagai mentara oleh Arena wati
(dalam Jeubirin bin Sopital, 2000: 63), merupakan pelengkap kepada ritual kerana
dalam rinait ini terletaknya moral dan intisari pengajaran minamangun kepada
manusia.
Walaupun wujud agama yang bersifat baharu dalam kalangan etnik Rungus namun
semangat amalan lama dan tradisional sebenarnya masih dapat dikesan di tengah-
tengah penganut agama Kristian dan Islam dalam kalangan etnik Rungus,
terutamanya generasi tua - hatta mereka yang sudah masuk Kristian atau memeluk
Islam. Sebab mereka sudah serasi dengan cara kehidupan lama dan amalan tradisi,
namun pengaruhnya sudah tidak sekuat dahulu lagi.
KEPERCAYAAN TURUN-TEMURUN ETNIK RUNGUS
Pada sekitar tahun-tahun 70-an dan sejurus selepas itu, etnik Rungus yang menganut
agama Kristian dikategorikan sebagai suvang sambayang’ (dalam Kristian)
manakala mereka yang tidak memeluk agama Kristian dikategorikan sebagai
llabbus (di luar agama Kristian). Penjajah British dan pengkaji Barat seperti Evans
(1990: 152), Rutter (2007: 30) dan Appell (1976:82) merujuk masyarakat Rungus
sebagai pagan (jahil, tidak beragama) dan mengamalkan amalan animisme
(kepercayaan kepada pelbagai semangat). Menurut Mat Zin Mat Kib (2005: 7),
masyarakat Rungus dan kelompok-kelompoknya mengamalkan kepercayaan
animisme.
Pada hemat penulis, etnik Rungus sebenarnya mempunyai agama turun-temurun
mereka. Tidak tepat jika dilabelkan mereka sebagai pagan atau pengamal
animisme semata-mata. Kedua-dua istilah ini membawa konotasi negatif terhadap
kumpulan etnik ini. Selepas bertanyakan beberapa orang informan seperti
Rundabang, Limpot dan Majial, yang arif dalam kepercayaan turun-temurun etnik
Rungus, kepercayaan mereka sebenarnya mempunyai nama khasnya, iaitu Bbiruhui.
Dengan kata lain, Bbiruhuilah amalan kepercayaan kuno etnik Rungus pada zaman
sebelum kedatangan Kristian dan Islam. Bbiruhui tidak dipengaruhi mana-mana
agama di dunia seperti Kristian, Islam dan Hindu-Budha.
Bbiruhui merujuk kepada amalan memohon bantuan daripada Kinoringan (Tuhan
dalam kepercayaan turun-temurun etnik Rungus) melalui wakil-wakilnya yang terdiri
daripada Sambavon dan Llumaag. Etnik Rungus menyebut juga Tuhan sebagai
Minamangun (Yang Mencipta). Permohonan manusia untuk mendapatkan bantuan
Kinoringan menerusi wakil-wakil Kinoringan seperti Sambavon dan Llumaag
dilakukan melalui perantaraan bbobbollizan yang berhubung dengan pihak
berkuasa (osundu) di atas (langit), iaituSambavon dan Llumaag menggunakan rinait
(ungkapan para bbobbollizan semasa melakukan ritual). Llumaag akan turun ke
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
6
dunia dan menyarung atau “turun” ke dalam tubuh bbobbollizan untuk
menyampaikan amanat, seterusnya membantu manusia membicarakan
permasalahan mereka dengan rogon, yang menimbulkan masalah kesihatan
setelah manusia mengganggu petempatan ghaib mereka.
BENTUK BAHUL
Dari segi bentuk, kebanyakan bahul terbentuk daripada empat baris serangkap.
Dua baris pertama adalah pernyataan yang mempunyai kaitan dengan
kandungan bahul tersebut. Fungsi dua baris pertama bahul hampir sama dengan
fungsi pembayang dalam pantun Melayu. Begitu juga dengan dua baris bahul yang
berikutnya adalah isi dan pemikiran yang hendak disampaikan oleh penutur bahul.
Selain itu, terdapat juga bahul berbentuk dua kerat, enam kerat dan seterusnya.
Dengan kata lain, bukanlah semua bahul dalam bentuk empat kerat.
Kandungan bahul mempunyai makna tersirat yang perlu ditafsirkan oleh pendengar.
Berikut ialah salah satu contoh bahul empat kerat yang mirip kepada pantun
Melayu empat kerat. Baris pertama dan baris keduanya ialah hungkoddonon (asas
atau dasar untuk memulakan bahul, seakan pembayang dalam pantun Melayu)
manakala baris ketiga dan baris keempatnya ialah bboroson (maksud) bahul.
Contoh Bahul Terjemahan kasar
Podtullud imbballad-bballad,
Sako raan potudung;
Tudung kou po sumandak,
Mamallad ddo rindawog.
Terbang burung imbballad-bballad,
Higgap di dahan pohon potudung;
Pandang ke bawah wahai si gadis,
Memasang tikar rindawog.
Catatan: Imbballad-bballad ialah nama sejenis burung.
Rindawog ialah hiasan berwarna merah yang terdapat
dalam pakaian tradisional etnik Tobilung. Etnik Tobilung
adalah salah satu etnik Kadazandusun yang tinggal
berdekatan dengan etnik Rungus. Bahul ini
menggambarkan seseorang yang sedang mencari
pasangan hidupnya.
Jika diteliti, terdapatnya perkaitan antara dua baris hungkoddonon (asas atau dasar
memulakan bahul, seakan pembayang pantun Melayu) dan dua baris bboroson
(makna) dalam bahul empat kerat ini. Perkaitan yang dimaksudkan adalah kata
yang mempunyai rima yang sama atau hampir sama dalam dua baris pertama,
yang digunakan sebagai asas untuk membina dua baris maksud bahul. Dalam
contoh bahul di atas, kata imbballad-bballad (baris 1) berima dengan mamallad
(baris 4) dan kata potudung (baris 2) berima dengan kata tudung (baris 3). Akan
tetapi, bukan semua bahul memiliki ciri rima seperti ini yang terbina dalam empat
kerat. Ada bahul yang terbina dalam dua kerat, tiga kerat, lima kerat, enam kerat,
tujuh kerat, lapan kerat dan sepuluh kerat. Berikut diturunkan contoh bahul dua
kerat, bahul tiga kerat, Bahul lima kerat, bahul enam kerat, bahul tujuh kerat, bahul
lapan kerat dan bahul sepuluh kerat.
Bahul / Bilangan Kerat Terjemahan
Bahul Dua Kerat
Sompuun ti tampallang,
Pokiurusanku.
Sepohon pokok tuba ini,
inginku perah telan airnya.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
7
Bahul Tiga Kerat
Pandita,
Kuda mita,
Burubut.
Pandita,
Kuda mita,
Burubut.
Bahul Lima Kerat
Olungkiyan ko ka,
hogis mopondok oku.
Timpano ki sarayo,
pampang o mijal-ijal,
om misondiw o-poropok.
Pandang rendah kamu,
pasir kecil diriku.
Pandanglah ke arah hulu,
batu besar terpampang,
dan bersandaran poropok.
Bahul Enam Kerat
Bbogong ddopotizukan, ddo
mogim ddo rongkoton, ka.
Kadda oku rongkoto, tu
ombirog ti puunku.
Hoddi yallo rongkoto, tu
monggis mongito-ngitot.
Bunyi dengung lebah,
mencari tempat berumah.
Janganlah padaku kamu berumah,
pengkalku hanya pokok ombirog.
Berumahlah tempat dia,
pokok manggis yang tinggi menjulang.
Bahul Tujuh Kerat
Ringka-ringka tokou,
kayu songlangod-langod.
Apagon do ringkahon,
ong liwotung o’ ringkahon.
Elo nobo ringkahon,
oingkayu tolotiw,
noringkau do mirunsai.
Mari kita goncang-goncangkan,
kayu berbuku-buku.
Sukar untuk digoncang,
jika sungai hendak digoncang.
Yang digoncang,
kayu-kayu disusun,
tergoncang ketika mirunsai (menari).
Bahul Lapan Kerat
Llupuw takaddon iti, om,
kowing-kowingon ku no.
Mayad nokolontimpak, nga, pinggan no
llinihungan.
Noturug bo yontollob, tu,
nasaddu ku maganggong.
Kirak bbi gazamon, tu,
nengkok ollud ddi bbonduk.
Letih mendaki bukit,
sudah kucapai tangan.
Bila sampai di puncak,
piring seperti dibasuh.
Terputar penghalang,
tersandung olehku mendodoi.
Tertawa melihat kejadian,
tertarik balik aliran kata-kata.
Bahul Sepuluh Kerat
Sorid oku'd olinsob,
nogunggou oku'd bbarat.
Bbarat kanu kiti, tu
llillimut ddo song vallai.
O’kangku o'gima
pongitung ddava oku.
Puruto ku tillombus,
purut unturu ku bozungan.
Uli'o ku-i rorizan,
mirunsai ot sisikot.
Aku di Olinsob (kampung),
terganggu oleh angin.
Angin apakah itu,
umpat keji satu rumah.
Yalah, kataku
lalu berfikir.
Genggam untuk meneruskan,
jariku yang perkasa.
Kembali kepada kekasihku,
seakan menari sisir rambut.
Walaupun ditemui bahul yang mempunyai tiga, lima dan tujuh kerat seperti contoh
yang diperlihatkan di atas, tetapi masing-masing hanya satu daripada 491 bahul
yang telah didokumentasi sepanjang kerja lapangan dilakukan. Penulis
berpendapat bahawa informan berkenaan terlupa satu baris, menyebabkan bahul
tersebut tidak lengkap dan tidak boleh dikatakan sebagai antara ciri bentuk bahul
kerana bentuk bahul yang dominan ialah dua, empat dan enam kerat, walaupun
ditemui juga lapan dan sepuluh kerat seperti yang diberikan dalam contoh di atas.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
8
BAHUL DALAM KONTEKS PERSEMBAHAN SEKULAR
Seterusnya, bahul dalam konteks persembahan sekular akan dianalisis. Sebelum itu
pengkaji hendak maklumkan bahawa kebanyakan bahul tidak dapat
diterjemahkan secara langsung ke dalam bahasa Melayu kerana masalah
ketepatan makna yang sepadan dengan bahasa Melayu dan struktur baris atau
ayat dalam bahul yang mempunyai ciri khas bahul. Namun, penjelasan terhadap
terjemahan tersebut akan diberikan jika perlu. Penulis akan menganalisis bahul
pilihan dalam konteks sekular satu persatu.
Bahul 1 Terjemahan
Onduk-onduk limpupu,
onduk sid sosogohon.
Pogi ong randawi oku,
nga yoku’o kolimpupu.
Berjuntai akar pokok limpupu,
berjuntai di sungai tempat menimba air.
Jika aku memiliki kuasa ajaib,
dapat kusapukan limpupu (syampu).
Penjelasan: Pokok limpupu adalah
sejenis tumbuhan liar yang dijadikan
sebagai syampu etnik Rungus pada
zaman dahulu.
Bahul ini adalah kiasan tentang kemahuan mengahwini seseorang. Jika mempunyi
kekuasaan (randavi), maka dapat mengahwini seseorang yang mempunyai
keistimewaan (seperti pokok limpupu) yang boleh dijadikan syampu semasa mandi.
Bahul ini berbicara tentang hal-hal biasa dalam kehidupan etnik Rungus jelas tiada
kaitan dengan upacara Moginum dalam kepercayaan Bbiruhui Rungus.
Bahul 2 Terjemahan
Tangkus-tangkus po yutun,
nakasandang do lingkong.
Nengkong bi rokiyan,
tu nentutunan ginawo.
Lari-lari Si Landak,
Tersandung pokok ribu-ribu.
Tertarik balik si pemuda,
Hati budi telah dikenal pasti.
Penjelasan: ’”Tertarik balik” dalam baris
bahul ini adalah satu keadaan seperti
kepala seseorang yang didongakkan
untuk melihat sesuatu. Apabila sudah
melihat dengan jelas apa yang ingin
dilihatnya, kepala tersebut lulus
balik dalam keadaan biasa.
Bahul ini juga berkait dengan kemahuan seseorang pemuda yang berniat
mengahwini seseorang pemudi. Akan tetapi, kemahuan seseorang untuk
mengawini gadis idamannya terpaksa dihentikan apabila melihat perangai gadis
yang tidak sesuai seperti yang dikehendakinya. Gadis tersebut mungkin mempunyai
tingkah laku yang tidak baik. Bahul berkait hal-hal biasa dalam kehidupan seperti ini
juga bukan bahul upacara, jadi dinyanyikan dalam keadaan sekular.
Bahul 3 Terjemahan
Sokuk-sokuk po yondou,
sokuk moki antapon (ambaton).
Antapon ogi dati,
nga momurogon tonobon.
Sekali harimau mangaum,
ngaum minta dijawab.
Bila ada yang menjawabnya,
terus berdiam tidak melawan.
Penjelasan: Harimau mengaum dalam
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
9
bahul ini dikaitkan dengan perbuatan manusia yang
memulakan sesuatu perdebatan (dalam lagu atau bahul).
Bila ada yang menjewab (membeli bahul yang dijual), tidak
dapat menjawab balik.
Bahul ini berkait dengan kebolehan berhujah atau berdebat melalui bahul atau
lagu tradisional seperti ddihohoi dan ondi dalam kalangan Rungus pada masa
dahulu. Mereka yang petah, bijak dan mahir dalam bidang ini dapat menilai
kepakaran dan keindahan pengucapan orang lain. Dalam keadaan tertentu, ada
yang cuba memulakan hujah melalui bahul atau lagu tradisional, tetapi apabila
dijawab, gagal untuk membidas hujah seperti yang dapat dilakukan oleh orang
yang benar-benarnya bijak dan pakar. Bbahul ini juga tiada kaitan dengan
kepercayaan Bbiruhui Rungus, jesteru boleh dituturkan dalam semua keadaan yang
tidak formal dan sekular.
Bahul 4 Terjemahan
Sirid-sirid po dolok,
sirid sid tindalanon.
Pogintoronon po dolok,
tu songgolon ku-I puun nu.
Menari lenggang Si Pokok Dolok,
menari lenggang di jalanan.
Berhentilah seketika Si Pokok Dolok,
Akan kucengkam pengkal pokokmu.
Penjelasan: Pokok Dolok dalam bahul
ini juga dikaitkan dengan sifat manusia.
Bahawa hanya mereka yang ada
keupayaan menghentikan perbuatan yang sia-sia seperti
Pokok
Dolok yang asyik menari-nari tanpa tujuan yang berfaedah.
Bahul 4 menyindir manusia yang cenderung melakukan perkara yang tidak
berfaedah. Hanya mereka yang ada keupayaan untuk memberi nasihat dapat
menghentikan kelemahan tersebut. Bahul sedemikian dicipta untuk menasihat
seseorang yang gemar melakukan perkara yang sia-sia. Bahul sedemikian tiada
kaitan dengan kepercayaan Bbiruhui Rungus dan boleh dipersembahkan secara
sekular.
Bahul 5 Terjemahan
Sanggong di uiposon,
sangadau do olungui.
Kohondom turu naku,
ddi vusak do bbonsisian.
Cantik Si Burung Serindit Pagi,
Seharian murung.
Mungkin teringat,
Bunga Pokok Bbonsisian
Penjelasan: Dalam bahul ini, burung dijadikan metafora
kepada manusia dalam keadaan rindu.
Bahul 5 ini menggambarkan keadaan dan perasaan rindu seseorang. Melalui
kreativiti dan sensitivitinya, pencipta bahul ini menggambarkan perasaan rindu
seseorang dengan begitu halus. Bbonsisian adalah pokok besar berbunga cantik
yang tumbuh liar di hutan. Anehnya, pokok ini diambil sebagai simbol lelaki perkasa
dan tampan yang yang dirindui oleh si gadis. Ini antara keistimewaan bahul ini.
Persembahan bahul dalam konteks sekular, khususnya nyanyian di atas pentas
sebenarnya tiada dalam amalan etnik Rungus yang asal. Menerusi penyelidikan ini,
penulis telah menemui satu melodi khusus menyanyikan bahul tanpa iringan muzik.
Menurut Limpot Majalu, melodi tersebut digunakan untuk mendodoi anak.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
10
Memandangkan melodi tersebut bukan diguna untuk tujuan upacara, maka penulis
ketengahkan di sini sebagai satu persembahan sekular di atas pentas. Walaupun
persembahan dulunya tidak menggunakan alat muzik, tetapi dalam konteks masa
kini, boleh digabungkan dengan muzik. Penulis sendiri pernah menyampaikan
persembahan ini di atas pentas dan boleh dikembangkan lagi untuk dikomersialkan
menjadi industri muzik yang lebih menarik pada masa akan datang.
KESIMPULAN
Bahul yang telah dianalisis dari segi bentuk telah menyerlah bahul yang terbina
dalam dua kerat, tiga kerat, empat kerat, lima kerat, enam kerat, tujuh kerat, lapan
kerat dan sepuluh kerat. Sementara itu, analisis lima buah bahul terpilih yang
dipersembahkan secara sekular ternyata menyerlahkan persoalan perkahwinan,
percintaan, beradu hujah dan ingin memperoleh kuasa. Bahul berkait upacara
mempunyai lirik yang berkaitan upacara moginum, dengan melodi yang hanya
boleh dinyanyikan semasa upacara saja. Sebaliknya, bahul dalam konteks sekular
mempunyai lirik berkaitan kehidupan harian etnik Rungus dan boleh ditutur atau
dinyanyikan dalam semua keadaan. Penulis berpendapat bahul bukan upacara ini
boleh dipersembahkan di atas pentas pada masa kini dan boleh dikembangkan
lagi menjadi industri muzik yang mempunyai nilai budaya yang tinggi dan berkualiti.
RUJUKAN
Appell, G.N. 1963. Myths and legends about the Rungus of the Kudat District. The Sabah Society
Journal (4): 9-15.
_____1964.The Long-house Apartment of the Rungus Dusun. Sarawak Museum Journal XI: 570-573.
_____1978. The Rungus Dusun. In King, Victor T. Essays on Borneo Societies: 143- 171. Great Britain:
University of Hull.
_____1986. Social Anthropological Research among the Rungus Dusun (Kertas seminar: A talk for the
Sabah Society): 1-36. August 22.
Azlan Shafie Abdullah @ Raymon bin Majumah, 2010. Keindahan Nyanyian Rakyat Rungus di
Matunggong, Kudat, Sabah. Tesis untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi
Ijazah Sarjana Sastera (Seni Kreatif), Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah, Kota
Kinabalu. (Tidak Diterbitkan)
Duas Ingkat @ Juas, 1992. Cerita Binatang Rungus: Analisis Fungsi Motif dan Pemikiran: Satu Kajian Kes di
Daerah Kudat, Sabah. Latihan Ilmiah untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi
Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian, Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. (TidakDiterbitkan).
Dundes, Alan. 1965. The Study of Folklore. Englewood Clifts, N.J.. Prentice-Hall. Inc.
_____1980. Interpreting Folklore. Bloomington: Indiana University Press.
Evans, Ivor H.N. 1990. Among Primitive Peoples in Borneo. Singapore. Oxford University Press, Oxford
New York.
Forschner, T.T. .1993. Tangon Do Rungus Sid Daerah Kudat. Kudat/Malaysia.
Mohd. Taib Osma (ed). 1977. Tradisi Lisan Di Sabah (Kumpulan Kertaskerja-kertaskerja Seminar
Pendokumentasian Tradisi Lisan Di Sabah, Kota Kinabalu, 13-15 November, 1976). Kota Kinabalu:
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.
_____1982. Manual For Collecting Oral Tradition With Special Reference to South East Asia. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Yassin Isa. 1976. Moginum Sebagai Satu Upacara, dlm. Mohd. Taib Osman (ed.). Tradisi Lisan
Sabah. Kota Kinabalu. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Japuin Madisah. 1986. Tatacara Adat Istiadat Dan Kebudayaan Kadazan. Kota Kinabalu. SIKUK
Publication.
Jeubirin Bin Sopital, 2000. Bobolizan: Peranan dan Kepentingannya dalam Masyarakat Rungus
Tradisional. Latihan Ilmiah untuk Program Sosialogi dan Antropologi, Sekolah Sains Sosial, Universiti
Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. (Tidak Diterbitkan).
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
11
Lee Eng Hua. 1992. Sistem Kepercayaan dan Institusi Kekeluargaan di Kalangan Orang Rungus,
Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat. (Latihan Ilmiah). Kota Kinabalu: Universiti Kebangsaan
Malaysia (Cawangan Sabah).
Liamputtong, P. And Ezzy, D. 2005. Qualitative Research Methods. Hong Kong. Oxford University Press.
Low Kok On dan Azlan Shafie Abdullah @ Raymon bin Majumah. 2014. Bahul dan Hubungannya
dengan Kepercayaan Bbiruhui Etnik Rungus. Jurnal Kemanusian. Vol. 21, No. 1: 1-26. Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Luping, Herman James. 1985. The Kadazan and Sabah Politics. (Tesis Doktor Falsafah). Wellington.
Vicctoria University of Wellington.
Masarip, Jailis. 1990. Pemodenan dalam Masyarakat Rungus (Latihan Ilmiah). Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Porodong, Paul. 1997. Kemiskinan di Kalangan Masyarakat Rungus di Kudat, Sabah. Latihan Ilmiah
(M.A.). Kuala Lumpur. Universsity Malaya.
_____2001. Bobolizan, forest and gender relations in Sabah, Malaysia. In Gender, Technology and
Development 5(1): 63-90. New Delhi: Sage Publications India Pvt. Ltd.
_____2004. The Impact of colonialism on the indigenous society in Sabah: A Case Study in Kudat District
of Sabah. In Mohd. Sarim Mustajb (ed.). Warisan Budaya Sabah: Etnisiti dan Masyarakat: 77-103.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Raymond Majumah. 2003. Momogun Rungus Borneo Utara: Warisan Sastera dan Budaya Sabah. Kota
Kinabalu: SLC Sdn. Bhd.
Rokiak Onjinkun @ Rokiah Ojinkun, 1991. Humor dan Wit Dalam Cerita Rakyat Rungus. Latihan Ilmiah
untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan
Kepujian, Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi. (Tidak Diterbitkan).
Rutter, Owen. 2007. The Pagans of North Borneo. Kota Kinabalu. Opus Publications.
Toelken, Barre. 1996. The Dynamics of Folklore. Logan, Utah: Utah State University Press.
Senarai informan
Bil. Informan Umur Jantina Tempat Pekerjaan
1. Rundabang
Linsapu
78 Perempuan Kampung
Matunggong
Bbobbolizan (Tahap
tertinggi)
2. Kinindangan
binti Masani
83 Perempuan Kampung
Matunggong
Pembantu
Bbobbolizan
3. Rinjamal
Montuduk
62 Lelaki Kampung
Matunggong
Pakar Adat Rungus
4. Majial
Mangulizang
53 Lelaki Kampung
Matunggong
Ketua Anak Negeri
5. Mongurintai
Masaping
60 Perempuan Kampung
Pinawaantai
Bbobbolizan Tahap
Tinggi
6. Morundang
Masani
70 Lelaki Kampung
Pinawantai
Bekas Ketua Kampung
/ Pakar Adat
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
12
PENGLAHIRAN PERLAKUAN MELALUI BAHASA DALAM FACEBOOK Oleh
Husmi Bin Hj. Hussin
ABSTRAK
Bahasa yang perkasa sentiasa berkembang. Justeru dalam ledakan teknologi maklumat,
kekreatifan pengguna bahasa telah melahirkan bentuk interaksi baru yang lari dari kaedah
konvensional. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti ekspresi
perlakuan melalui bahasa facebook . Kajian juga meliputi penelitian terhadap penggunaan
simbol, emotikon, asikon dan hypertext dalam bahasa facebook.Seramai 125 kawan maya
pengkaji yang terdiri daripada rakan sepengajian sesi 93-95 di Maktab Perguruan Kent,
Tuaran (kini IPG Kent), pelajar di SMK Abdul Rahim, bekas pelajar di SK. Kundasang serta
saudara terdekat pengkaji yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort dipilih sebagai
responden. Pengumpulan data adalah berasaskan kaedah kepustakaan dan pemerhatian
ikut serta dan kemudiannya data dianalsis secara kualitatif.Dapatan kajian menunjukkan
bahawa memang wujud bentuk interaksi baru dalam facebook, para pengguna laman
sembang sosial ini berjaya melahirkan ekspresi perlakuan melalui penggunaan kata atau
frasa tertentu. Selain itu, penggunaan simbol , emotikon dan asikon juga mewarnai interaksi
yang berlaku dalam facebook. Kewujudan ketiga-tiga eleman di atas sangat berkesan
dalam melahirkan interaksi yang lebih mesra dan akrab sekali gus menonjolkan kekreatifan
pengguna bahasa. Hypertext yang juga digunakan menyerlahkan lagi unsur kekreatifan
pengguna facebook dalam menyampaikan isi hati dan perasaan mereka.
Kata kunci : Penglahiran, perlakuan bahasa, facebook
PENDAHULUAN
Aliran komunikasi kini semakin kompleks dan interaktif sesuai dengan perkembangan
pesat teknologi komunikasi dan maklumat. Perkembangan pesat teknologi
komunikasi telah memberikan ruang kepada seseorang itu untuk berinteraksi
merentasi jarak dan waktu. Keadaan ini sesuai dengan fitrah manusia yang
sepanjang hayat hidupnya di dunia ini senantiasa memerlukan komunikasi. Awang
Sariyan (2005) menyatakan bahawa di dunia ini, komunikasi manusia berlangsung
dalam bentuk empat jurusan iaitu komunikasi dengan manusia lain, komunikasi
dengan dirinya sendiri, komunikasi dengan penciptanya dan komunikasi dengan
unsur alam (makhluk lain)
Hashim Musa (19994) pula membahagikan ragam komunikasi manusia kepada
empat ragam iaitu ragam interaksi secara mendatar atau ‘horizontal’ iaitu antara
manusia dengan manusia, perhubungan menegak atau vertikal, iaitu dari bawah ke
atas antara manusia secara individu dengan Tuhan atau dengan makhluk-makhluk
pada tingkat kewujudan yang tinggi misalnya Malaikat, ragam interaksi menurun,
iaitu dari atas ke bawah, antara Tuhan dengan manusia secara individu dan yang
terakhir ragam interaksi internal atau ke dalam, iaitu antara manusia dengan dirinya.
Menurut beliau, ragam interaksi manusia dengan manusia sahaja yang memerlukan
bentuk perhubungan bahasa fonologi yang spesifik iaitu satu bahasa tertentu yang
menggunakan pengucapan bunyi dalam bahasa lisan ataupun lambang tulisannya
dalam teks-teks bertulis. Setelah meneliti pendapat kedua-dua tokoh bahasa
tersebut, salah satu unsur penting yang digunakan ialah bahasa. Bahasa untuk
tujuan berkomunikasi dibahagikan kepada dua bentuk oleh ahli komunikasi iaitu
bahasa verbal dan bahasa bukan verbal.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
13
Menurut Siti Zobidah Omar dan Norizah Aripin (2003), bahasa memainkan peranan
penting dalam komunikasi. Bahasa dapat menyampaikan isi hati seseorang,
menyatukan para penggunanya menjadi satu komuniti . Bahasa juga dijadikan
identifikasi sosial dalam masyarakat dengan cara memberikan petanda linguistik
yang digunakan untuk mengukuhkan strafikasi sosial. Menurut Jalaluddin Rakhmat
(2000), bahasa boleh dilihat dari dua perspektif pendefinisian iaitu fungsional dan
formal.
Perkembangan teknologi komunikasi telah menghasilkan gelombang baru yang
menjadi medium unggul untuk para pengguna bahasa berinteraksi. Bentuk bahasa
yang digunakan untuk berinteraksi dalam ruang maya atau ruang siber yang
dikenali sebagai facebook ini menyamai bentuk bahasa yang digunakan dalam
Short Message Service atau SMS. Setiap hari, berjuta-juta manusia telah
menggunakan Facebook untuk bertemu maya dengan rakan-rakan, memuat dan
menaik turun gambar, berkongsi rakaman-rakaman video dan yang paling penting
belajar dengan lebih mendalam serta memahami setiap rakan interaksi mereka.
Facebook telah menjadi media unggul yang bukan sahaja digunakan oleh orang
ramai tetapi juga oleh pihak kerajaan dan agensi berkaitan dengannya.
Oleh sebab pengguna facebook itu terdiri daripada pelbagai latar belakang
pendidikan dan persekitarannya, sudah pasti akan terlahirlah ragam dan bentuk
bahasa yang berlainan kerana situasi dan konteks interaksi itu pasti berbeza
walaupun mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Oleh itu, perlunya kajian
untuk melihat dan menilai adakah laman sembang sosial iaitu facebook ini telah
melahirkan pelbagai ekspresi perlakuan? Adakah senario ini juga menerangkan
dengan sendirinya tentang kekreatifan manusia dalam berinteraksi melalui bahasa?
Kajian ini dibuat bagi membolehkan masyarakat melihat tentang ekspresi perlakuan
yang terdapat dalam bahasa laman sembang facebook itu. Pengkaji melihat
perlunya para pengguna facebook didedahkan dengan maklumat tersebut demi
memastikan interaksi yang berlaku lebih akrab, bermakna dan mencapai tujuannya
di tahap maksimum.
PERNYATAAN MASALAH.
Facebook ialah website jaringan sosial yang membolehkan para pengguna dapat
bergabung dalam masyarakat kota, kerja, sekolah dan daerah untuk berinteraksi
dengan orang lain. Masyarakat juga dapat menambahkan teman-teman mereka,
mengirim pesanan dan memperbarui profil peribadi agar orang lain dapat melihat
tentang dirinya. Facebook memberikan keupayaan kepada manusia untuk
berkongsi dan menjadikan dunia ini lebih terbuka dan interaktif. Setiap hari, berjuta-
juta manusia menggunakan Facebook untuk bertemu maya dengan rakan-rakan,
memuat dan menaik turun gambar, berkongsi rakaman-rakaman video dan yang
paling penting belajar dengan lebih mendalam serta memahami setiap rakan
interaksi mereka.
Tidak ada laman web sosial lain yang mampu menandingi daya tarikan Facebook
terhadap pengguna. Pada tahun 2013, terdapat 1.26 milion jumlah pengguna
Facebook. Pengguna aktif Facebook pula ialah seramai 1.23 milion. Rata-rata
pengguna menghabiskan waktu sekitar 19 minit sehari untuk melakukan berbagai-
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
14
bagai aktiviti di Facebook tetapi bagi pengguna tegar, mereka mampu
menghabiskan masa berjam-jam melayani kerenah rakan-rakan di facebook.
Pengkaji menjalankan kajian ke atas ujaran dan aliran interaksi yang berlaku di
facebook dalam kalangan pengguna facebook yang semakin bertambah dari
semasa ke semasa. Berdasarkan latar belakang yang berbeza dan tujuan interaksi
yang rencam, para pengguna laman sembang sosial ini menggunakan segala
bentuk kekreatifan mereka untuk menyampaikan segala mesej yang ingin
dikongsikan oleh seluruh rakan sembang mereka. Satu bentuk interaksi kreatif yang
pengkaji namakan sebagai interaksi rangsangan telah melahirkan bermacam-
macam bentuk interaksi kreatif yang berbeza daripada interaksi rangsangan tadi.
Permasalahan yang timbul di sini adalah , apakah bentuk ekspresi perlakuan yang
dihasilkan oleh para pengguna laman sembang facebook itu melalui bahasa
facebook mereka dan apakah bentuk simbol, emotikon dan asikon selain corak
bahasa berbentuk hypertext yang terdapat dalam facebook yang timbul hasil
proses interaksi tersebut. Justeru, pengkaji mengambil jalan untuk membuat tinjauan
ke atas ekspresi perlakuan melalui medium lisan yang terdapat dalam facebook
yang merupakan rakan sembang pengkaji sendiri.
PERSOALAN KAJIAN.
Bahasa yang berkembang dan perkasa bukan suatu bahasa yang statik tetapi
suatu bahasa yang dinamik. Pada peringkat awal perkembangannya, manusia
berinteraksi untuk menyampaikan maklumat melalui kaedah nonverbal seperti
penggunaan asap, lakaran gambar binatang, lakaran di gua, penggunaan simbol-
simbol seperti semaphore (isyarat ahli pengakap) dan sebagainya. Setelah manusia
tahu menggunakan sistem tulisan yang lebih kompleks, bentuk interaksi manusia
menjadi lebih bersistem dan bervariasi melalui penciptaan pantun, gurindam, syair,
seloka dan naratif yang setiap satunya menggambarkan kelainan bentuk dalam
berinteraksi tetapi mempunyai satu tujuan penggunaan iaitu untuk menyampaikan
buah fikiran dan pandangan. Dalam zaman ledakan teknologi ini, selera interaksi itu
telah mula berubah akibat proses evolusi yang dihasilkan oleh kemajuan
pendidikan, sains dan teknologi yang mewujudkan latar belakang yang pelbagai.
Sembang secara maya yang mampu menghubungkan rakan tanpa batasan waktu
dan jarak serta had bilangan telah menghasilkan satu fenomena yang menggegar
dunia malah telah menjadi media ampuh untuk menyampaikan pandangan dan
ideologi bukan sahaja oleh orang awam tetapi oleh agensi kerajaan dan parti-parti
politik.
Persoalannya sekarang adalah sejauh manakah kekreatifan para pengguna
facebook melahirkan ekspresi perlakuan bahasa yang pelbagai ? Selain itu, untuk
mengetahui penggunaan simbol, emotikon dan asikon juga corak bahasa
berbentuk hypertext yang terdapat dalam facebook.
OBJEKTIF KAJIAN.
i) Mengenal pasti ekspresi perlakuan responden melalui bahasa dalam
facebook.
ii) Mengetahui penggunaan simbol, emotikon, dan asikon dalam facebook
ketika responden berinteraksi.
iii) Mengetahui corak bahasa berbentuk hypertext dalam facebook.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
15
KEPENTINGAN KAJIAN.
Bahasa dicipta untuk melahirkan perlakuan komunikasi yang bermakna, mesra dan
difahami oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam proses komunikasi
tersebut. Justeru, kefahaman tentang bentuk perlakuan bahasa yang terdapat
dalam facebook akan meningkatkan tahap keberkesanan dalam sesuatu proses
komunikasi itu. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan tujuan komunikasi
itu tercapai dengan sendirinya melalui transformasi maklumat yang berlaku
sepenuhnya.
SKOP KAJIAN.
Pengkaji hanya membuat kajian meliputi facebook dalam kalangan pengguna di
Sabah sahaja. Kajian yang dibuat dibataskan terhadap 125 kawan maya pengkaji
yang mempunyai hubungan dengan pengkaji. Latar belakang 125 kawan maya
pengkaji ialah warga pendidik yang sama-sama menuntut di Maktab Perguruan
Kent sesi 93-95 (kini IPG Kent), pelajar sekolah di SMK Abdul Rahim, Kudat dan bekas
pelajar yang pernah pengkaji ajar sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah
menengah (SMK Bandau, Kota Marudu, SK Kundasang Ranau) serta keluarga
terdekat pengkaji yang tinggal di Beaufort dan di sekitar kawasan Kota Kinabalu.
Responden itu dipilih kerana pengkaji telah mengenali mereka dan pernah
bersama-sama dengan mereka, hal ini secara tidak langsung memudahkan kajian
yang dijalankan. Bahasa facebook dikaji dari sudut ekspresi perlakuan responden
melalui bahasa dalam facebook. Selain itu, turut dikaji ialah penggunaan simbol,
emotikon dan simbol serta corak bahasa berbentuk hypertext dalam facebook.
DEFINISI OPERASIONAL.
Bahasa merupakan alat komunikasi yang digunakan dalam proses transformasi
maklumat iaitu sama ada untuk menerima mahu pun menyampaikan maklumat.
Rancu pula bermakna keadaan ketidak-tentuan yang lari dari sistem standard atau
norma seragam yang telah dipersetujui bersama.
Bahasa - Menurut Raminah Hj. Sabran (1989); bahasa adalah alat perhubungan
yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa, seseorang boleh
berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan,
pendapat, pengalaman, pengetahuan, mendapatkan maklumat, memahami
orang lain, dan sebagainya. Menurut Jujun S Suriasumantri (1990); bahasa berfungsi
sebagai alat menjelmakan pemikiran konseptual ke dalam dunia kehidupan,
kemudian penjelmaan tersebut menjadi landasan sesuatu perbuatan. Perbuatan ini
menyebabkan terjadinya hasil, dan akhirnya hasil ini dinilai. Raminah Sabran (2005);
menyatakan secara umumnya bahasa dapat ditakrifkan sebagai sistem lambang,
iaitu yang terdiri daripada lambang bunyi atau lambang tulisan yang digunakan
oleh manusia untuk berhubung atau berkomunikasi. Tanpa bahasa, teknologi dan
peralatan komunikasi itu tidak bermakna. Bahasa merupakan alat perhubungan
yang amat penting bukan sahaja dalam kehidupan seharian, malah lebih penting
lagi, bahasa, sama ada yang berbentuk lisan ataupun tulisan, menjadi alat yang
dapat menjamin kesinambungan ilmu dan tamadun manusia.
Komunikasi - Menurut Abdullah Hassan (2005); proses komunikasi merupakan proses
perpindahan maklumat atau pengalaman. Awang Sariyan (2005) menyatakan
bahawa di dunia ini, komunikasi manusia berlangsung dalam bentuk empat jurusan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
16
iaitu komunikasi dengan manusia lain, komunikasi dengan dirinya sendiri, komunikasi
dengan penciptanya dan komunikasi dengan unsur alam (makhluk lain). Hashim
Musa (19994) pula membahagikan ragam komunikasi manusia kepada empat
ragam iaitu ragam interaksi secara mendatar atau ‘horizontal’ iaitu antara manusia
dengan manusia, perhubungan menegak atau vertikal, iaitu dari bawah ke atas
antara manusia secara individu dengan Tuhan atau dengan makhluk-makhluk pada
tingkat kewujudan yang tinggi misalnya Malaikat, ragam interaksi menurun, iaitu dari
atas ke bawah, antara Tuhan dengan manusia secara individu dan yang terakhir
ragam interaksi internal atau ke dalam, iaitu antara manusia dengan dirinya.
Menurut beliau, ragam interaksi manusia dengan manusia sahaja yang memerlukan
bentuk perhubungan bahasa fonologi yang spesifik iaitu satu bahasa tertentu yang
menggunakan pengucapan bunyi dalam bahasa lisan ataupun lambang tulisannya
dalam teks-teks bertulis.
Simbol, Emotikon, Asikon - Menurut Noriah Mohamed (2003) dan Siti Zobidah Omar
& Norizah Aripin (2006), dalam komunikasi ruang siber, simbol bukan verbal yang
lazimnya dapat dikesan di persekitaran fizikal tidak dapat dilihat. Pengguna ruang
siber mengembangkan budaya berbahasa mereka sendiri dengan set norma dan
nilai yang sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah merealisasikan
bentuk bukan verbal ini. Pengguna ruang siber juga menggunakan ciri-ciri
parabahasa teks yang konvensional seperti semua tanda bacaan untuk
mengekspresikan emosi dalam teks ruang siber. Misalnya untuk menggambarkan
rasa ingin tahu, tanda soal (?) digunakan. Seruan (!) pula digunakan untuk
menggambarkan rasa kehairanan. Simbol parabahasa teks yang lain seperti koma,
titik noktah dua bertindih, noktah berkoma, dan sebagainya berfungsi mengikut
konvensi sebagaimana dalam komunikasi ruang sebenar. Menurut Siti Zobidah Omar
& Norizah Aripin (2006), kadang-kadang parabahasa teks digabungkan dengan
susunan huruf atau suku kata tertentu untuk menggambarkan emosi pengguna di
dalam ruang siber. Menurut Warden ( dalam Noriah Mohamed,2003), kata-kata
yang digunakan untuk mengekspresikan emosi dinamakan kata-kata aksi atau
lakuan (action words). Kata-kata aksi ialah abbreviations of phrases commonly used
in Chat, usually expressing actions people do in real life. Sementara Kamus Dewan
(2009) pula, ekspresi perlakuan adalah melahirkan maksud ataupun pencurahan
perasaan melalui perbuatan ataupun tingkah laku. Dalam konteks kajian in, ianya
adalah merupakan penggambaran perasaan hati yang disampaikan melalui
sesuatu perbuatan iaitu melalui bahasa.
Selain itu, pengguna ruang siber juga mewujudkan set simbol khusus untuk
menggambarkan emosi ketika berkomunikasi. Set simbol ikon yang dimaksudkan
ialah emotikon dan asikon. Menurut Norizah Aripin dan Siti Zobidah Omar (2003),
Emotikon merupakan simbol tipografi (ikon atau huruf) yang dilihat dengan cara
menyendengkan kepala ke kiri atau menengak. Misalnya, dua emotikon yang
paling popular, iaitu yang menggambarkan keriangan dan kesedihan boleh dilihat
secara menyendeng atau menegak, yakni :) / :-) boleh dilihat secara menyendeng
dan ☺ secara menegak, atau :( / :-( boleh dilihat secara menyendeng dan secara
menegak. Simbol-simbol ini digunakan untuk mengambarkan emosi dalam
komunikasi (khususnya komunikasi bukan verbal ruang siber) kerana dalam
komunikasi sebegini unsur-unsur badan (termasuk suara) tidak dapat digunakan
untuk tujuan yang sama. Emotikon juga digunakan untuk menggambarkan
perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan jelas menerusi parabahasa teks
(Noriah Mohamed ,2003). Menurut Norizah Aripin dan Siti Zobidah Omar (2003),
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
17
asikon (ASCII ART) pula merupakan ikon yang melibatkan gambaran bahagian
anggota badan manusia. Beberapa contoh asikon yang menggambarkan
punggung manusia seperti (-!-) bermaksud punggung biasa, (-E=mc2-) bermaksud
punggung cantik atau menarik dan lain-lain lagi. Menurut Noriah Mohamed (2003),
parabahasa ini tidak boleh berfungsi dalam perbualan biasa dan hal ini
membuktikan bahawa ciri ini merupakan fenomena linguistik yang istimewa kepada
bahasa talian.
Hypertext - John V. Pavlik (1998) menyatakan bahawa penggunaan media
teknologi dalam berkomunikasi juga telah memberi kesan terhadap penggunaan
penulisan ayat hypertext ataupun penulisan bukan linear, kebanyakan ayat yang
ditulis tidak lagi mengandungi ayat pendahulu, tengah, dan akhir. Bentuk penulisan
sebegini kemudiannya telah menjadi amalan dan budaya kepada pengguna
media teknologi yang mana ia telah memberi kesan yang sangat besar terhadap
kesusasteraan penulisan. Ekorannya bentuk penulisan hyperfiction wujud iaitu penulis
telah membentuk suatu karakter dan situasi penulisan yang baru yang difahami
oleh pengguna media teknologi dan meninggalkan bentuk-bentuk penulisan yang
lazim dan formal. Sementara Noriah Mohamed (2003), pula menyatakan ruang
siber telah menghasilkan hypertext baku dan bukan baku seperti perbualan
(sinkroni) atau kumpulan berita (asinkroni). Teks baku lazimnya merujuk kepada teks
yang tegar dari segi penggunaan bahasanya sementara teks bukan baku pula
sebaliknya. Dalam ruang sebenar, teks baku ruang siber dapat disamakan dengan
teks bertulis baku sementara teks bukan baku ruang siber pula merujuk kepada
perbualan dalam ruang sebenar.
Ulasan Buku - Noriah Mohamed (2003) telah membincangkan tentang bentuk-
bentuk parabahasa yang wujud dalam kalangan pengguna komunikasi ruang siber.
Antara bentuk yang dibincangkan adalah penggunaan simbol, emotikon, dan
asikon. Beliau turut mengkaji tentang penggunaan hypertext. erbandingan antara
realiti komunikasi ruang siber dengan realiti komunikasi ruang sebenar telah juga
dikaji oleh penulis buku ini. Beliau telah membandingkan teks baku dan teks bukan
baku dalam komunikasi ruang siber dan komunikasi ruang sebenar. Secara
keseluruhannya, beliau merumuskan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi
komunikasi di ruang sebenar dari segi ejaan turut mempengaruhi bentuk ejaan teks
yang terdapat dalam komunikasi ruang siber. Walau bagaimanapun, beliau
berpendapat bahawa penggunaan parabahasa berbentuk simbol, emotikon, dan
asikon tidak boleh berfungsi dalam perbualan biasa dan hal ini membuktikan
bahawa ciri ini merupakan fenomena linguistik yang istimewa kepada bahasa
talian. Melalui buku ini, pengkaji telah mendapatkan gambaran yang jelas tentang
bentuk parabahasa yang akan memudahkan pengkaji memahami ekspresi
perlakuan melalui bahasa facebook. Manakala
Hashim Fauzy Yaacob. (2001) telah menghuraikan proses komunikasi dalam
pelbagai strata. Buku yang mengandungi 9 bab ini antara lainnya mengupas
tentang mesej lisan dan bukan lisan. Dalam bab satu, penulis telah membincangkan
tentang prinsip dan proses komunikasi yang mesti melibatkan dua pihak yang
mempunyai tujuan yang sama untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Perbincangan di atas telah membimbing pengkaji agar bergerak di landasan yang
betul sepanjang melakukan kajian. Hal yang demikian kerana asas kajian ialah
komunikasi yang berlaku antara dua belah pihak melibatkan manusia. Justeru,
pemahaman tentang prinsip dan proses komunikasi banyak membantu pengkaji
membuat kesimpulan untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
18
KAEDAH KAJIAN.
Pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian bagi melengkapkan kajian ini.
Antaranya adalah sebagaimana berikut :
Kaedah Primer - Kaedah pertama yang digunakan adalah dengan mengumpul
bahan rujukan mengenai ekspresi perlakuan melalui bahasa facebook. Sebelum
kajian dilakukan, maklumat asas mengenai facebook dan ekspresi perlakuan perlu
diketahui bagi memudahkan kajian yang akan dilakukan. Maklumat asas diperoleh
dengan menjalankan kajian kepustakaan melalui bahan-bahan ilmiah seperti buku-
buku, rujukan di internet, jurnal , majalah dewan bahasa, majalah dewan budaya
dan beberapa keratan akhbar nasional dan negeri seperti akhbar Berita Harian,
Utusan Malaysia, dan Utusan Borneo. Pengkaji memastikan bahawa semua bahan
yang dirujuk berkaitan dengan tajuk kajian. ajian kepustakaan yang dibuat telah
menemukan pengkaji dengan pelbagai bahan yang perlu dipilih dan disaring agar
sesuai dengan tajuk kajian. Hal yang demikian penting demi memastikan data serta
maklumat yang diperoleh relevan dengan tajuk kajian.
Kaedah Pemerhatian Ikut Serta - Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan
membuat temu bual secara maya di facebook dengan responden. Temu ramah
kajian ini menggunakan pendekatan temu ramah semi-struktur di mana temu ramah
ini berbentuk tidak formal dan menggunakan medium bahasa tulisan dalam
facebook. Setelah itu, pengkaji telah menyalin semula butiran-butiran perbualan
dalam facebook itu untuk tujuan analisis. Analisis data menggunakan kaedah
analisis interpretasi dari sudut bidang komunikasi.
SOROTAN KAJIAN
Facebook diluncurkan pertama kali pada tarikh 4 Februari 2004 oleh Mark
Zuckerberg sebagai media untuk saling mengenal bagi para mahasiswa Harvard.
Dalam waktu dua minggu setelah diluncurkan, separuh dari semua mahasiswa
Harvard telah mendaftar dan memiliki akaun di Facebook. Tidak sekadar itu,
beberapa kampus lain di sekitar Harvard pun meminta untuk dimasukkan dalam
jaringan Facebook. Zuckerberg pun akhirnya meminta bantuan dua temannya
untuk membantu mengembangkan Facebook dan memenuhi permintaan kampus-
kampus lain untuk bergabung dalam jaringannya. Dalam waktu 4 bulan semenjak
diluncurkan, Facebook telah memiliki 30 kampus dalam jaringannya. Dengan
kejayaannya itu, Zuckerberg berserta dua orang temannya memutuskan untuk
berpindah ke Palo Alto dan menyewa apartemen di sana. Setelah beberapa
minggu di Palo Alto, Zuckerberg telah bertemu dengan Sean Parker (cofounder
Napster), dan hasil pertemuan tersebut Parker pun setuju pindah ke apartmen
Facebook untuk bekerja sama mengembangkan Facebook. Tidak lama setelah itu,
Parker berhasil mendapatkan Peter Thiel (cofounder Paypal) sebagai investor
pertamanya. Thiel telah melabur 500 ribu US Dollar untuk pengembangan
Facebook. Jumlah akaun di Facebook terus melonjak, sehingga pada pertengahan
2004 Friendster mengajukan tawaran kepada Zuckerberg untuk membeli Facebook
dengan nilai 10 juta US Dollar tetapi Zuckerberg menolaknya. Zuckerberg sama sekali
tidak menyesal menolak tawaran tersebut sebab tidak lama setelah itu Facebook
menerima sokongan dana lagi sebesar 12.7 juta US Dollar dari Accel Partners.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
19
Semenjak itu sokongan dana dari berbagai-bagai pelabur terus mengalir untuk
pengembangan Facebook.
Pada September 2005 Facebook tidak lagi membatasi jaringannya hanya untuk
mahasiswa. Facebook pun membuka jaringannya untuk para pelajar sekolah
menengah tinggi. Beberapa waktu kemudian Facebook juga membuka jaringannya
untuk para pekerja pejabat. Dan akhirnya pada 11 September 2006, Facebook
membuka pendaftaran untuk sesiapa saja yang memiliki alamat e-mail. Selain
menolak tawaran dari Friendster bernilai 10 juta US Dollar, Zuckerberg juga pernah
menolak tawaran dari Viacom yang ingin membeli Facebook dengan nilai 750 juta
US Dollar, dan tawaran dari Yahoo yang ingin membeli Facebook dengan nilai 1
milion US Dollar.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Bisnis Jeunesse Global Indonesia, jumlah
pengguna Facebook di seluruh dunia pada tahun 2013 adalah seramai 1.26 milion
dan sebanyak 1.23 milion adalah pengguna aktif manakala pengguna aktif
Facebook secara harian adalah seramai 757 juta orang.Kajian yang dibuat oleh
Persatuan Digital Malaysia mendapati bahawa Facebook merupakan media sosial
yang paling kerap dikunjungi oleh rakyat Malaysia pada bulan Oktober 2013, jumlah
pengguna yang dicatatka adalah seramai 836 2000. Kajian persatuan ini juga
mendapati bahawa terdapat seramai 8.45 milion pengguna Facebook terdapat di
seluruh dunia.
Bahasa SMS - Kajian ini telah dibuat oleh Supyan Hussin dari Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bahasa SMS adalah satu kod. Sama seperti kod BRAILE untuk orang cacat
penglihatan dan kod MORSE untuk telegraf, kod SMS adalah untuk komunikasi tulisan
melalui telefon bimbit. Apakah kod BRAILE dan kod MORSE merosakkan bahasa
baku sedangkan ianya juga simbol dan singkatan perkataan, serta melanggar
peraturan nahu?
Bahasa SMS : Realiti kini - Apakah kerana bahasa SMS lebih ketara dan dilihat
saban hari, maka kita menganggap ia boleh merosakkan bahasa Melayu? SMS
boleh merosakkan bahasa baku kalau ia digunakan dalam konteks komunikasi rasmi
seperti dalam surat, buku, akhbar, karangan dan media cetak yang rasmi. Tetapi
jika hanya digunakan dalam konteks telefon bimbit, komunikasi tidak formal atau
tidak rasmi atau komunikasi di antara orang yang boleh memahami kod yang
diberikan, maka SMS tidak wajar dianggap sebagai merosakkan bahasa baku.
Apatah lagi kalau bahasa SMS itu dipengaruhi oleh faktor fizikal telefon bimbit yang
mempunyai ruang penulisan mesej hanya terhad kepada 160 aksara (huruf) bagi
sesuatu mesej dan dipengaruhi oleh faktor ekonomi, setiap satu mesej dikenakan
bayaran tertentu. Maka rugilah bagi seseorang yang menghantar satu mesej tetapi
dihantar dua kali dan membayar cas dua kali sedangkan ia boleh menghantar
mesej yang sama sekali gus dengan memendekkan perkataan dan menggunakan
simbol dalam mesejnya. Lantaran, proses singkatan perkataan, penggunaan simbol
seperti emotikon, dan kod tertentu dalam SMS adalah satu yang mesti berlaku dan
dianggap satu yang semula jadi. Perlu ditekankan di sini bahawa bahasa SMS yang
digunakan kerana ketiga-tiga faktor di atas tidak boleh dihukumkan sebagai
merosakkan bahasa baku. Dalam bahasa rasmi, struktur ayat dan nahu dijaga
dengan kemas. Dalam bahasa tidak rasmi atau tidak formal, terdapat kelonggaran
dalam struktur ayat dan nahu apabila seseorang berkomunikasi sama ada secara
lisan atau tulisan.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
20
Dalam bahasa tidak rasmi, terdapat 3 pola:
a. bahasa alih kod (code switching)
b. bahasa rojak (mixed code)
c. bahasa slanga atau bahasa basahan atau dialek
Apakah bahasa SMS mempunyai ketiga-tiga pola ini? Apakah bahasa alih kod itu
baik?
Apakah bahasa rojak itu baik? Apakah bahasa slanga itu baik?
Apakah ketiga-tiga pola itu berlaku dalam bahasa rasmi melalui tulisan? Jika tidak
berlaku, apakah wajar kita menghukum bahasa SMS sebagai bahasa yang boleh
merosakkan bahasa baku sedangkan ia berlaku dalam bentuk bahasa tidak rasmi.
BAHASA SMS ADALAH BAHASA ROJAK?
Bahasa rojak bererti
a. bahasa yang bercampur aduk dengan lebih dari daripada satu bahasa
b. bahasa yang melanggar peraturan nahu, struktur ayat serta di luar
jangkaan bahasa yang baik (unpredictable).
c. digunakan dalam perbualan dan tulisan untuk komunikasi tidak rasmi
Apakah bahasa rojak ini baik? Jawapannya, TIDAK kerana ia boleh memupuk satu
tabiat yang akan berpanjangan.
Apakah ia menjimatkan ruang dan kos apabila ditulis dalam mesej yang dihantar
melalui SMS? jawapannya YA
Antara contoh bahasa rojak adalah :-
I kan nak go sanalah.
(Saya hendak pergi ke sanalah).
Pu3 2 kn x senonoh, suka kcu ppl.
(Puteri itu tidak senonoh, suka kacau orang).
2nang dier ni bks bfrn bdk 2.
(Tunang dia ini bekas kawan lelaki budak itu).
Bahasa rojak dalam bahasa SMS ini jika dibiarkan maka ia boleh merosakkan
kemampuan berbahasa oleh pengamalnya. Jika ia terbawa-bawa dengan gaya
bahasa rojak, ia akan menggunakannya dalam bahasa lisan dan ini akan
membawa kepada masalah komunikasi.
Tetapi bahasa alih kod (code switching) tidak sama dengan bahasa rojak. Bahasa
alih kod adalah lebih baik sedikit dari bahasa rojak.
Apa itu bahasa alih kod? Bahasa alih kod ialah:
a. bahasa yang bercampur dengan lebih dari satu bahasa.
b. bahasa yang tidak banyak melanggar peraturan nahu, struktur ayat
dengan menggunakan frasa, unit, dan ungkapan yang boleh dijangka
(perdictable).
c. digunakan dalam perbualan dan tulisan untuk komunikasi tidak rasmi.
Contohnya:
I want to go sanalah.
(Saya hendak pergi ke sanalah).
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
21
“I want to go” adalah satu frasa, unit yang ditulis dalam bahasa Inggeris di
mana perkataan dalam unit ini tidak terpisah dari bahasa yang sama; “sanalah”
juga adalah satu frasa atau unit dalam bahasa Melayu yang mana perkataan
‘sana” dan “lah” tidak terpisah oleh bahasa Inggeris.
Tht prnces is bad, suka kcu org
(Puteri itu tidak senonoh, suka kacau orang)
“Tht princess is bad” adalah satu frasa, unit; “suka kcu org” adalah satu frasa
atau unit.
Tunang dia ni ex-bfrn tht boy
(Tunang dia ini bekas kawan lelaki budak itu)
“Tunang dia ni” adalah satu frasa, unit; “ex-bfrn tht boy” juga adalah satu
frasa atau unit.
Apakah bahasa alih kod baik dalam SMS? Ia lebih baik dari bahasa rojak. Ia juga
menjimatkan ruang dan wang jika pengamalnya tahu meringkaskan perkataan
dalam mesej yang dihantar. Bahasa alih kod ini biasa didengari semasa perbualan
tidak rasmi dan dilihat pada bahasa SMS. Ianya suatu trend yang lazim tetapi tidak
digalakkan kerana untuk jangka panjang ia boleh menjejaskan keberkesanan
dalam komunikasi lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi. Apabila sesuatu perbuatan
itu menjadi tabiat, maka sukar bagi pengamal itu untuk meninggalkannya.
KREATIVITI DALAM SMS
SMS mengundang kreativiti penciptaan perkataan. Salah satu kreativiti ini ialah
penggunaan homofon atau perkataan yang mempunyai persamaan bunyi.
Di dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang dicipta berdasarkan bunyi
sesuatu, misalnya :-
Mengetok - berasal dari bunyi ketok pada pintu atau kayu= tok tok tok
berdetik - berasal dari bunyi detikan jam = tik, tik, tik
rintik - berasal dari bunyi jatuhan hujan pada atap = tik tik tik
berderap - berasal dari bunyi derapan hujan lebat menimpa atap= rap,
rap
berdenting - berasal dari bunyi dentingan pada tin atau kaca = ting, ting
berdering - berasal dari bunyi deringan loceng atau telefon (bunyi klasik) =
ring
berdengkur - berasal dari bunyi dengkuran seseorang yang sedang tidur =
kor, kor
Dalam bahasa SMS, terdapat kreativiti dalam mencipta kod SMS yang berasal dari
bunyi. Bagaimanapun, kreativiti ini harus dikawal supaya ia tidak keterlaluan dan
tidak menjadi bahasa rojak dalam bahasa Melayu SMS. Misalnya:
pp = pipi
pk = fikir
gg = gigi
Begitu juga dengan bunyi “I di sisi you” = saya di sisi mu yang ditulis dalam kod SMS
seperti “idccu”? Perkataan “sisi” digantikan dengan “cc”.
Manakala yang boleh merosakkan bahasa SMS dalam bahasa Melayu walaupun
boleh menjimatkan wang dan ruang ialah bahasa rojak seperti
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
22
pu3 = puteri
*di, *dy = study
2nang = tunang
[cadangan; gunakan "putri" atau "ptri","stdi", "tnang" supaya kelihatan seperti
dalam bahasa Melayu]
EJAAN MELAMPAU DAN EJAAN KREATIF DALAM SMS .
Perkara yang menjadi subtajuk di atas juga boleh merosakkan bahasa kerana
ejaan melampau dan bukanya singkatan SMS, antara contohnya adalah :-
dier = dia
giler = gila
[cadangan: kekalkan ejaan "dia", "gila" kerana ejaannya sudah cukup
pendek]
Ada perkataan yang disingkatkan tetapi mempunyai ejaan melampau
saper = siapa
[cadangan: gunakan "sapa"]
Bagaimana dengan “cni” = sini” dan “cna”=sana?
[cadangan; elok gunakan “sni’ dan “sna” yang kelihatan seperti bahasa
Melayu.
Tetapi ‘cni’ boleh dianggap bahasa kolokial yang mencerminkan hubungan intim
antara pengguna. Maka ‘cni’ atau bunyinya “cini” atau ‘”cana” adalah bahasa
slanga yang pelat tetapi manja. Begitu dengan “cayang” daripada perkataan
“sayang” yang boleh dipendekkan kepada “syg” iaitu lebih pendek daripada
“cayang” dan menjimatkan wang dan ruang.
KOD BAHASA SMS DALAM BAHASA INGGERIS.
SMS dalam bahasa Inggeris telah wujud lebih awal dari bahasa Melayu kerana
teknologi SMS telah dipelopori oleh dunia barat. Oleh itu, pastinya kod SMS dalam
bahasa Inggeris lebih banyak dan lebih kompleks apabila digandingkan dengan
emotikon. Di Indonesia, bahasa SMS juga dikenali sebagai bahasa gaul atau bahasa
ABG (anak baru gede). Walaupun begitu, sebagai penutur bahasa Kebangsaan di
Malaysia, kita tidak digalakkan menggunakan bahasa rojak dalam bahasa SMS kita
kerana ia menghilangkan jati diri negara bangsa. Pastinya ada penyelesaian kreatif
dalam penciptaan perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk digunakan
dalam SMS.
Pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu.
Dalam kajiannya, Supyan Hussin telah menyatakan terdapat beberapa kategori
bahasa SMS yang boleh dilihat daripada data yang dikutip. Pertama, kategori
lazim. Kategori ini terdiri daripada perkataan yang telah diterima pakai dalam
dokumen atau penulisan rasmi serta dirakamkan dalam kamus DBP. Perkataan ini
dipendekkan.
Misalnya:
Tkt. = Tingkat.
Sg. = Sungai.
JLN = Jalan.
Lrg. = Lorong.
Dtk = Datuk (Keramat).
Kg. = Kampung.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
23
dll. = Dan lain-lain.
dsb = Dan sebagainya.
Selain daripada perkataan yang rasmi ini, ada perkataan pendek yang lazim dan
diterima pakai dalam urusan tidak rasmi seperti menulis memo, mencatat mesej
atau membuat nota. Misalnya:
yg = yang.
spt = seperti.
dpd = daripada.
dlm = dalam.
dgn = dengan.
ni = ini.
tu = itu.
Terdapat beratus perkataan seperti ini yang sudah diterima pakai dalam bahasa
rasmi kita. Apakah dengan menggunakan perkataan ini dalam bahasa SMS
dianggap sebagai satu kesalahan? Apakah perkataan pendek ini merosakkan
bahasa Melayu baku? Pastinya jawapannya tidak. Soalan seterusnya, apakah jalan
menambah perkataan yang boleh dipendekkan ini sudah tertutup? Tidak bolehkah
lagi DBP atau badan berautoriti menambah lagi perkataan yang boleh diterima
pakai secara lazim?
SMS memberi ruang kepada rakyat dan penutur bahasa Melayu untuk berkreatif
dalam menghantar mesej dengan memendekkan perkataan kerana ia boleh
menjimatkan ruang dan wang. Dengan kreativiti yang terkawal, bahasa Melayu
akan terus relevan dengan peredaran zaman serta mengekalkan identiti diri dan
bangsa. Bahasa yang hidup ialah bahasa yang mempunyai nilai sosial, komunikasi,
dan ekonomi.
Kategori kedua yang disebutkan dalam hasil kajian sejak tahun 2005 ke atas data
bahasa SMS ialah pengguguran huruf vokal dalam perkataan, sama ada pada suku
kata awal atau suku kata akhir serta huruf konsonan
makan = mkn
pintu = pntu
sekolah = skolah, sklah
berjalan = brjln
ketawa = ktwa
payung = pyung
kasut = ksut
kabinet = kbnet
hujan = hjan, hujn
permaidani = prmdani, prmdni
kereta = kreta, (keta, gugur huruf konsonan)
lampu = lmpu
kipas = kpas
kerusi = krusi
baju = bju
bangunan = bgnn
dalam = dlm
Mengikut sejarah perkembangan bahasa, huruf vokal datang kemudian daripada
huruf konsonan. Malah perkataan yang dieja dengan konsonan boleh berdiri sendiri
dan boleh difahami oleh penuturnya. Hal ini bukan sahaja berlaku dalam bahasa
Inggeris tetapi juga dalam bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi di awal
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
24
sejarah Melayu. Dalam tulisan jawi, perkataan dieja dengan menggunakan huruf
konsonan. Huruf vokal tidak begitu dominan dalam penulisan jawi kecuali huruf
“alif’, “wau” dan “ya”. Tulisan jawi berasal dari tulisan bahasa Arab. Dalam bahasa
Arab, terdapat penanda atau harakat yang merupakan simbol bermakna seperti
baris atas (berbunyi ‘a’, baris bawah (berbunyi ‘ie’), baris depan (berbunyi ‘u’), baris
dua atas (berbunyi ‘an’) , baris dua bawah (berbunyi ‘en’), baris dua depan
(berbunyi ‘un’) dan simbol syaddah atau berganda. Simbol ini boleh didapati di
dalam kitab suci Al-Qur’an tetapi di dalam tulisan jawi bahasa Melayu; simbol ini
tidak kelihatan tetapi pembaca atau penutur bahasa Melayu yang boleh
memahami jawi faham akan cara sebutan sesuatu perkataan itu. Misalnya:
“makan” dieja dengan “mim” “kaf” “nun”
“jalan” dieja dengan “jim” “lam” “nun”
“mereka” dieja dengan “mim” “ra” “kaf”
Seseorang yang boleh membaca tulisan jawi lazimnya memahami sesuatu
perkataan walaupun tidak ada penanda atau simbol. Dengan itu, fenomena
pengguguran huruf vokal dalam bahasa SMS bukanlah satu yang baru. Dalam erti
kata lain, pengguguran huruf vokal dalam bahasa SMS yang digunakan secara
tidak rasmi dan untuk tujuan komunikasi peribadi tidak boleh dianggap sebagai
merosakkan bahasa baku. Penggunaan huruf vokal sebenarnya bertujuan
mengindahkan bahasa dan membantu meningkatkan keberkesanan dalam
komunikasi. Bayangkan jika tidak ada huruf vokal seperti a, e, i, o. u, mungkin kita
tidak dapat bezakan beberapa perkataan seperti di bawah ini kecuali ia ditulis
dalam konteks ayat yang jelas
rmh = rumah atau ramah?
blk = bilik atau balik?
ktk = ketuk atau katak?
Kategori ketiga bahasa SMS ialah akronim, iaitu perkataan yang dipendekkan
dengan mengambil satu huruf atau satu suku kata atau gabungan huruf yang
mewakili sesuatu perkataan atau frasa. khususnya organisasi, nama orang, jawatan,
nama jawatan, nama tempat. Lazimnya, akronim ini sudah diterima pakai dalam
kamus atau akhbar tempatan. Jika akronim digunakan dalam bahasa SMS, maka ia
tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa baku. Misalnya:
1. Nama organisasi
MAIS – Majlis Agama Islam Selangor
KUIS – Kolej Ugama Islam Selangor
MAS – Malaysia Airline Systems
AROBA – Ampang Road Old Boys’ Association
2. Nama Kementerian
KP – Kementerian Pelajaran
JPM – Jabatan Perdana Menteri
PDRM – Polis DiRaja Malaysia
3. Nama jawatan
PM – Perdana Menteri
Pres. – Presiden
SU – Setiausaha
Timb. – Timbalan
KSU – Ketua Setiausaha
ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
25
Di Indonesia, akronim bagi jawatan tidak berlaku seperti yang dibuat di Malaysia
tetapi digabungkan suku kata beberapa perkataan .Selain itu wujud juga akronim
melibatkan nama orang tetapi amat jarang berlaku, misalnya :-
TM – Tun Mahathir Mohamad
DSAI – Dato’ Seri Anwar Ibrahim
TGNA – Tuan Guru Nik Aziz
Dalam bahasa Inggeris terdapat satu bentuk akronim yang menarik tetapi jarang
digunakan dalam kod bahasa SMS bahasa Melayu. Ia terdiri dari beberapa huruf
yang dipendekkan. Misalnya:
BTW = by the way.
IMHO = in my humble opinion.
FYI = for your information.
HAND = have a nice day.
F2T = free to talk.
SIT = stay in touch.
Terdapat beratus-ratus lagi akronim seperti ini dalam bahasa Inggeris yang
terkumpul dalam chat dan forum, kemudiannya diimport ke dalam bahasa SMS.
Malah penggunaan akronim seperti ini telah diguna bersama dalam bahasa Melayu
melalui komunikasi lisan dan SMS.
Kini dalam kod bahasa Melayu sudah terdapat beberapa perkataan seperti :-
TK = Terima kasih.
AKUM, SLM = Assalamualaikum.
Bilakah agaknya pengguna SMS akan dapat mencipta beberapa akronim bagi
frasa yang biasa digunakan dalam komunikasi harian. Misalnya:
Selamat pagi = SPg.
Selamat petang = SPt.
Selamat malam = SM.
Dah makan? = DMK.
Bila nak sampai? = BNS.
Untuk makluman = UM.
Apakah pengguna di Malaysia sudah bersedia untuk menggunakan akronim seperti
ini?
Kategori keempat ialah gabungan suku kata dari beberapa perkataan yang
dijadikan singkatan dan digunakan dalam SMS. Sebahagian perkataan ini telah
diterima sebagai bahasa baku dan pastinya ia tidak boleh dianggap sebagai
merosakkan bahasa Melayu. Tetapi apabila ia digunakan dalam SMS, sebahagian
pengguna akan tetap menggugurkan huruf vokalnya. Misalnya:
Pawagam = panggung wayang gambar, ditulis pwgm, pwgam
dalam SMS.
Kugiran = kumpulan gitar rancak, ditulis kgran, kgrn dalam SMS.
Apakah anda tahu asal usul perkataan di bawah ini ?
Tandas = Tempat najis disimpan, di tulis tnds dalam SMS.
Jam = Jalan matahari, ditulis jm dalam SMS.
Terdapat juga perkataan lain yang digabungkan suku katanya tetapi gabungan ini
dibuat secara konsisten. Misalnya:
Balora = Balai orang ramai, ditulis blora, blra dalam SMS.
Di negara kita, tidak banyak perkataan yang dipendekkan melalui gabungan ini,
walaupun ia suatu yang kreatif tetapi harus terkawal. Di Indonesia, terdapat
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
26
gabungan suku kata ke atas banyak perkataan atau ungkapan tetapi gabungan
suku katanya tidak konsisten dan tidak terkawal. Misalnya:
MINAH : Minyak Tanah.
ODHA : Orang Sudah HIVAIDS.
NARKOBA : Narkotika dan Obat Berbahaya.
RUKO : Rumah Kedai.
RAKER : Rapat Kerja.
WARTEL : Warung Telefon.
WARNET : Warung Internet.
CURHAT : Curahan Hati.
RASKIN : Beras Untuk Warga Miskin.
BALITA : Bayi Lima Tahun.
Cuba perhatikan gabungan suku katanya. Ada gabungan yang dibuat dengan
mengambil suku kata awal, ada suku kata akhir dan campur aduk antara yang
awal, tengah dan akhir. Gabungan yang baik dan konsisten ialah apabila
gabungan dibuat antara suku kata awal sesuatu perkataan dengan suku kata awal
perkataan lain. Begitu juga dengan gabungan suku kata akhir dengan akhir.
Gabungan ini tidak harus bercampur aduk antara suku kata awal dengan suku kata
akhir kerana ia menyulitkan proses mengecam perkataan asal. Begitu juga dengan
gabungan suku kata perkataan baru harus mengelakkan dari mewujudkan
perkataan yang sudah sedia ada dalam bahasa kerana ia akan menimbulkan
kekeliruan di kalangan penuturnya.
Kategori kelima ialah perkataan kata ganda yang didapati dalam bahasa SMS.
Misalnya:
tiba-tiba = tetiba, ttba, tiba2, tba2.
Perkataan ini menarik perhatian kerana terdapat beberapa perkataan berganda
dalam bahasa Melayu. Misalnya:
Kadang-kadang.
Kupu-kupu.
Masing-masing.
Sama-sama.
Kelip-kelip.
Lazimnya dalam SMS kita dapati perkataan di atas akan ditulis seperti di bawah:
Kadang-kadang = kadang2, kdg2,
Kupu-kupu = kupu2, kpu2
Masing-masing = masing2, msng2
Sama-sama = sama2, sma2
Kelip-kelip = klip2, klp2
Dalam sejarah dan perkembangan ejaan bahasa Melayu, nombor dua pernah
digunakan untuk menunjukkan gandaan. Kemudiannya nombor ini telah
dihapuskan dan ejaan perkataan ditulis secara penuh dan berulang seperti di atas.
Apakah mungkin dengan kreativiti yang berlaku dalam bahasa SMS, kosa kata
bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik dan dinamis apabila perkataan
berganda ini tidak lagi ditulis seperti di atas tetapi digabungkan menjadi:
Kadang-kadang = kekadang.
Kupu-kupu = kekupu.
Masing-masing = memasing.
Sama-sama = sesama.
Kelip-kelip = kekelip.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
27
Jika kita boleh terima singkatan “Tkt.” (Tingkat), Kg. (kampung) dan “Sg.”(Sungai),
serta menerima “pawagam” (panggung wayang gambar), maka mengapa kita
tidak boleh terima “tetiba” (tiba-tiba) untuk diguna pakai dalam bahasa baku dan
komunikasi formal?
Apakah perkataan berganda pada perbuatan boleh dipendekkan juga seperti
“tetiba”:
berlari-lari?
berjalan-jalan?
beramai-ramai
Dalam bahasa SMS, perkataan ini boleh dipendekkan untuk komunikasi tidak formal,
misalnya:
berlari-lari = brlri2.
berjalan-jalan = brjln2.
beramai-ramai = brmai2.
Kategori keenam dalam bahasa SMS ialah perkataan yang berdasarkan kepada
kolokial, iaitu ejaan dan bunyi perkataan yang lazim di dapati dalam bahasa lisan.
Antara perkataan bersifat lazim kolokial dari aspek hubungan intim dan kadangkala
berbunyi pelat seperti di bawah ini:
amek = ambil
ari = hari
cam = macam
camne = macam mana
camni = macam ini
cite,ceta = cerita
cni = sini
fon = telefon
gi = pergi
jom = mari
ko = kau
korang = (kau orang) kamu
dorang = mereka
kitorang = kami
nek = naik
adui = aduh
amacam = apa macam
je, shj = sahaja
Antara perkataan bersifat lazim kolokial dari aspek dialek atau bahasa daerah ialah:
p, pi = pergi (Kedah).
boh = cukup (Kelantan).
moh = mari (Perak).
wes = sudah (Jawa).
mote = rambutan (Kelantan).
poi = pergi (Negeri Sembilan).
Merujuk kepada kategori ini, jika perkataan ini digunakan dalam bahasa SMS, ia
tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa baku.
Dalam penelitian awal data SMS yang dikumpulkan dari siaran TV Saluran ASTRO,
kita dapati bahawa penggunaan bahasa etnik atau dialek sudah mulai ketara
dalam bahasa SMS. Hal ini menunjukkan bahasa dialek akan mulai mendapat
tempat semula di hati etnik atau kelompok atau kaum di negara ini. Di Indonesia,
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
28
terdapat lebih dari 200 kumpulan etnik, dan sebahagian bahasa etnik ini ada yang
sudah lupus, ada yang sudah tidak ditulis tetapi dipertutur sahaja, dan ada bilangan
penuturnya sudah menjadi terlalu kecil. Begitu juga di negara ini, di mana bahasa
dialek sukar didapati secara bertulis. Tetapi dengan adanya teknologi telefon
bimbit, bahasa etnik yang jarang digunakan kini mulai mendapat tempat di hati
penuturnya. Bahasa SMS mengizinkan pengguna telefon bimbit memberi nafas baru
kepada pemuliharaan dan pelestarian bahasa etnik dan dialek di zaman ini. Tetapi
ini tidaklah bermakna ia akan merosakkan bahasa baku. Sesungguhnya bahasa
SMS memang khusus untuk komunikasi tidak formal.
Kategori yang ketujuh ialah perkataan SMS yang melampau. Perkataan dalam
kategori ini bukan singkatan atau kependekan atau ringkasan tetapi perkataan
yang dieja dengan gaya sendiri dan menyalahi sistem ejaan asal. Malah perkataan
ini menjadi panjang dari perkataan yang asal. Misalnya;
giler = gila, boleh ditulis sebagai “gla” atau dikekalkan bagi
mengelak ia membawa maksud gula = “gla”.
namer = nama, boleh ditulis sebagai “nma”.
jadik = jadi, boleh ditulis sebagai “jd”.
nasik = nasi, boleh ditulis sebagai “nsi”.
dier = dia, boleh dikekalkan kerana terlalu pendek untuk
dipendekkan lagi.
Tetapi ada juga perkataan dalam kategori ini tidak berubah dari segi bilangan huruf
dalam perkataan tetapi salah ejaan. Misalnya:
gune = guna.
kejer = kerja.
die = dia.
mate = mata.
Perkataan seperti di atas ini kelihatan seperti ada unsur kreativiti dalam bahasa SMS
tetapi ia tidak merosakkan jati diri dalam bahasa SMS itu sendiri; apatah lagi kalau ia
digunakan dalam tulisan rasmi, ia akan merosakkan bahasa Melayu baku. Ia bukan
singkatan ejaan.
Kategori kelapan dalam analisis bahasa SMS yang berlaku di Malaysia ialah
singkatan yang diMelayukan. Kategori perkataan ini boleh dianggap lebih rosak dari
bahasa rojak dan boleh membawa kepada proses pidgin, di mana bahasa asal
bercampur aduk dan diMelayukan menjadi satu bahasa lain yang melanggar sistem
nahu, ejaan, dan semantik . Jika ia dibiarkan berleluasa dalam bahasa SMS seperti
boleh mentranformasikan bahasa pidgin kepada bahasa Kreol. Pengkaji akan
menerangkan maksud pidgin dan kreol dalam bahagian lain. Kita boleh lihat
ungkapan ini di dalam bahasa SMS
Sy lebiu, Ilebiu = Saya love you, I love you
Dia gi ofis, dia g opis = dia pergi office/pejabat
aku kol ko nanti = aku call engkau nanti, aku telefon engkau
nanti
babai = bye-bye, selamat jalan/tinggal
ko swic fon ko leh = kau switch phone kau boleh tak?; kau
hidupkan
telefon au boleh tak?
dia ditransfer ke skolah di pahng = dia dipindahkan ke sekolah di
pahang.
ak terdelete msg 2 = aku terpadam mesej itu.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
29
Kalau kita lihat beberapa perkataan di atas yang diMelayukan dan ada yang
dipendekkan. Perkataan atau bentuk bahasa seperti lebiu, opis, kol, swic, fon,
ditransfer, terdelete, 2- sebenarnya boleh mencemarkan jati diri bahasa Melayu dan
merosakkan bahasa baku jika tidak dikawal kreativiti pengguna dalam
menggunakan bahasa Melayu. Kita boleh meMelayukan perkataan luar jika
memang jelas tidak terdapat perkataan yang membawa maksud yang sama
dalam bahasa Melayu. Misalnya:
innovative, innovation = inovatif, inovasi.
positive = positif.
carbon dioxide = karbon dioksida.
Banyak lagi perkataan dari bahasa Inggeris yang dipinjam dan diserap dalam
bahasa Melayu setelah dibahaskan oleh pakar bahasa dan akhirnya menjadi satu
konvension untuk diterima pakai dalam bahasa baku dan dimasukkan daftar
perkataan dalam kamus DBP. Oleh itu, menukar “office” kepada “opis” atau “ofis”
adalah tidak wajar kerana kita sudah perkataan “pejabat” dalam bahasa Melayu
yang boleh diringkaskan dalam bahasa SMS sebagai “pjbt”. Begitu juga dengan
perkataan lain yang termasuk dalam kategori ke lapan ini.
Kategori ke sembilan ialah perkataan dalam bahasa SMS yang membawa makna
baru dalam komunikasi tidak rasmi. Lazimnya perkataan ini digunakan oleh kanak-
kanak dan remaja. Perkataan ini melanggar sistem nahu, ejaan dan semantik
perkataan sedia ada.
Misalnya:
bapak giler.
boring giler.
ooohhh bapak terror.
Perkataan “bapak” di sini bermaksud “teramat sangat” bukan “bapa” yang kita
faham dari sudut kekeluargaan. Kemungkinan perkataan “bapak” dipinjam
maksudnya kerana konotasi “bapa’ membawa ciri-ciri ketua, pemimpin, yang
memutuskan, dan yang lebih tahu. Begitu juga dengan perkataan seperti di bawah
yang lari dari ejaan dan semantiknya.
korang summer = kamu semua.
x yah ko nk cari glemor = tak payahlah kamu nak cari glamour/kemasyuran.
Kategori ini boleh merosakkan bahasa baku dan sudah pasti mengikis jati diri
bahasa Melayu.
Kategori ke sepuluh dalam analisis saya ialah kod bahasa SMS yang menggunakan
simbol dan emotikon serta representasi yang menggambarkan konotasi bunyi dan
perasaan. Misalnya terdapat bahasa SMS yang menggambarkan bunyi dan
perasaan yang ditulis seperti di bawah:
Muaah = Mencium.
Waa,wargh = Menangis.
Eeeeee = Menjerit.
Oww, aduhhh, adoiii = Sakit.
Hmmmm.. = Berfikir.
Wow! = Kagum.
Hehe/haha/keh keh = ketawa.
Errrr = ragu-ragu.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
30
Terdapat emotikon seperti di bawah ini terdiri dari simbol yang menjadi representasi
kepada sesuatu makna:
Emotikon Maksud.
[:-)] = Gembira.
[:-(] = Sedih.
[:-D] = Ketawa.
[:-||] = Marah.
[;-)] = Bergurau, kenyit mata.
[:-V] = Menjerit.
[:-*] = Ciuman.
[|-O] = Menguap.
[:-o] = Terkejut.
[:-Q] = Saya tidak faham.
[:-(] = Hairan.
[:-&] = Kelu lidah.
[:-(] = Amat sedih.
[:-X] = Bibir terkunci.
[X=] = Harapan, doa.
[:-P] = Mengejek.
[:'-(] = Menangis.
[:-/] = Ragu-ragu.
[:-|] = Bosan, tidak peduli.
[:-Y] = Komen sampingan.
Kalau dibuang tanda kurung ini [ ], maka emotikon di atas akan bertukar menjadi
simbol visual yang menggambarkan perasaan pada wajah; misalnya
[:-)] Gembira =
[:-(] Sedih =
[:-D] Ketawa =
Terdapat banyak lagi emotikon yang tidak disenaraikan di sini tetapi ia adalah suatu
yang lazim dalam kalangan pengguna yang berkomunikasi dalam chat dan forum.
Penggunaan emotikon dalam Internet telah diimport ke dalam bahasa SMS.
Apakah penggunaan emotikon seperti di atas ini merosakkan bahasa baku?
Mungkin agar sukar untuk kita menjawabnya. Inilah antara keunikan dan kreativiti
dalam bahasa SMS. Ia memberikan satu bentuk literasi visual bukan teks yang boleh
difahami oleh penggunanya. Begitu juga dengan perkataan yang dieja dalam
pelbagai bentuk dalam bahasa SMS sebenarnya hanya sesuai dalam konteks
komunikasi bahasa SMS. Ia tidak boleh digunakan dalam bahasa rasmi atau bahasa
baku dalam penulisan rasmi. Sekiranya ia digunakan dalam penulisan rasmi, maka
barulah boleh kita katakan bahawa ia boleh mencemarkan bahasa baku. Dalam
komunikasi lisan, sama ada interpersonal atau pengucapan awam, terdapat dua
bentuk bahasa yang digunakan iaitu bahasa lisan (verbal) dan bahasa badan (non
verbal seperti gestures, postures dsb). Begitu juga dalam bahasa SMS terdapat
simbol dan emotikon dalam bahasa SMS yang mewakili sesuatu makna dalam
mesej yang disampaikan. Literasi visual bukan teks boleh didapati dalam peta, di
sepanjang jalan raya atau di dalam bangunan atau di pusat rekreasi. Literasi visual
bukan teks ini digunakan bagi menggantikan ayat atau frasa yang panjang.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
31
MELAHIRKAN PERLAKUAN MELALUI BAHASA DALAM SMS.
Kajian ini dibuat oleh Siti Zobidah Omar dan Norizah Aripin . Berdasarkan kepada
data yang telah diterima dan dianalisis, terdapat tiga tema utama iaitu wujudnya
ekspresi perlakuan melalui bahasa SMS, penggunaan simbol-simbol, emotikon, serta
asikon semasa berinteraksi dan wujudnya corak bahasa berbentuk hypertext.
Ekspresi perlakuan melalui bahasa SMS.
Kepesatan pembangunan kini telah mengubah gaya hidup masyarakat
terutamanya dalam berinteraksi. Mereka yang tinggal berjauhan di antara satu
sama lain, hanya dapat meluahkan perasaan dan perlakuannya melalui media
teknologi. Sebagai contohnya melalui penggunaan SMS; yang mana bahasa SMS
mempunyai keunikan tersendiri yang dapat membangkitkan perasaan dan emosi
seseorang dengan penggunaan simbol emotikon dan mesej bergambar sebagai
saluran untuk menyampaikan ekspresi perasaan dan emosi terhadap individu yang
disayangi. Penggunaan perkataan tertentu dapat melambangkan isi hati seseorang
menggantikan perlakuan seseorang untuk disampaikan kepada penerima. Sebagai
contohnya SMS di bawah ini:
Don’t sleep yet ! I hug u first ! hhmmmmp… ok,u can sleep already.. good nitez!....
(Vivian) (Don’t sleep yet ! I hug you first ? hmmm… ok, you can sleep already… good
night !...)
Terdapat juga mesej-mesej berbentuk meminta maaf ataupun marah dalam
bahasa daerah tertentu :
1) Sy mintak maaaf…mmg sikap sym cm ni bile kelam kabut…otak sy x smpt
pk…good luck 4 ur test…sy mintak maaf klao ggu awak tgh study…I’m
sooorrrryyyy…good nite…bye (Hasrul)
(Saya minta maaf…memang sikap saya macam ini bila kelam kabut…otak saya tak
sempat fikir…good luck for your test…saya minta maaf kalau ganggu awak tengah
study…I’m sorry…good night…bye.)
2) … saya pernah menerima mesej daripada kawan saya…dia hantar mesej seperti
“ku ni tgh bgng,ko tau tak”… maksudnya “aku ni tengah bengang, kau tahu
tak”…saya interpretasikan makna mesej ni lain sama ada dia bengangkan saya
atau bengangkan orang lain… (Fairus).
Perkhidmatan SMS mengukuhkan perhubungan bagi pasangan kekasih.
Perkhidmatan ini dapat membangkitkan perasaan dan emosi dengan menghantar
mesej menarik dan menyentuh perasaan.
1) …SMS perantaraan perhubungan untuk sepasang kekasih…SMS dianggap
sebagai pengikat kasih…apabila bangun pagi…ada mesej dari teman lelaki saya
seperti …”Good Morning”, tengah hari pula “dah makan ker” , sebelah malam
sebelum tidur “Good Night” , dan lain-lain lagi…SMS sebagai perantaraan maklumat
untuk teman lelaki mengambil berat terhadap diri saya…(Komathy).
2)…memang benar SMS pengikat kasih kerana saya kerap menerima mesej menarik
serta mesej bergambar yang cantik seperti “Good Morning” , “Good Night” , dan
lain-lain lagi…seolah-olah SMS perantaraan maklumat yang digunakan oleh teman
lelaki saya untuk mengambil berat mengenai diri saya…(Vivian).
3)…perkhidmatan ini memang merapatkan perhubungan…sebagai contoh kawan-
kawan saya yang ada ‘girlfriend’ atau ‘boyfriend’, kalau tak jumpa waktu malam
SMS adalah perantaraan perhubungan…kawan saya yang duduk sebilik dengan
saya , dia hantar SMS kepada teman wanitanya seperti ‘tidur awal’ , ‘jangan lupa
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
32
kunci bilik’ dan ini adalah satu cara untuk mengambil berat terhadap diri orang
yang disayangi…(Lim).
4)…SMS pengikat kasih…kadang-kadang teman lelaki saya akan menghantar mesej
“how are you” , “good morning”, dan sebagainya… seolah-olah beliau mengambil
berat tentang saya…lama-kelamaan saya merasa bosan menerima mesej seperti ini
kerana saya rasakan ruang keperibadian saya terganggu…seperti beliau hendak
mengetahui apa-apa yang sedang saya lakukan…(Mariam).
Penggunaan Simbol, emotikon, dan asikon dalam SMS.
Penggunaan pelbagai bentuk bahasa melalui SMS secara tidak langsung memberi
kebebasan kepada pengguna SMS untuk berinteraksi pelbagai maklumat tanpa
batasan. Ini ditambah pula dengan sifat telefon selular yang agak personel ataupun
tersendiri. Kewujudan perkhidmatan mesej bergambar menambahkan lagi ruang
kepada pengguna SMS untuk berinteraksi dan meluahkan perasaan dan emosi
kepada kenalan mereka. Maklumat yang disalurkan tutur mengubah perlakuan dan
penjalinan hubungan sosial seseorang. Tidak mustahil perkhidmatan ini
menggantikan komunikasi lisan untuk perhubungan dan membantu individu untuk
meluahkan perasan dan emosi kepada orang yang dikasihi atau diminati.
1) Hi boy, thi’s ur e-present.
Sorry 4 cant celebrate wit u. HB’’D. (Azyril)
1) The “x” mark is the spot that is where you are in my
heart !
Coz you’re some one I would never forget. Take
care (Kalai).
2) This is magic box,
Wanna c whats inside ?
3) My heart…. And our friendship! Pls take care of it!
(Huda).
Corak bahasa hypertext dalam SMS.
Dalam menyampaikan perasaan hati, terdapat responden yang menggunakan
corak bahasa hypertext, kependekan perkataan serta menggunakan bahasa
leksikal. Penggunaan perkataan ini mungkin untuk menjimatkan ruang yang terhad
bagi membolehkan si pengirim menyampaikan mesejnya dengan menggunakan
ruang yang sedia ada secara maksimum.
1) hg nk p mn ? Tggu sat lg aku sampai k. ( Malik)
x
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
33
(hang nak pergi mana ? Tunggu sat (sekejap) lagi aku sampai ok.)
2) Ling, sori pelan 4 2 day hv 2 b cancel coz my parents will come. I juz know. So
sori, next time. (Yee Ling).
(Darling, sorry pelan for today have to be cancel because my parents will
come, I just know. So sorry , next time.)
3) Pls go there B4 d lec fini her class coz we do hv time anymore. ( Wendy Lee)
(Please go there before lecturer finish her class because we don’t have time
anymore)
4) Suasana kelam rasa nak seram
Pipi dah tembam, mata dah lebam
Lampu dah padam
Mate nak pejam
Saje nak ucap selamat malam . (Fauziah)
( Suasana kelam rasa nak seram
Pipi dah tembam, mata dah lebam
Lampu dah padam
Mata nak pejam
Saja nak ucap selamat malam )
5) Camne ngan ari ni ? best tak dpt raya kat umah ? dmm 2 dak ok ke blum ?
kalo x ok x yah blk kolej lg…. lpak kat umah dulu .. (Azmi).
(Macam mana dengan hari ini ? best tak dapat raya dekat rumah ? demam
tu dah ok ke blum / kalau tak ok tak payah balik kolej lagi…lepak dekat
rumah dulu)
6) Manusia jatuh cinta, itu tak hairan
Kuda makan rumput, itu tak aneh
Monyet pandai tekan keypad Hp
Hebat !!
Masih tekan lagi ?
Luar Biasa !! (Komathy)
( Manusia jatuh cinta, itu tak hairan
Kuda makan rumput, itu tak aneh
Monyet pandai tekan ‘keypad’ Hp
Hebat !!
Masih tekan lagi ?
Luar Biasa !! )
Secara keseluruhannya kajian yang telah dibuat mendapati bahawa walaupun
seseorang itu tinggal berjauhan dengan keluarga, rakan ataupun dengan orang
yang disayangi, namun mereka masih lagi boleh menyampaikan perasaan isi hati
mereka melalui komunikasi teknologi dengan penggunaan pelbagai bahasa
mengikut keselesaan mereka. Ekspresi perlakuan ini disampaikan dalam bentuk
penggunaan simbol-simbol, emotikon, serta asikon dan disampaikan dalam bentuk
bahasa bercorak hypertext.
PERBINCANGAN
Facebook merupakan laman sembang sosial yang paling kuat daya tarikannya kini.
Jumlah pengguna yang mempunyai akaun di facebook terus meningkat dari hari ke
hari. Hal yang demikian kerana bentuk interaksi yang lebih menarik dan interaktif
membolehkan para penggunanya memaksimumkan kreativiti mereka dalam
berinteraksi antara satu sama lain. Senario ini pernah dialami oleh SMS (malah
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
34
sehingga kini), apa yang berbeza ialah ruang interaksi di facebook lebih luas dan
lebih interaktif dan lebih menarik berbanding ruang SMS yang agak terhad. Ruang,
peluang dan kesempatan yang diwujudkan oleh facebook telah melahirkan bentuk
interaksi baru yang tidak lagi menuruti sepenuhnya kaedah interaksi konvensional.
Apa yang pasti bentuk interaksi baru itu telah melahirkan pelbagai bentuk interaksi
yang jika dibaca oleh mereka yang tidak terbabit dalam interaksi tersebut hampir
tidak difahami ataupun kalau difahami menuntut pengamatan yang mendalam.
Kekreatifan berbahasa para pengguna facebook ini merupakan sesuatu yang
menarik untuk dikaji dan diperhalusi. Pengkaji melalui kajian terhadap bahasa di
facebook akan cuba mendedahkan bentuk-bentuk ekspresi perlakuan selain
penggunaan simbol, emotikon, dan asikon. Pengkaji juga akan menyoroti
penggunaan hypertext dalam bahasa facebook.
Ekspresi Perlakuan.
Ekspresi perlakuan merupakan penglahirkan maksud ataupun pencurahan
perasaan dan penggambaran perasaan hati melalui bahasa. Interaksi yang berlaku
secara konvensional adalah secara bersemuka, melalui kaedah ini, individu yang
terlibat dalam proses interaksi tersebut boleh saja menyampaikan isi hati dan
perasaan dengan lebih berkesan tetapi dalam kepesatan teknologi kini, mereka
yang tinggal berjauhan juga mampu meluahkan perasaan dan isi hati serta
perlakuannya melalui media teknologi. Sebagai contoh facebook , melalui ruang
dan keunikan bahasa facebook yang dapat membangkitkan perasaan dan emosi
seseorang, penggunaan perkataan tertentu boleh digunakan untuk melambangkan
isi hati bagi menggantikan perlakuan seseorang untuk disampaikan kepada rakan
interaksi. Oleh hal yang demikian, pengkaji cuba membawakan contoh-contoh
ekspresi perlakuan dalam bahasa facebook.
Penggunaan Perkataan tertentu melambangkan isi hati:
Ekspresi perlakuan – ketawa / gembira / teruja
a) ahahaha....mo bercakap sma cicak pn tda cicak ba...klu p bercakap sma
org d salun ka d butik2 ngam ni kan (Janimah Suhaimin).
(ha.ha.ha, mahu bercakap sama cicak pun tiada cicak ba, kalau pergi
bercakap sama orang di salun atau di butik-butik, sesuai ni kan).
b) Salam....salam sejahtera...selamat pagi...pagi yg indah: HAPPY hehehe syukur
kerana RahmatMU Ya ALLAH, tq family, tq kawan2, tq darling....tq sayang
kerana menjadikan hidup sy hampir sempurna.... (Janimah Suhaimin) .
(Salam....salam sejahtera...selamat pagi...pagi yang indah: HAPPY hehehe
syukur kerana RahmatMU Ya ALLAH, terima kasih family, terima kasih kawan-
kawan, terima kasih darling....terima kasih sayang kerana menjadikan hidup
saya hampir sempurna....).
c) sambutan budak semekar terbaek..hehehe ( Nor Hafizah).
(sambutan budak semekar terbaik..hehehe).
d) hai len, wah rindunya aku sama kau. best friend dulu bah kan.kau ngajar di
mana.aku di smk abd rahim kudat. (husmi).
(Hai len, wah rindunya aku sama kau, best friend dulu bah kan, kau mengajar
di mana.. aku di SMK Abd. Rahim kudat)
e) hi husmi....lama tidak jumpa....berapa da anak u....sya di sm st michael
penampang ba mengajar sekarang...14 tahun lalu di sandakan je....baru last
sya pindah di kk...my pnone num ber...019xxxxxx.....u datang kk cari sya..kita
buat reunion kecil2an di kedai kopi..hehe.. (Helen)
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
35
(Hai husmi… lama tidak jumpa…berapa sudah anak awak… saya mengajar
di SM St. Micheal Penampang bah. 14 tahun lalu di Sandakan saja. Baru saja
saya pindah ke KK. Telefon saya …019xxxxxx…. Awak datang ke KK cari saya,
kita buat reunion kecil-kecilan di kedai kopi.. hehe…)
f) Pa...miss u so much.... (Jasni Omar)
(Pa… miss you so much)
g) bukan tua baa..senior...hehehe (Flora Dora Gilam).
(bukan tua bah…senior..hehehe)
h) iya tie..sy pun tercari2 tu c yose dgn c radi..ingat pla masa d asrama duduk d
lantai makan sama2...ermmmm...rindunya... (Fauziah Syariff) 18 March at
18:08·
(iya tie..saya pun tercari-cari itu si yose dengan si radi..ingat pula masa di
asrama duduk di lantai makan sama-sama...ermmmm...rindunya..).
i) iya ba k.gee..sempat mkn ambuyat lg hehehe... (Rooswatti Mohd Arif) 19
Mac, 14:08. ·(iya bah kan.gee..sempat makan ambuyat lagi hehehe....)
Ekspresi perlakuan para responden dalam contoh-contoh yang diberikan di atas
dapat dikesan melalui penggunaan ungkapan seperti berikut :-
i) hehehe - ketawa , teruja, gembira, bangga, usikan
ii) hahha - ketawa, gembira
iii) ermmmm - kerinduan yang mendalam
iv) wah - keterujaan
v) mis u so much - kerinduan
Mesej – mesej berbentuk marah, sedih ataupun meminta maaf.
i) Arrrrgghhhh kenapa tiada airrrrrrrrrr di Kundasang ni.....!!!!!!!! (Jasni Omar).
ii) SSH NYERR KALAU ADA ORG YG JD ANAK MAK...DAH LERR..AKU MMG
XBERKENAN NGAN ANAK MAK NE..SUMA HAL NAK LIBATKN
MAK...PERGHH..XDA PENDIRIAN..CUKUPLA AKU KENA NGAN ORG YG ANAK
MAK NE DULU...PERGHHH..SAYA SGT TIDAK SUKA LELAKI YG ANAK MAK.....XDA
PENDIRIAN...SUDAH LERRR.. (Nor Hafizah).
( susahnya kalau ada orang yang jadi anak mak..dah lah… aku memang
tidak berkenan dengan anak mak ni. semua hal nak libatkan mak…
perghhh…tiada pendirian..cukuplah aku kena dengan orang yang anak mak
ni dulu. Perghhh.. saya sangat tidak suka lelaki anak mak… tiada
pendirian..sudah lah.).
iii) iya rusakkkkkk!!!!!!!!!!!!! beduka lara ni skrg!!!!!!!! abis smua kuria sy!!!!!!
uwaaaaaaaa... sodeh hakiki!!!!!!!! (Verone Robert)
(ya rosak !!!!!!!!! berduka lara ni sekarang !!!!! habis semua kurie saya !!!!
uwaaaaaaa… sedih hakiki !!!!!)
Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kesemua huruf besar dalam mesej
yang ditulis juga menunjukkan kemarahan. Selain itu, Frasa Arrrrgghhhh dan
uwaaaaaa juga menunjukkan kemarahan, kesedihan dan ketidakpuasan hati.
Kata yang dieja secara luar biasa seperti airrrrrrrrrrr dan rusakkkkkk telah
menerbitkan ekspresi perlakuan marah dan geram. Pengkaji juga mendapati
penggunaan tanda seru (!) yang terlampau juga antara petanda ekspresi
perlakuan marah.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
36
Penggunaan Simbol Dalam Facebook.
Penggunaan simbol dalam SMS telah menjadikan interaksi antara pengirim dan
penerima menjadi lebih menarik dan berkesan, melalui simbol yang dipilih, luahan
hati dan perasaan dapat disampaikan dengan lebih kreatif dan bermakna. Hal
yang seumpamanya juga berlaku dalam laman sembang paling popular kini iaitu
facebook, simbol bergambar yang menarik dan interaktif telah digunakan dengan
begitu kerap sekali. Simbol yang digunakan untuk berinteraksi dan meluahkan
perasaan dan emosi kepada kenalan mereka bukan sahaja dapat difahami
dengan lebih baik orang rakan interaksi tetapi mewujudkan keakraban yang lebih
baik. Satu hal yang menarik apabila para pengguna laman sembang facebook
menggunakan simbol semasa berinteraksi, pelbagai tanggapan berbeza akan
diperoleh apabila simbol yang digunakan itu cuba diterjemahkan oleh orang ramai.
Menurut Peirce, simbol adalah gambar, bentuk, benda yang wakili suatu gagasan,
benda atau jumlah sesuatu (Little John 1999). Berikut diberikan beberapa contoh
simbol-simbol yang digunakan dalam facebook.
1)
+++makin slow la pula....adeh!!!+++
2)
3)
Kenali diri anda melalui abjad
4)
Masran found some extra bags of fertilizer in their dairy farm in FarmVille!
Masran is offering 5 extra bags of fertilizer to their friends who visit their farm!
5)
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
37
6)
SaRa wants to share a gift
SaRa's hotel was just rated an amazing 4-stars, and wants to share a silver star decor
with you!
7)
bagus..bagus.. (Kaktus Selasih)
8)
9)
Simbol-simbol yang digunakan telah menyebabkan proses interaksi yang berlaku
lebih mudah dan transformasi maklumat lebih cepat dan tepat. Responden juga
bijak memilih dan menggunakan simbol yang mempunyai kombinasi warna yang
menarik sekali gus menarik perhatian rakan sembang di facebook. Penggunaan
simbol dalam kalangan pengguna facebook juga telah menyebabkan perkataan
yang digunakan berada pada tahap minimum dan kadang-kadang interaksi yang
berlaku itu hanya melalui simbol tanpa wujud walau sepatah pun perkataan. Hal
yang demikian kerana tanpa perkataan tetapi hanya melalui simbol, transformasi
mesej dan maklumat berlaku dengan begitu berjaya.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
38
3.4 Contoh penggunaan emotikon dan asikon dalam facebook.
a) trlalu lma cuti~~~~ hr ni trsa pnat btl pla (faizal Zal)
(terlalu lama cuti, hari ini terasa penat betul pula).
b) fuh, penatnya~~
br sampai.. :( faizal Zal
(fuh, penatnya, baru sampai)
c) tmrow i will alone!!!!! ='( (Wien Azwienah)
(tomorrow I will alone)
d) Hehe yup..tmbh cntik suda rmh..wrna bru smgt bru..smgt purple =p (Cik
Syaza)
(Hehe, ya, tambah cantik sudah rumah..warna baru semangat
baru.semangat purple)
e) yup,insyALLAH.. Pglman yg sgt bharga =) (Pn. Ann)
(Ya, insyallah, pengalaman yang sangat berharga)
f) :HAPPY GAWAI and HAPPY KAAMATAN, my lovely friends.........n_n (Nac Ah
Pei)
g) apa maksud "contain 5 bab"?!?!? >.< (Nac Ah Pei)
h) Thank y0u so much kpd Pn.Ann & kesemua staf d Sabah.fm..tq ats smua tnjuk
ajar & bimbingan selama kmi praktikal d bhgn sbh.fm..all of u are the best
ment0r..bagus bah (^__^)..pglman d k0nti with DJ2 is the best m0ment!love u
all.. (Cik Syaza)
(Thank you so much kepada Pn. Ann & kesemua staf di Sabah.fm..thank you
atas semua tunjuk akar & bimbingan selama kami praktikal di bahagian
Sabah fm..all of you are then best mentor..bagus bah pengalaman di konti
with DJ-DJ is the best moment ! Love you all)
i) ~~..kepada semua guru2 yg telah penat bertungkus lumus berbakti kepada
kami..jasamu dikenang..jasamu xterkira..jasamu lah segalanya..TERIMA KASIH
GURUKU..~~ =) (Cik Syaza)
(kepada semua guru-guru yang telah penat bertungkus-lumus berbakti
kepada kami..jasamu dikenang tidak terkira..jasamu lah segala-galanya.
TERIMA KASIH GURUKU..)
j) ~cKguQ ... sLaMaT aRi guRu yaH maMi k2 kU.. !!!! :) hehehe ,, teNx 4 teaChinG
us n taHaN nGan pRanGai kMi dLu yaH .. (",) .. (Wan Syko G)
(cikguku, selamat hari guru ya mami keduaku..!!!:) hehehe,,thanksfor
teaching us and tahan dengan perangai kami dulu yah.. (",) )
k) cikgu . . pa kabar ckgu . . ? ~~ (Lam Ejoy )
(cikgu..apa khabar cikgu ?)
l) selamat hari guru cikgu ( : (Kucceng Myera Trauma)
m) Slamt Ari Guru...TanQ Cikgu bab uda byk b'sbr ma kmi...Cikgu juak la GURU
KELAS yg plg best...v^_^ (Uha Aidans)
(Selamat hari guru … Thank You sebab sudah banyak bersabar sama kami.
Cikgu juga la guru kelas yang paling best)
Berdasarkan kajian yang telah pengkaji lakukan, berikut maksud setiap emotikon
yang digunakan :-
~~ - sedih, penat dan mengeluh
( : - gembira, suka
^_^ - sangat suka
>.< - malu, segan, rasa rendah diri
=) - suka
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
39
n_n - teruja, sangat suka
=p - mengusik, bergurau
='( - sedih sehingga menitiskan air mata
(",) - sedih dan terharu
Manakala asikon yang dapat dikenal pasti ialah:
=p - lidah yang julurkan.
^_^ - mata dan mulut.
( - mulut yang sedang tersenyum lebar.
: - mata yang disepetkan.
n_n - mata yang terbeliak kerana teruja, sangat suka.
=' - mata yang tertutup kerana sedih sehingga menitiskan air mata.
Penggunaan Hypertext dalam facebook.
Hypertext bermaksud bentuk penulisan yang bukan linear yakni tidak lagi
mengandungi ayat pendahulu, tengah dan akhir. Ruang siber telah menghasilkan
hypertext baku dan bukan baku seperti perbualan (sinkroni) atau kumpulan berita
(asinkroni). Dalam menyampaikan perasaan hati, terdapat responden yang
menggunakan corak bahasa hypertext, kependekan perkataan serta
menggunakan perkataan leksikal. Jika dalam SMS, penggunaan perkataan ini
mungkin untuk menjimatkan ruang yang terhad bagi membolehkan si pengirim
menyampaikan mesejnya dengan menggunakan ruang yang sedia ada secara
maksimum, tetapi dalam facebook, penggunaan perkataan ini mungkin digunakan
untuk menunjukkan keakraban perhubungan antara pihak yang terlibat dalam
proses interaksi tersebut. Selain itu, penggunaan hypertext dalam facebook juga
mungkin bertujuan untuk menimbulkan kemesraan dalam perhubungan yang
terbina.
Berikut disenaraikan beberapa contoh penggunaan hypertext dalam facebook.
3.5.1 Hypertext berbentuk Akronim dan gabungan angka dan perkataan, dan
singkatan kata.
1) Dear Shi Aii Lim, berikut ini adalah Arti Cinta dari Namamu:
S : Pandai mengatur hidup pasangan.
H : Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila kerja.
I : Sukar untuk jatuh cinta.
-:
A : Mudah jatuh cinta.
I : Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
I : Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
L : Berkebolehan untuk meluahkan isi hati.
I : Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
M : Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya.
2) Makna Cinta dari Nama mu
S : ..membuat orang tertawa
H : ..setia kepada yang satu
I : ..manis dan romatis
A : ..seorang yang gila-gila
I : ..manis dan romatis
I : ..manis dan romatis
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
40
L : ..pemberi ciuman yang bagus
I : ..manis dan romatis
M : ..membuat pacaran lebih menarik
3) How Do You Feel Today?
Jasnie has took "How Do You Feel Today?" quiz.
#1. : Angry = 25%
#2. : Happy = 88%
#3. : Sad = 30% (Jasnie Omar) Yesterday at 12:58.
4) Playing With Your Names.
F => loves people wild and crazy adore you.
A => crazy.
D => a very good girlfriend or boyfriend anyone ever had.
R => funny.
I => is really sweet & romantic.
A => crazy.
N => is a very good kisser too!
A => crazy.
U => is loved by everyone.
=> makes people laugh.
O => has one of the best personalities ever.
O => has one of the best personalities ever.
N => is a very good kisser too!
5) ~cKguQ ... sLaMaT aRi guRu yaH maMi k2 kU.. !!!! :) hehehe ,, teNx 4 teaChinG
us n taHaN nGan pRanGai kMi dLu yaH .. (",) .. (Wan Syko G)
(cikguku, selamat hari guru ya mami keduaku..!!!:) hehehe,,thanksfor
teaching us and tahan dengan perangai kami dulu yah.. (",) )
Hypertext berbentuk campuran teks dan gambar, Dialek Campuran dan Bahasa
dikodkan.
1) selamat harijadi gorilla! hahahahahaha! moga2 hang minta posting balik ke
sabah! rasa tak meriah kalau hang tak ada kat sini! dah tak ada loudspeker
kat sekolah nie. so hadiah x ada! kalau nak nanti saya belanja makan time
blk ke KL bulan 6 nie.
( Selamat hari jadi gorila ! hahahahahaha ! moga-moga awak minta posting
balik ke Sabah ! rasa tak meriah kalau awak tak ada dekat sini ! dah tak ada
loudspeaker kat sekolah ini. So hadiah tidak ada ! kalau nak nanti saya
belanja makan time balik ke KL bulan 6 ini)
2) atuk songgira kopio ko didi minoi lod thai..sawadikapp (Lynda A. Tallan)
( alamak, sejak bila kau pergi ke thai. Sawadikapp)
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
41
3) Ilin apamapu okokupu kaparati dipinopo boporopos nupu ha... (Shirley
William M) (Ilin,apa yang kamu katakan saya tidak mengerti, kamu cakap
apa ni.
4) koh c ima marah tahap gaban...suria baja hitam teda ka..
mamaraget tu lembut ja hihihihih tiap kali turun pg bawah sya berharap c
unceet ada d situ melepak..busuk2 pun sa ambi jg blk,,kurus cam kertas pn
sya pungut jg..c putih msh nda mo mkn..apatai neh mala c putih tu..i
(Ceeniena Mahilin) 11 hours ago.
(Wah, si ima marah tahap gaban…suria baja hitam tiada kah..
Mamarage tu lembut ja hihihihi tiap kali turun pergi bawah saya berharap si
unceet ada di situmelepak…busuk-busuk pun saya ambil juga balik ,kurus
macam kertas pun saya pungut juga..si putih masih tidak mahu makan.
Matilah si putih tu).
5) mogot po da kalau c unceet ketunud tu rumah baru... mcm yg sana tpt lama
tu..siap tggu lg d dpn pintu selalu.... (Dila Waly) 9 hours ago.
(baik lagi kalau si unceet ikut ke rumah baru, macam yang sana tempat
lama tu.. siap tunggu lagi di depan pintu selalu ).
6) gud mrngg..okuro habar nu (Wendy Edward) 27 May at 07:05
(Good morning.. apa khabar awak)
7) Hai Len...how r u? (Fauziah Syarif)
(Hai Len…how are you ?)
Hypertext yang digunakan adalah pelbagai, walau bagaimanapun ternyata
penggunaan hypertext telah meningkatkan tahap kefahaman terhadap interaksi
yang berlaku sekali gus memperlihatkan keakraban antara rakan interaksi. Selain
itu, pengkaji juga dapat melihat wujudnya unsur keikhlasan dan bukannya kepura-
puraan ketika berinteraksi walaupun komunikasi itu berlaku secara tidak bersemuka.
KESIMPULAN
Pengkaji telah menetapkan tiga objektif kajian yang berkisar tentang bahasa
facebook, antara objektif yang ditetapkan adalah untuk mengenal pasti ekspresi
perlakuan melalui bahasa facebook. Selain itu, pengkaji cuba mengetahui
penggunaan simbol, emotikon dan asikon. Objektif terakhir yang ditetapkan adalah
untuk mengetahui corak bahasa berbentuk hypertext. Berdasarkan kajian yang
telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa ekspresi perlakuan para pengguna
facebook memang dapat dilihat dan dinilai. Ekspresi perlakuan yang dominan ialah
perasaan rindu, teruja, sedih, marah, sayu, terharu, gembira, dan mengusik.
Kehadiran ekspresi perlakuan tersebut dapat dikesan melalui kewujudan frasa
tertentu seperti hehehe, hahaha, ermmmm dan wah .
Penggunaan pelbagai jenis simbol juga wujud dalam kalangan pengguna
facebook, simbol yang digunakan lebih menarik, berwarna serta interaktif, keadaan
ini berbeza dengan penggunaan simbol dalam SMS. Sehubungan dengan itu,
penggunaan simbol dalam facebook bukan lagi bertujuan untuk memaksimumkan
penggunaan ruang yang terhad tetapi lebih kepada untuk mewujudkan proses
interaksi yang lebih berkesan, akrab dan mesra. Kecenderungan penggunaan
simbol dalam kalangan pengguna facebook ketika berinteraksi juga menyebabkan
perkataan yang digunakan sangat minimum dan atau tidak wujud sama sekali
perkataan dalam sesuatu interaksi yang berlaku.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
42
Penggunaan emotikon dalam facebook juga pelbagai, antaranya adalah ~~
yang merujuk kepada rasa sedih, penat dan mengeluh , ( : yang merujuk kepada
perasaan gembira, suka, ^_^ merujuk perasaan sangat suka, >.< yang merujuk
kepada rasa malu, segan, rasa rendah diri, =) merujuk kepada rasa suka,
n_n untuk rasa teruja, sangat suka, =p merujuk kepada perasaan mengusik,
bergurau, ='( merujuk rasa sedih sehingga menitiskan air mata , dan (",)
mengekspresikan rasa sedih dan terharu. Kewujudan emotikon dalam facebook
telah menyerlahkan kekreatifan para penggunanya ketika berinteraksi.
Antara asikon yang digunakan dalam facebook pula ialah =p merujuk kepada
lidah yang julurkan, ^_^ merujuk kepada mata dan mulut , ( merujuk kepada
mulut yang sedang bersedih , : merujuk kepada mata yang disepetkan ,
n_n merujuk kepada mata yang sepet senyum kerana teruja, sangat suka, ='
merujuk kepada mata yang tertutup kerana sedih sehingga menitiskan air mata.
Terdapat dua corak hypertext yang dominan iaitu penggunaan bahasa berirama
seolah-olah pantun tetapi dalam bentuk akronim. Selain itu terdapat juga mesej
yang dituliskan menggunakan kata yang disingkatkan dan amat sukar difahami
oleh mereka yang tidak terlibat dalam interaksi sebegini. Corak terakhir ialah
hypertext yang menggabungkan bahasa sukuan di Sabah dengan bahasa Inggeris
serta bahasa Melayu. Pengkaji juga menemui teks yang ditaipkan dengan
menyertakan sekali simbol yang dikaitkan dengan teks tersebut tetapi secara
fizikalnya simbol itu tidak berkaitan dengan rakan sembangnya.
Secara keseluruhannya, ekspresi perlakuan melalui penggunaan kata atau frasa
tertentu dapat dilihat melalui bahasa facebook. Ekspresi perlakuan itu mewakili
perasaan marah, rindu, teruja, gembira, sedih dan mengusik (nakal).Penggunaan
simbol, emotikon dan asikon juga dapat dikesan dalam bahasa facebook.
Penggunaan simbol, emotikon dan asikon banyak digunakan terutamanya oleh
golongan pelajar yang tergolong dalam kalangan remaja. Bahasa berbentuk
hypertext juga kerap digunakan oleh pengguna laman sembang sosial facebook.
Penggunaan bahasa sebegini telah merangsang kreativiti untuk mencipta dan
memahaminya tetapi secara tidak langsung memberikan kesan yang kurang baik
terhadap bahasa Melayu baku.
Kajian yang dibuat ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan tahap
kefahaman masyarakat umum terhadap corak interaksi maya yang berlaku melalui
facebook. Melalui kajian ini juga, interaksi yang bakal berlaku akan menjadi lebih
akrab, mesra dan lebih interaktif sekali gus membolehkan proses komunikasi itu
berlaku dengan lancar dan membolehkan luahan hati dan serta perasaan
menjadi lebih berkesan dan difahami. Kesemua faktor di atas jika digembeling
secara sewajarnya akan melahirkan masyarakat penyayang, bermaklumat dan
berwawasan melalui kemahiran mengaplikasikan kemajuan teknologi dalam
membina hubungan dalam masyarakat. Pada masa-masa akan datang, kajian
seharusnya memfokuskan kepada faktor-faktor kewujudan kecenderungan
menyertakan foto rakan sembang semasa berinteraksi dengan rakan sembangnya.
Selain itu, pengkaji juga ingin mencadangkan agar faktor-faktor penggunaan
simbol, emotikan dan asikon dalam bahasa facebook juga turut dikaji.
BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1997). Daya Pengaruh dan Perubahan Sika ”. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
43
Ahmad Mahmod Musanif (2006). “ Analisis Perbualan : Konsep dan Pendekatan” dlm. Ujana Minda Jilid
1, hlm. 20 – 32.
Ahmad Mahmod Musanif (2007). Semantik Bahasa Melayu . Serdang : Pusat Pembelajaran Luar
Universiti Putera Malaysia.
Awang Azman Awang Pawi (2008). “Memperkasakan Bahasa Melalui Blog” dlm. Dewan Bahasa Mac
2008 Jilid 8 Bilangan 3, hlm. 16 - 19.
Awang Sariyan ((2005). “ Nilai dan Peranan Bahasa dalam Komunikasi”dlm. Dewan Bahasa Mac 2005
Jilid 5 Bilangan 3, hlm.6 – 9.
Evelyn Lim (2005). “Jom, C U mlm Ni” dlm Dewan Bahasa Mac 2005 Jilid 5 Bilangan 3,hlm. 18 – 20.
Hashim Fauzy Yaacob. (2001). Komunikasi Antara Manusia. Kuala Lumpur : Penerbit UTM Press.
Indirawati Zahid (2008). “Bahasa Blog : Kacau atau Unik ?” dlm. Dewan Bahasa Mac 2008 Jilid 8
Bilangan 3, hlm. 14 – 15.
Jyh Wee Sew (2008). “ Bahasa Blog Menyatukan Netizen” dlm Dewan Bahasa Mac 2008 Jilid 8
Bilangan 3, hlm. 6 – 9.
Jalaluddin Rakhmat (2000). Psikologi Komunikasi (Edisi Revisi). Bandung : Pen Remaja Rosdekarya.
Kamus Dewan (2007). Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Sofee Razak (2008). “Inovasi Blog dan Perkembagan Bahasa Melayu” dlm. Dewan Bahasa
Mac 2008 Jilid 8 Bilangan 3, hlm. 24 – 25.
Mohd Zaidi Mamud, Bahiyah Omar (2013). ”Motif dan Kekerapan Penggunaan Facebook dalam
Kalangan Pelajar Universiti” dlm Jurnal Komunikasi Malaysian Journel of Communication jilid 29
(1) 2013: 35-54
Noriah Mohamed (2003). Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Norizah Aripin dan Siti Zobidah Omar (2003). “Message, Sent, Ok “ : Pelajar dan SMS”. Kertas Kerja
dibentangkan untuk Third Malaysia International Conferences on Languages, Literatures and
Cultures. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Univerisiti Putra Malaysia.
Puteri Roslina Abdul Wahid(2008). “ Wacana Blog” dlm Dewan Bahasa Mac 2008 Jilid 8 Bilangan 3, hlm.
10 -13.
Rahman Shaari (1993). Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohaidah Mashudi & J. Sham Wahid (2005).“Bahasa, Komunikasi, Remaja” dlm. Dewan Bahasa Mac
2005 Jilid 5 Bilangan 3, hlm. 15 – 17.
Siti Zobidah Omar dan Norizah Aripin (2006). “ Melahirkan Perlakuan Melalui Bahasa dalam SMS”
dlm. Ujana Minda Jilid 2, hlm. 133 – 144.
Supyan Hussin (2005) . “Korpus bahasa SMS: Antara kreativiti dan ancaman kepada bahasa
”Proceedings (CDROM) for Seminar Kebangsaan Linguistik SKALI 05. Kajian Bahasa dan Korpus:
Dimensi Linguistik Semasa. Bangi: FSSK-UKM and DBP.
Supyan Hussin (2005). “Sejauh manakah SMS mencemar bahasa Melayu? Seminar Sehari Penyelidikan:
Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu. DBP, 19 April 2005.
Supyan Hussin (2006). “The features in Malay SMS Texts”, dlm. Lee Siew Chin & TanKim Hua(Penyt.)
Composing meanings: media text and language. Bangi: Penerbit UKM.
Supyan Hussin (2006). “Perimbangan Pembangunan Bahasa SMS dan Pelestarian Bahasa
Kebangsaan”. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2006: Warisan Seni
BudayaMelayu – Pelestarian dan Pembangunan’. Co-organized by APM-UM, DBP &KeKKWA. 8
– 9 Nov 2006. Hotel Armada, Petaling Jaya Selangor
Supyan Hussin & Rosniah Mustaffa (2007). “Bahasa dan Komunikasi dalam SMS”, dlm. PEMIKIR Bil.48
(April-Jun): 129-144. ISBN 77151105510
Supyan Hussin (2007). ”Korpus Bahasa SMS: Antara Kreativiti dan Ancaman kepada Bahasa”, dlm. Nor
Hashimah Jaludin, Imran Ho & Idris Aman (Penyt.) Linguistik: Teori dan Aplikasi. (258-277).
Bangi: Penerbit UKM. ISBN 978-967-942-836-0
Supyan Hussin. (2007). ‘Singkatan bahasa Melayu Malaysia-Indonesia Dalam SMS: Penelitian Awal”.
Pascasidang Seminar Kebangsaan Linguistik 2007 (SKALI) ke 7. Bangi: FSSK UKM
Supyan Hussin (2010). Bahasa SMS : Trend dan Aplikasi . http:// www.maele.net Diakses pada 25 Mei
2010.
Umar Junus (1989). Stilistik Satu Pengantar . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Robiah Meor Osman (2008). “Bahasa Blog yang Kacau” dlm Dewan Bahasa Mac 2008 Jilid 8
Bilangan 3, hlm. 20 – 21.
Laman Web
www.digital.org.my
www.facebook.com
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
44
PEMANTAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN APITAN ME- ... - I DAN ME-
...- KAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH DIDIK HIBUR DAN TEKNIK ACUAN
AYAT Oleh:
Juilis Mokujal
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Narinang, Kota Belud
ABSTRAK Kajian tindakan ini dilakukan oleh penulis untuk menyelesaikan masalah murid yang tidak
memahami cara untuk membina ayat dengan menggunakan perkataan berapitan me-…-
kan dan me-…-i serta perkataan yang berawalan me-.... dan apitan me-...-kan yang
mempunyai dua objek. Sejumlah 31 orang murid yang terdiri daripada pelajar Dusun yang
berbeza pencapaian dan kebolehan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil daripada
ujian pra, didapati hampir semua pelajar tidak dapat membina ayat dengan tepat kerana
perkataan yang dikemukakan ini sememangnya perkataan yang sering menimbulkan
masalah kepada murid, khususnya untuk membina ayat yang berformat SPM. Dengan
menggunakan Teknik Acuan Ayat (TAA), murid tidak menghadapi masalah untuk membina
ayat dengan perkataan tersebut termasuk beberapa variasi lain yang melibatkan
pasangan kata kerja pasif diri pertama, kedua dan ketiga. Dengan menggunakan teknik ini
juga, murid akan dapat menjawab soalan tentang membina ayat jenis ini mengikut format
peperiksaan SPM yang dikehendaki. Selain itu, teknik ini juga dapat dimanfaatkan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa untuk murid tingkatan empat dan lima.
Kata Kunci: Didik hibur, interaktif, nyanyian, bercerita, lakonan, dan puisi
PENDAHULUAN
Pada era globalisasi yang semakin mencabar ini, pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan menjadi keutamaan kepada para guru bagi menarik minat pelajar
untuk mengikutinya. Oleh hal yang demikian, guru perlulah menggunakan pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran. Dari segi pendekatan, guru
boleh menggunakan pendekatan berdasarkan konteks, pendekatan induktif atau
deduktif, pendekatan 3P atau pendekatan transformasi. Dari segi kaedah pula, guru
boleh menggunakan kaedah kumpulan, kaedah gabung jalin, kaedah didik hibur,
dan sebagainya. Dari segi teknik pula, guru boleh menggunakan teknik lakonan,
teknik acuan ayat, dan sebagainya. Jika guru bijak memanfaatkan pelbagai
pendekatan, kaedah, dan teknik dalam PdP, objektif pengajaran yang dirancang
sudah pasti berjaya dicapai. Dalam kertas kerja ini, penulis akan berkongsi maklumat
dan pengalaman tentang pendekatan transformasi,kaedah didik hibur dan teknik
acuan ayat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran awal me-... ,
apitan me-...-i dan apitan me- .. – kan yang mempunyai dua objek.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu: Sewaktu saya memberikan latihan membina ayat tentang perkataan yang
berapitan men-...-kan dan me-...-i , awalan me-... yang berpasangan dengan me-
...-kan, hampir 90 peratus murid kelas 5 Acces tidak dapat membina ayat dengan
tepat. Saya amat terkejut kerana mereka telah berada di Tingkatan 5 dan akan
menduduki peperiksaan SPM pada bulan November 2013. Mereka sepatutnya
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
45
dapat membina ayat dengan perkataan tersebut kerana perkataan ini telah
dipelajari sejak tingkatan 1.
Kebanyakan ayat yang dibina salah atau tidak gramatis. Puncanya ialah mereka
tidak dapat membezakan makna apitan me-...-i dan me-...-kan, serta pasangan
perkataan awalan me- dengan apitan me-...-kan. Apabila mereka tidak dapat
membina ayat dengan pasangan apitan ini, hal ini akan menyebabkan mereka
tidak akan dapat membina ayat yang berapitan di-...-kan dan di-...-i serta awalan
di-... dengan apitan di-...-kan.
Dalam latihan yang diadakan, tidak banyak murid yang memperoleh markah
melebihi 3 daripada 6 markah yang diperuntukkan. Perkara ini amat merunsingkan
saya. Jika masalah ini tidak diatasi, saya yakin bahawa tahap penulisan karangan
mereka juga akan menerima kesannya. Oleh hal yang demikian, saya telah
memikirkan cara untuk menangani masalah ini. Oleh itu, saya mengambil keputusan
untuk menjalankan kajian ini dan memperkenalkan satu teknik untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh murid.
FOKUS KAJIAN Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
soalan membina ayat, saya memfokuskan kajian kepada masalah membina ayat
dengan perkataan yang berawalan me-...dan me-...-kan, apitan di-...-i dan di-...-
kan , kata kerja tanpa awalan dan akhiran dan kata kerja tanpa awalan dan
berakhiran ...–kan, serta kata kerja berakhiran ...–i dan berakhiran ...–kan
(berpasangan)
Kesilapan yang sering dilakukan adalah seperti yang berikut: (i) *Saya akan menghadiahkan ibu sehelai kain batik.
(ii) *Ibu dihadiahkan kain batik oleh kakak.
(iii) *Emak memasakkan gulai ikan untuk ayah.
(iv) *Ayah saya masak gulai ikan
Ayat (i) hingga (iv) di atas sepatutnya seperti yang berikut: I (a) Saya akan menghadiahi ibu sehelai kain batik.
Ii (a) Ibu dihadiahi kain batik oleh kakak.
Iii (a) Emak memasak gulai ikan untuk ayah.
Iv (a) Ayah saya masakkan gulai ikan.
Dengan menggunakan Teknik Acuan Ayat (TAA) , saya yakin bahawa murid akan
dapat mengatasi masalah untuk membina ayat dengan perkataan yang
berawalan me-...dan me-...-kan, apitan di-...-i dan di-...-kan , kata kerja tanpa
awalan dan akhiran dan kata kerja tanpa awalan dan berakhiran ...–kan, serta kata
kerja berakhiran ....–i dan berakhiran ....–kan (berpasangan)
OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapai
objektif yang berikut:
4.1 Objektif Umum
• Murid dapat meningkatkan penguasaan dalam aspek pembinaan ayat
dalam bahasa Melayu.
4.2 Objektif Khusus
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
46
• Murid dapat meningkatkan penguasaan untuk membina ayat yang
berapitan me-...-kan dan me-...-i yang mempunyai dua objek.
• Murid dapat meningkatkan penguasaan untuk membina ayat yang
berawalan me-... dan berapitan me-...-kan yang mempunyai dua objek.
• Murid dapat meningkatkan penguasaan untuk membina ayat yang
berapitan di-...-kan dan di-...-i yang mempunyai dua objek.
• Murid dapat meningkatkan penguasaan untuk membina ayat yang
berawalan di-... dan berapitan di-...-kan yang mempunyai dua objek.
• Murid dapat meningkatkan penguasaan untuk membina ayat yang
menggunakan kata kerja tanpa awalan dan akhiran dan kata kerja tanpa
awalan dan berakhiran ...–kan
• Murid dapat meningkatkan penguasaan untuk membina ayat yang
menggunakan kata kerja tanpa awalan dan berakhiran ...–kan, serta kata
kerja berakhiran ...–i dan berakhiran ...–kan
KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 31 orang murid Tingkatan 5 Acces yang terdiri daripada 15
murid lelaki , 16 orang murid perempuan.
PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Masalah Untuk mendapatkan maklumat tentang penguasaan apitan me-…-kan dan me-…-i
serta awalan me- dan perkataan yang berapitan me-…-kan, ujian awal telah
diadakan (Lampiran A)
• Ujian Awal, iaitu ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang
berikut:
a. Pasangan perkataan yang berapitan me-...-kan dan me-...-i yang
mempunyai dua objek.
b. Pasangan perkataan berawalan me-... dan berapitan me-...-kan yang
mempunyai dua objek.
c. Pasangan perkataan berapitan di-...-kan dan di-...-i yang mempunyai dua
objek.
d. Pasangan perkataan berawalan di-... dan berapitan di-...-kan yang
mempunyai dua objek.
e. Pasangan perkataan yang berakhiran ...-kan dan ...-i yang mempunyai dua
objek.
f. Pasangan perkataan tanpa awalan dan akhiran dengan perkataan
berakhiran ...-kan yang mempunyai dua objek.
Teknik Acuan Ayat Dengan berdasarkan markah yang diperoleh oleh murid (Lampiran D), penyelidik
telah menggunakan Teknik Acuan Ayat (TAA) untuk membaiki kelemahan mereka.
(Lihat Lampiran B) Setelah murid memahami teknik ini, Ujian Akhir (Lampiran C)
diadakan bagi mengenal pasti pemahaman dan pencapaian murid tentang
kemahiran murid membina ayat (a) hingga (f) tersebut.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
47
REFLEKSI KAJIAN
Melalui Teknik Acuan Ayat yang telah digunakan, saya mendapati bahawa murid
saya sudah mampu membina ayat dengan menggunakan pasangan apitan me-
…-kan dan me-...-i serta pasangan awalan me-... dengan apitan me-…-kan.
Mereka juga dapat membina ayat dengan bentuk pasif sama ada ayat pasif diri
pertama, kedua dan ketiga. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam keputusan
Ujian Akhir (Lampiran C). Secara keseluruhannya, semua murid telah dapat
meningkatkan kemahiran membina ayat dengan menggunakan pelbagai bentuk
pasangan perkataan tersebut. Sejumlah 11% daripada mereka memperoleh
markah 100%, iaitu 36/36 dalam Ujian Kedua. Hal ini membuktikan bahawa mereka
telah menguasai sepenuhnya apitan tersebut.
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Saya bercadang untuk meneruskan kajian ini kepada murid-murid tingkatan empat
pula. Usaha ini penting kerana masalah murid untuk menguasai kemahiran tertentu
perlu dikenal pasti lebih awal. Selain itu, saya juga akan membuat kajian tentang
penggunaan teknik transformasi untuk membina ayat dengan perkataan lain.
Melalui penggunaan teknik tertentu, murid akan dapat menguasai sesuatu
kemahiran tatabahasa dengan lebih cepat.
BIBLIOGRAFI Rusli Abdul Ghani (2008). Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka
Teuku Iskandar. Dr et.al (2007).Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
48
Lampiran A: Ujian Awal
Nama: ___________________________ Kelas: ___________ Masa : 30 minit
1.Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
i. Menghadiahkan – menghadiahi
ii. Menganugerahkan – menganugerahi
iii. Menghutangkan – menghutangi
[6 markah]
2.Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
i. membaca - membacakan
ii. menulis – menuliskan
iii. mencari – mencarikan
[6 markah]
3. Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
i. dihadiahkan – dihadiahi
ii. dianugerahkan – dianugerahi
iii. dihutangkan – dihutangi
[ 6 markah]
4. Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
i. dibaca - dibacakan
ii. ditulis –dituliskan
iii. dicari – dicarikan
[ 6 markah]
5. Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
i. hadiahkan – hadiahi
ii. anugerahkan – anugerahi
iii. dihutangkan – dihutangi
[ 6 markah]
6. Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
i. baca - bacakan
ii. tulis –tuliskan
iii. cari – carikan
[ 6 markah]
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
49
Lampiran B: Teknik Acuan Ayat
Teknik ini digunakan untuk membina ayat bagi pasangan perkataan yang
berawalan me-... dan me-...-kan, apitan di-...-i dan di-...-kan , kata kerja tanpa
awalan dan akhiran dan kata kerja tanpa awalan dan berakhiran ...–kan, serta kata
kerja berakhiran ....–i dan berakhiran ...–kan.
Cara menggunakan Teknik Acuan Ayat
1. Pada peringkat yang pertama, guru mestilah memastikan murid mengenal
kata kerja yang mempunyai satu objek dan kata kerja yang mempunyai dua
objek.
2. Guru juga perlu memastikan murid dapat menyatakan pasangan perkataan
berapitan atau berawalan me-... yang mempunyai dua objek seperti
menghadiahi dengan menghadiahkan, membaca dengan membacakan
dan sebagainya.
3. Apabila murid telah mengenal perkataan dan pasangannya, guru
hendaklah membantu murid untuk menggunakan teknik acuan yang sesuai
untuk pasangan perkataan tersebut sama ada TA 1, TA2, TA3, TA4, TA5 atau
TA6.
Bentuk 1 (TA 1) – Pasangan yang berapitan me-…-kan dan me-…-i yang
mempunyai dua objek
Gunakan acuan yang di bawah ini: siapa me-…-kan apa kepada Siapa
1. Baginda mengurniakan sepasang persalinan kepada beliau.
Siapa me-…-i siapa Apa
1. Baginda Mengurniai beliau sepasang persalinan
Bentuk 2(TA 2)–Pasangan yang berawalan me-… dengan perkataan yang
berapitan me-...-kan yang mempunyai dua objek.
Gunakan acuan yang di bawah ini: siapa me-… apa untuk Siapa
1. Kakak Membancuh secawan kopi untuk Ayah
Siapa me-…-kan siapa Apa
1. Kakak membancuhkan ayah secawan kopi
Bentuk 3 (TA 3) - Pasangan yang berapitan di-…-kan dan di-…-i yang mempunyai
dua objek
Gunakan acuan yang di bawah ini: Apa di-…-kan siapa kepada Siapa
1. Sepasang
persalinan
Dikurniakan baginda kepada beliau.
Siapa di-…-i siapa Apa
1. Beliau. Dikurniai baginda sepasang persalinan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
50
Bentuk 4 (TA 4)–Pasangan yang berawalan di-… dengan perkataan yang berapitan
di-...-kan yang mempunyai dua objek.
Gunakan acuan yang di bawah ini: Apa di-… + oleh siapa untuk Siapa
1. Secawan kopi dibancuh oleh kakak untuk Ayah
Siapa di-…-kan + oleh siapa Apa
1. Ayah dibancuhkan oleh kakak secawan kopi
Bentuk 5 (TA 5) - Pasangan yang berakhiran ...-kan dan ...-i yang mempunyai dua
objek
Gunakan acuan yang di bawah ini: Apa KGN 1@2 KK berakhiran -kan kepada Siapa
1. Sepasang
persalinan
kurniakan kepada beliau.
Siapa KGN 1@2 KK berakhiran ...-i Apa
1. Beliau. Beta kurniai sepasang persalinan
Bentuk 6 (TA 6) - Pasangan perkataan tanpa awalan dan akhiran dengan
perkataan yang berakhiran ...-kan yang mempunyai dua objek.
Gunakan acuan yang di bawah ini:
[apa][KGN1&2][ KK tanpa awalan dan akhiran ] [untuk] [siapa] Apa KGN Diri
Pertama atau
Kedua
KKP tanpa awalan
dan akhiran
untuk Siapa
1. Secawan kopi saya bancuh untuk Ayah
[siapa][KGN1&2][ KK tanpa awalan berakhiran -kan][apa] Siapa KGN Diri Pertama atau
Kedua
Kata kerja pasif tanpa awalan dan
berakhiran -kan
Apa
1. Ayah Saya bancuhkan secawan kopi
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
51
Lampiran Lagu Apitan me –i me-kan
Apitan me-i me-kan
Apitan yang mengelirukan
Marilah kita gunakan
Petua ini sebagai panduan
Petua yang pertama
me- apa untuk siapa
me-kan siapa apa
Petua yang kedua
me-kan apa kepada siapa
me-i siapa apa
Marilah kita cuba
Menggunakan petua pertama
Membaca buku cerita untuk mereka
Membacakan mereka buku cerita
Marilah kita cuba
Menggunakan petua kedua
Menghadiahkan buku cerita kepada dia
Menghadiahinya buku cerita
Sungguh mudah petua itu
Untuk pasangan apitan me-kan me-i
Tapi semua kena ingat
Hanya apitan yang ada dua objek
Penyanyi : Alyn Arlyda
Lagu dan muzik : Rosli Ahmad
Lirik : Abdul Ghalib Yunus
Dengan menggunakan Lagu Apitan me-.. – i dan me- ..-kan, murid dapat
mempelajari tatabahasa dan dapat berhibur. Malah melalui lagu ini juga murid
dapat menjawab soalan tentang bahasa bahasa dengan berkesan.
Borang latihan (Murid menggunakan borang ini untuk latih tubi membina ayat)
Bentuk 1 – me-…-kan dan me-…-i
[siapa] ---[me-…kan] [apa] kepada [siapa]
siapa me-…-kan apa Kepada Siapa
1. Mengurniakan
2. Menghulurkan
3. menganugerahkan
4. mengirim (kan)
5. Mengajarkan
6. Memberikan
7. menghutangkan
8. menawarkan
9. mencucurkan
10. memberitahukan
11. Menyerahkan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
52
12. Menasihatkan
13. mencontohkan
14. mencurahkan
15. Meminjamkan
16. Merenjiskan
17. melimpahkan
18. menyerukan
[siapa] ---[me-…-i] [siapa] [apa]
Siapa me-…-i siapa Apa
1. mengurniai
2. menghuluri
3. menganugerahi
4. Mengirimi
5. mengajarkan
6. Member
7. menghutangi
8. Menawari
9. mencucuri
10. Memberitahu (i)
11. Menyerahi
12. menasihati
13. mencontohi
14. mencurahi
15. meminjami
16. Merenjisi
17. melimpahi
18. menyeru (i)
Bentuk 2 – me-… dan me-...-kan
[siapa][me-…][apa] untuk [siapa]
siapa me-… apa Untuk Siapa
1. Membancuh
2. Melukis
3. Membaca
4. Membuat
5. Menulis
6. Menjahit
7. Membeli
8. Mengambil
9. Membawa
10. Membuka
11. Menutup
12. Menuang
13. Membayar
14. Membasuh
15. Menekap
16. Menyiang
17. Membina
18. mencari
[siapa][me-…-kan][siapa][apa]
Siapa KKT me-…-kan siapa Apa
1. membancuhkan
2. Melukiskan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
53
3. membacakan
4. membuatkan
5. menuliskan
6. menjahitkan
7. membelikan
8. mengambilkan
9. membawakan
10. membukakan
11. menutupkan
12. menuangkan
13. membayarkan
14. membasuhkan
15. menekapkan
16. menyiangkan
17. membinakan
18. mencarikan
Bentuk 3 - di-…-kan dan di-…-i
[apa][di-...-kan][oleh siapa] kepada [siapa]
apa di-…-kan oleh siapa Kepada Siapa
1. Dikurniakan
2. Dihulurkan
3. dianugerahkan
4. dikirim (kan)
5. Diajarkan
6. Diberikan
7. Dihutangkan
8. ditawarkan
9. dicucurkan
10. diberitahukan
11. Diserahkan
12. Dinasihatkan
13. Dicontohkan
14. dicurahkan
15. Dipinjamkan
16. Direnjiskan
17. dilimpahkan
18. diserukan
[siapa][di-…-i][oleh siapa] [apa]
Siapa di-…-i oleh siapa Apa
1. Dikurniai
2. Dihuluri
3. dianugerahi
4. Dikirimi
5. Diajarkan
6. Diberi
7. Dihutangi
8. Ditawari
9. Dicucuri
10. diberitahu (i)
11. Diserahi
12. Dinasihati
13. Dicontohi
14. dicurahi
15. Dipinjami
16. Dienjisi
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
54
17. dilimpahi
18. diseru (i)
Bentuk 4 –di-… dan di-...-kan
[apa][di-…][oleh siapa] untuk [siapa]
Apa di-… oleh siapa Untuk Siapa
1. dibancuh
2. dilukis
3. dibaca
4. dibuat
5. ditulis
6. dijahit
7. dibeli
8. diambil
9. dibawa
10. dibuka
11. ditutup
12. dituang
13. dibayar
14. dibasuh
15. ditekap
16. disiang
17. Dibina
18. dicari
[siapa][di-…-kan][oleh siapa][apa]
Siapa di-…-kan oleh siapa Apa
1. dibancuhkan
2. dilukiskan
3. dibacakan
4. dibuatkan
5. dituliskan
6. dijahitkan
7. dibelikan
8. diambilkan
9. dibawakan
10. dibukakan
11. ditutupkan
12. dituangkan
13. dibayarkan
14. dibasuhkan
15. ditekapkan
16. disiangkan
17. dibinakan
18. dicarikan
-Bentuk 5 - Akhiran ...-kan dan ...-i
[apa] [KGN1&2] [ ...-kan] kepada [siapa]
Apa KGN 1@2 KK berakhiran -kan Kepada Siapa
1. kurniakan
2. hulurkan
3. anugerahkan
4. kirim (kan)
5. ajarkan
6. berikan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
55
7. hutangkan
8. tawarkan
9. cucurkan
10. beritahukan
11. serahkan
12. nasihatkan
13. contohkan
14. curahkan
15. pinjamkan
16. renjiskan
17. limpahkan
18. serukan
[siapa][KGN1&2] [...-i] [apa]
Siapa KGN 1@2 KK berakhiran ...-i Apa
1. kurniai
2. huluri
3. anugerahi
4. kirimi
5. ajar
6. beri
7. hutangi
8. tawari
9. cucuri
10. beritahu
11. serahi
12. nasihati
13. contohi
14. curahi
15. pinjami
16. renjisi
17. limpahi
18. seru
-Bentuk 6- perkataan yang tanpa awalan dan akhiran dan akhiran ...-kan.
[apa][KGN1&2][ KK tanpa awalan dan akhiran ] [untuk] [siapa]
Apa KGN Diri
Pertama atau
Kedua
KKP tanpa
awalan dan
akhiran
Untuk Siapa
1. bancuh
2. lukis
3. baca
4. buat
5. tulis
6. jahit
7. beli
8. ambil
9. bawa
10. buka
11. tutup
12. tuang
13. bayar
14. basuh
15. tekap
16. siang
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
56
17. bina
18. cari
[siapa][KGN1&2][ KK tanpa awalan berakhiran -kan][apa]
Siapa KGN Diri
Pertama atau
Kedua
Kata kerja pasif tanpa
awalan dan berakhiran ..-kan
Apa
1. bancuhkan
2. lukiskan
3. bacakan
4. buatkan
5. tuliskan
6. jahitkan
7. belikan
8. ambilkan
9. bawakan
10. bukakan
11. Tutupkan
12. tuangkan
13. bayarkan
14. basuhkan
15. tekapkan
16. siangkan
17. binakan
18. carikan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
57
Lampiran C Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang
Tajuk:
Penguasaan Apitan me-...-kan dan me-...-i, awalan me-... dan apitan me-...-kan , apitan di-
...-kan dan di-...-i, awalan di-... dan apitan di-...-kan, akhiran ...–kan dan ...–i serta kata tanpa
awalan dan akhiran serta akhiran ...-kan.
Ujian Akhir
Nama: ___________________________ Kelas: ___________ Masa : 30 minit
1. Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
(i) Menawarkan – menawari
(ii)Menyerahkan – menyerahi
(i) Memberikan – memberi (i)
[6 markah]
2. Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
(i) membeli – membelikan
(ii) melukis – melukiskan
(iii) mengambil - mengambilkan
[6 markah]
3. Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
(i) ditawarkan – ditawari
(ii) diserahkan – diserahi
(iii) diberikan – diber (i)
[6 markah]
4. Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
(i) dibeli – dibelikan
(ii) dilukis – dilukiskan
(iii) diambil -diambilkan
[6 markah]
5. Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
(i) tawarkan – tawari
(ii) serahkan – serahi
(iii) berikan – ber (i)
[6 markah]
6. Bina ayat dengan perkataan yang berikut:
(i) beli – belikan
(ii) lukis – lukiskan
(iii) ambil -ambilkan
[6 markah]
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
58
Lampiran D
Markah ujian membina ayat bagi setiap murid sebelum dan sesudah penggunaan TAA
Bil. Nama Penuh Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
1 Murid L1 12/36 32/36
2 Murid L2 10/36 29/36
3 Murid L3 13/36 32/36
4 Murid L4 18/36 24/36
5 Murid L5 16/36 32/36
6 Murid L6 15/36 30/36
7 Murid L7 11/48 31/36
8 Murid L8 18/36 34/36
9 Murid L9 16/36 33/36
10 Murid L10 14/36 29/36
11 Murid L11 20/36 35/36
12 Murid L12 13/36 34/36
13 Murid L13 10/36 28/36
14 Murid P1 18/36 34/36
15 Murid P2 17/36 34/36
16 Murid P3 14/36 35/36
17 Murid P4 13/36 30/36
18 Murid P5 18/36 35/36
19 Murid P6 15/36 33/36
20 Murid P7 19/36 36/36
21 Murid P8 17/36 35/36
22 Murid P9 23/36 36/36
23 Murid P10 17/36 33/36
24 Murid P11 19/36 34/36
25 Murid P12 14/36 36/36
26 Murid P13 21/36 36/36
27 Murid P14 20/36 36/36
28 Murid P15 13/36 34/36
29 Murid P16 16/36 36/36
30 Murid P17 18/36 36/36
31 Murid P18 11/36 28/36
Sebagai kesimpulannya, pelbagai cara dan teknik yang dapat digunakan untuk menangani
masalah tatabahasa yang sering mengelirukan murid. Dalam hal ini, perkara asas yang perlu
dikuasai oleh pengguna bahasa ialah bahawa murid perlu menguasai fungsi imbuhan yang
terdapat dalam bahasa Melayu sama ada akhiran, awalan, sisipan dan apitan. Saya
percaya melalui penguasaan bahasa yang mantap dalam kalangan murid akan dapat
membantu murid menulis karangan dengan berkesan dan mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
59
MENINGKATKAN PENGUASAAN AYAT SONGSANG PENDEPANAN KATA KERJA
DALAM AYAT TUNGGAL MENGGUNAKAN TEKNIK PIRAMID KASUKE 213 Oleh:
Masbillah Binti Morogos
En. Azmi Bin Jali
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ayat songsang
pendepanan kata kerja dalam ayat tunggal Bahasa Melayu tahun tiga menggunakan teknik
Piramid KASUKE 213. Akronim KASUKE 213 bermaksud KA untuk kata kerja, SU bermaksud
subjek, KE ialah keterangan manakala 213 untuk kedudukan ayat songsang menggunakan
bentuk piramid. Teknik ini menggunakan akronim KASUKE, bentuk piramid dan nombor 213
bagi memudahkan murid untuk membina ayat songsang pendepanan kata kerja.
Responden dalam kajian ini terdiri daripada enam orang daripada kelas tahun tiga yang
mempunyai masalah dalam menguasai ayat songang. Data kajian ini dikumpul melalui
penilaian iaitu ujian diagnostik dan ujian pencapaian, pemerhatian dan soal selidik.
Penyelidik menggunakan teknik gabungan untuk menganalisis data iaitu melibatkan
kaedah kualitatif dan kuantitatif. Markah responden kajian dalam ujian pencapaian
menunjukkan peningkatan yang baik daripada ujian diagnostik yang dijalankan. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa teknik Piramid KASUKE 213 dapat membantu murid yang lemah
dalam penguasaan ayat tunggal susunan songsang Bahasa Melayu
PENDAHULUAN
Abdullah Hassan (2006) ada mengatakan bahawa bahasa sebagai alat untuk
berkomunikasi, bilangan ayat yang digunakan tidak terhingga jumlahnya. Selagi
manusia masih memerlukan dan menggunakan bahasa selagi itu ayat akan
terbentuk. Menurut Nik Safiah Karim (2009) ayat merupakan unsur penting dalam
kajian bahasa. Ayat ialah pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap yang pengucapannya dimulai
dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Menurut Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani (2006) ayat biasanya terdiri
daripada dua unsur yang utama iaitu subjek dan prediket. Dalam huraian
tatabahasa, subjek merupakan unsur yang diterangkan manakala predikat adalah
unsur yang menerangkan. Nik Safiah Karim ( 2009) ada menyatakan bahawa dari
segi bentuk susunan, ayat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu susunan biasa
dan susunan songsang. Susunan biasa bermaksud binaan ayat yang
mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa subjek mendahului frasa
predikat. manakala apabila susunan frasa subjek yang mendahului frasa predikat
itu diubah sehingga predikat pula mendahului subjek, barulah terbentuk ayat yang
bersusunan songsang. Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya dua
proses pendepanan yang berlaku pada predikat iaitu pendepanan seluruh predikat
dan pendepanan sebahagian daripada predikat.
FOKUS KAJIAN
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
60
Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kepada masalah penguasaan binaan
ayat tunggal susunan songsang dalam murid tahun 3 yang terdiri daripada 38 orang
murid. Hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan oleh penyelidik menunjukkan bahawa beberapa orang murid tahun 3
mempunyai masalah dalam penguasaan ayat tunggal susunan songsang.
Berdasarkan kepada tinjauan yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa 6
responden kajian ini sememangnya tidak menguasai ayat tunggal susunan
songsang. Hal ini kerana responden mempunyai kekeliruan dalam menyusun ayat
tunggal susunan songsang. Responden menyusun daripada perkataan yang berada
di belakang ayat. Oleh itu, penyelidik telah memberikan fokus kajian menyusun ayat
songsang pendepanan kata kerja dalam ayat tunggal bagi membantu responden
kajian ini untuk meningkatkan penguasaan ayat susunan songsang.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian Soalan Kajian
1
Meningkatkan penguasaan ayat
songsang pendepanan kata kerja
dalam ayat tunggal
menggunakan teknik Piramid
KASUKE 213.
1
Adakah teknik piramid KASUKE 213
dapat meningkatkan penguasaan
responden dalam ayat songsang
pendepanan kata kerja.
2.
.
Mengaplikasikan Piramid KASUKE
213 dalam menyusun Ayat
songsang pendepanan kata kerja
2 Adakah responden dapat
mengaplikasikan piramid KASUKE 213
untuk menyusun ayat Songsang
pendepanan kata kerja.
KUMPULAN SASARAN
Responden kajian ini terdiri daripada 6 orang daripada kelas tahun 3 di sekolah
yang terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Responden dalam kajian ini juga terdiri
Rajah 1 : Masalah responden kajian.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
61
daripada pelbagai latar belakang keluarga. Tahap pencapaian responden terdiri
daripada tahap sederhana dan pandai. Tahap sederhana 3 orang responden dan
pada tahap pandai terdiri daripada 3 orang responden.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA
Penyelidik menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu penilaian ( ujian),
Pemerhatian dan soal selidik dan cara menganalisis data yang dipilih ialah kaedah
gabungan iaitu menggunakan kualitatif dan kuantitatif.
Kajian ini memberi fokus kepada responden yang mempunyai masalah dalam
penguasaan ayat songsang. Justeru itu , bagi melihat perubahan sepanjang
pelaksanaan kajian ini penyelidik menggunakan tiga kaedah pengumpulan data
iaitu kaedah pemerhatian secara berstruktur, penilaian ( ujian ), dan soal selidik.
Dapatan data ini juga akan menyokong dan menjawab persoalan kajian ini.
1. Penilaian
Penyelidik menggunakan ujian diagnostik, ujian pencapaian dan intervensi dalam
analisis penilaian. Penyelidik mendapati bahawa dengan adanya ujian diagnostik
jelas menunjukkan bahawa responden mempunyai masalah dalam menyusun ayat
songsang dengan betul. Penyelidik juga membuat perbandingan di antara ujian
diagnostik, ujian pencapaian dan setiap intervensi bagi mengenal pasti
peningkatan penguasaan responden dalam ayat tunggal susunan songsang
menggunakan teknik KASUKE 213.
2. Pemerhatian Berstruktur
Menurut Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof (2014) analisis pemerhatian
dilaksanakan secara berstruktur dimana pemerhatian berstruktur menggunakan
senarai semak agar lebih mudah untuk dianalisis. Penyelidik menggunakan item
tentang pengaplikasian teknik Piramid KASUKE 213 bagi setiap responden dalam
setiap intervensi yang dilaksanakan.
3. Soal Selidik
Penyelidik telah membina beberapa soalan berstruktur berbentuk tulisan yang
dikenali sebagai borang soal selidik. Responden hanya perlu memilih jawapan pada
ruang yang berkenaan. Dalam kajian ini soal selidik digunakan bagi mengukur dan
mengenal pasti sejauh mana teknik Piramid KASUKE 213 ini berkesan kepada
Rajah 2 : Kaedah Pengumpulan Data
KAEDAH PENGUMPULAN
DATA Soal selidik Pemerhatian
Berstruktur
Penilaian (ujian)
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
62
responden dalam menguasai ayat songsang pendepanan kata kerja dalam ayat
tunggal Bahasa Melayu.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian ini menggunakan model Kurt Lewin (1946) bagi menyelasaikan masalah
responden dalam menyusun ayat songsang pendepanan kata kerja dalam ayat
tunggal Bahasa Melayu tahun 3. Proses pertama yang perlu ada dalam model ini
ialah perancangan kemudian diikuti dengan tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Menurut Rosinah Edinin (2014), Model Kurt Lewin juga merupakan model yang
membolehkan refleksi dapat dilakukan di mana-mana peringkat yang sesuai. Kajian
ini hanya menggunakan gelung pertama sahaja.
Rajah 3 : Model Kajian Kurt Lewin 1946
RINGKASAN PELAKSANAAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Rajah 4 : Ujian diagnostik untuk murid. Rajah 5 : Ujian pencapaian untuk Responden.
Raj.6 Perkenalkan teknik Piramid KASUKE 213 Raj.7: Menyusun ayat songsang ( Kumpulan)
Kajian tindakan
1
Refleksi
Rancangan
Tindakan Pemerhatian
NAMA : KELAS : TARIKH
:
ARAHAN : Tukarkan ayat yang berikut menjadi ayat susunan songsang.
1. Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang
_____________________________________________
2. Ibu pergi ke pasar.
_____________________________________________
3. Dia terduduk di situ.
____________________________________________
4. Pengawal itu tertidur di kerusi.
_________________________________________________________
5. Ali mandi di sungai.
_________________________________________________________
NAMA : KELAS : TARIKH :
ARAHAN : Tukarkan ayat yang berikut menjadi ayat susunan songsang.
1. Dia terduduk di situ.
________________________________________________
2. Ali mandi di sungai.
________________________________________________
3. Ibu pergi ke pasar.
________________________________________________
4. Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang.
_______________________________________________________
5. Pengawal itu tertidur di kerusi.
_____________________________________________________________
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
63
DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRESTASI
Soalan Kajian 1:
Adakah teknik piramid KASUKE 213 dapat meningkatkan penguasaan responden
dalam ayat songsang pendepanan kata kerja.
Dapatan kajian dapat menjawab persoalan yang pertama berdasarkan
peningkatan pencapaian murid dalam intervensi yang dilaksanakan dan ujian
pencapaian setelah intervensi dilaksanakan.
INTERVENSI
Graf 1 : Analisis Perbezaan Markah Intervensi Setiap Responden.
Raj.8: Melengkapkan Piramid KASUKE 213(Individu) Raj.9: Tanpa Piramid KASUKE 213 (individu)
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
64
Dalam graf 1 . penyelidik mendapati terdapat perubahan yang positif terhadap
pencapaian setiap responden. Hasil daripada analisis data intervensi yang
dilaksanakan menunjukkan bahawa penggunaan Piramid KASUKE 213 dapat
membantu meningkatkan penguasaan responden dalam ayat tunggal susunan
songsang. Berdasarkan kepada analisis menunjukkan enam responden dalam kajian
ini menunjukan peningkatan dalam setiap intervensi yang dilaksanakan. Jelaslah
bahawa intervensi yang dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan
penguasaan ayat songsang pendepanan kata kerja dalam ayat tunggal setiap
responden dalam kajian ini.
UJIAN PENCAPAIAN DAN UJIAN DIAGNOSTIK
Graf 2 menunjukkan perbezaan markah responden dalam ujian diagnostik dan ujian
pencapaian. Persoalan pertama dapat dijawab berdasarkan kepada peningkatan
markah responden Hal ini kerana hasil setiap responden mendapat perubahan
dimana responden A dan B telah mendapat 20% dalam ujian diagnostik dan telah
meningkat 80 % kepada 100 % dalam ujian pencapaian. Responden C, D dan E pula
telah mendapat 0 % dalam ujian diagnostik dan meningkat 100% setelah mengikuti
intervensi dan mendapat markah 100% dalam ujian pencapaian. Seterusnya bagi
responden F dalam ujian diagnostik telah mendapat 40 % dan meningkat kepada
60 % dalam ujian pencapaian yang dilaksanakan. Secara keseluruhanya,
RESPONDEN UJIAN
DIAGNOSTIK
UJIAN
PENCAPAIAN
PENINGKATAN
A 20 % 100 % 80 %
B 20 % 100% 80%
C 0 % 100% 100%
D 0% 100% 100%
E 0% 100% 100%
F 40% 100 % 60%
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
RespondenA
RespondenB
RespondenC
RespondenD
RespondenE
RespondenF
20 20
0 0 0
40
100 100 100 100 100 100
Ujian Diagnostik Ujian Pencapaian
Graf 2 : Perbezaan Markah Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian Setiap Responden.
Jadual 3 : Markah Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian Setiap Responden.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
65
penggunaan Piramid KASUKE 213 dapat membantu meningkatkan penguasaan
responden dalam ayat tunggal susunan songsang pendepanan kata kerja.
SOAL SELIDIK
Graf 3 menunjukkan peratusan analisis soal selidik yang dibuat untuk semua
responden. Dalam setiap item tidak ada responden yang tidak bersetuju malahan
responden lebih cenderung dengan jawapan sangat setuju dan setuju sahaja.
ANALISIS DATA 2 : PEMERHATIAN
Soalan 2 : Adakah responden dapat mengaplikasikan piramid KASUKE 213 untuk
menyusun ayat songsang pendepanan kata kerja.
Jadual 4: Hasil Analisis Pemerhatian setiap intervensi dan ujian pencapaian.
Graf 3 : Peratusan Analisis Borang Soal Selidik.
6
3 3
5
4
6
4 4 4
5
6
4 4
6 6 6
5 5
6 6 6 6 6 6 6
0
1
2
3
4
5
6
7
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5
jum
lah
res
po
nde
n
Pemerhatian Setiap Intervensi
Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4 ujian pencapaian
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
66
Jadual 4 menunjukkan bilangan responden yang memenuhi item-item yang
disediakan dalam setiap intervensi dan ujian pencapaian yang dilaksanakan dalam
kajian ini. Bilangan responden yang memenuhi item yang diberikan dapat dikenal
pasti semasa melaksanakan intervensi dan ujian pencapaian Jelaslah bahawa
pemerhatian yang dilaksanakan dalam kajian ini dapat menunjukkan bahawa item
soalan menjurus kepada pengaplikasian responden menggunakan teknik Piramid
KASUKE 213.
Hasil pemerhatian dalam setiap intervensi dan ujian pencapaian yang dilaksanakan
dapat membuktikan bahawa responden dapat mengaplikasikan piramid KASUKE
213 dalam membina ayat songsang pendepanan kata kerja. Penyelidik membuat
pemerhatian semasa responden sedang melaksanakan semua intervensi dan ujian
pencapaian. Item pemerhatian berstruktur menunjukkan bahawa teknik Piramid
KASUKE 213 dapat membantu responden untuk mengaplikasikan teknik Piramid
KASUKE 213 semasa menyusun ayat songsang pendepanan kata kerja.
Graf 4 : Hasil Pemerhatian setiap intervensi.
Rajah 10 : Antara hasil responden dalam intervensi 1
Dapat menentukan kedudukan KA (Kata
Kerja).
6
6 6 6 6
Dapat menentukan kedudukan SU (Subjek). 3 4 4 5 6
Dapat menentukan kedudukan KE
(Keterangan)
3 4 4 5 6
Dapat menentukan nombor 213. 5 4 6 6 6
Boleh mengingat rumus KASUKE 213. 4 5 6 6 6
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
67
Rajah 11 : Responden dalam intervensi 2 Rajah 12 : Responden dalam intervensi 3
RUMUSAN DAN REFLEKSI KAJIAN
Responden kajian ini merupakan responden yang sememangnya lemah dalam ayat
songsang. Oleh itu, penyelidik telah memudahkan responden dengan memilih satu
cara untuk menyusun ayat songsang yang boleh memudahkan responden.
Pelaksanaan penyelidikan tindakan ini dapat memberikan penyelidik menimbah
ilmu dan pengalaman yang berharga kerana telah membuat sesuatu untuk
membantu responden yang mempunyai masalah dalam menyusun ayat songsang.
Penyelidik juga berusaha untuk mencari jalan untuk menyelasaikan masalah yang
dihadapi oleh responden dalam kajian ini.
Secara keseluruhannya dalam kajian ini teknik Piramid KASUKE 213 dapat membantu
responden untuk menguasai ayat songsang pendepanan kata kerja dalam ayat
tunggal.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Teknik yang dilaksanakan ini masih boleh dibuat kajian lanjutan. Hal ini kerana
pelbagai cara untuk membina ayat songsang dalam Bahasa Melayu. Oleh itu,
cadangan untuk kajian lanjutan ialah menggunakan teknik Piramid untuk membuat
ayat songsang jenis lain agar teknik ini dapat dikembangkan dan memudahkan
murid untuk lebih mengetahui jenis lain untuk membuat ayat songsang. Selain itu,
tempoh kajian untuk teknik ini juga boleh dipanjangkan lagi agar pelaksanaan
teknik ini dapat memperlihatkan keberkesanan yang lebih utuh. Disamping itu, teknik
ini perlu dilaksanakan di sekolah dan fokus responden lebih tinggi iaitu tahun 4
kerana tahun 4 sudah diajar untuk membina ayat songsang sendiri.
Kesimpulannya, kajian ini masih boleh dikembangkan, diperbaiki lagi dan seterusnya
boleh digunakan oleh guru Bahasa Melayu untuk mengajar tajuk ayat songsang
bagi memudahkan pelajar untuk belajar ayat songsang.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
68
RUJUKAN
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani (2006), Sintaksis, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.
Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof (2014), Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu, Selangor
Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn ( 2009), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Rosinah Edinin (2014), Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan, Kuala Lumpur: Pelangi Professional
Sdn. Bhd.
Jurnal Pendidikan
Mohd Hasbullah bin Sahabarudin & Faizah binti Abu (2014), Meningkatkan Kemahiran Menukar Susunan
Ayat Biasa kepada Susunan ayat songang dengan menggunakan formula urutan nombor
bagi murid tahun 4 Elit. Jurnal Pendidikan Tindakan Pengajian Melayu, 157 – 175.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
69
MENGATASI MASALAH MURID TAHUN 2 DALAM MENYEBUT PERKATAAN KV+KVK
DENGAN MENGGUNAKAN
TEKNIK FONTUR SUKU KATA Oleh:
Mohamad Hairy Bin Said
Puan Sarimawathy Binti Jumanie
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid dalam menyebut perkataan
KV+KVK dengan menggunakan Teknik Fontur Suku Kata. Reka bentuk kajian yang dipilih
adalah berdasarkan model Kurt Lewin (1946). Seramai 4 orang subjek telah dipilih dan terlibat
dalam kajian ini. Hasil daripada tinjauan awal yang telah dijalankan, maka pengkaji
mendapati bahawa terdapat sebilangan murid tahun 2 mengalami masalah dalam
meyebut perkataan KV+KVK. Atas kesedaran ini, maka pengkaji menjalankan kajian dan
berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi melalui aplikasi penggunaan Teknik Fontur
Suku Kata. Teknik Fontur Suku Kata merupakan sebuah teknik yang menggabungkan kaedah
permainan bahasa dengan kaedah fonetik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
kemahiran menyebut bunyi suku kata perkataan. Istilah Fontur diambil daripada akronim
fonetik dan catur. Hal ini bermaksud, pelaksanaan teknik ini dilakukan dengan mengambil
ciri bagi permainan catur dan pengajaran dalam bentuk kaedah fonetik. Instrumen yang
digunakan untuk mengukur kajian ini antaranya termasuklah pemerhatian secara berstruktur,
soal selidik, rakaman video, ujian diagnostik dan ujian pencapaian. Dapatan kajian ini
membuktikan bahawa aplikasi penggunaan Teknik Fontur Suku Kata berkesan untuk
mengatasi masalah subjek dalam menyebut perkataan KV+KVK dengan betul, jelas dan
lancar. Justeru, pengkaji yakin bahawa Teknik Fontur Suku kata perlu diperluas
penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menyebut
perkataan.
Kata Kunci : Mengatasi, menyebut, perkataan KV+KVK, Teknik Fontur Suku
Kata
PENDAHULUAN
Pada minggu ke-3 menjalankan praktikum disebuah sekolah yang terdapat di
Daerah, Tuaran, Sabah, pengkaji telah diberi amanah untuk menjalankan tugas
sebagai guru ganti bagi kelas tahun 2 Bijak. Pengkaji mendapati bahawa terdapat
beberapa orang murid mengalami masalah dalam kemahiran membaca,
khususnya kemahiran menyebut perkataan KV+KVK. Masalah ini diperincikan oleh
pengkaji dengan murid tidak boleh menyebut suku kata awal dan akhir perkataan
dengan betul serta mereka tidak boleh menyebut gabungan suku kata awal dan
akhir bagi perkataan KV+KVK.
Oleh hal yang demikian, terdetik di hati pengkaji untuk mencipta satu idea bagi
menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid khusus bagi murid tahun 2
bijak bagi kemahiran menyebut perkataan yang mempunyai dua suku kata.
Pengkaji berusaha mencipta satu mekanisme yang boleh menyelesaikan
permasalahan murid dengan menggunakan permainan bahasa melalui Teknik
Fontur Suku Kata. Pengkaji sangat berkeyakinan tinggi bahawa hasil daripada
pelaksanaan teknik ini mampu menangani masalah yang dialami oleh murid. Selain
itu, pengkaji juga percaya bahawa setelah kaedah ini dilaksanakan nanti, murid-
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
70
murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik serta dapat
mengurangkan jumlah murid LINUS di sekolah berkenaan.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah murid tahun 2 dalam menyebut
perkataan KVK+KVK dengan menggunakan Teknik Fontur Suku Kata. Berdasarkan
tinjauan masalah yang telah dibuat, pengkaji telah berjaya mengenal pasti masalah
murid. Antara masalah yang telah dikenal pasti oleh pengkaji, adalah seperti :
1. Murid tidak boleh menyebut suku kata awal bagi perkataan KV+KVK dengan
sebutan yang betul dan tepat.
2. Murid tidak boleh menyebut suku kata akhir bagi perkataan KV+KVK dengan
sebutan yang betul dan tepat.
3. Murid tidak dapat menyebut gabungan perkataan suku kata pertama dan
suku kata akhir bagi perkataan KV+KVK.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Jadual 1 : Objektif & Soalan Kajian
OBJEKTIF KAJIAN SOALAN KAJIAN
1. Mengatasi masalah murid dalam
menyebut perkataan KV+KVK
dengan menggunakan Teknik
Fontur Suku Kata.
1. Adakah masalah murid dalam
menyebut perkataan KV+KVK dapat
di atasi dengan menggunakan
Teknik Fontur Suku Kata.
2. Murid dapat mengaplikasikan
Teknik Fontur Suku Kata dalam
menyebut perkataan KV+KVK.
2. Adakah murid dapat
mengaplikasikan Teknik Fontur Suku
Kata dalam menyebut perkataan
KV+KVK.
3. Murid dapat menyebut gabungan
perkataan suku kata pertama dan
suku kata akhir bagi perkataan
KV+KVK menggunakan Teknik
Fontur Suku Kata.
3. Adakah murid dapat menyebut
gabungan perkataan suku kata
pertama dan suku kata akhir bagi
perkataan KV+KVK menggunakan
teknik fontur suku kata.
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian untuk kajian berkaitan menangani masalah murid tahun 2 dalam
menyebut perkataan KV+KVK dengan menggunakan teknik fontur suku kata adalah
seramai 4 orang murid. Mereka ini adalah terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan
seorang murid perempuan.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Model Kajian
Model yang dipilih bagi melaksanakan penyelidikkan tindakan ini adalah
berasaskan model Kurt Lewin (1946). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai
empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Dalam
melaksanakan penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
71
tindakan Lewin. Terlebih dahulu, pengkaji telah menjalankan tinjauan awal bagi
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid.
Seterusnya membuat perancangan dengan pelan tindakan. Setelah membuat
perancangan, pengkaji melaksanakan tindakan secara berperingkat mengikut
masa- masa yang ditetapkan. Seterusnya, pengkaji mengumpul data hasil dari
setiap tindakan dan seterusnya membuat refleksi iaitu menganalisis dan menilai
dapatan yang dikumpul. Rajah dibawah menunjukkan proses perancangan
tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji.
Rajah 2 : Model Kajian Kurt Lewin 1946. Rosinah Edinin (2015)
Teknik Fontur Suku Kata
Teknik fontur suku kata merupakan kaedah berasaskan permainan bahasa yang
berupaya menangani masalah murid dalam menyebut perkataan KV+KVK. Istilah
fontur merupakan akronim bagi perkataan “fonetik” dan “Catur”. Gabungan
perkataan ini diambil di awal suku kata perkataan fonetik dan di akhir suku kata
bagi perkataan catur.
Fontur merupakan suatu teknik yang menggabungkan unsur pengajaran dan
pembelajaran berasaskan kaedah fonetik dalam menyebut dan membunyikan
huruf. Dalam masa yang sama, fontur suku kata dijalankan dalam bentuk
permainan. Teknik ini perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur. Murid harus
diberi penerangan bagi tujuan pemahaman murid dalam melaksanakan teknik
permainan fontur suku kata.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
72
Rajah 3 : Pelaksanaan Teknik Fontur Suku Kata.
PELAKSANAAN INTERVENSI
Jadual 2 : Pelaksanaan Intervensi
INTERVENSI
HURAIAN
INTERVENSI 1
• Guru melatih murid menyebut suku kata awal
perkataan (KV).
- Guru mencabut 5 kad suku kata.
- Guru sebut suku kata, murid ikut sebutan guru, dan
meletakkan smiley ke dalam petak fontur suku
kata dengan betul.
Pengayaan :
- Guru melatih murid menyebut suku kata awal
perkataan (KV) dengan bantuan gambar.
- Murid sebut suku kata awal perkataan (KV) sambil
meletakkan smiley ke dalam petak fontur suku
kata dengan betul.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
73
INTERVENSI 2
• Guru melatih murid menyebut
suku kata akhir perkataan (KVK).
- Guru mencabut 5 kad suku
kata.
- Guru sebut suku kata, murid
ikut sebutan guru, dan meletakkan smiley ke
dalam petak fontur suku kata dengan betul.
Pengayaan :
- Guru melatih murid menyebut suku kata akhir
perkataan (KVK) dengann bantuan gambar.
- Murid sebut suku kata akhir perkataan (KVK) sambil
meletakkan smiley ke dalam petak fontur suku
kata dengan betul.
INTERVENSI 3
• Murid menyebut perkataan (KV+KVK) dengan
sebutan yang betul dan tepat.
- Guru menyediakan kad perkataan.
- Murid diminta untuk mencabut 5 kad perkataan.
- Guru menyebut perkataan, murid dengar,
kemudian murid dikehendaki mengulang sebutan
perkataan yang didengari, kemudian meletakkan
smiley ke dalam petak fontur suku kata dengan
betul.
Pengayaan :
- Murid sebut perkataan, murid dengar, kemudian
murid dikehendaki meletakkan smiley ke dalam
petak fontur suku kata dengan betul.
INTERVENSI 4
• Melaksanakan ujian pencapaian
- Guru memilih 10 perkataan yang mempunyai pola
suku kata KV+KVK.
- Guru melekatkan 10 kad perkataan tersebut di
papan putih.
- Secara bergilir-gilir, subjek dikehendaki menyebut
perkataan KV+KVK dengan betul dan tepat.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
74
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data.
Berikut merupakan kaedah pengumpulan data yang digunakan :
Pemerhatian Berstruktur
Pengkaji menggunakan jenis kaedah pengumpulan data iaitu dengan
menggunakan pemerhatian yang dijalankan secara berstruktur. Pemerhatian ini
adalah dalam bentuk senarai semak. Pengkaji telah menetapkan beberapa kriteria
sebagai item yang ingin diperhatikan melalui instumen pemerhatian yang dibina.
Kriteria-kriteria yang dipilih adalah berdasarkan daripada objektif kajian. Antara
kriteria yang ingin diperhatikan itu adalah tentang sebutan awal suku kata bagi
perkataan KV+KVK, sebutan bagi suku kata akhir perkataan KV+KVK, dan sebutan
bagi perkataan KV+KVK yang betul dan jelas.
Rakaman Video
Alat perakam video merupakan mekanisme yang digunakan oleh pengkaji bagi
mendapatkan penilaian berbentuk kualitatif. Pengkaji menggunakan alat rakaman
video bagi melihat subjek kajian terhadap aplikasi Teknik Fontur Suku Kata dalam
menyebut perkataan KV+KVK dengan sebutan yang betul dan tepat. Di samping
itu, pengkaji juga menggunakan rakaman video sebagai bahan bukti untuk melihat
perkembangan subjek sebelum dan selepas menggunakan Teknik Fontur Suku Kata.
Soal Selidik
Borang soal selidik merupakan suatu kaedah yang biasa digunakan oleh para
pengkaji dalam mengumpul dan mendapatkan sebarang respon atau gerak balas
terhadap subjek yang dikaji. Selain itu, soal selidik yang dihasilkan oleh pengkaji
adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang ingin dicapai pada objektif kedua kajian.
Soalan yang dihasilkan dalam borang soal selidik menggunakan gaya bahasa yang
mudah difahami oleh subjek. Kemudian, hasil dapatan melalui soal selidik akan
ditafsir lalu dipindahkan ke dalam bentuk numerikal. Selain itu, dalam penghasilan
instrumen soal selidik, pengkaji telah membuat dua bahagian, iaitu bahagian A dan
Rajah 1 : Kaedah Pengumpulan Data Yang Dipilih.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
75
bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat butiran subjek kajian.
Manakala, bahagian B pula merupakan soalan-soalan utama yang berkaitan
dengan objektif dan soalan kajian yang kedua.
Ujian Dianostik
Ujian diagnostik adalah ujian yang dilaksanakan sebelum menggunakan teknik
Fontur Suku Kata dalam kajian mengenai kemahiran menyebut perkataan KV+KVK.
Berdasarkan ujian ini, pengkaji dapat menentukan kelemahan dan kekurangan
yang dihadapi oleh subjek kajian seterusnya dapat menentukan jumlah bilangan
subjek kajian yang mengalami masalah yang sama.
Dalam ujian diagnostik, pengkaji telah menyediakan beberapa kad perkataan yang
mempunyai pola suku kata KV+KVK. Perkataan-perkataan tersebut dipilih secara
rawak berdasarkan tahap pemahaman subjek kajian. Setiap subjek kajian diminta
untuk menyebut 10 kad perkataan dengan sebutan yang betul dan tepat. Aktiviti
tersebut dijalankan secara bergilir-gilir oleh subjek kajian dan dinilai oleh pengkaji.
Ujian Pencapaian.
Ujian ini bertujuan untuk melihat pencapaian subjek setelah menggunakan teknik
Fontur Suku Kata dalam menyebut perkataan KV+KVK dengan sebutan yang betul
dan tepat. Pentadbiran ujian pencapaian dilakukan oleh pengkaji terhadap subjek
kajian adalah sama seperti ujian diagnostik yang telah mereka jalani. Pengkaji
menyediakan beberapa kad perkataan dan meminta subjek kajian secara bergilir-
gilir menyebut 10 perkataan KV+KVK dengan sebutan yang betul dan jelas.
DAPATAN DATA DAN INTERPRETASI
Analisis Data 1 : Pemerhatian Secara Berstruktur
Jadual 3 : Jadual perbandingan pemerhatian berstruktur sebelum dan selepas
menggunakan Teknik Fontur Suku Kata.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
76
0
20
40
60
80
100
120
JUM
LAH
SU
BJE
K /
PER
ATU
S
ASPEK PEMERHATIAN
Sangat tidakmemuaskan
Tidak Memuaskan
Sederhana
Memuaskan
0
20
40
60
80
100
120
Menyebutbunyi suku
kata KV bagisuku kata
awalperkataan
Menyebutbunyi suku
kata KVK bagisuku kata
akhirperkataan
Menyebutperkataan
KV+KVKdengan betul
dan jelasberbantukan
gambar
Menyebutperkataan
KV+KVKdengan betul
dan jelastanpa bantuan
gambar
JJU
MLA
H S
UB
JEK
/ P
ERA
TUS
ASPEK PEMERHATIAN
Sangat tidakmemuaskanTidak memuaskan
Sederhana
Memuaskan
Sangat memuaskan
Graf bar 1 : Pemerhatian berstruktur sebelum menggunakan Teknik Fontur Suku Kata
dalam mengatasi masalah menyebut perkataan KV+KVK.
Graf bar 2 : Pemerhatian berstruktur selepas menggunakan Teknik Fontur Suku Kata
dalam mengatasi masalah menyebut perkataan KV+KVK.
Graf di atas menunjukkan perbandingan diantara pemerhataian yang dilakukan
oleh pengkaji sebelum dan selepas menggunakan Teknik Fontur Suku Kata ke atas
subjek. Hasil daripada analisis dapatan data yang diperolehi, didapati bahawa
berlaku perubahan yang sangat positif ke atas subjek yang dikaji. Di samping itu,
hasil analisis dapatan data melalui pemerhatian ini juga menyokong kepada
tercapainya objektif pertama kajian.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
77
0
20
40
60
80
100
120
Soalan1
Soalan2
Soalan3
Soalan4
Soalan5
Soalan6
Soalan7
Pera
tus
Item Soal Selidik
YA
TIDAK
Analisisi Data 2 : Soal Selidik
Graf di atas juga menunjukkan perbandingan hasil analisis data kajian berdasarkan
soal selidik. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa subjek dapat mengaplikasikan
Teknik Fontur Suku Kata bagi mengatasi masalah mereka dalam menyebut
perkataan KV+KVK. Justeru, data ini merupakan bukti penting bagi melihat
pencapaian objektif kajian yang kedua.
Selepas
0
20
40
60
80
100
120
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7
Pera
tus
Item Soal Selidik
YA
TIDAK
Sebelum
Graf soal selidik 1 & 2 : Sebelum dan selepas menggunakan teknik Fontur Suku Kata.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
78
0
20
40
60
80
100
Subjek 1 Subjek 2 Subjek 3 Subjek 4
Pe
ratu
s M
arka
h
Subjek Kajian
Perbandingan Peratusan Markah Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian Mengikut Subjek.
Ujian Diagnostik
Ujian Pencapaian
Analisis Data 3 : Ujian Secara Lisan
Graf Bar Ujian Secara Lisan 1 :
Perbandingan Peratusan Markah Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian.
Berdasarkan dapatan data melalui ujian diagnostik dan ujian pencapaian secara
lisan yang telah dipindahkan maklumatnya ke dalam bentuk graf bar, maka
pengkaji telah menganalisis bahawa terhadap peningkatan pemerolehan markah
yang diperolehi oleh setiap subjek. Secara umumnya, pengkaji telah berpendapat
bahawa telah berlaku perubahan yang memberangsangkan dalam markah ujian
yang diperolehi oleh subjek. Kesemua subjek menunjukkan peningkatan daripada
aspek jumlah peratus markah yang berjaya mereka perolehi setelah menggunakan
Teknik Fontur Suku Kata. Oleh hal yang demikian, analisis data ini dapat
membuktikan bahawa objektif kajian ketiga, iaitu subjek dapat menyebut
gabungan suku kata awal dan akhir bagi perkataan KV+KVK dengan sebutan yang
betul dan tepat adalah tercapai dengan jayanya.
RUMUSAN KAJIAN / REFLEKSI
Pengkaji merumuskan kajian yang dilakukan mengikut huraian persoalan kajian iaitu:
Soalan Kajian 1 :
Masalah subjek kajian dalam menyebut perkataan KV+KVK dapat di atasi dengan
menggunakan Teknik Fontur Suku Kata. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil
daripada analisis dapatan data pemerhatian secara berstruktur selepas
pengaplikasian Teknik Fontur Suku Kata dijalankan menunjukkan bahawa subjek
secara keseluruhannya berada pada tahap memuaskan (gabungan skala 4 & skala
5). Justeru, perubahn ini membuktikan bahawa penggunaan Teknik Fontur Suku Kata
memberi kesan yang positif bagi mengatasi masalah subjek menyebut perkataan
KV+KVK.
Soalan 2 :
Adakah masalah subjek dalam menyebut perkataan KV+KVK dapat di atasi dengan
menggunakan Teknik Fontur Suku Kata? 1
Adakah murid dapat mengaplikasikan Teknik Fontur Suku Kata dalam menyebut perkataan KV+KVK.
2
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
79
Hasil analisis data kajian melalui soal selidik jelas membuktikan bahawa subjek dapat
mengaplikasikan Teknik Fontur Suku Kata dalam menyebut perkataan KV+KVK.
Perubahan positif yang ditunjukkan oleh subjek sebelum dan selepas pelaksanaan
intervensi kajian menjadi kayu ukur bagi menilai pencapaian objektif kedua kajian
ini.
Soalan 3 :
Subjek dapat menyebut gabungan perkataan suku kata pertama dan suku kata
kedua bagi perkataan KV+KVK dengan betul dan lancar menggunakan Teknik
Fontur Suku Kata. Hal ini dapat disokong melalui hasil analisis dapatan data bagi
ujian secara lisan yang dijalankan. Perbezaan markah yang diperolehi oleh setiap
subjek bagi ujian diagnostik dan pencapaian jelas menunjukkan bahawa subjek
telah berjaya mengatasi masalah yang mereka alami setelah teknik Fontur Suku
kata dilaksanakan.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Pengkaji berpendapat bahawa kajian mengenai masalah menyebut perkataan
KV+KVK dengan menggunakan teknik Fontur Suku Kata masih boleh ditambah baik.
Penambahbaikkan yang dibicarakan adalah merujuk kepada pengaplikasian teknik
Fontur Suku Kata dalam bentuk permainan yang dipertandingkan. Hal ini bererti,
penggunaan teknik ini memerlukan dua orang subjek untuk bermain Fontur Suku
Kata. Kedua-dua subjek perlu meletakkan smiley ke dalam petak Fontur Suku Kata
dengan betul berdasarkan cabutan kad suku kata sama ada diawal dan akhir
perkataan bagi KV+KVK secara bergilir-gilir. Subjek yang berjaya meletakkan smiley
ke dalam petak Fontur Suku Kata dengan betul sehingga ke bahagian penamat
akan dianggap sebagai pemenang. Selain itu, pengkaji juga berpandangan
bahawa kajian ini boleh ditambah baik dengan menambah aspek didik hibur ke
dalam pelaksanaan teknik Fontur Suku Kata. Aspek didik hibur yang dimaksudkan
oleh pengkaji ialah nyanyian.
Pengkaji boleh menyediakan lagu yang bersesuaian dengan tahap kognitif dan
emosi subjek, serta menyediakan lirik lagu suku kata bagi perkataan KV+KVK yang
mudah dan sesuai. Subjek diminta untuk menyanyikan lagu, kemudian diminta untuk
meletakkan smiley ke dalam petak Fontur Suku Kata dengan betul dan tepat.
Nyanyian suku kata bagi sesuatu perkataan bersuku kata KV+KVK dapat
merangsang perkembangan minda subjek. Mereka dapat memahami dan
menyebut bunyi suku kata bagi perkataan KV+KVK dengan sebutan yang betul.
RUJUKAN Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2013). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan
Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Khairuddin Mohamad, Maridah Alias & Faiziah Hj. Samsudin. (2013). Bahasa Melayu Pemulihan. Selangor
Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Adakah subjek dapat menyebut gabungan perkataan suku kata pertama dan suku kata
kedua bagi perkataan KV+KVK menggunakan Teknik Fontur Suku Kata.
3
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
80
Boon, K. B. (1984). Bahan Pengajaran Kendiri Terancang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abdul Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 67-87.
Siti Norfarizah Bte Mohd.Yaakob (2011), Jejak Labah-labah meningkatkan penguasaan kemhiran
membaca suku kata dan perkataan KVK di kalangan murid tahun 1 (LINUS) melalui teori
kecerdasan kinestetik. Negeri Sembilan
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abdul Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 67-87.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Daia, M. B. (1992). Kaedah dan Teknik Pengajaran. Kuala Lumpur: Badan Bookstore Sdn. Bhd. .
Edinin, R. (2012). Penyelidikan Tindakan. Kaedah dan Penulisan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Freeminds
Horizons Sdn. Bhd.
Hamzah, M. D. (1996). Perkembangan Kanak - kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. (2012). Bahasa Melayu II Akademik. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Jamian, A. R. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa melayu Murid - murid
Sekolah Rendah di Luar Bandar. Selangor Darul Ehsan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin (2008), Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
81
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BERPANDUKAN GAMBAR
MENGGUNAKAN TEKNIK WAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA Oleh
Norlina Binti Gapare
Caroline David
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan Teknik WAH melalui kemahiran
membina ayat berpandukan gambar dalam kalangan murid Tahun Lima. Teknik WAH
merujuk kepada watak, aktiviti dan huraian. Ketiga-tiga elemen ini digunakan bagi
membantu mengatasi kelemahan membina ayat sekaligus menjadi panduan murid untuk
menghasilkan sebuah ayat yang lengkap dan betul berpandukan gambar. Pengkaji memilih
Model Kurt Lewin dan Laidlaw (1992) sebagai model dalam kajian ini. Peserta kajian
dibataskan kepada enam orang responden yang melibatkan dua orang responden
perempuan dan empat orang responden lelaki. Kajian ini menggunakan kaedah
pemerhatian berstruktur, soal selidik, dan ujian sebagai kaedah pengumpulan data. Kajian
ini juga mengetengahkan dua intervensi iaitu Pengenalan Teknik WAH menggunakan
perisian Power Point dan Latihan Pengukuhan Berperingkat sebelum responden diberikan
Ujian Pencapaian pada penilaian akhir. Manakala, reka bentuk kajian yang digunakan
dalam kajian ini bersifat kuantitatif dan dapatan kajian diterjemahkan dalam bentuk
penjadualan, graf dan carta. Hasil pencapaian responden dalam dapatan kajian
menunjukkan bahawa kesemua responden sudah boleh menguasai kemahiran membina
ayat berpandukan gambar dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan
selepas menggunakan Teknik WAH.
PENDAHULUAN
Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterapkan dii dalam
KBSR sehinggalah bertukar kepada KSSR bagaimanapun tidak menjamin pelajar
benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan
sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir. Oleh yang demikian,
penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu
ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang
tahun 2020.
Menurut Abdul Rasid Jamian (2011), masalah menguasai kemahiran membaca dan
menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Kemahiran Menulis
merupakan kemahiran yang tergolong dalam kemahiran asas berbahasa Bahasa
Melayu. Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid.
Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid-murid
melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan.
FOKUS KAJIAN
Fokus pelaksanaan kajian ini adalah menjurus kepada meningkatkan tahap
penguasaan membina ayat dengan betul berpandukan gambar menggnakan
Teknik WAH dalam kalangan murid Tahun 5 di salah sebuah Sekolah Kebangsaan
daerah Tuaran ini. Hal ini disebabkan lemahnya penguasaan dalam membina ayat
terutama sekali dalam bahagian A bagi kertas penulisan Bahasa Melayu. Justeru,
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
82
masalah ini mendorong pengkaji untuk mencari suatu teknik bagi meningkatkan
tahap penguasaan responden dalam membina ayat berpandukan gambar
dengan mengaplikasikan Teknik WAH sebagai rangsangan agar dapat menarik
minat dan perhatian mereka untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.
Tinjauan masalah dibuat semasa pengkaji melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, di mana hasil tinjauan menunjukkan kemahiran
membina ayat murid berpandukan gambar adalah sangat lemah. Berdasarkan
data awal yang dikumpul iaitu melalui refleksi pembelajaran lalu serta ujian
diagnostik, pengkaji mendapati terdapat enam orang responden lemah dalam
kemahiran membina ayat berpandukan gambar. Penulisan ayat para responden
tersebut menepati struktur binaan ayat namun begitu, ayat yang dibina terlalu
mudah dan ada yang kurang sesuai dengan gambar yang diberikan. Antara
sebab-sebab berlakunya permasalahan kurangnya kemahiran membina ayat
dalam kalangan responden ialah :
• Kurang pendedahan mengenai teknik membina ayat berpandukan gambar
dengan betul.
• Kurang membaca menyebabkan terhadnya perbendaharaan kata.
• Kurang motivasi untuk belajar.
• Bersikap sambil lewa tanpa menitikberatkan kesesuaian perkataan,ejaan
dan penggunaan huruf kecil dan besar.
Gambar 1 (a) : Contoh hasil dokumen responden
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
83
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN SOALAN KAJIAN
Meningkatkan penguasaan kemahiran
membina ayat berpandukan gambar
menggunakan Teknik WAH.
Bagaimana meningkatkan penguasaan
kemahiran membina ayat berpandukan
gambar menggunakan Teknik WAH?
Menilai keberkesanan penggunaan Teknik
WAH dalam membantu membina ayat
berpandukan gambar dengan betul.
Apakah keberkesanan penggunaan Teknik
WAH dalam membantu membina ayat
berpandukan gambar dengan betul?
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan enam orang pelajar dalam kelas Tahun Lima Cemerlang
sebagai responden. Mereka adalah yang terdiri daripada empat orang lelaki dan
dua orang perempuan yang bersekolah di salah sebuah sekolah rendah
kebangsaan yang terdapat di daerah Tuaran, Sabah. Pelajar-pelajar ini telah
mendapat keputusan yang kurang memuaskan semasa Ujian Diagnostik yang
dijalankan. Mereka ini dikategorikan sebagai kelas pertengahan dan sederhana.
Responden terdiri daripada pelajar-pelajar biasa yang mempunyai kebolehan
membaca dan menulis dengan baik. Mereka juga menguasai kemahiran 3M seperti
membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun, mereka masih
mempunyai masalah dari segi penguasaan membina ayat berdasarkan gambar
dengan betul. Tumpuan mereka juga tidak sepenuhnya semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Mereka dengan cepat menyiapkan tugasan
yang diberi tapi hasilnya tidak kemas dan banyak kesilapan kerana sikap sambil
lewa mereka.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
84
Jadual 1 : Pelaksanaan Tindakan
Rajah 2 : Pengenalan Teknik WAH
Rajah 2 : Pengenalan Teknik WAH
Berdasarkan rajah 2, Teknik WAH diperkenalkan kepada responden semasa
pelaksanaan intervensi di mana pengkaji akan menyediakan jadual WAH untuk di isi
oleh responden dengan membina ayat berpandukan gambar. Jadual WAH
diberikan pada setiap kali intervensi dalam lembaran kerja dan disingkirkan sewaktu
Ujian Pencapaian untuk menilai keberkesanan Teknik WAH yang digunakan semasa
intervensi dan menguji tahap penguasaan kemahiran responden membina ayat
berpandukan gambar. Teknik WAH ini diubahsuai oleh pengkaji melalui kajian
Zahratul Nadirah (2012), yang menggunakan Rumus WAT dalam kajian “ Kesan
Rumus WAT dalam membantu Murid Tahun Lima Membina Ayat Gambar Tunggal
Bahasa Melayu”. Rumus yang digunakan sangat terhad dan hanya boleh
digunakan untuk menyatakan tempat sahaja memandangkan Rumus “W” mewakili
Langkah Perkara
Mengenal Pasti Amalan
Bagi penambahbaikan
• Mengenal pasti tahap pemahaman dan penguasaan
kemahiran membina ayat murid.
• Membuat refleksi pengajaran lalu.
• Melaksanakan Ujian Diagnostik
Merancang Tindakan • Merancang objektif dan soalan kajian
• Menetapkan sasaran kajian.
• Membina Instrumen kajian yang sesuai dengan objektif
yang ingin dicapai.
Melaksanakan Tindakan • Memperkenalkan Teknik WAH kepada responden.
• Melaksanakan Intervensi Latihan Pengukuhan
Berperingkat seperti yang telah dirancangkan.
• Menjalankan Ujian Pencapaian sebagai Penilaian
Terakhir
Mengumpul Data • Mengisi instrumen senarai semak dan soal selidik.
• Merekodkan data hasil pemerhatian berstruktur, soal
selidik, ujian pencapaian dan Intervensi yang dijalankan.
• Menganalisis Dapatan Kajian
Membuat refleksi
Tindakan
• Merumus dan merefleksi dapatan kajian
• Cadangan Kajian Seterusnya
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
85
Watak, “A” mewakili Aktiviti, dan “T” mewakili Tempat. Pelaksanaan kajian tersebut
sangat baik dan sudah dijalankan pada seorang murid Tahun 5 dan ia berjaya.
Namun begitu, pengkaji dalam kajian ini telah membuat sedikit perubahan
daripada akronim WAT kepada akronim WAH agar penulisan idea responden
dalam kajian ini agar tidak hanya berfokus kepada tempat sahaja dalam
keterangan ayat. Oleh yang demikian, terciptalah Teknik WAH yang diperbaharui
daripada kajian ini. Berikut merupakan pelan pelaksanaan Tindakan Menggunakan
Teknik WAH pada rajah 3 :
\
Rajah 3 : Pelan Pelaksanaan Tindakan Menggunakan Teknik WAH
Berdasarkan rajah 3, pengkaji mengaplikasikan Teknik WAH mengikut peringkat
Pelan Pelaksanaan Tindakan menggunakan Teknik WAH dalam kemahiran membina
ayat berpandukan gambar. Selepas menjalankan ujian diagnostik, pengkaji
menjalankan intervensi terhadap responden yang telah dikenal pasti. Intervensi
pertama adalah memperkenalkan Teknik WAH kepada responden menggunakan
Slaid Power Point seterusnya Latihan Pengukuhan berperingkat yang dilaksanakan
secara ansur maju mengikut hukum Latihan Thorndike (1906) yang ada menyatakan
bahawa pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika
latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan. Pengkaji menerapkan hukum
tersebut dalam penggunaan Teknik ‘WAH ‘secara latihan pengkuhan berperingkat
selain daripada Jadual WAH yang disertakan dalam setiap intervensi menjadi
bahan rangsangan dalam pembelajaran.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Rajah 4 : Instrumen Kajian yang digunakan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
86
Pengkaji menggunakan pengumpulan data jenis trigulasi kaedah iaitu Ujian,
Pemerhatian Berstruktur dan Soal selidik. Kesemua instrumen ini dilaksanakan dalam
kajian untuk mengumpul dan merekod data daripada para responden.
ANALISIS DATA
Analisis data dilaksanakan secara kuantitatif. Pengkaji menggunakan analisis
deskriptif iaitu untuk menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah dalam sesuatu kajian.
Statistik yang digunakan dalam analisis deskriptif ini ialah min dan peratusan.
Kemudiannya dapatan kajian akan diterjemahkan dalam graf, carta dan
penjadualan mengikut perkaitan kaedah pengumpulan data yang digunakan dan
soalan kajian yang dibina berdasarkan objektif kajian.
DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASI DATA
Dapatan 1 : Soalan Kajian 1
Bagaimana meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat berpandukan
gambar menggunakan Teknik WAH?
i) Dapatan Pencapaian Responden dalam Intervensi Latihan Pengukuhan
Berperingkat
Jadual 2 : Jadual perolehan skor setiap intervensi
Graf 1: Graf Perolehan Skor Intervensi 1,2, dan 3
Berdasarkan Graf 1, intervensi yang dilaksanakan terhadap responden iaitu Latihan
Pengukuhan Berperingkat menunjukkan pengaplikasian Teknik WAH bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat berpandukan gambar
menggunakan Teknik WAH. Melalui ketiga-ketiga intervensi tersebut, rekod
pencapaian markah peningkatan setiap responden ialah dalam purata 3-4
Responden
Jenis Jumlah
(25%) Intervensi 1(5%) Intervensi 2 (10%) Intervensi 3 (10%)
A 4 8 9 21
B 3 7 8 18
C 4 6 8 18
D 4 5 9 18
E 5 8 7 20
F 5 7 7 19
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
87
markah. Responden D telah menunjukkan peningkatan markah yang
memberangsangkan berbanding responden lainnya pada intervensi 3 dengan
memperoleh 9 markah iaitu meningkat sebanyak 4 markah daripada 5 markah
sahaja sebelumnya pada intervensi 2. Manakala hanya responden E yang tidak
mengalami peningkatan markah pada intervensi 3. Markah diperolehi adalah
sebanyak 7 markah pada intervensi 3 menurun 1 markah berbanding 8 markah
pada intervensi 2.
Graf 2 : Perbandingan Min Dapatan Instrumen Senarai Semak
Graf 2 : Perbandingan Min
Graf 2 di atas menunjukkan perbandingan min melalui pemerhatian berstruktur
yang dijalankan sebelum dan selepas Teknik WAH diperkenalkan kepada
responden. Pengkaji menggunakan skala likert (Tidak memuaskan, Memuaskan dan
Sangat memuaskan) untuk mengukur sikap dan kemahiran responden terhadap
Teknik WAH. Rekod menunjukkan bahawa tahap peningkatan pemahaman dan
maklum balas responden terhadap Teknik WAH dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran membina ayat berpandukan gambar dengan betul dapat dijelaskan
berdasarkan pendapat Rahimah Shahar (2006), senarai semak yang
menggunakan markat lima mata dalam skala Likert perlu diubah kepada tiga mata
untuk memudahkan proses analisis data seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3: Pengkelasan skala Likert bagi item soal selidik
Sebelum Teknik WAH diperkenalkan, pengkaji mendapati bahawa kemahiran
membina ayat berpandukan responden berada pada tahap yang kurang
memuaskan. Hal ini dibuktikan melalui pencapaian ujian Diagnostik para responden.
Min setiap item adalah dalam purata 1.00 > 2.00 yang menunjukkan tahap
sederhana. Namun, selepas Teknik WAH diperkenalkan dan responden diberikan
intervensi, pemerhatian berstruktur dijalankan sekali lagi oleh pengkaji dan
mendapati bahawa terdapat peningkatan Min dan hasil kerja murid juga baik
dalam membina ayat berpandukan gambar. Berdasarkan dapatan senarai semak
pada graf 2 menunjukkan bahawa tahap pemahaman responden terhadap
instrumen senarai semak adalah berada pada tahap yang tinggi. Item 2 dan item 3
ITEM 1 Murid dapat memahami penggunaan
Teknik WAH melalui pembinaan ayat
berpandukan gambar.
ITEM 2 Murid dapat mengenal pasti watak dan
aktiviti yang terdapat dalam gambar
dengan betul.
ITEM 3 Murid dapat membina ayat mengikut
elemen-elemen WAH.
ITEM 4 Murid dapat membina ayat dengan
lengkap dan betul berpandukan gambar.
ITEM 5 Murid tidak melakukan kesilapan ejaan
dan penggunaan huruf besar dengan
betul pada pangkal ayat serta pada Kata
Nama Khas.
Skala Pengkaji Tahap
< 1.00 Rendah
<2.00 Sederhana
>3.00 Tinggi
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
88
mencatatkan (min 3 =100%) manakala item yang lain turut mencatatkan min
purata >2.50. Rumusannya, hasil kelima-lima item memberikan gambaran bahawa
peningkatan responden terhadap penguasaaan kemahiran membina ayat
berpandukan gambar dapat ditingkatkan
dengan menggunakan Teknik WAH.
Dapatan 2 : Soalan Kajian 2
Apakah keberkesanan penggunaan Teknik WAH dalam membantu membina ayat
berpandukan gambar dengan betul?
i) Dapatan Perbandingan Pencapaian Ujian Diagnostik dan Pencapaian
Jadual 4: Perbandingan Markah Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian
Graf 3 : Perbandingan Markah Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian
Merujuk kepada jadual dan graf perbandingan Ujian Diagnostik dan Ujian
pencapaian menunjukkan bahawa kesemua responden mengalami peningkatan
markah dalam ujian pencapaian berbanding ujian diagnostik. Semasa ujian
diagnostik, tiada responden yang memperoleh gred baik dan cemerlang. Mereka
hanya berada pada tahap yang memuaskan. Purata markah pencapaian setiap
responden adalah sebanyak 40% hingga 60% sahaja. Namun begitu, dalam ujian
pencapaian menunjukkan peningkatan para responden secara mendadak kerana
5 orang daripada 6 orang responden mendapat gred cemerlang terdapat 3 orang
responden memperoleh markah 100% pada ujian Pencapaian dan hanya 1 orang
sahaja yang berada pada gred baik iaitu memperoleh 80%. Justeru, dapatan ini
membuktikan bahawa Teknik WAH berkesan dalam membantu kemahiran
Responden
Jenis
Ujian
Diagnostik
(100%)
Gred Ujian
Pencapaian
(100%)
Gred Peningkatan
Markah
(%)
A 60 Memuaskan 100 Cemerlang 40
B 50 Memuaskan 100 Cemerlang 50
C 40 Memuaskan 80 Baik 40
D 50 Memuaskan 100 Cemerlang 50
E 60 Memuaskan 90 Cemerlang 30
F 50 Memuaskan 90 Cemerlang 40
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
89
membina ayat berpandukan gambar dengan betul dalam kalangan responden
yang terlibat.
ii) Dapatan Instrumen Soal Selidik
Jadual 5 : Analisis Instrumen Soal Selidik
Berdasarkan Jadual 5, pengkaji menggunakan Skala Guttman iaitu ya atau tidak
untuk menilai presepsi responden bagi menggalakkan responden untuk memberi
maklum balas tegas terhadap Teknik WAH yang diperkenalkan dalam kemahiran
membina ayat berpandukan gambar. Soal selidik ini diberikan kepada responden
selepas intervensi dijalankan. Dapatan instrumen soal selidik pada Jadual 3
menunjukkan maklum balas responden terhadap Teknik WAH untuk membina ayat
berpandukan gambar dengan betul merekodkan 4 daripada 5 item dalam
instrumen soal selidik ini mencatatkan kekerapan yang tinggi iaitu (Min 2= 100%)
memberikan jawapan YA mengenai Teknik WAH dalam membantu mereka
membina ayat dengan betul. Justeru, instrumen ini jelas membuktikan penerimaan
dan maklum balas responden terhadap Teknik WAH untuk membina ayat dengan
betul adalah sangat baik.
RUMUSAN DAPATAN
Hasil dapatan mendapati bahawa responden secara keseluruhannya telah dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat berpandukan gambar
menggunakan Teknik WAH. Dapatan kajian membuktikan keberkesanan
penggunaan Teknik WAH yang telah banyak membantu responden membina ayat
berpandukan gambar dengan mudah dan betul. Hal ini jelas dibuktikan melalui
ujian pencapaian yang telah dijalankan serta dapatan daripada instrumen senarai
semak melalui pemerhatian berstruktur dan instrumen soal selidik. Peningkatan
prestasi para responden jelas terbukti setelah mengaplikasikan Teknik WAH ini. Oleh
yang demikian, penggunaan Teknik WAH dalam kemahiran membina ayat ini
memberikan banyak kelebihan terhadap responden. Pertama, teknik ini dapat
memudahkan responden membina ayat berpandukan gambar dengan betul.
Teknik ini juga menyeronokkan dan dapat menarik minat responden serta
menumpukan perhatian semasa membina ayat berpandukan gambar. Selain itu,
responden dapat menjana idea dengan adanya Teknik WAH sebagai panduan.
Tambahan pula, pengkaji juga dapat menimba ilmu dan pengalaman sepanjang
melaksanakan kajian tindakan ini.
Item
Skala Jumlah
Skor,
kekerapan
dan Min
YA TIDAK
% F % F
Saya dapat memahami Teknik WAH yang di ajarkan di
dalam kelas untuk membina ayat berpandkan gambar
dengan betul.
100% 6 Min = 2
Saya boleh membina ayat berpandukan gambar
menggunakan Teknik WAH dengan betul.
100% 6
Min = 2
Teknik WAH memudahkan saya membina ayat
berpandukan gambar dengan betul.
100% 6 Min = 2
Saya suka menggunakan Teknik WAH untuk membina
ayat berpandukan gambar dengan betul
100 % 6 Min = 2
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
90
REFLEKSI KAJIAN
Melalui kajian yang telah dijalankan, pengkaji berasa bangga dan bersyukur dapat
melaksanakan kajian ini dengan jayanya. Walaupun pelbagai halangan dan
cabaran yang ditempuhi untuk menyiapkan sebuah kajian tindakan ini, namun dari
kajian inilah pengkaji dapat menimba ilmu dan pengalaman di samping mencari
penyelesaian terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
Kajian ini memerlukan komitmen dan tanggungjawab penuh dalam memastikan
tindakan dan kaedah-kaedah yang dilaksanakan dapat memberikan impak yang
positif serta mencapai objektif kajian yang disasarkan. Para responden menunjukkan
kemajuan dan pencapaian yang memberangsangkan malah pengasaan mereka
dalam kemahiran membina ayat berpandukan gambar juga meningkat. Walaupun
kekangan masa dan kekurangan sumber rujukan, namun itu bukanlah alasan untuk
mematahkan semangat pengkaji menyiapkan kajian tindakan ini. Pengorbanan
dari segi tenaga dan masa serta kos tidak terkira jika dibandingkan dengan
kejayaan melaksanakan kajian tindakan ini.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Setiap perkara yang dilakukan sudah pasti terselit kekuatan dan kelemahan.
Kekuatan dan kelemahan merupakan perkara yang seing dipertikaikan dalam
melaksanakan apa jua percubaan dalam merealisasikan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Setelah pelaksanaan Teknik WAH dalam kemahiran membina ayat
berpandukan gambar dalam kalangan murid Tahun Lima, pengkaji mendapati
beberapa aspek dan aktiviti yang terdapat dalam kajian ini perlu ditambahbaik
adalah seperti yang berikut :
i) Bentuk Soalan Perlu Pelbagai
Pada kajian seterusnya, pengkaji perlu membuat penambahbaikan dari
segi bentuk soalan seperti mempelbagaikan lagi bentuk soalan dan tidak
hanya berfokus kepada gambar tunggal sahaja. Hal ini kerana,
penerapan i-think juga perlu dititkberatkan agar ianya dapat mencabar
pemikiran responden secara lebih kompleks.
ii) Menggunakan bahan rangsangan yang pelbagai
Pengkaji perlu mempelbagaikan bahan rangsangan yang digunakan.
Seperti dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan gambar tunggal
sahaja sebagai rangsangan dan juga hanya menggunakan 1 tema.
Adalah lebih baik sekiranya pengkaji menggunakan gambar bersiri atau i-
think sebagai bahan rangsangan untuk responden membina ayat agar
dapat mencabar pemikiran mereka ke tahap yang lebih tinggi.
iii) Menambahkan bilangan responden
Kajian ini boleh dibataskan kepada lebih ramai bilangan responden. Hal
ini bagi mendapatkan perbandingan yang lebih ketara mengenai
pencapaian dan penguasaan mengaplikasikan Teknik WAH dalam
kemahiran membina ayat berpandukan gambar.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
91
iv) Memanjangkan tempoh kajian
Untuk cadangan kajian seterusnya, tempoh kajian perlu dipanjangkan
agar hasil dapatan kajian akan lebih tepat dan jitu. Di samping itu,
tempoh yang panjang dapat melatih responden untuk menjadikan
amalan dalam aspek-aspek yang ditetapkan sebagai rutin dalam diri
murid, maka masalah-masalah lain dapat diatasi dengan lebih mudah
dan keputusan mereka dalam peperiksaan juga dapat ditingkatkan.
RUJUKAN
Ayip, K. (2015). Penulisan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Cerdik Publications Sdn Bhd.
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Murid-Murid
Sekolah Di Luar Bandar: Kertas Kerja Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Khairuddin Mohamad, Inrahim Yusof & Zaridah Ramli. (2014). Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa
Melayu. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Kementerian Pelajaran BIBLIOGRAPHY \l 1033 Malaysia, (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
BIBLIOGRAPHY
Kementerian Pelajaran Malaysia (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu (KSSR):
Panduan Guru Bahasa Malaysia (Sekolah Kebangsaan). Kuala Lumpur: Bahagian
pembangunan Kurikulum.
Melvister. (2012) Sistem Pemarkahan UPSR,PMR,SPM Terkini. Diperoleh dari
HYPERLINK "http://www.melvister.com/2012/09/sistem-pemarkahan-gred-upsr-pmr-spm-terkini.html" http://www.melvister.com/2012/09/sistem-pemarkahan-gred-upsr-pmr-spm-
terkini.html
Nik Safiah Karim, Farid Bin M.Onn, Hashim Bin Musa & Abdul Hamid bin Mahmood. (2004). Tatabahasa
Dewan (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosinah Edinin (PhD). (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Rahimah Shahar (2006). Pembangunan Laman Web sebagai Media Pengajaran Bahasa Melayu. Tesis
Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sabran, M. R. (2014). Kunci Emas UPSR: Penulisan. Kuala Lumpur: Dolphin Press International Sdn Bhd.
Ting Len Siong (PhD), Ahmad Sabry Bin Othman (PhD) & Ting Hun Yong. (2013). Penyelidikan Tindakan
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
Samsiah Ismail & Norhayati Shahman. (2004). Meningkatkan Kemahiran Membina dan Menulis Ayat
berdasarkan Gamnbar bagi Pelajar Tahun 3. Jurnal kajian Tindakan Guru, 44 (4) : 189 - 198.
Zahratul Nadirah Ibrahim (2012). Kesan Rumus 'WAT' Dalam Membantu Murid Tahun Lima Membina
Ayat Gambar Tunggal Bahasa Melayu. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa
Melayu Ambilan Januari 2009, 56-68.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
92
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN HURUF BESAR PADA
PERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHAS MELALUI TEKNIK LATIH TUBI CamWar Oleh
Saharia Binti Rahman
Ismail Bin Ag Piut
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan huruf
besar pada permulaan ayat dan kata nama khas dalam kalangan murid Tahun 5 melalui
latih tubi CamWar (cam dan warna). Sasaran kajian ini terdiri daripada 5 orang murid Tahun
5 di Sekolah Kebangsaan Bantayan, Tamparuli yang sering melakukan kesalahan
penggunaan tanda baca, iaitu menulis huruf besar dalam penulisan. Model Stephen
Kemmis dan Mc Taggart (1988) dipilih bagi menjalankan setiap elemen seperti merancang,
bertindak, memerhati dan merefleksi. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah
kuantitatif dan kualitatif manakala pengumpulan data pula melalui pemerhatian, ujian dan
soal selidik. Hasil analisis yang dijalankan mendapati bahawa kesemua responden
menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pencapaian berbanding ujian
diagnostik. Terdapat dua orang responden telah memperoleh markah penuh dengan
menunjukkan peningkatan markah yang sangat tinggi. Pengajaran dan pembelajaran
melalui teknik latih tubi menggunakan warna boleh dijadikan strategi pembelajaran yang
sesuai untuk menguasai kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata
nama khas. Teknik latih tubi CamWar ini juga dapat membantu untuk mengurangkan
kesilapan dan kecuaian responden dalam kemahiran menggunakan huruf besar.
PENDAHULUAN
Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan, ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan ilmu
pengetahuan dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kebolehan menulis dalam
kalangan murid timbul apabila keinginan mereka untuk menyatakan sesuatu melalui
perantaraan tulisan. Namun demikian, mereka hendaklah menguasai tulisan itu
secara teknikal. Murid perlulah menguasai kemahiran menulis mekanis, iaitu
penguasaan kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul.
Manakala, aspek tanda baca ini sering diabaikan sehingga mempengaruhi markah
dalam sesebuah penulisan. Money (2004) dalam kajiannya mengkategorikan
kesalahan ortografi kepada kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan huruf besar
dan semantik. Namun begitu, kesalahan ortografi dalam kajian ini memfokuskan
kesalahan penggunaan huruf besar pada pangkal ayat dan pada kata nama khas.
FOKUS KAJIAN
Kegagalan menguasai sesuatu kemahiran asas dalam pendidikan Bahasa Melayu
terutama sekali dalam aspek penggunaan huruf besar dalam penulisan perkataan
dan ayat memberi kesan negatif terhadap pencapaian murid pada
keseluruhannya. Walaupun kesalahan ini dapat dilihat pada skop yang lebih kecil,
namun ia memberikan impak yang besar terhadap prestasi penulisan murid.
Kemahiran menulis yang baik dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa
yang merupakan sebahagian bidang morfologi dalam kalangan murid Tahun 5.
Salah satu aspek tatabahasa ialah aspek tanda baca, huruf besar dan huruf kecil
dalam penulisan. Penggunaan tanda baca khususnya penggunaan huruf besar
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
93
yang betul dalam penulisan membolehkan segala informasi dan pelahiran idea
akan dapat disampaikan secara jelas kepada pembaca. Penguasaan kemahiran
tanda baca bagi aspek penggunaan huruf besar dalam penulisan Bahasa Melayu
dalam kalangan murid ini perlu dipandang serius. Oleh itu, tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk melihat kesan pembelajaran menggunakan teknik latih tubi
CamWar pada huruf besar dalam penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid
Tahun 5 di salah sebuah sekolah berdekatan dengan daerah Tamparuli.
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian Soalan Kajian
Meningkatkan kemahiran
penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat dan kata nama
khas.
Bagaimanakah kemahiran penggunaan
huruf besar pada permulaan ayat dan kata
nama khas dapat ditingkatkan?
Melihat keberkesanan teknik
CamWar dalam mengatasi masalah
penggunaan huruf besar.
Apakah keberkesanan teknik CamWar dalam
mengatasi masalah penggunaan huruf
besar?
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan beberapa orang murid di salah sebuah sekolah di daerah
Tuaran yang terletak di kawasan luar bandar Pekan Tamparuli. Responden yang
terlibat adalah murid-murid Tahun 5. Kelas ini merupakan satu-satunya sahaja kelas
bagi Tahun 5 di sekolah ini kerana tidak ramai murid yang belajar di sekolah ini.
Sasaran yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang responden, tiga orang
murid lelaki dan dua orang perempuan.
KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji mengumpul data menggunakan
beberapa instrumen yang telah dirancang untuk mencapai objektif kajian ini.
Dalam kajian tindakan, pengkaji memungut data menggunakan instrumen seperti
pemerhatian, ujian diagnostik, ujian pencapaian dan soal selidik.
Pemerhatian - Bentuk pemerhatian yang telah pengkaji gunakan ialah pemerhatian
berstruktur. Pemerhatian ini dilakukan dengan merujuk kepada set aktiviti atau
aspek yang telah dikenal pasti. Oleh itu, pemerhatian digunakan untuk melihat
perlakuan dan pencapaian murid ketika menjalankan intervensi. Pemerhatian
berstruktur ini juga untuk menyokong hasil dapatan kajian dan melihat peningkatan
kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama khas.
Pengkaji menggunakan senarai semak dalam pemerhatian berstruktur ini dengan
menggunakan item tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden. Analisis yang
digunakan dalam kaedah pemerhatian berstruktur ini ialah kekerapan peratusan
responden yang bertingkah laku negatif.
Ujian - Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai
dan mengesan kefahaman murid terhadap penggunaan huruf besar dalam
kemahiran menulis yang dipelajari. Pengkaji memilih untuk menggunakan ujian
diagnostik dan ujian pencapaian. Ujian diagnostik dilaksanakan untuk menilai tahap
penguasaan kemahiran dalam aspek penggunaan huruf besar dalam penulisan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
94
perkataan dan ayat dalam kalangan responden yang telah dipilih. Manakala ujian
pencapaian pula dilaksanakan selepas intervensi menggunakan teknik CamWar
pada huruf besar. Tujuan ujian pencapaian dijalankan adalah untuk mengukur
tahap keberkesanan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar dalam
penulisan selepas intervensi. Analisis data yang digunakan untuk melihat kepada
perbandingan peratus pencapaian yang ditunjukkan oleh responden dalam ujian
diagnostik dan ujian pencapaian.
Soal Selidik - Kaedah ini digunakan bagi mengukur dan mengenal pasti sejauh
manakah teknik latih tubi CamWar ini berkesan dalam mengatasi masalah
penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama khas dalam
penulisan Bahasa Melayu. Analisis data dengan menggunakan pengukuran min
berdasarkan analisis Model Penentuan Tahap Sikap (MKPTS).
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji telah menggunakan model penyelidikan tindakan berdasarkan model
Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menggariskan empat fasa
perkembangan gelungan (cycle). Dengan tindakan-tindakan yang dijalankan,
kefahaman dan kesedaran terhadap amalan dan situasi tersebut akan dapat
diperoleh untuk penambahbaikan. Selain itu, langkah-langkah mengatasi masalah
yang dihadapi itu akan dapat dilaksanakan untuk mendapat amalan yang lebih
produktif dan efisien.
Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis dan McTaggart, 1988)
Berikut adalah jadual pelaksanaan kajian tindakan dijalankan oleh pengkaji
berpandukan proses model Kemmis dan Mc Taggart (1988) seperti berikut:
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
95
Jadual 1: Proses Model Kemmis dan Mc Taggart (1988)
Fasa Kajian Tindakan
Fasa 1 – Merancang
(Gelung 1)
i. Merancang tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang
timbul.
ii. Merancang objektif yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.
iii. Menyediakan soalan kajian berdasarkan objektif yang hendak dicapai.
iv. Menentukan sasaran kajian.
v. Membuat instrumen untuk mengumpul data. Contoh: ujian diagnostik
dan ujian pencapaian.
Fasa 2 – Bertindak
(Gelung 1)
i. Menjalankan ujian diagnostik.
ii. Memperkenalkan teknik CamWar.
iii. Menjalankan intervensi terhadap masalah yang dihadapi.
iv. Menjalankan ujian pencapaian.
v. Menjalankan soal selidik.
Fasa 3 – Memerhati
(Gelung 1)
i. Merekodkan data hasil pemerhatian, ujian diagnostik dan ujian
pencapaian.
Fasa 4 – Merefleksi
(Gelung 1)
i. Menganalisis data yang diperoleh bagi menilai keberkesanan tindakan
yang dijalankan.
ii. Membuat laporan berdasarkan ujian yang telah diberikan.
Rajah 2: Cara Pelaksanaan Tindakan
MELAKSANAKAN INTERVENSI
• Memperkenalkan teknik CamWar kepada responden
• Menyalin semula petikan teks yang diberikan
• Melaksanakan imlak
• Membina ayat berdasarkan bahan rangsangan iaitu
gambar tunggal
Ujian Pencapaian
Soal Selidik (Skala likert)
Hasil
Ujian Diagnostik
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
96
DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASI DATA
Kesemua responden yang terlibat dalam kajian ini telah menjalani ujian diagnostik,
ujian pencapaian, latihan intervensi, pemerhatian dan soal selidik yang telah
diedarkan dan dapatannya adalah seperti yang berikut:
S1: Bagaimanakah kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat
dan kata nama khas dapat ditingkatkan?
Penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar ini juga dapat ditingkatkan melalui
beberapa program intervensi menggunakan teknik CamWar ini. Latihan intervensi
yang pertama ialah responden menyalin semula petikan teks yang diberikan
dengan huruf besar yang betul. Intervensi kedua pula ialah menulis imlak sebuah
petikan yang dibaca oleh pengkaji. Manakala intervensi ketiga pula membina lima
ayat berdasarkan gambar yang diberikan. Melalui latihan intervensi ini, responden
dapat mengurangkan kesilapan dalam penggunaan huruf besar sama ada pada
permulaan ayat dan kata nama khas. Kesemua intervensi dilakukan berdasarkan
tahap mudah ke sukar.
Graf 1: Perbandingan Markah Responden dalam Intervensi 1 – 3
Hasil dapatan dalam latihan intervensi membuktikan bahawa terdapat peningkatan
prestasi bermula intervensi 2 dan intervensi 3. Responden 1 menunjukkan penurunan
markah dalam intervensi 2. Hal ini disebabkan responden banyak melakukan
kesalahan menulis huruf kecil pada kata nama khas dalam latihan imlak yang
diberikan oleh pengkaji. Namun, kesemua responden menunjukkan peningkatan
pada intervensi 3 di mana seramai tiga orang responden memperoleh markah yang
tertinggi berbanding yang lain. Responden ini tidak melakukan sebarang kesilapan
dalam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama khas.
Secara spesifik, dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran penggunaan huruf
besar pada permulaan ayat dan kata nama khas dapat ditingkatkan melalui
program intervensi yang dijalankan menggunakan teknik CamWar ini. Kemahiran
penggunaan huruf besar menggunakan teknik CamWar dapat ditingkatkan selepas
intervensi 3 dan dilihat melalui rajah berikut:
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
97
Rajah 3: Perbandingan Hasil Kerja Murid Sebelum dan Selepas Intervensi
Pengkaji juga telah menggunakan kaedah pemerhatian bagi menjawab persoalan
pertama dalam kajian ini. Pengkaji membuat pemerhatian berstruktur terhadap
kelima-lima responden sepanjang intervensi berlangsung. Borang pemerhatian ini
juga telah disediakan oleh pengkaji mengikut item yang tertentu. Berikut
merupakan hasil dapatan pemerhatian berstruktur yang telah dijalankan oleh
pengkaji:
Graf 2: Analisis Pemerhatian Berstruktur Intervensi 1 - 3
Berdasarkan graf di atas, menunjukkan hasil dapatan pemerhatian yang telah
dilakukan oleh pengkaji menggunakan lima item dalam satu senarai semak.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa responden yang masih
bergantung pada guru untuk menyiapkan tugasan dan lambat menyiapkan
tugasan yang diberikan. Sungguhpun demikian, setelah melalui beberapa
intervensi, responden menunjukkan perubahan positif melalui pemerhatian yang
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
98
dijalankan pada intervensi 3. Oleh itu, pengurangan tingkah laku negatif
berdasarkan pemerhatian berstruktur yang dijalankan dapat meningkatkan prestasi
responden semasa program intervensi dan sekali gus membantu mengatasi masalah
penggunaan huruf besar.
S.2: Apakah keberkesanan teknik CamWar dalam mengatasi masalah
penggunaan huruf besar?
Pengkaji menggunakan alat ujian 3 item untuk mengenal pasti perbandingan tahap
keberkesanan teknik CamWar dalam mengatasi masalah penggunaan huruf besar
pada permulaan ayat dan kata nama khas. Ujian diagnostik diberikan sebelum
responden menggunakan teknik CamWar dalam penggunaan huruf besar.
Manakala ujian pencapaian diberikan selepas program intervensi dijalankan.
Pengkaji menggunakan pemarkahan secara holistik untuk mengukur tahap prestasi
responden.
Graf 3: Perbandingan Markah Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap peningkatan
prestasi responden yang amat signifikan antara ujian diagnostik dan ujian
pencapaian. Skor minimum dan skor maksimum responden semasa ujian diagnostik
hanyalah 66%, 66%, 58%, 78%, 62% manakala skor min responden pula ialah 66%.
Bagaimanapun skor prestasi ini telah meningkat dalam ujian pencapaian dengan
nilai 92%, 94%, 88%, 92% dan 94% manakala skor min pula ialah 92%. Signifikan
perbezaan tahap peningkatan gred prestasi skor min responden antara ujian
diagnostik dan ujian pencapaian amat ketara dengan peningkatan gred B (ujian
diagnostik) kepada gred A (ujian pencapaian). Perubahan yang positif ini jelas
menunjukkan bahawa teknik latih tubi CamWar yang diperkenalkan oleh pengkaji
dapat mengatasi masalah penggunaan huruf besar dalam ayat dengan berkesan
dan betul. Oleh itu, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik untuk menjawab
persoalan yang kedua. Borang soal selidik juga telah diedarkan kepada kesemua
responden selepas program intervensi dan ujian pencapaian dijalankan.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
99
Pengukuran nilai tahap keberkesanan berdasarkan analisis Model Skala Penentuan
Tahap Sikap (MKPTS) Daniel Katz (1996), Turiman Suandi (1991) dan Haryani dan
Rakan (2010) yang memperincikan tahap sikap atau persepsi responden kepada
tiga kategori iaitu tahap rendah (1 – 1.99), tahap sederhana (2 – 2.99) dan tahap
tinggi (3 -4). Perincian tahap dalam model ini telah digunakan oleh pengkaji untuk
mengenal pasti keberkesanan teknik CamWar dalam mengatasi masalah
penggunaan huruf besar.
Jadual 2: Min bagi Soal Selidik Berdasarkan Skala Pilihan Utama Responden
Bil Item Persepsi Min % Min Tahap
MKPTS 1 Suka mengikuti program 3.0 75 Tinggi
2 Belajar guna latih tubi warna 3.2 80 Tinggi
3 Dapat melihat kesilapan 3.2 80 Tinggi
4 Memantapkan penguasaan huruf besar 2.8 70 Sederhana
5 Memudahkan pemahaman 4.0 100 Tinggi
6 Mengamalkan teknik latih tubi 3.2 80 Tinggi
7 Minat teknik CamWar 3.8 95 Tinggi
8 Tingkatkan prestasi 3.8 95 Tinggi
Min dan % Min Keseluruhan 3.38 84.5 Tinggi
Graf 4: Persepsi Responden Melalui Soal Selidik
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan kesan yang amat
signifikan antara penggunaan teknik CamWar dengan keberkesanan teknik ini
dalam mengatasi masalah penggunaan huruf besar. Rekod menunjukkan bahawa
tahap peningkatan kesemua item persepsi berada pada nilai MKPTS ‘Tinggi’ dengan
nilai min atau % min tertinggi direkodkan oleh item ‘Memudahkan pemahaman’
(m=4, 100%). Manakala tahap persepsi terhadap keberkesanan teknik CamWar
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
100
yang sederhana dicatatkan oleh item ‘Memantapkan penguasaan huruf besar’
(m=2.8,70%). Rumusan tahap keberkesanan kesemua item persepsi responden yang
ditunjukkan melalui graf di atas memberikan siratan bahawa responden mengakui
teknik latih tubi CamWar mempunyai kesan yang amat signifikan kepada tahap
peningkatan penggunaan huruf besar responden dalam penulisan ayat.
Oleh itu, pengkaji membuat kesimpulan bahawa data yang diperoleh daripada
hasil latihan intervensi dan pemerhatian membuktikan bahawa dapatan kajian ini
berjaya menjawab soalan kajian serta mencapai persoalan kajian pertama iaitu
teknik latih tubi CamWar dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran
penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama khas dengan betul.
Manakala dapatan kajian melalui ujian dan soal selidik ini telah berjaya menjawab
soalan dan objektif kajian iaitu keberkesanan teknik CamWar dalam mengatasi
masalah penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama khas
dengan betul.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Cadangan pengkaji sekiranya ingin meneruskan kajian ini dalam bentuk seperti ini
adalah perlu dengan mengenal pasti dan memasukkan unsur yang dapat
merangsang murid seperti latihan menggunakan warna yang diberikan dalam latih
tubi. Ini bukan sahaja menyeronokkan malahan membantu daya ingatan murid
apabila belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Daripada hasil dapatan
kajian ini, sudah pasti akan ada satu usaha lagi bagi meneruskan kajian ini dengan
melakukan penambahbaikan yang baharu.
Meskipun hasil dapatan kajian ini tidak boleh dijadikan generalisasi kerana saiz
persampelannya yang kecil (5 orang responden), namun siratannya menuntut agar
teknik CamWar dapat dimanipulasikan dalam kemahiran penggunaan huruf besar
di bilik darjah. Dalam pada itu, satu kajian lanjutan tentang keberkesanan
penggunaan teknik ini khususnya dalam kemahiran menulis mekanis dengan saiz
persampelan yang lebih besar haruslah dilakukan. Ini adalah untuk memastikan
bahawa teknik ini benar-benar memberi impak positif terhadap kemahiran menulis
secara menyeluruh.
Pengkaji juga merasakan bahawa teknik CamWar ini amat sesuai dengan
responden sebagai satu perubahan yang positif dalam kajian yang akan datang.
Penggabungjalinan dalam dua tahap kecerdasan pelbagai sekali gus dapat
memberikan kesan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Jika dilihat kecerdasan imej visual dan kecerdasan muzik juga amat sesuai
digabungkan bersama-sama kerana ia dapat meningkatkan lagi pemahaman dan
tumpuan responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, dapat dirumuskan bahawa
terdapat perbandingan yang jelas tentang pencapaian responden sebelum dan
selepas mengikuti intervensi melalui teknik CamWar dalam penulisan huruf besar.
Hasil dapatan, analisis data dan perbandingan terhadap ujian diagnostik dan ujian
pencapaian menunjukkan perbezaan terhadap pencapaian responden. Dapatan
ini juga disokong melalui instrumen lain seperti pemerhatian tidak berstruktur dan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
101
soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji. Jelas membuktikan kesan positif yang
diterima oleh responden setelah diperkenalkan dengan teknik CamWar ini.
Dapatan ini juga menyokong dapatan kajian yang dilakukan oleh Muhammad
Izzudin (2013) yang bertajuk “Meningkatkan Penguasaan Huruf Besar Pada Huruf
Pertama Di Awal Ayat dan Huruf Pertama Kata Nama Khas, Menggunakan Teknik
Camar”.
REFLEKSI KAJIAN
Penyelidikan tindakan yang dijalankan ini dijalankan dengan tujuan untuk
memperbaiki amalan pengajaran di sekolah. Oleh itu, banyak pengalaman dan
ilmu yang bernilai dalam penyelidikan tindakan ini. Pengkaji berpeluang untuk
merasai sendiri pengalaman dan seterusnya menjadikan amalan pengajaran
pengkaji lebih berkesan dari pelbagai aspek. Kajian yang dilaksanakan juga
memberikan pengalaman secara holistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah
semasa proses pengajaran berlaku di dalam bilik darjah.
Pencapaian responden dalam ujian diagnostik dan ujian pencapaian menunjukkan
peningkatan yang agak ketara dalam kajian ini. Kerjasama yang diberikan oleh
responden memberikan impak yang positif terhadap kajian yang telah dijalankan
ini. Malah, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik CamWar dapat
membantu responden dalam meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar
pada permulaan ayat dan kata nama khas. Kajian ini juga dapat meningkatkan
daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping
menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan
menyeronokkan.
RUJUKAN
Daniel Katz dan Robert Louis Kahn (1996), The Social Psychology of Organization, Wiley, New York.
Ismail Bin Ag Piut, (2013). Penawar Keengganan Membaca (Reading Reading Reluctance), Jurnal
Penyelidikan Kent, Bil.11, 80 - 97
Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof dan Zaridah Ramli (2014). Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sd. Bhd.
Mokhtar Ismail (2011). Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Dawama Sdn.
Bhd.
Muhammad Izzudin bin Othman. (2013). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Huruf Besar Pada
Huruf Pertama Di Awal Ayat Dan Huruf Pertama Kata Nama Khas Menggunakan Teknik
CAMAR. Latihan Ilmiah. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Rosinah Edinin (2014), Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan Edisi Kedua, Kuala Lumpur: Pelangi
Professional Sdn. Bhd.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
102
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHURAI ISI KARANGAN JENIS FAKTA DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 4 MENGGUNAKAN JADUAL AMNA Oleh :
Norlinah Binti Rais
Zainab Binti Hashim
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Jadual
AMNA terhadap penguasaan kemahiran menghurai isi karangan jenis fakta. Kajian ini juga
dijalankan untuk memastikan sama ada subjek kajian dapat menghurai isi karangan jenis
fakta. Subjek kajian dalam kajian ini terdiri daripada 4 orang murid Tahun 4 di salah sebuah
sekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah. Tinjauan awal menunjukkan bahawa subjek
kajian menghadapi masalah dalam mengolah dan menghurai isi karangan jenis fakta.
Pengkaji menggunakan Jadual AMNA sebagai intervensi terhadap permasalahan ini.
Pengkaji menjalankan kajian bersandarkan kepada Model Penyelidikan Kurt Lewin. Pengkaji
menggunakan instrumen kajian seperti pemerhatian, ujian dan juga temu bual untuk
memperoleh data. Hasil analisis data ujian mendapati semua subjek kajian menunjukkan
peningkatan dalam menghurai isi karangan jenis fakta. Sebelum intervensi dijalankan, subjek
kajian A mendapat 12 markah, subjek kajian B mendapat 14 markah, subjek kajian C
mendapat 16 markah dan subjek kajian D mendapat 11 markah. Namun, selepas intervensi,
subjek kajian A memperoleh 25 markah, subjek kajian B memperoleh 24 markah, subjek
kajian C memperoleh 27 markah dan subjek kajian D memperoleh 22 markah. Hasil daripada
keputusan ujian ini membuktikan bahawa Jadual AMNA dapat meningkatkan prestasi dan
membantu murid menghurai isi karangan jenis fakta dengan betul. Implikasi kajian ini
terhadap tahap penguasaan kemahiran menghurai isi karangan jenis fakta boleh digunakan
oleh guru untuk membantu murid.
PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa merangkumi empat kemahiran
utama, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Antara keempat-empat
kemahiran ini menulis merupakan kemahiran yang amat penting. Baik murid-murid
sekolah rendah mahupun pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) harus
menguasai kemahiran ini. Hal ini kerana, kemahiran menulis membantu eksekutif
berkomunikasi dengan penuh yakin. Menurut Morahaini Yusof (2004), tujuan
penulisan adalah menyampaikan mesej supaya pembaca dapat memahaminya
dengan jelas dan terang.
Pendidikan rasmi pula memerlukan aktiviti menulis untuk menyampaikan idea,
maklumat serta perasaan. Justeru itu, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran
yang wajib dikuasai oleh semua lapisan pelajar. Withrow (1987), dipetik daripada
Abdul Jalil Othman (2005), menyatakan bahawa setiap pelajar wajib disedarkan
bahawa kemahiran menulis adalah kemahiran tertinggi yang perlu dicapai dalam
pembelajaran bahasa. Sehubungan itu, kemahiran menulis diberi penekanan dalam
sukatan pelajaran Bahasa Malaysia di semua sekolah.
Lazimnya, murid-murid akan didedahkan dengan kemahiran menulis karangan
apabila memulakan pembelajaran tahap dua iaitu pada tahun Empat, Lima dan
Enam. Format Bahasa Malaysia Penulisan seperti yang sudah diketahui
mengandungi bahagian A, B dan C. bahagian A mengehendaki murid untuk
membina lima ayat tunggal berpandukan rangsangan gambar. Bahagian B
menekankan kepada aspek penulisan karangan manakala bahagian C menuntut
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
103
murid untuk mengulas dan menulis lima nilai murni berdasarkan petikan pendek
yang diberikan. Karangan merupakan aspek yang diberikan perhatian dalam
kurikulum. Kepentingan penulisan karangan tergambar dalam kurikulum Bahasa
Melayu sebagai mata pelajaran tersendiri (Roselan Baki, 2003). Misalnya, di peringkat
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Bahasa Melayu dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu bahagian pemahaman dan bahagian penulisan.
Pengajaran kemahiran mengarang disyorkan supaya diberi tumpuan yang lebih
kepada proses yang perlu dilalui semasa mengarang dan bukan kepada hasil
karangan semata-mata. Dalam pengajaran kemahiran mengarang, proses
mengarang yang melibatkan penggunaan strategi dan teknik mengarang menjadi
tumpuan guru. Hal ini menunjukkan kepentingan penyelarasan bentuk pengajaran
guru dengan bentuk proses mengarang dalam kalangan pelajar. Oleh itu, bagi
meningkatkan kemahiran menghurai isi karangan jenis fakta ini, pengkaji telah
mengambil satu inisiatif untuk memudahkan murid menghurai isi karangan dengan
tepat.
FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Pengkaji mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas Tahun 4 Juara yang
terdiri daripada 29 orang kesemuanya dan kelas ini merupakan kelas terbaik
mengikut pencapaian. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan,
pengkaji mendapati terdapat beberapa orang murid yang kurang mahir dalam
menulis dan menghurai isi karangan terutamanya karangan jenis fakta. Pengkaji
membuat tinjauan awal dengan meneliti lembaran kerja subjek kajian dan telah
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka ini. Masalah yang dikenal pasti
ialah subjek kajian tidak mahir mengolah dan menghurai isi. Subjek kajian tidak tahu
menulis huraian isi, menyatakan contoh dan membuat rumusan isi karangan. Subjek
kajian juga melakukan kesalahan tanda baca dan ejaan.
Masalah yang dihadapi oleh subjek kajian ini jika dibiarkan akan memberi kesan
buruk kepada pembelajaran mereka. Hal ini terbukti apabila Lembaga Peperiksaan
Malaysia (2010) dalam artikel yang bertajuk Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
(Bahasa Melayu SK) menjelaskan bahawa calon yang menjawab soalan Bahagian B
iaitu karangan jenis fakta, tidak menyatakan isi-isi penting dengan tepat. Calon-
calon hanya membuat olahan idea yang ringkas dan tidak jelas. Penggunaan kosa
kata juga terhad dan melakukan banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
Berdasarkan artikel yang dinyatakan oleh LPM, jelas menunjukkan bahawa masalah
penulisan karangan jenis fakta ini memberi kesan buruk pada keputusan
peperiksaan UPSR murid. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk mencipta
satu teknik bagi meningkatkan kemahiran menghurai isi karangan jenis fakta subjek
kajian. Akhirnya, terbentuklah Jadual AMNA yang pengkaji inspirasikan melalui kata
tanya.
Jadual AMNA dicipta untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menghurai
isi karangan jenis fakta. Akronim AMNA ini diambil menerusi kata tanya
Apakah+Mengapakah+Nyatakan+Apakah. Huruf awal bagi setiap perkataan
diambil dan digabungkan untuk membentuk akronim. Penggunaan jadual ini juga
dapat membantu subjek kajian mengatasi masalah dalam menjawab soalan
Bahasa Malaysia Kertas 2 Bahagian B.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
104
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif Kajian Persoalan Kajian
1. Mengaplikasikan Jadual AMNA
untuk menghurai isi karangan
jenis fakta dalam kalangan
murid tahun 4.
1. Adakah murid tahun 4 dapat
mengaplikasikan Jadual AMNA
untuk menghurai isi karangan jenis
fakta?
2. Meningkatkan kemahiran
menghurai isi karangan jenis
fakta dalam kalangan murid
tahun 4 menggunakan Jadual
AMNA.
2. Adakah murid tahun 4 dapat
meningkatkan kemahiran
menghurai isi karangan jenis fakta
menggunakan Jadual AMNA?
KUMPULAN SASARAN
Kajian yang dijalankan ini melibatkan 4 subjek kajian Tahun 4 di salah sebuah
sekolah di daerah Tuaran yang mana mereka terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2
orang perempuan. Pengkaji juga telah mendapatkan butiran maklumat peribadi
subjek kajian melalui borang profil murid daripada guru kelas mereka. Analisis latar
belakang keluarga, subjek kajian terdiri daripada keluarga yang sederhana. Subjek
kajian ini telah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis dengan baik. Pencapaian subjek kajian dalam
Ujian Bulanan Kertas 2 Bahagian B menunjukkan mereka berada di tahap penskoran
memuaskan.
Jadual 1: Kumpulan Subjek Kajian
Kumpulan Subjek Kajian Tahun 4
Bilangan subjek kajian Empat orang
Jantina Dua orang lelaki
Dua orang perempuan
Purata umur 10 tahun
KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA
Ujian - Pengkaji memilih ujian sebagai instrumen mengumpul data yang paling
utama dalam kajian ini. Menurut Rosinah Edinin (2012), ujian merupakan salah satu
alat kajian yang digunakan untuk menentukan pencapaian dan keupayaan murid
dalam pembelajarannya. Pengkaji menggunakan Panduan Pemarkahan Kertas 2
Bahagian B yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (2010) untuk
menganalisis ujian subjek kajian.
1. Ujian diagnostik
Ujian diagnostik merupakan ujian pertama yang ditadbir oleh pengkaji untuk
menguji kemahiran subjek kajian dalam menghurai isi karangan dengan
hanya berpandukan kepada kehendak soalan. Pengkaji melaksanakan ujian
ini sebelum sesi intervensi bermula. Ujian diagnostik ini disokong oleh senarai
semak kesalahan subjek kajian.
2. Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian menggunakan kandungan yang ada pada ujian
diagnostik. Kemahiran yang diuji adalah sama. Namun, ujian ini dijalankan
setelah selesai tempoh intervensi. Keputusan ujian ini dibandingkan dengan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
105
ujian diagnostik untuk mengenal pasti sejauh mana Jadual AMNA ini dapat
meningkatkan pencapaian subjek kajian.
Pemerhatian - Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pemerhatian atau
pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau penelitian. Secara spesifiknya
pengamatan adalah sama maksud dengan perkataan persepsi, iaitu gambaran
atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi
pancaindera), atau tanggapan. Pemerhatian yang dilakukan menggunakan
pemerhatian berstruktur kerana pemerhatian jenis ini lebih mudah untuk dianalisis
dan memberi ruang kepada pengkaji membuat pemerhatian tanpa bantuan
pengkaji lain.
Temu bual - Pengkaji mencatat setiap perbualan yang dijalankan. Temu bual
dijalankan sebelum dan setelah selesai sesi intervensi. Temu bual ini dianalisis secara
kualitatif. Hasil temu bual digunakan untuk mengesan pandangan subjek kajian
terhadap Jadual AMNA sama ada dapat diaplikasikan oleh subjek kajian atau
sebaliknya.
Analisis Dokumen - Pengkaji menggunakan analisis dokumen untuk mendapatkan
data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan. Data daripada dokumen
diperoleh dengan menggunakan borang senarai semak. Pengkaji menganalisis
lembaran kerja murid sebelum intervensi, lembaran kerja langkah 1, lembaran kerja
langkah 2 dan juga lembaran kerja pengukuhan.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Model Penyelidikan Tindakan
Pengkaji menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan kajian ini.
Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
106
Rajah 2 : Perancangan Kajian Tindakan
PELAKSANAAN TINDAKAN INTERVENSI
Pengkaji melaksanakan kajian melalui dua langkah iaitu langkah pertama dan
kedua.
Langkah Pertama
Pada peringkat ini, pengkaji hanya menerangkan kegunaan Jadual AMNA kepada
subjek kajian dan juga menyatakan fungsinya kepada mereka. Pengkaji
menerangkan cara penggunaan jadual ini dari bahagian awal hingga akhir. Pada
peringkat ini juga, pengkaji memberi rangsangan kepada subjek kajian mengenai
kehendak soalan agar mereka mudah untuk memahami dan menulis karangan
dengan tajuk yang betul. Langkah ini lebih kepada pendedahan awal ataupun
gambaran awal tentang Jadual AMNA yang pengkaji gunakan. Hal ini demikian
kerana subjek kajian belum didedahkan dengan apa jua teknik yang berkaitan
dengan penulisan karangan. Setelah itu, pengkaji menjalankan aktiviti
‘Melengkapkan Jadual AMNA‘. Subjek kajian secara individu melengkapkan Jadual
AMNA berdasarkan tajuk karangan yang diberikan. Subjek kajian perlu mengisi
jadual yang diedarkan dengan menggunakan ayat yang gramatis berpandukan
akronim AMNA yang diberikan.
1. Langkah Kedua
Pada langkah kedua, pengkaji menjalankan aktiviti ‘Menghurai Isi Karangan
Jenis Fakta‘. Subjek kajian secara individu akan menghurai isi karangan jenis
fakta berpandukan Jadual AMNA. Subjek kajian diedarkan lembaran kerja
Jadual AMNA. Setelah itu, pengkaji melaksanakan aktiviti pengukuhan
kepada subjek kajian menggunakan tajuk karangan yang sama pada aktiviti
‘Menghurai Isi Karangan Jenis Fakta’ tanpa menggunakan Jadual AMNA.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
107
Langkah 1
Penerangan Jadual AMNA
Aktiviti
‘Melengkapkan Jadual AMNA’
Langkah 2
Aktiviti ‘Menulis Isi Karangan Jenis Fakta’
Rajah 3 : Intervensi Subjek Kajian
DAPATAN KAJIAN
Soalan Kajian 1 : Adakah murid tahun 4 dapat mengaplikasikan Jadual AMNA
dalam menghurai isi karangan jenis fakta?
Dapatan kajian membuktikan bahawa subjek kajian sememangnya dapat
mengaplikasikan Jadual AMNA dalam menghurai isi karangan. Dapatan awal
menunjukkan subjek kajian tidak mahir mengolah dan menghurai isi. Subjek kajian
tidak tahu menulis huraian isi, menyatakan contoh dan membuat rumusan isi
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
108
karangan. Subjek kajian juga melakukan kesalahan tanda baca dan ejaan. Hal ini
menunjukkan bahawa kemahiran menghurai isi karangan terlalu sukar bagi subjek
kajian. Namun, setelah mengaplikasikan Jadual AMNA, subjek kajian dilihat mudah
untuk menghurai isi karangan.Pengkaji menggunakan instrumen analisis dokumen
dan temu bual berstruktur bagi menjawab soalan kajian pertama ini. Berdasarkan
analisis dokumen lembaran kerja, kesemua subjek kajian dapat mengaplikasikan
Jadual AMNA dalam menghurai isi karangan jenis fakta. Jadual di bawah
menunjukkan analisis dokumen lembaran kerja subjek kajian C.
Jadual 2: Lembaran Kerja Subjek Kajian C
Lembaran kerja Sebelum Intervensi
Lembaran kerja Langkah 1
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
109
Lembaran kerja Langkah 2
Lembaran Kerja Pengukuhan
Jadual di atas menunjukkan lembaran kerja yang dilakukan oleh subjek kajian
dalam mengaplikasikan Jadual AMNA untuk menghurai isi karangan jenis fakta.
Berdasarkan jadual di atas, sebelum intervensi dijalankan, subjek kajian melakukan
banyak kesalahan dari aspek huraian isi, contoh, rumusan dan juga pelbagai
kesalahan penggunaan tanda baca dan ejaan. Justeru, pengkaji memperkenalkan
Jadual AMNA sebagai intervensi kepada subjek kajian untuk mengatasi masalah
yang dihadapi.
Pada lembaran kerja langkah 1, subjek kajian dapat mengaplikasikan Jadual AMNA
dengan melengkapkan jadual tersebut berdasarkan kehendak soalan. Subjek kajian
dapat menulis soalan dan seterusnya menjawab soalan tersebut pada setiap petak
AMNA. Hal ini memudahkan subjek kajian untuk menghurai isi karangan. Pada
lembaran kerja langkah 2 pula, subjek hanya perlu menulis jawapan berdasarkan
panduan soalan yang diberikan. Berbeza pada langkah 1 yang meminta subjek
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
110
kajian untuk menulis soalan seterusnya menjawab soalan tersebut. Subjek kajian
dapat mengisi setiap petak AMNA dengan mudah dan cepat.
Hasil daripada pengaplikasian Jadual AMNA pada langkah 1 dan 2, pengkaji
memberikan lembaran kerja pengukuhan untuk membuktikan lagi bahawa subjek
kajian dapat mengaplikasikan Jadual AMNA dalam menghurai isi karangan jenis
fakta. Berdasarkan jadual di atas, garisan biru menunjukkan isi karangan, garisan
kuning menunjukkan huraian isi, garisan hijau menunjukkan contoh isi dan garisan
merah menunjukkan rumusan isi. Subjek kajian dapat menghurai isi karangan
dengan baik pada lembaran pengukuhan ini. Hasilnya, subjek kajian dapat menulis
isi karangan, membuat huraian isi, menyatakan contoh dan juga menulis rumusan isi
tanpa menggunakan Jadual AMNA dengan betul. Lembaran pengukuhan ini
membuktikan bahawa subjek kajian dapat mengaplikasikan Jadual AMNA dalam
menghurai isi karangan jenis fakta. Dapatan kajian dibuktikan lagi menerusi kajian-
kajian lepas Zalekha Haji Elie (2005) dan Freddy Xaviers Jamil (2010), menggunakan
kaedah kata tanya dalam membantu murid menyelesaikan masalah menulis
karangan yang dihadapi. Hasil kajian mereka menunjukkan penggunaan kaedah ini
memberikan hasil yang positif dalam membantu murid mengaplikasikan kaedah
kata tanya untuk menulis karangan dengan baik.
Selain analisis dokumen, pengkaji juga menggunakan temu bual berstruktur untuk
menyokong instrumen analisis dokumen yang dilaksanakan. Berdasarkan temu bual
yang dijalankan bersama subjek kajian, subjek kajian menyatakan bahawa mereka
dapat mengaplikasikan Jadual AMNA dalam menghurai isi karangan jenis fakta
dengan baik. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan temu bual subjek kajian
sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Jadual 3 : Perbandingan temu bual subjek kajian sebelum dan selepas intervensi
Temu bual Sebelum Intervensi Temu Bual Selepas Intervensi 1. Adakah anda berasa mudah untuk
menghurai isi karangan?
➢ Subjek A : Tidak
➢ Subjek B : Tidak
➢ Subjek C: Tidak, susah.
➢ Subjek D : Tidak
1. Adakah anda berasa mudah untuk
menghurai isi karangan jenis fakta
setelah menggunakan Jadual AMNA?
➢ Subjek A : Ya
➢ Subjek B : Ya
➢ Subjek C : Ya
➢ Subjek D : Ya
2. Mengapakah anda berasa
mudah/sukar untuk menghurai isi
karangan jenis fakta?
➢ Subjek A: Tidak tahu macam
mana mahu hurai.
➢ Subjek B: Susah kembangkan
ayat.
➢ Subjek C: Saya tidak tahu
hurai isi.
➢ Subjek D : Tiada kena ajar
2. Mengapakah Jadual AMNA
memudahkan/menyukarkan anda
untuk menghurai isi karangan jenis
fakta??
➢ Subjek A : Ada isi, huraian,
contoh dan rumusan
➢ Subjek B : AMNA ajar cari isi
dan hurai
➢ Subjek C : Kerana terdapat isi,
hurai dan contoh
➢ Subjek D : AMNA boleh tulis
huraian
3. Apakah masalah yang anda
hadapi dalam penulisan karangan
jenis fakta?
➢ Subjek A : Hurai isi karangan
➢ Subjek B : Buat ayat untuk
3. Adakah masalah yang anda hadapi
dalam penulisan karangan jenis fakta
dapat diatasi setelah menggunakan
Jadual AMNA?
➢ Subjek A: Ya. Saya dapat hurai
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
111
karangan
➢ Subjek C : Hurai isi karangan
➢ Subjek D : Hurai ayat
karangan dengan baik.
➢ Subjek B : Ya. Saya dapat hurai
karangan
➢ Subjek C : Ya. Saya dapat
buat karangan dengan baik.
➢ Subjek D : Ya. Tulis karangan
dengan mudah
4. Adakah guru menggunakan alat
atau bahan untuk diaplikasikan
dalam menghurai isi karangan?
➢ Subjek A : Tiada
➢ Subjek B : Tiada
➢ Subjek C : Tiada
➢ Subjek D : Tiada
4. Adakah Jadual AMNA dapat
diaplikasikan sebagai alat atau
bahan untuk menghurai isi karangan?
➢ Subjek A : Ya
➢ Subjek B : Ya. Membantu hurai
isi karangan.
➢ Subjek C : Ya, bantu saya hurai
isi.
➢ Subjek D : Ya
5. Pada pendapat anda, apakah
cara yang boleh dilakukan supaya
masalah anda dapat diatasi?
➢ Subjek A : Bertanya dengan
cikgu
➢ Subjek B : Lihat buku teks
➢ Subjek C : Ulang kaji
➢ Subjek D : Belajar
bersungguh-sungguh
5. Pada pendapat anda, adakah
Jadual AMNA berkesan dan sesuai
diaplikasikan dalam penulisan
karangan jenis fakta?
➢ Subjek A : Ya.
➢ Subjek B : Ya
➢ Subjek C : Ya, berkesan. Cikgu
Lina ajar.
➢ Subjek D : Ya
Jika dilihat pada jadual di atas, sebelum intervensi dijalankan, secara
keseluruhannya, subjek kajian berasa sukar untuk menghurai isi karangan. Subjek
kajian juga mengalami masalah menghurai isi karangan dan sukar untuk
mengembangkan ayat. Subjek kajian menyatakan bahawa mereka tidak pernah
menggunakan sebarang alat atau bahan dalam penulisan karangan. Subjek kajian
tidak dapat menghurai isi karangan dan memberikan contoh pada setiap
perenggan.
Namun, selepas intervensi dijalankan, respons positif diterima daripada subjek kajian.
Kesemua subjek kajian mengakui bahawa Jadual AMNA memudahkan mereka
menghurai isi karangan dengan lebih baik. Subjek kajian menyatakan bahawa
Jadual AMNA dapat diaplikasikan untuk mencari idea, menghurai isi karangan dan
memberikan contoh berdasarkan isi karangan. Jadual AMNA juga mampu
diaplikasikan oleh subjek kajian bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam
penulisan karangan. Subjek kajian berpendapat bahawa penggunaan Jadual
AMNA sangat sesuai diaplikasikan dalam penulisan karangan jenis fakta kerana
penggunaannya yang memudahkan subjek kajian menghurai isi karangan.
Penggunaan Jadual AMNA yang diinspirasikan melalui kata tanya ini menjadi
rangsangan kepada subjek kajian untuk menghurai isi karangan jenis fakta. Selari
dengan kajian yang dijalankan oleh Harison Binti Othman et.al (2003), penggunaan
kata tanya mudah diaplikasikan sebagai medium dalam membantu murid menjana
idea bagi menghasilkan sebuah karangan yang baik. Selaras dengan itu,
penggunaan Jadual AMNA yang diinspirasikan melalui kata tanya ini sememangnya
dapat diaplikasikan oleh subjek kajian dalam menghurai isi karangan jenis fakta.
Kesimpulannya, hasil daripada analisis dokumen dan temu bual yang dijalankan,
pengkaji mendapati bahawa subjek kajian dapat mengaplikasikan Jadual AMNA
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
112
dalam menghurai isi karangan jenis fakta. Hal ini kerana sifat Jadual AMNA yang
senang dan mudah difahami oleh subjek kajian. Hal ini juga terbukti apabila
kesemua subjek kajian dapat menyatakan isi karangan, huraian, contoh dan
rumusan pada setiap perenggan. Ringkasnya, subjek kajian dapat mengaplikasikan
Jadual AMNA dalam menghurai isi karangan jenis fakta.
Soalan Kajian 2 : Adakah murid tahun 4 dapat meningkatkan kemahiran menghurai
isi karangan jenis fakta menggunakan Jadual AMNA?
Berdasarkan data awal, subjek kajian dapat menyenaraikan isi karangan dan isi
tersebut ditulis dalam perenggan, namun subjek kajian masih belum boleh
dikategorikan dalam penskoran cemerlang seperti yang digariskan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM). Subjek kajian masih lemah dalam pengolahan idea,
penyampaian isi, penggunaan ayat gramatis, kosa kata terhad, kesalahan ejaan
dan tanda baca. Namun, setelah menggunakan intervensi Jadual AMNA, subjek
kajian dapat menghurai isi karangan jenis fakta dengan lebih baik. Semasa ujian
diagnostik, subjek kajian cenderung melakukan kesalahan dari segi pengolahan
idea, penyampaian isi tidak jelas dan juga pengulangan ayat dan kata pada setiap
perenggan. Namun, setelah diperkenalkan dengan Jadual AMNA, subjek kajian
dapat memperbaiki kesalahan seterusnya meningkatkan kemahiran menghurai isi
karangan jenis fakta. Subjek kajian dapat menyampaikan isi dengan lebih jelas dan
menarik. Pengolahan idea yang baik, penggunaan kosa kata, ayat lebih meluas
dan gramatis. Subjek kajian juga dapat meminimumkan kesalahan tanda baca dan
ejaan. Hal ini dapat dibuktikan melalui markah ujian yang diperoleh subjek kajian
iaitu pada ujian diagnostik dan juga pencapaian. Rajah di bawah menunjukkan
markah ujian diagnostik dan ujian pencapaian subjek kajian.
Rajah 5 : Graf Perbandingan Markah Ujian Subjek Kajian
Dapatan ini disokong oleh kajian yang dilaksanakan Baiziela Binti Sapingi (2012).
Markah pengolahan isi respondennya daripada 6/10 semasa latihan awal
meningkat kepada 8/10 semasa ujian akhir dijalankan. Markah keseluruhan
respondennya juga semakin meningkat. Walaupun respondennya menunjukkan
prestasi yang tidak konsisten, namun kaedah kata tanya tetap berjaya membantu
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
113
responden memperbaiki tahap penulisan karangannya. Berdasarkan sokongan
dapatan kajian yang telah dinyatakan, penggunaan kata tanya mampu
membantu minda murid lebih aktif ke arah pemikiran yang lebih meluas lagi. Oleh
itu, secara keseluruhannya, Jadual AMNA yang diinspirasikan berdasarkan kata
tanya dapat membantu meningkatkan prestasi subjek kajian dalam kemahiran
menghurai isi karangan jenis fakta. Kesemua subjek kajian mencatatkan
peningkatan dalam ujian.
Sewaktu ujian diagnostik, subjek kajian A mendapat 12 markah, subjek kajian B
mendapat 14 markah, subjek kajian C mendapat 16 markah dan subjek kajian D
mendapat 11 markah. Kesemua subjek kajian berada pada tahap penskoran
memuaskan. Markah subjek kajian meningkat pada ujian pencapaian iaitu subjek
kajian A mendapat 25 markah, subjek kajian B mendapat 24 markah, subjek kajian C
mendapat 27 markah dan subjek kajian D mendapat 22 markah. Subjek kajian A, B
dan C berada pada tahap penskoran cemerlang manakala subjek kajian D pada
tahap penskoran baik. Hal ini membuktikan bahawa Jadual AMNA meningkatkan
prestasi subjek kajian dalam menghurai isi karangan jenis fakta. Selain itu, pengkaji
juga menggunakan pemerhatian berstruktur untuk menjawab soalan kajian yang
kedua. Berdasarkan pemerhatian awal yang dilaksanakan, subjek kajian
menunjukkan bahawa mereka tidak dapat menghurai isi karangan jenis fakta
dengan betul. Subjek kajian hanya dapat menyenaraikan isi karangan pada setiap
perenggan tetapi tidak dapat menghurai isi tersebut, menyatakan contoh dan
membuat rumusan. Hal ini menunjukkan bahawa subjek kajian tidak dapat
menghurai isi karangan dengan baik. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan
pemerhatian awal dan akhir subjek kajian.
Jadual 4 : Perbandingan Pemerhatian Awal dan Akhir Subjek Kajian Item Item Pemerhatian Pemerhatian
Awal
Pemerhatian
Akhir
Ya Tidak Ya Tidak
1. Murid dapat menyenaraikan isi karangan
dengan betul
4 4
2. Murid dapat menghurai isi karangan
dengan betul
4 4
3. Murid dapat menyatakan contoh isi
karangan dengan betul
4 3 1
4. Murid dapat membuat rumusan isi
karangan dengan betul
4 3 1
Namun, perubahan yang positif dapat dilihat pada pemerhatian akhir. Kesemua
subjek kajian dapat menyenaraikan isi dengan betul pada setiap perenggan.
Huraian isi juga dapat diolah dengan betul dan tepat. Contoh isi karangan yang
dinyatakan juga sangat bertepatan dengan isi karangan yang ditulis. Subjek kajian
juga dapat membuat rumusan isi karangan dengan betul pada setiap perenggan.
Hal ini membuktikan bahawa subjek kajian dapat meningkatkan kemahiran
menghurai isi karangan jenis fakta dengan menggunakan Jadual AMNA. Oleh itu,
pengkaji dapat merumuskan bahawa subjek kajian dapat meningkatkan kemahiran
menghurai isi karangan jenis fakta menggunakan Jadual AMNA berdasarkan data-
data dan bukti-bukti yang telah dinyatakan.
RUMUSAN/REFLEKSI KAJIAN
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
114
Pengkaji telah memilih masalah kemahiran menghurai isi karangan jenis fakta murid
tahun 4 sebagai masalah kajian. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah
menggunakan Jadual AMNA sebagai bahan intervensi. Kajian tindakan ini
dilaksanakan selama tiga minggu. Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji
mendapati bahawa terdapat perubahan positif dari segi kemahiran menghurai isi
karangan subjek kajian dan juga peningkatan prestasi selepas intervensi dilakukan.
Walaupun pada ujian diagnostik, subjek kajian tidak menguasai kemahiran
menghurai isi karangan, namun pencapaian subjek kajian berubah setelah
intervensi dilaksanakan. Pencapaian murid menunjukkan peningkatan hasil
penggunaan Jadual AMNA dan bimbingan yang diberikan. Pelaksanaan kajian
tindakan ini menyedarkan pengkaji bahawa setiap murid berpeluang untuk
memperbaiki kelemahan mereka jika diberi bimbingan berterusan dan teknik yang
sesuai. Setiap murid tidak seharusnya dinilai sebagai lemah sebelum sebarang usaha
untuk memperbaikinya dilaksanakan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa
subjek kajian mempunyai pencapaian minimum juga boleh berjaya jika ada usaha
untuk memupuk minat dan memperbaiki kelemahannya. Semoga hasil kajian ini
dapat dimanfaatkan dan menjadi proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik, berkesan dan menyeronokkan.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian lanjut boleh dijalankan bagi menambah baik pelaksanaan kajian ini. Kajian
boleh dilakukan di lokasi yang berbeza dengan lokasi kajian. Lokasi yang
dicadangkan ialah sekolah di kawasan bandar. Tujuan perbezaan lokasi adalah
untuk melihat pengaruh demografi terhadap kajian. Selain itu, kajian boleh
dilakukan terhadap subjek kajian yang berlainan gender untuk melihat sejauh
manakah perbezaan gender mempengaruhi kemahiran subjek kajian dalam
menghurai isi karangan.
RUJUKAN Abdul Jalil Othman (2005). Interaktif Bahasa Melayu. Petaling Jaya : Longman (M) Sdn. Bhd.
Baiziela Binti Sapingi (2012). Penggunaan peta minda dan kata tanya dalam meningkatkan kemahiran
menulis karangan jenis fakta bahasa Melayu murid tahun empat. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP Bahasa Melayu Amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012, ms 1-14.
Freddy Xaviers Jamil (2010). Kesan penggunaan peta minda berunsurkan “Kata Tanya” dalam
meningkatkan kemahiran mengolah isi karangan jenis Fakta Bahasa Melayu Tahun Lima. Buku
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL (BM
Pendidikan Rendah), 140-156.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2010). Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010 Bahasa Melayu SK. Kuala
Lumpur : Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Marohaini Yusoff. (2004). Siri kajian bahasa perlakuan dan proses menulis karangan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mok Son Sang (2010). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Roselan Baki. (2003). Siri kajian bahasa perlakuan dan proses menulis karangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Rosinah Edinin, (2012). Penyelidikan Tindakan (Kaedah dan Penulisan). Kuala Lumpur : Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Zalekha Haji Elle. (2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam penulisan Bahasa
Melayu menggunakan Kaedah Minda dan Kata Soal. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan
MPBL tahun 2005,160-166
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
115
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGURUSAN PENGETAHUAN,
KESEDIAAN MENGAJAR DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH Oleh
Caroline @ Lorena David¹
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji profesionalisme guru novis di negeri Sabah khususnya dalam
aspek berkaitan pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar, dan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah.Sampel kajian yang dipilih
melibatkan seramai empat ratus orang responden yang terdiri daripada guru-guru novis
yang baru memulakan perkhidmatan dan mengajar antara satu hingga tiga
tahun.Responden ini dipilih secara rawak bertujuan bagi memenuhi objektif kajian.
Rekabentuk kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan
set soal selidik sebagai instrumen kajian.Data kajian pula dianalisis menggunakan perisian
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)versi 20 bagi mendapatkan data deskriptif dan
inferens dan perisian AMOS versi 16 digunakan bagi mengenalpasti hubungan sebab-akibat
antara beberapa pembolehubah dalam kajian.Kajian rintis telah dijalankan terhadap 130
orang guru novis untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai
kebolehpercayaan yang didapati tinggi iaitu 0.902. Secara keseluruhannya, hasil dapatan
awal kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap profesionalisme guru
novis dalam pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar, dan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah.
Kata Kunci: Profesionalisme Guru Novis, Pengurusan Pengetahuan, Kesediaan Mengajar,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Pelaksanaan Pengajaran
PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan dan
kemajuan sesebuah Negara.Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan
satu usaha membangunkan generasi muda pada alaf baru ini. Pendidikan
memainkan peranan penting dalam usaha menjadikan sesebuah Negara memiliki
rakyat yang berkualiti dan bermutu tinggi yang akan menjadi aset kepada Negara
pada masa hadapan.Sistem Pendidikan Kebangsaan memerlukan usaha-usaha
yang mantap dan sistematik bagi membolehkan peningkatan keupayaan serta
kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang lebih tinggi dan cemerlang agar
dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21 ini secara global dan memenuhi
aspirasi Negara dalam menyahut seruan kerajaan dalam bidang pendidikan secara
menyeluruh sejajar dengan kehendak Negara melalui saluran wawasan 2020.
Pelaburan penting dalam sesebuah Negara adalah melalui sektor pendidikan. Oleh
yang demikian tidak dinafikan lagi bahawa pihak kerajaan telah memberikan
tumpuan utama terutama dalam memperuntukkan jumlah bajet yang besar
dengan tujuan untuk mencapai wawasan 2020 serta menjadi sebuah Negara yang
maju di mata dunia. Dengan itu, usaha untuk mencapai realiti ini memerlukan
perngorbanan semua pihak dengan memastikan pemantapan dalam bidang
pendidikan Negara perlu diberikan perhatian dari akar umbi agar segala
permasalahan yang timbul akan dapat ditangani.Cabaran dalam sistem
pendidikan yang paling ketara dapat dilihat dengan mata kasar iaitu dalam bidang
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
116
pendidikan perguruan itu sendiri dalam melahirkan jiwa keguruan dalam diri setiap
guru khususnya.
Latihan mengajar merupakan satu komponen yang paling penting dalam program
pendidikan perguruan yang dilaksanakan di universiti-universiti mahupun di Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru
terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba
mengaplikasikan semua teori, teknik, strategi, kaedah, pendekatan, dan panduan
dalam situasi suasana bilik darjah di sekolah yang sebenar. Melalui latihan mengajar
tersebut, guru pelatih secara tidak langsung berpeluang untuk menimba ilmu
pengetahuan dan kemahiran baru dalam bidang perguruan itu sendiri dalam realiti
yang sebenar.
Universiti-universiti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia bertanggungjawab
menawarkan pelbagai kursus pendidikan bagi pelajar-pelajar yang berminat dalam
bidang perguruan.Pihak universiti dan juga Institut Pendidikan Guru Malaysia
bertanggungjawab untuk melatih bakal-bakal guru agar dapat menjadi seorang
guru novis yang mantap dalam semua aspek keguruan. Oleh kerana guru pelatih
bakan menadi guru novis selepas tamat pengajian, maka beberapa langkah drastik
seperti menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah sebenar dalam masa yang
ditetapkan bagi memastikan guru pelatih ini akan bersedia mengharungi
profesionalisme guru novis dalam pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar,
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pelaksanaan pengajaran di sekolah.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Kesungguhan pihak kerajaan dalam menangani masalah keciciran pelajar dilihat
sebagai satu usaha murni demi melihat setiap rakyat Malaysia berilmu
pengetahuan. Ini seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan (KPM, 1987) yang
ada menjelaskan bahaawa setiap individu mempunyai potensi untuk
dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hasrat kerajaan
untuk melahirkan insan yang berpendidikan dan dianggap berguna dan
menyeluruh. Oleh yang demikian, salah satu usaha persediaan dan perubahan
yang perlu dilaksanakan ialah dengan meningkatkan mutu atau tahap kualiti
kecekapan guru dalam profesion mereka khasnya dalam bidang pengajaran.
Keadaaan ini sekali gus dalam menguasai kemahiran teknologi maklumat.
Dapatan menunjukkan bahawa setiap tahun lebih guru novis ditempatkan di
sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Profesion perguruan antara bidang yang didapati
agak ramai diceburi dalam kalangan rakyat seluruh Malaysia. Dengan kata lain,
profesioan perguruan ini merupakan satu profesioan yang memiliki jumlah keahlian
yang agak ramai berbanding profesion lain. Misalnya pada tahu 1999, didapati hasil
daripaada laporan menunjukkan seramai 157,415 guru yang berdaftar di Malaysia
(Siti Maisarah, 2008). Sebilangan daripada guru ini telah menjalani latihan kursus dan
latihan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Latihan dan kursus ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan
motivasi bakal guru agar lebih berkompentasi dan berkeyakinan dalam usaha untuk
mendidik pelajar yang bakan dihadapi oleh guru berkenaan dalam pengajaran
dan pembelajaran guru dalam bilik darjah (Mohammad Sani, 2007). Namun pun
begitu, masih ramai dalam kalangan guru novis ini masih belum bersedia untuk
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
117
menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan pada masa kini yang
dianggap lebih mencabar rentetan daripada kemajuan teknologi yang bergitu
pesat.
TUJUAN KAJIAN
i. Mengkaji profesional guru novis (GN) dalam aspek pengurusan
pengetahuan terhadap pelaksanaan pengajaran guru di sekolah.
ii. Mengkaji profesional guru novis (GN) dalam aspek kesediaan mengajar
terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah.
iii. Mengkaji profesional guru novis (GN) dalam tiga aspek utama iaitu
pengurusan pengetahuan (PP), kesediaan mengajar (KM) dan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap pelaksanaan pengajaran guru di sekolah.
iv. Melihat adakah aspek pengurusan pengetahuan (PP) mempengaruhi
profesionaismel guru novis (GN) terhadap pelaksanaan pengajaran di
sekolah.
v. Mengetahui kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seorang guru novis (GN)
terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah.
HIPOTESIS KAJIAN
H01 Tidak terdapat terdapat hubungan pengurusan pengetahuan dengan
pelaksanaan pengajaran guru novis di sekolah.
H02 Tidak terdapat terdapat hubungan kesediaan mengajar dengan
pelaksanaan pengajaran guru novis di sekolah.
H03 Tidak terdapat pengaruh KBAT terhadap pelaksanaan pengajaran guru novis
di sekolah.
H04 Tidak terdapat pengaruh kesesuaian pengukuran dan model regresi yang
dibentuk bagi mengenal pasti pengaruh secara langsung dan tidak
langsung pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar dan KBAT
terhadap pelaksanaan pengajaran guru novis di sekolah.
H05 Tidak terdapat hubungan signifikan antara pengurusan pengetahuan guru
novis terhadap pelaksanaan pengajaran guru novis di sekolah.
DEFINISI OPERASIONAL
Bagi menjayakan kajian ini beberapa definisi operasional digunapakai seperti
berikut:-
Profesionalisme Guru Novis - Profesionalisme adalah sifat-sifat sebagaimana yang
sewajarnya dilakukan oleh seorang professional.Komitmen para profesional
terhadap profesion yang diceburi.Komitmen tersebut ditunjukkan dengan
kebanggaan dirinya sebagai tenaga profesional, usaha terus-menerus untuk
mengembangkan kemampuan professional yang diceburi.
Terdapat empat ciri‐ciri profesionalisme:
1. Memiliki keterampilan yang tinggi dalam suatu bidang serta kemahiran
dalam menggunakan peralatan tertentu yang diperlukan dalam
pelaksanaan tugas yangbersangkutan dengan bidang tadi.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
118
2. Memiliki ilmu dan pengalaman serta kecerdasan dalam menganalisis suatu
masalah dan peka di dalam membaca situasi cepat dan tepat serta cermat
dalam mengambil keputusan terbaik atas dasar kepekaan.
3. Memiliki sikap berorientasi ke depan sehingga punya kemampuan
mengantisipasi perkembangan lingkungan yang terbentang di hadapannya.
4. Memiliki sikap mandiri berdasarkan keyakinan akan kemampuan pribadi
serta terbuka menyimak dan menghargai pendapat orang lain, namun
cermat dalam memilih yang terbaik bagi diri dan perkembanganpribadi.
Menurut Noriati A. Rashid et al. (2010), aspek keguruan dianggap sebagai satu
profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan
dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited
kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. .
Pengurusan Pengetahuan - Menurut Barclay (1997), perkembangan pengurusan
pengetahuan giat dibincangkan oleh para akademia di Harvard Business School,
Amerika Syarikat. Pada era 1970-an, ramai dalam kalangan penyelidik memberikan
sepenuh perhatian dalam perkembangan pemindahan dan inovasi teknologi
maklumat sehinggamencetuskan penyelidikan yang lebih terperinci mengenai
kefahaman pengetahuan (knowledge). Perkembangan ini berlarutan sehingga
pertengahan 1980-an,apabilaahli-ahli pengurusan mengiktiraf kepentingan
pengetahuan, penggunaannya serta persaingan yang wujud dalam kalangan
profesional mengenai kaitan pengetahuan dengan pembangunan sesebuah
organisasi.
McShane dan Glinow (2006), mengkaji bahawa pengurusan pengetahuan ialah
segala kegiatan yang berstruktur untuk penambahbaikan bagi sesebuah organisasi
melalui perkongsian maklumat serta penggunaan maklumat yang betul. Penentu
bagi kejayaan sesebuah organisasi dalam menguruskan maklumat mesti
berasaskan kepada modal intelek yang merangkumi persaingan modal insan,
modal berstruktur dan modal perhubungan.Nonaka (1991), menjelaskan mengenai
pengurusan pengetahuan dapat difahami apabila membincangkan secara
mendalam mengenai pengetahuan ‘tacit’ dan pengetahuan ‘explicit’. Kedua-dua
bentuk pengetahuan ini adalah pengetahuan asas dalam diri manusia yang amat
berguna apabila maklumat-maklumat dapat dikongsi bersama untuk bekerja dalam
pasukan.Dalam Harvard Business Review (1999), pengurusan pengetahuan adalah
satu cara bagi sesebuah organisasi menjana operasi, berkomunikasi dan mengumpil
harta intelek yang menjadikan mereka muncul sebagai satu organisasi yang
bersaing berasaskan sumber ekonomi maklumat yang diperolehi.
Kesediaan Mengajar - Kesediaan mengajar merupakan satu perancangan harian
yang disediakan oleh setiap guru. Dalam persediaan mengajar mengandungi
maklumat tentang pelajar, matamat yang hendak dicapai, isi kandungan yang
hendak disampaikan. Persediaan yang rapi dalam persediaan mengajar sangat
penting dan amat dititikberat dalam memastikan setiap produktiviti atau hasil yang
diperolehi adalah berkualiti dan mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan.
Persediaan mengajar ini juga mampu melicinkan perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah, makmal dan lain-lain. Guru haruslah
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
119
memastikan perjalanan proses pengajaran berjalan lancar. Dalam masa yang sama
guru, perlu bersedia mempersiapkan diri sebelum memulakan tugas mengajar.
Persediaan mengajar ini juga secara tidak langsung mampu membantu guru
mengajar dengan lebih sistematik, lancar dan berkesan dan sekali gus mampu
mengelakkan wujud ketidakselesaan ketika berada di dalam bilik darjah. Persediaan
mengajar juga mampu membantu guru untuk memperingati isi pelajaran yang
hendak disampaikan dengan baik tanpa kemusykilan. Melalui persediaan
mengajar ini juga, secara tidak langsung mampu membawa guru untuk
menyediakan alat bantu mengajar serta menggunakan alat tersebut dalam masa
yang sesuai mengikut perancangan yang telah dibuat dalam persediaan mengajar.
Persediaan mengajar mempunyai tiga komponen penting iaitu komponen
persediaan, penyampaian dan penutup (Mok, S. S., 2002).
KBAT - Menurut kajian Edward de Bono (1976), menjelaskan bahawa kemahiran
berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan
masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Kemahiran befikir melibatkan pengendalian
yang melibatkan mental tertentu dalam minda seseorang individu. Dalam proses
berfikir dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu yang melibatkan kognitif dan
juga metakognitif. Aktiviti yang melibatkan kognitif adalah kemahiran berfikir yang
sering manusia gunakan setiap hari dalam pelbagai aktiviti seperti mengelas,
membanding, membuat urutan dan lain-lain. Manakala bagi aktiviti yang
melibatkan meta kognitif adalah seperti memandu dan membimbing segala aktiviti
pemikiran manusia dalam komponen-kompoen berfikir. Kemahiran berfikir sangat
penting yang melibatkan penggunaan minda bagi menilai kewajaran untuk menilai
sesuatu idea, meneliti ketepatan, kebaikan dan kelemahan sesuatu dengan
membuat pertimbangan yang wajar di samping menggunakan alas an dan bukti
yang munasabah.
PELAKSANAAN PENGAJARAN
Pelaksanaan pengajaran merujuk kepada tindakan yang biasa dilakukan oleh guru
dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Dalam kajian ini amalan pengajaran
memberikan fokus kepada tindakan yang biasa dilakukan dalam pengajaran
kemahiran berfikir aras rendah dan kemahiran berfikir aras tinggi. Strategi
pengajaran yang digunakan dan tingkahlaku guru dalam menggalakkan
kemahiran berfikir pelajar.
Pelaksanaan pengajaran merupakan satu proses sistem aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pelajar. Pengajaran mempunyai tujuan tertentu iaitu dapat membawa
perubahan tingkah laku dalam kalangan pelajar ketika berada dalam kelas. Proses
pengajaran melibatkan beberapa langkah seperti langkah perancangan, langkah
pengelolaan, langkah penyampaian, langkah bimbingan dan langkah membuat
penilaian. Semua langkah-langkah ini mempunyai tujuan tertentu dalam
menyebarkan ilmu secara lebih berkesan semasa pengajaran dilaksanakan.
Pengajaran adalah aspek yang penting dalam pendidikan.Menurut Smith (1960)
dan Cornell (1991) pengajaran adalah satu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar.
Manakala Battle dan Shannon (1978), pula berpendapat pengajaran merupakan
proses penyampaian idea yang membantu pelajar mengubah tingkah laku dengan
cara sedar ke arah tujuan dan matlamat pendidikan. Dalam konteks ini, jelaslah
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
120
bahawa pengajaran seharusnya mempunyai aktiviti yang dilakukan oleh
guru.Aktiviti yang dilakukan tersebut mempunyai kaitan dengan tujuan, matlamat, isi
kandungan, indoktrinasi dan kaedah pengajaran (Robertson, 1988) yang
menghasilkan pembelajaran (Gagne, 1995) dan perubahan kebolehan pelajar
(Sharifah, 1984).
Oleh yang demikian, untuk mencapai objektif terutamanya dalam perubahan
tingkah laku, guru perlu sedar dan jelas tentang perubahan yang diingini. Oleh itu,
aktiviti yang dirancang perlulah bersesuaian dengan perubahan yang dikehendaki.
Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang
diajar, kemahiran dan juga perubahan sikap. Pengajaran bererti aktiviti yang
dirancang oleh guru tertentu dengan penuh teliti dan seterusnya melaksanakannya
melalui pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan juga aktiviti yang bertujuan untuk
menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terhadap pelajar di dalam bilik
darjah.
SOROTAN KAJIAN
Menurut Darling-Hammoud (1990), guru disediakan dengan latihan bimbingan dan
pelbagai bentuk latihan yang profesional bagi memastikan sesuatu perubahan
dalam sistem pendidikan dapat dijana, kerana guru merupakan pelaksana
kurikulum yang dianggap memainkan peranan yang penting dalam
pembanggunan sesebuah Negara. Namun begitu, apa yang dapat dilihat adalah
wujudnya masalah terutamanya berkaitan dengan penglibatan guru dalam kursus-
kursus yang dilaksanakan dalam perkhidmatan selalunya akan dilaksanakan dalam
satu masa sahaja (one-time events) dan bukannya secara berterusan (Cohen & Ball,
1999). Oleh yang demikian, sehingga kini masalah berkaitan dengan profesionalisme
guru masih wujud terutamanya dalam aspek pengurusan pengetahuan yang di
perolehi oleh guru-guru.
Hasil kajian yang di buat oleh De Jagler, Reeziqr dan Creemers, (2002) di Amerika
Syarikat mendapati bahawa pelaksanaan sesuatu perubahan dalam pendidikan
adalah bergantung kepada pengetahuan dan sikap guru tersebut setelah menjadi
sebagai seorang guru ketika berada di sekolah sebenar. Melalui hasil kajian mereka
juga memperlihatkan bahawa dengan memberikan latihan atau kursus kepada
guru-guru akan dapat mengubah sikap dan persepsi guru seterusnya dalam
menjayakan sesuatu inovasi terutamanya dalam pengajaran. Kajian ini disokong
juga oleh dapatan daripada kajian Kyriakides dan Kelly (2003) ke atas sejumlah 132
orang guru yang mendapat latihan. Sebanyak 75% guru yang terlibat dalam latihan
bersetuju memperolehi idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran dan
kemahiran.
Kajian yang dilaksanakan oleh Borko, Elliot dan Uchiyana (2002) ke atas empat
buah sekolah di Kentucky, Amerika Syarikat mendapati peningatan profesionalisme
guru banyak membawa kesan yang positif. Kajian mereka menunjukkan bahawa
guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman yang luas tentang
sesuatu program yang dijalankan dan sekaligus membolehkan pelaksanaan
sesuatu pembaharuan dalam bidang pendidikan. Menurut MC Donnell (1994),
profesionalisme guru sangat penting agar dapat menjayakan pelaksanaan sesuatu
yang baru dalam reformasi pendidikan sesebuah negara.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
121
…because many new forms of assessment require that teachers play a key role in their
design, administration, scoring, and use, these assessment will not works ad intended unless
adeguate training is provided. The need for new investments in professional development is
even greater structional policies (MC Donnell, 1994:414).
a) Isu Berkaitan Profesionalisme Guru Novis
Menurut Mohd. Yusof Abdullah (2009), ketika negara-negara di dunia begitu sibuk
mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era
wayarles dan juga globalisasi, terdengar juga beberapa suara-suara sinis yang
masih cuba mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh
seorang insanguru yang dianggap mulia iaitu ‘guru’. Martabat dalam profesion
keguruaan sehingga kini tergugat kerana masih dipertikaikan oleh sesetengah
pihak. Apa yang yang dianggap lebih malang lagi apabila dalam keadaan
tertentu profesion guru masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat
jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui
kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sendiri sebagai satu profesion yang
boleh dibanggakan. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya yang dihasilkan bertajuk
Teachers, Profesionalisme and Craft telah menggolongkan profesion guru dalam
kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan
profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa
yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan pengetahuan yang wujud
dalam profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan dengan
apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin
dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengah guru mengenai
fenomena yang dinyatakan di atas. (Foo Say Fooi, 2007)
b) Isu Berkaitan Pengurusan Pengetahuan
Pengurusan pengetahuan sebagai strategi penting dalam pengurusan organisasi,
ramai penyelidik yang terdiri daripada ahli-ahli akademik telah membuat
penciptaan baru terhadap model pengurusan untuk dipraktiskan dalam organisasi.
Suasana semasa di Malaysia juga tidak lari dari topik pengurusan pengetahuan
sebagai persediaan terhadap pengurusan alaf baru seperti e-dagang, k-ekonomi,
e-kerajaan dan lain-lain yang berasaskan kepada maklumat dan pengetahuan.
Terdapat banyak organisasi yang inovatif telah mula melihat pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman pekerja menjadi nilai utama dalam perkhidmatan dan
produk keluaran masing-masing. Begitu juga hasrat negara yang amat
mementingkan soal perkhidmatan sistem penyampaian (service delivery system)
kepada rakyat. Program pengurusan pengetahuan akan meningkatkan
perkhidmatan pelanggan, penyelesaian masalah yang lebih pantas, penyesuaian
terhadap perubahan pasaran dan seterusnya menjadi pemankin kepada
pengetahuan korporat. Selain itu, pengurusan tertinggi perlu menyokong budaya
belajar atau mengajar perkongsian maklumat serta tahu bagaimana untuk
memandu ke hadapan, menggalakkan keceriaan, komitmen dan akauntabiliti
dalam melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat organisasi.
c) Isu Berkaitan Kesediaan Mengajar
Cabaran untuk menyesuaikan kepelbagaian gaya pembelajaran dan pengajaran
juga sebenarnya mempengaruhi kaedah dan pedagogi guru novis dalam
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
122
melaksanakan pengajaran (Burgstahler, Duclos & Turcotte 2000). Perkara ini
sebenarnya tidak akan menjadi satu masalah yang besar sekiranya guru novis
memiliki tahap pengetahuan dan kesediaan mengajar yang baik terhadap
keperluan murid. Sekiranya guru novis tahu serta memahami apa yang diperlukan
oleh murid, sudah pasti guru novis mampu untuk merangka kaedah pedagogi yang
sesuai dan lebih bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan
berlaku di dalam kelas. Justeru, kajian ini meneroka konteks kesediaan mengajar
dalam kalangan guru novis.Tiga persoalan kajian dibina iaitu:
a. Apakah bentuk kesediaan mengajar guru novis terhadap keperluan murid?
b. Bagaimanakah kesediaanmengajar guru novis untuk merancang
pengajaran untuk keperluan murid?
c. Apakah cadangan kesediaan mengajar yang perlu disediakan untuk murid?
d) Isu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi turut menghadapi kritikan dan
permasalahannya yang tersendiri (N.S Rajdanran, 2008). Dalam proses
melaksanakan pengajaran kemahiran berfikir secara eksplisit di dalam bilik darjah,
banyak kekangan yang dikenal pasti. Antara faktor-faktor yang menjadi isu
kekangan dalam pengajaran kemahiran berfikir ini adalah kurangnya pendedahan
ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, ketidaksediaan guru dalam
memikul tugasan mengajar kemahiran berfikir secara eksplisit dalam mata pelajaran
diajar, dasar kurikulum yang lebih kepada peperiksaan sehingga mengabaikan
penerapan kemahiran berfikir, pendekatan pedagogi pengajaran pembelajaran
yang kurang efektif dalam penerapan kemahiran berfikir, kekurangan latihan dan
pembangunan yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran guru dalam
pengajaran kemahiran berfikir, sumber bahan pengajaran yang agak terhad, serta
ketiadaan standard penilaian khusus dalam menilai penguasaan kemahiran berfikir.
Kesemua faktor ini menjadi isu-isu utama mengekang keberkesanan pengajaran
kemahiran berfikir.
Mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi kemahiran
berfikir tidaklah semudah seperti yang diandaikan oleh pelbagai pihak. Proses
pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa faktor. Satu amalan
pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam satu bilik darjah tidak
semestinya akan juga berjaya dalam bilik darjah yang lain. Ini adalah kerana bilik
darjah yang satu lagi tetap berbeza dari bilik darjah sebelumnya dalam aspek
kesediaan guru, tahap pencapaian murid, bahan sumber pengajaran
pembelajaran yang digunakan dan waktu mengajar. Umumnya lebih kaya
persekitaran pembelajaran itu, lebih banyak maklumat yang dapat diproses dan
dipelajari. Guru perlu bijak menggunakan pelbagai aktiviti yang boleh disesuaikan
dengan semua gaya belajar pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya pengajaran kemahiran berfikir. Perkara yang menjadi cabaran utama
kepada guru-guru ialah ketidaktentuan dalam mengendalikan proses pengajaran
pembelajaran terutamanya penerapan pengajaran kemahiran berfikir di dalam
kelas.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
123
d) Isu Berkaitan Pelaksanaan Pengajaran
Pelaksanaan pengajaran guru dalam melaksanakanpengajaran pada
keseluruhannya masih berpusatkan sepenuhnya kepada guru (Agness Voo, 1996;
Fatimah, 1996). Murid menjadi pendengar setia mendengar penerangan yang
diberikan oleh guru. Menurut Carpenter et.al (1980), pelajar menganggap peranan
mereka dalam bilik darjah sebagai pasif kerana banyak masa dihabiskan untuk
mendengar syarahan guru, melihat guru menyelesaikan masalah di papan tulis dan
menyelesaikan masalah yang terdapat dalam buku teks secara bersendirian. Situasi
yang berlaku di dalam kelas pada hari ini sememangnya tidak mampu untuk
menghasilkan organisasi bagi perkembangan pemikiran murid untuk berfikir secara
lebih kritis dan kreatif (Marzano et al.; 1988).
Seseorang guru perlu sentiasa menentukan bahawa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja menarik tetapi mencabar dan berkesan ke arah
meluaskan pengetahuan, mewujudkan kesedaran tentang perlunya nilai-nilai yang
baik sebagai amalan hidup serta mampu mengembangkan kebolehan pemikiran
aras tinggi pelajar. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu
dipilih dan digunakan untuk mencapai objektif tersebut. Pemilihan strategi
memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan
pembelajaran (Stenberg dan Spear-Swerlling, 1996). Guru harus peka terhadap
objektif pengajaran danpembelajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, minat
pelajar, kemudahan resos dan kemahiran yang hendak diajar semasa memilih
strategi pengajaran dan pembelajaran (Rajendran, 2000).
Pelbagai teknik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam proses mengoptimumkan keupayaan berfikir dalam kalangan diri
murid. Teknik pembelajaran whole brain perlu diaplikasikan dalam pembelajaran
kerana teknik ini menghubungkan kedua-dua bahagian otak kiri dan otak kanan.
Contoh teknik yang dapat menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi ialah kaedah
main peranan, persembahan visual, inkuiri penemuan, soalan terbuka, teknik
penyoalan, perbincangan, metakognisi, pengurusan grafik dankaedah
penyelesaian masalah.
Menurut Gurin et al. (2002), terdapat sepuluh perbezaan dalam gaya belajar
(kecerdasan pelbagai) seseorang murid ketika berada di dalam bilik
darjah.Antaranya:
1. Penaakulan induktif dan deduktif
2. Penaakulan abstrak dan konkrit
3. Kecenderungan kepada bahasa
4. Logik dan bukti
5. Cepat bosan
6. Kecenderungan ruang
7. Kecenderungan pergerakan
8. Sensitif dan dinamik kumpulan
9. Cenderung kepada simbol
10. Sosial dan suka bekerja dalam pasukan
Semua perbezaan ini perlu ditangani dengan bijaksana oleh guru terutmanya guru
novis agar pembelajaran murid ketika berada dalam bilik darjah tidak akan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
124
terjejas. Malah guru akan dapat berusaha bagi memaksimumkan ilmu yang
diperolehi oleh murid melalui guru ketika guru sedang mengajar. Terdapat enam
prinsip pembelajaran berasaskan minda yang dicadangkan oleh Caine dan Caine
(1997) boleh diguna pakai, iaitu:
1. Setiap individu adalah unik. Oleh itu benarkan mereka menerokai dan
membina sendiri pengetahuan mereka.
2. Tekanan emosi boleh menghalang pembelajaran. Oleh itu, gunakan
persekitaran pembelajaran yang ceria, kondusif, menarik, tiada paksaan dan
dalam keadaan sebenar.
3. Libatkan ibu bapa dalam proses pembelajaran.
4. Otak boleh memproses maklumat secara terpeinci dan menyeluruh.
Gunakan kiu untuk meningkatkan persepsi periferal maklumat yang
dipelajari.
5. Pembelajaran berlaku secara bercorak. Gunakan grafik untuk
memudahkan pemahaman, misalnya carta, model, carta alir, rajah
dan perancang grafik.
6. Otak lebih terangsang dalam persekitaran sosial. Gunakan
pembelajaran koperatif dan kerja berpasukan.
Pendekatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan di atas
secara tidak langsung sudah pasti akan dapat diaplikasikan bagi tujuan
pengajaran kemahiran berfikir di dalam kelas. Oleh itu, para guru perlu
mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang lebih menarik agar potensi otak
pelajar dapat dioptimumkan apabila melaksanakan sesesi pengajaran secara
berkesan.
KAJIAN RINTIS
Kajian rintis telah dilakukan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen yang telah dihasilkan. Soal selidik yang merupakan draf pertama
instrumen diedarkan kepada responden yang dipilih berdasarkan persampelan
rawak mudah dalam kalangan guru novis (Guru Baharu) di Negeri Sabah.Kajian
rintis terhadap instrumen telah dijalankan untuk menguji kefahaman guru novis (Guru
Baharu) terhadap item-item soal selidik serta menguji kesahan dan
kebolehpercayaan alat-alat penyelidikan yang digunakan. Kajian rintis dijalankan
dalam dua peringkat. Kajian rintis pertama bertujuan menguji kesahan muka item
dengan melihat tahap kebolehbacaan item-item di samping membuat semakan
terhadap item-item yang dianggap penting atau tidak berkaitan dengan seorang
guru novis. Sementara pada peringkat kedua kajian dijalankan untuk mengenal
pasti faktor yang terdapat pada instrumen dan mengenal pasti kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen melalui analisis korelasi antara item dan indeks
kebolehpercayaan Alpha Cronbach. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis
terhadap 130 orang responden yang terdiri daripada guru novis (Guru Baharu).
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif bukan eksperimen iaitu reka bentuk
tinjauan yang dijalankan dengan menggunakan kaedah deskriptif. Penyelidikan
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
125
kuantitatif merujuk kepada kajian yang dapatannya dihasilkan dengan
menggunakan analisis statistik (Zechmeister dan Shaugnessy, 1997) dan diringkaskan
dalam bentuk angka (Baker, 1999). Penyelidikan kuantitatif juga mengukur tingkah
laku atau dengan kata lain, isunya ialah tentang cara tingkah laku itu boleh
dikuantifikasikan (Mohd. Yusuf, 2001).
Sementara kaedah deskriptif pula ialah kaedah untuk mencari dan mengenal pasti
sesuatu perkara (Gay dan Peter, 200) di mana kaedah ini boleh digunakan untuk
menerangkan .perkaitan antara komponen yang dikaji (Mohd. Najib Abdul Ghafar,
2009). Oleh kerana kajian ini merupakan kajian reka bentuk tinjauan, maka kaedah
deskriptif amat sesuai dilakukan kerana konsep-konsep dapat dinyatakan dengan
menggunakan soal selidik (Chua, 2006). Sementara pengumpulan data memadai
dengan menggunakan soal selidik sahaja.
SAMPEL KAJIAN
Sampel kajian ini terdiri daripada 400 orang guru novis (guru baharu) sekolah rendah
di negeri Sabah. Dalam konteks kajian ini, pensampelan bertujuan paling sesuai
kerana setiap sekolah rendah di bahagikan pula mengikut zon. Daripada zon-zon
tersebut, guru novis (guru baharu) daripada sekolah-sekolah dipilih secara rawak
mudah.
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJIAN
Oleh sebab ia merupakan instrumen yang baru, penyelidik telah menyenaraikan
item-item yang agak banyak di peringkat awal, bagi setiap dimensi untuk dikaji
sebagai persediaan jika terdapat item-item yang tidak memenuhi penilaian statistik
seperti nilai faktor pemuatan (loading faktor) dan sebagainya. Soal selidik ini juga
memerlukan responden menjawab dalam 5 skala iaitu:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Amat setuju
Jumlah skor yang lebih tinggi menunjukkan tahap kepuasan responden dan begitu
pula sebaliknya. Bagi item-item negatif juga dilaksanakan proses “recode into
same variable” bagi menjumlahkan semula skor responden agar selari dengan item
positif.Kesahan ialah sejauhmanakah instrumen kajian mengukur dengan tepat
konstruk yang dikaji (Krueger, 1994). Soal selidik yang dibina akan diuji kesahannya
melalui kesahan muka (face validity), kesahan kandungan (content validity)
kesahan konstruk/gagasan (construct validity) (Wiersma, 2000, McQueen dan
Knussen, 1999, Alias Baba, 1999). Secara ringkasnya kesahan muka merupakan
kesahan yang asas dan merupakan petunjuk awal soal selidik itu mempunyai
kesahan dan dapat digunakan justeru apabila dilihat buat pertama kali (kerana itu
dinamakan kesahan muka) soal selidik ini mampu mengukur apa yang hendak
diukur dan nampak sesuai (Azizi Yahaya et.al, 2010). Untuk mendapatkan kesahan
muka, tidak ada peraturan ketat yang perlu dilakukan, segalanya adalah terpulang
kepada pertimbangan penyelidik. Dalam hal ini setelah penyelidik menyemak
sendiri item-item soal selidik, penyelidik meminta pula 5 orang guru untuk membuat
kesahan muka item-item tersebut. Sementara kesahan kandungan pula ialah
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
126
kesahan yang perlu dilakukan oleh penyelidik selepas melakukan kesahan muka.
Dalam hal ini setelah membuat pengubahsuaian item, penyelidik melihat kembali
dan membaca dengan teliti ayat ataupun perkataan yang digunakan. Kesahan ini
amat penting bagi mengukur beberapa konsep yang diperlukan dalam kajian yang
dibuat. Menurut Azizi Yahaya et.al (2010), kesahan kandungan dapat dilakukan
dengan menggunakan panel bagi menimbangi sejauh mana sesebuah instrumen
itu memenuhi piawaian kajian. Justeru beberapa bantuan daripada pakar dirujuk
bagi mendapatkan kesahan-kesahan ini. Kesahan konstruk atau gagasan pula
adalah sejauh mana item-item soal selidik memberikan gerak balas yang mewakili
gagasan yang diukur (Mohd. Majid, 2009). Justeru untuk mendapatkan kesahan
gagasan penyelidik telah menjalankan analisis faktor untuk menentukan bilangan
gagasan.Sementara, kebolehpercayaan alat kajian juga merupakan aspek penting
dalam sesebuah penyelidikan untuk memastikan alat ukur yang digunakan benar-
benar mengukur perkara yang hendak diukur. Kebolehpercayaan sering kali
merujuk kepada ketekalan sesuatu alat ukur mengukur variabel atau gagasan
dalam sesuatu kajian yang dilakukan (Mohd. Majid, 2009).
Dalam kajian ini, kebolehpercayaan setiap instrumen yang digunakan adalah
berasaskan kepada model kekonsistenan dalaman Alpha Cronbach (Norusis, 1997).
Nilai kepercayaan Alpha Cronbach adalah antara 0.00 hingga 1.00. Mengikut
Mohd. Majid (2009), sekiranya indeks kebolehpercayaan alpha Cronbach melebihi
0.60 maka instrumen soal selidik tersebut boleh dipercayai. Setelah dibuat
pembersihan item, dapatan kajian menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan
yang diperoleh adalah positif dan boleh diterima kerana masih dalam dalam
kategori indeks penerimaan.
Jadual 1: Jumlah Skor Indeks Koefisien Kebolehpercayaan Cronbach Alpha Dimensi Jumlah
Item
Nilai
AlphaCronbach Keseluruhan
Profesionalisme Guru Novis 8 .919
Pengurusan Pengetahuan 23 .906
Kesediaan Mengajar 21 .954
KBAT
Pelaksanaan Pengajaran
18
15
.952
.938
i) Analisis Faktor Instrumen
Analisis faktor telah dilakukan ke atas instrumen menggunakan SPSS Versi 21.0.
Menurut Coakes et al. (2011), analisis faktor merupakan suatu teknik yang digunakan
ke atas item soal selidik bertujuan mengurangkan sebilangan item yang banyak.
Analisis faktor juga boleh mempamerkan hubungan antara kumpulan variabel
utama dengan kumpulan variabel kumpulan yang lebih kecil. Menerusi analisis
faktor, beberapa jumlah dimensi dapat dibentuk dan sifat yang diwakili juga boleh
ditentukan. Oleh itu berdasarkan kepada prosedur analisis faktor yang dilaksanakan
berikut adalah keputusan yang telah diperolehi.
ii) Keputusan dan pembahagian item mengikut EFA pemutaran varimax:
Penerokaan analisis faktor (EFA) merupakan cara asas bagi mengenal pasti
bilangan dimensi atau faktor yang terdapat dalam suatu skala pengukuran (Byrne,
2010). Penyelidik telah menjalankan analisis faktor (varimax rotation) untuk melihat
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
127
kesahan dimensi instrumen KKI. Menurut Hair et al. (1998), analisis faktor boleh
dilakukan jika bilangan sampel adalah sekurang-kurangnya 5 kali ganda
berbanding variabel yang ingin dikaji atau bilangan sampel minimum adalah tidak
kurang 50 orang dan jumlah yang dianjurkan ialah 100 responden ke atas (Hair, et
al.,1998). Sementara mengikut Coakes dan Steed (1999) bilangan sampel hendaklah
mengikut nisbah sekurang-kurangnya 5 responden bagi setiap variabel yang dikaji.
Oleh itu dalam kajian ini penyelidik mengambil kira kedua-dua pandangan ini, maka
dalam kajian ini penyelidik mengambil seramai 120 orang responden untuk
menganalisis kajian yang dijalankan.
Untuk mempamerkan multicollinearity, ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dilakukan.
Analisis faktor sesuai sekiranya nilai KMO lebih besar daripada .50 (Chua, 2009).
Dalam kajian ini didapati nilai KMO adalah 0.860, justeru ini menunjukkan bahawa
data tidak mempunyai masalah multicollinearity yang serius, maka item-item
tersebut sesuai dijalankan analisis faktor. Sementara ujian Bartlett’s Test of Sphericity
digunakan untuk mengenal pasti sama ada korelasi antara item adalah memadai
untuk dilakukan analisis faktor (Chua, 2009). Didapati keputusan ujian ini adalah
signifikan di mana p<.05. Oleh itu keputusan ujian menunjukkan korelasi antara item
memadai untuk dilakukan analisis faktor.
KMO and Bartlett's Test
PGN PPt KM KBAT PP
Kaiser-Meyer-Olkin Measure of
Sampling Adequacy.
.758 .571 .629 .836 .785
Bartlett's Test of
Sphericity
Approx. Chi-
Square
882.224 2495.528 3293.903 2560.475 1789.714
Df 28 253 210 153 105
Sig. .000 .000 .000 .000 .000
Berdasarkan communalities juga, didapati nilai communalities adalah melebihi 0.50 (Hair et
al., 1998).
Penyelidik juga telah menggunakan nilai practical significance (Hair et al., 1998)
yang menyatakan bahawa nilai .30 adalah nilai yang boleh diterima dalam analisis
faktor. Dengan mengambil kira .30 sebagai nilai penerimaan minimum, penyelidik
memilih item yang mempunyai .50 sebagai item terpilih. Analisis faktor telah
dijalankan dalam beberapa tahap. Tahap pertama adalah dengan menggugurkan
mana-mana item yang mempunyai faktor pemuatan kurang daripada .50 bagi
setiap subfaktor yang telah ditetapkan. Pada tahap kedua analisis faktor dijalankan
sekali lagi dan mana-mana item di bawah .50 (jika ada) telah digugurkan sekali lagi
sehinggakan tiada lagi item yang kurang daripada nilai .50.
Jadual 3: Kesahan Konstruk Item
Nilai Faktor Pemuatan
PGN PPt KM KBAT PP
PGN1 .832 *PP1 .82
3 KM1 .836 KBAT1 .869 **PP1 .789
PGN1 .797 *PP2 .73
5 KM2 .810
KBAT2 .851
**PP2 .836
PGN1 .733 *PP3 .79
5 KM3 .788
KBAT3 .831
**PP3 .654
PGN1 .704 *PP4 .81
9 KM4 .812
KBAT4 .595
**PP4 .786
PGN1 .865 *PP5 .72 KM5 .780 KBAT5 .708 **PP5 .777
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
128
6
PGN1 .821 *PP6 .70
3 KM6 .826
KBAT6 .725
**PP6 .746
PGN1 .789 *PP7 .65
4 KM7 .758
KBAT7 .574
**PP7 .900
PGN1 .860 *PP8 .84
1 KM8 .795
KBAT8 .531
**PP8 .823
*PP9 .85
3 KM9 .679
KBAT9 .659
**PP9 .898
*PP1
0
.70
8 KM10 .840
KBAT10 .942
**PP1
0 .712
*PP1
1
.80
3 KM11 .895
KBAT11 .823
**PP1
1 .788
*PP1
2
.80
4 KM12 .761
KBAT12 .726
**PP1
2 .746
*PP1
3
.85
2 KM13 .867
KBAT13 .648
**PP1
4 .863
*PP1
4
.84
1 KM14 .907
KBAT14 .803
**PP1
5 .765
*PP1
5
.75
6 KM15 .709
KBAT15 .703
*PP1
6 648 KM16 .831
KBAT16 .704
*PP1
7
.78
7 KM17 .848
KBAT17 .759
*PP1
8
.88
1 KM18 .813 KBAT18 .775
*PP1
9
.88
0 KM19 .704
*PP2
0
.77
4 KM20 .831
*PP2
1
.76
7 KM21 .834
*PP2
2
.73
2
*PP2
3
.84
3
PGN
PP
KM
KBAT
PP
Profesionalisme Guru Novis
Pengurusan Pengetahuan
Kesediaan Mengajar
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Pelaksanaan Pengajaran
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, keputusan daripada analisis faktor (EFA) mendapati item
instrumen yang melebihi faktor pemuatan (loading factor) 0.50 melibatkan
sebanyak 85 item.Penyelidik mendapati dimensi dalam instrumen yang dibina
mempunyai unsur kekuatan yang tersendiri. Kajian ini mengukuhkan lagi kefahaman,
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
129
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, di samping menjadi asas kepada
penambahbaikan kepada item-item lain yang mungkin tidak tersenarai di dalam
kajian ini.
RUJUKAN Abdul Hadi bin Mohamad. 1995. Persepsi Guru-guru Bahasa Melau Terhadap Pelaksanaan dan
Penggunaan Maklumat Pentaksiran Kemajuan Berasaskan Sekolah. Tesis Sarjana. Universiti
Malaya.
Abd.Rahim Abd.Rashid, 2000.Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur.
Agness Voo (1996). " Kesepaduan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik KBSM". Kertas
yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB
Ainon Mohd & Abdullah Hassan.1994. Teknik Berfikir: Konsep dan Proses. Cheras: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan.1996. Kursus Berfikir Tinggi: Konsep dan Proses. Cheras: Utusan
Publication Distributors Sdn. Bhd.
Amin bin Sinin. 2005. Hubungan Pengurusan Pembangunan Profesional Sekolah dengan Model
Pembangunan Profesional Guru serta Pengaruh Terhadap Pengajaran Guru di Sekolah-sekolah
Menengah Negeri Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.
Bailey, C., & Clarke, M. (2000). How do managers use knowledge about knowledge
management?.Journal of Knowledge Management, 4(3), 235–243.
Barron, T. (2000). A smarter Frankenstein: The merging of e-learning and knowledge management.
Learning Circuits.Alexandria, VA: ASTD. Retrieved August 8, 2007.
Borko H., Elliot, R & Uchiyana, K. (2002). Professional Development: A Key to Kentucky’s Educational
Reform Effort. Teaching and Teacher Education. 18(8): 969-987.
Barko, A and Putnam, R.T. (1995).Expanding Teacher’s Knowledge Base: A Cognitive Psychological
Perpective on Professional Development. T.R Guskey & Huberman (Ed.) Professional
Development in Education: New Paradigms and Practices. Teachers College Press, Teachers
College, Columbia University.35-65.
Carpenter, T. P., Fennema, E., Peterson, P. L. & Carey, D. A. (1988). Teachers` pedagogical content
knowledge of students' problem solving in elementary arithmetic.Journal for Research in
Mathematics Education .19(5) 385-401.
Chaffee, J. 1990.Thinking Critically. Boston: Houghton Miflin Company.
Chu, K. W., Wang, M., Zhou, S., & Yuen, A. H. K. (2009). Teacher Perception of Knowledge Management:
A Case Study in a Secondary School. Session presented at the 4th International Conference on
e-Learning, Toronto, Canada, 16–17.
Coakes, J., Sheridan and Clara Ong. 2011. SPSS Version 18.0 for Windows, Analysis Without Anguish.
McDougall Street, Milton:John Wiley and Sons Australia Ltd.
Coakes, S.J. and Steed, l.G. 1999. SPSS: Analysis Without Anguish. Version 7.0, 7.5, 8.0 For Window.
Brisbane: John Wiley & Sons: Australia, LTD.
Cochran-Smith, M., & Lytle, S. L. (1999). Teacher learning in professional communities: Three knowledge –
practice relationships. In P. D. Pearson & A. Iran-Nejad (Eds.), Reviews of research in education
(pp. 251–307). Washington, DC: American Educational Research Association.
Cohen. L, D.K & Ball, D.L. 1999. Relation Between Policy abd Practice: A commentary. Educational
Evaluation and Policy Analysis. 12:330-338.
Darling-Hammoud, L. 1990. Instructional Policy into Practice: The Power of the Bottom Over the Top.
Educational Evaluation and Policy Analysis. 12: 233-241.
Darling-Hammound, L., & Wise, A.E. 1992.Teacher Professionalism.M.C. Alkin, M. Linden, J. Noel & K. Ray
Ed.). Encyclopedia of Educational Research. New York: Macmillan Publishing Company.
De Bono, E. 1995. Teach Yourself To Think. London: Penguin Books.
De Bono, E. 2000. Belajar Berfikir; Idea Didasarkan Kepada Pemahaman Tentang Minda
Manusia.Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Davenport, T. H., & Prusak, L. (1997).Working knowledge: How organizations manage what they know.
Cambridge, MA: Harvard Business School Press.
Day, C. (2004). A Passion for Teaching. London: Routledge Falmer.
De Jagler, B., Reeziqt, G.J. & Creemers, B. 2002.The Effects of Teacher Training on New Instructional
Behavior in Reading Comprehension.Teaching and Teacher Education.18 (7):831-842.
Eraut, M. 1995. Developing Professional Knowledge Within a Client-Centered Orientation. T.R. Guskey &
M. Huberman (Ed.). Professional Development in Education: New Paradigms and Practices. Teachers
College Press, Teacher College, Columbia University.221-252.
Evans, L. 2002. “What is teachers Development?” Oxford Review of Education, 28(1):123-137.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
130
Fatimah Salleh (1996). " Skim Penyelesaian Masalah Bagi Guru Matematik KBSM ".Kertas yang
dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM
Feiman-Nemser, S. & Buchmann, M. 1986. The first year teacher preparation: Transition to pedagogical
thinking. Journal of Curriculum Studies 18 (3): 239-256.
Feiman-Nemser, S. & Remillard, J. 1996. Perspectives on learning to teach. Dlm Murray, F.B (pnyt.). The
teacher educator’s handbook: Building a knowledge base for the preparation of teachers, hlm
63-91. San rancisco: Jossey-Bass Publishers
Foo Say Fooi. (2007). Managing school context factors for improving at-risk programs. Dalam Jamaliah
Abdul Hamid. Promising a future for at-risk students. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Fullan.M.G. 1993.Change Force. Probing the depth of Education Reform. London: The Falmer Press.
Green, S.E. 2002. Teacher’s Perceptions of The Efficacy of Professional Development. Tesis Doctor of
Philosophy, Universiti of George.
Gurin, P., Dey, E., Hurtado, S. &Gurin, G. (2002). Diversityand higher education: Theory and impact on
educational outcomes. Harvard Educational Review, 72 (3), 330–366.
Guskey, T.R., & Huberman, M. 1995. Professional Development in Education: New Paradigms and
Practices. New York: Teachers College Press, Teacher College, Columbia University.
Guskey, T.R. 2000.Evaluating Professional Development. California: Corwin Press Incorporated.
Hair, J.E., Anderson, R.E Tattham, R.L. and Black,W.C. 1998. Multivariate Data Analysis.
5th Ed. Upper Saddle River; Prentise Hall.
Hamsiah Binti Saee, 2004. Tahap Kreativiti Guru Sains & Amalannya Dalam Pengajaran. Jurnal
Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 15-19.
Hargeaves, A. 1995.Development and Desire.T.R Guskey & M. Huberman (Ed.) Professional
Development in Education.New Paradigms and Practices.Teachers College Press, Teachers
College, Columbia University.9-34.
Ishak Ramly. 2005. Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Laila Hijrah M. Iyen 2007. Tahap Pengetahuan, Persepsi dan Amalan Kemahiran Berfikir Dalam
Pengajaran Guru-Guru Sekolah Menengah Beaufort. Kota Kinabalu, Sabah.
Lilia Halim. 1997. A critical appraisal of secondary science teacher training programmes in
Malaysia with an emphasis on pedagogical content knowledge. Unpublished Doctoral
Dissertation. King’s College, London.
Kogut, B., & Zander, U. (1996). What firms do? Coordination, identity, and learning.Organization Science,
7(5), 502–518.
Kremer-Hayon, L. & Zuzovsky, R. 1995.Themes, Process and Trends in the Professional Development of
Teachers Educatiors. T. Russels & F. Korthagen (Ed.). Teachers Who Teach Teachers: Reflections
on Teacher Education. London: The Falmer Press. 155-171.
Kyriakides, L. & Kelly, K.L. 2003.The Impact of Engagement in Large-Scale Evaluation on Teachers.
Professional Development: The Emergent Literacy Baseline Evaluation Project (ELBA). Journal of
Research in Childhood Education.18(1).
Marzano, R.J. et al. 1988. Dimension of Thinking A Framework for Curriculum and Instruction. Virginia:
Assosiation for Supervisions and Curriculum Development (ASCD).
Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Strategi Menginstitusikan Program Mentoran Ke Arah Perkembangan
Kerjaya Guru-guru Novis Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd, A. & Hassan, A. (2001).Pemikiran Lateral : Teknik-teknik berfikir cara baru untuk menerbitkan idea-
idea kreatif. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd. Majid Konting. 2009. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan
Pustaka.
Mok Soon Sang. (2002).Psikologi Pendidikan UntukKursus Diploma Perguruan Semester 3.Kumpulan
BudimanSdn. Bhd.Subang Jaya.
Nonaka, I. (1994). A dynamic theory of organizational knowledge creation.Organization Science, 5(1),
14–37.
Nonaka, I., & Takeuchi, H. (1995).The knowledge-creating company: how Japanese companies create
the dynamics of innovation. New York: Oxford University Press.
Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lunmpur Utusan Publication &
Distributors.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru
dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
N.S.Rajendran. (2001).Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesediaan guru mengendalikan proses
pengajaran pembelajaran. Kertas kerja.Seminar/ pameran projek KBKK.
Oja, S.N. 1991. Adult Development: Insight of Staff Development. A Lieberman & L. Miller (Ed.) Staff
Development For Education in the 90s’: New Demand, New Realities, New Perspectives. (2nd
Edition). New York. Teacher College.37-60.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
131
Onosko, J. J, & Newmann, F. M. (1994).Creating More Thoughtful Learning Environment.In Mangieri, J. &
Blocks, C. C. (Eds.). Creating Powerful Thinking In Teachers And Students: Diverse Perspectives.
Forth Worth: HarcourtBrace College Publishers
Petrides, L. A., & Nodine, T. R. (2003).Knowledge management in education : Defining the Landscape.
(Report). Half Moon Bay, CA.: Institute for the study of Knowledge Management in Education.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. 1990. Pukal Latihan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Mennegah (KBSM). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahabuddin Hashim, Rohizan Yaakub & Mohd Zahir. (2003). Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar
Dengan Berkesan. Bentong: PTS Publication.
Shuib, M. & Azmawati, A. A. (2001).Pemikiran Kreatif. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Siti Maisarah binti Bahrun.(2008). Persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) bagi memenuhi keperluan modal insan.Universiti Teknologi Malaysia.
Smyth, J. 1995. Teachers’ Work and The Labour Process of Teaching: Centrel Problem atics in Professional
Development. T.R Guskey & Huberman (Ed.) Professional Development in Education: New
Paradigms and Practice. New York: Teachers College Press. 69-91.
Smylie, M, A. 1989. “Teachers Views of The Effectiveness Source of Learning to Teach”. The Elementary
School Journal, 89(5) 543-558.
Smylie, M, A. 1995. Teacher Learning in the workplace. “Implications for School Reform”.T.R Guskey &
Huberman (ed.) Professional Development in Educations: New Paradigms and Practice. New
York: Teachers college Press. 92-113.
Sparks, D., & Loucks-Horsley, S. 1989. “Five Models of Staff Development for Teachers.”Journal of Staff
Development. 10(4), 40-57.
Swartz, R. J. And Perkins, N. D. 1990. Teaching Thinking: Issue and Approaches Pacific Grove, CA:
Midwest Publications.
Wang, J. X., & Jia, C. J. (2005).Education knowledge management strategies to promote teachers’
professional development.Science & Technology Progress and Policy, 22(12), 159–161.
Wentzel, K.R 1998. “Social Support And Adjustment in Middle School: The Role of Parents, Teachers and
Peer” dalam Wentzel, K.R. 2003. “Motivating Students to Behave in Socially Competent Ways.”
Theory into Practise. 42 (4): 319- 327.
Zack, H. M. (2002). ”A strategic pretext for knowledge management”, The Third European Conference
on Organizational knowledge, Learning, and Capabilities.
Zhao, J. (2010). School knowledge management framework and strategies: The new perspective on
teacher professional development. Computers in Human Behavior, 26(2), 168–175.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
132
MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN BAGI MURID TAHUN 4
SECARA ANSUR MAJU MENGGUNAKAN KIT TSKT Oleh
Mohd Fadhli Bin Mohd Yakof
Puan Zainab Binti Hashim
ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah kekemasan tulisan bagi murid tahun
4 secara ansur maju menggunakan KIT TSKT. Tulisan memainkan peranan yang besar dalam
kehidupan khasnya kanak-kanak. Mereka perlu didedahkan cara menulis yang betul agar
tulisan mereka mampu difahami oleh pembaca. Melalui aktiviti menulis juga mampu
meluaskan pengetahuan mereka dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa
dan tulisan serta membolehkan mereka mengeja perkataan dengan lebih pantas. Kajian
tindakan yang telah dijalankan bertujuan untuk membantu murid tahun 4 menulis dengan
lebih kemas dan teratur. Responden dalam kajian ini terdiri daripada lima orang murid tahun
4 di salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Responden tersebut
mempunyai masalah tulisan yang kurang kemas dan tidak teratur. Instrumen yang telah
digunakan sepanjang penyelidikan ini adalah seperti soal selidik, analisis dokumen,
pemerhatian dan ujian. Data telah dikumpulkan melalui soal selidik, analisis dokumen,
pemerhatian dan ujian (diagnostik dan pencapaian). Hasil dapatan kajian data mendapati
bahawa semua responden berjaya memperbaiki tulisan mereka dalam ujian pencapaian
berbanding ujian diagnostik. Hasil kajian telah mendapati bahawa kaedah ansur maju
menggunakan KIT TSKT sangat berkesan dalam membantu murid memperbaiki tulisan
mereka.
PENDAHULUAN
Kemahiran yang ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia
ialah kemahiran menulis. Menurut Tuan Jah Tuan Yusuf (2012) dalam buku
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu, menulis ialah pembentukan simbol-simbol
tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan,
menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca.
Noorazman Mahat (2009) menyatakan bahawa murid perlu mahir menulis kerana
hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam
bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
133
dalam bentuk ayat. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik akan
menghadapi masalah untuk menjawab soalan.
Namun begitu, curahan idea yang dikehendaki tidak dapat ditafsir sekiranya
perkataan atau ayat yang ditulis terdapat kesalahan ejaan sehingga mengubah
maksud perkataan atau ayat tersebut. Murid yang tidak menguasai kemahiran
menulis akan ketinggalan dalam pelajaran dan menyebabkan prestasi mereka
dalam peperiksaan jatuh merundum. Proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas juga tidak dapat diikuti secara berkesan akibat kegagalan
penguasaan kemahiran menulis. Murid perlu didedahkan cara menulis yang betul
agar tulisan mereka mampu difahami oleh pembaca. Melalui aktiviti menulis juga
mampu meluaskan pengetahuan mereka dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan serta membolehkan mereka mengeja
perkataan dengan lebih pantas. FOKUS KAJIAN
Apabila dilihat secara umum, terdapat banyak masalah yang dihadapai oleh murid
tahun 4. Namun, pengkaji lebih berminat memfokuskan kepada satu masalah
sahaja iaitu masalah menulis dengan tulisan yang tidak kemas dan tidak teratur.
Masalah ini diperhatikan oleh pengkaji apabila memberikan lembaran kerja semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pengkaji mendapati bahawa murid tahun 4 tidak mempunyai sebarang masalah
dalam kemahiran membaca tetapi bermasalah dalam kemahiran menulis. Hasil
ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa 5 orang murid berpotensi mendapat
markah yang baik di dalam ujian, namun tulisan yang tidak kemas dan tidak teratur
telah menyukarkan pengkaji untuk menyemak hasil kerja mereka. Sehubungan
dengan itu, murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis merupakan satu
masalah yang dianggap serius kerana kemahiran ini merupakan kemahiran yang
amat penting. Kemahiran ini amat dititikberatkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia melalui sistem pengujian dan penilaian yang digubal di sekolah.
Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran menulis dengan baik telah
menyebabkan mereka tidak dapat menulis jawapan dengan baik. Pada kajian ini,
pengkaji memberi fokus kepada 5 orang murid.
Rajah 1 : Contoh Kesalahan Murid dalam Aktiviti Menulis
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
134
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN SOALAN KAJIAN
Rajah 1 : Objektif dan Soalan Kajian
KUMPULAN SASARAN
Responden yang terdapat dalam kajian ini adalah seramai 5 orang murid yang
terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Responden telah dipilih
berdasarkan hasil analisis dokumen seperti lembaran kerja yang telah dihantar dan
disemak. Murid didapati tidak menulis dengan kemas dan teratur telah dipilih untuk
menjadi responden dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Semua responden
berumur 10 tahun. Latar belakang responden kesemuanya merupakan anak yang
berasal dari keluarga yang berpendapatan sederhana.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Model Kajian
Prosedur tindakan yang pengkaji gunakan semasa melaksanakan penyelidikan ini
ialah mengikut model Kurt Lewin (1946). Model ini sesuai bagi mana-mana pengkaji
yang ingin menjalankan penyelidikan tindakan yang baharu. Pelaksanaan
tindakannya hanya menggunakan satu gelung sahaja. Namun begitu, dengan
menggunakan model yang sama, pengkaji masih boleh meneruskan sehingga ke
gelung kedua-ketiga dan seterusnya sehinggalah masalah yang berlaku dapat
diselesaikan.
Meningkatkan kekemasan tulisan murid
tahun 4 menggunakan KIT TSKT
Mengaplikasikan kaedah Ansur Maju
KIT TSKT dalam memperbaiki
kekemasan tulisan murid tahun 4.
Adakah kekemasan tulisan murid
tahun 4 dapat ditingkatkan
menggunakan KIT TSKT?
Adakah murid dapat memperbaiki
tulisan menggunakan kaedah Ansur
Maju KIT TSKT ?
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
135
MASALAH / ISU KAJIAN
PERANCANGAN
REFLEKSI TINDAKAN
PEMERHATIAN Sumber : Rosinah Edinin (2015)
Rajah 2 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)
Sebagaimana yang kita dapat lihat pada rajah 2 bahawa model ini menggariskan 4
fasa dalam menjalankan kajian penyelidikan yang bermula dengan fasa
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Biasanya model Kurt Lewin
digunakan apabila masalah atau isu kajian telah diketahui dan memerlukan
pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat digunakan.
Kaedah ansur maju merupakan salah satu kaedah pengajaran yang menekankan
cara-cara menguasai kemahiran bermula dengan langkah yang paling asas
sebelum beralih kepada langkah yang lebih sukar. Manakala KIT TSKT membawa
maksud KIT Tulis Sehingga Kemas dan Teratur yang merupakan satu set latihan ansur
maju yang mengandungi lembaran kerja, alat tulis dan alat pembetulan kedudukan
tangan. Murid diberi penerangan terlebih dahulu mengenai cara menggunakan KIT
TSKT sebelum melaksanakannya. Kaedah ansur maju menggunakan KIT TSKT ini
merupakan satu set latihan yang sistematik dan teratur.
Rajah 3 : Penggunaan KIT TSKT
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
136
Kaedah Ansur Maju Menggunakan KIT TSKT (Tulis Sehingga Kemas dan Teratur)
Langkah
Huraian aktiviti pelaksanaan intervensi
1
Menunjukkan kepada responden kedudukan postur badan
dan cara memegang pensel yang betul seterusnya
membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai
sebarang garisan.
INTE
RV
EN
SI
1
1 Melatih responden menulis di dalam buku garis tiga secara
berulang-ulang berdasarkan huruf yang diberikan.
2
INTE
RV
EN
SI
Melatih responden menulis di dalam buku garis tiga secara
berulang-ulang berdasarkan perkataan mudah yang
disediakan.
2
Responden dilatih di dalam buku garis tiga menulis perkataan
demi perkataan mengikut ruang perkataan yang betul.
3
3
1
Meminta responden Menulis ayat mudah berdasarkan lembaran
kerja yang diedarkan.
INTE
RV
EN
SI
Meminta responden menyalin perenggan pendek dalam
lembaran kerja yang diedarkan.
2
Jadual 1 : Pelaksanaan Intervensi
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data.
Berikut merupakan kaedah pengumpulan data yang digunakan :
Ujian
Soal Selidik Analisis Pemerhatian Diagnostik
Dokumen Berstruktur dan
Pencapaian
Rajah 4 : Keadah Pengumpulan Data yang Dipilih
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
137
Soal Selidik - Menurut Rosinah Edinin (2015), soal selidik biasanya dalam bentuk item-
item soalan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan
persepsi responden berkaitan sesuatu isu yang dibincangkan dalam kajian. Pengkaji
telah menjalankan soal selidik kepada semua responden yang telah dikenalpasti
menghadapi masalah tulisan. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui masalah
murid tersebut dalam kemahiran menulis mereka. Soal selidik ini dapat membantu
pengkaji untuk mengumpul maklumat dan merancang tindakan susulan. Soal selidik
dijalankan sebelum dan selepas intervensi kajian dijalankan.
Analisis Dokumen - Data kajian ini telah dikumpul melalui sumber seperti hasil
dokumen intervensi responden dan lembaran kerja responden sebelum dan selepas
kaedah ansur maju KIT TSKT dilaksanakan. Kajian ini dimulakan setelah pengkaji
memeriksa buku latihan responden dan mendapati terdapat beberapa orang murid
mempunyai masalah menulis dengan kemas dan teratur.
Pemerhatian - Pemerhatian digunakan bagi merekod tingkahlaku dan interaksi
responden sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan. Pengkaji memilih
pemerhatian berstruktur yang mana menggunakan senarai semak. Pemerhatian
berstruktur dipilih kerana lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada
pengkaji untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Dalam kajian
ini, pengkaji telah menggunakan pemerhatian berbentuk skala likert. Pemerhatian
berstruktur dianalisis menggunakan frekuansi dan peratus melalui senarai semak
yang disediakan. Adalah lebih mudah menganalisis menggunakan senarai semak
jika dibandingkan dengan pemerhatian tidak berstruktur.
Ujian - Ujian merupakan salah satu alat kajian yang digunakan untuk menentukan
pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajarannya. Pengkaji
menggunakan ujian diagnostik dan ujian pencapaian dalam menjalankan kajian ini.
Pengkaji menggunakan ujian yang berbentuk lembaran kerja bagi menguji
kemahiran menulis murid tahun 4. Setelah analisis data selesai dilaksanakan,
pengkaji membuat perbandingan dapatan data ujian diagnostik dan ujian
pencapaian untuk menilai peningkatan responden. Melalui hasil dapatan ini,
pengkaji telah dapat membuat rumusan tentang hasil keseluruhan kajian yang
dijalankan. Pengkaji juga dapat melihat bahawa pencapaian responden akan
meningkat berbanding dengan sebelum ini. Ini telah menunjukkan bahawa kaedah
ansur maju KIT TSKT sememangnya berkesan dalam memperbaiki kelemahan
kemahiran menulis responden.
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
138
DAPATAN DATA DAN INTERPRETASI
Analisis Data 1 : Ujian Diagnostik dan ujian Pencapaian
9
8
7
6
M a r k a h
5
4
3
2
1
0
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
1 2 3 4 5
Markah ujian
diagnostic 3 4 3 3 4
Markah ujian
pencapaian 8 9 9 8 9
Rajah 5 : Graf Perbandingan Markah Ujian Diagnostik dan Ujian
Pencapaian
Rajah 5 menunjukkan peningkatan pencapaian bagi setiap responden yang
berlaku selepas kajian dijalankan melalui kaedah ansur maju menggunakan KIT TSKT.
Hasil dapatan menunjukkan terdapat peningkatan yang tinggi dan ketara di antara
ujian diagnostik dan ujian pencapaian. Responden 1,2,4 dan 5 mengalami
peningkatan sebanyak 50%, manakala seorang responden lagi iaitu responden 3
telah mencatatkan peningkatan sebanyak 60%. Hal ini menunjukkan peningkatan
yang
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
139
sangat ketara di antara purata ujian diagnostik dan ujian pencapaian. Perbezaan
purata bagi kedua-dua ujian ini adalah sebanyak 5.2 iaitu kenaikan purata markah
sebanyak 52%.
Secara keseluruhannya, kaedah ansur maju menggunakan KIT TSKT yang telah
dilaksanakan oleh pengkaji ke atas 5 orang responden yang dipilih amat berkesan
dalam meningkatkan kekemasan tulisan murid tahun 4. Kesimpulannya, instrumen
ujian diagnostik dan ujian pencapaian yang digunakan ini telah menjawab
persoalan yang pertama iaitu ‘Adakah kekemasan tulisan murid tahun 4 dapat
ditingkatkan menggunakan KIT TSKT’.
Analisis Data 2 : Pemerhatian Berstruktur
70 60 50 40 30 20 10
0 Item Item Item Item Item Item Item Item
1 2 3 4 5 6 7 8
90 80 70 60 50 40 30 20 10 0
Item Item Item Item Item Item Item Item 1 2 3 4 5 6 7 8
1 2 3 4 5 Sangat tidak Tidak Sederhana Memuaskan Sangat
Memuaskan memuaskan memuaskan
Rajah 6 : Graf Perbandingan Peratus Kekerapan Analisis Pemerhatian Sebelum
dan Selepas Intervensi Dijalankan Berdasarkan analisis perbandingan data pemerhatian yang dijalankan, pengkaji
dapat menyimpulkan bahawa peningkatan peratus responden berada di tahap
yang memberangsangkan. Jika dilihat pada data di atas, hasil data yang
ditunjukkan sebelum intervensi dijalankan adalah sangat mengecewakan pengkaji
kerana kemahiran menulis responden berada di tahap yang sangat rendah.
Namun, selepas
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
140
intervensi dijalankan, dapatan data pemerhatian menunjukkan bahawa responden
telah mencatatkan peratusan kekerapan yang baik serta berada di tahap yang
memuaskan dan sangat memuaskan. Selepas kaedah ansur maju menggunakan
KIT TSKT diperkenalkan, terdapat banyak peningkatan yang berlaku iaitu responden
telah berjaya memperbaiki dan meningkatkan kekemasan tulisan masing-masing.
Tenyata responden telah berjaya memperbaiki tulisan mereka setelah mengetahui
dan mengaplikasikan set latihan ansur maju menggunakan KIT TSKT yang telah
diberikan oleh pengkaji. Oleh itu, hasil perbandingan data pemerhatian jelas
menjawab soalan kajian pertama iaitu ‘Adakah kekemasan tulisan murid tahun 4
dapat ditingkatkan menggunakan KIT TSKT’.
Analisis Data 3 : Soal Selidik
Responden yang memberikan jawapan ya sebelum intervensi dijalankan
Responden yang memberikan jawapan ya selepas intervensi dijalankan
120
100
80
60
40
20
0
I T E M 1 I T E M 2 I T E M 3 I T E M 4 I T E M 5 I T E M 6 I T E M 7 I T E M 8
Rajah 7 : Graf Perbandingan Peratus Analisis Soal Selidik
Sebelum dan Selepas Intervensi Dijalankan.
Rajah 7 menunjukkan graf perbandingan peratus analisis soal selidik sebelum dan
selepas intervensi dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan terdapat peningkatan
yang ketara antara sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Setiap responden
memberikan peningkatan setelah pengkaji menjalankan intervensi kajian terhadap
mereka.
Berdasarkan analisis perbandingan yang dijalankan, pengkaji dapat menyimpulkan
bahawa penilaian peningkatan peratus responden dinilai melalui min. Jika dilihat
pada rajah di atas, min responden yang memberikan jawapan ya pada item yang
terdapat di dalam borang soal selidik sebelum intervensi kajian dijalankan ialah
42.5% dan min selepas intervensi dijalankan pula ialah sebanyak 90%. Ini bermaksud
telah berlaku peningkatan min sebanyak 47.5% selepas intervensi kajian dijalankan.
Melalui perbandingan min sebelum dan selepas intervensi dijalankan, analisis soal
selidik menunjukkan banyak perubahan positif yang ketara. Kesemua responden
memberikan peningkatan yang baik selepas intervensi dijalankan. Pengkaji telah
mendapati bahawa wujudnya perubahan data yang ketara dan
memberangsangkan selepas menggunakan kaedah ansur maju KIT TSKT bagi
ISSN: 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
141
meningkatkan kekemasan tulisan bagi murid tahun 4. Ini menunjukkan bahawa
soalan kajian yang kedua telah terjawab. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah ansur maju menggunakan KIT TSKT mampu memperbaiki
tulisan murid.
Analisis Data 4 : Analisis Dokumen
Rajah 8 : Lembaran Intervensi
Ujian Diagnostik
Ujian Pencapaian
Rajah 9 : Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian
JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
142
Rajah 10 : Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Intervensi
Rajah 8,9 dan 10 menunjukkan perubahan demi perubahan yang positif berlaku ke atas
responden kajian. Apabila kaedah ansur maju menggunakan KIT TSKT diperkenalkan,
responden mula menunjukkan peningkatan dari segi kekemasan tulisan. Responden
mengaplikasikan KIT TSKT yang diberikan oleh pengkaji dan melaksanakan aktiviti yang
terdapat di dalam KIT TSKT tersebut secara berperingkat. Dokumen responden telah dianalisis
menggunakan analisis deskriptif dan berdasarkan senarai semak. Justeru, hasil analisis
dokumen intervensi, lembaran kerja dan ujian responden juga telah menjawab soalan kedua
kajian iaitu ‘Adakah murid dapat memperbaiki tulisan menggunakan kaedah Ansur Maju KIT
TSKT’.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Hasil dapatan dalam penyelidikan ini ialah masalah tulisan murid yang tidak kemas dan
teratur berjaya diatasi. Tulisan kelima-lima rsponden menampakkan perubahan yang amat
ketara jika dibandingkan dengan data yang diperoleh sebelum intervensi dijalankan. Oleh
itu, kajian ini perlu diteruskan sama ada pada kemahiran yang sama atau kemahiran lain
bergantung kepada amalan pngajaran dan pembelajaran guru. Ini kerana kaedah ansur
maju amat sesuai untuk meningkatkan kecekapan murid dalam mana-mana kemahiran.
Sekiranya pengkaji menemui murid lain yang mempunyai masalah yang sama seperti kelima-
lima responden ini, pengkaji akan melaksanakan tindakan yang sama kerana pengkaji
mendapati bahawa kaedah yang telah digunakan ini telah menampakkan perubahan yang
positif pada tulisan mereka.
Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
JURNAL BAHASA KENT BIL.1 2015
143
Selain itu, banyak lagi penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada kajian masa yang
akan datang. Antaranya ialah dari segi kekerapan melaksanakan tindakan. Pengkaji boleh
mencari waktu senggang murid untuk melaksanakan tindakan. Tempoh masa yang
digunakan pula boleh dipanjangkan apabila pengkaji berada di sekolah secara tetap dan
bukannya sebagai guru pelatih. Pengkaji juga ingin menambah bilangan peserta kajian
setelah mempunyai pengalaman menjalankan penyelidikan tindakan yang pertama ini.
Tambahan pula, masalah kekemasan tulisan merupakan masalah yang lazim dalam
kalangan murid di sekolah rendah.
Di samping itu, pengkaji akan mencuba kaedah mengumpul, menganalisis dan menyemak
data yang berlainan daripada kaedah yang telah pengkaji gunakan dalam penyelidikan
tindakan ini. Pengkaji juga boleh menggabungkan kaedah mengumpul data secara kualitatif
dan kuantitatif. Hal ini sudah tentu dapat memberi kepuasan diri pengkaji dan memberi
impak yang menyeluruh terhadap penyelidikan yang pengkaji laksanakan.
Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini telah memberikan pengetahuan baharu
kepada pengkaji mengenai kemahiran menulis dan berharap dapat mengaplikasikan
pengetahuan tersebut apabila pengkaji menjadi guru permulaan di sekolah kelak.
RUJUKAN
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalan Penyelidikan Pendidikan.
Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011). Konsep dan Amalan dalam Pengajaran Kajian Tindakan. Selangor
Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Dayang Norliza Awang Yem. (2010). Kesan Kaedah Ansur Maju dalam Mengurangkan Kekerapan
Kesalahan Menulis Huruf Kecil ‘k’ dan ‘p’ Murid Tahun Lima. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan 2010 IPG Kampus Batu Lintang, 110 – 125
Juliana Ling Chu Chen. (2009). Membaiki Tulisan Murid Tahun 3 dalam Mata Pelajaran Bahasa Cina dengan
kaedah Ansur Maju. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 146 – 156
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Sukatan Pelajaran kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mok Soon Sang. (2011). Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran (Edisi 2). Selangor Darul Ehsan :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noorazman Mahat. (2009). Panduan Menulis Karangan. http:/ karanganbagus. blogspot.com
Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan (Edisi 1). Selangor Darul Ehsan :
Pelangi Professional publishing Sdn. Bhd.
Steven Blanda Anak Inting. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Ansur Maju dalam membetulkan Tulisan Huruf Besar
dan huruf Kecil Murid Tahun Empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan 2012 IPG Kampus Batu Lintang,
260 – 273
Ting Len Siong & et. el. (2013). Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Freemind Horozons Sdn.
Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusuf. (2012). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
ISSN : 2289-8840 JURNAL BAHASA KENT BIL .1 2015